notis pelawaan kerja secara undian · 1. kontraktor yang layak dan berminat untuk menyertai projek...
TRANSCRIPT
LAMPIRAN A
NOTIS PELAWAAN KERJA SECARA UNDIAN
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH
Ruj. Kami : PJTM(P)417/37
Bertarikh : 11 Syawal 1441H
03 Jun 2020M
BAHAWASANYA kerja-kerja undi seperti di bawah adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang beralamat di Jajahan Tanah Merah yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan yang masih dibenarkan membuat tawaran :-
BIL.
TAJUK KERJA UNDI GRED /
PENGKHUSUSAN HARGA
(RM) TARIKH / MASA / TEMPAT
CABUTAN UNDI
1 KERJA-KERJA MENYIAPKAN PENTAS DAN MENAIKTARAF DATARAN PECHONG TANAH MERAH.
G1 / B04 & CE21
98,197.20 Tarikh : 18 Jun 2020 Masa Cabutan :10.00 pagi Cabutan Oleh : YABrs. Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Perantara : Laman Sesawang www.kelantan.gov.my www.ptjtm.kelantan.gov.my
2 PEMBINAAN LALUAN PEJALAN KAKI DI JALAN KAKI BUKIT REMAH, TANAH MERAH
G1 / CE01
77,192.00
3 KERJA-KERJA MENAIKTARAF TAPAK GELANGGANG SEBAGAI GIMNASIUM LUAR DEWAN ‘OUTDOOR GYM’ DI DATARAN PECHONG, TANAH MERAH
G1 / CE14 & CE21
41,170.00
4 KERJA-KERJA MENAIKTARAF LONGKANG DI DATARAN SRI PECHONG, TANAH MERAH
G1 / CE01
55,740.00
5 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DEWAN SERBAGUNA DI PONDOK HIDAYAH, TANAH MERAH
G1 / B24
64,175.00
6 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PEJABAT PENGGAWA JAJAHAN TANAH MERAH
G1 / B24
47,053.00
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN adalah sebagaimana berikut, iaitu :-
1. Kontraktor yang layak dan berminat untuk menyertai projek / kerja ini, perlu mendaftar
dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dengan cara mengisi borang melalui
Laman Sesawang Kerajaan untuk melayakkan ke peringkat pengundian.
2. Pendaftaran ke peringkat pengundian akan bermula pada jam 12.01 pagi 07 Jun 2020
dan ditutup pada jam 11.59 malam pada 09 Jun 2020.
3. Hanya penama / tuan punya syarikat sahaja dibenarkan mengambil bahagian dalam
undian tersebut. Wakil / rakan kongsi kontraktor yang tiada nama dalam daftar CIDB
tidak layak untuk terlibat dalam undian ini.
4. Bilangan kerja undi adalah seperti yang disenaraikan di atas.
5. Kontraktor yang lewat mendaftar tidak layak untuk pengundian dan tidak akan dilayan.
Dikeluarkan oleh :
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH, KELANTAN.
No. Telefon :- 09-9556963 09-9557463 No. Faks :- 09-9556776
TARIKH : 07 JUN 2020
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN