nota geo - form 3
TRANSCRIPT
JENIS SUMBER1. Sumber boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama, iaitu : (a) Sumber yang boleh diperbaharui (b) Sumber yang tidak boleh diperbaharui2. Sumber boleh diperbaharui ialah sumber yang tidak terhad pengeluarannya seperti air, hutan, tanih, suria dan biojisim.3. Sumber tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang terhad pengeluarannya seperti bijih timah, bijih besi, kuprum, arang batu, petroleum dan gas asli.4. Sumber yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada : (a) Sumber logam (b) Sumber bukan logam (c) Sumber tanih (d) Sumber air (e) Sumber hutan (f) Sumber tenaga
SUMBER MINERALSumber Boleh Diperbaharui
Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Jenis Mineral yang Penting
SUMBER HUTAN1. Hutan hujan tropika , hutan paya bakau, hutan paya air tawar dan hutan gunung.2. Hutan sebagai habitat flora dan fauna.3. Hutan penting untuk pelbagai kegunaan seperti industri pembuatan dan eksport kayu gergaji.4. Contoh sumber hutan ialah meranti, cengal, keruing, medang, pulai dan kempas.
SUMBER AIR1. Sumber yang boleh diperbaharui dan sangat penting di permukaan bumi.2. Air sungai bagi kegunaan harian dan pertanian.3. Air tasik untuk rekreasi dan empangan hidroelektrik.4. Air paya sebagai punca pembiakan air tawar.
SUMBER TANIH1. Sumber tanih ialah lapisan atas permukaan bumi yang terhasil daripada bahan organan, pereputan tumbuhan, haiwan dan bahan terbuang.2. Bahan ini membentuk nutrien tanih bagi menjamin kesuburan tanih untuk pelbagai jenis tanaman.3. Antara sumber tanih : (a) Tanih aluvium sesuai untuk tanaman padi. (b) Tanih laterit sesuai untuk tanaman getah. (c) Tanih berpasir sesuai untuk tanaman kelapa. (d) Tanih gambut sesuai untuk tanaman nanas.
SUMBER TENAGA SURIA1. Diperolehi daripada cahaya matahari untuk menghasilkan haba dan tenaga elektrik.2. Sumber tenaga yang tidak akan habis dan boleh diperbaharui.3. Membekalkan cahaya untuk seluruh alam.4. Penting untuk tenaga penjanaan meter meletak kenderaan, alat kalkulator
TABURAN PELBAGAI SUMBER1. Malaysia kaya dengan pelbagai sumber seperti sumber mineral, sumber hutan dan sumber tenaga.2. Sumber petroleum, gas asli dan arang batu penting sebagai bahan api utama di Malaysia kerana mudah didapati walaupun negara berpotensi besar untuk memajukan sumber tenaga solar, hidroelektrik dan angin.
Sumber Mineral1. Sumber mineral dikategorikan kepada mineral logam dan mineral bukan logam.2. Antara sumber mineral logam yang biasanya diperoleh di Malaysia ialah : (a) Bijih timah (b) Bauksit (c) Perak (d) Tembaga (kuprum) (e) Bijih besi3. Sumber mineral bukan logam pula terdiri daripada : (a) Petroleum (b) Gas asli (c) Kaolin (tanah liat) (d) Marmar
Mineral logam
Bijih timah1. Pada peringkat awal, perlombongan bijih timah banyak mempengaruhi perkembangan pembangunan negara.2. Bijih timah merupakan sumber mineral utama Malaysia pada masa dahulu. Kini, pengeluaran bijih timah semakin merosot akibat kehabisan sumber.3. Bijih timah digunakan dalam industri berikut : (a) Industri penyaduran (b) Industri pembungkusan (c) Industri mengetin makanan (d) Industri barangan piuter (e) Industri pateri (f) Industri panca logam membuat gangsa4. Longgokkan bijih timah terdapat di kawasan jalur barat di pantai barat Semenanjung dan jalur timur di pantai barat Semenanjung.5. Kawasan perlombongan bijih timah ialah di Lembah Klang, Kuala Langat, Lembah Kinta, Taiping, Kaki Bukit Perlis, Seremban dan lain-lain. Sila rujuk peta di bawah.6. Bijih timah yang dilombong terdiri daripada timah lanar dan timah telerang.7. Longgokkan timah lanar terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit manakala timah telerang terdapat di dasar bumi.8. Kegiatan perlombongan sekarang semakin berkurangan dengan penutupan banyak pusat perlombongan.9. Hanya terdapat beberapa kawasan yang masih aktif menjalankan kegiatan ini.10. Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan lombong syaf yang terbesar di dunia pada masa dahulu. Lombong itu telah ditutup kerana kehabisan sumber.11. Bijih timah dilebur menjadi jongkong di kilang peleburan di Klang, Selangor dan Butterworth, Pulau Pinang. 12. Kilang peleburan di Georgetown pula telah ditutup pada 1998.13. Bijih timah dieksport dalam bentuk jongkong ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Pam kelikir♠ Pam kelikir merupakan cara perlombongan yang paling banyak digunakan di Malaysia.♠ Menggunakan kuasa elektrik.♠ Dapat menjimatkan kos pengeluaran kerana lebih murah dan sesuai untuk kawasan perlombongan yang kecil.♠ Lombong hidraul juga menyerupai dengan lombong pam kelikir tetapi pamnya menggunakan kuasa air.Kapal korek♠ Penggunaan kapal korek telah meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah negara.♠ Kaedah ini lebih cepat, cekap dan produktif tetapi memerlukan modal yang besar.
♠ Kewujudan tasik buatan hasil daripada bekas tapak perlombongan.Lombong dedah♠ Lombong dedah digunakan untuk melombong bijih timah yang terdapat berhampiran dengan permukaan tanah.♠ Kos pengeluaran murah kerana mudah untuk mendapatkan bijih timah yang terdapat di permukaan tanah.♠ Sungai besi merupakan bekas lombong dedah yang terbesar di duniaLombong syaf♠ Lombong syaf atau lombong bawah tanah digunakan untuk melombong bijih timah telerang dalam batu granit.♠ Kos pengeluaran bijih timah ini adalah tinggi dan berisiko tanah runtuh.♠ Sungai Lembing, Pahang dan Kaki Bukit, Perlis merupakan kawasan perlombongan yang menggunakan kaedah ini.♠ Lombong syaf di Sungai Lembing pernah menjadi lombong terbesar di dunia tetapi kini, lombong ini telah ditutup kerana kehabisan sumber.Mendulang♠ Merupakan cara tradisi dan paling lama telah diamalkan.♠ Dijalankan di sungai dan bekas lombong.♠ Hasil pengeluaran tidak produktif dan dijalankan oleh kaum wanita.
Mineral bukan logamPetroleum1. Petroleum merupakan sumber bahan api utama di Malaysia kerana mudah didapati.2. Malaysia merupakan pengeluar petroleum kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia.3. Petronas adalah syarikat petroleum tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1974 berperanan untuk mengurus dan mengendalikan industri petroleum di Malaysia.4. Selain itu, syarikat asing juga terlibat dalam industri petroleum seperti Shell, Caltex, Mobil dan Exxon.5. Petroleum tempatan bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya rendah. Ini merupakan faktor petroleum tempatan mendapat pasaran yang baik di luar negara.6. Pada tahun 2002, pengeluaran petroleum mentah mencecah 650 000 tong sehari yang dihasilkan oleh 42 buah telaga minyak.7. 75% daripada petroleum mentah negara dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Thailand.8. Malaysia mengimport petroleum untuk kegunaan Arab Saudi, Iran dan Kuwait.9. Jadual di bawah menunjukkan kawasan cari gali petroleum di Malaysia.
10. Namun, masih terdapat beberapa kawasan baru yang ditemui mempunyai simpanan minyak
seperti di perairan Kelantan.
Gas asli1. Malaysia mempunyai rizab gas asli berjumlah 84.2 trilion kaki padu.2. Bedong, Terengganu merupakan pelantar cari gali gas asli yang terbesar di Malaysia.3. Antara kawasan perlombongan gas asli lain yang terdapat di Malaysia boleh dilihat di jadual 1.4. Terdapat juga pelantar cari gali yang melakukan aktiviti melombong petroleum dan gas asli bersama-sama.5. Pusat pencairan gas asli terletak di Kerteh, Terengganu dan Bintulu, Sarawak yang menghasilkan gas asli cecair (LPG).6. Kilang pencairan gas asli di Bintulu merupakan yang terbesar di dunia.7. Saluran paip gas asli dibina di Semenanjung Malaysia yang membekalkan gas kepada pengguna.8. Pengeluaran gas asli ialah 4.9 bilion kaki padu sehari.9. Gas asli cecair (LPG) dieksport ke Jepun menggunakan kapal tangki.10. LPG untuk dieksport ke Singapura akan disalurkan melalui saluran paip di dasar laut dari Kerteh, Terengganu.
Sumber Hutan1. Sumber hutan di Malaysia dibahagikan kepada empat jenis, iaitu : (a) Hutan Hujan Tropika (b) Hujan Paya-paya air masin dan paya air tawar (c) Hutan Pantai (d) Hutan Gunung2. Jadual di bawah menerangkan secara ringkas mengenai jenis, ciri dan kawasan sumber hutan yang terdapat
di Malaysia.
Sumber TenagaPetroleum dan gas asli1. Petroleum dan gas asli merupakan sumber tenaga yang penting kerana mudah didapati.2. Petroleum menjadi bahan api untuk menjana kuasa elektrik haba di stesen jana kuasa seperti : (a) Seberang Perai, Pulau Pinang (b) Dengkil, Selangor (c) Pasir Gudang, Johor (d) Kapar, Perak (e) Port Dickson, Negeri Sembilan3. Gas asli digunakan untuk menjana kuasa elektrik di stesen jana kuasa di Paka, Terengganu dan Lumut, Perak.4. Pembakaran petroleum atau gas asli menghasilkan tenaga wap yang sangat panas untuk memutarkan turbin atau generator turbo.5. Petroleum juga menjadi bahan api untuk kenderaan seperti kereta, lori, kapal terbang, kapal, kereta api dan sebagainya.
Tenaga hidroelektrik1. Tenaga hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.2. Malaysia berpotensi besar untuk membangunkan sumber ini kerana : (a) Menerima hujan sepanjang tahun. (b) Sungainya beraliran deras. (c) Isi padu air sungai yang banyak.3. Tenaga hidroelektrik dihasilkan melalui putaran turbin oleh air yang mengalir.4. Banyak empangan yang dibina di tanah tinggi menjadi stesen jana kuasa hidroelektrik.5. Air sungai yang ditakungkan dalam empangan dilepaskan melalui terowong menyebabkan turbin berputar lalu menghasilkan tenaga elektrik.6. Berikut adalah empangan yang terdapat di Malaysia: (a) Empangan Kenyir Terengganu-stesen jana kuasa hidroelektrik yang terbesar. (b) Empangan Temenggor dan Chenderoh, Perak. (c) Empangan Pergau, Kelantan. (d) Empangan Sultan Abu Bakar, Pahang. (e) Empangan Batang Ai, Sarawak. (f) Empangan Tenom Pangi, Sabah.7. Pada tahun 2002, terdapat 54 buah empangan di Malaysia yang dapat menakung sejumlah 12 billion meter padu air.
Tenaga suria (solar)1. Tenaga suria atau solar diperoleh daripada pancaran matahari.2. Tenaga suria merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan sesuai dijadikan sumber tenaga gantian pada masa depan.3. Tenaga suria berpotensi untuk dimajukan di Malaysia kerana : (a) Malaysia mengalami suhu yang tinggi dan sekata sepanjang tahun iaitu 270C. (b) Menerima pancaran matahari hampir 8 jam sehari.4. Penggunaan tenaga suria di Malaysia masih terhad kerana kekurangan penyelidikan dan kos pengeluaran sel suria yang tinggi.5. Malah, terdapat sumber tenaga lain seperti petroleum, gas asli, arang batu yang mudah didapati dan murah.6. Justeru, usaha penyelidikan dijalankan untuk memperluaskan penggunaan tenaga suria seperti mencipta kenderaan suria.7. Projek perintis penggunaan tenaga suria di Malaysia telah dimulakan di Teluk Apan di Langkawi, Kampung Hulu Tembeling dan Pulau Tioman di Pahang.
Tenaga arang batu1. Arang batu merupakan bahan api yang digunakan secara meluas kerana bahan ini murah dan mudah didapati.2. Arang batu digunakan sebagai bahan api di stesen jana kuasa elektrik seperti di : (a) Stesen Jana Kuasa Elektrik Connaught, Klang. (b) Stesen Jana Kuasa Elektrik Kemaman, Terengganu.
3. Pembakaran arang batu menghasilkan wap panas yang akan memutarkan turbin atau generator bagi mewujudkan tenaga elektrik.4. Selain itu, arang batu juga digunakan sebagai bahan api dalam industri melebur besi dan keluli.
Tenaga nuklear1. Tenaga nuklear dihasilkan daripada bahan uranium dan plutonium yang sukar diperoleh kerana merupakan bahan terkawal.2. Tenaga nuklear menghasilkan kuasa yang kuat dengan menggunakan sedikit bahan sahaja.3. Pengeluaran tenaga nuklear memerlukan pembinaan reaktor nuklear dan kepakaran yang tinggi.4. Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia masih lagi di peringkat penyelidikan kerana beberapa faktor : (a) Kekurangan kepakaran (b) Teknologi (c) Kos yang tinggi (d) Faktor keselamatan5. Kebocoran bahan radioaktif di stesen reaktor nuklear boleh membunuh manusia dan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.6. Pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) nuklear di Malaysia ialah Institut Penyelidikan Tenaga Nuklear Malaysia (MINT) yang terletak di Bangi, Selangor.
Tenaga biomas(biojisim)1. Tenaga biomas dihasilkan daripada pereputan sisa pertanian seperti sekam padi, sisa kelapa sawit, habuk kayu dan lain-lain.2. Tenaga ini juga dihasilkan daripada sisa buangan haiwan yang diletakkan didalam bekas khas bertutup.3. Proses pereputan bahan tersebut menghasilkan gas etana dan metana yang digunakan sebagai bahan api dan gas memasak.4. Tenaga biomas belum digunakan secara meluas di Malaysia tetapi berpotensi sebagai tenaga alternatif pada masa depan.5. Malaysia berpotensi memajukan tenaga ini kerana mempunyai banyak sumber pertanian kelapa sawit dan sekam padi.6. Sehubungan dengan itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan untuk memperluaskan penggunaan tenaga biomas seperti dijadikan bahan api untuk kenderaan dan jentera.7. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, stesen jana kuasa elektrik di Johor, telah berjaya menggunakan tenaga biomas (sumber kelapa sawit) sebagai bahan api.
Sumber Tenaga di Negara Lain 1. Terdapat pelbagai sumber tenaga di dunia.2. Perbezaan dari segi ciri bentuk muka bumi secara fizikal di setiap negara mampu menghasilkan kepelbagaian sumber tenaga.3. Peta di bawah menunjukkan jenis-jenis sumber tenaga lain yang boleh diperoleh daripada pelbagai negara di dunia.
Bahan Mentah1. Bahan-bahan galian mempunyai pelbagai kepentingan, contohnya sebagai bahan api untuk kenderaan, perusahaan dan rumah tangga. Bahan-bahan galian bukan bahan api juga mempunyai kepentingannya tersendiri contohnya seperti bijih timah banyak digunakan untuk perusahaan mengetin.2. Industri petrokimia menggunakan petroleum : (a) Minyak parafin digunakan untuk membuat lilin dan minyak pelincir. (b) Minyak tar (bitumen) digunakan untuk membuat penurapan jalan raya. (c) Minyak petrol berplumbum dan tanpa plumbum digunakan untuk kenderaan bermotor dan juga kapal terbang. (d) Minyak diesel digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik terma. Petroleum cecair digunakan untuk bahan api dan minyak masak.3. Gas asli digunakan untuk sumber tenaga kilang, rumah dan stesen jana kuasa elektrik.4. Gas asli juga penting bagi petrokimia dan projek kilang baja urea di Bintulu.
Habitat Alam dan Sumber Ubatan1. Sumber hutan penting sebagai habitat flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.2. Tumbuhan semula jadi juga menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran mereka pastinya akan terjejas.3. Hutan di negara kita juga menjadi sumber perubatan yang penting. Sumber ubat-ubatan di Malaysia diperoleh daripada akar-akar kayu, daun-daun, batang, buah, bunga dan kulit pokok.4. Pokok pegaga dikenali sebagai tumbuhan yang digunakan untuk menyembuhkan pening dan sakit pinggang. Daun dan bunga kantan pula boleh membersihkan luka.5. Daun lengkuas yang direbus boleh dibuat losyen kulit dan menjadi sebatian sekunder yang boleh digunakan sebagai bahan anti darah.6. Periuk kera yang disenaraikan sebagai tumbuhan yang dilindungi mengandungi bendalir yang boleh digunakan untuk mencuci mata dan disapu pada radang kulit.
Keperluan Domestik1. Air merupakan sumber yang terpenting dalam kehidupan manusia. Air amat diperlukan oleh manusia untuk kegunaan harian mereka seperti memasak, membasuh, mandi, air minuman dan sebagainya.2. Air juga diperlukan dalam kegiatan pertanian dan penternakan dan sektor pertanian, Air digunakan untuk mengairi tanaman.3. Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan sumber air diteroka dengan lebih giat lagi.4. Dalam sektor perindustrian, penggunaan air adalah sangat penting dalam perusahaan memproses kelapa sawit dan getah.5. Air sangat penting bagi sistem pengairan sawah padi seperti Kemubu dan Pengairan Muda.6. Air yang mengalir deras melalui sungai-sungai, air terjun, jeram atau larian air digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Pada masa kini sumber air menjadi penting untuk menghasilkan tenaga elektrik di dunia.7. Sumber air akan membatu perlaksanaan penjanaan kuasa hidroelektrik seperti di Pergau, Kenering, Batang Ai, temenggor dan lain-lain.8. Sumber air juga menggalakkan perkembangan akuakultur seperti penternakan ikan sangkar di sungai dan laut.
Menambah Pendapatan Negara 1. Kemajuan dalam industri sumber mineral telah menyumbang hasil pendapatan negara yang penting.2. Petroleum, gas asli, bijih timah, kuprum, bijih besi dan bauksit telah menjadi sumber eksport yang penting bagi negara ini. Misalnya petroleum telah menyumbangkan RM7576 juta sebagai pendapatan penting negara pada tahun 2000.3. Gas asli telah menyumbangkan hasil pendapatan negara sebanyak RM11300 juta pada tahun 2000.Pemangkin Kegiatan Ekonomi1. Kemajuan ekonomi domestik juga didorong oleh limpahan sumber yang ada, misalnya petroleum menggalakkan industri kenderaan bermotor dan minyak pelincir. Kilang besi dan keluli di Malayawata dan Perwaja Steel telah menggalakkan sektor pembinaan dan pembuatan.2. Perkembangan kegiatan sektor perlombongan juga mengurangkan pengangguran di kalangan belia serta menambah peluang pekerjaan.3. Industri pembalakan yang berasaskan pokok kayu keras memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Pokok kayu keras seperti meranti, keruing, merbau, cengal, balau dan tualang dieksport ke luar negara dengan harga yang tinggi.4. Tumbuhan seperti buluh dan rotan pula amat penting bagi pembuatan perabot dan kraf tangan. Nilai eksport kayu gergaji pada tahun 2000 ialah RM5509 juta berbanding dengan RM4774 juta pada tahun 1999.Kemajuan Infrastruktur1. Perlombongan bijih timah telah mewujudkan bandar-bandar seperti Ipoh, Gopeng, Kampar, Batu Gajah, Kuala Lumpur, Taiping, Seremban dan lain-lain.2. Perkembangan bandar telah menyumbang kepada perkembangan pengangkutan yang baik seperti jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api.3. Kesan perlombongan bijih timah telah menggiatkan pembinaan jalan kereta api dari Taiping Sepetang (Port Weld), Tapah ke Teluk Intan, Seremban ke Port Dickson dan dari Ipoh ke Batu Gajah.4. Pertumbuhan bandar kesan aktiviti perlombongan seperti bandar Kuala Lumpur, Ipoh, Gopeng, Kampar, Batu Gajah, Taiping dan Seremban.5. Perlombongan timah juga telah menggalakkan perkembangan jalan raya dan jalan kereta api seperti Taiping, ke Port Weld (Kuala Sepetang), Tapah ke Teluk Intan, Ipoh ke Batu Gajah dan Seremban ke Port Dickson.6. Perkembangan pelabuhan awal seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang juga ada kaitannya dengan kesan perlombongan bijih timah di kawasan sekitarnya. Tujuannya bagi memudahkan bijih timah dieksport ke negara Eropah.7. Di samping itu ada kemudahan lain yang disediakan oleh syarikat pengusaha bijih timah seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan lain-lain. Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang dimajukan kerana tujuan untuk kemudahan eksport sumber tersebut.8. Kegiatan perlombongan juga telah memajukan Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Bintulu, dan Pelabuhan Miri.9. Pertambahan jaringan jalan raya di Kerteh kerana perlombongan petroleum di luar pantai Terengganu. Pembinaan beberapa terminal minyak, pengeluaran gas asli di luar pantai Terengganu telah membolehkan pembinaan stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka dan pembinaan lapangan terbang baru.
Peluang Pekerjaan1. Banyak wujud peluang pekerjaan selepas meneroka sumber alam.2. Penduduk tempatan berpeluang bekerja di loji petroleum di Miri, Bintulu dan Kerteh.3. Penerokaan sumber laut juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada nelayan di Malaysia seperti di kawasan pendaratan ikan di Tumpat, Pulau Perhentian, Besut, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Kuantan, Endau dan Mersing.4. Kawasan pelabuhan perikanan di Sabah dan Sarawak seperti Kuching, Mukah, Bintulu, Miri, Labuan, Sandakan, Kudat, Semporna dan Tawau.5. Sumber tanih aluvium yang subur menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk mengusahakan padi dua kali setahun di Dataran Kedah dan Delta Kelantan.6. Kawasan tanih laterit menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang perladangan getah dan kelapa sawit seperti di FELDA, estet dan kebun kecil.7. Sumber bijih timah menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembuatan.8. Industri besi dan keluli membekalkan sumber tersebut untuk sektor perindustrian kenderaan dan motosikal. Kemajuan Pertanian Baru 1. Kepentingan sumber tanih yang subur akan meningkatkan keluasan tanaman dan pengeluaran hasil pertanian.2. Tanih yang subur di Malaysia seperti : (a) Tanih gambut : Kelapa sawit dan nanas (b) Tanih aluvium : Padi (c) Tanih laterit : Getah, kelapa sawit, teh, tebu (d) Tanih berpasir : Kelapa (e) Tanih bris : Gajus dan tembakau
Perkembangan Ekologi Alam Sekitar 1. Tumbuhan semula jadi juga berfungsi sebagai pusat pembiakan hidupan laut terutamanya di kawasan hutan paya bakau. Kawasan ini sangat sesuai untuk pembesaran anak-anak ikan, udang, ketam dan kerang.2. Pengaruh air pasang dan air surut dapat mengekalkan kawasan ini sebagai pusat pembiakan sumber laut secara berterusan. Selain itu, rumput laut juga dapat membesar dengan sempurna.3. Kawasan pokok bakau menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis hidupan laut seperti landak laut, tapak sulaiman, timun laut, ikan dengkis, belanak, udang putih, penyu dan duyung.4. Di Malaysia, terdapat pelbagai pusat pengekalan fauna dan flora bagi mengelakkan daripada kepupusan. Taman negara, hutan simpan dan hutan lipur telah dibina untuk tujuan itu.5. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama dengan agensi pelancongan berusaha melindungi hidupan liar kerana spesis ini menjadi tarikan pelancongan dan untuk tatapan generasi akan datang. PERHILITAN juga mengusahakan pelbagai projek pembiakan beberapa spesis hidupan liar seperti badak, harimau, rusa, burung kuang dan tuntung.6. Kesuburan hutan semula jadi di negara kita telah menjadi lokasi kawasan tadahan yang penting. kawasan hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air.7. Kawasan tadahan itu merupakan permukaan topografi yang dapat menapis curahan hujan yang sampai ke permukaan bumi. Air dalam bumi ini akan mengalir ke permukaan sungai-sungai utama. Sumber air dari kawasan tadahan ini berkualiti tinggi dan boleh digunakan tanpa memerlukan rawatan yang canggih.8. Hutan juga bertindak sebagai litup bumi semula jadi yang melindungi permukaan tanah daripada dihakis oleh air yang berupaya mencengkam tanih agar tidak berderai.9. Hutan akan mengelakkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanih. Lapisan sampah, timbunan dedaun, ranting yang terkumpul di lantai hutan dan silara yang unik akan dapat melindungi tanah daripada impak air hujan.
Perkembangan Petempatan1. Bandar baru muncul selepas kemajuan industri penerokaan sumber seperti Kerteh di Terengganu, Bintulu, Lutong dan Miri di Sarawak.2. Banyak pembangunan, petempatan perumahan dan jalan raya baru menuju ke lokasi tersebut.3. Perkembangan bandar seperti Kerteh, Bintulu, Miri dikaitkan secara langsung dengan pemprosesan petroleum dan gas.4. Sumber tanih merupakan sumber yang sering dieksploitasikan oleh manusia untuk tujuan pertanian. Ada petempatan baru seperti di sekitar Bandar Jengka dan Bandar Muadzam Shah di Pahang.
Sumber Tenaga Alternatif1. Tenaga suria sangat penting bagi aktiviti fotosintesis tumbuhan hijau.2. Haiwan atau ternakan memerlukan cahaya matahari untuk memanaskan badan manakala manusia memerlukan cahaya bagi tujuan kehidupan harian seperti pengeringan makanan.3. Tenaga suria juga digunakan untuk memanaskan air di rumah. Sistem ini sudah dipraktikkan di hotel-hotel, rumah, kilang dan kawasan rekreasi.4. Tenaga suria juga boleh ditukar menjadi tenaga elektrik. Penggunaan tenaga ini berpotensi dimajukan kerana negara ini mempunyai sinar matahari sepanjang tahun.5. Alat bagi memerangkap tenaga suria dipasang di bumbung rumah atau bangunan.6. Tenaga biomas juga dikenali dengan biojisim. Tenaga ini penting untuk mendapatkan tenaga haba, tenaga elektrik dan menghasilkan bahan api berbentuk gas, pepejal dan cecair.7. Biojisim berbentuk pepejal boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga haba. Manakala yang berbentuk gas atau cecair akan menghasilkan etanol.8. Bahan buangan seperti kayu getah dan tempurung kelapa sawit boleh dijadikan bahan api.
KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITARPerubahan Pandang Darat (landskap)1. Kegiatan perlombongan bijih timah telah mengubah landskap bentuk muka bumi.2. Kaedah perlombongan yang menggunakan kapal korek telah meninggalkan tasik-tasik besar seperti : (a) Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur (b) Taman Tasik Taiping di Perak 3. Tasik-tasik bekas lombong bijih timah dimajukan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan seperti Mines dan Tasik Titiwangsa.4. Kawasan bekas lombong kuari dan kuprum mengubah pandang darat kepada kawasan yang mempunyai sebuah lekukan yang luas.5. Pembinaan empangan di kawasan tanah tinggi seperti Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh telah mewujudkan tasik buatan manusia.6. Tasik buatan ini membekalkan sumber air, sumber tenaga hidroelektrik serta boleh dijadikan pusat pelancongan.7. Kegiatan pertanian di cerun-cerun bukit seperti di Tanah Tinggi Cameron mengubah pandang darat daripada kawasan hutan kepada cerun berteres yang biasanya lebih sesuai jika ditanam sayuran dan teh.8. Kegiatan pertanian pindah yang giat mewujudkan kawasan belukar setelah ditinggalkan.
Kepupusan1. Penebangan pokok di kawasan hutan hujan tropika secara meluas dan tidak dirancang akan memusnahkan habitat haiwan.2. Kemusnahan tumbuhan yang menjadi pengeluar dalam rantaian makanan akan menjejaskan kehidupan haiwan menyebabkan beberapa spesis mengalami kepupusan contohnya, badak sumatera dan orang hutan.3. Spesis flora yang unik dan menarik yan terdapat di hutan hujan tropika turut musnah akibat penerokaan sumber hutan.4. Pembinaan empangan juga memusnahkan flora dan habitat haiwan kerana kawasan hutan ditenggelami oleh air yang ditakung.5. Penerokaan sumber laut dengan menggunakan pukat tunda memusnahkan dan hidupan laut seperti batu karang.6. Pengurusan yang cekap perlu merancang supaya sumber tidak pupus.7. Kebanyakan lombong bijih timah di Malaysia telah ditutup kerana kepupusan sumber. Contohnya, di Puchong, Sungai Lembing dan Ipoh.
Peningkatan Suhu1. Penerokaan sumber hutan secara meluas akan meningkatkan lagi suhu permukaan bumi akibat terdedah kepada pancaran matahari.2. Wap air yang terkandung dalam udara berkurangan dan menjadi kering kesan daripada kurangnya proses sejat peluh oleh pokok.3. Kurangnya populasi hutan turut menjejaskan keseimbangan gas dalam udara terutamanya
kandungan gas oksigen (O2) dan karbon dioksida (CO2).4. Menurut kajian, suhu di kawasan tanah lapang lebih tinggi iaitu antara 30C hingga 60C berbanding suhu di kawasan hutan.
Hakisan1. Penerokaan sumber hutan mendedahkan permukaan bumi kepada kejadian hakisan tanah.2. Muka bumi yang terdedah, memudahkan hakisan percikan berlaku ketika hujan turun.3. Penebangan hutan akan mengganggu peranan akar tumbuhan yang mencengkam tanih dan mengurangkan halaju aliran air hujan dipermukaan bumi.4. Kemusnahan hutan meningkatkan kadar hakisan tanih kerana tanih mudah terurai dan halaju aliran air hujan meningkat.5. Perlombongan kuari, batu kapur dan marmar menyebabkan cerun bukit ditarah dan dipotong.6. Kegiatan perlombongan ini menyebabkan cerun bukit tidak stabil, mudah dihakis dan runtuh.7. Pertanian pindah di kawasan pedalaman juga turut meningkatkan kadar hakisan tanih.8. Apabila petani pindah ke kawasan baharu, aktiviti yang sama diulangi iaitu menebang pokok di lereng bukit untuk menjalankan kegiatan penanaman.9. Penebangan pokok bakau menyebabkan hakisan ombak di pinggir laut meningkat seperti di Kuala Selangor dan pinggir laut Johor.10. Kegiatan pertanian di cerun bukit turut meningkatkan hakisan. Contoh, di Tanah Tinggi Cameron.
Banjir1. Pengaliran sisa lombong, tahi lombong (amang) dan air buangan daripada lombong menyebabkan sungai menjadi cetek.2. Dasar sungai yang cetek tidak mampu untuk menampung kuantiti air hujan, terutama ketika berlakunya hujan lebat menyebabkan air melimpah dan membanjiri kawasan lembah dan tanah runtuh.3. Contohnya, kawasan Lembah Klang sering mengalami banjir kilat.
Pencemaran Udara dan Air1. Kegiatan pertanian menggunakan baja kimia dan racun kimia untuk meningkatkan hasil dan mengawal makhluk perosak.2. Penggunaan bahan kimia mencemarkan alam sekitar dan mengancam hidupan akuatik apabila kandungan kimia meresap di dalam tanih dan mengalir ke dalam saluran.3. Kegiatan penternakan turut mencemarkan sungai apabila najis ternakan dialirkan ke sungai menyebabkan air sungai busuk seperti Sungai Linggi.4. Pembukaan ladang seperti ladang kelapa sawit dan ladang getah mengakibatkan hakisan tanah terjadi yang akan menukarkan warna air sungai menjadi keruh seperti Sungai Labis.5. Kegiatan perlombongan bijih timah juga mencemarkan kualiti air sungai kerana kelodak dan sisa daripada aktiviti perlombongan itu akan mengalir masuk ke dalam sungai seperti Sungai Gombak dan Sungai Kinta.6. Perlombongan petroleum akan mencemarkan lagi lautan kerana tumpahan minyak yang berlaku di kapal pengangkut dan kebocoran paip boleh menjejaskan kehidupan akuatik.7. Penggerudian petroleum di dasar laut akan memusnahkan batu karang dan hidupan laut seperti di perairan pantai Sarawak dan pantai Terengganu.8. Perlombongan kuari, batu kapur dan batu marmar menjejaskan kualiti udara seperti di Bandar Raya Ipoh.
Kemusnahan Kawasan Tadahan1. Penerokaan sumber kayu-kayan, perlombongan mineral dan sumber tanih boleh menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan akibat daripada aktiviti penebangan hutan yang berleluasa.2. Tumbuhan hutan bertindak seperti span dengan menyerap dan menyimpan air hujan di dalam tanah di kawasan tadahan.3. Air di dalam tanah akan mengalir ke dalam sistem saliran secara perlahan-lahan.4. Penebangan hutan tanpa kawalan akan menyebabkan kadar air di dalam tanah berkurangan di kawasan tadahan.5. Kesannya, bekalan air sungai akan berkurangan terutama sekali pada musim kemarau yang akan menjejaskan bekalan air kepada penduduk.
Ketandusan Tanih1. Kegiatan perlombongan bijih timah akan meninggalkan tanih yang tandus dan tidak subur lagi.2. Tanih di kawasan bekas lombong kehilangan humus dan garam mineral yang diperlukan oleh tanaman.3. Bekas lombong yang ditinggalkan terdiri daripada pasir putih yang ditumbuhi rumput, lalang dan semak samun.4. Selain itu, kegiatan pertanian secara giat turut mengakibatkan tanih kurang subur kerana kehilangan humus dan garam mineral.5. Petani yang mengamalkan pertanian pindah akan meninggalkan kawasan pertanian yang sudah tidak subur, serta ditumbuhi semak samun, belukar dan tumbuhan renek.
Kepentingan Pengurusan Sumber1. Hutan merupakan habitat pelbagai jenis spesies tumbuhan dan hidupan liar.2. Pemeliharaan hutan juga akan membantu mengurangkan berlakunya hakisan tanah.3. Sumber air juga perlu dipelihara kerana air adalah sumber asas dalam kehidupan harian manusia. Air juga penting untuk kegiatan pertanian dan penternakan.4. Pemeliharaan sumber air juga penting untuk membekalkan sumber protein yang berterusan dan tidak tercemar. Kesuburan sumber tanih akan menjamin bekalan makanan dan pertumbuhan pelbagai jenis tanaman.5. Tanih juga perlu dipelihara untuk mengurangkan berlakunya kejadian hakisan.6. Sumber galian juga perlu dipelihara bagi memastikan sumbernya tiadak kehabisan.7. Sumber juga penting kepada ekosistem yang terdiri daripada komponen biotik yang terdiri daripada matahari, udara, air, tanih dan mineral.
