nota psk t2

Click here to load reader

Upload: hadi-sabhan

Post on 05-Dec-2014

78 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SIVIK

TRANSCRIPT

1. KECEMERLANGAN DIRITarikh Patut Siap: 09.01.2012

PengenalanSetiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta. keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri? Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlang dalam: (a) pendidikan; (b) perwatakan; (c) komunikasi; (d) refleksi. Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah mencapai kecemerlangan dalam diri.

jujur, amanah, dan ikhlas dalam tindakan. Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormati oleh masyarakat.(f)

Komunikasi1.

Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk,

iaitu: lisan atau verbal; (b) bahasabadan atau non-verbal; (c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitu pemberi dan penerima maklumat tersebut. 2. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. 3. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciriciri komunikasi yang berkesan. 4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas, beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. 5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. 6. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tindakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan.(a)

Pendidikanllmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan, dianggap cemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikan perlu mengamalkan ciri-ciri yang berikut;(a) mempunyai matlamat hidup. Contohnya: sudah tahu kerjaya yang diinginkan menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaan PMR (b) rajin dan gigih ketika menuntut ilmu; (c) mempunyai semangat yang kental; (d) tekun, yakin diri; (e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapi sebarang dugaan; (f) mempunyai keazaman yang tinggi; (g) senantiasa berusaha memperbaiki diri. Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia, dihormati, dan disegani.

RefleksiUntuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilah selalu membuat refleksi diri. 2. Refleksi diri adalah tindakan membuat renungan atau menilai kembali tentang diri sendiri. 3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut. 4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. 5. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan supaya kita menjadi lebih hebat pada masa hadapan. 6. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak berusaha dan berputus asa. 7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. Oleh itu, kita boleh menilai diri kita melalui rakan atau ahli keluarga kita. 8. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangan diri.1.

PerwatakanOrang yang mempunyai perwatakan yang terpuji juga adalah orang yang cemerlang. 2. Ciri-ciri orang yang berperwatakan terpuji: (a) taat kepada ibu bapa; (b) mempunyai perasaan kasih sayang; (c) berpegang teguh kepada ajaran agama; (d) menjaga kebersihan dan penampilan diri; (e) berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi; senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan tindakan agar tidak menyinggung perasaan orang1.

[1] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

2. PERPADUAN DALAM KELUARGAPengenalan1. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapat kerjasama seluruh ahli keluarga. 2. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yang berikut, iaitu: (a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khas keluarga; (b) berkongsi saat suka dan duka; (c) senantiasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga; (d) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga. Tarikh Patut Siap: 13.02.2012 8. Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan dalam keluarga.

Berkongsi Suka Duka1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka. 2. Manakala apabila ahli keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengan dugaan dan tabah menghadapi kesusahan. 3. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat penting supaya mereka rasa dihargai.

Sambutan Hari Khas Keluarga1. Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa dalam keluarga. 2. Contohnya hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari ibu , hari bapa dan sebagainya. 3. Hari-hari khas ini perlu disambut untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 4. Sambutan hari khas ini tidak semestinya disambut secara besar-besaran. 5. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa diri dihargai dan diambil peduli. 6. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk menjayakan sambutan hari khas tersebut. 7. Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama ahli keluarga ketika menyambut hari lahir keluarga: (a) memberikan sumbangan idea; (b) membantu menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau tenaga; (c) bersama-sama menghias rumah untuk sambutan tersebut; (d) bersama-sama menyediakan makanan dan minuman; (e) berkemas selepas sesuatu majlis diadakan dan sebagainya.

Aktiviti Keluarga1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersamasama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga. 2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menonton televisyen; (b) beriadah; (c) berkelah; (d) melancong; (e) mengadakan kenduri dan sebagainya. 3. Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh anggota keluarga. 4. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.

