nota edu - eseimen

46
Soalan 2: Huraikan lima langkah ke arah menwujudkan perpaduan di kalangan pelajar. Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.

Upload: noormardiana

Post on 17-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Nota EDU - Eseimen

Soalan 2: Huraikan lima langkah ke arah menwujudkan perpaduan di

kalangan pelajar.

Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk

difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan

dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah

mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya

dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai

perpaduan.  Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar

pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia

juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di

peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu,

pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta

integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin

masa hadapan.

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui

mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum

boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok

Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan

tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana

pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional,

demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak

nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar

sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang

berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan

aktiviti ini setara dengan  kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik

darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan

pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di

sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar

untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Page 2: Nota EDU - Eseimen

Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan

hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan

masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar

dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di

peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk

kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat

kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari

sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan,

perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira

apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke

arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran

pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia

berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira

agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.

Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke

Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali

ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini,

wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk

sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-

badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah

dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini

dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi

di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan

mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan

berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti.

Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk

sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-

Page 3: Nota EDU - Eseimen

peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar

belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

              Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan

penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal

terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa

pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat

majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem

pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat

membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa

hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh

birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan

bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan

timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat

disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan

perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama

dari pihak yang lain  juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

Rujukan:

1.    Bunn Nagara (2005). Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).

http://www.malaysia-today.net-0404

2.    Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan. (Online).

http://www.cikgu.net.my

3.    My Wawasan 2020. (Online). http://www.groups.msn.com.html

4.    Sekolah Wawasan. (Online). http://www.emoe.edu.my

Page 4: Nota EDU - Eseimen

rencana

ARKIB : 30/05/2013

Agenda perpaduan perlu diperluas di sekolahOleh Lee Lam Thye

TIMBALAN PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa kemajuan dan pembangunan negara terletak pada keupayaan guru dalam menyatukan generasi muda dengan menggalakkan mereka memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.

Ia harus ditekankan bahawa Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang penting dalam menyatukan sesebuah negara.

Tugas dalam mengharungi cabaran ini perlu dipikul oleh guru-guru yang merupakan ejen atau contoh teladan demi integrasi antara kaum dan perpaduan negara.

Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan semangat patriotik mereka berdasarkan prinsip Rukun Negara amatlah tinggi jika kita ingin melihat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu-padu.

Selain guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dengan menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain dan mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum selaras dengan 1Malaysia.

Walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arah mencapai perpaduan melalui dasar-dasar serta tindakan namun penglibatan ibu bapa adalah perlu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai perpaduan.

Kanak-kanak tetap kanak-kanak dan mereka ini buta warna. Fikiran mereka tidak dicemari oleh isu-isu

Page 5: Nota EDU - Eseimen

perkauman. Pada mereka, semua orang adalah sama. Mereka boleh bergaul dan bermain dengan satu sama lain tanpa mengira kaum.

Saya telah beberapa kali menekankan bahawa kanak-kanak dan orang muda sama sekali tidak sedar bahawa orang di sebelahnya adalah dari bangsa lain atau berlainan agama. Pada mereka, hanya satu perkara yang mereka perlu sedar iaitu dia adalah sahabat mereka.

Setiap hari yang berlalu, anak-anak Malaysia perlu dengan gigih memecahkan jurang perkauman, mendekati dan berkawan dengan orang dari kumpulan etnik lain.

Ibu bapa yang sendiri dibesarkan dalam persekitaran yang berbilang kaum dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai kaum harus menggalakkan anak-anak mereka sendiri bergaul dengan kaum lain supaya mereka sedar bahawa betapa pentingnya keharmonian antara kaum dan agama.

Kanak-kanak dan golongan muda daripada pelbagai kaum harus diajar untuk menghormati antara satu sama lain selaras dengan semangat 1 Malaysia.

Perpaduan harus menjadi satu prinsip panduan untuk semua sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan bagi memupuk persefahaman antara kaum.

Program perlu diperkenalkan dan dimulakan untuk membawa para pelajar dari sekolah-sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul demi kepentingan pembangunan negara.

Pelajar pada hari merupakan pemimpin masa depan kita. Mereka harus memikul tanggungjawab dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dengan matlamat yang sama.

Perpaduan dan keharmonian mesti diterapkan dalam budaya kita dan lebihkan peluang kepada kanak-kanak dan golongan muda daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi

Page 6: Nota EDU - Eseimen

dan menjalin persahabatan serta persefahaman demi masa depan negara kita dan 1Malaysia.

