nota geografi stpm 2

Upload: akmal-izzati

Post on 30-May-2018

553 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 nota geografi stpm 2

    1/5

    SISTEM ATMOSFERA3.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera- Mengandungi 5 lapisan utama (

    Troposfera,stratosfera,Mesosfera,Termosfera dan Eksosfera )- Kandungan gas dalam udara:i. Gas nitrogen- 78%ii.

    Gas Oksigen- 20.95%iii. Gas Karbon Dioksida 0.03%iv. Gas-gas nadir- 0.9%v. Wap Air 0.9%vi. Ozon

    0.000007%3.2 Cuaca dan Iklim3.2.1 Konsep Cuaca : Merujuk kepada frenomena harian yang sentiasa berubah

    mengikut tempat dan masa.Iklim : Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu,hujan, kelempaban udara dalam tempoh

    35 tahun.Iklim adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat.3.2.2 Unsur-unsur cuaca daniklima) Bahangan Suria: - Marahari merupakan punca tenaga paling utama untuk menggerak dan meneruskan

    semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi.- Tenaga matahari membekakan kira-kira 99.9% daripada jumlah

    tenaga yang terdapat dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endorgenik.- Perbezaan

    penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.- Bahangan

    Matahari/ suria dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek.

    b ) Bahangan Bumi :- Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan

    membebaskan bahangannya pada waktu malam- Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang

    panjang ( suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari )- Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa

    dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.c ) Suhu:- Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.-

    Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di

    dalamnya.d) Kerpasan- Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.f) Kelembapan Udara- Merujuk kepada

    jumlah wap air yang terdapat dalam udara- Kelembapan udara terbahagi kepada 2 jenis: (i)kelembapan mutlak

    (ii)kelembapan bandingang) Tekanan udara- Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.h)

    Angin- Adalah udara yang bergerak secara mendatar- Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawaan tekanan

    udara rendah.

    I ) Litupan Awan- Merupakan titisan air yang sangata halus yang berdiameter antara 0.02 0.06 mm serta terapung

    di udara.3.2.3 Konsep Imbangan Bahangan- Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara

    bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan

    semula ke angkasa- Imbanhgan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan

    sinaran matahari yang keluar.Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan

    tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap,diserak,dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera

    tersebut.Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses

    yang sama denhan sinaran matahari.3.2.4 Proses Pemindahan Haba- terdapat 4 proses Pemindahan Habaa)

    Proses Serakan : Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut

    dipancarkan kepadanya.b) Proses Serapan : Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses

    serapan.c) Proses pantulan : bahangan matahari apabila terkena partikel-Prtikel, sebahagiannya akan dipantulkan

    semula ke angkasa secara menegak ( vertikal )d) Proses albedo : Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau

    kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran

    matahari yang akan dipantulkan.Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan

    diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pila oleh permukaan bumi secara

    langsung.3.2.5 Taburan Suhu Secara Menegak- Konsep : Merujuk kepada taburan suhu mengikut ketinggian muka

  • 8/9/2019 nota geografi stpm 2

    2/5

    bumi.Taburan suhu ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak. Dari segi tenaga,

    proses ini belaku melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan.penyejukan bahangan di udara dan juga

    air lintang.- Faktor : Penurunan mengikut tinggi ( Suhu jatuh mengikut ketinggian dalam aatmosfera sehingga 8 km

    dari permukaan bumi )3.2.6 Taburan suhu Secara Mendatar- Konsep : Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau

    ruang di permukaan bumi. Suhu sebenarnya terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang

    menyebabkan persekitaran menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat.3.2.7 Menjelaskan KelembapanUdara- Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara ( atmosfera ) pada masa-masa

    tertentu.Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis :a) Kelembapan MutlakBermaksud jumlah wap air yang

    sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketmpatan wap air dan

    diukur dalam unit gram setiap meter padu ( g/m3.)b) Kelembapan bandingan- Bermaksud nisbah jumlah wap air

    yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan

    kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia

    mencapai takat tepu.3.2.8 Menjelaskan Prosesa) Sejatan- Konsep: Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau

    cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan berlaku pada permukaan air.- Proses : Wap air yang tersejat akan naik

    ke atas kerana ia menjadi ringan ( berbentuk gas ) . sejatan berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah

    lebih tinggi berbanding tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.

