nota pjk tingkatan 1

31
Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1) Pengenalan Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial . Definisi Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti- aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran- kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Upload: lee-dd

Post on 28-Dec-2015

9.217 views

Category:

Documents


506 download

DESCRIPTION

NOTA DIEDITKAN

TRANSCRIPT

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial .

Definisi

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. 

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. 

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. 

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Topik 1: Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular dapat dibina dengan melakukan latihan tertentu seperti senamrobik, skiping, serta berlari dengan pantas. Aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular melibatkan jantung, otot-otot di bahagian abdomen, tangan dan kaki. Semasa melakukan aktiviti tersebut, otot-otot sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkoyak. Oleh itu, aspek keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15 hingga 30 minit secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

SenamrobikSenaman yg mempunyai ritma & byk melibatkan pengerakan kaki & tangan. Penggunaan muzik dpt menambahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya. Setiap pengerakan diikuti dengan kiraaan empat atau lapan bersesuai dengan ritmanya. Setiap aktiviti diulang beberapa kali sebelum beralih kepada seterusnya. Aktiviti pertama hingga aktiviti terakhir boleh juga diulang mengikut

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

kemampuan.

Topik 2 : Daya Tahan Otot

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina daya tahan otot, misalnya angkat tumit (heel rises), bangkit tubi, tekan tubi, dan dekam lunjur (squad thrust). Aktiviti-aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri sebagai beban atau rintangan. Beban atau rintangan boleh diubah suai dengan mengubah kedudukan badan semasa melakukan aktiviti. Aktiviti untuk membina daya tahan otot hendaklah dilakukan seberapa lama yang boleh, dan mengikut kaedah yang betul supaya seorang itu mendapat kesan yang baik.

Tekan tubi (ujian daya tahan otot) bagi pelajar lelaki. Prosedur/langkah-langkah: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus

dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1

hingga 3. 6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Topik 3 : Kekuatan Otot

Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot melakukan aktiviti otot melakukan rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. Bagi mendapat kekuatan otot yang kuat, latihan yang sistematik dan berterusan adalah penting. Latihan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Latihan untuk membina kekuatan otot boleh dilakukan dengan mengguakan rintangan atau berat badan sendiri sebagai beban. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kekuatan otot ialah mendagu, tekan tubi, naik turun bangku dan bangkit tubi. Latihan yang dilakukan mengikut kaedah dan teknik yang betul akan dapat memberi beberapa kebaikan.

Prosedur:

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 1. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas

bangku. 2. Penguji akan memberikan isyarat “mula‟. 3. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri

turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). 4. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96

detik seminit selama 3 minit. 5. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 6. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau

menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 7. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

Topik 4 : Kelenturan Kelenturan bermaksud keupayaan otot, sendi, tendon dan ligament membenarkan anggota

anggota badan bergerak pada julat pergerakkan yang maksimum. Kelenterun dapat dibina melalui aktiviti rengangan. Aktiviti rengangan dilakukan dengan merengangkan otot semaksimum yang boleh dan bertahan selama 10 hingga 30 saat.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kelenturan, misalnya kilas pinggang, bengkok sisi, duduk membujur dan jagkau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki melunjur dan jankau; dan meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang. Semasa melakukan aktiviti ini, beberapa aspek keselamatan perludiberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan.

Tahap kelenturan yang baik dapat meberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berterusan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah

hendaklah sama. 4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. 6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.

Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. 7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Kemahiran Sukan.Topik 1 : Bola Sepak Pengenalan

Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila tertubauhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia).

Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

termasuklah pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.

Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam.

KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :

1) Menendang

Tendangan leret

Tendangan lambung

Tendangan voli

2) Menyerkap

Menyerkap bola leret

Menyerkap bola tinggi

3) Menggelecek

4) Melakukan hantaran

Hantaran ke hadapan

Hantaran ke sisi

Hantaran silang

5) Menanduk

Menanduk ke hadapan

Menanduk ke sisi

6) Menjaga gol

Menangkap bola leret

Menangkap bola tinggi

Menumbuk bola

Tendangan bola

1.1 MENENDANG   

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang

pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa

yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan

sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari

kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan

lambung dan tendangan voli.   

Tendangan leret

Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret :

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. 

Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit. 

Tendang di bahagian tengah bola. 

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Tendangan Lambung  Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas,

tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol

Teknik melakukan tendangan lambung :

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.

Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

 Tendangan Voli Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk

menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udara

 Teknik melakukan tendangan voli :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

Mata memandang bola. 

Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang. 

Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

  1.2 MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.

 Menyerkap Bola Heret

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

 Teknik menyerkap bola leret :

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan. 

Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang. 

Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang

Menyerkap Bola Tinggi

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa

menghadap bola. 

Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi. 

Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan

lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang. 

Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola. 

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

 

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan

dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.

Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.  

1.3 MENGGELECEK

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.  Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri. 

Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit. 

Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.

 1.4 MELAKUKAN HANTARAN

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.

Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.

 Hantaran ke hadapan Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki

atau kekura kaki.

 Teknik melakukan hantaran ke hadapan : Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.    Mata memandang bola. 

Ayunkan kaki menendang ke belakang. 

Tendang di bahagian belakang bola. 

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran ke sisi

 Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura  sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.

 Teknik melakukan hantaran sisi :

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.

Tendang di bahagian sisi bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Hantaran Silang

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.   

Teknik melakukan hantaran silang : 

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke sisi. 

Badan condong ke arah bola hendak dihantar. 

Tendang di bahagian sisi bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan. 

1.5 MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan : Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola

datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit.

Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. 

Ikut lajak selepas melakukan tandukan 

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Teknik menanduk ke sisi :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. 

Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi. 

Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi. 

Ikut lajak selepas melakukan tandukan

  Teknik menanduk ke belakang :

Kedudukan bersedia.   Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata

memandang bola. 

Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.  

Dahi menyentuh bahagian bawah bola.   

1.6 MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan

jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai

kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran

tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan

dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.  Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola. 

Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri. 

Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

Teknik menangkap bola tinggi :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.

Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat. 

Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.   

Teknik menumbuk bola : Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.  Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.  

Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Teknik tendangan bola di udara :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. 

Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. 

Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah. 

Ikut lajak selepas menendang. 

Mata memandang bola.  

Teknik tendangan lantun :

Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola. 

Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. 

Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang  

 

Topik 1 : Malnutrisi Pengenalan

Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti

oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah

lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio-

budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan

Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia

merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan

pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman

Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih

maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak

kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼ adalah

daripada benua Afrika.

Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat

persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak

di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : “Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah

kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh penyakit yang

boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan

kecacatan anggota dan mental.”

Definisi Malnutrisi

Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau

menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana

kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh.

Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil

daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi

Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :

1. Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur2. Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan

manusia

Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi seperti yang berikut:

Nutrisi berkurangan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia ádalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau, alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.

Nutrisi berlebihan Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.

Kekurangan spesifikKeadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid amino dan vitamin A.

Ketidakseimbangan

Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan

disebabkan kekurangan sesuatu nutrien.

Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkan berlakunya

malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

Keadaan sosio-ekonomi yang mundur – Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah

Menurut satu kajian : “….bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar

songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan…..”. Ini jelas menunjukkan bahawa

kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan

yang rendah. Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan

yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.

Amalan Pemakanan dan Penyakit

Tabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang

hilang tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit yang sering

menyerang orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan

yang seimbang.

Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit

bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap penyakit ini akan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap

makanan yang telah dicernakan.

Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi

terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu

tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang

diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat

kesan pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah

pinggang.

Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi

makanan yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil

untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri.

Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan

anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak

sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka. Adat resam sesuatu masyarakat

juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu,

wanita di dalam pantang di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai

nutrien yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan

kandungan nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti

anemia.

Parasitisme dan Infeksi Penyakit

Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah

tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti tuberkulosis,

malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti

askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala.

Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :

Kehilangan nutrien yang tinggi Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat

daripada penyakit

Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa disedari

sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan kepala

agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal

kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka.

Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa

sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu

mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.

Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada

cahaya serta kilauan. Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah :

Diarrhea Kebingungan

Berkeadaan bimbang

Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

Otot tersentak

Amenorrhea

Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai

daya tahan badan yang sangat lemah.

Diagnosis Malnutrisi

Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri

seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.

Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-

waktu spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ

perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung.

Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan

vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit.

Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap

berat

Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (‘skinfold’) atau lilitan pada lengan atas

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Jenis-jenis Penyakit Akibat MalnutrisiDi antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :

1. Kwashiorkor

Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”.

Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanak–

kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan

makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.

Simptom umum Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)

Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan

terkelupas

Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi asid–asid amino. Susu

tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.

2. Marasmus

Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein

(Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanak–kanak yang berumur 1 tahun

di negara yang miskin dan sedang membangun.

Simptomnya adalah seperti :

Wajah seperti orang tua

Sering terdapat penurunan kesedaran

Kulit kering, dingin dan kendur

Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas

Sering disertai diare atau konstipasi

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan

Berat badan merosot

Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil

mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan vitamin.

Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering tanpa lemak.

