normala binti shamsudin - fp.utm.my · gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan...

25
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA BINTI SHAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN

ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR

NORMALA BINTI SHAMSUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2006/2009

Saya _________ NORMALA BINTI SHAMSUDIN___________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknoogi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan Untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 38, JALAN 10, TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN TAMAN SRI KLUANG, Nama Penyelia 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: 30 OKTOBER 2008 Tarikh: 30 OKTOBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuirsus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Page 3: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”

Tandatangan : ................................................... Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN Tarikh : 30 OKTOBER 2008

Page 4: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN

ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR

NORMALA BINTI SHAMSUDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2008

Page 5: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penulis : NORMALA BINTI SHAMSUDIN

Tarikh : 30 OKTOBER 2008

Page 6: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

iii DEDIKASI

Teristimewa buat,

Suami tercinta,

MOHMAD AMERAN BIN DENAN

Sokongan, pengorbanan serta kasih sayangmu tiada ternilai. Restumu menguatkan

semangat dan memberikan kekuatan untuk meneruskan cita-cita. Terima kasih kerana

memahami.......

Ayahanda Bonda yang dikasihi,

HJ SHAMSUDIN BIN ABDULLAH

DAN

HJH HARISUN BT TEH

Dorongan, nasihat serta doamu menjadi bekalan meneruskan kehidupan.....

Anak-anak tersayang,

HAZLINI, HANIS LIYANA DAN HUDA NABILA

Kesabaran kalian serta kesediaan memberikan ruang dan kesempatan buat mama

menyelesaikan pengajian ini amat bermakna. Terima kasih kerana banyak membantu.

Doa anakanda sentiasa menjadi sumber inspirasi mama.....

Ibu mertua, abang-abang, adik-adik, ipar-duai serta keluarga masing-masing,

Terima kasih atas segala kebaikan.....

Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan sekalian

yang banyak membantu sepanjang pengajian.

Semoga Allah jua yang membalas segalanya dan sentiasa memberkati kita semua.....

Page 7: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

iv PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dan salam

serta selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. atas limpah kurnia dan

keizinanNYA akhirnya dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas ditujukan

khususnya kepada penyelia projek ini, Tuan Haji Hassan bin Hushin atas bimbingan,

tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan dalam menjayakan projek dan penulisan

laporan projek ini. Kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya kagumi.

Sesungguhnya jasa baik beliau tidak akan dilupakan dan akan tetap dikenang.

Tidak dilupakan sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga

ditujukan kepada penyelaras PKPGB Ambilan 1 Dr. Yusof bin Boon, semua pensyarah

dan staf Fakulti Pendidikan , UTM Skudai atas kerjasama serta segala bantuan yang

telah dihulurkan khususnya bagi melicinkan perjalanan projek ini.

Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada

Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi

peluang kepada saya untuk mengikuti program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan

kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia(EPRD), Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang,

rakan-rakan guru besar, para guru di sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini serta

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama yang telah

diberikan sehingga projek ini berjaya disiapkan.

Akhir sekali tidak lupa dititipkan rasa penghargaan dan ucapan jutaan terima

kasih buat ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan PKPGB Ambilan 1 yang sentiasa

bersedia menghulurkan bantuan juga memberi semangat serta setiap individu yang

banyak sekali membantu bagi menyempurnakan projek serta kursus ini.

Sekian, wassalam.

Page 8: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita

dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah Zon Kluang Barat,

Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti dalam kajian ini

iaitu gaya kepimpinan beroreantasikan struktur tugas dan beroreantasikan

timbangrasa. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan dengan

meninjau persepsi guru menggunakan soal selidik Leadership Behavior

Description Questionaire (LBDQ) dan soal selidik komitmen kerja yang diambil

dari Indeks Komitmen Tenaga Kerja (The Workforce Commitment Index)

dengan sedikit pengubahsuaian. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai

responden dari empat buah sekolah yang dipimpin oleh guru besar wanita di

Zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dapatan dari kajian rintis menunjukkan pekali

kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik ini bagi gaya kepimpinan adalah

0.952 dan bagi tahap komitmen guru adalah 0.904. Analisis data dilakukan

menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi

12.0 dan skor min untuk setiap dimensi kepimpinan dijadualkan. Dapatan dari

kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

guru besar wanita dengan komitmen guru. Walaubagaimanapun ia berada pada

tahap yang lemah. Beberapa cadangan serta cadangan untuk kajian yang akan

datang juga dikemukakan di akhir kajian ini.

Page 9: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

vi

ABSTRACT

This study is intended to identify the leadership style of headmistress and also

its relationship with the level of teacher’s commitment in schools at Kluang Barat

Zone, Kluang, Johor. Two dimensions of leadership style has been identified in

this study which is structural task oriented leadership and consideration

dimension in the leadership style. The study is conducted in the form of

descriptive quantitative to servey the teacher’s perception towards the style of

leadership of headmistress together with the teacher’s commitment in schools.

The survey is done by using questionnaire from Leadership Behavior

Description Questionnaire (LBDQ) and questionnaire from Workforce

Commitment Index with a few alterations done. About 102 teachers were

choosen as respondents from four schools managed by headmistress in Kluang

Barat Zone, Kluang, Johor. The findings from the pilot study showed the level of

realibility of Alpha Cronbach in this questionnaire was 0.952 and for the

teacher’s commitment was 0.904. Data was analysed by using Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 12.0 and the mean score for every

dimension was tabled. The result shows that there is a significant relationship

between the level of the teachers’commitment towards their work. However it is

a weak relationship. There are also a few suggestions made for further research

at the end of this research.

Page 10: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

vii

JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

JADUAL KANDUNGAN vii -ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi 11

1.10 Penutup 15

BAB 11 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Konsep Kepimpinan 16

2.3 Gaya Kepimpinan 17

2.4 Konsep Komitmen 21

2.5 Kerangka Kajian 22

2.6 Kajian-kajian Lepas 23

2.7 Penutup 25

BAB 111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 28

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 29

3.5 Kajian Rintis 32

3.6 Penutup 32

BAB 1V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Dapatan hasil kajian 33

4.2.1 Faktor demografi 34

4.2.2 Jenis Gaya Kepimpinan 36

Page 12: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

ix

4.2.3 Tahap komitmen 41

4.2.4 Hubungan gaya kepimpinan dan komitmen 41

4.2.5 Gaya kepimpinan yang paling

mempengaruhi komitmen 42

4.3 Penutup 44

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 45

5.2 Rumusan kajian 45

5.3 Perbincangan

5.3.1 Gaya Kepimpinan 46

5.3.2 Tahap Komitmen 47

5.3.3 Hubungan gaya kepimpinan dan komitmen 48

5.3.4 Gaya kepimpinan yang paling mempengarui

Komitmen 48

5.4 Cadangan 49

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50

5.6 Penutup 51

RUJUKAN 52-55 LAMPIRAN 56-59

Page 13: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Penentuan saiz sampel Krejcie,R.V & Morgan 29

(1970)

3.2 Skala Likert 31

3.3 Taburan Penomboran soal selidik mengikut bahagian dan

Item 31

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 34

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Umur 34

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Keturunan 35

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 35

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Taraf Pendidikan 36

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Skor setiap soalan

Berdasarkan Persepsi Responden Terhadap Kepimpinan

Guru Besar Beroreantasikan Struktur Tugas 37

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Skor setiap soalan

Berdasarkan Persepsi Responden Terhadap Kepimpinan

Guru Besar Beroreantasikan Timbang Rasa. 39

Page 14: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

xi

4.8 Analisis Tahap Komitmen Guru 41

4.9 Analisis Hubungan antara Gaya Kepimpinan Guru Besar

Wanita dengan Komitmen Guru 41

4.10 Rumusan Model (Model Summary) 42

4.11 ANOVA (b) 43

4.12 Coeffecients(a) 43

Page 15: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Dua Dimensi Tingkah Laku Kepimpinan

