nota pembelajaran tatabahasa

2
cikgushellagan.blogspot.com 1 Nota Pembelajaran Tatabahasa (Tahun 2) 1. KATA ADJEKTIF Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih hebat lagi. Kata kata dalam golongan kata adjektif menerangkan tentang keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali. 2. KATA KERJA Kata kerja ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan harian. Contohnya : mandi, berlari, membaca, mengajar, bercakap, melukis. 3. KATA GANTI NAMA DIRI Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut : Kata ganti nama diri pertama Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu : - Bentuk tunggal (contoh : aku, beta, daku, hamba, patik, saya) - Bentuk jamak (contoh : kami, kita) Kata ganti nama diri kedua Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua iaitu : - Bentuk tunggal (contoh : anda, awak, engkau, tuanku, kamu) - Bentuk jamak (contoh : anda, kalian, kamu)

Upload: shella-gan

Post on 22-Jul-2015

91 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota pembelajaran tatabahasa

cikgushellagan.blogspot.com

1

Nota Pembelajaran Tatabahasa (Tahun 2)

1. KATA ADJEKTIF

Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam

frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih hebat lagi.

Kata – kata dalam golongan kata adjektif menerangkan tentang keadaan

atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti

oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali.

2. KATA KERJA

Kata kerja ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan

harian.

Contohnya : mandi, berlari, membaca, mengajar, bercakap, melukis.

3. KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata

nama orang. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis seperti yang

berikut :

Kata ganti nama diri pertama

Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu :

- Bentuk tunggal (contoh : aku, beta, daku, hamba, patik, saya) - Bentuk jamak (contoh : kami, kita)

Kata ganti nama diri kedua

Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua iaitu :

- Bentuk tunggal (contoh : anda, awak, engkau, tuanku, kamu) - Bentuk jamak (contoh : anda, kalian, kamu)

Page 2: Nota pembelajaran tatabahasa

cikgushellagan.blogspot.com

2

4. KATA NAMA

Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat,

benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat

digolongkan kepada :

Kata ganti nama diri ketiga

Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau diperkatakan.

- Contoh : Baginda, beliau, dia, mereka.

Kata nama

Kata Nama Am :

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil

melainkan pada awal ayat. Dengan kata lain perkataan nama am

digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

1. Manusia (contoh : ayah, kakak, kerani, doktor)

2. Binatang (contoh : kucing, lembu, ayam, ikan)

3. Tempat (contoh : negeri, kampung, taman, pulau)

4. Benda (contoh : bangunan, kereta, buku, kasut)

Kata Nama Khas :

Perkataan kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang

tertentu, khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan

nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

1. Manusia (contoh :Encik Lee, Puan Tan, Cikgu Marina,

Pak Cik Ahmad, Doktor Zainol)

2. Binatang (contoh : Si Tompok, Ayam Belanda, Burung

Murai, Si Hitam, Si Belang)

3. Tempat (contoh : Pelis, Ipoh, Kampung Setia, Pulau

Langkawi)

4. Benda (contoh :Proton Saga, Kasut Adidas, Toyota,

Honda, Sony)