    - Faktor : faktor yang mempengaruhi proses sejatan :i. Suhuii. Tekanan wapiii. Angin dan Turbulensiv. Kemasinan

    airv. Kelembapan bandinganvi. Luas permukaan air.b) Pemeluwapan- Konsep : Ditakrifkan sebagai wap air kepada

    cecair ( titisan air ).Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan

    mengalami perubahan. Titisan titisan air ini ( cecair ) akan terapung di atmosfera sebagai awan.- Proses : Berlaku

    apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun ( 0C ) . Penurunan suhu ini berlaku

    disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik. Iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik, maka suhu dalamnya semakin

    menurun.- Faktor : Faktor yang mempengaruhi proses pemeluwapani. Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah

    cukupii. Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embuniii. Mesti terdapat nukleus

    pemeluwapan.c) Pembentukan Awan.- Konsep : Awan ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara

    dan biasanya wujud dalam kawasan ketinggian kurang dari 12 2000 meter. Awan biasanya terjadi hasil daripada

    pemeluwapan di aras yang tinggi.- Proses : terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukanawan .Semakin tinggi kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk.

    d) Kerpasan- konsep : Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi

    sebagai cecair atau pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan,hujan batu,hujan gerimis dan salji.- Proses : sebelum

    berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua

    proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai

    hujan,hujan batu dan salji.- Faktor : Faktor pembentukan kerpasan ( terdapat 2 teori )i. Teori Bergeron- findeisen-

    Pertumbuhan hablur ais.Ii Teori Perlanggaran - Pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui

    pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh.e) Jenis Kerpasan di kawasan Tropika Lembabi) Hujan Perolakan-

    Konsep ; Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk

    awan kumulus dan kumulonimbus.- Proses dan faktor : Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi

    dipanaskan oleh bahangan matahari.Udara disebelah atasnya di panaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan

    haba.Air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila menjadi lebih ringan dan naik ke

    aras yang lebih tinggi.Udara yang telah dipanaskan tadi,akan naik ke lapisan di troposfera secara perolakan.apabila

    sampai ke paras pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras yang lebih

    tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakina sejuk daripada awan di skelilingnya. Bila awan ini

  • 8/9/2019 nota geografi stpm 2

    3/5

    bertambah besar dan berat, ia akan turun sebagai hujan perolakan.

    ii) Hujan Orografik ( Hujan Bukit )- Konsep : Hujan ini terbentuk akibat daripada pemeluwapan yang pesat oleh udara

    yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Biasanya hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit

    atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin keringtanpa hujan- Proses : Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Apabila

    berlaku tiupan angin, ke atas awan-awan tadi ,udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau

    banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai

    hujan.f) Tekanan Udara dan Edaran Umum Atmosfera.i) Tekanan Udara merujuk kepada daya yang terdapat pada

    sesuatu turus udara terhadp kawasan di bawahnya.Tekanan ini berubah mengikut ketinggian. Biasanya tekanan

    udara akan berkurangan apabila semakin jauh ke troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira

    setengah daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki.Tekanan udara sedunia adalah tidak sama

    antara satu tampat dengan tempat yang lain dan juga antara satu masa dengan masa yang lain.kerana taburan

    tenaga dan lembapan global adalah tidak sama.Terdapat satu perkaitan antara taburan tenaga dengan taburan

    tekanan .Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan bertekanan udara rendah manakala kawasan yang

    kekurangan tenaga merupakan kawasan bertekanan udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor

    utama iaitu taburan daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud ( garis lintang ). Dalam konteks edaran umum

    atmosfera,sebahagian besar tenaga haba yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam bentuk haba rasa dan

    selebihnya dalam bentuk haba pendam yang bergerak dalam bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses

    sejatan. Akibat putaran bumi yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi lebih kompleks.

