nota pentaksiran

143
PKP3106 Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan Khas Maksud Pentaksiran Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil [ipgksm] Page 1

Upload: ellysuzyla-jerry-kolin

Post on 14-Dec-2014

236 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Pemulihan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pentaksiran

PKP3106

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan Khas

Maksud Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang

membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon

adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.

Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan

Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data

dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk

membuat keputusan.

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang

luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan

ditempatkan dan cadangan penempatan.

Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi

definisi pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan

menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran

dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

[ipgksm] Page 1

Page 2: Nota Pentaksiran

PKP3106

tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan

boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan

kewibawaan institusi pentaksiran. 

Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk

menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. 

Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan

gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti

membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat

mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi,

strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan

maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan

maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan

tertentu.

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?

i.Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid

ii.Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan

iii.Menentukan keberkesanan pengajaran

iv.Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan

Menilai guru dan pendidik

v.Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

[ipgksm] Page 2

Page 3: Nota Pentaksiran

PKP3106

Tujuan Pengujian

i.Menentukan perubahan tingkahlaku murid

ii.Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu

iii.Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian

iv.Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran

v.Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Pengukuran

1. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai

2. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian

tertentu

3. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan

tertentu

4. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Penilaian

i.Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

[ipgksm] Page 3

Page 4: Nota Pentaksiran

PKP3106

ii.Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran

pembelajaran bagi membolehkanaktiviti pengayaan dan pemulihan

iii.Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi

membolehkan perancanganstrategi pengajaran yang lebih berkesan

iv.Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid

bagi membolehkanaktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan

v.Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

·     Kesahan skor 

-Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.

·      Kebolehpercayaan Skor

-Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

·      Keobjektifan  

-Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

·      Kebolehtadbiran  

-Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau 

berasaskan sekolah.

·     Kemudahtafsiran  

-Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan

tujuan mengadakan ujian.

·     Kekomprehensifan

[ipgksm] Page 4

Page 5: Nota Pentaksiran

PKP3106

-Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau

pengajaran. 

Perbezaan Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian

PENGUJIAN PENGUKURAN/

PENTAKSIRAN

PENILAIAN

DEFINISI Alat pengukuran

perubahan sesuatu

aspek tingkah laku.

Proses menentukan

peringkat

pencapaian dan

kedudukan pelajar

.Proses

menentukan

perubahan

tingkahlaku dan

membuat

pertimbangan nilai.

TUJUAN/KEGUNAAN Menentukan

pencapaian

sesuatu

pembelajaran.

Untuk membuat

pengelasan bagi

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran.

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif

pembelajaran,

kaedah mengajar

dan kurikulum.

BENTUK Pemerhatian.

Ujian lisan.

Bertulis.

Set ujian bertulis

dengan markah dan

gred.

Jadual.

Gred berdasarkan

teknik perangkaan.

[ipgksm] Page 5

Page 6: Nota Pentaksiran

PKP3106

CARA/PROSES Persediaan Ujian.

Pntadbiran

Pemeriksaan..

Proses pengujian.

Merekod

markah/gred.

Proses pengukuran.

Proses

penganalisisan.

Proses

interprestasi.

Melapor.

Tindakan.

MASA Selepas

pembelajaran.

Selepas

pembelajaran.

Sebelum, semasa,

selepas

pembelajaran.

LIPUTAN Terhad pada

sesuatu kemahiran

atau pembelajaran.

Sesuatu peringkat

pembelajaran.

Dari sesuatu

pembelajaran

tertentu ke seluruh

kurikulum.

KEPUTUSAN Menunjukkan

prestasi sesuatu

kemahiran atau

penguasaan

Menunjukkan

pencapaian secara

relatif.

Menunjukkan

pencapaian

keseluruhan tetapi

tidak semestinya

[ipgksm] Page 6

Page 7: Nota Pentaksiran

PKP3106

pembelajaran yang

spesifik.

membayangkan

kebaikan seorang

individu.

Pelbagai Cara Pengumpulan Maklumat

Cara Pengumpulan Maklumat Penerangan

Rekod atau laporan

Latar belakang keluarga

Kesihatan murid

Prestasi akademik dahulu

Minat murid

Laporan-laporan yang dibuat oleh

para profesional akan memberi

banyak maklumat berkaitan murid

yang boleh digunakan oleh guru

Guru merujuk kepada laporan-laporan

tersebut untuk mendapat satu

gambaran yang lebih menyeluruh

berkaitan murid.

Dilihat melalui rekod profil murid,

rekod anekdot atau pun buku laporan

prestasi murid.

Membantu guru menilai secara

jangka panjang dan memberi

maklumat tentang pencapaian murid

dalam semua mata pelajaran.

[ipgksm] Page 7

Page 8: Nota Pentaksiran

PKP3106

Guru dapat mengetahui tahap

kesihatan dan minat murid.

Sampel kerja 10. Salah satu sumber maklumat yang

sedia ada berkaitan murid adalah

sampel-sampel kerja yang dihasilkan

oleh murid dalam mata pelajaran

yang diikutinya di sekolah.

11. Dilakukan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran.

12. Guru membuat analisis sampel kerja.

13. Untuk mengetahui kelebihan dan

kekurangan murid dalam mata

pelajaran yang dipelajari.

Pengujian

Ujian rujukan norma

Ujian rujukan kriteria

Inventori tidak formal

Kuiz

Probe

Analisis tugasan

Analisis ralat

Guru boleh mendapat tahu tahap

kebolehan murid dengan

mentadbirkan ujian-ujian kepada

murid.

Pengujian ditadbirkan dengan

pelbagai cara mengikut apakah tujuan

sebenarnya guru.

10. Nama yang diberikan kepada sesuatu

ujian biasanya menunjukkan

tujuannya.

11. Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk

mengukur sama ada kemahiran yang

[ipgksm] Page 8

Page 9: Nota Pentaksiran

PKP3106

telah diajar boleh dianggap sebagai

telah dikuasai murid.

12. Ujian rujukan norma : Ujian yang

membandingkan prestasi murid

dalam sesuatu

ujian dengan pencapaian orang yang

telah mengambil

ujian yang sama.

13. Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik

sahaja sesuatu pelajaran telah

disampaikan untuk menguji sama ada

murid telah

memahami apa yang telah diajar.

14. Probe : Kalau seorang guru ingin

tahu sama ada murid boleh

menjalankan sesuatu tugasan atau

ujian dalam keadaan yang lain, dia

boleh memberi tugasan atau ujian

yang sama tetapi dengan sedikit

pengubahsuaian seperti memberi

penyampaian yang berlainan. Guru

sebenarnya telah menjalankan

“probe”.

15. Analisis tugasan : melibatkan

satu siri kemahiran kecil yang perlu

dilakukan oleh murid dengan jayanya.

[ipgksm] Page 9

Page 10: Nota Pentaksiran

PKP3106

16. Analisis ralat : petunjuk tentang

kemahiran yang masih belum

dikuasainya apabila murid kerap

melakukan kesilapan bagi sesuatu

kemahiran yang belum dikuasainya

Pemerhatian 17. Pemerhatian merupakan satu kaedah

yang selalu dijalankan oleh para

profesional atau guru untuk

mengumpul maklumat, khususnya

berkaitan tingkah laku seseorang

murid.

18. Pemerhatian yang dibuat perlu

direkodkan dan terdapat beberapa

cara untuk merekodkan hasil

pemerhatian.

Soal selidik 19. Bertujuan mengenalpasti sesuatu

masalah supaya penyelesaiannya

boleh dirangka, memahami sesuatu

20. fenomena dengan lebih jelas, serta

mengumpul maklumat tentang isu

tersebut.

21. Dijalankan terhadap ibu bapa murid

pemulihan, guru pemulihan, guru

kelas ataupun pihak pihak yang

terlibat.

[ipgksm] Page 10

Page 11: Nota Pentaksiran

PKP3106

22. Cara soal selidik(self-administered)

berkesan jika responden boleh atau

bersedia memberikan pendapatnya

dengan jelas.

[ipgksm] Page 11

Page 12: Nota Pentaksiran

PKP3106

Tajuk 2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan aspek

penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran

pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana

adalah merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi

dengan betul. Selain itu, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan

pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan

kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan

perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas. 

1. Pengamatan

Maksud Kebolehan Pembelajaran AsasTerdiri daripada:

1. Pengamatan

1. Penglihatan

2. Pendengaran

1. Sensori motor 

2. Kinestatik

3. Taktil dan haptik

[ipgksm] Page 12

Page 13: Nota Pentaksiran

PKP3106

Diskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf,

nombor dan perkataan.

Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

Orientasi Kedudukan Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf

dan nombor.

Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-

huruf dalam perkataan.

Menyudah atau

Melengkapkan

Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau melengkapkan

objek, nombor, perkataan atau ayat.

Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,

perkataan atau ayat.

Rajah Latar Belakang Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau

nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

Koordinasi Motor Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan

tangan.

Pertalian Jarak

(Ruang)

Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan

serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Ketetapan Bentuk /

Kedudukan dalam

rajah

Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor

yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah

bentuknya dalam mana-mana keadaan

Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak

[ipgksm] Page 13

Page 14: Nota Pentaksiran

PKP3106

yang lain.

Mazing atau Mencari

Jalan Keluar

Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

Benda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

Kesukaran Dalam Pengamatan Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca daripada

kecacatan organism telinga adalah seperti:

Diskriminasi Ketidakbolehan mengenal dan

membezakan bunyi sebutan, rentak,

irama, dan intonasi yang berlainan.

Ketidakbolehan mengenal arah bunyi

(jauh atau dekat)

Ketidakbolehan mengingat bunyi-

bunyi yang didengar.

Ketidakbolehan mengulang corak

bunyi dan turutannya.

Pekak Koduktif Tidak dengar bunyi bernada rendah

Pekak Perseptif Tidak dengar bunyi bernada tinggi

[ipgksm] Page 14

Page 15: Nota Pentaksiran

PKP3106

Pekak Campur Aduk Campuran pekak koduktif dan pekak

perseptif.

Pekak Rikrutmen (Automatic Volume

Control)

Boleh mendengar bunyi yang kuat

sahaja.

Secretory Otitis Media Cecair yang menyekat getaran.

Kesukaran Dalam Kemahiran Sensori Motor 

1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis,

mudah danbeirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.

2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-

kerja yangmemerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam

penggunaan tangan dalamtulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

3. Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melaluipenglihatan,

pendengaran dan daya perasa.

[ipgksm] Page 15

Page 16: Nota Pentaksiran

PKP3106

4. Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadapdorongan

dan daya perasa

5. Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan,sisian dan

arah

Masalah dalam pengamatan

Kesukaran memahami konsep – yang melibatkan visual

Kekurangan visual-aid – mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids

Sikap murid – bergantung kepada orang lain

Kepakaran guru

Stigma/ pelabelan masyarakat – rendah diri

Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran

Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawab

Keperluan Pentaksiran Pengamatan

- Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin

- Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi

- Menyediakan penempatan yang bersesuaian

- Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu.