Kaedah Pengurusan Sumber1. Pemeliharaan sumber bermakna memastikan sumber tidak pupus sebaliknya terus wujud untuk kegunaan pada masa akan datang.2. Strategi pemeliharaan sumber adalah seperti : (a) Melindungi sumber daripada kehabisan. (b) Memanfaatkan sumber secara ekonomik dan terancang. (c) Memaksimumkan penggunaan sumber yang ada. (d) Membaiki kerosakan sumber. (e) Kitar semula sumber yang digunakan. (f) Penggantian sumber dengan sumber alternatif.
Langkah-langkah Pengurusan SumberPemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan1. Antara langkah yang dijalankan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di kawasan hutan yang telah diterokai hasil hutannya ialah :
2. Pembalak dikehendaki menanam semula baka-baka pokok di kawasan asal setelah penebangan pokok balak. Beberapa jenis baka pokok telah dikenal pasti untuk ditanam semula. Antaranya ialah Jelutong, meranti, kayu jati dan mahagoni.3. Undang-undang perlu digubal untuk pemeliharaan taman negara sebagai kawasan rekreasi dan pusat pelancongan.4. Mengawal pembalakan haram bagi mengelakkan pokok tidak cukup matang ditebang oleh golongan orang yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu menanam semula pokok yang bermutu dan baka yang baik.5. Mengadakan kempen oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan terhadap kepentingan memelihara hutan kita.6. Hutan simpan Endau-Rompin adalah taman perlindungan bagi badak sumbu. Hutan Simpan Kabili Sepilok ialah taman perlindungan bagi orang utan.7. Taman negara di sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk habitat hidupan liar seperti gajah, harimau, serangga dan lain-lain.
8. Akta perhutanan Negara ada menetapkan beberapa larangan yang berkenaan dengan kawasan hutan simpan kekal seperti berikut : (a) Memasuki hutan simpan kekal. (b) Menebang dan memotong pokok. (c) Mencari dan mengambil sebarang hasil hutan. (d) Membersihkan mana-mana tanah untuk pertanian dan lain-lain. (e) Menceroboh dengan apa-apa cara.9. Pengawalan pembalakan haram dapat dilaksanakan dengan perlaksanaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan kayu 1985.10. Penyelidikan dijalankan oleh agensi yang bertanggungjawab seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. FRIM menjalankan penyelidikan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemeliharaan hutan yang baik. FRIM juga menyelidik tentang kaedah bagi melindungi hutan hujan tropika dan spesies di dalamnya.11. Kerajaan juga telah mewartakan taman negara pada tahun 1939 lagi. Pada tahun 1978 kerajaan
telah menggubal Dasar Perhutanan Negara dengan mewujudkan hutan simpan kekal. Di kawasan hutan simpan kekal tidak ada sebarang pembangunan dan pembalakan yang dibenarkan.
Pemeliharaan Spesies Hidupan Liar1. Mewartakan kawasan hutan simpanan dan taman negara. Kawasan pemeliharaan hidupan liar seperti di Endau Rompin dan Sepilok.2. Penubuhan pasukan renjer hutan dan penguatkuasaan undang-undang pembalakan.3. Kerjasama negara serantau dan pertubuhan antarabangsa memelihara hutan sebagai khazanah
yang berharga. Penghutanan semula selepas pokok-pokok matang ditebang.4. Agensi yang terlibat secara langsung dalam hal ini ialah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN ). Jabatan ini bertanggungjawab memindahkan hidupan liar ke kawasan baru seperti di Taman Negara. Langkah ini telah dilakukan di sekitar Tasik Kenyir dan Tasik Banding di Perak bagi menyelamatkan gajah dan harimau.5. Membaik pulih habitat alam seperti yang dilakukan di Taman Alam di Kuala Selangor untuk habitat burung.6. Pusat penempatan dan pemeliharaan hidupan liar adalah seperti berikut : (a) Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang (b) Penetasan penyu di Rantau Abang, Terengganu (c) Pemeliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah (d) Pemeliharaan Orang Utan di Semongkok, Sarawak (e) Projek Pemeliharaan Burung di Kuala Gula, Perak (f) Projek Pemeliharaan Tuntung di Bukit Pinang, Kedah dan Bota Kanan, Perak (g) Perlindungan Hidupan Liar, Sungkai, Perak (h) Taman Alam, Kuala Selangor (i) Taman Negara Endau-Rompin, Pahang (j) Perlindungan beburung di Kuala Pahang (k) Penternakan seladang dan rusa di Krau, Pahang (l) Taman Negara, Pahang, Terengganu dan Kelantan (m) Pembiakan rusa di Gua Musang, Kelantan (n) Perlindungan Hidupan Liar di Samunsam, Sarawak (o) Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau, Sarawak (p) Di Sarawak. Hidupan Liar, Taman Negara Similajau, Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Niah, Taman Negara Bako, Taman Negara Kubah, Taman Negara Bukit Lambir ( Semua Sarawak ). (q) Di Sabah, Taman Negara Tawau, Perlindungan Lembah Danum, Perlindungan Hidupan Liar Tabin, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kulambi, Pusat Perlindungan Orang Utan, Sepilok, Taman Negara Pulau Penyu, Kawasan Perlindungan Burung Kota Belud, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Taman Negara Pulau Tiga dan Perlindungan Burung Kota Belud.
Pemeliharaan Sumber tanih1. Kebanyakan usaha pemuliharaan di kawasan penerokaan sumber tanih melibatkan penggunaan
tanah.2. Kegiatan pertanian ladang dan tanaman tutup bumi seperti kekacang merupakan beberapa langkah untuk memulihkan kembali penggunaan sumber tanih.3. Projek-projek seperti pembinaan jalan raya, pembinaan empangan, perlombongan dan pembalakan perlu dikaji dahulu sebelum diluluskan.4. Penerokaan hutan juga mestilah dikurangkan. Antara langkah mengatasi masalah ini dengan mengharamkan pertanian pindah di kalangan orang asli.5. Tindakan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertanian kekal dan mengubah corak hidup masyarakat orang asli. Pemeliharaan Sumber Mineral1. Sumber galian bahan api terdiri daripada petroleum, gas asli dan arang batu. Manakala sumber galian bukan bahan api pula terdiri daripada emas, perak, timah, tembaga dan sebagainya.2. Langkah untuk mengelakkan kepupusan sumber ini ialah dengan mengehadkan penerokaan sumber tersebut dan juga mengehadkan pengeluaran lesen-lesen perlombongan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini.3. Bijih timah tidak harus pupus begitu sahaja. Tindakan boleh diambil dengan (a) Mengawal pengeluaran lesen (b) Mengehadkan penerokaan sumber ini (c) Mengadakan kuota pengeluaran mengikut negara (d) Mengurangkan penggunaan bijih timah (e) Membuat dan mengkaji bahan pengganti yang lain seperti plastik4. Mengeksploitasikan kembali barang-barang berasaskan besi yang telah dibuang. Bahan-bahan buangan ini boleh digunakan kembali melalui proses peleburan semula logam-logam untuk dijadikan besi sekerap.5. Bahan-bahan plastik digunakan untuk menggantikan bijih timah dan plumbum dalam industri mengetin makanan.6. Antara usaha-usaha yang dijalankan adalah menebus guna kawasan-kawasan bekas lombong untuk dijadikan pusat-pusat rekreasi atau pelancongan. Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dan Tasik Jaya adalah antara beberapa tasik yang dijadikan pusat-pusat rekreasi dan pelancongan di negara ini.7. Langkah bagi mengekalkan bekalan petroleum untuk masa depan : (a) Memodenkan teknik cari gali minyak (b) Menjimatkan penggunaan petroleum (c) Mengadakan teknik pembersihan yang lebih (d) Menggunakan bahan api alternatif
Program Kitar Semula1. Program kitar semula ialah usaha kerajaan untuk menjimatkan sumber asli.2. Usaha ini adalah serampang dua mata bagi memelihara alam sekitar dan menjimatkan wang pihak berkuasa tempatan bagi menguruskan kawasan pelupusan sampah.3. Antara sumber yang dapat diselamatkan melalui program ini ialah : (a) Akhbar dan kotak terbuang untuk industri kertas. (b) Besi buruk untuk industri besi dan keluli. (c) Plastik dan kaca terbuang untuk industri bekas makanan. (d) Logam terbuang untuk industri tin aluminium. (e) Sisa makanan untuk baja organik.
Pemeliharaan Sumber Air1. Antara langkah yang dijalankan untuk pemuliharaan air adalah dengan mengadakan program-program pembersihan sumber air. Tumpuan utama ialah kawasan yang telah dicemari.2. Program pembersihan ini meliputi pembersihan tumpahan minyak di laut dan pantai.3. Kaedah eutrofikasi merupakan kaedah yang melibatkan pencampuran bahan-bahan kimia ke dalam sumber air. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pertumbuhan rumpai air dan kulat yang berlebihan.4. Menempatkan kilang-kilang di satu kawasan khas di mana secara tidak langsungnya dapat menjamin kesihatan penduduk dan sumber air terus terpelihara.5. Penebangan hutan, pembersihan hutan dan pembersihan kawasan tadahan air perlu dikawal untuk mengelakkan berlakunya pencemaran air.6. Pihak kerajaan juga telah mewajibkan syarikat-syarikat yang terbabit membersihkan kawasan yang dicemari.7. Bagi pengusaha kilang getah dan kelapa sawit, mereka mestilah memastikan membersih terlebih dahulu air buangan dan sisa kilang di loji-loji penapisan sebelum disalurkan di sungai-sungai.8. Mengehadkan pembalakan di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tadahan air.9. Empangan dibina di beberapa kawasan tadahan air untuk menyimpan air. Pada masa yang sama diperbanyak pembinaan loji pembersihan air.10. Penerokaan sumber air tanah perlu digalakkan untuk keperluan harian. Penduduk luar bandar dibekalkan dengan tenaga yang baik dan bersih bagi menerokai air bawah tanah.11. Agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan air ialah : (a) Jabatan Alam Sekitar (b) Jabatan Pengairan dan Saliran (c) Jabatan Tanah dan Galian (d) Pihak Berkuasa Tempatan (e) Jabatan Perikanan (f) Jabatan Kesihatan12. Langkah yang berkesan bagi mengawal bekalan air ialah mengadakan langkah pengezonan tanah. Ada kawasan tertentu yang tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan bagi mengelakkan masalah simpanan air.
Penguatkuasaan Undang-undang Kualiti Alam sekeliling1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Fasal 127. Seksyen 34A akta ini memerlukan penyediaan Laporan Mengenai Kesan Kepada Alam Sekeliling (E.I.A) bagi menjalankan projek-projek pembangunan yang tersenarai dalam jadual aktiviti yang ditetapkan.2. Pembangunan kawasan berbukit sama ada untuk pambangunan perumahan, pengubahan penggunaan tahan hutan bukit kepada kegunaan tanah lain atau pemajuan tempat peranginan di kawasan berbukit yang melebihi 50 hektar memerlukan laporan EIA dijalankan terlebih dahulu.3. Pasukan Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan telah ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kawasan hutan daripada kegiatan pembalakan haram dan juga kebakaran hutan serta memelihara hutan serta memelihara sumber hutan tersebut.4. Pengurusan alam sekitar ini melibatkan pelbagai pihak iaitu kerajaan, pertubuhan-pertubuhan alam sekitar, sektor industri, pihak swasta dan juga orang perseorangan serta kerjasama antara negara.5. Pada tahun 1974 Akta Kualiti Alam Sekitar telah diwujudkan untuk mengawal pencemaran air. pada tahun 1975 pula Bahagian Alam Sekitar di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar juga ditubuhkan. Pada tahun 1978 dengan penubuhan Undang-undang Udara Bersih.
Kerjasama Antarabangsa1. Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan negara lain seperti Singapura dan Indonesia dalam mengawal perairan negara terutama kejadian tumpahan minyak. Perbincangan juga meliputi pengawalan pergerakan bahan-bahan kimia berbahaya dan pengawasan kualiti udara.2. Kerjasama Malaysia dan Thailand juga pernah diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala dan hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang sains teknologi dan alam sekitar.3. Program kerjasama teknikal antara pegawai kanan Malaysia dan Veitnam pernah diadakan pada tahun 1996 bagi membincangkan aspek pengurusan bahan buangan, prosuder dan garis panduan EIA, teknologi kawalan alam sekitar bagi kualiti air, udara dan pengurusan buangan pertanian.
Pendidikan dan Kesedaran1. Promosi kesedaran alam sekitar merupakan antara program utama Jabatan Alam Sekitar dalam usaha mempertingkatkan pengurusan dan kesedaran pengurusan alam sekitar yang mapan.2. Antara promosi dan galakan tentang kesedaran pemeliharaan sumber alam seperti dengan mengadakan Minggu Alam Sekitar, Larian Hijau, Hari Hutan Sedunia, Hari Air, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Ozon Sedunia, Anugerah Langkawi, Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dan penerbitan bahan berkaitan persekitaran.3. Kempen 'Kebersihan Sungai Kita' diadakan sepanjang masa. Pendidikan ini untuk generasi muda bagi mengelakkan mereka membuang sampah dan kekotoran ke dalam sungai.4. Kempen pendidikan alam sekitar diadakan disemua peringkat sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.
Pengurusan Sumber Air di Jepun1. Jepun ialah sebuah negara maju yang sangat memerlukan air tawar untuk kegunaan harian dan sektor ekonominya.2. Air diperoleh melalui sungai, tasik semula jadi, tasik buatan dan laut.3. Sektor industri dan proses pembandaran yang pesat dan peningkatan jumlah keperluan terhadap sumber air.4. Namun demikian, perkembangan perindustrian dan pertanian banyak mencemarkan sumber air di Jepun.5. Pengurusan air yang cekap dan moden berkonsepkan pembangunan lestari telah berjaya mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Rawatan air di Jepun dijalankan melalui : (a) Rawatan air sisa kilang (b) Rawatan air sungai (c) Rawatan kitar semula air6. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jepun dalam pengurusan sungai ialah : (a) Mengubah suai sungai-sungai dengan membina empangan dan tetambak bagi tujuan pembersihan air, pengawalan banjir dan penjanaan kuasa hidroelektrik. (b) Mengalirkan air dari sungai yang mempunyai isipadu air yang tinggi ke sungai yang mengalami kekurangan air bagi mengatasi masalah kekurangan air. (c) Membekalkan air bersih dengan membina empangan kecil di kawasan luar bandar. (d) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan sumber air untuk meningkatkan teknologi bagi membaiki pengurusan sumber air. (e) Melebarkan dan mendalamkan dasar sungai untuk mengatasi masalah banjir. (f) Membina terusan yang luas bagi memudahkan laluan air. (g) Membina laluan banjir ( flodway ) untuk mengalirkan air sungai terus ke laut. (h) Memantau dan mengawal sumber air melalui sistem Jaringan Informasi Sungai untuk mengenal pasti jumlah hujan dan aras air dengan menggunakan peralatan moden.7. Usaha kerajaan Jepun dalam pengurusan tasik : (a) Membina sistem pembentungan sungai seperti di Tasik Biwa di Pulau Honshu dan sistem pembentungan kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Tasik Nojiri, Kojima Reservoir dan Nakanaoumi. (b) Kaedah rawatan air dari sistem pembentungan dibuang ke tasik seperti di Tasik Shikotsu dan Tasik Towada. (c) Membersihkan tasik dan mengawal pembiakan rumpai. (d) Mengorek tasik untuk mengurangkan pemendapan seperti di Tasik Kasumigaura dan Tasik Kameyana.8. Kerajaan meluluskan Undang-undang Asas bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar 1993 bagi menetapkan piawai kualiti air di sungai, tasik, kawasan takungan air dan perairan pantai.9. Kerajaan Jepun juga menggubal Undang-undang Kawalan Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958. Undang-undang ini dikuatkuasakan bagi meningkatkan tahap keselamatan bekalan air dan memperbaiki kualiti alam sekitar.
Kegiatan Ekonomi UtamaPengenalan1. Terdapat beberapa kegiatan ekonomi negara Malaysia iaitu, sektor : (a) Perkhidmatan (d) Pertanian (b) Perindustrian (e) Pembalakan (c) Perlombongan (f) Perikanan
Perkhidmatan1. Industri yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna digolongkan sebagai industri tertier.2. Kegiatan ekonomi yang digolongkan sebagai sektor perkhidmatan ialah : (a) Pelancongan (d) Kewangan (b) Perdagangan (e) Pendidikan (c) Pengangkutan Pelancongan1. Kegiatan pelancongan digolongkan sebagai industri tertier.2. Malaysia mempunyai sumber alam semula jadi yang menarik seperti pantai, air terjun, tanah tinggi, gua batu kapur dan keunikan hutan hujan tropika menjadi daya tarikan kepada pelancong.3. Antara pantai indah yang boleh dijadikan lokasi pelancongan adalah : (a) Pulau Langkawi (d) Port Dickson (b) Pulau Tioman (e) Pulau Pangkor (c) Pulau Perhentian (f) Pulau Pinang4. Selain itu, penduduk masyarakatnya yang majmuk mewujudkan kebudayaan unik yang sukar didapati di negara lain.5. Taman negara yang terdapat di Malaysia penuh dengan keunikan spesies flora dan fauna seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Rompin.6. Pelancong dapat melakukan aktiviti menyelam di Pulau Sipadan, Pulau Perhentian dan Pulau Payar untuk melihat keindahan dasar laut yang merupakan antara yang tercantik di dunia.7. Tempat bersejarah seperti bandar raya Melaka dan Pulau Langkawi merupakan tumpuan utama pelancong.