TAN SRI LEE LAM THYE

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130530/re_06/Agenda-perpaduan-perlu-diperluas-di-sekolah#ixzz3TWa3gIfg © Utusan Melayu (M) Bhd 

http://psasir.upm.edu.my/20471/1/scan0026.pdf - utk keratan akhbar scan 0026

http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0

ArticlesLangkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat MalaysiaSeptember 15th, 2014

Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan

Page 7: Nota EDU - Eseimen

negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.

Page 8: Nota EDU - Eseimen

Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

http://tuanmat.tripod.com/pupuk.htmlTAJUK:  Cadangkan cara-cara memupuk integrasi  etnik di Sekolah

1.0 Pendahuluan Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya  semua kaum atau etnik  berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.  Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif  integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah  bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya.   Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada,  integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar  haruslah difikir dan dikaji bagi  menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.

Page 9: Nota EDU - Eseimen

2.0 Definisi  Integrasi dan Etnik Etnik atau etnos dalam bahasa  asal Greek membawa makna  kumpulan  manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang  keturunan  nenek moyang  yang sama. Mereka mempunyai  keturunan  dari segi sejarah, negara  asal,  bahasa, tradisi, budaya, struktur dan  sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut  Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai  kaum dan mewujudkan pula pembentukkan  kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah 3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran  Pendidikan  Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik.  Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk  guru  memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.  Sebahagian daripada dasar  dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan  dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan  bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan  membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar

Page 10: Nota EDU - Eseimen

utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..   Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan  yang terdapat dalam kurikulum  yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

3.2 Menjadikan sekolah  sebagai alat perpaduan  Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.  Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain  untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara  saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.  Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu  pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik.  Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.

3.4 Pendemokrasian Pendidikan Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik

Page 11: Nota EDU - Eseimen

Pendemokrasian Pendidikan  yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan  agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh  etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa  dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan   Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi   antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama  tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain.  Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.  Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan  secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan.  Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan    Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai

Page 12: Nota EDU - Eseimen

perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan  yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.  Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil.  Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan  cepat. 

3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.  Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.  Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat  sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi  sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi.  Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

4.0 Penutup  Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses  integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat

Page 13: Nota EDU - Eseimen

menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan  dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum  haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.  Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi  di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah  akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi  peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.  Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya.  Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.  

Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian  Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,         Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,        Kuala Lumpur.

Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,         Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor

Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti       Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Page 14: Nota EDU - Eseimen

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan      Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Dewan Masyarakat, Oktober 2000,  m/s 14-25

Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51

Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

http://cikgumadrid.blogspot.com/2011/09/peranan-sekolah-dalam-membina-

negara_17.html

1.0 KONSEP NEGARA BANGSA

Membina Negara Bangsa bermatlamat melahirkan murid yang memiliki jati diri yang

kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup

sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,

berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, negara bangsa didefinisikan sebagai negara

berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah

merupakan satu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ atau perasaan

‘kekitaan’ dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980).

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum

dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung

kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting

lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas

Page 15: Nota EDU - Eseimen

dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Dalam usaha membina Negara Bangsa seperti yang dihasratkan dalam Wawasan

2020, pihak sekolah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab

memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan dalam

kalangan murid-murid. Di sekolah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan kokurikulum

dan Organisasi Kokurikulum merupakan antara yang berperanan untuk

merialisasikan hasrat kerajaan dalam membina negara bangsa.

Semasa temubual bersama Guru Besar SK Sultan Yahya Petra 1 (SK SYP 1), Encik

Roznan bin Mohd Nor, beliau menegaskan pihak sekolah berusaha sedaya upaya

untuk merialisasikan hasrat kerajaan dalam membina negara bangsa melalui empat

fokus yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).

Pertamanya, pihak sekolah telah memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Guru Besar

memastikan bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rasmi semasa sesi

pembelajaran murid-murid. Seterusnya, beliau juga telah melaksanakan Bulan

Bahasa di sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Malaysia.

Fokus kedua KPM dalam membina Negara Bangsa ialah memantapkan perpaduan

negara dan integrasi nasional. Justeru, pihak sekolah telah meningkatkan semangat

patriotik melalui aktiviti kokurikulum seperti penubuhan persatuan dan kelab, sukan

dan permainan dan unit beruniform.

Melalui temubual bersama GPK Kokurikulum, Pn. May Leng A/P Eh Wang, beliau

menyatakan beliau bersama Guru Besar sentiasa memastikan program Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) berjalan dengan baik bagi memastikan

perpaduan dapat dipupuk di sekolah.