1. Pengamatan Taktil ialah sentuhan yang berkenaan dengan atau

menggunakan deria sentuhan.

2. Pengamatan Kinestetik membincangkan tentang deria pergerakan tubuh

badan.

[ipgksm] Page 16

Page 17: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Haptik ialah gabungan antara pengamatan taktil dan kinestetik yang berlaku

secara serentak.

2. Konsepsualisasi dan Organisasi

Konsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep.

Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada

manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi

mencapai matlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi.

Ringkasnya, konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk

memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi

Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan

yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam

situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung

dalam tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan

yang diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi.

Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan

atau daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk

[ipgksm] Page 17

Page 18: Nota Pentaksiran

PKP3106

refleksi. Kkesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam

refleksi supaya perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama.

Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang

sebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan

pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan

dalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami

prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk

konsep.

Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat

aplikasi dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan

berbentuk konteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk

jangkaan pada masa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.

3. Kepantasan pemprosesan maklumat

Definisi : Melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan

menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan

pantas.

Peringkat Pemprosesan Maklumat

1. Kenalpasti ransangan

[ipgksm] Page 18

Page 19: Nota Pentaksiran

PKP3106

1. Ransangan = semua jenis maklumat persekitaran yg diterima melalui

reseptor sensori

2. Berperanan utk mentafsir maksud ransangan yg wujud dalam persekitaran

3. Contoh : seorang pemain badminton menerima hantaran tinggi sebagai

rnasangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut

4. Pemilihan respon

1. Berperanan sebagai system yg menyediakan beberapa respond an

akan memilih respon yg terbaik dan relevan dengan tafsiran

ransangan tersebut

2. Contoh : jika kita ingin menangkap bola, secara auto matiknya, otot

tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut

5. Pemprosesan respon

1. Merupakan peringkat pelaksanaan fizikal segala persiapan yg telah

dilakukan di peringkat organisasi lakuan

2. Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yg dapat dilihat

3. Contoh : pemain badminton yg menerima bola tinggi sebagai

ransangan maka lakuan yg tepat baginya ialah dengan melakukan

pukulan smesy

4. Dlm peringkat ini, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada

pengalaman yg dilakukan

[ipgksm] Page 19

Page 20: Nota Pentaksiran

PKP3106

Cara memproses maklumat

1. Menyusun maklumat

2. Membuat lakaran grafik

3. Menganalisis data

Menyusun maklumat

4. Maklumat yg terkumpul boleh diproses berdasarkan :

1. Kronologi (masa dan peristiwa)

2. Keutamaan

3. Kata Tanya

4. Kategori

Membuat lakaran grafik

Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakran grafik adalah

maklumat yg ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-

sama dengan sedikit maklumat bertulis.

5. Jadual

1. Cara yg paling kemas utk mempersembahkan maklumat yg

mengandungi nombor ataus sesuatu yg boleh dikategorikan kepada

beberapa kumpulan yg sama

2. Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris

[ipgksm] Page 20

Page 21: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu

kategori maklumat dengan kategori yg lain, seperti kewangan dgn

bilangan atau kuantiti barangan atau antraa kekuatan dengan

kelemahan sesuatu

6. Graf

1. Graf digunakan utk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf

membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.

2. Jenis graf :

1. Graf garis – menggunakan garisan tegak dan mendatar

sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variable. Kedua-

dua paksi x dan y biasanya mempunyai skala yang sekata

2. Graf bar- bagi variable yg diskrit seperti bilangan syarikat atau

bulan Januari, Februari dan lain-lain. Lebih sesuai maklumat itu

dinyatakan dalam graf bar.

3. Graf pai – digunakan utk menunjukkan peratusan atau

pecahan pembolehubah.

7. Piktograf

1. Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah

difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka.

2. Oleh itu, angak diwakili dengan symbol

3. Bentuk grafik ini dikenali sebagai piktograf

[ipgksm] Page 21

Page 22: Nota Pentaksiran

PKP3106

8. Carta pokok /Organisasi

1. Carat menggunakan grafik dan perkataan utk mempersembahkan

ringkasan (overview) sesuatu maklumat

2. Carta ini digunakan utk menunjukkan hubungan dan turutan dengan

cara yg tersusun

3. Contoh : carta struktur sebuah organisasi

9. Carta alir

1. Maklumat tenatng suatu proses

2. Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran

10. Carta stream

1. sesuatu maklumat yg boleh dikelaskan dan setiap kelas itu

mempunyai hubungan antara satu sama lain

11. Rajah

1. Sejenis grafik yg menggunakan garisan, tanda dan symbol untuk

menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem

2. Contoh : rajah litar elektrik

12. Peta

1. Maklumat tenatng keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya

lebih jelas ditunjukkan

13. Lakaran

[ipgksm] Page 22

Page 23: Nota Pentaksiran

PKP3106

1. Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran

2. Contoh : bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk

lakaran

14. Gambar

1. Adalah bentuk grafik yg dapat menyampaikan maklumat dengan tepat

dan mebarik bagi sesuatu objek maujud.

2. Gambar mewakili seribu perkataan

Menganalisis data

Maklumat yg telah disusun atau diproses perlu dianalissi untuk membuat

kesimpulan yg jelas dan tepat

Langkah menganalisis data :

15. Menghubungkaitkan fakta

16. Mengsintesis data

17. Membandingkan fakta

18. Membaca yg tersirat

19. Membuat kesimpulan

Masalah Berkait Dengan Pemprosesan

[ipgksm] Page 23

Page 24: Nota Pentaksiran

PKP3106

1. Masalah spatial

2. Masalah berkaitan dengan arah

3. Berkaitan konsep masa

4. Masalah imej badan

5. Masalah organisasi

6. Masalah symbolization atau perwakilan

7. Masalah membina konsep / penaakulan

Matlamat Pengajaran

1. Rumusan hasil pentaksiran

Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam

kebolehanpembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran

sosial ataupunkemahiran pengurusan diri.

2. Pengenalpastian matlamat pengajaran

Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran yang

akandiputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru merancang

hasil pembelajarannya atau matlamat pengajaran.

[ipgksm] Page 24

Page 25: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Perancangan intervensi

Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai

kemahiranpembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid

berkenaanbolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan

masalah sebenar yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran

tertentu.

[ipgksm] Page 25

Page 26: Nota Pentaksiran

PKP3106

TAJUK 3 MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Maksud kemahiran sosial dan tingkah laku

Kemahiran sosial

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?

Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik

seperti:

• membina persahabatan

• berbual dengan orang lain

• mempunyai budi pekerti yang baik

• mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Kemahiran Hidup dalam Bilik darjah:

Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah.

Ini termasuklah:

• mendengar dan mematuhi arahan

• berkelakuan sopan dan menghindari gangguan

• meminta bantuan

• memberi sumbangan dalam perbincangan

• membuat keputusan

• pengendalian konflik

• membina kemahiran akademik

• melaksanakan kewajipan

[ipgksm] Page 26

Page 27: Nota Pentaksiran

PKP3106

• bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Tingkah laku dalam bilik darjah

Maksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satu

jangka masa yang lamayang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan

pembelajaran murid seterusnya menghalangpenglibatan mereka secara aktif di

dalam atau di luar bilik darjah.

Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah

• Kaedah berasaskan ujian

• Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan(kajian kes,

kajian dokumen, kajian rentasan, kajian menegak)

Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:

• Semasa sesi pengajaran

• Semasa membuat latihan

• Semasa di luar kelas

• Semasa bukan guru kelas mengajar

Pentaksiran Tingkah Laku Secara Formal

• senarai semak

- maklumat (diri, kerjaya, pendidikan)

- inventori (minat, kerjaya)

• skala kadar

[ipgksm] Page 27

Page 28: Nota Pentaksiran

PKP3106

- ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu

5 = sangat bersetuju

4 = bersetuju

3 = kurang bersetuju

2 = hampir bersetuju

1 = tidak bersetuju

• temuduga

- lebih berfokus kepada interaksi sosial

- maklumat hampir sama dalam soal selidik diri

- pemerolehan maklumat dengan cara santai

• pencerapan

• pencerapan naturalistik

pemerhatian di setting yang biasa / natural

• pencerapan klinikal

rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat

• pentaksiran psikometrik

- maklumat perkembangan diri individu

- penggunaan kaedah saintifik

• pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui :

- pentaksiran kurikulum fungsional

o pentaksiran tidak langsung

o pemerhatian secara langsung

o eksperimen

- pentaksiran kesesuaian tugas

iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan

perkembangankanak-kanak dengan menggunakan senarai semak

[ipgksm] Page 28

Page 29: Nota Pentaksiran

PKP3106

Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

1. Pemerhatian

2. Penilaian Orang lain

3. Penilaian kendiri

4. Pentaksiran ekologi

Matlamat Pengajaran

5. Rumusan hasil pentaksiran

6. Pengenalpastian matlamat pengajaran

7. Perancangan Intervensi

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan

tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya

melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang

penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku

ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab

social berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan.

Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan

tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh

dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku

negatif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya

dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah

[ipgksm] Page 29

Page 30: Nota Pentaksiran

PKP3106

seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah

laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.

Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran

modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku

yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu,

antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi

keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan

tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan

kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat

penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak

akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini

antaranya adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer ,

sekunder dan sosial. Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman,

manakala ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain.

Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi

kepada individu. Terdapat beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti

penggunaan kontrak dan sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai

teknik antaranya adalah seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed

out ,pembetulan semula dan yang lain lagi. Segala strategi peningkatan dan

pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk mengubah tingkah laku

kepada tingkah laku yang diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan

dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod anekdot, persampelan masa dan

sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu baseline dapat dilihat dan

[ipgksm] Page 30

Page 31: Nota Pentaksiran

PKP3106

disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti yang bersesuaian bagi

meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.

Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku

juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan

orang yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan

daripada ibu bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat

pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.

TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN

[ipgksm] Page 31

Page 32: Nota Pentaksiran

PKP3106

Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar

mengingat dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa. Lisan merupakan

salah satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu

kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Sebenarnya, kanak-kanak mula

menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba

meniru serta menuturkannya berulang-ulang kali.

[ipgksm] Page 32

Mendengar

Bertutur

Kemahiran lisan

Page 33: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah apabila seseorang itu dapat mengecam, mengenal

dan mengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.

Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan sesuatu bunyi itu bergantung

kepada faktor-faktor fisiologi dan neurologi pendengaran seseorang iaitu setakat

mana kadar pengamatan pendengarannya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai

kemahiran mendengar dapat :

1. Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

2. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

3. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

4. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

5. Mendengar secara kritikal.

6. ” Auding”

7. Mengikut arahan.

8. Memahami urutan atau sekuan.

9. Mengingat kembali.

10. Menentukan idea utama / terpenting.

11. Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.