Perdagangan1. Terdapat dua jenis perdagangan di negara ini, iaitu : (a) Perdagangan tempatan - proses perniagaan di dalam negara. (b) Perdagangan antarabangsa - urusan perniagaan dengan negara asing.
Perdagangan tempatan♠ Terdapat beberapa jenis, iaitu perniagaan runcit dan borong.♠ Perniagaan runcit dijalankan di kawasan bandar juga kampung dan kebiasaannya menjual barangan keperluan harian.♠ Perniagaan borong bertumpu di bandar-bandar yang menjalankan urus niaga secara pukal atau kuantiti yang banyak.♠ Melibatkan kawasan luar bandar.♠ Kawasan luar bandar membekalkan bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan sebagainya sementara bandar menjadi pusat pembekal barangan siap, perkhidmatan dan jentera.♠ Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Georgetown merupakan pusat perdagangan dan perniagaan yang penting di Malaysia.
Perdagangan antarabangsa♠ Melibatkan kegiatan eksport dan import.♠ Pengangkutan darat, udara dan laut dan komunikasi yang baik menggalakkan perdagangan antarabangsa.♠ Rakan dagangan utama Malaysia ialah negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand, Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun.
Pengangkutan1. Sistem pengangkutan dibahagikan kepada : (a) Pengangkutan darat (b) Pengangkutan air (c) Pengangkutan udara
Pengangkutan darat1. Pengangkutan darat meliputi pengangkutan jalan raya dan kereta api.2. Jaringan pengangkutan darat lebih padat di pantai barat Semenanjung kerana mempunyai penduduk padat dan kegiatan ekonomi yang pesat.3. Terdapat jalan raya persekutuan, jalan raya pembandaran dan lebuh raya yang dibina.4. Jalan raya persekutuan menghubungkan kawasan seluruh negara termasuklah kawasan luar bandar.5. Jalan raya pembandaran dibina di kawasan bandar.6. Malaysia mempunyai banyak jaringan lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur Barat, Lebuh Raya Pan Borneo dan lain-lain.7. Jalan kereta api dari utara dan timur Semenanjung bertemu di Gemas dan menghala ke Johor Bahru.8. Jaringan kereta api moden dibina di Lembah Klang seperti LRT, Monorel dan ERL.
Pengangkutan air1. Pengangkutan air terdapat dua jenis, iaitu sungai dan laut.2. Pengangkutan sungai penting di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan.3. Sungai penting sebagai jalan pengangkutan ke kawasan pedalaman, mengangkut penumpang dan hasil ekonomi serta menghanyutkan balak.4. Pengangkutan laut melibatkan pengangkutan pinggir laut dan pengangkutan antarabangsa.5. Pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kontena.6. Pengangkutan jenis ini dapat mengangkut barangan secara pukal dan kos yang rendah.
Pengangkutan udara1. Pengangkutan udara menyediakan perkhidmatan domestik dan antarabangsa.2. Perkhidmatan pengangkutan domestik meliputi perkhidmatan penerbangan di dalam negeri seperti di Lapangan Terbang Tunku Abdul Halim, Kedah.3. Perkhidmatan antarabangsa menyediakan perkhidmatan penerbangan ke luar negara seperti ke bandar raya New York.4. KLIA, Bayan Lepas dan Senai merupakan lapangan terbang antarabangsa.5. Pengangkutan udara menyediakan perkhidmatan mengangkut penumpang dan barangan.6. Perkhidmatannya adalah cepat tetapi kosnya mahal.
Kewangan1. Perkhidmatan kewangan melibatkan perkhidmatan perbankan, insurans, hartanah dan urus niaga saham.2. Terdapat bank tempatan iaitu Bank Simpanan Nasional, Maybank, Bank Bumiputra Commerce Berhad, Hong Leong Bank dan RHB Bank sementara bank asing ialah Citibank dan Standard Chartered Bank.3. Pihak bank menyediakan pembiayaan pinjaman perniagaan, kemudahan overdraf , kad kredit, pinjaman perumahan dan sebagainya.4. Perkhidmatan insurans menyediakan perkhidmatan perlindungan hayat , perniagaan dan hartanah bagi melindungi pelbagai risiko.5. Antara syarikat insurans di Malaysia ialah Malysian Alliance Assurance (MAA), Great Eastern Assurance, Syarikat Takaful Malaysia dan Malaysia Nasional Insurance (MNI).6. Perkhidmatan insurans menyediakan insurans perlindungan hayat dan insurans am.7. Perkhidmatan hartanah melibatkan jual beli aset seperti rumah dan tanah.8. Urus niaga syarikat saham diuruskan oleh Bursa Malaysia Berhad yang menggunakan indeks komoditi, indeks BSKL dan amanah saham bagi pasaran hadapan.9. Perkhidmatan perniagaan melibatkan guaman, kurier, keselamatan, perundingan dan sebagainya.
Pendidikan1. Perkhidmatan pendidikan di Malaysia disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.2. Perkembangan perkhidmatan pendidikan semakin pesat apabila kerajaan menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta khususnya institusi pengajian tinggi swasta seperti Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).3. Banyak institusi pendidikan swasta yang wujud menyediakan tempat kepada pelajar tempatan dan asing.4. Kebanyakan pelajar asing datang dari negara China, Indonesia, Timur Tengah dan negara-negara Afrika.5. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menggalakkan penawaran kursus yang berkaitan bagi menghasilkan keperluan tenaga kerja dalam bidang tersebut seperti Universiti Multimedia.
Perindustrian1. Perkembangan sektor perindustrian telah membuka peluang pekerjaan yang luas dan dapat meningkatkan kepakaran buruh sedia ada serta memajukan kemudahan infrastruktur.2. Industri pembuatan terdiri daripada industri berasaskan sumber dan tidak berasaskan sumber.3. Industri berasaskan sumber terdiri daripada perusahaan yang berasaskan bahan mentah seperti membuat tayar, kasut, memproses minyak kelapa sawit, membuat makanan dan perusahaan petrokimia.4. Industri tidak berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik yang mengeluarkan mesin basuh, penyaman udara, peti sejuk dan barangan elektronik seperti peralatan semikonduktor, komputer perakam video dan telefon.5. Pusat-pusat perindustrian yang terdapat di Malaysia ialah : (a) Petaling Jaya, Shah Alam dan Kepong di Selangor. (b) Mak Mandin, Bayan Lepas dan Prai di Pulau Pinang. (c) Likas di Sabah.
Perlombongan1. Kegiatan perlombongan di Malaysia terdiri daripada perlombongan sumber mineral logam dan bukan logam.
Sumber Mineral Logam1. Bijih timah banyak dilombong di jalur barat dan jalur timur Semenanjung Malaysia.2. Kawasan perlombongan di jalur barat Semenanjung ialah Lembah Kinta (Perak), Lembah Klang (Kuala Lumpur), Kaki Bukit (Perlis) dan Seremban (Negeri Sembilan).3. Kawasan perlombongan di jalur timur Semenanjung ialah Sungai Lembing (Pahang), Jemaluang dan Kota Tinggi (Johor).4. Terdapat dua jenis bijih timah iaitu timah lanar dan timah telerang.5. Timah lanar yang dilombong di permukaan bumi di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur) dan Lembah Kinta (Perak).6. Timah telerang di lombong Kaki Bukit (Perlis).7. Bauksit dilombong di Teluk Ramunia dan Seri Medan (Johor) serta di Semantan dan Perigi Acheh (Sarawak).
Sumber TenagaPetroleum1. Lombong petroleum yang pertama di Malaysia di buka di Miri, Sarawak pada tahun 1910.2. Kawasan cari gali petroleum dijalankan di luar pantai Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak. 3. Petroleum disalurkan melalui saluran paip di dasar laut dari medan cari gali ke pusat penapisan di daratan.4. Kilang penapisan petroleum terletak di Kerteh (Terengganu), Port Dickson (Negeri Sembilan), Tangga Batu (Melaka), Miri dan Lutong (Sarawak).5. Kaedah penapisan petroleum dinamakan 'proses penyulingan berperingkat'.6. Negara masih mengimport petroleum mentah dari Arab Saudi, Kuwait dan Iran yang di tapis di Port Dickson untuk kegunaan tempatan.
Gas asli1. Malaysia mempunyai simpanan gas asli yang besar, berjumlah 84 trilion kaki padu.2. Kawasan perlombongan gas asli ialah : (a) Luar pantai Terengganu-Bedong, Jernih dan Lawit. (b) Luar pantai Sarawak-luconia Tengah, Laila dan Beryl. (c) Luar pantai Sabah-Kinarut, Erb Barat dan Tembungo.3. Bedong yang terletak di perairan Terengganu merupakan pelantar lombong gas asli terbesar di Malaysia.4. Gas asli dilombong di tengah laut dan disalurkan melalui saluran paip ke kilang mencair di darat.5. Proses pencairan gas asli menjadi gas petroleum cecair (LPG) dijalankan di kilang di Paka (Terengganu) dan Bintulu (Sarawak).6. Kilang pencairan gas asli di Bintulu merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Pertanian1. Kegiatan pertanian yang dijalankan ialah tanaman makanan, tanaman jualan dan tanaman pasar.
Tanaman Makanan1. Tanaman makanan utama di Malaysia adalah padi dan sayuran.
Padi1. Padi merupakan tanaman makanan ruji atau asasi penduduk Malaysia.2. Malaysia mengeluarkan sejumlah 2.07 juta tan metrik dengan keluasan 699 ribu hektar pada tahun 2000.3. Pengeluaran padi dapat membekalkan 75% keperluan negara.4. Jenis padi yang ditanam ialah padi sawah dan padi huma atau bukit.5. Padi sawah ditanam dengan subur di dataran pamah seperti Dataran Kedah, Delta Kelantan, Dataran Kerian dan lain-lain.6. Projek pengairan membolehkan penanaman padi sawah dua kali setahun.7. Antaranya ialah Projek Pengairan Muda di Kedah, Projek Pengairan Kemubu di Kelantan dan Projek Pengairan Tanjung Karang di Selangor.8. Padi huma ditanam di kawasan bukit-bakau yang beralun-alun di pedalaman Sabah dan Sarawak.9. Kedah digelar 'Jelapang Padi Malaysia' yang merupakan pengeluar utama padi negara,
Tanaman Jualan1. Tanaman jualan dijalankan dengan giat di negara ini.2. Antara jenis tanaman jualan yang ditanam ialah kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, teh, nanas, kelapa, tembakau, sagu dan sayuran.
Kelapa sawit1. Malaysia merupakan pengeksport terbesar minyak kelapa sawit di dunia.2. Malaysia menymbang sebanyak 54% daripada pengeluaran minyak kelapa sawit dunia diikuti oleh Indonesia yang mengeluarkan sebanyak 32%.3. Tanaman kelapa sawit dijalankan secara sistem perladangan dan sistem kebun kecil.4. Kebun kecil diusahakan oleh peneroka felda dan pekebun kecil.5. Ladang dimiliki oleh syarikat besar seperti Lembaga Urusan Tabung Haji, Guthrie dan United Plantation.6. Kelapa sawit ditanam di kawasan kaki bukit beralun-alun yang bertanih laterit dan bersaliran baik yang ketinggiannya kurang daripada 200 meter.7. Kawasan tanaman kelapa sawit ialah Jengka dan Pahang Tenggara (Pahang), Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat (Johor), Teluk Intan (Perak), Kemaman dan Terengganu Tengah (Terengganu), Sandakan, Tawau dan Lahad Datu (Sabah).8. Kelapa sawit juga ditanam di kawasan yang bertanih gambut di Dataran Johor dan pantai timur Sabah.
Getah1. Getah merupakan tanaman jualan yang kedua penting selepas kelapa sawit. 2. Malaysia ialah pengeluar getah yang ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand.3. Getah ditanam di kaki bukit beralun-alun yang bertanih laterit dan bersaliran baik.4. Getah ditanam secara kebun kecil dan perladangan.5. Ladang-ladang getah dimiliki oleh syarikat besar seperti Guthrie, Sime Darby dan Lembaga Urusan Tabung Haji dengan keluasan beribu-ribu hektar.6. Sistem kebun kecil diusahakan oleh peneroka tanah rancangan dan pekebun kecil.7. Getah yang dieksport berbentuk getah keping asap berbunga, getah mutu Malaysia dan susu getah pekat.8. Getah dieksport ke Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.
Koko1. Malaysia merupakan pengeksport koko yang ketujuh terbesar di dunia.2. Sabah menghasilkan 60% daripada pengeluaran koko negara.3. kawasan penanaman koko ialah : (a) Semenanjung-Bagan Datuk (Perak), Muar (Johor) dan Jerangau (Terengganu). (b) Sabah-Semporna, Tawau, Sandakan, Boyok dan Lahad Datu. (c) Sarawak- sekitar Kuching. 4. Koko juga ditanam sebagai tanaman selingan di kebun kelapa.5. Koko diproses menjadi perisa minuman dan coklat.6. Koko dieksport ke Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat.
Lada hitam1. Lada hitam ialah tanaman memanjat yang diusahakan secara kebun kecil dengan meluas.2. Sarawak menghasilkan 90% daripada eksport lada hitam negara.3. Kawasan utama tanaman lada hitam di Sarawak ialah Kuching, Sarikei, Simanggang, Sri Aman dan Sibu.4. Lada hitam ditanam di lereng bukit yang bersaliran baik.5. Kebun lada hitam diusahakan oleh petani Cina, Iban dan Dayak Barat.6. Tanaman lada hitam mengeluarkan hasil apabila berumur 3 hingga 15 tahun.7. Proses memetik lada hitam memerlukan tenaga buruh yang ramai.8. Penyakit reput pangkal dan serangan serangga perosak mengancam tanaman lada hitam.9. Lada hitam digunakan sebagai pengawet dan perisa makanan.10. Lada hitam dieksport ke Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.
Teh1. Teh ditanam secara perladangan di Malaysia.2. Taburan kawasan tanaman teh ialah : (a) kawasan tanah tinggi-Ringlet dan Tanah Tinggi Cameron (Pahang), Kundasang (Sabah). (b) kawasan tanah rendah-Banting (Selangor), Lenggong (Perak) dan Rompin (Pahang).3. Teh subur ditanam di tanah tinggi kerana mengalami suhu purata 180C.4. Daun teh yang dipetik akan dikering dan digredkan.5. Teh dieksport ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Nanas1. Nanas ditanam di kawasan tanah pamah yang bertanih gambut secara perladangan dan kebun kecil.2. Johor mengeluarkan 80% daripada keluaran nanas negara.3. kawasan tanaman nanas ialah : (a) Labis, Pekan Nanas, Pontian dan Simpang Renggam di Johor. (b) Banting dan Klang di Selangor. (c) Teluk Intan di Perak.4. Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia (LPNM) ditubuhkan untuk memberikan khidmat nasihat, benih yang bermutu dan memasarkan hasil petani.5. Nanas diproses untuk dijadikan jem dan jus.6. Nanas yang ditinkan dieksport ke Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat.
Kelapa1. Kelapa banyak ditanam di kawasan tanah pamah di dataran pantai yang bertanih pasir.2. Taburan kawasan tanaman kelapa ialah : (a) Semenanjung-Bagan Datuk (Perak), Batu Pahat (Johor), Sabak Bernam (Selangor) dan Tumpat (Kelantan). (b) Sabah-Tawau, Kudat dan Semporna. (c) Sarawak-Samarahan, Sri Aman dan Kuching. 3. Kelapa banyak ditanam secara kebun kecil yang keluasannya kurang daripada 2 hektar.4. Isi kelapa dikeringkan untuk dijadikan kopra.5. Kopra diproses untuk dijadikan minyak masak, sabun dan marjerin.6. Kopra juga dieksport ke Singapura, United Kingdom dan Kanada.
Tebu1. Tebu ditanam secara perladangan di Chuping (Perlis), Padang terap (Kedah) dan Pantai Remis (Perak).2. Tebu diproses untuk dijadikan gula.3. Tebu tidak ditanam secara besar-besaran di Malaysia kerana kos yang tinggi dan tidak menguntungkan.4. Malaysia mengimport gula dari Filipina, Fuji dan Australia untuk memenuhi keperluan tempatan.
Tembakau1. Tembakau ditanam di kawasan tanah pamah yang bertanih aluvium dan berpasir.2. Kawasan penanaman tembakau ialah di Dataran Kelantan, Daerah Kubang Pasu (Kedah) dan tanah pamah di Terengganu.3. Di Dataran Kelantan, tembakau ditanam di sawah padi selepas musim menuai.4. Pokok tembakau memerlukan saliran yang baik dan mudah mati jika akarnya ditenggelami air.5. Daun tembakau yang dipetik akan dikeringkan sebelum proses di kilang.6. Daun tembakau dijadikan rokok dan curut.
Sagu1. Sagu ditanam di Mukah, Oya dan Sri Aman (Sarawak).2. Sarawak mengeluarkan lebih daripada 90% jumlah hasil keseluruhan sagu negara.3. Sagu diproses untuk dijadikan tepung.