Ohio State 20

2.2 Sukuan Kepimpinan Kajian Ohio State 20

2.3 Kerangka Kajian Hubungan Gaya Kepimpinan

Dengan Komitmen Kerja 22

Page 16: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

xiii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

Simbol

% Peratus

& Dan

Singkatan

LBDQ Leadership Behavior Description Questionnare

No. Nombor

Min Purata

SPSS Statistical Package for Science Social

Page 17: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 56

B Carta Alir Metodologi Kajian 62

C Analisa Alpha Cronbach Kajian Rintis 63

D Analisa Min, Korelasi Pearson dan Anova 64-67

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajarasn

Malaysia. 68

F Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 69

Page 18: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Seiring dengan kemajuan pesat pelbagai bidang dalam dunia yang tanpa

sempadan ini, kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan telah semakin meningkat.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara-negara maju tetapi bahangnya juga turut

dirasai di negara-negara membangun termasuklah negara kita Malaysia. Tidak dapat

dinafikan lagi ungkapan dalam bahasa Inggeris ‘knowledge is power’ yang membawa

maksud mana-mana individu atau negara yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi

dikatakan mempunyai kuasa atau pengaruh yang besar ke atas individu atau negara lain.

Justeru itu tidak hairanlah jika dewasa ini semua orang sering memperkatakan

tentang kecemerlangan dalam pendidikan. Para ibu bapa begitu ghairah untuk

memastikan anak-anak mereka memperolehi kecemerlangan dalam pendidikan. Semakin

hari semakin tinggi tuntutan untuk memperolehi pencapaian yang baik terutamanya

dalam bidang akademik. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seringkali

walaupun tidak semestinya akan mempunyai peluang pendidikan yang lebih cerah untuk

ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya pula akan lebih berpeluang menceburi

pekerjaan dalam bidang-bidang profesional atau yang mencabar serta lebih menjamin

masa depan mereka.

Page 19: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

2

Masyarakat khususnya ibu bapa sendiri meletakkan sekolah sebagai sebuah

institusi formal yang bertanggung jawab dalam memberikan pendidikan awal kanak-

kanak. Menyedari hal ini pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia

sentiasa berusaha untuk menyediakan peluang-peluang pendidikan yang terbaik serta

berkualiti kepada semua rakyat di negara ini. Bahkan mutakhir ini kita dapat lihat bahawa

pendidikan di negara kita adalah lebih bersifat holistik dengan hasrat bagi melahirkan

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu bagi mencapai tahap kecemerlangan di sesebuah sekolah,

pemimpin atau lebih tepat guru besar di sekolah kebangsaan telah dikenal pasti amat

berperanan dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Hussein Mahmood (1993),

mengatakan dalam usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan,

kepimpinan pengetua atau guru besar dilihat sebagai satu faktor utama yang

mempengaruhinya. Kajian yang dilakukan oleh Hussein Mahmood (1993), telah

menunjukkan para pengetua sekolah yang kurang berkesan atau kurang berjaya bersikap

kurang positif terhadap usaha untuk memajukan diri mereka sendiri dari segi keilmuan

profesional.

Selalunya, apabila berbicara tentang pemimpin atau pengurus, ianya amat sinonim

dengan kaum lelaki. Namun dalam era globalisasi ini keadaan telah berubah dimana

peranan wanita telah semakin meluas dan menyerlah dalam pelbagai bidang. Jika pada

satu ketika dahulu, tempat wanita dikatakan hanya sesuai di rumah dan hanya berfungsi

sebagai suri rumah sepenuh masa tetapi pada hari ini mereka bukan sahaja berperanan

sebagai isteri, ibu atau anggota masyarakat tetapi sebagai wanita bekerjaya malahan telah

mendapat kepercayaan sebagai pemimpin di beberapa organisasi termasuklah dalam

bidang kemasyarakatan serta politik.