    Ini kerana arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan dipengaruhi oleh daya korolis

    tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi terbias.ii) Angin Wilayah angin jenis ini merupakan angin

    kencang yang bertiup secara tiba-tiba dengan kelajuan lebih 70 km/jam dan berupaya membawa hujan sebanyak 80

    mm. Ia membawa hujan lebat dipantai barat semenanjung Malaysia dan berlaku pada masa tiupan angin monsun

    baratdaya (Mei-Ogos). Angin ini dikatakan terjadi apabila dibahagian pantai timur Sumatera berlaku pengembangan

    udara secara adiabatik akibat pemanasan.iii) Angin Fohn dan Cinuk, angin katabatik, angin anabatik, bayu laut danbayu darat serta angin badai selari merupakan angin tempatan.g) Menjelaskan gangguan atmosferai) Siklon Tropika

    terjadi dizon tekanan udara rendah di kawasan tropika. Ini kerana kawasan tropika adalah lebib panas berbanding

    dengan kawasan-kawasan lain didunia. Apabila suhu tinggi maka tekanan udara dikawasan itu menjadi rendah. ii)

    Tornado berbeza dengan ribut tropika dari segi saiz kawasan liputan, halaju serta tempoh ia berlaku.3.3 Kaitan

    Sistem atmosfera Dengan Manusia3.3.1 Pengaruh cuaca dan Iklim terfadap aktiviti ekonomi.i. Perikananii. Pertanian

    setiap jenis tanaman memerlukan iklim dan cuaca yang berlainan.iii. Perdaganganiv. Pelancongan Iklim yang

    berlainan di kawasan berlainan telah mewujudkan pelbagai jenis tarikan semulajadi.v. Perindustrianvi.

    Pembalakan.3.3.2 Menjelaskan fenomena Iklimi) Banjir- Konsep :Seringkali dataran-dataran tanah pamah yang

    terletak berhampiran tebing sungai akan mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang tutun dengan intensisti

    yang tinggi.- Contoh-contoh sungai dan dataran tanah pamah yang seringkali mengalami fenomena banjir teruk ialah

    sungai Huang Ho di China, Delta Muara Sg Ganges di India.- Banjir besar seumpama ini akan mengorbankan nyawa

    manusia ,ternakan dan harta benda.ii) Kemarau- Konsep: Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi

    jumlah kerpasan yang tutrun untuk satu tempoh yang lama atau panjang.- Kemarau boleh terjadi disebabkan factor

    semulajadi ( seperti fenomena El- Nino ) dan factor manusia.

    iii) Siklon Tropika- Konsep : Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika

    adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia.- Siklon Tropika blh dibahagi kepada Ribut

  • 8/9/2019 nota geografi stpm 2

    4/5

    Tropika / Taufan dan Tornado.a) Ribut Tropika/ taufan- Konsep : Berlaku di kawasan garis lintang 8-35 U dan selatan

    Khatulistiwa.- Ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, misalnya di Lautan Pasifik.- Terjadi akibat pemanasan

    yang tinggi dari habaMatahari, arus lautan juga menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yang panas

    mengembang lalau naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.- Berbanding dengan

    tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi, maka angin akan bertiup masuk dengan kencang ke kawasan

    tekanan udara rendah tersebut.- Angin mampu bertiup kencang melebihi 270 km sejam dalam bentuk berpusar.-Contoh : Negara yg kerap dilanda taufan- Filipina.b) Tornado- ia berbeza dengan taufan dari segi Kawasan liputan ,

    hala tuju serta tempoh ia berlaku tetapi dari segi mekanisme kejadian masih sama.- Saiz liputan tornado adalah lebih

    kecil, namun halajunya lebih tinggi ( melebihi 650km sejam ) tetapi tempoh berlaku lebih pendek berbanding taufan.-

    Juga dikenali sebagai puting beliung.iv) Fenomena El- Nino dan La Nina.a) Fenomena El Nino.i) Konsep El-Nino-