[2] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

3. HORMATI HAK ORANG LAINMenghormati Perbezaan Orang Lain1. Setiap manusia mempunyai perbezaan. Manusia berbezadari segi: (a) latar belakang; (b) kebolehan dan bakat; (c) pendapat. 2. Perbezaan ini menyebabkan cara hidup, budaya, pandangan, dan kepercayaan setiap orang itu juga berbeza. 3. Perbezaan latar belakang bermaksud perbezaan agama, perbezaan taraf keluarga, perbezaan jantina, sejarah keluarga, pekerjaan, dan kelulusan. 4. Orang yang beragama Islam contohnya, tentu mempunyai budaya dan kepercayaan yang berlainan daripada orang yang beragama Hindu, Buddha, Sikh, mahupun Kristian. 5. Kita mesti menghormati perbezaan ini supaya kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni. 6. Antara cara-cara kita menghormati perbezaan orang lain adalah dengan: (a) tidak mengejek-ejek budaya kaum lain; (b) mendengar pendapat dan pandangan orang dan tidak hanya menganggap pandangan kita sahaja yang betul; (c) bertolak ansur dan sebagainya. Tarikh Patut Siap:05.03.2012 Tarikh Patut Siap: 05.03.2012

Kepentingan Menghormati Hak Orang Lain1. Dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran dan situasi yang berbeza; 2. Boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain; 3. Lebih sabar menghadapi kerenah manusia yang pelbagai; 4. Lebih bersimpati dan empati terhadap kesusahan orang; 5. Bersikap terbuka terhadap keunikan budaya kaum-kaum lain; 6. Dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara individu dan kaum; 7. Menambahkan perasaan kasih dan sayang sesama manusia; 8. Menjadikan kita lebih bertimbang rasa dan perihatin; 9. Dapat mengelakkan perselisihan faham dan perasaan cemburu terhadap orang lain. 10. Hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.

[3] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

4. PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAANPengenalan1. Semangat kekitaan adalah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasama dengan orang lain. 2. Sikap ini perlu diamalkan dalam masyarakat agar hubungan antara ahii masyarakat akan lebih erat. Tarikh Patut Siap: 16.04.2012 4. Di samping itu juga perpaduan akan terpelihara dan masyarakat hidup dalam kesejahteraan. 5. Masyarakat setempat mestilah prihatin dengan segala aktiviti yang berlaku di tempat mereka. 6. Antara masalah setempat yang perlu diambil berat oleh masyarakat di sesuatu tempat adalah masalah sosial. Antara masalah sosial yang dihadapi biasanya termasuklah:(a) gengsterisme; (b) vandalisme; (c) pergaulan bebas; (d) penagihan dadah; (e) budaya lepak dan sebagainya. 7. Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat setempat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah di atas.

Pemupukan Semangat Kekitaan dan Kepentingannya1, Terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat kekitaan. Antaranya: (a) suka bertegur sapa tanpa mengira agama dan kaum; (b) tidakbersikapsombong; (c) menghormati jiran tetangga yang pelbagai kaum; (d) bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa; (e) saling berkunjung ke rumah jiran; - contohnya ketika jiran mengadakan kenduri, rumah terbuka atau majlis-majlis tertentu seperti sambutan majlis hari lahir mengambil berat akan keperluan, kebajikan, dan keseiamatan jiran; mengamalkan sikap bertolak ansur dengan jiran; menghormati perbezaan budaya, agama,dan adat resam jiran tetangga; turut sama terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan. 2. Jiran yang mempunyai semangat kekitaan akan senantiasa muafakat dalam menyelesaikan semua masalah setempat. 3. Keadaan ini menyebabkan keseiamatan masyarakat setempat lebih terjamin dan kebajikan mereka terlebih terjaga.

Agensi-agensi yang Dapat Menjaga Kesejahteraan Masyarakat1. Agensi-agensi tertentu sama ada daripada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan amat diperlukan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat. 2. Antara agensi-agensi tersebut termasuklah: (a) Rukun Tetangga; (b) Mercy; (c) St, John Ambulans; (d) Kelab Lion; (e) RakanCop; (f) Sahabat Alam Malaysia; (g) Yayasan Salam dan sebagainya.

[4] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

5. WARISAN KESENIAN PELBAGAIKAUMTarikh Patut Siap: 14.05.2012

Pengenalan1. Malaysia kaya dengan pelbagai warisan kesenian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 2. Warisan kesenian pelbagai kaum ini menjadi kebanggaan negara dan seluruh rakyat perlu bersamasama mengekalkan warisan kesenian ini. 3. Warisan kesenian ini dapat dibahagikan kepada beberapajenis, iaitu, (a) muzik; (e) Lukisan; (b) alat muzik; (f) permainan; (c) tarian; (g) kraftangan. (d) seni bina;

10. Masyarakat India juga mempunyai warisan muziknya. Alat muzik tradisional masyarakat ini ialah trompet dan tavil. Alat muzik ini biasanya mengiringi persembahan tarian Natheswaram.