[ipgksm] Page 33

Page 34: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula adalah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-

bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada

(tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang

dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam

lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan

melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Tetapi bagi Bahasa Melayu, hanya intonasi dan jeda sahaja yang bersifat

fonetik yang boleh membezakan makna atau maksud.Ujaran sesuatu ayat mestilah

dengan intonasi-intonasi yang tertentu supaya ia boleh menentukan maksud ayat

dan jenis-jenis ayat yang berkenaan.Misalnya ayat “Dia sudah makan” boleh

berfungsi sebagai ayat penyata dan juga sebagai ayat tanya jika diubah intonasi

dalam pengujarannya. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting

bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini

juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen-Komponen Bahasa Lisan

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan

iaitu fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek

pentaksiran ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti

dan seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang

bersesuaian bagi individu tersebut.

[ipgksm] Page 34

Page 35: Nota Pentaksiran

PKP3106

Fonologi adalah kajian mengenai pola bunyi bahasa iaitu kajian mengenai

bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sebutan dan bunyi yang

berlainan akan memberikan makna yang lain. Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”,

perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut.

Kebiasaannya individu yang mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk

membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala mereka seringkali

melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya

perkataan ”kakak” menjadi “katak”. Hal ini telah pun berlaku penggantian.

Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi

perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai

makna yang berbeza.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah

disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk

kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Struktur kata bermaksud

susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil

daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan

kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan

latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Sintaksis pula merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses

pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan

disusun dalam ayat. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang

lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sebagai contoh ”Abang membaca

[ipgksm] Page 35

Page 36: Nota Pentaksiran

PKP3106

buku”. Namun bagi individu yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis,

individu itu hanya mampu menyebut ”abang buku”. Hal ini sememangnya telah pun

memberi maksud dan makna yang lain. 

Menurut Kamus Dewan, 1997: 1228, semantik merupakan kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Komponen kandungan

terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan

digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik

melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem

yang bergabung akan membentuk perkataan dan perkataan digunakan untuk

mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang

mengalami masalah pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik

terutama dalam membezakan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi

berlainan bunyi. Contohnya perkataan semak (e pepet) dengan semak (e taling).

Semak bermaksud belukar manakala semak yang satu lagi adalah memeriksa.

Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami peribahasa seperti

simpulan bahasa dan sebagainya.

Bidang pragmatik pula adalah merupakan bidang yang berkaitan dengan

penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak

autisme misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini

kerana kata ganti diri pertama seperti ”saya” seringkali ditukarkan dengan

perkataan ”awak”. Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang

berlainan. Disebabkan itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting

dalam aspek komponen bahasa.

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan

maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru.

[ipgksm] Page 36

Page 37: Nota Pentaksiran

PKP3106

Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori

perkembangan kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan

maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar.

Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan

pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.

Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif

Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek

utama untuk dinilai dan ditafsirkan iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa

reseptif merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input

bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif

ini misalnya melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa

dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadap isu yang diperkatakan tadi.

Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut

akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.

Bahasa ekspresif pula merujuk kepada keupayaan murid untuk

berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada

orang lain.Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek

pengeluaran bunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan

adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Misalnya,

berdasarkan contoh gambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki bercerita

mengenai gambar tersebut.

Antara ciri-ciri individu yang mengalami masalah bahasa reseptif dan

ekspresif, biasanya mereka lebih suka berdiam diri atau mengelakkan diri daripada

[ipgksm] Page 37

Page 38: Nota Pentaksiran

PKP3106

sebarang perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi

respon yang salah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami

masalah ini juga akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi

dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua

masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera.

Psikoterapi dapat dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka

yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga tingkah laku.

CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISAN

1. Penilaian orang lain

2. Pemerhatian

3. Sampel bahasa

4. Pengujian tidak formal

Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan

ini, terdapat beberapa cara dan kaedah (Rujuk rajah 4). Antara cara pentaksiran

yang boleh dilakukan oleh guru ialah melalui penilaian orang lain, pemerhatian,

sampel bahasa dan pengujian tidak formal. Bagi cara mentaksir dengan penilaian

orang lain, guru boleh melakukan perbincangan atau temu bual dengan ibu bapa,

guru kelas, guru Bahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya

dengan baik bagi menilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah

yang dihadapi oleh murid tersebut.

[ipgksm] Page 38

Page 39: Nota Pentaksiran

PKP3106

Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian sama ada secara

langsung ataupun tidak langsung. Menurut Haidi (2009), terdapat tiga teknik

pemerhatian yang sesuai dilaksanakan iaitu pemerhatian dengan senarai semak,

pemerhatian di luar bilik darjah dan pemerhatian tingkah laku. Selain itu,

pemerhatian juga boleh dilaksanakan dalam situasi yang spesifik, pelbagai tempat

dan masa yang berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi yang spesifik

dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentu misalnya seperti semasa waktu

rehat. Manakala bagi pemerhatian dalam pelbagai tempat pula boleh dilakukan

pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu juga dengan pemerhatian

pada masa yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakan sama ada pada

waktu pagi, petang dan malam. Misalnya, guru boleh membuat pemerhatian

terhadap tingkah laku murid tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu

bagaimana murid itu menjawab ketika guru menanyakan soalan ataupun guru

memerhati perbualan murid tersebut dengan rakan-rakannya. Dengan maklumat

yang diperoleh, guru dapat mengumpul lebih banyak maklumat untuk melakukan

pentaksiran.

Seterusnya adalah sampel bahasa. Sampel bahasa biasanya dilakukan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk

membuat analisis sampel bahasa. Ini kerana untuk mengetahui kelebihan dan

kekurangan murid dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru boleh

menyediakan beberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa mereka.

Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai

adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa

ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul,

kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan

pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

[ipgksm] Page 39

Page 40: Nota Pentaksiran

PKP3106

Selain itu, guru juga boleh melakukan pengujian tidak formal. Pengujian

tidak formal dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan, dijalankan sama

ada secara individu atau kumpulan, dijalankan secara lisan, tidak melibatkan

kemahiran atau unit-unit tertentu dan ia dibina oleh guru serta tidak mempunyai

arahan atau prosedur. Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesi soal

jawab. Melalui soal jawab dan temubual, guru dapat menganalisis kelemahan dan

kekuatan murid dalam kemahiran lisan. Selain itu, melalui pengujian tidak formal,

guru dapat merekod maklumat yang diperoleh dan dapat membantu guru dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada

pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan

kognitif. Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam

bentuk interaksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi

menegaskan kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang

lebih luas kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan

dengan lebih cekap.Oleh itu, guru perlu memperbanyakan aktiviti lisan dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kemahiran Lisan dalam Ujian Diagnostik.

Jenis – jenis ujian Diagnostik dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

kemahiran lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran tulisan. Kemahiran Lisan

merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan

terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran

[ipgksm] Page 40

Page 41: Nota Pentaksiran

PKP3106

Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan

dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

Kemahiran-kemahiran asas dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

mendengar.Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam,

mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi

bahasa yang berlainan.

Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung

kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar

pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang

itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh mendiskriminasi

bunyi-bunyi bukan bahasa,mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa,memahami

perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Selain itu, murid-murid

dapat memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta

helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan”

ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah

bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud

atau makna.Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi

mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga

perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa kepentingan kemahiran lisan iaitu manusia mencipta

lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Kita

harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca

[ipgksm] Page 41

Page 42: Nota Pentaksiran

PKP3106

dan menulis.Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-

kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka

sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan

supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.Kanak-

kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan

mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Maka mereka akan lebih berani dan rajin

bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa

dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan

demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas,

sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.Bahasa Melayu

khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan

suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa

yang baik.Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu

bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.

Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina

asas bahasa yang kukuh.Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan

kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak

di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata

kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Matlamat pengajaran

1. Rumusan hasil pentaksiran

2. Pengenalpastian matlamat pengajaran

[ipgksm] Page 42

Page 43: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Perancangan intervensi

Cara memperbaiki kelemahan-kelemahan lisan

1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh

murid-murid.

2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan

khusus murid-murid.

4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi

melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.

- Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan

cukup untukdidengar oleh pendengar yang ada.

[ipgksm] Page 43

Page 44: Nota Pentaksiran

PKP3106

2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia

ada

murid.

3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap

mengenaiperkara-perkara tertentu.

4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-

bahan

mereka sendiri.

6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah

pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.

o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.

o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh

sipenutur.

7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya

untuk

sekali dua sahaja.

8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran

yangberikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan

jikadidapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat

secaraspontan

[ipgksm] Page 44

Page 45: Nota Pentaksiran

PKP3106

TAJUK 5 MENTAKSIR BACAAN

Pengenalan Bacaan

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak

pemulihan dan juga menjadi punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah.

Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada

perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer,

1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan

untuk menjelaskan maksud bacaan.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk

memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau

bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan

seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili

bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna

yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan

mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini

sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses

yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff

(1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat

diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui

[ipgksm] Page 45

Page 46: Nota Pentaksiran

PKP3106

wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau

mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman

selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,

untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat

menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna

perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan

membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan

pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam

sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

2. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa

yang sedia ada di kepala.

4. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi

sebuah idea yang lengkap.

5. Mencuba untuk menghuraikan idea kepada orang lain.

[ipgksm] Page 46

Page 47: Nota Pentaksiran

PKP3106

Proses Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca mengandungi dua proses asas iaitu kemahiran memecahkan

kod dan kefahaman. Kemahiran memecahkan kod melibatkan pemahaman tentang

hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada

bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran memecahkan kod

ataupun dikenali sebagai “nyah kod” membolehkan seseorang menyebut perkataan

yang ditulis dengan betul. Manakala proses kefahaman pula membolehkan

seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut

konte

Faktor-faktor Yang Berkaitan Dengan Membaca

Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca seseorang adalah

kesediaan membaca.Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-

kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus

berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan

seterusnya berjalan. Oleh itu bagi persediaan untuk kanak-kanak berjalan, dia akan

memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah

berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai

keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran

membaca diajar kepadanya.

Sementara itu, antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan

membaca kanak-kanak adalah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran,

emosi, motivasi dan sahsiah, kecerdasan, pengamatan dan penguasaan bahasa.

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang

sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman

bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca.

[ipgksm] Page 47

Page 48: Nota Pentaksiran

PKP3106

Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa

yang kerap berbual dengan anak mereka dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi dan sahsiah kanak-kanak. Ini kerana dorongan

yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Manakala kecerdasan dan perkembangan kognitif juga turut mempengaruhi

kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat

menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-

kanak lain yang sebaya dengannya.

