nota kolaj & montaj.docx
DESCRIPTION
kolajTRANSCRIPT
Montaj
Montaj merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar. Penghasilan montaj adalah menggunakan potongan-
potongan gambar sama ada dari majalah, surat khabar dan lain-lain untuk menghasilkan satu tema. Didalam montaj, beberapa
gambar akan dicantumkan untuk menghasilkan sesuatu yang dikehendaki. Montaj berbeza daripada kolaj kerana montaj hanya
mengambil bentuk penuh sesuatu objek tanpa dipotong kecil untuk menghasilkan sesuatu motif.
Kolaj
Kolaj merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bagi bidang menggambar. Penghasilan kolaj adalah menggunakan
kaedah tampalan. Kertas akan dipotong-potong mengikut saiz yang dikehendaki akan tetapi ditampal diatas permukaan mengikut
bentuk yang dikehendaki. Kolaj boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
1. Kolaj kertas
2. Kolaj bahan jahitan
3. Kolaj bijirin
4. Kolaj bahan terbuang
Kolaj kertas menggunakan kertas sebagi bahan utama. Manakala kolaj jahitan menggunakan perca kain, manik dan lain-lain
sebagai bahanya. Seterusnya kolaj bijirin menggunakan bijirin dang am berkualiti sebagai bahan utamanya lalu dilekatkan pada
kad board. Manakala kolaj bahan terbuang menggunakan tutup botol dan bahan terbuang lain untuk menghasilkan kolaj.