negeri sabah pekeliling perkhidmatan … belakang 2. bayaran insentif pedalaman adalah tertakluk...

14
1 NEGERI SABAH [ JPAN : 700-4/1 JLD.3(202)] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 11/2017 BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP) TUJUAN 1. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif Pedalaman (BIP). LATAR BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.

Upload: duonganh

Post on 02-Jul-2019

293 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

1

NEGERI SABAH

[ JPAN : 700-4/1 JLD.3(202)]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 11/2017

BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP)

TUJUAN

1. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang

pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif

Pedalaman (BIP).

LATAR BELAKANG

2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

3. Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan

pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan

pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.

8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran

Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam

Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah

sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.

Page 2: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

2

4. Dengan mengambil kira pembangunan yang telah dilaksanakan oleh

kerajaan terhadap kawasan pedalaman di negeri Sabah dalam tempoh 15 tahun

(2000 – 2015), terdapat keperluan untuk mengkaji semula 730 kawasan

pedalaman yang telah diiktiraf, untuk menentukan sama ada kawasan tersebut

masih layak dikategorikan sebagai kawasan pedalaman atau sebaliknya.

HASIL PENILAIAN KAWASAN PEDALAMAN

5. Penilaian telah dijalankan terhadap 730 kawasan sedia ada dan 32

kawasan permohonan baharu, hasil daripada penilaian adalah seperti berikut:

5.1 Sebanyak 578 kawasan yang mendapat markah penilaian 49% ke

bawah telah digugur taraf sebagai kawasan pedalaman; dan

5.2 Sebanyak 184 kawasan yang mendapat markah penilaian 50% ke

atas layak dikekalkan dan diiktiraf sebagai kawasan pedalaman

negeri Sabah seperti dalam Lampiran A.

SYARAT BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN

6. Bayaran Insentif Pedalaman sebanyak 10% daripada gaji pokok dibayar

kepada pegawai yang diarah bertugas di kawasan pedalaman tertakluk kepada

syarat-syarat seperti berikut:-

(i) diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman;

(ii) tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan

(iii) berkhidmat selama tempoh satu bulan kalendar atau lebih di

kawasan pedalaman.

Page 3: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

3

7. Pegawai yang bertugas di kawasan pedalaman tetapi tidak tinggal di

kawasan berkenaan, boleh dipertimbangkan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP)

tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

(i) rumah kerajaan tidak disediakan atau rumah kerajaan di kawasan

tersebut tidak mencukupi dan tidak ada rumah awam untuk disewa;

(ii) menghadapi masalah keluarga jika tinggal di kawasan pedalaman;

(iii) kawasan pedalaman tersebut tidak mempunyai kemudahan asas

serta kemudahan awam; dan

(iv) mendapat kebenaran tinggal di luar kawasan pedalaman daripada

Ketua Jabatan.

8. Agensi yang tidak disenaraikan dalam kawasan yang diiktiraf sebagai

kawasan pedalaman boleh dipertimbangkan untuk menerima Bayaran Insentif

Pedalaman (BIP) setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah

berkenaan.

TARIKH KUAT KUASA

9. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 April 2018.

PEMAKAIAN

10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua

Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

Page 4: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

4

PEMBATALAN

11. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka Pekeliling-

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah seperti yang berikut dibatalkan.

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3/1986

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2/1988

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/1989

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/1994

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.10/1994

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000

12. Surat-surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

Malaysia seperti berikut tidak lagi diguna pakai.

Surat JPA(S)1511/1 KLT.5(58) bertarikh 25 Ogos 2004

Surat JPA(S)1511/1 KLT.6(56) bertarikh 1 Mac 2007

Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(11) bertarikh 28 Januari 2009

Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(31) bertarikh 13 Disember 2010

Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Jld.9(14) bertarikh 9 Mac 2015

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ( TAN SRI SUKARTI BIN WAKIMAN ) Setiausaha Kerajaan Negeri Tarikh: 28 Disember 2017

Page 5: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

5

s.k. Setiausaha Tetap

Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Blok C, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat

88400 KOTA KINABALU

Jabatan Bendahari Negeri Sabah

Level 8,9,10 dan 11, Blok A

Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat

88400 KOTA KINABALU

Pengarah Audit

Jabatan Audit

88990 KOTA KINABALU

Diedarkan kepada : Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri

Semua Ketua Jabatan Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri

Semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Semua Pegawai Daerah

Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil

Page 6: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

1

SENARAI KAWASAN PEDALAMAN NEGERI SABAH

Bil. Daerah Bil. Kawasan

1.

BANGGI

1.

Balambangan

2. Kapitungan

3. Kg.Palak

4. Laksian

5. Kampung Kobong/Loktuhog

6. Limbuak Darat

7. Limbuak Laut

8. Sabur

9. Dogoton

10. Pulau Tigabu

11. Pulau Malawali

12. Batu Layar

13. Semayan

14. Kerakit

15. Padang Maliu

2. KUDAT 1. Damparit (Dampirit)

Page 7: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

2

Bil. Daerah Bil. Kawasan

3.