Kaum wanita kini semakin berani untuk tampil dan menceburkan diri di dalam

bidang atau aktiviti yang lebih mencabar serta sofisticated. Mereka juga telah berfikiran

jauh ke hadapan dan mula mengorak langkah untuk sama-sama berganding bahu dengan

kaum lelaki dalam menghadapi liku-liku hidup dan juga mampu memikul tugas dan

Page 20: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

3

tanggung jawab yang lebih berat bukan sahaja di kalangan keluarga tetapi juga dalam

masyarakat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, dianggarkan pada

tahun 2005, 48 peratus tenaga kerja wanita menyumbang sebanyak 50 peratus daripada

pendapatan keluarga. Kajian ini menyatakan 65 peratus wanita bekerjaya adalah juga

wanita yang menguruskan rumah tangga. (Kamariah Wahab, 2007). Walaubagaimana-

pun didapati ramai wanita lebih terlibat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kecantikan,

fesyen, peragaan, perkhidmatan, perkeranian, dan lain-lain bidang yang kurang berisiko.

Ini dilihat selari dengan sifat wanita yang pada umumnya dikaitkan dengan sifat lembut,

teliti, penyayang, tekun, sabar dan seumpamanya.

Menurut Owen (1998), di Australia, kewujudan dan pengaruh pekerja wanita di

tempat kerja semakin ketara. Semenjak kebelakangan ini, berdasarkan ILO (1997) dalam

Vilkinas (2000), pekerja wanita dianggarkan memegang hampir 25 peratus jawatan di

bahagian pengurusan dan 43 peratus jawatan di bahagian pengurusan atasan. Jumlah ini

dijangkakan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Dewasa ini terdapat juga segelintir golongan wanita yang telah berani menyahut

cabaran serta mengambil risiko bagi menceburi bidang kerjaya yang dahulunya hanya

dimonopoli oleh golongan lelaki, misalnya dalam pertahanan, keselamatan, kejuruteraan

dan lain-lain bidang yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi hinggalah

ke peringkat pengurusan tertinggi dalam pelbagai organisasi termasuklah sebagai

pemimpin politik yang bukan sahaja terlibat di peringkat akar umbi malahan hingga ke

peringkat antarabangsa.

Page 21: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

4

1.2 Latar belakang Masalah

Pepatah Melayu yang mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian, dapat

menggoncang dunia ’, menggambarkan antara keistimewaan dan kelebihan kaum wanita.

Walaupun pada zahirnya tampak lemah dan sering dilihat lebih sesuai menjadi pembantu

kepada pihak lelaki, hakikatnya pengaruh serta kesan kehadiran mereka mampu

mengubah banyak perkara terutama dalam sesuatu bidang atau kerjaya yang di ceburi

wanita. Walaupun terdapat prasangka terhadap wanita intelek dari zaman berzaman,

namun masih terdapat ramai wanita yang mempunyai ketabahan dan kecekalan hati

untuk berjaya dalam kerjaya.

Pada hari ini, kita dapat lihat semakin ramai pemimpin dari kaum wanita yang

telah berjaya menempa nama serta menjadi pemimpin terkenal di dunia antaranya pada

tahun 2006, Ellen Johnson Sirleaf telah diberi kepercayaan sebagai Presiden Liberia,

Michele Bachelet di Chile, Indira Ghandi di India malah Margaret Thatcher yang diberi

jolokan ‘wanita besi’ juga pernah berkuasa dan menjadi Perdana Menteri England pada

satu ketika dahului. Namun masih ada lagi pihak yang masih kurang yakin serta

mempertikaikan kemampuan wanita sebagai pemimpin dan beranggapan bahawa wanita

tidak mampu bertindak serta melaksanakan peranan sebagaimana pemimpin lelaki. Maka

tidak hairanlah hingga ke hari ini dalam sesetengah masyarakat masih wujud fenomena

siling kaca (glass ceiling) di tempat kerja. Fenomena ini menunjukkan wujudnya satu

keadaan dimana wanita mendapat layanan yang berbeza di tempat kerja berbanding

dengan lelaki seperti peruntukan gaji yang lebih kecil, keperluan serta pandangan wanita

diketepikan, peluang kenaikan pangkat atau peningkatan dalam kerjaya disekat dan

sebagainya malah lebih menyedihkan dikatakan sebagai warga kelas kedua hanya kerana

mereka adalah wanita.