3. Xeroftalmia

Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan

mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata

akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah.

Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan

pesakit itu boleh menjadi buta.

4. Rabun Malam

Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A.

Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di

dapati dari :

Susu

Mentega keju

Kuning telur

Hati

Ikan berlemak

Sayur sayuran

5. Beri-beri

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku bangsa

yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit.

Tanda – tanda penyakit ini :

Kecederaan saraf Kaki dan jari–jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal – sengal.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Pergelangan kaki kaku

Badan menjadi lemah

Susah berjalan

Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh

Hilang nafsu makan

Cepat letih

Pencernaan makanan tak sempurna

Terdapat dua jenis penyakit beri–beri iaitu :

a) beri-beri basah

Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh

kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru–paru. Oleh itu tisu–tisu pada tangan akan

penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian.

b) beri-beri kering

Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otot–otot menjadi lisut

dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal otot–

otot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit

perlulah makan makanan yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan

bijirin tulen.

5. Penyakit Tulang

Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang

terencat berlaku pada kanak–kanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan

fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulang–tulang.

Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam tulang dan

mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan dan pembantutan.

6. Beguk

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan menyebabkan

kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini

sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut

mempunyai banyak iodin.

7. Anemia

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin,

ini menunjukkan tanda–tanda berlakunya Anemia. Tanda–tandanya adalah keletihan, hati

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi amalan

pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang lambat.

Langkah-langkah Rawatan Secara Am

Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini

membolehkan ‘clinical nutrionist’ atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai

kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang

mencukupi.

Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap

nutrient yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke

dalam ‘gastrointestinal (GI) tract’.

Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada bahagian abdomen.

Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada

pesakit yang:

Serius ketidaksuburannya

Memerlukan pembedahan

Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

Terbakar yang serius

Cirit birit dan muntah yang berterusan

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang

diperlukan oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal

Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah

langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua

tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut :

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi

kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.

Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam seminggu

Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal

Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan

kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein.

Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih selama

mereka dirawat di hospital atau di rumah.

Kesimpulan

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu

kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi

melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada sistem

penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam erti kata

yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi

dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi

yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain

program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah

malnutrisi dalam masyarakat kita.

Topik 1 : Pengurusan Sukan

Pengurusan alatan sukan yang cekap dan berkesan akan memastikan alatan sukan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Alatan sukan yang diurus dengan baik dapat memastikan keselamatan pengguna dan memudahkan proses mengenal pasti bilangan alatan yang rosak atau hilang. Imej sekolah juga dapat ditingkatkan dengan pengurusan sukan yang cekap.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

Kebaikan susunan alatan sukan:1. Memudahkan pengambilan & penyimpanan alatan.2. Memudahkan pengiraan alatan.3. Menjimatkan ruang.4. Menjamin keselamatan pengguna.

Langkah keselamatan semasa menyimpan alatan sukan

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)

ISU DALAM SUKAN

Rasuah

Rasuah dalam sukan boleh disamakan dengan tindakan menjual perlawanan oleh seseorang pemain. Dalam hal ini, keputusan perlawanan yang akan dipertandingkan telah pun ditentukan lebih awal sebelum pertandingan. Mereka yang mengatur keputusan ini terdiri daripada bookie atau orang tengah yang menjadi agen sindiket perjudian.Bookie bertindak dengan cara memancing pemain untuk menjual perlawanan dengan memberikan sogokan berbentuk wang atau barang lain yang bernilai. Pemain atau ahli sukan yang mengamalkan rasuah boleh dianggap penjenayah. Amalan ini bukan sahaja mencemarkan nama & masa depan sukan yang terlibat, malahan maruah pasukan dan imej negara secara keseluruhannya. Negara akan dikaitkan sebagai pusat perjudian haram & ahli sukan pula dianggap sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan yang tulen kerana mengamalkan rasuah.

Penggunaan bahan terasing

Larangan penggunaan steroid berkait rapat dengan kesan jangka panjang penggunaannya. Steroid ini memberi sedikit kelebihan prestasi tetapi kesan sampingan amat besar. Disamping itu, steroid boleh membawa maut atau kerosakan terhadap sistem tubuh. Antara bentuk hukuman jika mengambil steroid dalam sukan :

Kemenangan batal Pingat serta hadiah yang dimenangi akan ditarik semula Rekod yang dicatatkan tidak akan diiktiraf. Dikenakan hukuman yang berat oleh badan sukan dunia.Dilarang bergiat & menyertai sebarang kejohanan sukan untuk tempoh masa yang panjang.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Tingkatan 1)