Tanaman Pasar1. Pertanian pasar terdiri daripada tanaman jenis sayuran dan bunga-bungaan.2. Penanaman sayuran, contohnya bayam, kobis dan cili dijalankan di pinggir bandar, seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.3. Manakala, bagi sayuran jenis hawa sederhana pula, contohnya kobis, salad dan tomato diusahakan di cerun-cerun bukit yang berteres. Sayuran jenis ini boleh didapati di Tanah Tinggi Cameron (Pahang) dan Kundasang, Sabah.4. Bagi tanaman jenis bunga seperti orkid dan ros, ditanam secara komersial di Tanah Tinggi Cameron.5. Bagi tanaman pasar ini adalah bagi keperluan tempatan dan juga untuk dieksport ke Singapura.
Pembalakan1. Malaysia mempunyai hutan hujan tropika yang luas.2. Kegiatan pembalakan hutan hujan tropika adalah di kawasan pedalaman : (a) Semenanjung - Jerantut dan Temerloh (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan). (b) Sabah - Sandakan. (c) Sarawak - Sibu.3. Hutan hujan tropika menghasilkan kayu jenis keras yang bernilai tinggi seperti cengal, keruing, merbau, meranti dan jelutung.4. Di Sabah dan Sarawak, kayu balak dihanyutkan melalui Sungai Kinabatangan dan Sungai Rajang ke pelabuhan dan kilang.5. Kayu balak ditebang dan dihantar ke kilang memproses untuk dijadikan papan venir, kayu bergergaji, papan lapis.6. Sarawak merupakan pengeluar utama kayu balak di Malaysia.7. Hasil kayu-kayan dieksport ke Jepun, China, Eropah, Jepun dan Taiwan.8. Pelabuhan Sandakan merupakan pelabuhan eksport kayu balak yang utama.9. Kayu bakau pula ditebang di kawasan pinggir laut pantai yang berlumpur di Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.10. Kayu bakau digunakan untuk membuat arang kayu dan cerucuk bangunan.
Perikanan1. Kegiatan perikanan dibahagikan kepada perikanan air tawar, perikanan laut dan akuakultur.
Faktor FizikalBentuk muka bumi1. Malaysia mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran.2. Bentuk muka bumi mempengaruhi kegiatan ekonomi yang dijalankan di sesuatu kawasan.3. Bentuk muka bumi yang mempengaruhi pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti berikut :
Jenis Tanih1. Faktor tanih amat berkesan dalam menentukan jenis kegiatan pertanian. Jenis tanih yang berbeza akan mempengaruhi jenis tanaman.2. Terdapat empat jenis tanih utama, iaitu tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut dan tanih berpasir di negara ini. 3. Tanih aluvium ialah mendapan sungai yang kaya dengan lanar, tanah liat dan pasir.4. Tanih laterit ialah tanah liat merah manakala tanih gambut ialah tanah lembut yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput. Kesesuaian jenis tanih adalah seperti berikut :
Iklim 1. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia menggalakkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi.2. Antara jenis kegiatan ekonomi yang dipengaruhi oleh iklim di Malaysia ialah pertanian, pelancongan, perikanan dan perindustrian.
Bahan Mentah1. Malaysia kaya dengan bahan mentah yang diperoleh daripada sumber hutan, sumber mineral dan hasil pertanian. Bahan mentah penting dalam proses pengeluaran barangan.2. Bahan mentah banyak digunakan dalam sektor perindustrian seperti kayu balak, getah, kelapa sawit, kaolin, batu kapur, petroleum dan gas asli.3. Kayu balak digunakan dalam industri membuat papan lapis, perabot, panel dan kayu gergaji.4. Getah merupakan bahan mentah dalam industri membuat tayar, sarung tangan dan kasut.5. Kelapa sawit digunakan dalam industri membuat minyak masak, lilin, barangan kosmetik dan sabun.6. Kaolin digunakan dalam industri membuat tembikar dan jubin.7. Batu kapur adalah bahan mentah untuk industri binaan dan barangan hiasan rumah.8. Petroleum dan gas asli merupakan bahan mentah untuk industri menapis dan mencair gas asli untuk menghasilkan petrol, minyak pelincir, minyak diesel, plastik, baja pertanian dan cat.
Faktor Kemanusiaan1. Selain faktor fizikal, faktor kemanusiaan turut mempengaruhi kegiatan ekonomi.2. Antaranya seperti teknologi, dasar kerajaan, (governan), pasaran, modal, infrastruktur dan buruh.
Teknologi 1. Perkembangan teknologi yang digunakan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti.2. Penggunaan teknologi juga dapat menjimatkan sumber, kos dan masa.3. Antara teknologi yang digunakan dalam kegiatan ekonomi di Malaysia ialah giat jentera, pembiakan baka, teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), teknologi berkaitan kimia, polimer, seramik, robotik, seismik, nanoteknologi, Global Positioning System (GPS), penapaian, mekatronik, dan gema bunyi.
4. Jentera banyak digunakan dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti : (a) Jentera menuai padi dan membajak dalam pertanian. (b) Jentera menggerudi petroleum dalam bidang perlombongan. (c) Jentera mengeluar dan memasang enjin dalam bidang pengangkutan dan automotif. (d) Kren dan jentolak dalam industri pembalakan.5. Pembiakan baka banyak digunakan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan dan perhutanan bagi menghasilkan benih yang berkualiti, meningkatkan hasil dan tahan daripada serangan penyakit. Contoh : (a) Pembiakan tumbuh-tumbuhan melalui tisu dalam bidang pertanian. (b) Suntikan hormon dalam bidang penternakan. (c) Pengeraman in vitro dalam bidang perikanan. (d) Teknologi in vitro dan teknologi penjagaan silvikultur dalam industri perhutanan. 6. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi seperti ekonomi seperti penggunaan komputer dan internet serta mesin juruwang elektronik (ATM) dalam sektor kewangan.7. Teknologi kimia digunakan dalam industri petrokimia seperti membuat baja dan cat.8. Teknologi polimer digunakan dalam industri berasaskan getah dan industri tekstil.9. Teknologi seramik merujuk kepada kaedah campuran bahan yang terdiri daripada tanah liat, elemen tanih lain, bahan kimia dan air yang direka menjadi pelbagai bentuk. Teknologi seramik digunakan dalam industri kraf tangan, pembinaan dan alatan tandas.10. Teknologi robotik digunakan dalam industri pembuatan kereta.11. Teknologi seismik ialah teknologi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan lokasi telaga minyak. Teknologi ini digunakan untuk mengesan kawasan petroleum dan gas asli.12. Teknologi nanoteknologi digunakan dalam pengeluaran litar mikroelektrik. 13. Teknologi Global Positioning Sistem (GPS) digunakan dalam sistem pengangkutan dan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS).14. Teknologi penapaian digunakan dalam industri makanan dan farmaseutikal.15. Teknologi mekatronik merujuk kepada gabungan teknologi maklumat, komponen elektronik dan
mekanikal dalam satu produk. Mekatronik digunakan dalam industri elektrik dan elektronik.16. Teknologi gema bunyi ini digunakan untuk mengesan kumpulan ikan di laut dalam.17. Kemahiran teknologi tempatan dan asing digabungkan untuk membina bangunan yang tinggi projek mega di negara ini.18. Pemindahan teknologi asing berlaku apabila kerajaan mengambil pekerja asing yang mahir mengendalikan projek prasarana yang besar di negara ini.
Pembangunan dan Penyelidikan ( R&D ) 1. Teknologi baru telah memajukan sistem pertanian di Malaysia.2. Penemuan kaedah baru telah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan import makanan.3. Antara kelebihan R & D ialah penemuan benih baru yang telah menyebabkan padi dapat ditanam lima kali dalam masa dua tahun.4. Penggunaan baja kimia telah mempercepatkan tumbesaran pokok. Penggunaan racun rumpai dan pokok telah mengurangkan kerosakan tanaman.5. Sistem pengairan mengatasi masalah sumber air sepanjang tahun.6. Teknik tebus guna tanah yang terbiar telah meluaskan kawasan pertanian yang sedia ada.7. Sistem hidroponik telah mengurangkan penggunaan tanah dan tapak pertanian.
Dasar Kerajaan (Governan) 1. Perkembangan kegiatan ekonomi amat dipengaruhi oleh dasar-dasar kerajaan.2. Pelbagai agensi ditubuhkan oleh pihak kerajaan bagi memajukan kegiatan ekonomi di Malaysia. Antara agensi yang penting adalah seperti berikut :
3. Penubuhan pelbagai agensi untuk memajukan industri pembuatan. Antara agensi kerajaan yang berperanan memajukan sektor perindustrian ialah : (a) Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) Bertindak dalam pengurusan projek industri berat. (b) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Bertindak mencari dan meluaskan pasaran keluaran kilang. (c) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF) Membina dan menyewa kilang kepada pelabur. (d) Lembaga Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIEL) Membina dan menyewa kilang kepada pelabur. (e) Lembaga Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDA) Mengawal selia dan menyelaras aktiviti sektor perindustrian Malaysia. (f) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (PPIKS) Bertindak bagi pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).4. Strategi kerajaan untuk memajukan sektor pembuatan di Malaysia : (a) Penggubalan Pelan Induk Perindustrian. (b) Kawasan perdagangan bebas bagi menarik pelabur asing dengan insentif. (c) Penegecualian cukai. (d) Mengenakan tarif terhadap barangan import. (e) Menggalakkan pakar asing berkhidmat di Malaysia. (f) Pemberian insentif terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan ( R&D ).5. Bandar Proton di Tanjung Malim akan menjadi mercu tanda kejayaan proton. Kawasan itu akan menempatkan kilang terbesar Proton dengan keluasan 512 hektar daripada 1600 hektar kawasan bandar Proton. Syarikat vendor Proton juga akan menempatkan kilangnya di sini.6. Kemajuan sektor pembinaan memerlukan sokongan daripada kerajaan.7. Kerajaan merancang pelbagai kemudahan untuk rakyat melalui peruntukan belanjawan tahunan, rancangan lima tahun, dasar penswastaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan lain-lain.8. Kerajaan membangunkan rumah pangsa dan rumah rakyat termiskin di kawasan pedalaman.9. Majlis Amanah Rakyat (MARA) membina bangunan perniagaan untuk kegunaan bumiputera.10. Dasar penswastaan kerajaan mengembangkan prasarana negara ini dengan memberi peluang kepada pemaju untuk membina lebuh raya, LRT dan kompleks kerajaan.11. Kerajaan memberi kebenaran kepada warga asing bekerja di sektor pembinaan bagi menyiapkan pelbagai kemudahan dan projek perumahan, stadium, kompleks sukan dan lain-lain.
Pasaran1. Pasaran dalam negara yang baik kerana bilangan penduduk sudah bertambah sehingga 25 juta pada suku pertama tahun 2004.2. Permintaan dari luar negara kerana barangan pembuatan Malaysia diterima di China, Taiwan, India, Asia Barat dan Amerika Syarikat.3. Keluaran barangan buatan Malaysia bukan sahaja dipasarkan untuk kegunaan tempatan tetapi juga dipasarkan di peringkat antarabangsa.4. Hasil pertanian seperti kelapa sawit dan getah mendapat permintaan tinggi daripada industri-industri pembuatan tempatan yang berasaskan getah dan kelapa sawit.5. Kelapa sawit dan getah juga dieksport ke Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Kesatuan Eropah.6. Hasil tanaman padi pula mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan kerana merupakan makanan utama.7. Sektor perikanan turut berkembang kerana hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber protein utama mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan.8. Hasil keluaran perindustrian mendapat permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara kerana berkualiti tinggi dan murah.9. Pasaran antarabangsa amat luas terutamanya di negara-negara maju yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Antara rakan dagang utama Malaysia termasuklah negara ASEAN, Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Taiwan dan New Zealand.10. Pasaran keluaran negara kita semakin luas kerana adanya usaha-usaha promosi oleh beberapa agensi pemasaran seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).11. Dasar kerajaan seperti pemberian galakan dan intensif berjaya menarik pelabur asing terutamanya dari Amerika Syarikat, Jepun, dan negara-negara Eropah untuk melabur dalam pelbagai kegiatan ekonomi di Malaysia.12. Perjanjian Kerangka Kerja Bagi Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) membolehkan rantau ASEAN menjadi kawasan pelaburan yang berdaya saing menjelang 1 Januari 2010.13. Malaysia akan mendapat manfaat daripada perjanjian tersebut dengan adanya peluang pelaburan yang lebih liberal.
Modal dan Peruntukan1. Modal adalah penting bagi membiayai kegiatan ekonomi seperti membeli bahan mentah, jentera, pengangkutan dan membayar upah.2. Modal diperoleh daripada dua sumber iaitu modal domestik dan modal asing.3. Modal domestik diperolehi daripada tabungan yang dilakukan oleh orang ramai di bank perdagangan, syarikat kewangan, dana-dana amanah dan pelabuhan oleh agensi seperti Bank Pertanian, Bank Perdagangan, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Amanah Angkatan Tentera (LTAT), dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).4. Tabungan negara yang banyak membolehkan kerajaan menjana pelbagai sektor ekonomi.5. Pada tahun 2003, tabungan kasar Malaysia adalah sebanyak RM126.5 bilion.6. Modal asing pula diperoleh melalui pelaburan langsung asing.7. Pelaburan langsung asing ialah modal yang dilaburkan secara langsung oleh negara dan syarikat asing. Negara kita merupakan negara yang banyak menerima pelaburan langsung asing.8. Pelaburan langsung asing di Malaysia semakin meningkat. misalnya pada tahun 2001, jumlah pelaburan langsung asing ialah RM2.1 bilion dan meningkat kepada RM12.2 bilion pada tahun 2002.
Modal 1. Kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan telah membantu memajukan kegiatan ekonomi Malaysia seperti jaringan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api di kawasan pertanian, perindustrian, dan perlombongan.2. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemindahan bahan mentah ke kilang untuk diproses dan memasarkan barangan siap ke seluruh negara.3. Jalan raya yang dibina di antara tanah rancangan FELDA dengan kilang pemprosesan kelapa sawit dapat dihantar ke kilang dengan segera.4. Pembinaan jalan raya diperlukan di kawasan tanah tinggi bagi menarik kunjungan pelancong seperti jalan raya dan Lebuh Raya karak menuju ke Tanah Tinggi Genting dan Bukit Tinggi.5. Jambatan Pulau Pinang dibina bagi menghubungkan tanah besar Semenanjung dengan Georgetown.6. Jalan kereta api yang dibina di kawasan perlombongan bijih timah memudahkan bijih timah dihantar ke kilang untuk diproses.7. Pelabuhan yang bertaraf antarabangsa seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Tanjung Pelepas memudahkan hasil
keluaran negara dieksport.8. Kemudahan lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Kapal terbang Antabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu pula membantu kegiatan ekonomi di Malaysia terutamanya sektor pelancongan.9. Lapangan-lapangan terbang yang mempunyai terminal kargo, menguruskan kargo untuk dieksport atau diimport.10. MAS Kargo menjalankan perkhidmatan penyimpanan dan pengangkutan kargo udara ke bandar-bandar seperti Singapura, Amerika Syarikat, Amsterdam, Hong Kong, Tokyo, Osaka dan Shanghai.11. Perkembangan kegiatan ekonomi juga dipengaruhi oleh bekalan tenaga elektrik yang murah dan kekal. Antaranya seperti stesen jana kuasa elektrik yang banyak membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan seperti stesen jana kuasa elektrik di Chenderoh, Temenggor dan Kenyir.12. Selain itu, jaringan telekomunikasi yang moden dan berkualiti seperti penggunaan gentian optik dan teknologi digital turut membantu melicinkan kegiatan ekonomi.
Buruh1. Kegiatan ekonomi di Malaysia juga dipengaruhi oleh bekalan tenaga buruh tempatan dan buruh asing.2. Terdapat kira-kira 10.3 juta tenaga buruh tempatan di Malaysia pada tahun 2003. Kerajaan memberi kebenaran kepada warga asing bekerja di sektor pembinaan begi menyiapkan pelbagai kemudahan dan projek perumahan, stadium, kompleks sukan dan lain-lain.3. Tarikan pekerja asing kerana kadar upah buruh pula kompetetif berbanding dengan negara-negara lain di Asia.4. Keperluan buruh asing terutama buruh kurang mahir diperoleh dari Indonesia, Bangladesh Myanmar, dan Filipina. Buruh ini diimport bagi menampung kekurangan buruh dalam sektor perladangan dan pembinaan.5. Bidang profesional juga ada permintaan tenaga kerja dalam bidang perubatan, perakaunan, kejuruteraan dan teknologi maklumat. Golongan profesional dari Britain, India, Jepun dan Korea Selatan.6. Kerajaan meningkatkan kualiti, kemahiran dan pengalaman sumber manusia bagi merangsang kegiatan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).7. Antara usaha kerajaan ialah menubuhkan pusat-pusat latihan dan institut kemahiran bagi melatih tenaga kerja yang berkualiti seperti Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Malaysia,
Institut Latihan Perindustrian, Institut Pertanian, Politeknik dan Kolej Komuniti. Tujuannya adalah
untuk melatih belia-belia memperoleh pelbagai kemahiran dengan tujuan pasaran dalam bidang pekerjaan.
Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Negara1. Semua sektor dalam kegiatan ekonomi negara seperti perkhidmatan, perindustrian, perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.2. Antara sumbangan tersebut ialah : (a) Menyediakan peluang pekerjaan. (b) Meningkatkan taraf hidup penduduk. (c) Meningkatkan pendapatan negara. (d) Peningkatan kemudahan infrastruktur. (e) Pengurangan import. (f) Menggalakkan pemindahan teknologi. (g) Menggalakkan proses pembandaran.