Selain itu, keupayaan pengamatan turut menjadi faktor dalam

mempengaruhi kemahiran membaca misalnya kemahiran diskriminasi penglihatan

dan diskriminasi pendengaran. Contohnya, semasa membaca kanak-kanak perlu

mendiskriminasikan huruf dan juga mendiskriminasikan bunyi-bunyi huruf. Ini

melibatkan kemahiran pengamatan penglihatan dan pendengaran.Kanak-kanak

yang menguasai bahasa dengan baik juga akan dapat belajar kemahiran membaca

dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat

komunikasi manusia untuk melahirkan fikiran, perasaan, kehendak dan

sebagainya.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk

memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi

sebelum mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

[ipgksm] Page 48

Page 49: Nota Pentaksiran

PKP3106

Peringkat-Peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua

kemahiran iaitu bacaan secara kuat iaitu bacaan mekanis dan bacaan secara

senyap iaitu bacaan mentalis. Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan

kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca. Manakala bacaan

senyap merupakan kemahiran membaca untuk memahami dan juga kepantasan

membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat

secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran

membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran

bacaan kepada lima peringkat iaitu peringkat menyediakan murid, peringkat

mendirikan asas, peringkat melatih membaca dan memahami, peringkat melatih

membaca untuk hiburan atau mencari maklumat dan peringkat membina dan

mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu

menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa

dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid

dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk

menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran

kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini, guru perlu

menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai.

Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik dan bermakna.

Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan,

[ipgksm] Page 49

Page 50: Nota Pentaksiran

PKP3106

frasa dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga, galakan dan dorongan perlu

diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memahami. Pada

peringkat ini, bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain

menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek

pemahaman. Kebiasaan, murid yang membaca nyaring boleh dikurangkan kepada

bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru yang berkaitan dengan

bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya

memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk

memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa

lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran

mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka

membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa

kanak-kanak. Kebiasaannya, sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,

pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pendekatan Pengajaran Bacaan

Terdapat dua pendekatan pengajaran bacaan iaitu kaedah “bottom-up” dan

“kaedah “top-down”.

Kaedah “bottom-up” bermaksud membaca dari bawah ke atas. Membaca

dalam proses “bottom-up” merupakan proses yang melibatkan ketepatan, butiran

[ipgksm] Page 50

Page 51: Nota Pentaksiran

PKP3106

dan rangkaian persepsi serta identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan dan unit

bahasa. Menurut pendekatan ini, petikan yang menentukan pemahaman

seseorang. Menurut Brown (2001), proses bottom-up adalah proses membaca

terlebih dahulu dengan mengetahui pelbagai tanda linguistik seperti huruf, morfem,

suku kata, frasa, petunjuk gramatik dan tanda wacana. Kemudian menggunakan

mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna. Untuk

memahami bacaan berdasarkan kaedah ini, pembaca memerlukan kemahiran yang

berkaitan dengan lambang bahasa yang digunakan dalam teks.

Dalam kemahiran membaca, pendekatan “top-down” juga dikenali sebagai

model psikolinguistik dan ia dikembangkan oleh Goodman (1976). Pendekatan ini

berkaitan dengan kemahiran membaca yang menjadi sebahagian daripada proses

skema seseorang iaitu membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada

untuk menerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca.

Maklumat grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna.

Pembaca tidak hanya memerlukan maklumat grafik daripada bacaan kerana

mereka telah memiliki model bacaan sendiri untuk memahami bacaan.

Berdasarkan pendekatan ini, sebelum membaca seseorang itu membuat ramalan

ataupun hipotesis berkaitan dengan apa yang mungkin ada dalam bahan bacaan

dengan bermodalkan pengetahuan tentang isi dan bahasa yang dimilikinya.

Untuk membantu pemahaman berkaitan dengan pendekatan ini, pembaca

menggunakan strategi berdasarkan kepada penggunaan petunjuk semantik dan

sintaksis. Ini bermakna, untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat

menggunakan petunjuk tambahan yang merupakan kompetensi berbahasa yang ia

miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan

peranan yang penting dalam membentuk makna bacaan. Kesimpulannya,

[ipgksm] Page 51

Page 52: Nota Pentaksiran

PKP3106

pendekatan ini melibatkan pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca

untuk memahami bacaan.

Masalah-Masalah Dalam Bacaan

Masalah-masalah dalam bacaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah

berkaitan dengan kebolehan memecah kod dan masalah berkaitan kefahaman.

Masalah berkaitan dengan kebolehan memecahkan kod dapat dibahagikan kepada

bentuk huruf, peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan kesukaran

membaca peringkat ayat.

Antara masalah bentuk huruf ialah tidak dapat membezakan huruf kecil yang

seakan-akan sama bentuknya, huruf yang terbalik, bunyi huruf yang seakan-akan

sama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut

huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda dan keliru menamakan huruf besar dan

huruf kecil kerana bentuknya berubah.

Masalah pada peringkat suku kata pula, murid tidak boleh mengadun atau

membatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yang

melibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelah

mengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku

kata VK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak boleh

membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatang

perkataan yang mengandungi Diftong atau vokal berganding, tidak boleh

membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal perkataan dan tidak

boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

[ipgksm] Page 52

Page 53: Nota Pentaksiran

PKP3106

Manakala masalah dalam kesukaran dalam pengamatan pula adalah boleh

mengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, boleh

membatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalam

perkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebut

perkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasa

Inggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama

dan menyebut perkataan mengikut loghat.

Seterusnya adalah kesukaran membaca peringkat ayat. Mereka cenderung

menggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, pembalikan perkataan,

mengulang, merangkak-rangkak dan membaca mengikut loghat.

Masalah berkaitan dengan kefahaman pula, murid tidak dapat memahami

makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

CARA PENTAKSIRAN BACAAN

1. Senarai semak

2. Analisis ralat

3. Pengujian berdasarkan kurikulum

Antara cara pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru ialah senarai semak,

analisis ralat dan pengujian berdasarkan kurikulum. Pengujian berdasarkan

kurikulum dapat dibahagikan kepada empat iaitu kemahiran memecahkan kod,

kemahiran mengenal perkataan, kefasihan membaca dan kefahaman. (Rujuk Rajah

5)

[ipgksm] Page 53

Page 54: Nota Pentaksiran

PKP3106

Senarai semak adalah satu senarai yang merangkumi instrumen tertentu

untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

Sementara itu, pentaksiran analisis ralat pula berkaitan dengan kesilapan yang

dibuat oleh murid yang boleh dijadikan sebagai petunjuk berkaitan dengan

kemahiran yang masih belum dikuasainya. Murid akan kerap melakukan kesilapan

bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya. Oleh sebab itu, guru harus

mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti

kemahiran yang harus diajar.

Sementara itu, pengujian berdasarkan kurikulum pula bermaksud ujian yang

dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah. Ujian yang boleh

dilaksanakan adalah Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ia merupakan satu ujian yang direka

oleh guru pemulihan untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid

dalam satu tempoh tertentu. Kebiasaannya, kemahiran yang diuji hanya tertumpu kepada

satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada

murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya adalah untuk menilai sama ada murid telah

menguasai kemahiran tersebut ataupun tidak.

Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria

pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang

ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%. Guru boleh menggunakan URK

untuk kemahiran memecahkan kod dan kemahiran mengenal perkataan.

Contohnya untuk menguji kebolehan membaca KVKV. Selepas membaca

perkataan KVKV selama 3 minggu, guru menguji sama ada murid telah menguasai

kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan dengan menyediakan

sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid. Dalam borang

catatan, guru menulis ‘apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang

pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan

[ipgksm] Page 54

Page 55: Nota Pentaksiran

PKP3106

yang ditunjukkan’. Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV

dan murid membaca perkataan. Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan

atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah

dikuasai. Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang baru.

Selain itu, guru juga boleh melaksanakan Ujian Diagnostik (UD). UD

dilaksanakan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam

pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Dengan ujian ini, guru boleh mengenal

pasti sama ada murid dapat membaca perkataan dan ayat yang ditulis dengan

betul ataupun tidak dengan mengadakan ujian lisan. Contohnya, murid membaca

ayat tunggal yang ditunjukkan oleh guru semasa ujian lisan dilaksanakan dan guru

merekod kesalahan murid.

Seterusnya adalah untuk menguji kefasihan membaca. Ujian yang boleh

dilaksanakan adalah Ujian “speed”. Ujian ini perlu dihabiskan dalam masa yang

agak terhad dan dilakukan secara tidak formal. Misalnya, murid membaca petikan

yang diberikan oleh guru dalam masa yang telah ditetapkan. Guru merekod

kesalahan murid. Seterusnya untuk menguji kefahaman murid, guru boleh

memberikan petikan dan menyediakan soalan berdasarkan petikan yang diberikan.

Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti sama ada murid memahami apa yang

dibaca ataupun tidak.

[ipgksm] Page 55

Page 56: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kemahiran Bacaan dalam Ujian Diagnostik.

Selain daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca adalah kemahiran

bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat

bersama-sama dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita

dapat memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan.

Pengertian bacaan adalah luas iaitu tidak hanya terhad kepada maksud

membunyikan tulisan atau “barking at words” semata-mata. Membaca secara

senyap dengan memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah

sangat penting.

Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,

sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan

menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran

membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya

mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca

secara nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah

pembelajaran pula, mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih

khusus sesuai keupayaan dan kebolehan mereka.

Menurut Frak Smith (1971),Membaca adalah satu operasi

“psycholinousitic” . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam

perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-

perkembangan yang diterima. Atan Long (1976): Membaca adalah proses

kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali

lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada

bahan bertulis itu.Kesimpulannya, membaca adalah proses memindahkan

lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yang

[ipgksm] Page 56

Page 57: Nota Pentaksiran

PKP3106

terkandung di dalamnya serta membuat perkaitan makna-makna tersebut dengan

pengalaman sedia ada murid.

PENTAKSIRAN BACAAN

Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam

proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya

adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit.

Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan.

Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan,

berpandukan arahan dan menggunakan maklumat.

Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik

perlulah dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk

mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan

pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir

dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik.

Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan

perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini

akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan.

Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami

masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang

sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga

akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait

[ipgksm] Page 57

Page 58: Nota Pentaksiran

PKP3106

antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa

membunyikan setiap perkataan yang dibaca.

Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang

perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah

dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan

memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah

berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat

sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang

berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek

bacaan, menulis dan bahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah

berdasarkan prob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil

tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal

murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri.

Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah

dengan melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan

sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata ,

perkataaan, ayat dan teks.

Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil

yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga

kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama

dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu

kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan

yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut

[ipgksm] Page 58

Page 59: Nota Pentaksiran

PKP3106

perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan

perkataan seperti bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga

akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf

besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a.

Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran

membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah

kepada semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal

pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan

oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”,

”substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi.

Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap

bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman

literal, kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah

merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal

berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula

memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan

huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman

terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan.

Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks terlebih dahulu,

kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens.

[ipgksm] Page 59

Page 60: Nota Pentaksiran

PKP3106

TAJUK 6 MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis

1. Tulisan

2. Ejaan

3. Mengarang

TULISAN

Pengenalan

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah

penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan

lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Peranan tulisan

1. Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

2. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak

menulis

dengan baik, cekap dan pantas.

3. Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan

bahasa dan tulisan.

4. Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul

[ipgksm] Page 60

Page 61: Nota Pentaksiran

PKP3106

Peringkat-peringkat kemahiran menulis

1. Pramenulis

1. Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulisdengan kemas.

2. Mekanis(mendirikan asas)

1. Selepas pratulisan dan mereka dilatihmembentuk lambang-lambang

tulisan

3. Pelahiran (mental)

1. Melahirkan fikiran murid secarabertulis.

Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf

dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan

mata diberikan kepada murid. Contoh aktiviti pramenulis :

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa

menggunakan alat tulis.

• Menyambung titik

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

[ipgksm] Page 61

Page 62: Nota Pentaksiran

PKP3106

Mekanis

Murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil

dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,

perkataan dan ayat. Contoh aktiviti:

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad

yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis

putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku.

Pelahiran

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis

penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian

mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Contoh aktiviti:

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat

[ipgksm] Page 62

Page 63: Nota Pentaksiran

PKP3106

MASALAH

Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan

oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

1. Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana

huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.

2. Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor

tangan atau jari yang sesuai.

3. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan

sukar untuk menulis.

4. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan

maklumat-maklumat motor di dalam otak.

5. Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan

tersebut.

Masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti

berikut;

(a) Bentuk huruf:

• Tidak dapat membentuk huruf dengan betul.

• Menulis dari kanan ke kiri.

• Menulis abjad dan ayat terbalik.

• Menulis dengan tiada ketetapan kecondongan.

• Menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah.

• Menulis perkataan terbalik ( bapa – baqa ).

(b) Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

(c) Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

[ipgksm] Page 63

Page 64: Nota Pentaksiran

PKP3106

(d) Mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak

seragam

(e) Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

EJAAN

Definisi :

Proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan

secara lisan dan bertulis.

Huraian :

Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru.Kemahiran diperoleh

melalui bacaan

Masalah Kemahiran Menulis :

1. Lemah dalam ingatan penglihatan

1. Tidak dapat ingat dan bayangkan bentuk sebenar perkataan

2. Masalah penglihatan (rabun/juling)

2. Lemah dari segi analisis pendengaran

1. Tidak dapat tentukan lambang yang wakili bunyi

[ipgksm] Page 64

Page 65: Nota Pentaksiran

PKP3106

2. Tidak boleh cam perkataan

3. Tidak dapat pilih lambang-lambang secara rawak

4. Kemungkinan lemah dalam bacaan

MENGARANG

[ipgksm] Page 65

Page 66: Nota Pentaksiran

PKP3106

Definisi kemahiran mengarang

Proses / peringkat kemahiran mengarang

1. Pra mengarang

2. Semasa mengarang

3. Pasca mengarang

[ipgksm] Page 66

Kamus Dewan Edisi Terkini Perihal mengarang (cerita), perbuatan (pekerjaan) mengarang

Aldous HexleyKebolehan berbahasa untuk membincangkan satu isi/info secara bertulis

Williams (1989)Aktiviti manusia yang paling kompleks yang melibatkan proses kognitif, bahan, peraturan dan sistem

Wikipedia Penggabungan objek-objek utama secara sistematik

Generalkarya tulisan untuk mengukapkan gagasan dan menyampaikannya melalui bahasa tulis kepada pembaca untuk difahami

Page 67: Nota Pentaksiran

PKP3106

Pra mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Berbincang untuk menentukan format.

2. Berbincang untuk menentukan isi

3. Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan

eletronik yang lain.

4. Membuat peta minda atau carta alir cerita.

5. Menentukan watak

6. Menyaring bahan.

7. Menulis draf

Semasa mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan.

2. Menentukan format

3. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, wacana,

sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca dan ejaan.

4. Mengambil kira aspek kohesi dan koheren

Pasca mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Menyemakkarangan

2. Melakukanpembetulan

[ipgksm] Page 67

Page 68: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Membuat penambahan sekiranya perlu

4. Menghantar karangan

Masalah dalam mengarang

1. Penggunaan dialek (tidak menggunakan bahasa baku)

2. Kesilapan tatabahasa

3. Kesilapan ejaan

4. Kesilapan istilah

5. Kesalahan struktur ayat

6. Ketidakrevelan isi

CARA PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Senarai semak Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda

deskripsi yangdianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.

Pemerhatian Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para

professionaluntuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan

tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu

direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil

pemerhatian :

[ipgksm] Page 68

Page 69: Nota Pentaksiran

PKP3106

Temubual :

1. Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan

menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan

sebaya murid.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan

2. Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus

daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan

bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran

akademik dan prestasi dengan tepat.

3. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus

untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga

mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari

bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas

ringkasan kerja.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau

dinilai iaitu:

[ipgksm] Page 69

Page 70: Nota Pentaksiran

PKP3106

1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian

(interpretation) dan tanggapan (judgement). Melaporkan

apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian

semasa.

2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara

“open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan

perlakuan.

Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian

dalam bentuk sekuense.

Analisis Sampel

Kerja

Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-

sampel kerja

yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang

dipelajarinya.

Analisis Tugasan

Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya,

kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid

perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil

yang terdapat

dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid

menjalankan tugasan tersebut.

[ipgksm] Page 70

Page 71: Nota Pentaksiran

PKP3106

Analisis Ralat

1. Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai

petunjuk tentang kemahiran yang masih belum

dikuasainya.

Ujian Rujukan

Kriteria

1. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran

yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang

telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan

seseorang murid dengan murid yang lain tetapi

membandingkan pencapaian murid dengan setkriteria

yang telah ditetapkan itu.

2. Dijalankan selepas mempelajari sesuatu kemahiran

Inventori Ejaan

Tidak Formal

Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk

mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-

kemahiran yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah.

Sekiranya guru ingin membina inventori ejaan tidak formal bagi menguji

kebolehan murid dalam kemahiran mengeja guru akan merujuk

kepada sukatan Bahasa Melayu untuk mengetahui kemahiran-

kemahiran yang terkandung di dalam kedua-dua aspek tersebut.

Berdasarkan rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina

untuk menguji murid

[ipgksm] Page 71

Page 72: Nota Pentaksiran

PKP3106

Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori ejaan tidak formal

adalah seperti berikut :

1. Ten tukan du lu kemah i ran da lam suka tan yang

anda ing in gunakan un tuk menguji murid, contohnya

ejaan vkv

2. Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan

untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan

murid

3. Sediakan  item-item  ujian  bagi  setiap  bahagian  sukatan

dengan  memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap

bahagian

4. Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal

5. Susunkan item-item ujian daripada yang paling

senang kepada yang paling susah.

[ipgksm] Page 72

Page 73: Nota Pentaksiran

PKP3106

MATLAMAT PENGAJARAN

1. Rumusan hasil pentaksiran (pelaporan dan tindakan susulan)

1. Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa

tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai,

sikap dan pencapaian murid.

2. Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus

berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran

belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang

menyeluruh dan ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka.

3. Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi

hasil daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta

penilaian hasil kerja murid.

4. Pengenalpastian matlamat pengajaran

Tujuan Mentaksir Kemahiran Menulis adalah untuk mengenalpasti sama

ada murid;

1. Boleh menulis secara mekanis dan membina perenggan

berdasarkan panduan / rangsangan.

2. Menulis teks prosa (naratif/diskriptif/fungsional) dan puisi

berdasarkan panduan dan rangsangan.

[ipgksm] Page 73

Page 74: Nota Pentaksiran

PKP3106

3. Menulis pelbagai teks berdasarkan panduan dan rangsangan.

4. Perancangan intervensi

Intervensi- tindakan susulan @kelas lanjutan yang diambil dan

dijalankan oleh guru atau pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi

membantu murid yang belum menguasai kemahiran menulis.

BAGAIMANA PERANCANGANNYA??

Dengan memfokuskan kepada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ;

1. Berpusatkan Guru

2. Berpusatkan Murid

3. Berpusatkan Bahan

4. Pendekatan (Kelas, Berkumpulan, Individu)

5. Teknik (Bercerita, main peranan, soal jawab,lakonan, menyanyi).

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan

kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan

kebolehan untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada

penulisan. Definisi bagi menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk

seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan

aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut

[ipgksm] Page 74

Page 75: Nota Pentaksiran

PKP3106

Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama

bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata

pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan

senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan

kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru

membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil

kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang

terdapat dalam penulisan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf

yang tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf

dan perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan

juga tidak mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang).

Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.

Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang

perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf

besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua

kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan.

Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird,

ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang

diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

[ipgksm] Page 75

Page 76: Nota Pentaksiran

PKP3106

TAJUK 7 MENTAKSIR MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir

secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

mencabar pemikiran.

Kemahiran asas pra-nombor

Kemahiran asas pra-nombor dalam matematik terdiri daripada :

1. Warna

2. Saiz

3. Bentuk

[ipgksm] Page 76

Kemahiran Matematik

Kemahiran asas pra-nombor

Kemahiran komputasi

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian

masalah

Kemahiran Matematik

Page 77: Nota Pentaksiran

PKP3106

4. Jenis

Kemahiran komputasi

Kemahiran komputasi merujuk kepada pengiraan dalam matematik. Pengiraan

dalam matematik ini melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi. Kemahiran komputasi ini terdapat dalam setiap bidang pembelajaran

matematik yang utama iaitu :

1. Nombor – nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, peratus

2. Ukuran – masa dan waktu, panjang, timbangan berat, isipadu cecair

3. Bentuk dan ruang – bentuk dua matra, bentuk tiga matra

4. Statistik – purata, perwakilan data

Komputasi pula bertujan untuk menilai kebolehan daripada operasi-operasi

arithmatik secara tradisi seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan

pembahagian kepada operasi yang memerlukan kepakaran melibatkan keempat-

empatnya secara serentak di dalam sesuatu penyelesaian.

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah dalam matematik digunakan dalam

kehidupan harian.

Aplikasi

[ipgksm] Page 77

Page 78: Nota Pentaksiran

PKP3106

Terdapat empat sub topik utama dalam aplikasi :

1. Ukuran

1. penilaian memerlukan pengenalan dan penggunaan ukuran unit biasa

secara praktikal ke atas ukuran panjang, berat dan suhu

2. Pembacaan graf dan jadual

1. Penilaian memerlukan pembacaan graf dan jadual untuk

penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan.

