nota ringkas pengajian am bab 2 perlembagaan

4
1  NOTA RINGKAS PENGAJIAN AM BAB 2 : PERLEMBAGAAN Maksud perlembagaan  Mencerminkan kedaulatan sebuah negara.  Menentukan corak pemerintahan negara.  Perlembagaan di Malaysia berada pada tahap yang tinggi.  Kuasa badan pemerintah di Malaysia diperuntukkan dengan jelas dalam  perlembagaan. 2.1 Takrif dan Konsep Perlembagaan  Takrif perlembagaan - peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan. - perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat  politiknya. PETA KONSEP Takrif dan Konsep Perlembagaan Jenis Perlembagaan Ketertinggian Perlembagaan Takrif Konsep Bertulis Tidak bertulis Yang di-Pertuan Agong Legislatif/Perundangan Eksekutif/Pentadbiran Kehakiman

Upload: apiz08

Post on 10-Oct-2015

2.188 views

Category:

Documents


92 download

DESCRIPTION

nota pengajian am

TRANSCRIPT

NOTA RINGKAS PENGAJIAN AM

BAB 2 : PERLEMBAGAANMaksud perlembagaan Mencerminkan kedaulatan sebuah negara. Menentukan corak pemerintahan negara. Perlembagaan di Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Kuasa badan pemerintah di Malaysia diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan.

PETA KONSEP

Ketertinggian PerlembagaanJenis PerlembagaanTakrif dan Konsep Perlembagaan

Yang di-Pertuan AgongTidak bertulisBertulis

Legislatif/PerundanganKonsepTakrif

Eksekutif/Pentadbiran

Kehakiman

2.1 Takrif dan Konsep Perlembagaan Takrif perlembagaan- peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan.- perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya.- digubal untuk menjamin keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan.

Konsep perlembagaan- Di Malaysia, perlembagaan undang-undang tertinggi.- Parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.- Mahkamah diberi kuasa mengistiharkan undang-undang sebgai tidak sah jika undang-undang yang dibuat parlimen berada diluar bidang kuasanya.- Kuasa kehakiman tertakluk kepada kehendak perlembagaan.- Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara pula hanya melaksanakan tugas yang diperuntukkan perlembagaan.- Perdana Menteri dan Jemaah Menteri juga melaksanakan tugas mengikut peruntukan perlembagaan.

2.2 Jenis Perlembagaan Perlembagaan Berulis- Parlimen mempunyai kuasa daripada perlembagaan.- Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda oleh Parlimen tertakluk kepada kuasa diperuntukkan perlembagaan.- Kuasa tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Tidak Bertulis- Di Britain merupakan contoh perlembagaan tidak bertulis.- Di Britain, parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang.- Ketertinggian kuasa dimiliki oleh Parlimen, bukan Perlmebagaan.-Tradisi, amalan, sikap dan pengalaman merupakan aspek yang mengekalkan Perlembagaan.

2.3 Ketertinggian Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong-YDA merupakan ketua negara, tetapi tidak boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan.- YDA telah ditetapkan sebgai Raja Berpelembagaan oleh Perlembagaan Persekutuan.- Kuasa baginda tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Legislatif ( Perundangan )- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:a) Parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.b) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang atau enakmen sebagaimana yang tersenarai dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.c) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang yang tersenarai dalam mana-mana senarai di atas.

Eksekutif ( Pentadbiran )- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa pemerintahan terletak pada YDA.- Kuasa YDA dijalankan oleh PM dan Jemaah Menteri.- PM dan menteri-menteri melaksanakan tanggungjawab mengikut peruntukan Pewrlembagaan Negeri.- Di peringkat Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri.- Jika sistem dan struktur kerajaan bercanggah dengan kandungan perlembagaan, maka tindakan kerajaan dianggap tidak sah dan tidak perlu dipatuhi rakyat.- Ini menjelaskan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi pemerintahan negara.

Kehakiman- Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 128:a) Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN di luar bidang kuasanya.b) Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.- Hakim melakasanakan tugas mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.- Membuktikan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi kehakiman.

1