Peluang Pekerjaan1. Perkembangan dalam kegiatan ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pekerja asing.2. Kesan daripada itu, kadar pengangguran menjadi rendah dan terkawal iaitu 3.5% pada tahun 2002.3. Perkembangan kegiatan perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan telah peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan pembandaran.4. Manakala perkembangan kegiatan pertanian, perikanan, pembalakan dan perlombongan pula telah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang tinggal di luar bandar.5. Pada tahun 2001 dianggarkan terdapat seramai 9.8 juta orang pekerja di Malaysia.6. Contohnya, Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menyediakan kemudahan infrastruktur bagi industri teknologi maklumat (ICT) telah membuka peluang kepada seramai 18 550 orang dan ini adalah hasil pemberian status syarikat MSC kepada 745 syarikap pada Julai 2002.7. Kegiatan perikanan pada tahun 2000 telah menyediakan hampir 100 000 peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pinggir laut.
Peningkatan Taraf Hidup1. Perkembangan kegiatan ekonomi telah meningkatkan pendapatan penduduk Malaysia.2. Peluang pekerjaan yang luas, hasil kepesatan ekonomi telah menyediakan pendapatan yang stabil dan tinggi kepada penduduk.3. Pada tahun 2002, pendapatan per kapita penduduk Malaysia hampir RM14 000 setahun.4. Pendapatan yang agak tinggi telah meningkatkan taraf hidup penduduk dan secara tidak langsung menambahkan kuasa beli di pasaran.5. Taraf perkhidmatan kesihatan meningkat kerana penduduk berkemampuan mendapatkan perkhidmatan perubatan yang lebih baik daripada klinik dan hospital swasta.6. Penduduk sekarang tidak lagi hanya bergantung kepada klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.7. Taraf pendidikan juga meningkat dengan wujudnya banyak institusi pendidikan swasta.8. Peningkatan taraf hidup penduduk juga dapat dilihat melalui kemudahan infrastruktur yang semakin berkembang pesat. Contohnya, sistem jaringan jalan raya, perkhidmatan bekalan air dan elektrik yang lebih efisien dan kini, Malaysia mempunyai sistem komunikasi satelit yang canggih.
Pendapatan Negara1. Perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat telah meningkatkan pendapatan negara.2. Pada tahun 2001, sektor perkhidmatan telah menyumbang 54% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Malaysia.3. Sektor pelancongan dan pertanian masing-masing menyumbang RM6.7 billion dan RM18.3 billion kepada KDNK pada tahun 2001.4. Bahan komoditi seperti kelapa sawit, getah dan petroleum yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa sebagai bahan mentah untuk keperluan di sektor perkilangan.5. Pada tahun 2003, hasil hutan yang dieksport ke Jepun, China, India dan Taiwan telah menyumbangkan sejumlah RM1.6 billion.6. Petroleum merupakan penyumbang utama sumber mineral kepada ekonomi negara.7. Kesan daripada penggubalan dasar kerajaan, pendapatan utama negara telah beralih daripada sektor pertanian dan perikanan kepada sektor perkhidmatan dan pertanian.
Peningkatan Infrastruktur1. Perkembangan kegiatan ekonomi telah memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan negara.2. Jaringan sistem pengangkutan darat seperti jalan raya dan kereta api penting kerana memudahkan kerja mengangkut hasil ekonomi ke kawasan pasaran dan pelabuhan.3. Kegiatan ekonomi yang pesat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang padat seperti daratan pantai barat Semenanjung.4. Contohnya, Lebuh Raya Utara-Selatan, lebuh Raya Timur-Barat dan Lebuh Raya Karak.5. Malah, bandar raya Kuala Lumpur mempunyai sistem pengangkutan moden iaitu aliran transit ringan seperti LRT, Monorel dan ERL.
6. Lapangan terbang telah dibina dan dimajukan untuk meningkatkan keupayaan untuk mengendalikan pengangkutan penumpang dan kargo.7. Kini, Malaysia mempunyai lapangan terbang KLIA merupakan antara lapangan terbang moden di dunia.8. Selain itu, terdapat juga beberapa lapangan terbang antarabangsa seperti Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Senai.9. Perkhidmatan sistem telekomunikasi seperti internet , faksimili, telefon dan sebagainya berkembang pesat untuk menyediakan prasarana bagi kemudahan perdagangan, terutamanya yang melibatkan urusan luar negara.10. Peningkatan taraf pendidikan telah menggalakkan penubuhan insitusi pendidikan tinggi dan telah menghasilkan sumber tenaga buruh yang berkemahiran tinggi.11. Contohnya, institusi pendidikan teknikal dan vokasional dapat mengeluarkan tenaga pekerja dalam bidang yang memerlukan kemahiran.12. Kegiatan ekonomi juga menggalakkan kemajuan infrastruktur utiliti seperti bekalan elektrik, air dan gas ke seluruh negara.13. Perkembangan kegiatan ekonomi turut meningkatkan perkhidmatan perubatan dengan pembinaan hospital dan klinik di seluruh negara.14. Pembinaan banyak projek pengairan di kawasan pertanian dapat meningkatkan hasil pertanian. Contohnya, projek pengairan padi di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan.
Pengurangan Import1. Perkembangan sektor industri perkilangan terutamanya yang berasaskan bahan mentah tempatan telah mengurangkan import barangan dari negara luar dan ini seterusnya dapat mengawal pengaliran keluar mata wang asing.2. Contohnya, barangan seperti tayar, kasut dan barangan pengguna telah dihasilkan sendiri oleh negara. Contohnya, kilang di Shah Alam dan Prai.3. Selain itu, pengeluar barangan elektrik dan elektronik bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi Malaysia telah menjadi antara pengeksport utama di dunia.4. Perkembangan kegiatan industri pembuatan dapat mengurangkan import negara terhadap barangan siap dan separa siap seperti barangan elektrik, pakaian, makanan dan lain-lain.
5. Kemajuan industri berat seperti pembuatan kereta, membina kapal, petrokimia dan lain-lain telah mengeluarkan hasil untuk keperluan tempatan tetapi juga untuk dieksport.6. Contohnya, kereta keluaran tempatan menguasai hampir 80% pasaran tempatan.7. Sektor pertanian dimajukan bagi mengurangkan import bahan makanan yang berjumlah RM10 ribu juta setahun pada tahun 1998.8. Contohnya, kemajuan kegiatan penanaman padi dapat meningkatkan hasil dan menampung 75% keperluan penduduk Malaysia.
Pemindahan Teknologi1. Perkembangan kegiatan ekonomi membolehkan pemindahan teknologi hasil daripada projek usaha sama.2. Projek usaha sama memindahkan teknologi dari negara maju seperti Jepun mewujudkan industri automobil dan motosikal nasional seperti Proton yang mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi.3. Teknologi yang berkaitan dengan petroleum dan gas asli juga berkembang pesat di Malaysia.4. Kilang penapisan petroleum terletak di Miri (Sarawak), Kerteh (Terengganu) dan Tenaga Batu (Melaka).5. Industri pencairan gas asli terletak di Bintulu, Sarawak dan Paka, Terengganu.6. Projek usaha sama membina kapal yang berteknologi tinggi bertumpu di Lumut, Perak dan Pasir Gudang, Johor.7. Pemindahan teknologi dengan usaha sama syarikat asing telah membolehkan negara mempunyai sistem komunikasi satelit dengan pelancaran measat 1, Measat 2 dan Tiungsat.8. Penggunaan satelit semakin penting untuk perhubungan, pemantauan cahaya, pemantauan keselamatan negara dan penyelidikan.9. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang berpusat di Cyberjaya telah berjaya memindahkan teknologi maklumat (IT) dari negara maju ke negara ini.10. Pemindahan teknologi turut membangunkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang.11. Agensi-agensi penyelidikan sama ada kerajaan atau swasta menggunakan teknologi terkini dalam penyelidikan mereka.
Proses Pembandaran1. Pembandaran atau urbanisasi ialah proses yang melibatkan perubahan fungsi sesebuah bandar.2. Kawasan pembandaran menjadi pusat perkhidmatan, perniagaan dan perdagangan.3. Penduduk luar bandar yang berhijrah ke kawasan bandar menjadikan jumlah penduduk meningkat.4. Contohnya, bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur Georgetown, Ipoh dan Johor Bahru
mempunyai penduduk yang tinggi.5. Kegiatan perlombongan juga mempengaruhi perkembangan bandar-bandar seperti Kerteh, Bintulu dan Miri.6. Sektor perkilangan mempengaruhi perkembangan kawasan pembandaran seperti Petaling jaya, Shah Alam, Senawang dan Bayan Lepas.7. Penduduk berhijrah ke kawasan-kawasan tersebut untuk mendapatkan pekerjaan sehingga
menyebabkan jumlah penduduknya akan bertambah.
Kepupusan Sumber1. Kegiatan pembalakan telah menjejaskan simpanan hutan. Sumber hutan semakin berkurangan. namun demikian sumber hutan boleh diperbaharui. 2. Hasil daripada penanaman semula hutan dan perladangan hutan mengambil masa yang lama.3. Simpanan bijih timah juga semakin kurang kerana penerokaan yang berjaya sejak zaman lampau. Beberapa kawasan lombong sudah ditutup.4. Sumber petroleum dijangka akan habis dalam masa 18 tahun lagi. Pengeluarannya juga semakin merosot. Jika pada tahun 1995, pengeluaran petroleum ialah 4.1 billion tong kepada 3.4 billion tong pada tahun 2000.5. Kepesatan ekonomi telah menyebabkan banyak kawasan penerokaan sumber sudah pupus.6. Kawasan lombong bijih timah sudah banyak ditutup kerana sumber itu akan habis selepas terokai sejak berabad-abad lamanya.7. Kawasan lombong yang sudah pupus dijadikan kawasan rekreasi, pusat penternakan ikan dan sudah ditimbus untuk pembangunan.8. Banyak lagi kawasan lombong bijih timah, bijih besi dan emas yang sudah kepupusan sumber akan terbiar.9. Penerokaan hasil hutan juga menyebabkan beberapa kawasan sudah kehilangan tumbuhan semula jadi.10. Kawasan-kawasan hutan semula jadi dijadikan ladang getah dan kelapa sawit.
Pencemaran Alam Sekitar 1. Pencemaran berlaku di udara, air, tanah dan bunyi. Pencemaran berlaku sebagai tindak balas daripada tumbuh-tumbuhan di dalam air, biologi, kimia dan fizik persekitaran yang tidak diingini.2. Masalah pencemaran alam sekitar selalu dikaitkan dengan kegiatan ekonomi. Aktiviti seperti perindustrian, perlombongan, pertanian dan pembinaan tidak dapat mengelakkan sebagai punca- punca pencemaran alam sekitar.
JerebuJerebu terjadi disebabkan oleh pelepasan gas, partikel halus, habuk dan asap kenderaan ke atmosfera. Peluang Pekerjaan1. Pengumpulan bahan-bahan tersebut di ruang udara boleh menghasilkan jarak penglihatan kurang jelas.2. Sesetengah kawasan kekurangan kawasan hijau yang dapat menjalankan proses fotosintesis.3. Jerebu juga berlaku disebabkan oleh pembakaran terbuka, penggunaan alat hawa dingin, pengeluaran haba yang berlebihan dan pertambahan gas karbon dioksida.4. Unsur yang boleh menyebabkan situasi seperti ini ialah kerja pembinaan bangunan yang menyebabkan debu berterbangan.5. Atmosfera yang berjerebu akan menyebabkan intensiti sinaran matahari berkurangan dan tidak sampai ke permukaan bumi kerana diserakkan, dibalikkan dan diserap oleh jerebu tersebut.6. Pembakaran hutan di Kalimantan dan letusan gunung berapi di negara jiran juga telah menyebabkan keadaan jerebu di Malaysia.
Kesan Jerebu1. Jerebu yang berada pada tahap yang buruk akan menyebabkan keadaan darurat.2. Pencemaran udara yang kuat sehingga menyukarkan pergerakan harian.3. Penyakit sesak nafas, barah paru-paru , batuk, selesema, sakit mata kerana fenomena udara yang kotor.4. Jerebu juga menyebabkan kemalangan jalan raya, punca hujan asid, tanah tidak subur dan tumbuhan akan mati kerana terlalu kering.5. Dalam penyelidikan, jerebu diukur dalam bentuk pepejal terampai. Zarah bersaiz besar kira-kira 100 - 10 mikrometer. bersaiz sederhana kira-kira 10 - 1 mikrometer. Bersaiz halus 1.0 - 0.001 mikrometer.
Hujan Asid1. Hujan asid disebabkan oleh pembebasan bahan-bahan pencemaran ke udara. Biasanya kawasan perindustrian mengeluarkan asap kilang yang mengandungi asid organik, hidrokarbon, sulfur dioksida, ammonia, debu flourida dan lain-lain yang mencemarkan udara.2. Keadaan berlaku di bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, Georgetown dan Shah Alam.
Faktor Hujan Asid1. Kandungan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida, oksigen, nitrogen itu akan menyebabkan hujan asid yang mengandungi asid sulfrik dan asid nutrik.2. Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida larut dalam wap air atau air hujan untuk menghasilkan asid sulfurik serta asid nitrik. Bintik-bintik hujan asid terdapat di dalam wap air, udara atau awan.3. Hujan asid juga berlaku disebabkan fenomena asap lain yang dilepaskan ke udara seperti asap kenderaan, asap pembakaran terbuka, asap letusan gunung berapi dan lain-lain.4. Hujan asid boleh berlaku di kawasan lapang yang kekurangan tumbuhan hijau kerana proses pembangunan yang pesat.
Kesan Hujan Asid1. Pokok boleh mati dan tanaman terjejas.2. Menjejaskan pernafasan dan kesihatan manusia. Hujan asid akan membantutkan pertumbuhan pokok, merosakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.3. Hujan asid juga menghakis bangunan terutamanya bahagian besi. Air yang mengalir ke dalam kolam dan tasik akan memusnahkan hidupan akuatik.4. Hujan ini juga akan bertindak balas dengan nutrien di dalam tanah yang menyebabkan tanah terasid.
Kesan Rumah Hijau1. Kesan rumah hijau ialah satu fenomena yang disebabkan oleh gas-gas yang terbentuk di udara tanpa disedari. Pengurangan masuk gelombang pendek dan pengurangan keluar gelombang panjang telah menyebabkan kesan rumah hijau.2. Gas-gas ini membenarkan sinar matahari melalui atmosfera bagi memanaskan bumi.3. Gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida meningkat disebabkan oleh pencemaran.
Punca Kesan Rumah Hijau1. Gas rumah hijau terdiri daripada karbon dioksida, metana, nitrus oksida klorofluorokarbon.2. Aktiviti yang menyebabkan kesan rumah hijau seperti pembakaran, stesen janakuasa, baja, peti sejuk, aerosol dan pendingin hawa.3. Kesan rumah hijau berlaku kerana suhu permukaan bumi meningkat dan cara penambahan gas rumah hijau yang mencemarkan udara,4. Kesan rumah hijau berlaku apabila haba daripada permukaan bumi tidak dapat dilepaskan ke atmosfera bumi dengan sebaik-baiknya.5. Keadaan ini disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil, penggunaan tenaga elektrik untuk pendingin, cahaya dan radiasi matahari, pelepasan gas, partikel halus, habuk dan asap secara bebas.
Kesan Rumah Hijau1. Keadaan ini disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil, penggunaan tenaga elektrik untuk pendingin, cahaya dan radiasi matahari telah menyebabkan suhu bandar meningkat pada waktu siang.2. Keadaan dibandar yang kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau menyebabkan suhu meningkat dengan cepat.3. Suhu bandar meningkat pada waktu siang menghasilkan satu halangan di bahagian atmosfera di bandar.4. Kesannya menyebabkan suhu semakin meningkat.5. Kesan rumah hijau berlaku di bandar-bandar.
Pulau Haba1. Pulau haba berlaku apabila sekumpulan udara yang panas di kawasan bandar berbanding dengan udara di kawasan pedalaman di sekelilingnya.2. Pelepasan haba ditakrifkan sebagai beza antara suhu bandar dengan luar bandar.
Punca Pulau Haba1. Pelepasan haba di bandar berlaku disebabkan oleh asap kenderaan, asap kilang dan aktiviti pembandaran yang lain.2. Pembinaan bangunan pencakar langit menyebabkan udara sukar bergerak.3. Aktiviti pembandaran yang menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau dan kekurangan proses fotosintesis atau transpirasi.4. Kawasan bandar terdapat banyak dinding cermin yang memantulkan cahaya.5. Penggunaan alat pendingin lebih ketara di kawasan bandar yang menyebabkan suhu panas.6. Suasana bandar yang mengandungi bangunan kaca dan permukaan bumi yang bertar serta bersimen menyebabkan kadar bahangan di bandar lebih tinggi daripada keadaan pedalaman.7. Keadaan ini menyebabkan perbezaan suhu dan tahap bahangan yang ketara di sekitar bandar berbanding kawasan pedalaman.
Kesan Pulau Haba1. Keadaan kehidupan kurang selesa kerana suhu semakin panas.2. Pengubahsuaian bahan binaan dan bentuk bagi menghadapi udara yang semakin panas.3. Menambah penggunaan tenaga untuk menyejukkan ruang kehidupan di rumah, pejabat dan pasar raya.4. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan berlaku kesan rumah hijau iaitu menambah kandungan gas karbon dioksida di atmosfera.