3. Masa

1. Penialain mengenal pasti perbezaan masa, percutian dan musim-

musim.

4. Belanjawan dan kewangan

1. memerlukan murid mengapliksikan kemahiran dan konsep Matematik

dalam penyelesaian masalah kewangan.

2. Murid-murid dapat membuat penaksiran secara logik. Dengan ini

pelajar boleh menaksir apa yang telah dibelanja mengikut belanjawan

yang telah ditetapkan dan boleh menyediakan akaun serta menyemak

semula akaun tersebut.

Penyelesaian masalah

1. Penyelesaian masalah memerlukan para pelajar menyelesaikan masalah

berpandukan cerita ynag dibacakan kepada mereka atau yang dibaca oleh

mereka.

[ipgksm] Page 78

Page 79: Nota Pentaksiran

PKP3106

2. Terdpat empat jenis penyelesaian masalah iaitu :

1. memerlukan satu langkah operasi Matematik

2. memerlukan dua langkah operasi Matematik

3. membezakan informasi yang diperlukan dan yang tidak

4. menunjukkan pemikiran secara logik di mana elemen-elemen yang

tidak lengkap diberikan.

Kemahiran Matematik dalam Pendidikan Pemulihan

Terdapat 22 kemahiran dalam matematik pemulihan ini iaitu :

Kemahiran 1 Pra nombor

1.1 mengkelaskan benda konkrit dan semi konkrit

Kemahiran 2 Konsep angka

2.1 menyatakan kuantiti melalui perbandingan

Kemahiran 3 Mengenal angka

3.1 nilai nombor - 1 hingga 5

- 6 hingga 9

3.2 mengenal angka

3.3 nombor menaik, menurun dan di antara

[ipgksm] Page 79

Page 80: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kemahiran 4 Mengenal sifar ‘0’

Kemahiran 5 Operasi tambah dalam lingkungan 10

5.1 mengenalkan konsep tambah

5.2 menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan

5.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan nombor

hingga 10

5.4 menambah secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga

10

5.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 6 Operasi tolak dalam lingkungan 10

6.1 mengenal konsep tolak

6.2 menulis ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga 10

6.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor

hingga 10

6.4 menolaksecara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor hingga 10

6.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 7 Mengenal nombor 11 hingga 50

7.1 menamakan dan menentukan nilai

7.2 menulis angka

[ipgksm] Page 80

Page 81: Nota Pentaksiran

PKP3106

7.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu

7.4 menulis nombor dalam bentuk perkataan

7.5 menentukan nilai tempat puluh dan sa

7.6 menulis angka dalam bentuk panjang

Kemahiran 8 Operasi tambah dalam lingkungan 18

8.1 menulis ayat matematik melalui proses penyatuan

8.2 melengkapkan ayat matematik

8.3 menambah secara spontan fakta asas tambah

8.4 menulis hitungan tambah dalam bentuk lazim

8.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 9 Operasi tolak dalam lingkungan 18

9.1 menulis ayat matematik

9.2 melengkapkan ayat matematik

9.3 menolak secara spontan fakta asas tolak

9.4 menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim

9.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 10 Operasi tambah dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula

10.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan gandaan sepuluh

[ipgksm] Page 81

Page 82: Nota Pentaksiran

PKP3106

10.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit

10.3 menambah sebarang dua nombor, dua digit

10.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 11 Operasi tambah dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula

11.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit dan sebaliknya

11.2 menambah sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit

11.3 penyelesaian masalah

Kemahiran 12 Operasi tolak dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula

12.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor dua digit

12.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit

12.3 menolak sebarang dua nombor gandaan sepuluh

12.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 13 Operasi tolak dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula

13.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada dua digit

13.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit

13.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan

sepuluh

13.4 penyelesaian masalah

[ipgksm] Page 82

Page 83: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kemahiran 14 Mengenal nombor 51 hingga 99

14.1 menamakan dan menentukan nilai

- 61 hingga 70

- 71 hingga 80

- 81 hingga 90

- 91 hingga 99

14.2 menulis angka

14.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu

14.4 menulis nombor dalam bentuk perpuluhan

14.5 menentukan nilai puluh dan sa

14.6 menulis angka dalam bentuk panjang

Kemahiran 15 Operasi tambah dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula

15.1 menambah sebarang dua nombor gandaan sepuluh

15.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit atau sebaliknya

15.3 menambah sebarang dua nombor dua digit dengan dua digit

15.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 16 Operasi tambah dalam lingkungan 100, secara mengumpul semula

16.1 menambah sebarang dua nombor satu digit dan dua digit atau sebaliknya

[ipgksm] Page 83

Page 84: Nota Pentaksiran

PKP3106

16.2 menambah sebarang dua nombor dua digit

Kemahiran 17 Operasi tolak dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula

17.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit

17.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit

17.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan

sepuluh

17.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan

sepuluh

17.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 18 Operasi tolak dalam lingkungan 100, mengumpul semula

18.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit

18.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit

18.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan

sepuluh

18.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan

sepuluh

18.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 19 Operasi darab

19.1 mengenal konsep darab

[ipgksm] Page 84

Page 85: Nota Pentaksiran

PKP3106

19.2 menulis ayat matematik darab

19.3 melengkapkan ayat matematik darab

19.4 mendarab secara spontan

19.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 20 Operasi bahagi

20.1 mengenal konsep bahagi

20.2 menulis ayat matematik bagi operasi bahagi fakta asas bahagi

20.3 melengkapkan ayat matematik operasi bahagi

20.4 mengenal operasi bahagi melalui proses pengagihan

20.5 operasi bahagi, berbaki

Kemahiran 21 Wang

21.1 mengenal wang syiling

21.2 menyatakan perbandingan nilai dua syiling

21.3 menulis simbol ringgit malaysia (rm)

21.4 menyatakan perbandingan nilai wang kertas rm2, rm5 dan rm10

21.5 menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan belanja harian

Kemahiran 22 Masa dan waktu

22.1 mengenal bahagian-bahagian siang dan malam

[ipgksm] Page 85

Page 86: Nota Pentaksiran

PKP3106

22.2 menyatakan waktu dalam jam

22.3 menyatakan waktu dalam pecahan jam

22.4 membaca maklumat dari kalendar: jam, hari, haribulan, minggu, bulan dan

tahun

22.5 penyelesaian masalah

[ipgksm] Page 86

Masalah Matematik

Mengenal pasti bentuk dan pola

Penguasaan konsep nombor

Penguasaan operasi asas matematik

Masalah Matematik

Page 87: Nota Pentaksiran

PKP3106

[ipgksm] Page 87

Cara Pentaksiran

Senarai semak

Inventori matemati

k tidak formal

Analisis ralat

Penyoalan klinikal

Ujian rujukan kriteria

Matlamat Pengajaran

Rumusan hasil

pentaksiran

Pengenal pastian

matlamat pengajaran

Perancangan intervensi

Tindakan susulan

Cara Pentaksiran

Matlamat Pengajaran

Page 88: Nota Pentaksiran

PKP3106

PENTAKSIRAN MATEMATIK

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu

seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi

manusia. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari

matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Matematik selalunya didefinisikan

sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau

dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah

penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik

dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa

perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas,

untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

[ipgksm] Page 88

Masalah-masalah Dalam Kemahiran Matematik

1. Lemah dalam membezakan warna, saiz dan bentuk

sesuatu benda

2. Tidak dapat membezakan bilangan banyak, sedikit

dan sama banyak

3. Masih keliru dalam mengenal nombor 1 hingga 10

4. Tidak dapat membuat operasi tolak dan tambah

5. Mengalami masalah masa, waktu dan wang

Cara Pentaksiran

1. Temu bual dengan guru

kelas,

guru mata pelajaran, guru

besar, ibu bapa

2. Melihat rekod murid

3. Melalui pemerhatian Soal

4. Soal selidik

Page 89: Nota Pentaksiran

PKP3106

Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka

menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka

terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa,

ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah

dan mereka tidak dapat menguasai matematik dengan baik.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Sifat matematik pada asasnya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

mencabar pemikiran. Matematik membantu kanak-kanak sedar akan dunia di luar

sekolah dan membantu mereka membina asas yang kukuh untuk berjaya dalam

pelajaran. Terdapat tiga aspek penting dalam matematik yang perlu dikembangkan

dalam ciri pelajar (PPK, 2003) seperti cara yang digunakan untuk mentaksir

kebolehan matematik seseorang murid ialah dengan menggunakan senarai semak,

inventori matematik tidak formal, analisis ralat, penyoalan klinikal, dan ujian rujukan

kriteria.

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan

hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik

ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah

melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang

dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas

murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang

pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan

diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini,

murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik

yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran

[ipgksm] Page 89

Page 90: Nota Pentaksiran

PKP3106

ini.

Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan

kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan

ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai

semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di

dalam kelas dan portfolio murid.

Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan,

perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah

dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang

terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga

persekitaran sosial murid.

2 faktor yg mempengaruhi masalah matematik:

-faktor dalaman

- faktor luaran

[ipgksm] Page 90

Page 91: Nota Pentaksiran

PKP3106

Faktor dalaman

[ipgksm] Page 91

Faktor intrinsik yg mempengaruhi kesukaran menguasai subjek Matematik

a) Kekacauan atau kecacatan ringan di

bahagian otak

b) Gangguan penglihatan dan dyslexia

c) Cacat pendengaran

d) Kesukaran pengamatan penglihatan dan

pendengaran

e) Masalah keselarasan antara mata dan

tangan

f) Masalah yang berpunca dari gangguan emosi

g) Kesukaran untuk menentukan dominan

tangan

h) Kurang mendapat pengalaman-pengalaman

yang berkaitan dengan kehidupan

berdasarkan matapelajaran Matematik

Kesannya :

1. sukar untuk mempelajari, memahami

dan mengadaptasikan pengetahuan

Matematik yang telah dipelajari ke

dalam kehidupan seharian

2. sukar untuk menulis

3. mengalami kesukaran untuk mengawal

koordinasi motor halus dan kemahiran

persepsi penglihatan kerana agak

lemah untuk mengawal secara total

pergerakan mata serta refleksi otot-

otot yang terlibat semasa menulis

seperti otot lengan, tangan dan jari

4. tidak boleh mengesan jarak atau

nombor, nombor di atas garisan atau

pembaris, dan mungkin juga tidak tahu

nombor tiga adalah hampir kepada

nombor empat kerana gangguan dalam

masalah motor dan persepsi

penglihatan

Page 92: Nota Pentaksiran

PKP3106

Masalah matematik Kesan

Masalah dalam memberi tumpuan ketika

P&P

tidak memahami secara total apa yang

telah diajarkankepada mereka terutama

di dalam matapelajaran Matematik yang

melibatkan lebihbanyak komponen-

komponen atau sub topik yang lebih

kompleks

kurang keupayaan dalam pembelajaran

dan ingatan serta kurang menguasai

kemahiran Matematik terutama yang

berkaitandengan konsep abstrak

1. tidak bersedia untuk memperoleh

kemahiran Matematik yanglain

2. tidak berminat untuk mengikuti

kemahiran yangseterusnya

kesukaran dalam memahamipelajaran

nombor yang diajar di atas kertas kecuali

ianya diwakili penerangan dengan

benda sebenar

kesukaran untuk memahami konsep dan

pengiraan Matematik

masalah dari segi mendiskriminasikan

secara visual dari segi bentuk, saiz, jarak

danwarna

1. menghadapi masalah dalam

melakukan aktiviti seperti memadan

dan membeza, mengkatogeri dan

membuat urutan

[ipgksm] Page 92

Page 93: Nota Pentaksiran

PKP3106

2. perkembangan mereka lambat dalam

pembentukan konsep-konsep yang

melibatkan warna, bentuk, ruang,

masa, penomboran dan abjad

Kenapa matematik ini sukar dikuasai?