Fokus ketiga KPM dalam membina Negara Bangsa ialah memupuk kecintaan

terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Dalam hal ini, pihak sekolah telah

Page 16: Nota EDU - Eseimen

mengadakan kursus secara percuma kepada murid untuk belajar menulis jawi

menggunakan seni khat. Pameran seni turut dilaksanakan di sekolah ini.

Fokus keempat KPM pula ialah dengan memupuk kefahaman yang jelas terhadap

pendekatan Islam Hadhari. Di SK SYP 1, guru-guru sentiasa komited memberikan

kefahaman kepada murid-murid tentang konsep Islam Hadhari semasa dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mahupun semasa aktiviti kokurikulum.

Antara peranan organisasi Kokurikulum dalam merialisasikan hasrat kerajaan dalam

membina Negara Bangsa ialah dengan membangunkan persekitaran sosial yang

menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar

belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia

yang dapat dibanggakan.

Selain itu, organisasi Kokurikulum perlu mengadakan perancangan strategik melalui

aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan

semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan.

3.0 PRASARANA

SK SYP 1 mempunyai kemudahan tempat menjalankan aktiviti kokurikulum yang

agak baik. Bagi aktiviti persatuan seperti persatuan Bahasa Melayu, persatuan

Pendidikan Moral, persatuan Sains dan sebagainya, aktiviti perjumpaan mingguan

dilaksanakan di dalam kelas. Kadang-kadang, aktiviti tersebut dijalankan di kantin

dan di perpustakaan mengikut kesesuaian aktiviti yang dirancang.

Semasa mengendalikan aktiviti, aspek keselamatan ahli turut dititikberatkan.

Sebelum aktiviti bermula, murid perlu melaporkan taraf kesihatan diri terlebih dahulu

kepada guru. Murid-murid juga mesti mengikut arahan guru atau jurulatih sepanjang

aktiviti dijalankan. Sekiranya berlaku sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan,

murid-murid perlu melaporkan kepada guru dengan segera supaya tiada bahaya

yang lebih teruk timbul dan terjadi.

Page 17: Nota EDU - Eseimen

Guru juga bertanggungjawab memberi peringatan kepada murid supaya sentiasa

menjaga aspek keselamatan diri sepanjang melakukan sebarang aktiviti. Selain itu,

guru bertanggungjawab menjelaskan kepada murid tentang kepentingan menjaga

keselamatan diri melalui ceramah, bengkel, perhimpunan mingguan dan

sebagainya.

Bagi memastikan aspek keselamatan murid-murid, pihak sekolah mewajibkan murid-

murid meminta tandatangan ibu bapa sekiranya anak-anak mereka ingin

menjalankan aktiviti di luar sekolah.

Dari aspek kemudahan peralatan untuk menjalankan aktiviti kokurikulum, sekolah ini

mempunyai setor yang cukup besar untuk menyimpan semua peralatan untuk

digunakan untuk aktiviti kokurikulum.

Antara peralatan yang terdapat di dalam setor SK SYP 1 bagi menjalankan aktiviti

kokurikulum ialah khemah, peralatan untuk memasak, peralatan untuk aktiviti sukan

dan permainan seperti bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya.

Peralatan yang disediakan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang selamat

untuk digunakan. Pihak sekolah akan menggantikan peralatan yang rosak dengan

peralatan yang baru.

4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

Melalui pemerhatian dan penelitian saya menerusi Buku Gerak Kerja kokurikulum

SK SYP 1, terdapat perbagai aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh

berbagai-bagai persatuan.

Pertama, Persatuan Bahasa Melayu telah merancang dan melaksanakan Permainan

Bahasa yang terdiri daripada teka silang kata bagi mengasah dan meningkatkan

kemahiran berfikir murid-murid. Seterusnya, Persatuan Bahasa Melayu telah

mengadakan bengkel teknik penulisan karangan. Selain itu, persatuan ini juga

mengadakan pertandingan membuat buku skrap, pertandingan bercerita, membaca

puisi, mengumpulkan pantun-pantun dari akhbar atau majalah, pertandingan menulis

karangan serta permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban. Aktiviti-

Page 18: Nota EDU - Eseimen

aktiviti ini mampu menonjolkan bakat murid-murid yang terpendam dan melahirkan

semangat cinta dan sayang kepada negara.

Kedua, Persatuan Bahasa Inggeris telah menjalankan aktiviti ‘Choral Speaking’,

‘Treasure Hunt’, ‘Story Telling’, menghasilkan Hot Dog Book dan penghasilan buku

skrap. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan semangat sepasukan yang tinggi sekali gus

dapat membina perpaduan dalam kalangan murid-murid.

Ketiga, Persatuan Sains telah menjalankan aktiviti melukis dan melabelkan

peralatan sains dalam kumpulan bagi mewujudkan semangat kerjasama murid-

murid. Seterusnya, Persatuan Sains mengadakan pertandingan mengarang sajak

dan mendeklamasikan sajak bertemakan topik sains. Ini membolehkan murid dapat

mengaplikasikan pengetahuan sains untuk menghasilkan sajak dan menanam sikap

berani dan yakin pada diri sendiri.

Keempat, Persatuan Bahasa Arab juga terdapat di SK SYP 1. Persatuan ini telah

mengadakan pertandingan pidato, kuiz, teka silang kata dalam bahasa Arab.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi keyakinan kepada murid untuk

berkomunikasi dalam bahasa Arab, menguji minda murid dalam memahami kalimah

Arab serta melahirkan murid yang kreatif. Dikir Barat juga telah dipertandingkan di

sekolah ini dalam bahasa Arab. Kerjasama dalam kumpulan telah berjaya

diwujudkan dalam aktiviti-aktiviti ini sekali gus dapat merialisasikan hasrat kerajaan

untuk membina Negara Bangsa.

Selain itu, persatuan yang terdapat di sekolah ini ialah Persatuan Agama Islam.

Persatuan ini telah mengadakan bengkel penulisan khat, bengkel mempelajari

hukum tajwid, bengkel pengurusan solat jenazah dan pertandingan melaungkan

azan dan iqamah. Menurut Guru Besar SK SYP1, program ini mendapat sambutan

yang sangat menggalakkan dalam kalangan murid-murid. Ini menunjukkan murid-

murid sangat berminat dalam aktiviti-aktiviti kerohanian.

Ringkasnya, semua aktiviti yang telah dirancangkan oleh persatuan tersebut telah

dirancang dengan strategik bagi memastikan hasrat kerajaan untuk membina

Negara bangsa tercapai. Pihak pengurusan sekolah telah merancang aktiviti dan

program persatuan tersebut mengikut kehendak Jabatan Pelajaran Negeri dan

seiring dengan prinsip 1 Malaysia.

Page 19: Nota EDU - Eseimen

Program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan ini mampu menarik minat

murid-murid untuk turut serta secara aktif kerana terlalu kagum dengan sikap guru

yang sangat komited melaksanakan program tersebut.

Menurut Hanis Athirah, seorang murid Tahun 6, program dan aktiviti persatuan yang

dijalankan di sekolah ini sangat menarik kerana terdapat pelbagai aktiviti yang

dipertandingkan dan hadiah yang ditawarkan juga agak istimewa. Antara

pertandingan yang pernah murid ini sertai ialah pertandingan menulis esei, pidato

dan ‘Treasure Hunt’. Murid ini pernah mewakili sekolah dalam pertandingan sajak

dan pidato dan menjadi johan di peringkat daerah. Murid ini juga pernah dinobatkan

sebagai tokoh murid bulanan. Kejayaan yang diperoleh oleh murid ini sedikit

sebanyak mampu memberi motivasi kepada murid-murid lain untuk turut mengikuti

jejak langkah murid ini.

5.0 RUMUSAN

Pembinaan Negara Bangsa memerlukan usaha gigih daripada semua pihak di

Malaysia amnya dan golongan pendidik khasnya. Melalui pendidikan, adalah

diharapkan mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Justeru, guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat

kerajaan untuk membina Negara Bangsa kerana guru merupakan orang yang paling

banyak masa bersama murid-murid selepas ibu bapa. Guru perlu mempelbagaikan

strategi dan pendekatan dalam pengajaran bagi memastikan perpaduan dapat

diwujudkan.

Sekiranya pembinaan Negara Bangsa dapat dicapai, rakyat Malaysia akan terus

hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu.

RUJUKAN

Page 20: Nota EDU - Eseimen

Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan

Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.

Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005); Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ainulshahman.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html

Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat

mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai

kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam,

budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra

dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar

kelainan itu.

Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina

perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka

mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja

tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan

pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta

integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara

langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Page 21: Nota EDU - Eseimen

Aktiviti kurikulum yang seragam

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan

dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan.

Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan

Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang

diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia

seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk

tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya

menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan

nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan

pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan

benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk

menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku

kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui

pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam

pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak

musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan

kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai

bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi

pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun

oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional,

demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti

yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum.

Page 22: Nota EDU - Eseimen

Menurut  http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--

menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran

pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan

pelaksanaan aktiviti ini setara dengan  kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam

bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap

kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam

bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan

hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan

ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke

arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu

melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan

pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar

pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti

pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini

akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana

kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan

dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di

kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,

semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari

sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan

perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai

satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-

pelajar.

Page 23: Nota EDU - Eseimen

Program Anak Angkat

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu

aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan

perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain

menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya

ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri

kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman

dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus

kepada tercapainya integrasi nasional.

Program integrasi di sekolah.

Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi

membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan.

Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa

kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat

dipereratkan. Antara kata-kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri

majlis perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen

Kepala Batas di Penang Golf Resort

“ Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum

dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan

semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar

untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan

alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian

menjadikan intergrasi  sukar untuk dilaksanakan”.

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=207%3Aperlu-program-intergrasi-di-

sekolah&lang=en

Page 24: Nota EDU - Eseimen

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.

Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal

insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan

menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal  demikian kerana ideologi

yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai

bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu,

penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk

pembangunan sahsiah golongan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam Majlis

Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor’s Universiti

berkata

“ Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk

pembangunan sahsiah golongan tersebut ”

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Negara-

perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di

Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku

Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun

Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di

Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh

kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran

negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah

melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara di

Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah

terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah

menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Page 25: Nota EDU - Eseimen

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep

”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan

penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan

ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk

peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti

mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara

warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada

awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke

semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat

akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah

supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya

persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati

terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra

secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar

semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke

arahmerealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu

padu dan harmoni.

RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang

menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai

aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang

Page 26: Nota EDU - Eseimen

kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi

Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah

serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong

Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj.

Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan

perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.

http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?

option=com_content&view=article&id=578:rancangan-integrasi-murid-untuk-

perpaduan&catid=47:fokus

 

 

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah

bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan

suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan

persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari

ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah

ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan

Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-

persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-

tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam

aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah

kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa,

pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,

penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan

perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program

Page 27: Nota EDU - Eseimen

sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat

membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia

yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan

kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat

bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara,

Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin,

Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah,

universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah

tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan

kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan

dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri

pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama

rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform

seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama

aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan

membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan

akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan

berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara

satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan

ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari

sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan

sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan

Page 28: Nota EDU - Eseimen

Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti

ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup,

kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar

kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat

maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia,

nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas

ialah  memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga

menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan,

memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara

yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu

mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya

memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran

dan pemupukan nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman

menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam

rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan

dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk

mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia

(PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama

terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman

antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk

memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia

melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Persekitaran pendidikan

Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia menyediakan

ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua pusat pendidikan,

penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Aktiviti yang

berstruktur yang diamalkan disemua institusi pendidikan di Malaysia akan

Page 29: Nota EDU - Eseimen

melibatkan pelajar secara menyeluruh dan berkenalan. Guru atau tenaga pengajar

akan menjadi pusat tumpuan dan menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu

dilaksanakan. Polo interaksi sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan

memilih sahabat walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.

Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti

kriteria  pelajar lain dan situasi ini  dapat membantunya memilih seorang sahabat.

Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan etnik

yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu persekitaran

yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia menepati kriteria ini.

Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang

disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar mengenali antara satu sama lain

walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat

dikenalpasti yang selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.

KESIMPULAN

Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia

yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia

yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati

perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.

Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di

Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah

melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa

yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik,

segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan

masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan

mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang

semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan

Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Page 30: Nota EDU - Eseimen

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini

perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,

selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan,

masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk

meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.

Page 31: Nota EDU - Eseimen

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan

agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di

Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang

merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan

warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu

seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang

mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan

warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu

seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang,

manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.

Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan

budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang

berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik),

kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini

merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan

ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang

dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah

Page 32: Nota EDU - Eseimen

satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan

musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan

dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak

sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang

kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan

Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008).

PENGERTIAN PERPADUAN

Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang

menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara

sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama

secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh

masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

banggakan negara.

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Mengikut laman webhttp://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/07/ringkasan-

perpaduan-kaum.html Perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai

kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza

di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus yang dapat diterima oleh majoriti

golongan etnik di negara ini.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Isu

perpaduan adalah perkara utama dari sembilan cabaran utama untuk mencapai matlamat

Wawasan 2020 yang berbunyi

“ Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa

dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara kaum, berasaskan

persamaan hak dan keadilan”.

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Page 33: Nota EDU - Eseimen

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan

manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba

mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.

Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis

perkauman atau etnik.

http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/