Penipisan Lapisan Ozon1. Lapisan ozon ialah lapisan yang panas. Lapisan ini dikatakan berada pada tahap 30 km dari permukaan bumi iaitu di bahagian statosfera.2. Lapisan ozon melakukan penyerapan ultra ungu. Lapisan ozon dikatakan sudah menipis di bahagian khatulistiwa dan tebal dibahagian kutub.
Punca Penipisan Lapisan Ozon1. Penipisan lapisan ozon berlaku kerana beberapa faktor seperti penebangan hutan.2. Penggunaan chlorofluorocarbon (CFC) dalam penghawa dingin, bahan penyembur dan lain-lain ke ruang udara telah menyebabkan lapisan ini mulai bocor.3. Penggunaan baja kimia di atas tanih pertanian juga menyumbang kepada penipisan lapisan ozon, asap daripada kapal terbang supersonik di lapisan statosfera.4. Kejadian letupan nuklear di sesetengah negara mengeluarkan asap tebal.5. Pembakaran sisa binatang serta pembakaran bahan api fosil yang mengeluarkan asap melalui kenderaan dan kilang-kilang.6. Pertanian intensif telah menambahkan penggunaan metana dalam udara.
Kesan Penipisan Lapisan Ozon1. Pancaran ultra ungu yang berlebihan di permukaan bumi boleh menyebabkan barah kulit dan ketarak mata. Lapisan ini penting bagi penjagaan kesihatan manusia.2. Hujan semakin berkurangan serta angin lebih kencang.3. Suhu permukaan bumi meningkat dengan cepat.4. Sel tumbuhan lambat membesar.5. Salji di kutub cair6. Berlaku banjir di kawasan rendah.7. Kawasan gurun bertambah luas. Hasil tanaman semakin berkurangan.8. Masalah kesihatan dan kecacatan bayi dan haiwan.9. Ekosistem terjejas kesan perubahan cuaca.
Pembakaran TerbukaPembakaran terbuka boleh menyebabkan pecemaran udara secara langsung akan mempengaruhi masyarakat yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan kawasan berlakunya pembakaran terbuka. Punca Pembakaran terbuka1. Pembakaran terbuka berlaku di kawasan perumahan seperti yang dilakukan dengan adanya kegiatan membakar sampah rumah seperti kertas, plastik, pembungkus makanan, sisa makanan dan lain-lain.2. Pembakaran terbuka di kawasan industri disebabkan kilang-kilang menghasilkan pelbagai sisa seperti kertas, plastik dan lain-lain. Bahan yang terbakar membentuk gas beracun yang membahayakan penduduk setempat. 3. Pembakaran terbuka di kawasan hutan yang sengaja dilakukan oleh mereka yang hendak mengusahakan pertanian dan pembalakan. Mereka ingin menerokai tanah baru bagi penanaman getah, kelapa sawit dan tanaman lain.4. Sesetengah pembakaran berlaku secara tidak sengaja kerana cuaca panas, kering dan angin kencang.
Kesan Pembakaran terbuka1. Kesan pembakaran terbuka akan menyebabkan udara menjadi kotor dengan kandungan benda asing, gas karbon dioksida, karbon monoksida dan bahan pencemar lain.2. Pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan jerebu yang merupakan kesan yang amat ketara
berlaku akibat daripada pembakaran.3. Indeks pencemaran udara berada pada paras merbahaya dan mencemaskan orang ramai.4. Kesan sampingan daripada keadaan seperti ini akan menjejaskan sektor pelancongan.5. Kesihatan penduduk terganggu kerana pencemaran udara kesan pembakaran terbuka.6. Kadar kemasukan pelancong asing akan berkurangan kerana kadar masa lawatan menjadi singkat kerana mereka tidak akan kekal lama di negara yang dilanda masalah pencemaran udara seperti jerebu.Banjir Kilat
Banjir kilat selalu berlaku di kawasan rendah selepas hujan lebat. Banjir kilat berlaku kerana larianair yang laju dengan isi padu air berlebihan. Walaupun demikian banjir kilat cepat surut.
Punca Banjir Kilat1. Air cepat sampai ke kawasan yang rendah kerana sistem perparitan yang kurang sempurna dan sempit.2. Larian air yang lambat kerana pertemuan parit dan longkang di kawasan bersudut tepat.3. Pembangunan bandar mewujudkan kawasan rendah yang menakung air.4. Banyak aliran air asal ditimbus kerana pembangunan yang semakin pesat.5. Sesetengah petempatan setinggan yang tidak mementingkan sistem perparitan dan saliran air.6. Landskap bandar yang banyak permukaan berturap.
Kesan Banjir Kilat1. Beberapa kawasan tanah dan pasir di kawasan bandar terhakis dan memendap di dasar sungai yang cetek.2. Sungai-sungai dan aliran air tersumbat kerana pembuangan sampah dari kawasan bandar dan perumahan.3. Beberapa kawasan baru yang rendah mudah ditenggelami air pasang dan hujan yang terlalu lebat.4. Kemusnahan harta benda.5. Penyakit berjangkit kerana takungan air.
Perubahan Landskap1. Perubahan landskap berlaku kerana kegiatan penerokaan sumber, pertanian, perikanan, pelancongan dan lain-lain.2. Bandar Kerteh ialah sebuah bandar yang mengalami perubahan landskap sejak penemuan petroleum dan gas di perairan Terengganu.3. Kerteh berubah menjadi sebuah bandar pemprosesan petroleum dan gas asli yang terkenal di Malaysia berbanding pada masa lalu hanya sebuah perkampungan nelayan.4. Kawasan yang pesat membangun akan mendapat kemudahan jalan raya yang bertambah baik, bekalan air dan elektrik dan kemudahan asas yang lain.5. Perubahan landskap yang ketara di kawasan pembangunan ialah pertambahan penduduk dan kawasan perumahan baru. Kawasan-kawasan bandar semakin maju dan menjadi tumpuan pusat perniagaan.
Hakisan Tanah 1. Proses kehilangan tanah asal yang dihanyutkan oleh aliran air dinamakan hakisan.2. Hakisan kepingan berlaku apabila tanah yang dibawa oleh arus air mengalir di atas permukaan tanah. berlaku juga hakisan galur di kawasan cerun tidak stabil yang mana saiz galur lebih besar daripada kadar hakisan.3. Hakisan ialah fenomena yang selalu diperkatakan selepas aktiviti pembangunan, pertanian, perlombongan dan pembalakan.4. Hakisan berlaku dikawasan perlombongan bijih timah dengan kaedah pam kelikir, kaedah hidrolik dan lombong dedah.5. Penerokaan sumber hutan juga menyebabkan larian air semakin maju dan kurang daya serapan ke dalam tanah.6. Keadaan ini menyebabkan berlaku gelongsoran tanah dan tanah runtuh.7. Kawasan pembangunan pesat akan menyebabkan hakisan di lereng bukit. Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh di sekitar lebuh raya dan jalan raya di Malaysia.
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan EkonomiPengenalan1. Kemajuan dalam sektor ekonomi menyebabkan sumber alam dieksplotasikan secara produktif.2. Penerokaan terhadap sumber alam banyak meninggalkan kesan terhadap alam sekitar dan turut mengubah landskap semula jadi alam sekitar.3. Usaha untuk memelihara dan memulihara sumber semula jadi ini harus diambil untuk memastikan bekalannya yang berterusan.4. Antara langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar ialah : (a) Penghutanan semula. (b) Kitar semula. (c) Pendidikan alam sekitar. (d) Kempen. (e) Penguatkuasaan undang-undang. (f) Penyelidikan dan pembangunan (R&D). (g) Penggunaan bahan sumber tenaga mesra alam. Penghutanan Semula1. Manusia menebang kawasan hutan untuk kegiatan seperti pertanian, pembalakan, perlombongan dan perindustrian.2. Penebangan hutan secara berleluasa meninggalkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti
banjir lumpur, peningkatan suhu, hakisan dan juga kemusnahan alam flora dan fauna.3. Kerajaan Malaysia telah mengamalkan konsep 'penghasilan kekal' bagi menyeimbangkan antara pertumbuhan semula jadi hutan dengan aktiviti pembalakan.4. Untuk memastikan sumber hutan dapat dikekalkan dan pembangunan negara dapat diteruskan kaedah yang terbaik adalah menggantikan semula setiap pokok yang telah ditebang dengan pokok yang baharu lebih cepat membesar dan matang seperti pokok akasia, yemena, eukaliptas dan batai.5. Kaedah ini dikenali sebagai penghutanan semula atau projek ladang hutan.6. Usaha penghutanan semula telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Lembaga Kemajuan Hutan Sabah (SAFODA).7. Di negari Perlis dan Kedah, ladang jati diwujudkan bagi menghasilkan kayu balak yang bermutu tinggi. Pokok jati ini amat sesuai ditanam di kawasan tersebut kerana iklimnya jenis khatulistiwa.8. Rawatan silvikultur dilaksanakan untuk menambahkan pengeluaran balak di ladang hutan.9. Melalui teknik ini, pokok-pokok yang berharga dan bernilai dipelihara dengan cara merawat, memberi baja dan meracun untuk membunuh tumbuhan lain di pangkal pokok.10. Manakala, pokok yang tidak bernilai dan tumbuhan parasit akan ditebang bagi mengurangkan persaingan kepada pokok-pokok ini.11. Kaedah penghutanan semula telah dijalankan sejak tahun 1970 lagi iaitu di beberapa kawasan seperti Hutan Simpan Kemasul dan Hutan Simpan Lepas di Pahang, Setul di Negeri Sembilan dan Ulu Sedili di Johor.12. Tujuan utama penghutanan semula ini dilaksanakan adalah untuk menambahkan bekalan kayu-kayan di Semenanjung Malaysia dan mengurangkan kebergantungan pada bekalan kayu-kayan dari hutan semula jadi.
Kitar Semula1. Menggunakan semula barangan yang terpakai merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan penggunaan sumber yang berlebihan.2. Memproses semula bahan-bahan buangan seperti besi, kertas, plastik, kaca botol dan juga tin minuman dapat menjimatkan penggunaan sumber, selain dapat mengelakkan pembaziran sumber alam yang semakin berkurangan.3. Jabatan Air Sekitar (JAS) telah merancang pelbagai program untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan untuk mengitar semula barangan. 4. Antara program yang dilaksanakan oleh JAS ialah 3R, iaitu Recycle, Reuse and Reduce.5. JAS telah mewujudkan beberapa pusat kitar semula di setiap daerah bagi membolehkan orang ramai menghantar barang-barang untuk kitar semula.6. Di Malaysia, konsep kitar semula masih lagi di tahap permulaan dan kesedaran mengenainya masih lagi kurang jika dibandingkan dengan negara maju yang lain seperti Jerman, Denmark dan Taiwan.7. Penggunaan beg plastik tidak digunakan kerana plastik merupakan bahan tidak mesra alam yang tidak boleh dimusnahkan. Oleh itu, beg kertas hasil daripada kertas yang telah dikitar semula digunakan.8. Penstoran sampah di negara maju dijalankan secara mesra alam. Sampah basah dan sampah yang kering diasingkan, barangan yang boleh dikitar semula diletakkan di dalam bekas yang berasingan.
Pendidikan Alam Sekitar1. Pendidikan alam sekitar penting sebagai asas untuk menangani isu-isu alam sekitar.2. Kepentingannya boleh dilihat dari dua sudut, iaitu melalui pendidikan formal dan tidak formal.3. Amalan nilai dan etika yang baik terhadap alam sekitar telah diterapkan dalam pendidikan kurikulum dan juga ko-kurikulum di sekolah.4. Sekolah merupakan institusi formal yang melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar sebelum menempuh ke alam pekerjaan.
5. Kini, kebanyakan sekolah mengadakan aktiviti seperti pertandingan kelas terbersih, gotong-royong serta membina stesen alam sekitar di kawasan sekolah seperti taman botani.6. Selain itu, pendidikan alam sekitar diterapkan dalam pengajaran subjek seperti Sains, Geografi, dan Pendidikan Moral.7. Persatuan Alam Sekitar juga ditubuhkan di sekolah untuk menanam perasaan cintakan alam sekitar di kalangan pelajar.8. Pendidikan tidak formal mengenai alam sekitar dapat diikuti melalui media cetak dan juga elektronik.9. Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar.10. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berperanan memberi pendidikan alam sekitar mengenai pemeliharaan hutan di samping menjaga taman negara dan hidupan liar.11. JAS telah menerbitkan majalah alam sekitar yang bertajuk Era Hijau dan juga risalah untuk membolehkan masyarakat mengetahui betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Kempen1. Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu alam sekitar amat penting kerana kesedaran ini dapat mendidik masyarakat menjadi lebih peka dan prihatin terhadap segala isu alam sekitar yang boleh mendatangkan masalah kepada kehidupan masyarakat.2. Sehubungan dengan itu, agensi-agensi kerajaan dan juga badan-badan berkecuali (NGO) telah melaksanakan banyak kempen kesedaran alam sekitar.
3. JAS terutamanya, telah menjalankan pelbagai program untuk menyebarkan maklumat mengenai natijah dan impak kepada manusia yang tidak menghiraukan penjagaan alam sekitar.4. Antara kempen yang dijalankan oleh kerajaan ialah kempen 'Cintai Sungai Kita', 3R (Recycle, Reuse and Reduce) dan 'Cintailah alam Sekitar Kita'.5. Kempen 'Cintai Sungai Kita' dilaksanakan untuk menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan sungai. Kempen ini telah dianjurkan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS).6. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan kekayaan sengai yang terdapat di Malaysia yang dapat menampung permintaan air bagi keseluruhan penduduk tempatan.7. JAS dan badan NGO seperti Persatuan Pencinta Alam telah banyak mengadakan kempen dan ceramah tentang penjagaan alam sekitar di tempat-tempat awam supaya semua lapisan masyarakat mendapat pendedahan yang cukup mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar.8. Persatuan Pencinta Alam bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menjalankan kempen Cintai Hutan dengan menggalakkan penduduk mengitar semula kertas dan usaha ini diharapkan dapat menyelamatkan banyak pokok daripada ditebang.9. Kempen penjagaan alam sekitar juga bukan hanya dilaksanakan pada peringkat kebangsaan tetapi turut dilaksanakan oleh organisasi yang lebih kecil seperti di peringkat sekolah dan juga taman-taman perumahan,10. Kebanyakan sekolah pada hari ini telah melancarkan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Antara kempen-kempen yang dilaksanakan adalah mengumpul surat khabar lama dan tin aluminium.
Penguatkuasaan Undang-undang1. Penguatkuasaan undang-undang merupakan suatu langkah yang efektif untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar.2. Melalui Akta Perhutanaan Negara 1985 dan Pindaan (1993) telah ditetapkan beberapa kawasan hutan telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, taman negara, hutan lipur dan rizab perlindungan haiwan.3. Akta Hutan Negara (Pindaan 1993) yang telah ditetapkan adalah seperti berikut : (a) Tidak dibenarkan mengambil hasil hutan daripada kawasan hutan simpan. (b) Melarang aktiviti pembalakan di kawasan tertentu seperti kawasan tadahan hujan. (c) Larangan pembalakan haram dan penerokaan hutan. (d) Mengenakan denda kepada individu yang memburu hidupan liar.4. Kerajaan juga mengamalkan sistem pembalakan pusingan. iaitu hanya sekali penebangan dibenarkan untuk setiap 30 tahun.5. Melalui sistem ini, kerajaan telah menetapkan hanya 6 hingga 10 batang pokok balak yang berukuran 30 hingga 40 meter padu sahaja yang boleh ditebang untuk setiap hektar.6. Pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh perindustrian dikawal melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2000).7. Melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling, kerajaan telah menetapkan bahawa pengusaha kilang perlu mengadakan sistem rawatan air yang betul, menapis asap yang dikeluarkan dan merawat sisa pepejal dengan sempurna.8. Kilang-kilang yang mengeluarkan banyak asap perlu membina cerobong asap yang tinggi sepanjang 30-50 meter supaya asap dapat dibebaskan secara sempurna.9. Cerobong asap yang rendah akan menyebabkan gas toksik yang terkandung dalam asap terperangkap dalam udara dan seterusnya mencemarkan udara. Keadaan ini yang menyebabkan kejadian jerebu dan cuaca menjadi lebih panas.10. JAS bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan kenderaan awam yang bermotor menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM untuk memastikan kenderaan tersebut tidak mengeluarkan asap yang berlebihan.11. Akta Perancangan Bandar dan Desa juga telah menetapkan garis panduan topografi tentang pembangunan di kawasan cerun bukit dan tanah tinggi.12. Ini bertujuan untuk meminimumkan kesan negatif akibat aktiviti pembinaan di kawasan tanah tinggi.
13. Bagi mengelakkan masalah alam sekitar kesan daripada perkembangan ekonomi yang pesat, kerajaan telah mewajibkan pihak kilang dan juga pemaju menjalankan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA).14. EIA dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberikan maklumat tentang kesan-kesan kepada alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek.15. Bagi memastikan sumber laut terus terpelihara, kerajaan telah mewartakan lebih banyak kawasan taman laut seperti Pualu Tioman, Pulau Layang-layang dan Pulau Redang.16. Penguatkuasaan undag-undang sahaja tidak mencukupi untuk memastikan konsep pembangunan lestari dapat diamalkan kecuali lahirnya kesedaran di kalangan individu tentang pentingnya penyelarasan antara pembangunan fizikal dengan alam sekitar.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)1. Kepesatan perkembangan ekonomi negara telah menyumbang kepada pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Oleh itu, badan-badan kerajaan dan swasta perlu bersama berusaha menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar alam sekitar terus terpelihara.