1. Matematik berbentuk abstrak dan terperinci dengan urutan-urutan yang ketat

2. Pembentukan istilah Matematik yang tersendiri dan melibatkan penyelesaian

masalah yang menguji kawasan-kawasan kelemahan para pelajar

Kesan kesukaran penguasaaan Matematik

3. Wujud situasi kurangnya keyakinan diri, sukar untuk mengawal emosi, sukar

memahami dan menerima konsep serta sering kali menyisihkan diri

4. Tidak dapat menguasai kemahiran membaca secara total

5. gagal untuk memahami maklumat matematik dan arahan-arahan di dalam

tugasan matematik yang diberi

Kenapa penguasaan matematik ini lemah???

(a) kurangnya keupayaan dan daya taakulan dan tidakmempunyai gambaran

secara abstrak

(b) kurang daya ingin tahu dan kemampuan terhad di dalam membuat gambaran

Faktor luaran :

6. penyampaian guru yang tidak begitu sempurna dan tersusun.

1. Sekiranya guru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman

[ipgksm] Page 93

Page 94: Nota Pentaksiran

PKP3106

yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan

kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep Matematik yang

abstrak agak sukar untuk dikuasai dan sukar untuk menarik minat

para pelajar.

7. Hilang minat dalam subjek Matematik

1. Kerana menganggap topik-topik Matematik amat sukar untuk dikuasai

8. Persekitaran bilik darjah yang tidak selesa

1. jarak di antara papan hitam dan kedudukan para pelajar kadang kala

tidak diambil kira oleh para guru ketika proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan

2. Postur duduk di antara kerusi dan meja juga perlu dititik beratkan oleh

para guru bagi memastikan para pelajar berada di dalam keadaan

selesa ketika belajar.

9. Sikap ibu bapa para pelajar

1. Terdapat segelintir ibu bapa para pelajar bermasalah pembelajaran

tidak memberi sokongan moral secara total kepada anak-anak

mereka. Fenomena ini terjadi kerana mereka lebih cenderung

menyerahkan tugas mendidik anak mereka kepada para guru di

sekolah

Bentuk penaksiran

Dua bentuk penaksiran yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti

pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik

1. Ujian saringan

[ipgksm] Page 94

Page 95: Nota Pentaksiran

PKP3106

- bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar tetang

keseluruhan isi kandungan mata pelajaran yang telah diajar oleh guru

- bersifat umum dan berbeza dengan ujian diagnostik yang bersifat lebih khusus

2. Ujian diagnostik

- merujukkepada ujian yang dilakukan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan

pelajardengan lebih terperinci di dalam sesuatu mata pelajaran.

Cara penaksiran lain ialah melalui pendekatan informal

3. Digunakan untuk mendapat maklumat bagi tujuan penaksiran masih

digunakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan Matematik di

kalangan para pelajar bermasalah pembelajaran.

4. Contoh : Teknik temu bual dan pemerhatian (merupakan antara teknik yang

baik yang boleh digunakan secara tidak formal di dalam prosedur penaksiran

dalam Matematik.)

* Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti sejauh

mana pelajar menguasai kemahiran – kemahiran asas matematik

Sebab ujian diagnostik langkah terbaik:

5. dapat mengesan dan menghalusi kawasan-kawasan kesukaran yang dialami

oleh seseorang pelajar

6. dapat mengesan sebab-sebab kesukaran itu berlaku serta dapat memberi

petunjuk kepada para guru untuk melakukan tindakan susulan bagi

memperbaiki kelemahan yang wujud

[ipgksm] Page 95

Page 96: Nota Pentaksiran

PKP3106

Terdapat dua jenis ujian diagnostik yang digunakan dalam kontekspendidikan :

1. Ujian Diagnostik Intensif

1. Satu cara untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara

2. Ujian Diagnostik Ekstensif

3. satu cara untuk mengukur isi kandungan yang lebih luas dari Ujian

Diagnostik Intensif.

4. Oleh itu, kawasan kesukaran dan kelemahan dapat diketahui dengan lebih

meluas.

5. Maklumat dari Ujian Diagnostik Ekstensif lebih sesuai untuk tujuan

menentukan kedudukan pelajar sebelum pelajaran diperkenalkan.

Salah satu contoh ujian diagnostik ialah Key Math-Revised. Penaksiran

berdasarkan individu direka bentuk untuk menaksir dan menganalisis berdasarkan

perkembangan kecekapan Matematik yang meliputitiga aspek penting iaitu konsep

asas Matematik, operasi dan aplikasi Matematik. Bagimeningkatkan keberkesanan

ujian diagnostik yang dijalankan bagi mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar,

guru perlu memperbanyakkan latihan dalam satu-satu kemahiran supaya

kelemahan dan kesalahan yang mungkin berlaku lebih mudahdikesan dengan jelas

dan tepat. Ujian diagnostik yang dijalankan tidak semestinyahanya menjawab di

atas kertas soalan yang disediakan sahaja, tetapi juga bolehdijalankan secara

lisan.

Peraturan-peraturan bagi ujian diagnostik:

1. Biasa dijalankan ujian diagnostik satu orang murid pada satu masa.

2. Memerhatikan seseorang pelajar memberikan jawapannya.

3. Sediakan segala kemudahan untuk ujian

[ipgksm] Page 96

Page 97: Nota Pentaksiran

PKP3106

- Pensil, getah pemadam dan kertas ujian diagnostic

- Kalau murid kurang sihat, ujian tidak boleh dijalankan.

4. Catitkan apa-apa yang dilakukan dan respon dari pelajar walaupun melaluiujian

diagnostik secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik tersebut

5. Susunan kandungan ujian dari senang kepada perkara yang susah.

6. Setelah maklumat kesalahan pelajar didapati, catitkan ke dalam lampiran‘senarai

semak ‘(senarai semak berada di dalam fail murid)

7. Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah tepatsupaya

tidak ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatuarahan tersebut.

Langkah penting dalam pengajaran matematik :

i. Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik.

ii. Mengenal pasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan

pembelajaransecara eksplisit.

iii. Mengenal pasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan

skema matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

iv. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan

sesuatu konsep.

v. Mempertimbangkan dan mneyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu

kemahiran khususnya dalam penyelesaian matematik.

vi. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

vii. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dikalangan pelajar.

viii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaranaktiviti

luar kelas.

[ipgksm] Page 97

Page 98: Nota Pentaksiran

PKP3106

Kaedah pengajaran matematik

1. Pelajaran yang disampaikan kepada pelajarseharusnya bermula dari

pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsungatau sebenar ke

pengalaman ikonik iaitu melalui visual seperti gambar, video dansebagainya dan ke

cara simbolik atau digital seperti perkataan dan angka-angka. Maka, kebijaksaaan

guru menyusun bahan – bahanpengajaran akan menentukan kejayaan atau

penguasaan pelajar-pelajar terhadapsesuatu pelajaran khususnya matemataik.

Proses ini sesuai bagikesemua peringkat pelajar bukan sahaja kanak-kanak.

Apabila sesuatu tugasanpembelajaran disampaikan kepada para pelajar yang tidak

mempunyaipengalaman yang relevan sebagai asas rujukan, proses pengajaran

hendaklahdimulakan dari pengalaman secara langsung, pengalaman ikonik dan

simbolik.Dalam merancangkan pengajaran, langkah awal dan terpenting bagi guru

ialahmengukur peringkat pengalaman pelajar yang sedia ada sebelum sesuatu

topic pengajaran itu disampaikan.

[ipgksm] Page 98

Page 99: Nota Pentaksiran

PKP3106

2. Permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan

dapatmengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Ia

juga

merupakan satu kaedah yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua

bentuk kecerdasan dan kemahiran. Permainan juga adalah satu komponen yang

amatmeluas untuk dijadikan salah satu pendekatan bagi memperolehi segala

tumpuanpelajar. Dalam mana-mana bilik darjah, permainan merupakan satu

bahagian yangpenting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran,

permainan sangatpenting dan seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian

daripada pengajaran dankurikulum Matematik.Permainan menambahkan

kesempurnaan keseluruhan dan kesempurnaankeseimbangan program dalam

aktiviti pembelajaran dan pengalaman dalamMatematik. Ia membuatkan aktiviti

Matematik menarik, praktikal dan memuaskan.Selain itu, berdasarkan kepada ciri-

[ipgksm] Page 99

Simbol verbal

Simbol visual

Rakaman

audio,

Radio/gambar

kaku,

Gambar

bergerak

Bahan

pameran

Lawatan

Tunjuk

cara

Pengalaman

melalui lakonan

atau

drama

Pengalaman

tiruan

Pengalaman

sebenar

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Page 100: Nota Pentaksiran

PKP3106

ciri permainan, ia boleh membantu pelajar-pelajarke arah tahap penguasaan ya ng

membolehkan mereka untuk menyelesaikan masalahmasalahdengan pantas.

Sebab-sebab mengapa permainan harus digabungkan ke dalam kurikulum

Matematik:

i. Jika bentuknya bersesuaian, permainan boleh digunakan dengan jayanya untuk

kanak-kanak yang mengalami beberapa jenis masalah pembelajaran, seperti

kekurangan dalam bentuk-bentuk bahasa, matematik dan lain- lain.

ii. Permainan boleh digunakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menunjukkan

masalah disiplin yang mana mereka selalu bosan dengan kerja harian kelas

biasa.

iii. Permaian dilengkapkan dengan sebaiknya ke dalam bilik darjah di

manapendekatan pemusatan pembelajaran digunakan. Bentuk ini digunakan bila

permainan dilakukan sendiri dalam kawalan guru secara langsung.

iv. Permainan menyediakan pelajar peluang – peluang untuk

menggunakankawalan dan pengaruh melalui persekitaran sosial dengan

mengalakkan merekauntuk bertukar dari menjadi pengguna yang pasif dalam

maklumat kepadapembuat keputusan yang aktif.

v. Permainan boleh menggalakkan interaksi- interaksi kehendak sosial di kalangan

kanak-kanak dengan mengalakkan kerjasama dan perbincangan antara satu sama

lain.

vi. Permainan boleh digunakan untuk menyediakan guru-guru dengan maklumat

diagnosis di mana mereka boleh menggunakannya untuk membantu individu

membetulkan kekeliruan konsep-konsep atau memenuhi ruang-ruang dalam

pengajaran pembelajaran mereka.

vii. Permainan boleh digunakan untuk mengaitkan matematik dengan subjek-subjek

[ipgksm] Page 100

Page 101: Nota Pentaksiran

PKP3106

lain dan ia juga boleh digunakan untuk memastikan minat tertentu para pelajar.