    Merujuk peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas.- Ia

    seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarauii) Proses Kejadian- Ia adalah fenomena semulajadi yang biasanya

    berlaku sekali dalam setiap 3 5 tahun.- Dalam keadaan normal , angin timuran akan bertiup dari timur ke barat

    merentasi Lautan Pasifik.- Angin ini akan mengangkut kelembapan udara ( awan ). Yang terbentuk di Lautan Pasifik

    dan melepaskannya sebagai hujan monson di bahagian barat Pasifik seperti Malaysia dan di kawasan Asia tenggara

    dan Australia.- Semasa kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku.Air laut yang panas akibat peningkatan suhu

    global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.- Hal ini akan melemahkan , menghentikan atau

    mengubah pola tiupan angina timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur.- Oleh sebab itu, Hujan monsoon

    turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya di asia tenggara.- Kesannya cuaca panas, kemarau

    dan suhu yang tinggi di alami di Negara Asia Tenggara.iii) Kesan Fenomena El Nino.a) Kejadian kemarau yang

    panjang.b) Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutanc) Menjejaskan kesihatand) Mengancam

    penghasilan pertanian makanane) Krisis bekalan airf) Mengancam sumber kehidupan akuatik.c) Fenomena La

    Nina.i) Konsep La-Nina.- Merujuk kepada kejadian fenomena banjir.ii) Proses kejadian fenomena La- Nina.- Apabila

    El- Nino berakhir, bermakna suhu permukaan Lautan Pasifik juga akan menurun ( dianggarkan 3 -5 C ).- kejatuhan

    suhu Lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi berbanding bahagian daratan.- Ini

    membolehkan angina bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan

    sebagai hujan.- Antara contoh keladian La Nina yang telah dialami oleh negara-negara terletak di timur LautanPasifik.iii) Kesan-kesan Fenomena La- Nina.a) kejadian banjir besar. Contoh Bandar Itaqui di Selatan Brazil, Bandar

    Santiago di Chile.b) Mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.c) Kehilangan tempat tinggal3.4 Perubahan

    Iklim3.4.1 - Konsep : - Pemanasan global dikaitan dengan kenaikan suhu dunia.- Peningkatan ini berlaku di semua

    skala mikro atau makro.- dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna wujudnya

    ketidakseimbangan dalam bajet haba. Bumi matahari.Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan

    berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya.3.4.2 - Punca Penipisan Lapisan Ozon.d) Konsep panipisan.-

    Merjuk kepada terputusnya ikatan koralen tiga atom oksigen ( O3) yang selama ini membentuk lapisan ozon akibat

    serangan gas kloroflorokarbon ( CFC ) di lapisan Stratosfera.- Penipisan lapisan ozon membolehkan radiasi sinar

    Lembayung matahari menembusi permukaan bumi dengan mudah.b ) Punca-punca berlakunya penipisan ozon.i)

    Kegiatan perindustrian- Industeri pendingin Udara. Pengguanaan CFC- Contoh : gas ini dikeluarkan apabila

    berlaku kebocoran peralatan dan peringkat servis.- Industri Pencuci dan Pelarut : CFC dalam bentuk cecair sebagai

    bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik , e lektrik,mikrocip dalam computer.ii) Ujian pelancaran

    roket dan Peluru Berpandu.- Contoh : rusia dan AS terbukti yerdapt libang ozon di benua Antartika.iii) Sektor

    Pertanian- Penggunaan baja Nitrogen yang banyak- menghakis lapisan ozon.iv) Kapal terbang supersonic,

    membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan lapisan ozon.

  • 8/9/2019 nota geografi stpm 2

    5/5

    d) Kesan Penipisan lapisan ozon.a) Pemanasan globalb) Ancaman kesihatanc) Menjejaskan sektor pertanian.3.4.3

    Kesan-kesan Perubahan Iklim terhadap Alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia.a) Kesan ke atas sistem

    Geomorfologi.- Peningkatan kadar luluhawa ( luluhawa fizikal)- Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi.-

    Kawasan pantai lebih cepat terhakis.b) Kesan ke atas system atmosfera.- Menggalakkan kejadian El-Nino ( Kemarau