Penggunaan Bahan Sumber Tenaga Mesra Alam1. Penggunaan sumber tenaga mesra alam dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.2. Contohnya, penggunaan tenaga solar bagi mendapatkan bekalan elektrik secara langsung dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga petroleum, gas asli dan hidroelektrik.3. Penghasilan tenaga biomas daripada sisa pertanian dan juga penternakan dapat mengurangkan pencemaran dan pembaziran sumber.4. Penggunaan tenaga hidroelektrik yang mesra alam perlu diperluaskan bagi menggantikan bahan api terma seperti petroleum, arang batu dan gas asli.5. Pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi harus menggunakan petrol tanpa plumbum yang dapat mengurangkan pembebasan partikulat plumbum di udara yang merbahaya kepada manusia.6. Sistem pengangkutan menggunakan tenaga elektrik yang tidak mencemarkan alam sekitar serta tidak menimbulkan pencemaran bunyi seperti komuter dan transit aliran ringan (LRT) perlu dimajukan dan diperluaskan.7. Melalui kemajuan sistem perhubungan dan pengangkutan, masalah pencemaran alam sekitar, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Georgetown dapat dibendung dengan cara tidak membenarkan kenderaan persendirian memasuki kawasan bandar pada waktu bekerja dan mengenakan bayaran letak kereta yang tinggi di pusat bandar.
Kerjasama Antarabangsa1. Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Amerika Syarikat, Rusia, China, Jerman, New Zealand, Afrika Selatan, Arab Saudi, Zimbabwe, Sudan dan lain-lain.2. Malaysia juga menjadi ahli dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Forum Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan komenwel,3. Malaysia menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Faktor Menggalakkan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa1. Pelbagai jenis bahan mentah mudah diperolehi dengan kerjasama antara negara.2. Perkembangan sektor perindustrian melalui pertukaran teknologi.3. Keadaan politik yang aman dan stabil.4. Pasaran barangan Malaysia yang luas.5. Kemajuan sektor pelancongan dan peranan TDC.6. Kemudahan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan antarabangsa.7. Jaringan pengangkutan yang baik.8. Dasar kerajaan yang mesra pelabur. Hubungan Perdagangan1. Perdagangan luar negara yang digunakan oleh Malaysia ialah menggunakan sistem general dalam menyusun perangkaan perdagangan luar negarinya. Di bawah sistem ini, sempadan negara digunakan sebagai sempadan perangkaan.2. Semua barang yang dibawa masuk atau keluar dari negara direkod, sama ada barangan itu tertakluk kepada kelulusan tertentu atau tidak.3. Objektif perdagangan luar negara adalah untuk membekalkan maklumat tentang prestasi perdagangan Malaysia berbanding dengan negara lain di dunia.4. Aspek yang di ambil kira iaitu kuantiti, nilai dan nilai purata barangan.5. Perangkaan perdagangan menjadi alat bagi membantu kerajaan dalam menggubal dasar dan memantau prestasi ekonomi negara.6. Imbangan pembayaran mempunyai maklumat yang ditunjukkan dalam jadual Imbangan Pembayaran Malaysia yang merujuk kepada transaksi antarabangsa dalam akaun semasa dan akaun modal atau kewangan.7. Kerjasama antarabangsa penting untuk tujuan perdagangan antarabangsa. Perkembangan sistem perdagangan dan perhubungan serta institusi kewangan menyebabkan kerjasama antarabangsa bukan sahaja dikalangan negara ASEAN, malah seluruh dunia.8. Malaysia menjalin hubungan kerjasama dengan negara luar seperti : (a) Negara ASEAN (b) Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia dan Thailand (IMTGT) (c) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMP-EAGA) (d) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) (e) Pertumbuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (f) Kerjasama dengan Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Selatan, Jepun dan Afrika9. Tujuan utama mengadakan hubungan kerjasama ekonomi adalah untuk pemindahan teknologi, mendapatkan sumber mineral dari negara lain, memperoleh negara mahir, meluaskan pasaran antarabangsa, memajukan perkembangan industri tempatan dan menambah bilangan eksport.10. Bentuk kerjasama perdagangan Malaysia : (a) Kerjasama dua hala melibatkan hubungan perdagangan antara dua buah negara seperti antara Malaysia dengan Jepun dalam pemindahan teknologi kereta. (b) Kerjasama pelbagai hala melibatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan India, China, Australia, Kanada dalam urusan eksport dan import. (c) Kerjasama serantau melibatkan kerjasama antara negara serantau seperti yang berlaku di kalangan negara ASEAN dan APEC. (d) Segi tiga pertumbuhan melibatkan kerjasama ekonomi antara kawasan bagi negara yang terlibat. (e) Pertubuhan perdagangan sedunia melibatkan kerjasama antara organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Kerjasama Industri Malaysia dengan Negara-negara Lain1. Malaysia telah menghantar rombongan-rombongan perdagangan ke luar negara untuk memperkenalkan dan memasarkan barangan Malaysia dalam usaha memajukan industri perkilangan negara ini.2. Penyertaan dalam ASEAN merupakan satu usaha bersama untuk memperluaskan dagangan dan
pasarannya melalui pengecualian cukai.3. Malaysia masih tidak mampu membangunkan industri berat seperti industri pembinaan kapal, kapal terbang dan kereta api dan industri kejuruteraan seperti negara maju. 4. Malaysian Shipyard and Engineering Bhd. (MISC) telah bekerjasama dengan Liberia dan Syarikat
Sumitomo Heavu Industries Ltd. di negara Jepun untuk membaiki dan membuat kapal di Pasir Gudang, johor.5. Kerjasama lain seperti : (a) Kilang simen di Pulau Langkawi dijalankan dengan usahasama Syarikat Jepun, Singapura dan Kuwait. (b) Perusahaan perikanan luar persisiran dijalankan dengan usahasama Thailand, Jepun, Korea
Selatan dan Kuwait. (c) Pengeluaran kuprum di Mamut, Sabah mendapat kerjasama daripada Jepun dan Korea Selatan.6. Projek usahasama perindustrian adalah seperti : (a) Projek Fosfat di Filipina (b) Projek Enjin Diesel di Singapura (c) Projek Fabrikasi Kuprum di Filipina (d) Projek Garam Pepejal Abu Soda di Thailand7. Projek Pembangunan Segitiga Pertumbuhan Ekonomi Indonesia, Thailand (IMT-GT) dicapai di Langkawi pada 20 Julai 1993.8. IMT-GT merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Malaysia, Satun, Songkla, Yala, Narathiwat dan Patani di Thailand, manakala Sumatera Utara dan Acheh di Indonesia.9. Objektif IMT-GT ialah membantu pertumbuhan industri berasaskan teknologi tinggi, kecil dan sederhana dan merapatkan hubungan sosial di antara ketiga-tiga negara.10. Bekerjasama membuat penyelidikan untuk meningkatkan kemajuan seperti Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Timah Asia Tenggara (SEATRAD) di Ipoh, Perak. Institut Pengurusan Hutan ASEAN untuk meningkatkan pengurusan sumber hutan. Pemindahan teknologi1. Bentuk kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara lain yang penting ialah pemindahan teknologi.2. Projek pengeluaran kereta nasional merupakan usahasama negara kita dengan Jepun dengan pemindahan teknologi pemasangan kereta di Jepun telah dipindahkan ke Malaysia.3. Selain itu pembuatan alat-alat kereta juga turut berkembang maju.4. PETRONAS juga mendapat bantuan teknikal dan nasihat daripada Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam mencari gali dan menggerudi petroleum di Malaysia.5. Selain bekerjasama dengan negara maju, Malaysia melakukan pemindahan teknologi dengan negara membangun negara lain.6. Selain bekerjasama dalam bidang industri, teknologi-teknologi dari negara Jerman, Taiwan dan Switzerland juga digunakan untuk menghasilkan industri ringan seperti jam tangan, kamera, alat-alat muzik, alat-alat elektronik dan tekstil.7. Pengeluaran kuprum di Sabah juga telah mendapat kerjasama daripada Jepun dan Korea Selatan.8. Industri pengeluaran petroleum mendapat kerjasama daripada syarikat Shell, Mobil, BP dan Esso.9. Perusahaan perikanan luar pantai mendapat kerjasama daripada negara Asia seperti Thailand, Jepun dan Korea Selatan.
Pasaran dan Pelaburan Antarabangsa1. Malaysia menjalin kerjasama yang sangat erat dengan negara maju untuk meningkatkan perkembangan ekonomi.2. WTO ialah organisasi yang menguruskan hal yang berkaitan dengan peraturan dan perdagangan antarabangsa.3. Malaysia menjalin pelaburan dua hala dengan Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan negara Kesatuan Eropah. Beberapa syarikat multinasional memainkan peranan bagi menarik pelabur asing ke Malaysia.4. Beberapa zon perdagangan bebas disediakan oleh kerajaan bagi menarik minat pelaburan asing. Antaranya adalah di Prai, Bayan Lepas dan Pasir Gudang.5. Kemajuan industri elektrik dan elektronik di Malaysia memang begitu menggalakkan hingga menjadi eksport penting pada masa kini.6. Malaysia menjalin kerjasama erat dengan pelabur asing untuk perkembangan industri pembuatan. Antara usaha itu ialah : (a) Projek kereta nasional PROTON antara HICOM dengan syarikat Mitsubishi Corporation dan Mitsubishi motor Corporation. (b) Projek syarikat Naza dengan syarikat Kia Motor. (c) Projek pemasangan kenderaan jenama Honda dan Toyota. (d) Projek baja urea di Bintulu sebagai projek usahasama ASEAN.7. Malaysia menjadi anggota beberapa pakatan ekonomi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa. Perdagangan di kalangan ASEAN melibatkan 15 000 jenis barangan disenaraikan sebagai bebas untuk dipasarkan dengan potongan tarif sebanyak 25% hingga 50%.8. Malaysia menyertai BIMP-EAGA untuk memberi fokus pada rangkaian infrastruktur dan pengangkutan, pelancongan, pertanian dan perkhidmatan, perkhidmatan feri disediakan antara Zamboaga, Filipina dengan Bitung, Indonesia.9. Sebuah syarikat Filipina membuat pelaburan dalam industri pemakanan dalam tin.10. Syarikat Malaysia terlibat dengan pembukaan ladang kelapa sawit di Kalimantan.11. Kawasan Perdagangan bebas ASEAN (AFTA) ialah usahasama di kalangan negara ASEAN untuk mengurangkan atau menghapuskan tarif bagi barangan negara ASEAN.12. Tujuan utama AFTA adalah untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi ASEAN dalam pasaran serantau. Persefahaman ini membolehkan produk keluaran manusia mendapat sambutan di kalangan penduduk berjumlah 530 juta orang.13. Sesuatu barang layak diberikan pengurangan tarif sekiranya 40% daripada kandungan barangan tersebut berasal dari negara anggota ASEAN.14. Pengecualian cukai diberikan kepada barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara, kesihatan dan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan.
Pelaburan dan Modal1. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara lain secara tidak langsungnya dapat menggalakkan pelaburan asing.2. Beberapa rancangan untuk menggalakkan pelaburan telah dijalankan seperti Akta Galakan Pelaburan (1968) untuk memberi tarif perintis kepada pelabur-pelabur asing.3. Pelabur-pelabur baru akan diberikan kredit cukai pelaburan tidak kurang 25 peratus jumlah perbelanjaan modal untuk sesuatu projek. 4. Melalui pelaburan langsung asing beberapa syarikat multinasional seperti dari Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat telah melabur di Malaysia.5. Antara syarikat yang terkenal dari negara itu adalah Intel, Siemens, Motorola, Hitachi dan lalin-lain telah mewujudkan tambahan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.6. Selain itu Zon Perdagangan Bebas juga telah diwujudkan tambahan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.7. Antara faedah-faedah pelaburan asing kepada Malaysia : (a) Memperolehi bekalan modal baru atau melabur semula keuntungan dari pelaburan lama. (b) Menambah keluaran barang-barang dan perkhidmatan untuk pembangunan negara. (c) Mewujudkan peluang pekerjaan dan memperbaiki imbangan pembangunan negara.
8. Selain pelaburan asing ke negara ini, mewujudkan orde baru dunia akibat perubahan ideologi politik di negara-negara komiunis menggalakkan Malaysia membuat pelaburan ke luar negeri.9. Antara negara yang menjadi sasaran pelaburan Malaysia termasuklah Veitnam, kemboja, Mynmar, China dan juga beberapa buah negara Amerika Latin. Malaysia menjalin hubungan antarabangsa dengan ASEAN, APEC, AFTA, OIC dan NAM.10. Malaysia menerima pelaburan dalam bentuk ekuiti melalui projek usahasama. Ada usahasama antara syarikat Malaysia dengan negara luar seperti Mitsubishi dari Jepun dengan Proton, HICOM dengan Honda, Kia Motors dengan Naza Motors Malaysia.
Kerjasama Perdagangan dan Eksport Negara1. Malaysia mempunyai hubungan perdagangan yang erat dengan banyak negara termasuklah anggota-anggota ASEAN, negara-negara Asia seperti China dan sebagainya.2. Singapura menjadi rakan dagangan terpenting kerana menjalankan urusan import eksport yang bernilai tinggi. Malaysia mengeksport minyak sawit getah, petroleum dan gas asli ke Singapura manakala mengimport barangan seperti mesin, jentera dan alat komunikasi.3. Pada masa kini Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun kekal sebagai rakan dagangan Malaysia yang penting.4. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah produk elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian.5. Barangan eksport utama Malaysia adalah seperti getah asli, kayu balak, minyak kelapa sawit, petroleum, gas asli dan bijih timah. Selain dari itu ialah nanas dalam tin, kayu lapis, ikan sejuk, lada hitam dan lada putih.6. Barangan import utama Malaysia ialah alat-alat jentera, kenderaan dan bermotor, bahan-bahan makanan, tekstil, bahan-bahan kimia dan besi keluli.
7. Malaysia menjalin hubungan dagangan dengan New Zealand bagi mendapatkan barangan tenusu dan eksport ke negara berkenaan iaitu petroleum dan kayu gergaji.8. Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara lain dari segi mengeksport bahan-bahan mentah dan mengimport bahan-bahan makanan dan jentera semakin meningkat.9. Sektor luar negara dijangka mengekalkan momentum peningkatan dengan barangan pembuatan menjadi penyumbang utama pendapatan eksport negara daripada jumlah nilai eksport kasar.10. Produk elektrik dan elektronik kekal sebagai penyumbang terbesar eksport kasar.11. Malaysia akan terus mengambil peluang perdagangan dengan mempelbagai dan meningkatkan dagangannya. Antara bidang yang diambil ialah penerokaan pasaran baru dan mempelbagaikan pasaran terutamanya pasaran bukan tradisi seperti Asia Barat serta Eropah Tengah dan Eropah Timur.Hubungan Ekonomi Malaysia dan Dunia1. Malaysia menjalin hubungan dengan pelbagai pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Komenwel iaitu negara bekas jajahan British.2. Malaysia dengan pertubuhan Kerjasama Selatan-selatan yang meliputi negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.3. Pertubuhan lain yang dianggotai Malaysia seperti Kumpulan 15 atau G15.4. G15 yang antara lainnya mengadakan dialog bagi menyelesaikan beberapa masalah ekonomi perdagangan, alam sekitar dan sosial.5. Negara ini termasuklah Malaysia, India, Indonesia, Zimbabwe, Mesir, Algeria, Senegal, Nigeria, Jamaica, Mexico dan Yugoslavia.6. Malaysia juga mengangotai Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM).7. Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan ini pada tahun 2003. Malaysia menyokong dasar ini dengan tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam banyak hal di dunia.8. Pada tahun 2003 juga Malaysia menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara Islam.9. Pertubuhan ini adalah bagi menyelesaikan isu-isu berkenaan nasib umat islam di seluruh dunia.10. Malaysia pernah menjadi forum Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur yang disertai oleh negara maju dan negara membangun.
11. Bagi negara Malaysia, bahan eksport utama ialah barangan perkilangan, petroleum, gas asli, bijih timah, getah, kayu balak, koko, minyak kelapa sawit dan kereta manakala bahan import utama pula ialah mesin, jentera, bahan makanan, kereta, alat ganti kenderaan dan bahan kimia.12. Apabila sektor automotif di buka dibawah AFTA, pengguna mengharapkan untuk membeli kereta import dengan harga yang lebih rendah.13. Perlaksanaan AFTA nanti dijangka akan melihat dagangan antara ASEAN dijangka meningkat melalui pengurangan tarif.
Buruh1. Kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada buruh asing. Mereka terlibat memajukan sektor perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pengangkutan.2. Pada suatu ketika terdapat 1.2 juta pekerja asing di Malaysia. Daripada jumlah itu terdiri daripada warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan India.3. Kesan daripada kebanjiran buruh asing menyebabkan projek pembangunan berjalan lancar dengan kos yang rendah.4. Kos menjadi rendah kerana jumlah upah yang rendah. 5. Ada juga rakyat asing yang bekerja di Malaysia seperti rakyat Singapura, Australia dan Amerika Syarikat. Mereka memberi faedah dari segi tukaran wang asing.
Bahan Mentah1. Bahan mentah banyak menjana ekonomi Malaysia.2. Malaysia mengeksport bahan mentah ke negara lain seperti minyak sawit, petroleum mentah, gas asli cecair, kayu gergaji dan bahan mentah.3. Bahan import Malaysia terdiri daripada petroleum mentah, bijiran, sayur dan buah, getah mentah dan minyak sayuran.