new microsoft office powerpoint presentation
DESCRIPTION
cthTRANSCRIPT
JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI
Akt
if
• Lidah• Bibir• Lelangit
lembut• Gigi bawah P
asif
• Lelangit keras• Gigi atas• Gusi dalam
(gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi)
DAERAH ARTIKULASI
Merupakan kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi
Alat artikulasi yang sama menyentuh daerah artikulasi yang berlainan menghasilkan bunyi bahasa
yang berlainan
PELABELAN BUNYI BAHASA
Keadaan pita suara diambil kira Klasifikasi bunyi bersuara atau
tidak bersuara.
Bunyi konsonan mempunyai lafaz yang berbeza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya.
KonsonanVokal
Pengklasifikasian tidak berlaku
Kesemua bunyi vokal adalah bersuara kerana tiada
sekatan pengaliran udara semasa melafazkannya.
ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL
• Vokal
merupakan bunyi bersuara iaitu ketika
dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
boleh dibahagikan kepadasebarang gangguan. Vokal
tiga bahagian iaitu:
i. Vokal hadapan
ii. Vokal tengah
iii. Vokal belakang
1. Bahagian lidah yang berperanan, sama ada
bahagian depan, tengah atau belakang
lidah.
2. Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi,
rendah dan separuh rendah.
3. Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.
4. Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.
Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ini dapat
dirumuskan seperti yang berikut:
Carta Vokal
HURUF-HURUF VOKALASLI
a
o ui
e ə
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [ a ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas, proses berikut berlaku:
I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
IV.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
V.Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan: ajar, ayam
Tengah perkataan: paku, bakul
Akhir perkataan: kuda, lupa
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Separuh Sempit [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit, proses berikut berlaku apabila:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV.Pita suara bergetar.
V.Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan: ekor, enak
Tengah perkataan: leper, kekok
Akhir perkataan: sate, tauge
Vokal Tengah [ə]
I. Keadaan bibir hampar.
II. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-parudapat menggetarkan pita suara.
Contohya dalam perkataan seperti:
emak, sentuh, emas
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Sempit [ i ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan sempit, proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setingggi mungkin]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan
pita suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan : ibu
Tengah perkataan : bila
Akhir perkataan : tali
Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
a)Bibir dibundarkan.
b)Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui
hidung.
d)Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut menggetarkan pita suara.
e)Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti
dalam perkataan berikut:
i) Pada awalan perkataan - oleh, otak, orang
ii) Pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii)Pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato
Vokal Belakang Separuh Sempit
Proses Penghasilan Vokal Belakang Sempit [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang , proses yang berikut harus dilakukan;
a)Bibir dibundarkan.
b)Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d)Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e)Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u].
Contohnya;
i) Pada awalan perkataan: ubi, usung, unta, undur
ii) Pada tengah perkataan : buka, bubur, suka, lupa
iii)Pada akhiran perkataan : satu, batu, labu, kuku, bayu
Vokal Dialek
є ɔ ɑ
Proses Penghasilan Vokal Depan Separuh Luas [є]
Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses berikut turut berlaku :
a) Bibir dihamparkan separuh luas.
b)Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui hidung.
e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.
f)Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut:
i) Pada awal perkataan - elok, esok, ejek
ii) Pada tengah perkataan – beso, pelek
iii)Pada akhir perkataan - ude, tule
Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]
I. Bibir dibundarkan.
II. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ɔ] seperti dalam perkataan-
perkataan berikut : (daerah Kelantan)
i) Pada awalan perkataan - olok, otok
ii)Pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh
Vokal Belakang Separuh Luas
Proses Penghasilan Vokal Belakang Luas ()
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya
ke belakang terus-menerus.
c) Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung.
d)Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Contoh perkataan:
[gula] ( gulai,dialek sungai perak )