Permainan dan Seni Lukisan1. Permainan tradisonal masyarakat di Malaysia juga perlu dikekaikan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, caturcina, silambam, dan sebagainya. 2. Permainan ini biasanya dimainkan secara kumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling membantu. 3. Seni lukisan tanah air juga perlulah kita jaga kerana hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama.

Muzik, Alat Muzik, dan Tarian1. Muzik, alat muzik, dan tarian mempunyai kaitan yang rapat. Untuk menghasilkan sesuatu muzik, memerlukan alat muzik, dan tanpa muzik, tarian sukar untuk ditarikan. 2. Kepelbagaian kaum di negara kita menyebabkan lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai identitinya tersendiri mengikut kaum. 3. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegunaan muzik adalah terhad. Muzik hanya dibahagikan kepada dua, iaitu, (a) muzik diraja, iaitu nobat i. nobat ini dimainkan ketika upacara diraja seperti upacara pertabalan, keputeraan, dan kemangkatan ii. alat muzik nobat termasuklah gong, gendang, serunai, dan nafiri. (b) muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor, hadrah dan gambus di Perak dan sebagainya. muzik rakyat dimainkan untuk tujuan berhibur bagi meraikan majlis perkahwinan, dan menyambut tetamu. 4. Muzik-muzik Melayu yang lain termasuklah endoi, ulik mayang, nazam, dikir barat, dan boria. 5. Tarian masyarakat Melayu juga pelbagai antaranya tarian inang, zapin, dan asyik. 6. Tarian naga dan tarian singa pula adalah seni tarian yang paling popular dalam kalangan masyarakat Cina. 7. Gong, simbal, dan gendang akan mengiringi tarian singa. Bunyi yang kuat daripada alat muzik ini akan member! semangat kepada penari untuk menari dengan lebih bertenaga. 8. Bagi masyarakat Iban, alat muzik yang menjadi warisan mereka ialah gong, tetawak, bebendai, dan enkeromong. 9. Sementara itu, tarian warisan masyarakat ini ialah tarian ngajat. Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut kepulangan pahlawan. [5] Dari Sasbadi Booster A+

Seni Bina, Seni Ukir, dan Kraf Tangan1. Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan, Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. 2. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu, dan di hulu keris. 3. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. 4. Seni bina di negara kita perlu dipelihara. Contoh seni bina negara yang perlu dipelihara termasuklah rumah-rumah tradisional, istana lama, tempat-tempat ibadat dan sebagainya. 5. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia juga perlu dikekaikan kerana keunikannya. 6. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik, dan lukisan batik. 7. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang, dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji, dan sebagainya. 8. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga, atau tempayan. 9. Hasil ukiran daripada tanah liat paling popular di Sabah dan Sarawak. Ukiran berbentuk bunga, atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan. 10. Bagi masyarakat India, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasilkan kolam, Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali.

www.wargasivik.blogspot.com

6. SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIATarikh Patut Siap: 02.07.2012 3.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. 2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. 3. Manakala Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. 4. Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud permerin-tahan yang dijalankan secara perwakilan. 5. Melalui amalan demokrasi, rakyat diberikan kebebasan menuntut hak-hak sebagai rakyat negara ini dengan adil dan saksama. 6. Antaranya termasuklah hak untuk memilih pentadbir negara yang dilaksanakan melalui proses pilihan raya. 7. Rakyat berhak memberikan kuasa kepada kerajaan dan mandat kepada wakil-wakil yang dipilih dalam setiap pilihan raya untuk mentadbirkan negara.

Peranan Parlimen termasuklah: (a) meluluskan undang-undang persekutuan; (b) membuat pindaan kepada undangundang persekutuan yang ada; (c) memeriksa dasar-dasar kerajaan; (d) meluluskan perbelanjaan kerajaan; (e) meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Dewan Undangan Negeri1. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 2. Parti politik yang memperoleh jumlah majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya akan diberi kuasa membentuk kerajaan negeri. 3. Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dilantik daripada ketua parti yang memenangi pilihan raya oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi Penamaan calon dijalankan Parti atau calon menyiapkan manifesto Kempen pilihan raya dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu tempat mengundi dan tempat pengiraan undi Pada hari mengundi... pengundi mengundi di tempat yang ditetapkan; pengundi diberi kertas undi; pengundi memilih calon pada kertas undi; kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi. Kertas undi dikira di tempat pengiraan undi. Pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya

Pilihan Raya1. Pilihan raya adalah suatu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. 2. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. 3. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi juga penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah. 4. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga pihak, iaitu:(a) Suruhanjaya Pilihan Raya; (b) Pengundi; (c) Calon. 5. Warganegara yang layak mengundi ialah yang berumur 21 tahun ke atas. 6. Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili ka-wasannya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

Parlimen1. Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undang di peringkat persekutuan. 2. Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:(a) Yang di-Pertuan Agong; (b) Dewan Rakyat; (c) Dewan Negara. [6] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

7. RAJA BERPERLEMBAGAANTarikh Patut Siap: 06.08.2012

Sistem Raja Berperlembagaan1. Di negara kita, sistem Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Sistem ini telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan padatahun 1957. 3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara kita, raja menjadi pemerintah tertinggi negara. 4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong, manakala timbalannya disebut Timbalan Yang diPertuan Agong. 5. Kedua-dua jawatan ini disandang dalam tempoh lima tahun. 6. Kedua-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir melalui pemilihan daripada kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan buah negeri Melayu. 7. Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berkaitan dengan urusan pemerintahan negara dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.

(c) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu serta agama Islam; (d) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri. 6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. 7. Perlantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja-raja. 8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja-raja. 9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Rajaraja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dan tarikh hari raya.

Peranan dan Bidang Kuasa Yang diPertuan AgongPeranan Melantik Perdana Menteri Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri Mengampunkan, meringankan, dan menangguhkan hukuman atas nasihat Jemaah Pengampunan Negara. Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan Memanggil, menangguh-kan, dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri Melantik Ketua Hakim dan semua hakim Memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran

Majlis Raja-raja1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri-negeri Melayu, Yang Dipertua bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak. 2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuan dan negeri. 3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang tiga atau empat kali setahun. 4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. 5. Antara tugas Majlis Raja-raja termasuklah:(a) memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian; (b) menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara, contohnya perubahan dalam dasar imigresen;

Bidang Kuasa Ketua Negara Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan atau beraja

[7] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI1. Kewarganegaraan ialah sesuatu yang amat berharga. Tanpa kewarganegaraan, kita akan kehilangan hak dan pelbagai keistimewaan tertentu. 2. Sebagai warganegara, kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara haruslah kita pertahankan. Mengundi Setiap warganegara bertanggungjawab mengundi bagi memilih pemimpin untuk menentukan corak pemerintahan negara pada masa hadapan Namun, warganegara yang bertanggungjawab akan memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa untuk memerintah negara. Tarikh Patut Siap: 24.08.2012 Berikan pendapat anda melalui saluran yang betul dan dengan cara yang betul demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Menjaga Nama Baik Negara Sebagai warganegara kita perlulah mengawai setiap tindakan, baik dari segi perkataan mahupun perlakuan. Tingkah laku bersopan dan beradab hendaklah kita amalkan kerana amalan yang buruk akan memalukan bangsa dan negara.

Menjaga Keamanan Menjaga keseiamatan dan keamanan negara bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan keseiamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Janganlah kita melakukan rusuhan atau membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan negara.

Melibatkan Diri dalam Rancangan Kerajaan Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan segala rancangan yang diatur oleh kerajaan. Antara kempen-kempen yang perlu kita sokong termasuklah kempen antimerokok, kempen membaca, kempen keseiamatan di jalan raya dan sebagainya.

Amalan Berterima Kasih Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha membangunkan negara dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Oleh itu bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikan dan jagalah kemudahan dengan baik Antara kemudahan yang disediakan kerajaan termasuklah:kemudahan pendidikan kemudahan kesihatan seperti hospital dan sebagainya

Memberikan Pendapat melalui Saluran yang Betul Dalam negara demokrasi, rakyat diberi kebebasan memberikan pendapat. Namun warganegara yang bertanggungjawab tidak akan menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang dapat mengganggu gugat ketenteraman awam.

[8] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com

9. KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARATarikh Patut Siap: 04.10.2012

Peranan Jentera Pentadbiran Kerajaan1. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara memerlukan kepemimpinan yang berwawasan dan kerajaan yang telus dan amanah. 2. Jentera pentadbiran negara dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau mentadbirkan negara dengan bantuan Jemaah Menteri atau Kabinet yang terdiri daripada beberapa orang Menteri. 3. Jentera pentadbiran negara terlibat dalam perancangan dan penetapan dasar kerajaan.

4. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara terletak pada kebijaksanaan Perdana Menteri serta anggota eksekutif yang terlibat. 5. Perdana Menteri dan jentera pentadbiran yang lain perlu mempunyai wawasan dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan awam. 6. Jentera pentadbiran negara perlu berpandangan jauh. Sesuatu dasar dan rancangan yang hendak dijalankan haruslah dikaji terlebih dahulu dengan teliti supaya jentera pentadbiran negara lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani sebarang kemungkinan yang timbul pada masa akan datang.

Wawasan 20201. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah saiah satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan kemajuan kepada negara. 2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia negara industri yang serba maju dan seimbang dari segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun 2020. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri-menteri Timbalantimbalan Menteri Setiausaha-setiausaha Parlimen

KEMAJUAN INDUSTRI DAN KESEPADUAN ASPEK KEHIDUPAN DALAM WAWASAN 2020

Perpaduan kaum Peningkatan taraf hidup Kestabilan politik Pengukuhan sistem pentadbiran Peningkatan maruah bangsa dan negara Penghayatan dan penerapan semangat yakin diri Pengukuhan nilai murni Setiausaha-setiausaha Politik Struktur jentera pentadbiran negara pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. 3. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam usaha mencegah jenayah rasuah. 4. Kesan buruk rasuah bukan saja akan merosakkan pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara. 5. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara, setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan dan akujanji 6. Setiap kakitangan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi dan menghindarkan diri daripada penyelewengan. 7. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. www.wargasivik.blogspot.com

Kerajaan yang Telus dan Amanah1. Kerajaan memegang amanah rakyat untuk memerintah negara dengan baik. 2. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu senantiasa berusaha memperbaiki kelemahan [9] Dari Sasbadi Booster A+

10. BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU MENGHADAPI PELBAGAI CABARANPengenalan1. Selaras dengan usaha negara mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, maka Malaysia memainkan peranan proaktif dalam kerjasama serantau dan antarabangsa. 2. Malaysia turut berperanan dalam memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan dunia. 3. Faktor globalisasi dan pelbagai cabaran pembangunan turut mempengaruhi hala tuju negara kita. 4. Justeru hubungan dua hala yang erat dengan negara maju dan negara membangun terus dijalin dan dikekalkan. 5. Hubungan ini merangkumi kerjasama politik, sosial, dan kebudayaan dengan hubungan ekonomi sebagai teras hubungan dua hala berkenaan. Tarikh Patut Siap:24.09.2012 4. Tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan kebudayaan.

Malaysia dan Keamanan Dunia1. Malaysia senantiasa menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dunia. 2. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu berbaik dengan semua negara tanpa mengira ideologi atau fahaman politik. 3. Hubungan baik yang dijalin dengan negaranegara lain dapat menjamin keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama. 4. Antara sumbangan Malaysia dalam usaha memelihara keamanan dunia termasuklah: (a) menjadi anggota PBB dan berperanan dalam PBB mengutuk pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil yang berdaulat; (b) menyuarakan bantahan terhadap perbuatan puak Serb terhadap rakyat Bosnia dalam Perhimpunan Agung PBB; (c) menghantar anggota tentera membantu PBB dalam misi keamanan di Congo, Kampuchea, Namibia, dan BosniaHerzegovina; (d) menyarankan agar segala konflik diselesaikan di meja rundingan bukannya melalui peperangan.

Malaysia dan ASEAN1. Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran. 2. Tujuan utama hubungan tersebut adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama. 3. Menyedari akan kepentingan hubungan yang rapat dengan negara-negara jiran, Malaysia kemudiannya menyertai ASEAN pada tahun 1967.

Bentuk Kerjasama di kalangan Negara-negara Anggota ASEANmewujudkan suatu kawasan yang aman, bebas, dan berkecuali. mengamalkan dasar berkecuali dan mewujudkan persahabatan dengan semua negara tanpa mengira ideologi. menggalakkan pelancong dari seluruh dunia melawat ke negara-negara anggota melalui projek pelancongan membenarkan warganegara ASEAN melawat ke negara-negara ASEAN tanpa visa. menubuhkan sebuah pusat serantau untuk ilmu sains dan matematik (RECSAM) di Gelugur, Pulau Pinang. melaksanakan projek perindustrian secara usahasama antara negara anggota ASEAN.

[10] Dari Sasbadi Booster A+

www.wargasivik.blogspot.com