Dalam konteks negara kita, wanita Malaysia boleh dianggap agak bertuah kerana

peranan mereka telah mendapat pengiktirafan dan telah ke hadapan dalam banyak aspek

termasuk pekerjaan, pendidikan, ekonomi, sosial bahkan dalam politik negara juga. Ini

merupakan sesuatu yang amat membanggakan kaum wanita apabila penyertaan dan

Page 22: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

5

sumbangan mereka dalam pembangunan negara tidak diketepikan. Berdasarkan kepada

Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia (2000), daripada 49.1 peratus atau 12.4 juta

penduduk di negara ini adalah wanita iaitu hampir separuh daripada keseluruhan

penduduk. 7.2 juta adalah dalam umur bekerja iaitu antara 15 hingga 64 tahun. Daripada

jumlah itu, 3.3 juta atau 46.7 peratus menyumbang kepada guna tenaga negara yang

mana sumbangan wanita paling besar adalah dalam bidang pengeluaran sebanyak 22.7

peratus, perkeranian 17.6 peratus, pertanian 13.9 peratus, profesional 13.6 peratus dan

lain-lain 14.5 peratus. Hasil penyelidikan turut mendapati di sektor awam, bilangan

wanita dalam pengurusan dan profesional telah mencapai 54.2 peratus berbanding 45.8

peratus adalah lelaki.

Untuk menjadi pemimpin yang berkesan khususnya dalam bidang pendidikan pada

alaf baru ini bukanlah satu tanggung jawab yang mudah. Dalam usaha untuk

memartabatkan semula sekolah sebagai pusat asas melahirkan pelajar cemerlang dari segi

akademik dan moral, guru besar memainkan peranan utama dalam usaha untuk

membentuk jati diri pelajar serta melahirkan modal insan cemerlang.

Sebagaimana pentingnya peranan yang dimainkan oleh guru besar lelaki, peranan

guru besar wanita juga tidak boleh diperkecilkan kerana pada hari ini bilangan guru

besar wanita telah semakin ramai. Mengambil contoh di daerah Kluang dari lima puluh

buah sekolah kebangsaan, dua belas darinya dipimpin oleh guru besar wanita.

Sungguhpun bilangan guru besar lelaki masih melebihi bilangan guru besar wanita tetapi

ianya telah menunjukkan peningkatan dari semasa kesemasa.

Keberkesanan kepimpinan guru besar tidak seharusnya hanya diukur atau dinilai

dari aspek gender semata-mata tetapi sebaliknya perlu dilihat dari segi kebolehan

menjalankan tugas termasuklah mempunyai ilmu yang luas, kepintaran dalam membuat

keputusan yang bijak dan tepat, kebolehan teknikal yang tinggi, berkebolehan mengurus

dan mengatur serta mentadbir organisasi, kemahiran interpersonal, berwibawa, beretika

serta mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan dan seumpamanya.

Page 23: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

6

1.3 Pernyataan masalah

Guru besar yang berjaya merupakan individu yang dapat memimpin sub

ordinatnya ke arah pencapaian objektif sekolah. Namun masih lagi wujud beberapa

persoalan mengenai isu wanita dalam kepimpinan iaitu adakah wanita boleh menjadi

guru besar yang berkesan ? Apakah tahap keberkesanan gaya kepimpinan yang

diamalkan oleh guru besar wanita ? Apakah hubungkait antara gaya kepimpinan guru

besar wanita dengan komitmen guru di sekolah? Adakah guru besar wanita dapat

memimpin guru-guru agar dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada sekolah ?