3. Pengguanan BBM dapat membantu para guru menyelesaikan masalah

penguasaan matematik dikalanganpelajar dan mengekalkan minat belajar

matematik kepada para pelajar.Selain itu juga, penggunaan BBM telah menjadi

keperluan harian kepadapendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi

kanak-kanak bermasalahpembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran

asas Matematik yang bermuladaripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada

penyelesaian masalah.

Kriteria pemilihan BBM :

i. Memenuhi rangsangan yang dikehendaki mengikut topik yang diajar.

ii. Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dari segi:

· Sesuai dengan isi pelajaran

· Sesuai dengan tahap pelajaran

· Jelas, ringkas dan mudah difahami

· Sesuai dengan bilangan pelajar

· Kedudukan guru dan pelajar yang sesuai sewaktu menggunakannya.

iii. Bahan yang digunakan mudah didapati

iv. Ia berhubung terus dengan objektif khusus atau objektif menyelesaikan masalah

dan dapat menarik minat pelajar.

v. Isi kandungan dan struktur sesuatu BBM menunjukkan perancangan yang rapi.

4. Pengenalan komputer dalam pendidikan telah banyak mengubah fenomenadan

cara kita belajar, menyebarkan maklumat dan menyimpan maklumat

yangdiperolehi. Maka, para guru boleh mengambil inisiatif penyebaran

[ipgksm] Page 101

Page 102: Nota Pentaksiran

PKP3106

maklumatmatematik dengan teknik pengajaranberbantukan komputer. Bagi para

pelajar yang

mengalami masalah motor halus untuk melakukan aktiviti penulisan

bolehmenggunakan komputer dengan hanya menekan keyboard atau papan

kekunci untukmencatat maklumat, menulis dan sebagainya. Komputer dalam

pengajaran juga bolehmemberikan gambaran yang jelas melalui gambar tiga

dimensi, gambaran pergerakanyang jelas mengenai sesuatu perkara serta setiap

maklumat yang disampaikanmelaluinya dapat dicetak dengan mudah. Pengenalan

komputer di dalam pendidikanyang menggabungkan pelbagai media seperti grafik,

animasi video dan sebagainayatelah menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik dan berkesankhasnya kepada para pelajar bermasalah

pembelajaran.

5.Para guru juga boleh menggunakan kaedah penekanan kepada kod-kod warna

yang pelbagai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dijalankan

didalam kelas. Hal ini kerana, dengan pengunaan warna yang pelbagai, ia

diharapkansecara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar untuk

pempelajari danmengingati konsep-konsep matematik yang dipelajari. Kod warna

ini juga berperananuntuk menonjolkan maklumat matematik kepada para pelajar.

Sebagai contohnyaialah para guru memasukkan warna-warna yang tertentu untuk

mewakili operasimatematik seperti simbol tambah, tolak dan sebagainya. Ia

pastinya dapat menarikperhatian dan fokus para pelajar terhadap operasi yang

terlibat di dalam sesuatupenyelesaian masalah matematik yang diberikan oleh guru

kepada para pelajartersebut.

[ipgksm] Page 102

Page 103: Nota Pentaksiran

PKP3106

MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program  Pendidikan Pemulihan merupakan

tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran

dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).  

Konsep dan Definisi  Pendidikan Pemulihan Matematik

1. Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan  penting yang harus

dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah

dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.

1. Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan,

satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan

rekreasi manusia.

1. Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil

untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam

mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya.  Pendidikan Pemulihan

ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti

nombor,operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi.

Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani

latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah

berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi

pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan

[ipgksm] Page 103

Page 104: Nota Pentaksiran

PKP3106

menggunakan kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut

meneroka bahasa itu. Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang

agak  panjang.  Murid-murid perlu mempunyai persediaan yang mencukupi

sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep itu.  Bagi tujuan ini, proses itu

perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam 3 fasa :-

1.         Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk

mempelajari sesuatu konsep.  Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin

berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah

dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak

dikaji.

2.         Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea  dengan

menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang baru.

Proses ini melibatkan  sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi

yang diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui

proses pembelajaran.  Di sini murid-murid perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa

sesuatu idea atau pengetahuan itu telah diperolehi.

3       Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan  ialah murid melanjutkan

kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan

mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya

supaya pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran

mereka.

[ipgksm] Page 104

Page 105: Nota Pentaksiran

PKP3106

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu

murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran

matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental.  Oleh yang

demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-

murid yang sukar menguasai pembelajaran matematik ini.  Antara tujuannya adalah

seperti berikut :-

§   Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai

kemahiran-kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah,

operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam

kehidupan seharian.

§   Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti

menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan

membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya,

apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa

yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri

dalam mempelajari matematik.

§   Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-

murid.

§   Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran

matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri.  Ini dilakukan untuk

mengelak mereka daripada terus tercicir  dan seterusnya dapat memupuk minat

mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

[ipgksm] Page 105

Page 106: Nota Pentaksiran

PKP3106

Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik

1. Sekolah

a) Pihak  pentadbir

1. Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan

2. Tidak memberikan peruntukan  yang sewajarnya

3. Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan

sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR

b) Kelas  Pemulihan

1. Tempat  tidak  sesuai seperti di bawah tangga

2. Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

3. Kebersihan dan keceriaan  kelas  kurang memuaskan

2. Guru

1. Strategi dan  kaedah  mengajar yang  kurang sesuai seperti  tidak

berperingkat-peringkat, tidak  menggunakan  pengetahuan  sedia ada murid,

tiada  aktiviti  pengukuhan

2. Bahan  bantu  mengajar  yang  kurang menarik dan sesuai

3. Emosi  guru – garang, tidak  sabar

4. Kurang prihatin

5. Tidak  menjalankan  ujian  diagnostik dengan betul

6. Guru  kurang  berminat

7. Tidak memberikan  tumpuan  kepada  murid yang  memerlukan pengajaran

dan pembelajaran secara  individu

[ipgksm] Page 106

Page 107: Nota Pentaksiran

PKP3106

8. Pengurusan  tingkah laku yang kurang  berkesan

3. Ibu Bapa

1. Tidak  menyediakan  kelengkapan  belajar seperti  pensel, buku, dan

sebagainya

2. Tidak  memberi  dorongan

3. Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak

4. Sibuk  dengan hal  sosioekonomi

5. Tidak  meninjau  rakan-rakan  sebaya anak

4. Murid

a. Masalah  kurang  kecerdasan @ mental

1. Warisan  daripada  genetik ibu bapa

2. Masalah  daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran

3. Kecederaan  otak kerana penyakit  atau  kemalangan

4. Kekurangan  makanan  yang  berzat

b. Faktor  sikap

o   Menganggap  matematik sesuatu yang sukar untuk  dikuasai  -  tidak  berminat

c. Faktor Masalah  pengamatan

1. Masalahpendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor  fizikal

[ipgksm] Page 107

Page 108: Nota Pentaksiran

PKP3106

o   Makanan  yang tidak  berzat

o   Murid  cepat letih – tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau  kerja  rumah

o   Keletihan

o   Menolong  keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

o   Berpenyakit  -  kerap  tidak  hadir – ketinggalan  dalam pelajaran

e. Tidak  boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris

f. Penempatan  murid  yang  tidak  sesuai

Disleksia, slow learner dan sebagainya

5. FAKTOR LAIN

- Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

- Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

- Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

- Persekitaran P & P yang tidak ceria

[ipgksm] Page 108

Page 109: Nota Pentaksiran

PKP3106

Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia,

Diskalkulia, Masalah ruang,   dan lain-lain

1) Anxiety ( Kerisauan )

Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma

mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.

Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety

v Kognitif

1. Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti

v Somatik

1. Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang

dirasakan boleh mengancam keselamatannya.

2. Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem

pencernaan terganggu

v Emosi

1. Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

v Tingkah Laku

1. Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca “anxiety”

1. Tidak dapat mengawal diri

[ipgksm] Page 109

Page 110: Nota Pentaksiran

PKP3106

2) Disleksia (Dyslexia)

Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik

Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia

v Pendengaran

1. Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan

2. Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf

3. Payah menyebut huruf  “ m ” dengan   “ n ”

v Pertuturan / Penulisan

1. Kesalahan mengeja perkataan

Contohnya mengeja “ magic ” sebagai “ mjc ”

1. Susunan huruf terbalik

Contohnya mengeja “ does ” sebagai “ dose ”

1. Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama

Contohnya mengeja “ should ” sebagai “ shud ”

1. Kesalahan/ kurang tepat sebutan

2. Tidak lancar, tersekat atau gagap

3) Mathophopia

[ipgksm] Page 110

Page 111: Nota Pentaksiran

PKP3106

Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi

keupayaannya dalam matematik.

Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia

1. Tidak suka matematik

2. Berasa tidak pasti / kurang yakin

3. Pencapaian lemah

4. Kekurangan minat

5. Sikap tidak ambil peduli

4) Diskalkulia

Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang

tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal

Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia

v  Pengiraan

1. Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor

2. Sukar memahami konsep nombor

v  Membaca dan Menulis nombor

1. Terkeliru nombor 12 dengan 21

2. Salah membaca nombor 5004 dibaca

“ lima ratus empat ”

[ipgksm] Page 111

Page 112: Nota Pentaksiran

PKP3106

v  Arah

1. Sukar memahami arah “ kiri atau kanan ”

2. Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.

1. Pra  nombor

a)      Tidak  dapat  membezakan  kumpulan  benda  yang  seakan-akan sama

banyak  seperti  tidak  sama  banyak , kurang  dan  lebih.

2. Disleksia (Dyslexia)

a)        Tidak  boleh  menulis  angka  dengan  tepat  nombor seperti

3. Mathophopia

a)        Tidak  dapat  mengasingkan  kumpulan-kumpulan  mengikut  bentuk, saiz, 

warna  dan  jenis  benda  seperti  empat  segi sama  dan  tepat, warna merah  dan 

jingga

4. Diskalkulia

a)    Tidak  memahami dan  keliru  nilai  tempat  nombor

Contoh : Lima  ratus  tujuh  ditulis   57

[ipgksm] Page 112