nota edu 3083

23
AEdu3083 SEJARAH tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Kelahiran guru-guru seperti Harun Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad Ahmad dan Abdullah Sidek dalam lembaran sejarah lepas yang lantang menentang penjajah di samping meniup obor semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu perjuangan yang patut dibanggakan. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan kompleks. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Hanya guru-guru yang komited dan intelek sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini. Namun, kini, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan peranan guru berbanding dahulu? Mengapa masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua?

Upload: cikgu-faizal-ghazali

Post on 23-Dec-2015

131 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: nota Edu 3083

AEdu3083

SEJARAH tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan

pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah

bangsa dan negara. 

Kelahiran guru-guru seperti Harun Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad

Ahmad dan Abdullah Sidek dalam lembaran sejarah lepas yang lantang menentang

penjajah di samping meniup obor semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu

perjuangan yang patut dibanggakan.

Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal.

Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan kompleks. 

Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini,

jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia

melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional

dan kreatif. 

Hanya guru-guru yang komited dan intelek sahaja yang mampu mendepani cabaran-

cabaran dalam dunia alaf baru ini. 

Namun, kini, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan peranan guru berbanding

dahulu?

Mengapa masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua?

Mengapa masih ada yang berani mempertikaikan keupayaan dan kemampuan guru sebagai

golongan pendidik? 

Mengapa kerjaya guru dilihat sebagai kerjaya yang tidak mempunyai masa depan dan

peluang yang cerah? 

Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih

pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti

doktor, peguam dan arkitek?

Adakah status guru tidak setaraf dengan kerjaya dan profesion lain yang dianggap lebih

berprestij seperti golongan korporat?

Page 2: nota Edu 3083

Sampai bila kita hendak membiarkan guru berkonflik terhadap status guru yang lebih mirip

kepada pekerjaan (vocation) dan bukan profesion?

Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam memastikan profesion perguruan

dimartabatkan di tempat yang sepatutnya?

Soalan demi soalan bertalu-talu bermain di benak fikiran golongan pendidik. 

Apa yang nyata, kini, sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah bagi memastikan

keprofesionalan guru tidak mudah diganggu gugat atau dipertikaikan. 

Kadang-kadang kita perlu menilai dan mengambil kira pandangan-pandangan insan veteran

dalam dunia perguruan dan pendidikan. 

Contohnya kenyataan daripada Abu Bakar Shawkat Ali iaitu Presiden Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK) yang menegaskan

bahawa keadaan dan masa yang berubah dengan begitu pantas menyebabkan kemudahan

untuk guru kini perlu setanding dengan profesion lain. 

Begitu juga dengan harapan Tan Sri Profesor Dato' Dr. Awang Had Salleh iaitu Presiden

Persatuan Pendidikan Malaysia semasa penulis bersoal jawab dengan beliau dalam

Seminar Pengurusan Personalia Pelajar 2000 di UPM pada 14 Disember 2000 iaitu beliau

ingin melihat kerjaya guru diiktiraf sebagai suatu profesion yang profesional.

Jadi, diharap selepas ini tiada lagi rintihan hati daripada para guru sama ada tentang gaji

yang tidak setimpal dengan beban tugas yang semakin bertambah, kedudukan guru yang

sedang berkhidmat, jawatan dan peluang kenaikan pangkat mahupun persepsi dan

apresiasi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan itu sendiri. 

Pihak kerajaan perlu bersunguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai

profesion yang unggul dan disegani ramai. 

Pihak-pihak yang terlibat dengan kebajikan dan prospek perguruan pula seperti Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perlulah memainkan peranan yang aktif

dalam membentuk satu organisasi yang mantap dan kuat yang boleh menjaga kepentingan

para guru seterusnya mempunyai kuasa kawalan terhadap para guru itu sendiri. 

Sebagai penutup, penulis ingat akan kata-kata Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu

Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra

Page 3: nota Edu 3083

Malaysia semasa penulis berdialog dengan beliau baru-baru ini iaitu beliau menegaskan

dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak

Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya

mempunyai tangggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya

dengan melengkapkan diri dengan pelbagi jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. 

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep perguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika

dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan

melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala

pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu

atau tempat mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan

pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. 

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan

merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan

pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu

kepada anak murid atau masyarakat. 

Pekerjaan yang dianggap professional. 

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. 

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan

penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. 

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya

Page 4: nota Edu 3083

merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat

menyampaikan ilmu dengan berkesan. 

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan

tugas. 

- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang

tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. 

4. Mendapat latihan khusus. 

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.

Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum

menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir

dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. 

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. 

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi

terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan

perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional. 

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. 

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada

organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi

organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli

organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan. 

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. 

- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion

yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang

pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. 

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. 

Page 5: nota Edu 3083

- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap,

malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi

tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-

keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan

yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau

profesion yang profesional. 

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan? 

Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu

pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan

bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan,

doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai

‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan

sedemikian. 

Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka

menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh

sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang

yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa

seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan

bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional. 

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru

layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan

jawapan anda. 

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional.

Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-

ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam

profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar

sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah

mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga

melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak

berpengalaman. 

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional

Page 6: nota Edu 3083

sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru

bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan

profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera,

kerani dan sebagainya. 

Etika perguruan. 

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu

kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik

dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan

kepada ahli-ahli berkenaan.

Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah

“Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang

harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut

akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya. 

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan 

Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, “Segala sesuatu itu bermula

daripada diri kita dulu”. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan

tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. 

Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan

tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau

tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu

memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka

dia telahpun menghayati tatasusila tersebut. 

Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat

profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan

profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. 

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita

sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi

memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima

segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila

Page 7: nota Edu 3083

akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf

profesionalisme keguruan. 

Pembelajaran sepanjang hayat 

Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu

konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. “Belajar sepanjang hayat”, membawa

makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah

pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. 

Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu

luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi

program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di

sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan

latihan di sekolah. 

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk

yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan

mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada

pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti

berikut:

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat

kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa

sekarang, mahupun pada masa akan datang.

 Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir

apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat. 

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat. 

Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik.

Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran

sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita

Page 8: nota Edu 3083

bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru

haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa

mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional,

inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan rujukan

rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat

akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.

Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya

ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar. 

Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme

perguruan. 

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan 

o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru

menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. 

o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan

profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga

Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. 

2. Membuat penyelidikan dan penulisan 

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari

kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau

pengajaran seseorang guru. 

o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,

penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti

berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran

kerja sebagai penilaian. 

Page 9: nota Edu 3083

3. Usaha ke arah perkembangan kendiri 

o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut

akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja

seseorang guru. 

o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya

dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan

tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti

pengajaran seseorang guru. 

4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini 

o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa

memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan

zaman. 

o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar

pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. 

5. Pembelajaran sepanjang hayat 

o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.

o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada

pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang

guru. 

Akauntabiliti keguruan. 

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan

oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud

tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab

seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah

laku, murid-murid dan profesion keguruan. 

Page 10: nota Edu 3083

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan. 

Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru.

Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru

akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi. 

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan,

sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya

seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang

juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita. 

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru. 

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya

terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh

dan dedikasi.

ISU: Peperiksaan UPSR dan PMR Dimansuhkan?

Sebagai mukadimah, sebelum ini banyak pandangan-pandangan individu (secara rawak

sama ada yang tertulis atau diucapkan secara lisan) menyatakan bahawa Sistem

Pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan peperiksaan untuk mengukur

kejayaan seseorang pelajar. Salah satu contoh adalah seperti berikut: Berbanding negara

maju sistem pendidikan di malaysia masih menggunakan peperiksaan sebagai kayu

pengukur kejayaan seseorang pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang

dianggap mampu mencapai kecemerlangan hidup apabila mereka meninggalkan alam

persekolahan. Semalam, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

mengumumkan yang berkemungkinan kementerian itu akan memansuhkan peperiksaan

UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau

sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah

pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah

Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba

boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Jika kita terlalu menjurus kepada

peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif

dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya. – Tan Sri

Page 11: nota Edu 3083

Muhyiddin Yassin. Pada pandangan saya sendiri. Cadangan pemansuhan peperiksaan

UPSR dan PMR itu memang sangat wajar. Sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang

kepada Kementerian Pelajaran sendiri mengambil inisiatif untuk melaksanakan strategi

pendidikanyang selari dengan matlamat asal kurikulum sekolah dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan seterusnya memperbaiki kesilapan pelaksanaan sebelum ini. Kesilapan yang

sama ada disedari atau tidak disedari. Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M

ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam

penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan

nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata

pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus. Bukan

bermakna sistem sekarang tidak memberi penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan

penerapan nilai, tetapi matlamat itu kadang kala menjadi perkara nombor 2 untuk dicapai.

Matlamat paling utama, pelajar mesti lulus peperiksaan UPSR dan PMR dan mendapat

keputusan yang cemerlang. Itu realitinya. Tidak perlu saya sebutan secara terperinci tetapi,

kita boleh lihat banyak program-program sokongan yang dilaksanakan/dianjurkan oleh

Kementerian/Jabatan Pelajaran lebih menjurus kepada usaha melahirkan pelajar yang

cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya cemerlang secara menyeluruh. Akibat

daripada itu, timbul pelbagai tekanan dan beban kepada pelajar terutamanya untuk lulus

cemerlang dalam peperiksaan. Tekanan yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada

guru, ibu bapa, rakan sekolah atau diri sendiri. Selain itu, pendidikan berorientasikan

peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai

program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran

Daerah dan program sekolah masing-masing. Pentadbir sekolah tertekan oleh Pegawai

Pelajaran Daerah yang ditekan oleh Pengarah Pelajaran Negeri akibat tidak tahan tekanan

oleh Kementerian Pelajaran disebabkan tekanan oleh kerajaan yang ditekan oleh

masyarakat, terutamanya ibu bapa yang tertekan kerana terpaksa menunggu anak lewat

balik dari sekolah (tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah). Akhirnya

pelajar akan menyanyi lagu “Bangau oh Bangau”. Daripada perkara ini berlaku, ada baiknya

satu sistem pendidikan yang dipersetujui bersama (oleh semua pihak) dapat diwujudkan di

negara ini. Mungkin ianya agak sukar dan saya faham bukan mudah untuk merancang atau

melaksanakan satu tranformasi pendidikan, apatah lagi kalau ianya melibatkan perubahan

pada sistem pendidikan itu sendiri. Kajian yang mendalam perlu dilakukan dan

berkemungkinan memerlukan kos termasuk mewujudkan makmal kajian. Namun, saya

percaya yang rakyat tidak kisah sekiranya peruntukan besar digunakan oleh kerajaan untuk

tujuan penambahbaikan dasar atau sistem dan perlaksanaan pendidikan berbanding

menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan guru-guru

Page 12: nota Edu 3083

‘KAMBING HITAM’, mengaburi mata masyarakat dengan melaksanakan program/projek

yang kononnya bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan penambahbaikan

infrastruktur dan segala kemudahan pendidikan, tetapi hakikatnya keuntungan hanya

dinikmati oleh satu-dua pihak. Sama-samalah kita fikirkan! AKHIRNYA persoalan sama ada

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua

peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016. -Ia melegakan masyarakat yang

mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem

akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan. -Bagaimanapun, ada yang

tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan

persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan. -Kini, wujud perbahasan,

sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap

membanggakan. -Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Saedah Siraj,

berkata sudah tiba masanya negara melangkah ke era pendidikan baru lebih fleksibel.

Beliau berkata cita rasa dunia kini berubah dan memerlukan suntikan baru dalam proses

penyampaian, penerimaan serta pemahaman maklumat supaya masyarakat lebih bersedia

berdepan arus permodenan. "Meskipun pendidikan ditakrif sebagai elemen sejagat,

perubahan perlu ada sebagai mengimbangi kehendak global yang pantas berubah dan

semakin berteraskan kemajuan serta kepelbagaian. "Pemansuhan itu mencerminkan

keberanian dan anjakan paradigma baru dalam sistem pendidikan negara, jangan

jadikannya kontroversi atau disalah anggap kerana ia memang diperlukan, " katanya.

Menurutnya, meskipun negara memiliki sistem pendidikan antara terbaik di dunia, ia

dianggap ketinggalan kerana menggunakan kaedah peperiksaan sebagai penilaian tahap

kecemerlangan pelajar. "Semua tahu tahap pencapaian setiap pelajar berbeza, tidak boleh

dinilai melalui satu sistem semata-mata, malangnya itulah yang diguna pakai sejak sekian

lama. "Ini menyebabkan pelajar bosan dan tertekan, sekali gus mencetuskan insiden tidak

dijangka, misalnya bunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan. "Sekolah patut jadi

tempat menyeronokkan bukan membosankan. "Justeru apabila kedua-dua peperiksaan itu

dimansuhkan, ia wajar mendapat sokongan kerana membantu meringankan 'penderitaan'

pelajar," katanya. Meskipun format baru masih belum diputuskan, ia bagai menamatkan

dilema pelajar, institusi sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang mahukan kongkongan

peperiksaan ditamatkan. Cadangan format boleh disarankan ialah menyediakan aliran

pengajian bersesuaian di tingkatan satu mengikut kehendak dan kapasiti pencapaian

pelajar. Aliran itu, katanya, boleh dijadikan asas menilai dan mencorakkan pencapaian

pelajar dalam tempoh lima tahun hingga tamat pengajian tingkatan lima. "Pelajar boleh

memilih aliran diingini berdasarkan minat, kehendak, cita-cita dan diberi kelonggaran tidak

terikat dengan kehendak pencapaian akademik semata-mata. "Ia umpama saringan

Page 13: nota Edu 3083

penilaian sebelum memasuki pengajian tinggi. Kaedah ini boleh mengelak tekanan belajar,

sekali gus memudahkan proses penyampaian ilmu," katanya. Beliau menegaskan konsep

pendidikan bukan hanya terhad kepada akademik dan peperiksaan semata-mata, malah

boleh menggunakan pendekatan deria seperti mendengar, melihat dan merasa. "Ramai

beranggapan hanya akademik dan peperiksaan penting menentukan kecemerlangan pelajar

manakala proses pembelajaran berlangsung di bilik darjah. "Anggapan itu perlu

diperbetulkan kerana ilmu boleh diperoleh menerusi pelbagai cara, bergantung bagaimana

guru mengaplikasi kaedah itu supaya boleh diterima dan difahami pelajar. "Realitinya

kebanyakan pelajar negara ini bersifat pasif dan enggan bertanya, dengan pemansuhan,

skop pembelajaran lebih luas, sekali gus menggalakkan pengembangan budaya ilmu

dengan kaedah bersesuaian," katanya. Dr Saedah turut mencadangkan pelajar kurang

cemerlang dimasukkan ke kelas pemulihan agar dapat memperbaiki kelemahan. "Dalam

sistem pendidikan, pelajar lemah kurang mampu menguasai 3M (membaca, mengira,

menulis). Kelemahan ini boleh diatasi dengan kelas pemulihan. "Sistem sedia ada kurang

mempraktikkan S<> Sebagai sokongan dan persiapan negara menuju perubahan global,

beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Pusat Pengembangan

Pendidikan Masa Depan yang dapat menyediakan pelbagai hasil kajian. "Di negara maju,

peranan pusat ini diiktiraf membantu pelbagai sektor merangka persediaan masa depan,"

katanya. SETUJU: TM amat mengalu-alukan cadangan Kementerian Pelajaran untuk

menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR dengan beberapa alasan seperti berikut; 1.

Pendidikan hendaklah sentiasa berubah jika mahu melihat kemajuan dan tidak boleh

sentiasa berada di tahap lama. 2. Pihak sekolah dan ibu bapa telah menjadikan anak

mereka tertekan dengan menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk setiap anak bagi

mendapat 5 A . 3. Guru Besar/Pengetua akan menekan dan memaksa guru-guru untuk

mendapatkan peratus kelulusan yang tinggi dengan apa cara sekali pun, oleh itu soalan

ramalan menjadi sangat komersial apa lagi jika soalan yang dikeluarkan hampir tepat

kadangkalanya, terutama bahasa Inggeris yang soalannya hampir menyamai soalan

ramalan. 4. UPSR dilihat sebagai penapis untuk memilih pelajar ke Sekolah Berasrama

Penuh (SBP). Pada hal ia sudah tidak releven lagi kerana peratusan pelajar yang mendapat

5A semakin meningkat sedangkan jumlah SBP masih terhad. Ramai pelajar yang mendapat

5A gagal ke SBP kerana mereka adalah pelajar sekolah bandar. 5. Kos untuk menjalankan

peperiksaan melibatkan kos yang tinggi sedangkan impaknya amat kecil. 6. Sekolah juga

terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam menyediakan kertas-kertas contoh soalan,

program motivasi menjawab soalan dan sebagainya. 7. Pihak sekolah telah mengabaikan

pelajaran lain seperti PJK, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Kajian Tempatan dan lain-lain

semata-mata untuk menumpukan kepada pelajaran teras yang ada dalam peperiksaan. 8.

Pelajar juga dikecualikan atau dihalang dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah,

Page 14: nota Edu 3083

MSSN dan MSSM kerana ibubapa dan pihak sekolah tidak mahu anak mereka terjejas

dalam peperiksaan. 9. Pihak sekolah juga tidak menggalakkan pelajar Tahun 6 untuk

menyertai program-program Kokurikulum di dalam sekolah atau di luar sekolah kerana

alasan yang sama. 10. 35% pelajar bawah 15 tahun mengalami masalah stress di

Singapura, di Malaysia belum ada kajian lagi tetapi beberapa kes membunuh diri sudah

berlaku di Malaysia akibat daripada kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik

seperti mana yang diharapkan oleh ibu bapa. Cadangan untuk penilaian pelajar sekolah

rendah; 1. Pelajar setiap tahun diberi tugasan seperti Folio yang perlu disiapkan secara

individu dan berkumpulan, 2. Pelajar dinilai berasaskan keupayaan dan kebolehan dan

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan Ko-Akademik 3. Pemilihan untuk ke SBP hanya

dibuat untuk pelajar yang dikesan mempunyai IQ dan EQ yang tinggi oleh pihak sekolah.

Hari ini Yayasan Saad setiap tahun mengadakan ujian khas kepada pelajar-pelajar yang

layak untuk memasuki yayasan mereka. Formula ini samalah seperti yang pernah dilakukan

oleh kementerian pada tahun 60an dan 70an dahulu. Pelajar yang dipilih untuk menduduki

Peperiksaan Khas Ke Asrama Penuh ialah pelajar yang mendapat keputusan yang baik

dalam Ujian Penilaian Darjah 5 yang telah dihapuskan. 4. Pemilihan pelajar untuk masuk ke

aliran Sains, Sastera, Perdagangan, Mekanikal juga dibuat diperingkat sekolah rendah,

bukannya dibuat selepas PMR. 5. Ibu bapa dan pihak sekolah boleh membuat pemilihan

aliran di sekolah menengah berdasarkan keupayaan pelajar dan minat, Bukan melalui

paksaan seperti hari ini. 6. Peperiksaan PMR sebenarnya ialah menggantikan SRP atau

LCE. Zaman dahulu terdapat pekerjaan yang hanya memerlukan kelulusan SRP atau LCE.

Hari ini ia sudah berubah. Untuk menjadi operator kilang elektronik pun memerlukan SPM.

Oleh itu apa guna kita mengekalkan PMR yang menelan belanja besar untuk melaksanakan

sedangkan tidak ada satu pun kerjaya yang mewajibkan seseorang itu lulus PMR. 7. Pelajar

yang naik Tingkatan 4 masih lagi menganggap ia sebagai kelas bulan madu, begitu juga

anggapan sesetengah guru. Ada guru-guru yang terlalu aktif dengan kegiatan sukan diluar

sekolahh seperti terlibat dengan MSSM ,diberi tugas mengajar Tingkatan 4 , dan mereka

selalu tiada di sekolah. Pelajar menjadi mangsa kerana guru kerap tiada di sekolah. Ini

terjadi kepada anak TM satu ketika dahulu. 8. Oleh itu adalah lebih baik untuk

menghapuskan terus dua kertas peperiksaan ini dan ia akan memberikan satu rasa yang

lebih siknifiken kepada pelajar dan sekolah dalam persediaan menghadapi SPM. 9. Bukan

sahaja UPSR dan PMR dihapuskan, TM berharap peperiksaan STPM juga turut dihapuskan

dan hapuskan juga Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Gantikan seperti konsep di Kolej

Matrikulasi. Hari ini memasuki Tingkatan 6 adalah satu-satu yang malang bagi seorang

pelajar. Mereka merasakan mereka lebih rendah darjatnya daripada mereka yang memasuki

Universiti untuk program Diploma. 10. Terdapat ramai pelajar yang berhenti Tingkatan 6 dan

menceburi alam kerjaya dan lepasan STPM juga ramai yang gagal masuk ke universiti

Page 15: nota Edu 3083

walaupun cukup syaratnya. 11. Untuk menentukan seseorang itu bijaksana ia boleh dinilai

dalam kebolehan bertutur, berhujah, menyampaikan idea, membuat projek atau tugasan,

menyelesaikan masalah lebih memberikan pengalaman yang kekal sepanjang hayat

daripada berteori dan menjawab soalan. 12. Peperiksaan adalah satu tradisi kuno yang

diwarisi daripada sistem barat. Cendiakawan Islam yang hebat zaman dahulu pernah kah

mereka menduduki peperiksaan, tetapi kebijaksaan mereka terhasil dengan pengakajian,

ujikaji dan pengalaman. Hari ini pelajar-pelajar yang menduduki UPSR jarang yang

melakukan ujikaji, kerja lapangan dan lain-lain. Masa mereka dihabiskan diatas kertas,

menghafal, mengingat dan menjawab soalan-soalan contoh. 13. Pelajar perlu dididik dan

dilatih supaya mahir dalam bahasa, logik matematik, kecerdasan dalam memenuhi ruang

seperti mencorak, melukis , mengukur dan mengukir, berkemahiran dalam menghayati

muzik, kemahiran kinestetik, kemahiran interpersonal, kecerdasan naturalistik.dll. > UPSR

dan PMR Wajar Dimansuhkan Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan

PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba

pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya. Cara pembelajaran di Malaysia

dikatakan lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan

awam. -Pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak

sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian S. Subashini

dari SRJK Tamil Ladang Sempah. Subashini membunuh diri kerana memperoleh 4B, 2C

dan 1D dalam UPSR sedangkan sasaran beliau ialah 4A. Jika ‘budaya banyak A’ menjadi

fenomena pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dari segi

akademik dan tidak dinamik. Kerana inginkan publisiti, ada juga individu yang mendakwa

mendapat 24A1 dalam SPM 2006 yang menggemparkan Malaysia kerana penipuan itu. -

Pendiskriminasian nasional menerusi tahap enam dan tingkatan tiga juga telah

meninggalkan parut psikologi yang tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja. Mereka

akan tertekan dan tersisih jika mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan akibat

persepsi keluarga dan masyarakat seterusnya mengakibatkan mereka turut diklasifikasikan

oleh masyarakat. Penghapusan dua peperiksaan awam ini juga sudah pasti dapat

mengembalikan roh kanak-kanak dan remaja ke dalam diri para pelajar dan seterusnya

mempertingkatkan tahap kreativiti mereka. Saya juga yakin mutu sukan negara juga pasti

akan meningkat dengan penghapusan dua peperiksaan ini. Tanpa dua peperiksaan ini, tidak

boleh dibayangkan betapa bebanan yang dihapuskan dari dipikul oleh jiwa kecil itu. Bahkan

tekanan yang amat besar juga dihapuskan dari dipikul oleh para pendidik. Bukankah dengan

terhapusnya bebanan itu sekolah akan menjadi satu pusat ilmu yang ceria? Ujian Khas

Kemasukan ke SBP Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ujian khas harus diwujudkan untuk

kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.

Page 16: nota Edu 3083

Mohd. Puad Zarkashi, ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan

diadakan untuk mereka yang berminat memilih SBP bagi menyambung pelajaran di

peringkat menengah. UPSR dan PMR Tidak Wajar Dimansuhkan Peperiksaan awam UPSR

adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala

PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan. Dengan adanya peperiksaan ini, kita

sendiri dapat melihat sejauh mana pencapaian kita di sekolah rendah dan di peringkat

menengah rendah. Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, mungkin pelajar tidak bersungguh-

sungguh dalam pelajaran dan hanya meletakkan usaha yang lebih untuk peperiksaan SPM

sahaja. Peperiksaan awam berkenaan juga adalah kayu pengukur untuk keberkesanan

pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosio-ekonomi sekolah.

Setiap tahun akan diumumkan statistik keputusan peperiksaan awam di Malaysia yang

sedikit sebanyak mempengaruhi para pelajar, guru-guru, pegawai pendidikan dan pihak

kementerian untuk meneliti di mana kelemahan dan kekurangan yang ada untuk diperbaiki.

Dasar pendidikan di Malaysia berubah-berubah mengikut perubahan Barisan Kabinet

terutamanya penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Seperti yang kita sendiri ketahui,

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

dimansuhkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi

seharusnya dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan

perlu digubal.