Guru-guru yang mempunyai tahap komitmen yang tinggi sudah pasti dapat

mengurangkan masalah- masalah dalam sesebuah sekolah seperti ketidakhadiran yang

serius hingga boleh melumpuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah,

datang lewat ke sekolah tanpa alasan, tidak masuk ke kelas pada waktu yang sepatutnya,

kurang bersemangat, kurang inisiatif, tidak menjalankan tugas dengan baik dan

seumpamanya. Sebaliknya guru yang mempunyai komitmen yang tinggi sudah tentu

dapat menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh

banyak pihak terutama dikalangan ibu bapa serta masyarakat secara amnya.

Perkara ini telah mendorong pengkaji untuk melihat apakah gaya kepimpinan

yang sering diamalkan oleh guru besar wanita di sekolah-sekolah dalam Zon Kluang

Barat , Kluang, Johor dan apakah tahap komitmen guru-guru di sekolah-sekolah

berkenaan. Disamping itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah hubungan gaya

kepimpinan guru besar dengan komitmen guru di sekolah-sekolah yang dikaji. Adakah

gaya kepimpinan guru besar wanita mempengaruhi komitmen guru ? Selain dari itu,

persoalan ini juga telah membangkitkan rasa ingin tahu pengkaji untuk mengenalpasti

apakah gaya kepimpinan yang paling mempengaruhi tahap komitmen guru di sekolah-

sekolah yang dipilih.

Page 24: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

7

1.4 Objektif kajian

Adalah diharapkan kajian ini akan menghasilkan penemuan yang bermenafaat

kepada pelbagai pihak dan dapat menjelaskan lagi kemusykilan yang timbul. Secara

khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.4.1 Mengenalpasti jenis gaya kepimpinan yang sering diamalkan oleh guru besar

wanita di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.

1.4.2 Melihat tahap komitmen guru terhadap sekolah yang dipimpin oleh guru besar

wanita di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.

1.4.3 Melihat hubungan diantara gaya kepimpinan guru besar wanita dengan

komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat,

Kluang, Johor.

1.4.4 Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita yang paling mempengaruhi

komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat,

Kluang, Johor.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dinyatakan di atas, kajian yang akan

dijalankan ini adalah untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :

1.5.1 Apakah jenis gaya kepimpinan yang sering diamalkan oleh guru besar wanita

di sekolah- sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor?

Page 25: NORMALA BINTI SHAMSUDIN - fp.utm.my · GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR NORMALA

8

1.5.2 Apakah tahap komitmen guru di sekolah yang dipimpin oleh guru besar wanita

di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor ?

1.5.3 Sejauh manakah hubungan diantara gaya kepimpinan guru besar wanita dengan

komitmen guru di sekolah-sekolah dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor

1.5.4 Antara dua jenis gaya kepimpinan guru besar wanita iaitu struktur tugas dan

timbangrasa, yang manakah paling mempengaruhi komitmen guru di sekolah-

sekolah kebangsaan Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.

1.6 Kepentingan kajian

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk cuba memberikan sedikit sebanyak

gambaran dan penjelasan tentang persoalan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat

sejauh mana keberkesanan sekolah di bawah kepimpinan guru besar wanita. Kepentingan

kajian ini meliputi beberapa perkara seperti berikut :

1.6.1 Mengumpul maklumat berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru

besar wanita bagi rujukan sekolah-sekolah yang dikaji.Hasil kajian ini diharap

dapat memberi panduan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran serta prestasi kerja guru besar wanita.

1.6.2 Dapatan kajian dapat menyumbang serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan

berkaitan gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen

guru di sekolah yang diharap dapat memberikan satu implikasi mengenai isu

keberkesanan wanita sebagai pemimpin.