PITAS

1. Bawing

2. Liu

3. Mapan-Mapan

4. Melubang

5. Pinapak

6. Mangkapon

7. Telaga

8. Nibang

9. Moringan

10. Monggis

11. Sosop

4. KOTA MARUDU 1. Tagibang

2. SK. Magandai

5. KOTA BELUD 1. Taburan

2. Rampayan Ulu

3. Pulau Mantanani

4. Bubuk

5. Siudon

6. RANAU 1. Tiang Lama

2. Tinanom

3. Kigiwit

4. Kampung Nasakot

5. Nawanon

6. Melinsau

7. Mangkapoh

8. Kawiyan

9. Kg. Karagasan

10. Kg. Gusi Ulu Sugut (kawasan baharu)

Page 8: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

3

Bil. Daerah Bil. Kawasan

7. TAMPARULI 1. Linungkuan

2. Giok

3. Rungus Nahaba

4. Saradan

8. TUARAN 1. Logub

2. Baru-Baru

3. Penimbawan

9. KOTA KINABALU 1. Kampung Ruminding

10. MEMBAKUT 1. Kampung Sinoko

2. Tamalang

3. Kampung Tiong

11. BEAUFORT 1. Jabang

2. Batu 65

3. Batu 60

12. SIPITANG 1. Long Pasia

2. Ulu Bole

Page 9: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

4

Bil. Daerah Bil. Kawasan

13.

TENOM

1.

Rundum

2. Kampung Ulu Tomani

3. Kampung Kungkular

4. Kampung Bakuku

5. Kampung Tinura / Mogunsop

6. Kampong Sumambu

7. Kampong Kapulu

8. Kampung Tilis

9. Kg. Kolorok (kawasan baharu)

14. SOOK 1. Pohon Batu

2. Kalampun

3. Nangkawangan

4. Bonor

5. Malaing

6. Simbuan

7. Kuala Kahaba

8. Mamagun

9. Binanon/Ulu Binanon

Page 10: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

5

Bil. Daerah Bil. Kawasan

15. NABAWAN 1. Saliliran

2. Ponontomon

3. Sibangali

4. Salinatan

5. Pangaraan

6. Layon

7. Batu Punggul

8. Tinanduk

9. Pekan Pensiangan

10. Babalitan

11. Saliku Sumatalun

12. Longongon

13. Salung/Buntulon

14. Sasandukan (kawasan baharu)

16. TAMBUNAN 1. Widu

2. Kaingaran

3. Monsok Tengah

4. Pegalan Kusob

5. Sintuong Tuong

6. Nukakatan

7. Kuala Namadan

8. Kuyungon/ Ragkam

9. Kitou

17. PENAMPANG 1. Buayan

2. Longkogungan

3. Terian

Page 11: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

6

Bil. Daerah Bil. Kawasan

18.

SANDAKAN

1.

Sg. Madang

2. Sepinong

3. Tanjung Batu

4. Pulau Timbang

5. Pulau Sanghai

6. Terusan Baru

7. Kampung Baru

8. Bongon Besar

9. Pitas

10. Tanjung Pisau

11. Gum Gum Kecil

12. Rancangan Lubuh

13. Kg. Pertanian

14. Segaliud

15. Sungai Tiram

16. Bambangan

17. Pulau Libaran

18. Nunuyan Laut

19. Pamaguan

20. Semawang (Sungai Monyet)

21. Pulau Selingan (kawasan baharu)

22. Pulau Bakungan Kecil (kawasan baharu)

23. Pulau Gulisan (kawasan baharu)

Page 12: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

7

Bil. Daerah Bil. Kawasan

19. KINABATANGAN 1. Balat

2. Tundon Bohangin

3. Kampung Sri Ganda

4. Kampung Abai

5. Kampung Sangau

6. Dagat (KKB)

7. Kg. Desa Permai

8. Kg. Litang

9. Ladang Temenggong

10. Ladang Sungai Bendera

20. BELURAN 1. Kampung Sungai-Sungai Sugut

2. Kampung Malalin

3. Kampung Tampat Sugut

4. Kampung Golong

5. Kampung Bawang

6. Kampung Lubang Buaya

7. Kampung Pantai Boring

8. Kampung Bukit Besi

9. Kampung Ulu Sapi

10. Kampung Abuan

11. Kampung Bintang Mas

12. Kampung Simpangan Paitan

13. Kampung Pinangkau

14. Kampung Maidan

15. Kampung Shariff Jambongan

16. Kampung Binsulung

17. Kg. Lingkabau

18. Kampung Monopod (Kawasan Baharu)

Page 13: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

8

Bil. Daerah Bil. Kawasan

21. TELUPID 1. Kampung Ansuan

2. Kampung Kopuron

3. Kampung Ulu Ansuan

22. TONGOD 1. Kampung Kironggu

2. Kampung Keramuak

3. Kampung Linayukan

4. Kampung Maliau

5. Kampung Saguon

6. Kampung Sogo-Sogo

7. Kampung Langkabong

8. Kampung Mangkawago

9. Kampung Masaum

10. Kampung Kenang-Kenangan

11. Imbak

12. Langkabong

13. Inarad

14. Tampasak

15. Menanam

Page 14: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN … BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian

LAMPIRAN A

9

Bil. Daerah Bil. Kawasan

23. TAWAU 1. Inderasabah

2. Sungai Pukul (Panglima Abdullah)

3. Brantian

4. Brumas

5. Luasong

24. LAHAD DATU

1. Sabah Koko (Kawasan baharu)

2. Lembah Danum (Kawasan baharu)

25. SEMPORNA 1. Sumandi

2. Dinawan

3. Omadal

4. Menampilik