    ) dan La-Nina ( Banjir )- Kejadian pulau haba.c) Kesan ke atas sistem hidrologi- Pengurangan sumber/ kuantiti air

    benua.- Simpanan air tanah akan berkurangan.d) Kesan ke atas system ekologi.- Kebakaran hutan- Memusnahkankehidupan flora dan fauna- Memusnahkan kehidupan akuatik.e) Kesan kepada aktiviti manusia.- Menjejaskan

    kegiatan pertanian- Menjejaskan sector pelancongan- Menjejaskan aktiviti harian- Mengancam kesihatan

    manusia/penyakit.3.5 Mikro Iklim Bandar3.5.1 Konsep Mikro iklim BandarMerujuk fenomena cuaca dan iklim mikro

    yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu kawasan terbatas iaitu dikawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini

    amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau keadaan sebelum berlakunya pembandaran. 3.5.2 Perubahan

    unsur cuaca dan iklim di bandar.i) Pulau Haba Konsep: Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar melebihi

    daripada suhu persekitaran dipinggir bandar. Faktor : - Kekurangan litupan tumbuhan/pokok- terdapat banyak

    bangunan konkrit- pelepasan banyak gas-gas rumah hijau- pencemaran daripada kenderaan bermotor- pencemaran

    sektor perindustrianLangkah-langkah mengatasi: - mengwujudkan kawasaan hijau- mengawal aktiviti pelepasan gas-

    gas rumah hijau- mengurangkan pengunaan sumber bahan api- mengurangkan penggunaan gas CFC.- Kempen

    kesedaranii) Pencemaran UdaraKonsep : Kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, habuk,

    zarah, debu dan sebagainya di atmosferaFaktor: - pembakaran bahanapi fosil oleh kenderaan bermotor- sektor

    perindustrian terutama kilang memproses - pembakaran terbukaLangkah-langkah mengatasi: - galakkan masyarakat

    menggunakan petro tanpa plumbum- kempen kongsi kenderaan- penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan

    Alam Sekitar- Pendidikan samada secara formal atau tidak formaliii) JerebuKonsep: Merujuk kepada partikel-partikel

    terampai diatmosfera dalam kepekatan yang tinggi.Partikel ini terbentuk didalam keadaan cuaca kering dan

    udaranya yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelubungi ruang atmosfera disesuatu

    kawasan.Faktor: Terdapat 2 faktor iaitu faktor semulajadi dan faktor buatan manusia.Faktor semulajadi kebakaran

    hutan contoh di Pulau Sumatera dan Kalimantan pada 1997. letusan gunung berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina

    pada tahun 1991.

    Faktor buatan manusia- pencemaran asap kenderaan bermotor terutama dikawasan bandar.- Pembakaran secara

    terbuka ditapak pelupusan sampah dan sektor pertanian.- Sektor perindustrian iaitu industri memproses hasil

    pertanian dan kawasan quari.Kesan-kesan jerebu mengurangkan jarak pengelihatan dan risiko kemalangan

    terutama pengguna jalanraya, kapalterbang dan kapal laut. - menjejaskan sektor pertanian - ancaman kesihataan

    kepada manusia dan haiwan.- Menjejaskan sektor pelancongan.Langkah-langkah mengatasi:- pembenihan awan

    bagi menurunkan hujan. Kaedah menyembur larutan garam iodin kedalam awan kumulonimbus.- Kerjasama

    serantau. ASEAN menjalin kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia.- Penguatkuasaan

    undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan.- Mengurangkan kadar pencemaran udara oleh

    sumber kenderaan bermotor.iv) Hujan AsidKonsep: Air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang t inggi(pH < 5)

    seperti air hujan yang mengandungi asid sulfrik adan asid nitrit.Punca: - perindustrian- kenderaan bermotor- stesen

    janakuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu.- Punca semulajadi iaitu letusan

    gunung berapiKesan: - memusnahkan ekosistem hutan - kerosakkan ekologi- meningkatkan keasidan tanah-

    kerosakkan harta benda- gangguan kesihataanLangkah mengatasi hujan asid:- mengawal pencemaran udara

    terutama dari sektor industri- penguatkuasaan undang-undang Alam Sekitar- kempen cintai Alam Sekitar-

    menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum.