napoleon: penerus atau pembantut revolusi

46
1 1.0 PENGENALAN Menurut buku terkenal karya tulisan Michael H. Hart yang bertajuk, “The 100: A Ranking on The Most Influential Person in History”, beliau telah meletakkan Napoleon Bonaparte sebagai manusia ke-33 paling berpengaruh sepanjang zaman, mengalahkan beberapa lagi nama besar dalam sejarah dunia ini seperti tokoh Plato, Adolf Hitler dan juga Asoka. 1 Napoleon Bonaparte merupakan watak utama dalam peristiwa revolusi perancis, revolusi yang paling utama dalam sejarah dunia terutamanya dalam lipatan sejarah eropah. Kehebatan beliau dalam sejarah bermula dari bawah, dari seorang askar berpangkat rendah beliau mendaki satu tangga demi satu tangga hingga menjadi seorang maharaja di perancis. Kehebatan beliau sepanjang hayatnya terutamanya ketika menjadi penyumbang kepada revolusi perancis dan sekaligus menjadi pemerintah paling berkuasa pada era tersebut telah membolehkan beliau mendapat pelbagai gelaran kemahsyuran seperti King of Italy, Mediator of Swiss Confederation, Protector of the Confederation of Rhine, dan Ruler of France. Era kegemilangan Napoleon di Perancis muncul ketika waktu kekacauan iaitu selama sepuluh tahun Revolusi Perancis berlaku. Ketika itu, hampir seluruh benua eropah berada dibawah jajahan takluknya dan semua itu dicapai melalui kebijaksanaan beliau dan sifat kepimpinan beliau terutamanya 1 Michael H. Hart, The 100: A Ranking On The Most Influential Person In History, New York: Carol Publishing Group Edition, 1993, hlm 181.

Upload: fahrurrazi93

Post on 07-Feb-2016

314 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

napoleon. revolusi perancis

TRANSCRIPT

Page 1: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

1

1.0 PENGENALAN

Menurut buku terkenal karya tulisan Michael H. Hart yang bertajuk, “The 100: A Ranking on

The Most Influential Person in History”, beliau telah meletakkan Napoleon Bonaparte

sebagai manusia ke-33 paling berpengaruh sepanjang zaman, mengalahkan beberapa lagi

nama besar dalam sejarah dunia ini seperti tokoh Plato, Adolf Hitler dan juga Asoka.1

Napoleon Bonaparte merupakan watak utama dalam peristiwa revolusi perancis, revolusi

yang paling utama dalam sejarah dunia terutamanya dalam lipatan sejarah eropah. Kehebatan

beliau dalam sejarah bermula dari bawah, dari seorang askar berpangkat rendah beliau

mendaki satu tangga demi satu tangga hingga menjadi seorang maharaja di perancis.

Kehebatan beliau sepanjang hayatnya terutamanya ketika menjadi penyumbang kepada

revolusi perancis dan sekaligus menjadi pemerintah paling berkuasa pada era tersebut telah

membolehkan beliau mendapat pelbagai gelaran kemahsyuran seperti King of Italy, Mediator

of Swiss Confederation, Protector of the Confederation of Rhine, dan Ruler of France.

Era kegemilangan Napoleon di Perancis muncul ketika waktu kekacauan iaitu selama

sepuluh tahun Revolusi Perancis berlaku. Ketika itu, hampir seluruh benua eropah berada

dibawah jajahan takluknya dan semua itu dicapai melalui kebijaksanaan beliau dan sifat

kepimpinan beliau terutamanya dalam hal melibatkan ketenteraan. Selain itu, sifat cold-

bloded beliau dalam membuat keputusan juga menyumbang kepada kejayaannya menakluk

hampir semua Negara dibenua eropah. Disebalik semua kejayaan yang telah dicapai yang

merangkumi perubahan dari segenap aspek termasuk social, politik dan ekonomi sesudah

revolusi perancis tersebut, beliau sebenarnya seorang yang sangat enigmatik dan hal ini

menimbulkan kontroversi dan perdebatan diantara sejarawan sehinggalah hari ini mengenai

diri beliau, sama ada beliau seorang pejuang sebenar revolusi perancis ataupun sebenarnya

pengkhianat kepada revolusi itu sendiri.

Persoalan ini timbul kerana sekiranya melihat dari satu sudut, sememangnya beliau

dilihat sebagai pejuang kepada revolusi perancis ini. Beberapa prinsip revolusi telah menjadi

panduan sepanjang beliau berkuasa seperti kesaksamaan didalam undang-undang, pemusatan

kuasa, pemusnahan pengaruh feudal, kebebasan beragama dan kejayaan berdasarkan

1 Michael H. Hart, The 100: A Ranking On The Most Influential Person In History, New York: Carol Publishing Group Edition, 1993, hlm 181.

Page 2: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

2

kebolehan dan bakat. Beliau juga menjaga kebajikan rakyat dibawah kekuasaanya seperti

membina infrastruktur pengangkutan, sekolah dan menjaga kebajikan para petani. Dari sisi

berikut sememangnya beliau layak digelar sebagai pejuang revolusi, tetapi dari satu sudut

lain juga, beliau lebih layak diangkat sebagai pengkhianat kepada revolusi perancis itu

sendiri. Hal ini dapat dilihat dengan jelas setelah beliau berjaya menjadi penguasa tertinggi

dibenua eropah dimana pada ketika itu beliau telah mengamalkan amalan nepotisme dan

kronisme dalam pemilihan pemimpin di tanah jajahan beliau. Selain itu, sifat pemerintahan

beliau yang kuku besi dan dictator serta tidak mengangkat unsur demokrasi juga jelas

menunjukkan bahawa beliau bukanlah pejuang revolusi yang tulen. Napoleon juga terlalu

taksub dengan peperangan yang merugikan negaranya sendiri dan membebankan askar-askar

beliau serta petani semata-mata bagi mememenuhi kebuasan beliau dalam peperangan. Disini

dapat kita lihat satu sisi beliau yang menunjukkan bahawa beliau adalah pengkhianat kepada

prinsip-prinsip revolusi. Menerusi penulisan yang bersifat neutral ini kita akan dapat melihat

perwatakan sebenar Napoleon selepas revolusi perancis berlaku sekaligus menilai sama ada

beliau adalah pejuang revolusi atau pengkhianat kepada revolusi perancis itu.

2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH NAPOLEON BONAPARTE DAN PRINSIP

REVOLUSI PERANCIS.

Sebelum melihat terus kepada persoalan penulisan ini, kita haruslah melihat terlebih dahulu

mengenai sejarah ringkas kehidupan Napoleon Bonaparte dan bagaimana beliau boleh mula

terlibat didalam revolusi perancis ini. Pemimpin besar dunia ini lahir pada 15 Ogos tahun

1769 di kota Ajaccio yang terletak di Bandar Corsica, Perancis.2 Tempat kelahiran beliau

pada asalnya adalah milik Genoa tetapi dibeli oleh Perancis beberapa tahun sebelum

kelahirannya. Lahir dari seorang keluarga bangsawan, bapanya seorang peguam bernama

Carlo Bonaparte dan ibunya bernama Letizia Ramolino. Bapanya pernah menjadi perwakilan

ketika perancis dibawah pemerintahan King Louis XVI. Napoleon Bonaparte adalah anak

kedua dari tujuh adik beradik. Seorang kakan bernama Joseph dan lima orang adik bernama

Lucien, Elisa, Louis, Pauline dan Jerome. Tokoh revolusi ini pada asalnya diberi nama

Napoleone di Bounaparte, yang berbunyi lebih kepada itali dan disebabkan hal itu beliau

mengubah namanya menjadi Napoléon Bonaparte yang lebih berbunyi Perancis.3

2 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 347.

3 Alan Axelrod, Napoleon, New York: Sterling Publishing, 2011, hlm. 1

Page 3: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

3

2.1 Pendidikan Awal Napoleon Bonaparte

Lahir didalam keluarga bangsawan yang kaya telah banyak memudahkan perjalanan hidup

Napoleon dan memberi lebih peluang kepada beliau untuk mendapatkan pendidikan. Ketika

berumur sepuluh tahun, beliau telah memasuki sebuah sekolah agama di Autun, Paris, untuk

belajar bahasa Perancis, dan pada tahun yang sama juga beliau sudah mula mendaftar di

sebuah akademi ketenteraan di Brienne-le-Château dan tamat latihan pada tahun 1784.

Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya didalam ilmu ketenteraan di sebuah sekolah

elit di Paris iaitu  École Militaire  dan tamat pada tahun 1785 ketika usianya 16 tahun dan

berjaya menjawat jawatan leutanant kedua dalam tentera perancis.4 Napoleon Bonaparte

merupakan seorang genius didalam mata pelajaran sejarah, geografi dan matematik.

2.2 Penglibatan Awal Napoleon Bonaparte Dalam Ketenteraan dan Politik Perancis

Setelah menamatkan pelajarannya pada tahun 1985, Napoleon Bonaparte kembali ke

kampong halamannya di Corsica buat seketika. Pada tahun 1793, beliau kembali ke perancis

dan bermula dari tahun itulah nama beliau mula dikenali terutamanya selepas beliau

menyertai satu pertempuran di Toulon dalam usaha perancis untuk mendapatkan kembali

bandar tersebut dari Inggeris. Kehebatan Napoleon didalam peperangan telah sampai ke

telinga Jacobin, seorang pemimpin gerakan politik yang sangat berpengaruh pada saat itu di

Perancis. Pada tahun 1794, Negara Perancis sedang bergolak dan sedang menempuhi zaman

yang digelar the Reign of Terror yang telah menyebabkan ramai rakyat perancis terkorban.5

Keadaan kacau bilau ini telah diambil kesempatan oleh Napoleon Bonaparte untuk beliau

membina tapak didalam pentas politik dengan menjadi hero terutamanya ketika beliau

Berjaya menyelamatkan percubaan bunuh keatas Gabenor Perancis.

Diatas sumbangan beliau ketika itu, pada tahun 1795, beliau telah diberi gelaran The

Commander of the Army of the Interior dan sekaligus mendapat jawatan sebagai penasihat

agung ketenteraan di Perancis, suatu jawatan yang cukup tinggi untuk usia beliau yang masih 4 Michael H. Hart, The 100: A Ranking On The Most Influential Person In History, Carol Publishing Group Edition: New York. 1993, Hlm 181.

5 Ensiklopedia bebas (free encyclopedia) Indonesia “tokoh-tokoh yang berpengaruh besar di dunia”.2002.Erlangga.hlm 57

Page 4: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

4

muda. Tugas besar beliau selepas itu adalah dengan menjadi Komando tentera perancis di

Itali. Pada tahun tersebut, Napoleon telah memimpin seangkatan tentera berjumlah 30 000

orang untuk menakluk bumi Itali dan beberapa Negara lain disekelilingnya. Tidak cukup

dengan penaklukan di bahagian eropah, kehebatan kepimpinan Napoleon Bonaparte

berterusan dengan penaklukan Negara di timur tengah pula seperti di Mesir. Penaklukan-

penaklukan yang beliau lakukan ini adalah untuk memberi saingan kepada kuasa inggeris

yang merupakan kuasa besar pada ketika itu. Kejayaan beliau memimpin operasi ketenteraan

telah dijadikan patform untuk beliau menjadi pemimpin utama di Perancis.

2.3 Revolusi Perancis dan prinsipnya

Revolusi Perancis 1789 merupakan antara revolusi paling penting dalam sejarah peradaban

dunia yang mana lebih penting dari revolusi Inggeris dan revolusi Amerika dan dianggap

sebagai tembok pemisah antara kehidupan Eropah lama dan moden.6 Revolusi ini telah

berlangsung selama sepuluh tahun dan ia juga dilihat sebagai titik kemuncak kepada

kesedaran nasionalisme, gerakan anti pemerintahan beraja dan pencapaian gagasan

kedaulatan rakyat.

Sebelum menjawab terus kepada persoalan utama penulisan ini, kita haruslah memahami

terlebih dahulu apakah prinsip-prinsip revolusi yang dibawa dan diperjuangkan. Hal ini

adalah sangat penting kerana prinsip ini merupakan kayu pengukur dalam melihat perjuangan

Napoleon selepas itu sama ada beliau meneruskan prinsip revolusi ini ataupun sebaliknya.

2.4 Prinsip dan Perjuangan dalam Revolusi Perancis

Didalam revolusi 1789 ini, prinsip-prinsip revolusi yang diperjuangkan dapat dilihat dalam

beberapa aspek seperti ekonomi, social dan politik. Prinsip-prinsip perjuangan revolusi ini

dapat dilihat didalam kandungan Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan yang dirangka oleh dewan

6 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985, Kuala Lumpur, hlm. 1

Page 5: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

5

perhimpunan ketika revolusi berlaku.7 Dewan Perlembangaan telah meluluskan

Perisytiharaan Hak-Hak kemanusiaan selepas lama diperdebatkan untuk dijadikan sebagai

sebagai perlembagaan8. Deklarasi ini secara rasminya diisytiharkan pada 4 Ogos 1789.

Deklarasi Hak Asasi Manusia ini dirangka bagi menjamin hak setiap golongan di perancis

tanpa mengira jantina, status, umur dan bangsa terjamin. Terdapat sebanyak 16 fasal atau

perkara yang dimasukkan didalam deklarasi ini yang mana ianya dapat difokuskan kepada

tiga prinsip utama iaitu kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Hal ini adalah bertentangan

dengan peraturan lama ketika zaman sebelum revolusi dimana pada ketika itu setiap individu

pada dasarnya mempunyai hak yang diiktiraf oleh undang-undang atau adat, tetapi hak-hak

mereka adalah berbeza dan bergantung kepada kategori sosial yang dimiliki oleh mereka. 9

Terdapat lima jenis hak asasi manusia yang digariskan dalam deklarasi ini iaitu yang

pertama adalah dari aspek kebebasan. Kebebasan disini merangkumi kebebasan berucap,

bersuara, berfikir dan beragama. Hak asasi yang kedua ialah tiada sesiapa pun dinafikan

kebebasan atau hak memiliki harta benda melainkan dia dituduh melanggar undang-undang.

Ketiga, undang-undang harus dibuat oleh perwakilan yang mewakili semua warganegara atau

berdasarkan aspirasi rakyat. Keempat cukai hanya boleh dikenakan setelah mendapat

persetujuan dari majoriti rakyat dan kelima Kedaulatan menjadi milik seluruh negara dan

bukan kepada raja. Melalui deklarasi ini, semua aspirasi gerakan penyerlahan yang

merangkumi hak semulajadi, kontrak sosial, persamaan dan kedaulatan popular dipindahkan

pada abad ke-19. Buat pertama kali dalam sejarah dunia, penghormatan kepada hak-hak

kemanusiaan diisytiharkan secara rasmi sebagai prinsip order antarabangsa.

Prinsip disini juga bermaksud aspirasi rakyat pada ketika itu. Perkara pokok yang

rakyat perancis mahukan pada ketika itu sudah semestinya sebuah kerajaan yang kuat dan jitu

yang dipilih oleh suara mereka sendiri. Sebuah kerajaan yang berjiwakan rakyat, yang selalu

membantu menaikkan ekonomi rakyat tanpa mengira status. Revolusi ini juga mempunyai

slogan perjuanganya tersendiri iaitu “Liberty, Equality and Fraternity” dan diterjemahkan

melalui deklarasi hak kebebasan ini.

2.4.1 Prinsip Kebebasan(Liberty)

7Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 189.

8 Ford L. Franklin, Europe 1780-1830, 1970, London: Longmans, Green And Co Ltd. hlm 109.

9 R. R. Palmer, The World Of The French Revolution, George Allen & Unwin Ltd, London, 1971, hlm. 34

Page 6: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

6

Prinsip utama yang diperjuangkan didalam revolusi perancis ini adalah prinsip

kebebasan bagi setiap penduduk. Rakyat tidak mahukan peraturan dan kongkongan

melampau dari pihak pemerintah mahupun hal lain seperti agama dan tradisi. Perkara tersebut

sememangnya diamalkan sebelum revolusi perancis itu tercetus dimana system pemerintahan

monarki mutlak telah memaksa rakyat bawah menurut segala kata-kata raja tanpa hak untuk

melawan kembali. Aspek kebebasan lain yang merangkumi prinsip ini juga adalah kebebasan

dalam berucap, bersuara, berfikir dan beragama. Rakyat juga mahukan kebebasan dalam

memiliki tanah dan mengumpul kekayaan.

Prinsip kebebasan ini juga merangkumi aspek kebebasan dalam membuat keputusan,

hal ini bermakna mana-mana pihak seperti pihak istana mahupun gereja tidak berhak untuk

menentukan keputusan seseorang.10 Lebih daripada itu, keputusan untuk menganut mana-

mana agama juga adalah hak individu yang tidak boleh dipaksa-paksa. Semua peraturan-

peraturan feudal yang sebenarnya merupakan sebuah diskriminasi ini dituntut untuk

dihapuskan melalui revolusi perancis ini. Prinsip atau idea mengenai kebebasan ini

sebenarnya banyak juga dipengaruhi oleh perjuangan ahli falsafah dan intelektual yang

terkenal pada ketika itu seperti Montesquieu, Voltaire dan Rousseau. Ketiga-tiga mereka

memperjuangkan konsep pemikiran yang hamper sama iaitu mengenai kebebasan dalam

kehidupan. Hal ini sangat bertentangan dengan konsep absolute monarki yang diguna pakai

dalam pemerintahan perancis pada ketika itu dan inilah antara prinsip revolusi yang

diperjuangkan oleh pejuang revolusi perancis pada ketka itu.11

2.4.2 Prinsip kesaksamaan individu(Equality)

Prinsip ketiga yang ditekankan adalah prinsip kesaksamaan individu. Revolusi

menuntut agar setiap individu itu adalah sama dibawah undang-undang dan tiada diskriminasi

dibawah undang-undang yang dibenarkan. Hal ini bermaksud, system susun lapis masyarakat

feudal ataupun system kelas yang memberikan kekebalan kepada golongan atasan sebelum

10 Qasim Ahmad, Pemikiran Kesedaran: Satu Garis Pemisah Revolusioner, Dlm Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 61.

11 Blanning, T.C.W. the French revolution: Aristocrats vs bourgouis? London: Macmillan Education, 1987, hlm 19.

Page 7: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

7

ini haruslah dihapuskan dan sesiapa yang membuat salah haruslah dibeikan hukuman yang

sama tanpa mengira status. Ramai sarjana menyetujui bahawa aspek kesaksamaan ini

merupakan antara prinsip paling utama yang diperjuangkan didalam revolusi malah Marcel

reinhard mengatakan bahawa bukan aspek kebebasan punca utama tercetusnya revolusi ini,

tetapi aspek kesaksamaan dalam kalangan masyarakat yang paling dituntut dalam revolusi

ini.12 Faktor kesaksamaan ini juga bermaksud pemusnahan jurang diantara golongan atasan

dan bawahan yang sebelum ini begitu ketara perbezaannya.13

Prinsip kesaksamaan individu juga dapat dilihat dalam aspek kerjaya berdasarkan

bakat. Ketika pemerintahan monarki mutlak, kedudukan seseorang itu adalah berdasarkan

darah ataupun keturunan seseorang itu. Mereka menetapkan bahawa setiap manusia itu

disusun dan dibahagikan mengikut fungsi dan darjat keturunan yang ketat. Sehebat manapun

seseorang itu, tetapi sekiranya dia bukan dari keturunan yang tinggi, maka individu tersebut

tidak layak untuk mendapat kekayaan. Walaubagaimanapun, didalalm revolusi ini, mereka

menuntut agar kejayaan seseorang itu adalah berdasarkan akal dan bakat. Mereka percaya

hanya kebolehan dan keupayaan akal manusia itu sendirilah yang dapat menentukan status

atau kedudukan seseorang individu. Perkara ini lah yang dikatakan sebagai bakat dan ini

merupakan ideology yang dibawa oleh ahli falsafah dan intelektual pada ketika itu. Oleh itu,

mereka menolak pembahagian masyarakat secara tradisional yang berdasarkan kelas atau

ukuran pangkat kebangsawanan, sebaliknya menekankan perbezaan yang berdasarkan kepada

kebolehan akal dan intelektualisme.14

2.4.4 Prinsip kesaudaraan rakyat(Fraternity)

Bagi prinsip kesaudaraan rakyat ini mungkin tidak dapat dilihat dengan jelas dalam deklarasi

hak-hak kemanusiaan. Perkataan kesaudaraan rakyat disini bersifat ‘ambigous’ iaitu boleh

membawa kepada beberapa maksud. Antara maksud yang bertepatan adalah jurang

kedudukan rakyat bawahan dan atasan semakin rapat. Hal ini dapat dilihat dalam deklarasi

apabila setiap rakyat mempunyai hak melalui wakil mereka untuk gubal undang-undang dan

12 Marcel Reinhard, Dlm, Peter Amann, The eighteen century revolution: France or western, USA: D.C Heath & co, 1963, hlm. 20

13 R. R. Palmer, The World Of The French Revolution, George Allen & Unwin Ltd, London, 1971, hlm. 57

14 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm.1

Page 8: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

8

apabila rakyat diberikan hak untuk menentukan sesebuah cukai itu samaada diterima atau

tidak. Hal ini menunjukkan persaudaraan diantara setiap rakyat dan sama-sama mempunyai

peranan dalam mentadbir Negara dan bukannya diserahkan kepada golongan atasan sahaja.

Prinsip kesaudaraan juga dapat dilihat apabila setiap golongan, setiap puak, dan etnik

diperancis dilayan secara samarata dan dianggap bersaudara. Selain itu, prisip lain yang juga

terdapat dalam revolusi perancis ini adalah konsep pemusatan kuasa dan budaya pemodenan.

Pemusatan kuasa bermaksud haruslah ada satu kuasa utama yang memerintah Negara

perancis ini yang mana ianya haruslah dilantik melalui proses demokrasi dan suara rakyat.

Pemodenan pula bermaksud haruslah ada keterbukaan dalam menerima segala cabang ilmu

dari luar dan digunapakai demi memajukan empayar Negara perancis.

3.0 NAPOLEON BONAPARTE SEBAGAI PEJUANG REVOLUSI

Kemasukan Napoleon Bonaparte didalam sistem pemerintahan politik di Perancis dapat

dilihat secara rasmi ketika peristiwa cuop d’etat 18 Brumaire yang berlaku pada 9 November

1799. Peristiwa ini adalah peristiwa rampasan kuasa yang dilakukan secara bersama oleh

Napoleon dan badan pengarah di perancis yang diwakili oleh Abbe Siyes. Rampasan kuasa

ini telah menyebabkan tertubuhnya kerajaan sementara dan Napoleon ketika itu berjaya

meyakinkan majority untuk menjadi Konsul pertama dan dua lagi jawatan konsul

dibawahnya diisi oleh penyokong setianya iaitu Abbe Siyes dan Roger Ducos.15 Walaupun

terdapat tiga konsul, tetapi yang berkuasa penuh hanyalah konsul pertama, dan dua lagi

konsul yang lain adalah sebagai penasihat sahaja.16 Jawatan yang disandang Napoleon ketika

ini adalah cukup besar dan membolehkan beliau untuk menggubal dan melaksanakan

undang-undang baru. Pada tahun 1802 pula beliau menggelarkan dirinya sebagai konsul

pertama sepanjang hayat dan dua tahun selepas itu menaiktarafkan sendiri kedudukan beliau

sebagai maharaja seluruh Perancis. Didalam melihat bukti bahawa Napoleon mereupakan

seorang pejuang revolusi, adalah lebih mudah sekiranya ianya dibahagikan kepada tiga aspek

utama iaitu politik, ekonomi dan social.

15 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 350.

16 George W. Southgate, A text book of Modern European History: 1789-1960,London: J.M.Dent and Sons Ltd, 1964, hlm 25.

Page 9: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

9

3.1 Politik

Sebelum revolusi perancis bermula, system politik yang diamalkan adalah system beraja

berkuasa mutlak. Oleh kerana kuasa pemerintah itu adalah mutlak, maka penganiayaan itu

sering berlaku terutamanya kepada rakyat bawahan. Disebabkan perkara inilah maka revolusi

perancis tercetus, dan apabila revolusi bermula iaitu pada tahun 1789, berlakunya

kekosongan didalam tampuk tertinggi pemerintahan perancis dan hal ini menyebabkan

berlakunya kekacauan dek kerana terlalu banyak munculnya parti-parti politik yang mahu

berkuasa. Kekacauan yang berlaku ini sehingga menyebabkan banyak kematian berlaku.

Disinilah munculnya sosok tubuh bernama Napoleon yang dilihat sebagai harapan oleh

rakyat perancis untuk meneruskan revolusi dan memerintah Perancis. Beliau telah dipilih

sendiri oleh rakyat dan ahli politik untuk menjadi pemerintah Perancis yang baru.17

3.1.1 Pemusatan kuasa dan peluasan empayar

Bukti pertama yang menunjukkan Napoleon sebagai pejuang revolusi didalam aspek politik

adalah apabila beliau berusaha untuk menyatukan empayar perancis dalam suatu kuasa pusat

dan dalam pada masa yang sama meluaskan pengaruh empayarnya ke negara-negara lain di

sekitar eropah. Napoleon Bonarparte menyusun semula bentuk sistem pemerintahan dan

pentadbiran di Perancis yang kacau bilau pada ketika itu supaya urusan pentadbiran lebih

senang untuk dijalankan. Pembentukan kerajaan baru telah mendapat sokongan yang tinggi

daripada seluruh rakyat Perancis yang mahukan seseorang pemimpin yang dapat memberi

perlindungan kepada mereka. Pembentukan kerajaan baru ini diketuai oleh tiga orang konsul,

dan Napoleon sebagai Konsul pertama, iaitu pemerintah tertinggi dan dibawahnya terdapat

dua lagi konsul yang berfungsi sebagai penasihat beliau. Napoleon juga telah menubuhkan

badan kabinet yang dinamakan sebagai council of state yang didalamnya dibahagikan lagi

kepada lima cabang iaitu peperangan, ketenteraan laut, hal ehwal dalam negeri,

legislative,dan kewangan. Setiap individu yang telibat didalam badan ini dilantik sendiri oleh

Napoleon yang mana kebanyakannya terdiri daripada peguam, juri, golongan intelektual dan

pakar dalam hal pentadbiran. Tugas utama badan cabinet ini adalah untuk merangka polisi

17 Helbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 60.

Page 10: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

10

dan undang-undang yang berkaitan. Pembahagian secara sistematik ini sangat penting bagi

memastikan tugas-tugas pentadbiran berjalan dengan lancar.18

Rakyat perancis mahukan sebuah kerajaan yang kuat yang mampu memberi

perlindungan dari segala macam ancaman luar. Usaha pemusatan dan pengukuhan kuasa

Napoleon Bonaparte ini diteruskan didalam dan juga di luar Negara. Salah satu cara bagi

beliau meluaskan kuasanya dalam perjuangan revolusi ini adalah dengan menghapuskan

pihak-pihak pemberontak dan penentang beliau. Pihak pemberontak ini kebanyakannya

merupakan puak yang masih mahukan system monarki diamalkan, juga puak yang masih

setia dengan sistem raja. Selain itu, puak Jacobin juga digelar sebagai pemberontak kepada

revolusi perancis ini. Walaubagaimanapun, objektif menghapuskan pihak pemberontak ini

bukanlah untuk membunuhkan individu yang memberontak itu, tetapi lebih kepada fahaman

itu sendiri. Hal ini bermaksud, sekiranya pemberontak mahu menyerah diri dan mula

sehaluan dengan revolusi yang diperjuangkan Napoleon, maka individu tersebut akan

dilepaskan.

Usaha penyebaran empayar perancis pula semakin giat dilakukan diluar negara oleh

Napoleon. Pendekatan melalui peperangan dan perjanjian damai merupakan cara yang paling

kerap digunapakai oleh Napoleon. Proses perluasan kuasa ini sudah bermula sebelum

Napoleon menjadi konsul lagi, pada tahun 1796 kempen ketenteraan di Itali dilaksanakan

yang diketuai oleh Napoleon sendiri dan mencapai kemenangan mutlak pada 1800 di

Morengo, Itali, pada tahun 1798 pula, kempen ketenteraan diMesir dilakukan yang juga

dibawah kendalian Napoleon. Pada tahun 1800, perancis telah menang dalam peperangan di

Hohelinder, Jerman dan pada tahun 1805, perancis telah Berjaya menawan Austria di Ulm.

Dari segi peluasan kuasa melalui perjanjian damai pula, ianya bermula pada tahun 1797

ketika perjanjian Campo Formio dilakukan yang mengakibatkan tamatnya perang Austria-

Perancis yang sudah bermula sejak tahun 1792 lagi. Kemudian terdapat juga perjanjian damai

Amiens yang melibatkan Negara perancis dan Britain pada tahun 1802. Terdapat banyak lagi

siri peperangan dan peranjian damai yang dilaksanakan oleh Napoleon demi meneruskan

usaha revolusi perancis tersebut.

3.1.2 Pengenalan sistem jawatan terbuka kepada bakat

18 Franklin L. Ford, Europe: 1780-1830, London: Longmas, Green and Co ltd,1970, hlm 171

Page 11: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

11

Satu lagi bukti yang menunjukkan Napoleon memperjuangkan prinsip didalam revolusi

tersebut adalah apabila beliau menjadikan bakat atau kemampuan seseorang individu sebagai

indikasi untuk mendapatkan jawatan didalam kerajaan pemerintahannya. Hal ini adalah jauh

berbeza dari zaman sebelumnya yang mengangkat aspek keturunan dan status latar belakang

keluarga sebagai penentu kerjaya seseorang individu. Sekiranya pada zaman sebelum

revolusi, hanya individu dari keluarga yang kaya sahaja yang berpeluang mendapatkan

kerjaya, tetapi diawah pemerintahan Napoleon, beliau menerima kemasukan pekerja dari latar

belakang keluarga yang berstatus rendah dan miskin. Pendekatan yang dipilih Napoleon ini

sememangnya adil dan memberi kesaksamaan kepada setiap penduduk perancis dan hal ini

mendapat sokongan tinggi daripada penduduk dan ahli-ahli politik.19 Sikap Napoleon yang

tidak pilih bulu dan atau nepotisme dalam memberi peluang untuk semua golongan dan kelas

untuk turut serta dalam pentadbiran Perancis telah melicinkan urusan pentadbiran kerana

mereka yang terpilih sememangnya layak untuk mendapatkan jawatan tersebut. Hal ini telah

membuatkan kerajaan Perancis pada ketika itu sangat kuat, sekaligus kuasa politik Napoleon

di Perancis dan eropah juga semakin meningkat kerana mendapat sokongan segenap

penduduk.20 Sebagai contoh, disetiap negeri akan ada kerajaan pusatnya sendiri dan begitu

juga disetiap daerah dan kesemua kawasan itu akan diketuai oleh seorang ketua yang akan

dilantik oleh badan pentadbir pusat di Paris yang diketuai oleh Napoleon sendiri. Setiap

jawatan tersebut akan ditapis terlebih dahulu berdasarkan kemampuan setiap calonnya

sebelum boleh dilantik.

3.1.3 Pengenalan sistem prefect

Ketika perancis dibawah pemerintahan Napoleon juga, beliau telah memperkenalkan sebuah

system yang diberi nama system prefect. System prefect bermaksud suatu system pentadbiran

yang lebih kecil yang lebih berfokus kepada sesebuah negeri sahaja. Ianya seperti system

kerajaan tempatan yang akan lebih berfokus berbanding mengharapkan satu kerajaan 19 Helbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm 73

20 Ibid., hlm. 73.

Page 12: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

12

diperigkat pusat semata-mata. Hal ini bermakna, di Negara Perancis itu sendiri akan

dibahagikan lagi kepada beberapa negeri dan disetiap negeri akan dibahagikan lagi kepada

beberapa kawasan. System ini sebenarnya hanya bersifat penerusan kepada pembahagian

yang telah dilakukan ketika zaman revolusi dahulu dan hanya diperbaharui dengan

kewujudan system prefect bagi setiap negeri dan sub-prefect sebagai ketua disetiap kawasan.

Sebagai contoh, Bandar Paris itu sendiri dibahagikan kepada 12 buah daerah dan disetiap

daerah itu dibahagikan lagi kepada beberapa kawasan kecil. Kesemua jawatan ini akan

dilantik oleh kuasa pentadbiran pusat di Paris.21

System ini adalah penting bagi melicinkan urusan pentadbiran dan memastikan setiap

masalah disetiap kawasan lebih senang untuk ditangani. System ini juga menepati konsep

revolusi yang mahukan penglibatan secara langsung kuasa pusat dalam setiap bahagian di

Perancis bagi menjaga kebajikan setiap penduduk tanpa mengira kelas. Sistem ini memberi

peluang kepada semua lapisan masyarakat sama ada ahli estet pertama, estet kedua mahupun

estet ketiga untuk berkhidmat dengan kerajaan. Hal ini tidak wujud sebelum revolusi ini

berlaku. Ahli prefect yang dilantik terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa

mengira kelas. Mereka ini dilantik oleh konsul pertama iaitu Napoleon sendiri.22 Mereka

terdiri daripada 30 prefect yang pernah menjadi ahli majlis perwakilan masa revolusi, 12

orang soldadu, 12 orang diplomat dan sebilangan kecil bekas émigré dan golongan gereja.23

Dilaporkan sebanyak hampir 100 orang prefect telah dilantik ketika perancis dibawah

penguasaan Napoleon.

3.1.4 Penyusunan semula Kementerian Polis

Selain itu, Napoleon Bonaparte juga telah memperkenalkan kembali kementerian polis yang

telah disekat oleh kerajaan perancis yang terdahulu. Bermula pada tahun 1804, Napoleon

telah memperkenalkan kembali kementerian polis dan menyusunnya semula bersesuaian

21 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 351.

22 David Thomphson, Europe since Napoleon,Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm, 56

23 Helbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 66.

Page 13: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

13

dengan situasi Negara perancis pada ketika itu. Pengenalan semula kementerian Polis ini

adalah sangat penting bagi melicinkan urusan yang merangkumi pelbagai aspek seperti

ekonomi dan social. Kementerian ini sangat penting bagi Napoleon untuk menjaga hal ehwal

di peringkat tempatan. Antara pembaharuan yang dibuat didalam kementerian polis ini adalah

dengan memperkenalkan system pengintip dan agen rahsia. Bahagian ini penting untuk

menyiasat gerak geri golongan penentang revolusi dan untuk menangkap mereka. Bahagian

terbukti sangat berkesan apabila pada tahun 1804, Napoleon Bonarparte telah berjaya

menangkap 2500 pesalah yang terlibat dengan pelbagai kesalahan. Hal ini jelaslah

menunjukkan bahawa Napoleon Bonarparte telah berjaya mengukuhkan empayarnya di

Perancis menerusi tindakan beliau menyusun semula pentadbiran di peringkat Kementerian

Polis sekaligus memberikan keselamatan kepada penduduk Perancis pada ketika itu.24

3.1.5 Penciptaan Kanun Napoleon

Ketika sedang berkuasa, Napoleon telah memperkenalkan satu undang-undang yang diberi

nama kanun Napoleon. Kanun Napoleon merupakan undang-undang sivil yang disusun oleh

Napoleon Bonarparte bertujuan untuk mewujudkan undang-undang yang dapat menguasai

rakyat dan negara Perancis. Kanun Napoleon ini bukanlah dicipta untuk menindas rakyat,

tetapi untuk memberikan keamanan dan keadilan kepada setiap penduduk perancis tanpa

mengira status dan kedudukan. Kanun Napoleon mengangkat salah satu prinsip revolusi

Perancis iaitu kesaksamaan dibawah undang-undang, toleransi didalam agama, penghapusan

peraturan-peraturan feudal dan keadilan dalam pembahagian harta.25 Selain itu, kanun ini juga

merangkumi aspek perkahwinan, perceraian dan hak penjagaan.26

Kanun Napoleon ini telah direka sendiri oleh Napoleon kerana beliau merasakan

undang-undang Perancis sebelum ini tidak bersesuaian dengan corak pemerintahan yang

dimahukannya pada ketika itu. Selain itu, kanun ini juga dibina bagi membetulkan system

patriarki didalam keluarga. System ini lebih mengangkat kaum lelaki kerana lelaki

merupakan ketua keluarga, dan ketua keluarga yang Berjaya akan menghasilkan keluarga

yang berkualiti sekaligus menghasilkan penduduk Perancis yang mampu menjana kemajuan 24 Helbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 66

25 Helbert L. Peacock, A History of Modern Europe 1789-1978, London: Heinemann Educational Books, 1980, hlm. 59

26 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 351.

Page 14: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

14

bagi Negara Perancis. Hak-hak seorang suami keatas isteri dan anak-anaknya telah

diperkuatkan. Perceraian juga lebih sukar untuk dilakukan agar si isteri tidak sewenangnya

meminta perceraian dilakukan hanya kerana sebab yang kecil.27 Napoleon menganggap

pemikiran wanita lebih rendah berbanding lelaki. Oleh itu, kaum lelaki lebih diberi

keutamaan dan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan.28

Sejarah pembinaan kanun Napoleon ini bermula pada tahun 1800 Pada ketika itu,

Napoleon membina sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada empat orang peguam yang

terkemuka dan ditugaskan untuk menyediakan rangka Undang-Undang Awam sebelum

diserahkan kepada Majlis Negara untuk dibincangkan terlebih dahulu dan ditambah baik.

Draf pembinaan kanun ini telah dibahaskan sebanyak 84 sesi. Akhirnya, pada tahun 1804,

rangka akhir undang-undang tersebut telah diterima setelah jelas dengan terperinci serta

walaupun terdapat banyak yang perlu dipinda dan diubahsuai tetapi Kanun Napoleon itu telah

dikekalkan. Pembinaan kanun ini dianggap sebagai masterpiece dari Napoleon kepada

Negara Perancis. Hal ini jelas dapat dilihat didalam ucapannya ketika di St. Helena yang

dicatatkan Robert Ergang didalam bukunya, iaitu:

“Keagungan sebenar saya bukanlah dengan memperoleh kemenangan Perjuangan Empat

Puluh. Waterloo akan menghilangkan semua kenangan kemenangan. Tetapi satu perkara

yang tidak boleh dihilangkan yang mana akan hidup selama-lamanya, ialah Kanun Napoleon

saya”.29

Selepas kemunculan Kanun Napoleon ini, napoleon menambah beberapa jenis lagi

kanun atau undang-undang bagi melicinkan lagi urusan pentadbirannya. Undang-undang

yang dibina ini merangkuni segenap aspek seperti ekonomi, politik dan juga social. Antara

undang-undang baru yang ditubuhkan selepas itu adalah seperti Undang-Undang Tatacara

Awam (1806), Undang-Undang Perdagangan (1807), Undang-Undang Tatacara Jenayah

(1808) Undang-Undang Hukuman (1810). Kesemua undang-undang dan kanun yang

ditubuhkan oleh Napoleon terutama sekali kanun Napoleon ini mengangkat unsur

27 David Thomphson, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm 56

28 Peacock, Herbert. L., Sejarah Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 74.

29 Robert Ergang, Europe : From the Renaissance to Waterloo, 1967, D.C. Health and Company, America, hlm.719.

Page 15: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

15

kesamarataan rakyat didalam undang-undang. Hal ini menambah lagi kepercayaan rakyat

terhadap pemerintahan Napoleon.30

3.2 Ekonomi

3.2.1 Masyarakat Petani mula dibenarkan memiliki tanah

Dalam aspek ekonomi pula, banyak pembaharuan yang telah diperkenalkan oleh Napoleon

yang berdasarkan prinsip penerusan revolusi terutamanya sekali yang melibatkan kebajikan

penduduk Perancis terutamanya golongan petani. Salah satu aspek pembaharuannya adalah

aspek pemilikan tanah. Pengenalan beberapa dasar dan undang-undang berkaitan pemilikan

tanah yang menguntungkan rakyat telah diperkenalkan oleh Napoleon seperti seperti yang

tercatat didalam kandungan Kanun Napoleon itu sendiri. Sebelum revolusi ini bermula, tanah

merupakan satu aset yang dijadikan penentuan kekayaan seseorang. Pemilikan tanah pada

waktu itu hanya dimiliki oleh golongan atasan seperti golongan gereja dan golongan

bangsawan tetapi diuahakan oleh golongan bawahan. Melalui beberapa dasar yang dasar yang

dibina, membolehkan masyarakat kelas rendah terutamanya golongan petani untuk memiliki

tanah. Hal ini memberi impak yang besar kepada kebanyakan penduduk di Perancis

terutamanya golongan petani kerana mereka mampu menguasahakan ladang tanaman mereka

sendiri tanpa perlu ditindas seperti yang dialami sebelum ini. Mereka sudah boleh memohon

kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan geran pemilikan tanah. Perkara ini sememangnya

menepati aspirasi rakyat perancis pada ketika itu. Selain itu, penguatkuasaan pembahagian

tanah-tanah pusaka kepada waris juga dilakukan secara telus dan hanya yang benar-benar

layak sahaja yang akan mendapat tanah pusaka tersebut. Dasar undang-undang tanah yang

dibina ini sememangnya meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap pemerintahan

Napoleon Bonaparte dan menunjukkan Napoleon memperjuangkan prinsip kesaksamaan

didalam pemerintahannya.

3.2.2 Penghapusan cukai terhadap masyarakat petani

Dari segi hak milik tanah di Perancis, pada masa sebelum revolusi, selain tanah milik

kerajaan, golongan bangsawan merupakan golongan yang memegang peratusan pemilikan

30 Robert Ergang, Europe : From the Renaissance to Waterloo, 1967, D.C. Health and Company, America, hlm.718.

Page 16: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

16

tanah tertinggi iaitu hampir 30 peratus dan diikuti oleh golongan gereja. Ketidakadilan

berlaku apabila kesemua pemilik tanah ini tidak dikenakan sebarang cukai seperti cukai tanah

yang digelar Taille sebaliknya boleh mengutip cukai pula kepada golongan bawahan yang

bekerja di tanah milik mereka seperti golongan gereja yang boleh mengutip cukai daripada

hasil tuaian golongan petani yang dikenali sebagai tithe atau tenth tax.31

Antara sebab kemunculan revolusi dan pemberontakan rakyat ini adalah kerana

kesempitan hidup yang dilalui oleh rakyat bawahan dek kerana cukai yang terlalu banyak

untuk dibayar seperti cukai tanah, cukai keluarga, cukai garam dan sebagainya32 yang

kebanyakannya dibayar kepada golongan bangsawan dan gereja33. Selain itu, terdapat juga

cukai tithe iaitu cukai hasil tanaman yang diberikan kepada pihak gereja. Terdapat juga cukai

yang perlu dibayar kepada tuan tanah, selain daripada bayaran sewa, petani ini juga akan

diminta bayaran untuk setiap peralatan pertanian yang dipinjam. 34 Akibat daripada terlalu

banyak cukai yang perlu dibayar membuatkan pendapatan petani terlalu sedikit dan

dicatatkan hanya mendapat sekitar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan

mereka.35

Hal ini sangat membebankan terutamanya kepada golongan bawahan kerana mereka

inilah golongan sasaran utama untuk pengenalan cukai. Sementelah Napoleon memegang

tampok pemerintahan perancis, beliau sekali lagi memperlihatkan bahawa beliau

memperjuangkan prinsip revolusi iaitu untuk membantu golongan bawahan terutamanya

petani dengan menghapuskan beberapa jenis cukai yang membebankan seperti cukai garam

dan sebagainya. Walaubagaimanapun, beberapa cukai baru juga diperkenalkan bagi

mengimbangi pendapatan Negara seperti cukai tembakau, arak dan permainan kad judi. Bagi

memastikan ketelusan dalam pemungutan cukai juga, beliau telah melantik satu badan khas

yang dilantik oleh kerajaan bagi mengumpul semua cukai dan memasukkan semuanya

31 Jack Richard Censer& Lynn Avery Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring The French Revolution, US: The Pennsylvania State University, 2004, hlm. 4

32 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, G. Bell and Sons Ltd, 1966, hlm. 354.

33 John Markoff, Abolition Of Feudalism: Peasants, Lords, And Legislators In The French Revolution, The Pennysylvania State University, US, 1996, hlm. 2

34 Jack Richard Censer& Lynn Avery Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring The French Revolution, US:The Pennsylvania State University, 2004, hlm. 3

35 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 2002, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, hlm. 186.

Page 17: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

17

kedalam wang simpanan Negara.36 Hal berkaitan pentadbiran kewangan dan percukaian ini

merupakan hal yang pertama sekali dirombak oleh Napoleon sementelah memegang tampok

pemerintahan di Perancis.37

3.2.3Sistem Kebenuaan

Napoleon juga telah memperkenalkan satu konsep baru didalam bidang ekonomi yang tidak

pernah wujud sebelum itu iaitu system kebenuaan. System kebenuan ini juga melihatkan

beliau memperjuangkan prinsip dalam revolusi iaitu menjadikan perancis sebagai sebuah

kuasa besar dieropah pada ketika itu. System ini dibina untuk menyaingi kuasa Britain dalam

ekonomi sekaligus meningkatkan ekonomi perancis. Ianya merupakan pengasingan segala hal

dalam aspek ekonomi daripada Britain. Mengapa Britain? Hal ini adalah kerana Britain

merupakan kuasa terkuat di eropah pada ketka itu dan Napoleon gagal meluaskan pengaruh

kuasanya di Britain melalui jalan ketenteraan, oleh itu system ini dibina dengan harapan

mampu melemahkan kewangan Britain. Napoleon telah beberapa kali mencuba untuk

meluaskankuasanya di Britain melalui peperangan tetapi seringkali kecundang kerana Britain

mempunyai armada perang yang sangat kuat seperti apa yang terjadi pada tahun 1805 di

Perang Trafalgar, dimana Napoleon telah tewas dalam peperangan dengan Laksamana

Nelson.38 Perang ekonomi yang dirancang oleh Napoleon ini sebenarnya bukanlah hanya

melibatkan satu Negara melawan satu Negara, tetapi Napoleon mahukan seluruh eropah

berada disebelah Perancis untuk melawan British dan hal ini agak Berjaya apabila beberapa

Negara eropah yang lain berada dipihak Perancis seperti Denmark dan Itali. Itali seperti

sudah enjadi sebahagian daripada sumber ekonomi perancis apabila banyak bahan-bahan

mentahnya dihantar ke Perancis dan juga menjadi tempat pasaran bagi ekonomi tekstil

Perancis.39

36Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 351. 37 David Thomphson, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm 56

38 Qasim Ahmad, Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 71.

39 David Thomphson, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm 56

Page 18: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

18

Melalui sistem kebenuaan ini, Napoleon telah mengisyhtiharkan Dikri Berlin pada

November 1806.40 Berdasarkan dikri Berlin ini, sekatan dagangan telah diisytiharkan di

Britain. Hal ini bermaksud tiada sebarang aktiviti berkaitan ekonomi yang dibenarkan

berlangsung diantara Perancis dan Britain. Barangan Britain juga diboikot di Perancis. Bagi

rakyat Britain yang melintasi sempadan Perancis pula mereka akan ditangkap dan dijadikan

tawanan perang Napoleon Bonaparte. Menyedari hal ini akan merugikan Britain sekiranya

terus dibiarkan, maka Britain pun membuat peratuan yang hamper sama dengan system

kebenuaan Napoleon yang digelar Dasar Peraturan Majlis. Hal ini bak seperti peperangan

ekonomi antara Perancis dan Britain. Napoleon kemudiannya memperkenalkan lagi beberapa

jenis dikri Dikri Fontainebleau dan Dikri Milan yang memperlihatkan betapa seriusnya

peperangan ekonomi yang berlaku pada ketika itu.

Tindakan yang dilakukan oleh Napoleon ternyata berkesan dan memberi kesan yg

besar kepada ekonomi Britain secara keseluruhannya. Ekonomi Britain telah merosot akibat

dari hal ini. Eksport Britain ke Benua Eropah telah jatuh menjunam mulai pertengahan tahun

180 sehingga pertengahan tahun 1808.41 Tidak cukup dengan itu, Napoleon bergabung pula

dengan Denmark bagi terus melakukan sekatan ekonomi terhadap Britain pada tahun 1811

dan keadaan ini semakin menyulitkan bagi Britain kerana banyak barang dagangannya tidak

dapat dipasarkan.42 Keadaan yang sulit ini membuatkan Britain sedikit mengalah. Disini

dapat kita lihat kebijaksanaan sttrategi yang diguna pakai oleh Napoleon dan usaha kerasnya

dalam meletakkan Perancis sebagai sebuah kuasa yang kuat di eropah pada ketika itu.

Perbuatan Napoelon ini juga mendapat sokongan penuh majority rakyatnya.

3.2.4 Bank Perancis

Bukti terakhir yang menunjukkan Napoleon layak digelar sebagai pejuang revolusi didalam

aspek ekonomi adalah dengan pengenalan sebuah Bank Pusat iaitu Bank Perancis. Bank ini

40 Peacock, Herbert. L., Sejarah Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 80.

41 Qasim Ahmad, Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 72.

42 Paul Kennedy (Terj.), Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 171.

Page 19: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

19

telah dibina pada tahun 1800 oeh seorang pakar dalam hal perbankan di Paris iaitu

Perregaux43 sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kekacauan kewangan berlaku

sepertimana yang telah dicatatkan berlaku dalam sejarah Perancis yang juga merupakan salah

satu factor keruntuhan system monarki dan kemuncuan revolusi ini pada tahun 1789.44 Idea

penubuhan Bank ini sebenarnya telah bermula pada awal tempoh masa revolusi tetapi ianya

gagal apabila tidak dapat perhatian daripada pemerintah pada ketika itu. Hanya setelah

Napoleon memgang tampok pemerintahan ini barulah idea penubuhan Bank ini diteruskan.

Institusi Bank Perancis ini telah ditubuhkan dengan menggunakan modal sebanyak 30,000

Franch, dan 30,000 Franch lagi dengan jualan syer saham. Langkah Napoleon memperkenal

Bank Perancis ini sememangnya tepat apabila ianya dapat membantu menyelesaikan masalah

kewangan Perancis pada ketika itu. Napoleon kemudiannya meluaskan lagi puruh pelosok

Perancis dengan peningkatan modal sebanyak 45,000,000 Franc. Pembinaan Bank Perancis

ini sememngnya merupakan salah satu factor yang menjadikan perancis sebagai salah satu

kuasa yang kuat pada era pemerintahan Napoleon itu.

Selain itu, Napoleon juga telah meningkatkan ekonomi Perancis pada ketika itu

dengan menapis pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan ekonomi

Negara. Jika sebelum ini aspek pemilihan tersebut berdasarkan factor keturunan, tetapi

dizaman Napoleon ianya dipilih berdasarkan kemampuan dan bakat. Hal ini semakin

melicinkan urusan ekonmi Perancis kerana hanya yang layak sahaja yang dapat

mengendalikan hal ekonomi perancis ini. Rombakan ekonomi yang meliputi pelbagai aspek,

dari aspek pemilihan jenis cukai hinggalah ke aspek pemilihan pegawai yang dilakukan oleh

Napoleon telah banyak membantu melicinkan urusan pengurusan sumber kewangan bagi

perancis. Napoleon juga sangat mementingkan jumlah perbelanjaan yang Negara lakukan dan

simpanan yang kerajaan ada bagi memastikan ekonomi Negara sentiasa kukuh.45

3.3 Faktor dari aspek sosial

3.3.1Pendidikan

43 David Thomphson, Europe since Napoleon, 1970, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, hlm 57

44 Carlton, J. H. Hayes., Modern Evrope to 1870, 1953, The MacMillan Company, America, hlm. 538.

45 Robert Ergang, Europe : From the Renaissance to Waterloo, America: D.C. Health and Company, America, 1967, hlm. 719.

Page 20: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

20

Selain dari aspek ekonomi dan politik, aspek social juga diambil kira oleh Napoleon didalam

pemerintahannya. Salah satu contoh utama dapat dilihat dalam pembinaan pendidikan

kebangsaan. Beliau tahu melalui pendidikan yang berkualiti akan melahirkan penduduk yang

bijak pandai yang akan menguntungkan perancis sendiri dimasa hadapan. Model pendidikan

kebangsaan yang dibina ini dibahagi kepada beberapa bahagian atau peringkat agar urusan

mentadbirnya menjadi lebih mudah dan lancar.46 Peringkat yang pertama adalah peringkat

untuk sekolah rendah. Peringkat ini hanyalah memfokuskan kepada pembelajaran asas sahaja

Peringkat ini diketuai oleh Prefect atau sub-prefect. Peringkat kedua pula adalah peringkat

sekolah menengah. Pelajaran seperti bahasa Perancis, Latin, dan asas sains. Pelajaran

peringkat kedua ini boleh dicapai melalui dua saluran sekolah, samaada awam mahupun

swasta tetapi kedua-duanya dipantau oleh kerajaan Perancis terutamanya mengenai

kandungan subjek yang diajar. Kedua peringkat ini boleh dikatakan sebagai peringkat rendah.

Sekolah-sekolah yang dibina diberi nama lycees. Pembinaan sekolah-sekolah lycees ini

adalah berobjektifkan memupuk dan melahirkan rakyat Perancis yang mempunyai perasaan

taat setia kepada negara dan patuh kepada tentera. 47 Sekolah lychees ini lebih memfokuskan

kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan keatas dan mengangkat aspek emperecisma

dan teknologi dalam penyelidikan dan pengajaran.48

Pada tahap ketiga pula adalah tahap pelajaran untuk sekolah tinggi. Sekolah tinggi ini

tidak dibina disetiap tempat diperancis tetapi hanya dibandar-bandar utama sahaja. Sekolah

jenis ini mendapat pantauan penuh oleh kerajaann dari aspek matapelajaran hinggalah ke

aspek pemilihan guru. Diperingkat ini juga disasarkan pembahagian kerjaya yang khusus

seperti peguam, perubatan dan farmasi. Pada peringkat ke empat, ianya lebih memfokuskan

kepada sekolah-sekolah berkhusus atau khas seperti sekolah khas untuk bahagian teknikal

yang melibatkan aspek kemahiran ataupun seperti sekolah ketenteraan. Peringkat ini adalah

penting untuk memajukan bahagian perindustrian di Perancis. Akhir sekali, peringkat kelima

iaitu peringkat universiti. Peringkat ini telah diperkenalkan pada tahun 1808 dan antara

Universiti yang paling terkenal adalah Universiti Perancis.

Didalam system pendidikan ini juga dapat diliat pembaharuan apabila golongan

wanita sudah mula memasuki sekolah dan dibenarkan belajar. Walaubagaimanapun, kerajaan

46 Carlton, J. H. Hayes., Modern Evrope to 1870, America:The MacMillan Company, 1953, hlm. 539.

47Paul A Gagnon, France A Since 1789, London: Harper & Row Publishers, , 1964,hlm. 62.

48 David Thomphson, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm 59.

Page 21: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

21

menyekat beberapa aspek terutamanya dar segi mata pelajaran yang diajar kerana objektif

wanita dibenarkan untuk memasuki sekolah adalah untuk melatih mereka supaya menjadi

seorang isteri yang taat, menurut kata dan pandai melayan suami. Mereka hanya diajarkan

beberapa matapelajaran seperti sejarah, geografi, dan tahu membaca, menulis dan mengira.

Mereka juga diajarkan hal-hal wanita seperti memasak, menjahit dan merawat sebagai

persediaan untuk menjadi isteri.49 Penubuhan institusi-institusi pendidikan ini jelas

menunjukkan usaha yang dilakukan oleh Napoleon Bonaparte dalam meningkatkan taraf

pendidikan masyarakat Perancis dan ianya juga menunjukkan bahawa Napoleon juga menitik

beratkan aspek pendidikan dalam kalangan penduduknya.

3.3.2Agama

Pembentukan dasar Konkordat

Menyedari bahawa pengaruh agama sangat besar dalam sejarah pentadbiran perancis, dan

ianya boleh menjadi sebuah ancaman kepada Napoleon jika aspek ini dientengkan, maka

Napoleon membuat keputusan untuk membina sebuah dasar pada tahun 1801 yang diberi

nama dasar konkordat. Dasar konkordat ini melibatkan perjanjian berlandaskan aspek agama

diantara Napoleon Bonarparte dengan Paus di Kota Vatican. Dasar ini dilakukan oleh

Napoleon kerana beliau melihat berlaku perpecahan didalam institusi gereja katholik dan

perpecahan ini boleh bertukar menjadi satu pemberontakan kepada pemerintahan beliau

sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Perpecahan ini berpunca daripada dasar

perlembagaan sivil gereja yangdibina oleh raja Louis ke 16 yang telah menyebabkan fungsi

gereja merosot. Bagi mengatasi masalah ini dan sekaligus dapat memuaskan hati pihak gerja

katolik, rakyat perancis dan kerajaan perancis sendiri,50 maka perlembagaan Konkordat

ditubuhkan dan perjanjian dengan Paus ini membolehkan paderi untuk dilantik semula

sekaligus meningkatkan kuasa pihak gereja katholik. 51

49 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd, 1966, hlm 35850 George W. Southgate, A text book of Modern European History: 1789-1960, London: J.M.Dent and Sons Ltd,1964, hlm 27.

51M. E. Barlen, The Foundations of Modern Europe 1789-1871, G. Bell and Sons, Ltd, 1968, hlm. 112.

Page 22: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

22

Prinsip revolusi dapat dilihat didalam kesan perlembagaan konkordat ini seperti

kebebasan dalam beragama. Melalui perjanjian ini, ianya memberi kebebasan bagi setiap

individu untuk menganut mana-mana agama yang dikehendaki tanpa sebarang unsur paksaan.

Perjanjian juga telah dicapai agar setiap paderi hanya akan dibayar gaji oleh kerajaan

perancis dan pelantikan paderi juga kan ditapis oleh kerajaan pusat.52 Selain itu, melalui

perjanjian ini juga beberapa peraturan lama yang menyusahkan rakyat seperti cukai agama

dihapuskan. Rakyat yang memiliki tanah gereja yang telah dimiliknegarakan juga boleh terus

dimliki tanpa diambil kembali untuk diserahkan semula kepada pihak gereja.53 Akhir sekali,

menerusi perjanjian ini juga agama kristian katholik telah dijadikan sebagai agama rasmi

majoriti rakyat Perancis. Tindakan Napoleon menggubal dasar ini juga menunjukkan bahawa

beliau sangat berpandangan jauh dan praktikal dan hal ini telah mnguatkan lagi kepercayaan

rakyat terhadap pemerintahan beliau.

4.0 NAPOLEON SEBAGAI PENGKHIANAT REVOLUSI

Walaupun ramai sejarawan mengatakan bahawa Napoleon adalah seorang penerus dan

pejuang revolusi, tetapi ada juga bberapa orang sejrawan yang mengatakan bahawa Napoleon

merupakan seorang pengkhianat kepada revolusi itu sendiri. Cakap-cakap mereka ini juga

bukanlah kata-kata kosong, sebaliknya juga disertakan dengan beberapa bukti yang dapat

dilihat dengan lebih jelas dalam dua aspek utama iaitu politik dan ekonomi.

52 David Thomphson, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd, 1970, hlm 56

53 Ibid., hlm. 113.

Page 23: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

23

4.1 Politik

4.1.1Pemerintahan secara diktator

Walaupun ramai sejarawan yang mengatakan bahawa Napolon merupakan antara ikon

demokrasi di perancis yang menghapuskan pemerintahan dictator monarki mutlak, tetapi

terdapat juga sejarawan yang mengatakan, pada suatu tahap dipemerintahannya, Napoleon itu

sendiri berubah menjadi seorang dictator yang tidak boleh diusik persis seperti zaman

sebelum revolusi dahulu. Hal ini dapat dilihat dengan pengenalan beberapa jenis undang-

undang yang digubal khas oleh beliau bagi mengukuhkan kedudukan beliau ditampok

tertinggi pemerintahan Perancis tanpa digugat seperti undang-undang yang meluluskan

pelantikan Napoleon Bonarparte sebagai Konsul I seumur hidup.54 Malah pada awal

pemerintahan beliau sendiri, beliau telah membina Coup de tat yang yang membolehkan

beliau menjadi seorang konsul dan seterusnya seorang maharaja di Perancis tanpa mengira

suara majority rakyat perancis.

Kuasa beliau yang tidak dikawal hadnya juga menunjukkan bahawa beliau seorang

pengkhianat revolusi. Kuasa beliau merangkumi kesemua aspek pemerintahan iaitu

perundangan, legislatf dan eksekutif dan ini bertentangan dengan prinsip politi yang dibawa

oleh Montesqiu yang menekankan didalam setiap pemerinthan haruslah ada pengasingan

kuasa tersebut. Hal ini adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya pemerintahan

secara kuku besi dan ketamakan kuasa berlaku.55 Walaupun, jika dilihat pada dasarnya

Perancis diperintah oleh tiga Konsul, tetapi kesemua bahagian dari aspek pentadbiran

sehinggalh ke aspek ketenteraan adalah dibawah konsul pertama iaitu Napoleon Bonaparte.

Didalam bahagian pembuatan undang-undang iaitu legislative juga dilanti oleh beliau sendiri

dan segala proses pembuatan undang-undang yang kononnya melalui saluran demokrasi

sebenarnya hanyalah lakonan kerana ianya perlu mendapat persetujuan daripada Napoleon

untuk mengesahkannya.56

4.1.2 Pengamalan sifat kronisme dan nepotisme dalam pemerintahan.

54 Paul A Gagnon, France A Since 1789, Harper & Row Publishers, London, 1964, hlm. 57.

55 Nur Allya Sufian, Struktur Pentadbiran Malaysia, Penerbit Era Didik, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 1.56 Leonard W. Cowie, Eighteenth-Century Europe, 1966, London: G.Bell and Son, Ltd, hlm 350

Page 24: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

24

Walaupun dari segi satu aspek kita melihat bahawa Napoleon merupakan seorang penghapus

kepada amalan pemberian jawatan bedasarkan keturunan dan mengangkat amalan pemberian

kerjaya brdasarkan bakat dan kebolehan, tetapi perkara trsebut hanyalah berlaku diperingkat

bawahan system pentdbiran trsebut sedangkan pada hakikatnya, diperingkat yg lebih tinggi,

amalan pilih kasih dan nepotisma masih beliau lakukan. Hal ini jelas bertentangan dengan

prinsip revolusi itu sendiri, sebagai contoh Napoleon Bonarparte dikatakan meluaskan

empayar dan pemerintahannya di eropah dengan meletakkan kaum kerabat dan ahli keluarga

beliau sendiri sebagai pemimpin tanpa melalui tapisan.

Contoh yang terdekat adalah apabila beliau menaikkan saudara lelakinya yang

bernama Joseph Bonarparte sebagai raja Naples dan kemudiannnya menjadi raja Sepanyol.

Seorang lagi saudara lelaki beliau bernama Louis Bonarparte pula telah diangkat menjadi raja

Belanda dan Jerome Bonapathe sebagai raja Wesphalia. Pelantikan pemimpin tertinggi

disetiap kawasan ini tidak mengikuti prinsip revolusi yang haruslah berdasarkan bakat dan

kebolehan sebaliknya Napoleon menggunakan aspek pertalian darah dalam melantik mereka

semua. Hal ini tiada bezanya dengan ketika zaman sebelum revolusi dan tindakan beliau ini

memakan diri apabila hal ini menjadi salah satu factor penyumbang kepada kejatuhan beliau

kerana kebanyakan adik beradik beliau sememangnya tidak berkeupayaan untuk menjadi

pemimpin.57

4.2Aspek ekonomi

4.2.1Peperangan yang merugikan

Dari aspek ekonomi, Napoleon dilihat terlalu memberi perhatian kepada aspek perluasan

kuasanya sehingga menyebabkan aspek ekonomi terjejas teruk. Walaupun hasil daripada

jajahan ini meluaskan pasaran perancis dan meningkatkan kekayaan Negara Perancis, tetapi

sikap Napoleon yang terlalu taksub dengan perluasan kuasa dan peperangan telah merugikan

ekonomi negaranya kerana tiada simpanan yang mencukupi sebaliknya banyak yang

57 Ibid., hlm. 67.

Page 25: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

25

dihabiskan untuk peperangan-peperangan yang hanya merugikan. Disini kita dapat lihat

aspek aspirasi rakyat yang mahukan sebuah Negara yang stabil dari segi ekonomi telah

diabaikan oleh Napoleon Bonarparte sebaliknya dia lebih mahu memuaskan kepuasannya

sendiri didalam hal peperangan.

Kesempitan ekonomi yang dialami akibat sikat Napoleon ini bukan sahaja dirasai oleh

Negara Perancis sahaja, tetapi juga dialami oleh Negara-negara jajahannya seperti Itali yang

terpaksa memberi sejumlah wang yang banyak kepada Perancis dan juga Wesphalia yang

terpaksan menanggung perbelanjaan 12,500 orang askar Perancis di situ dan terpaksa

memberi wang sebanyak 10 juta livres kepada Perancis.58 Kerakusan Napoleon dalam

memeras wang Negara jajahannya demi mencapai misinya untuk meluaskanempayar

keseluruh eropah telah menyebabkan rasa tidak puas hati didalam diri setiap Negara

jajahannya. Selain itu, perbelanjaan yang melampau tinggi untuk peperangan yang erugikan

ini juga telah meletakan Perancis didalam bebanan hutang banyak sekaligus semakin

merencatkan ekonomi Perancis dan memembawa kepada kejatuhan empayar Napoleon

Bonarparte di Perancis dan di seluruh Eropah.59

4.2.2Pengabaian kebajikan pekerja dan golongan petani

Melihat kedalam aspek ekonomi pula, antara tindakan yang dilakukan oleh Napoleon yang

menunjukan bahawa beliau bukanlah seorang pejuang revolusi tulen adalah apabila beliau

tidak menjaga kebajikan pekerja beliau sehinggakan menyebabkan seolah-olah penindasan

telah berlaku keatas mereka. Hal ini adalah jika dilihat dengan teliti, Napoleon lebih focus

hal-hal berkaitan dengan politik dan perluasan kuasa berbanding memikirkan aspek kebajikan

pekerja mahupun tenternya sendiri. Antara tuntutan yang diminta oleh para pekerja adalah

seperti meminta gaji yang lebih kerana ianya tidak setimpal dengan kerja keras yang mereka

usahakan. Selain itu, Napoleon juga tidak memberikan kebebasan kepada pekerjanya untuk

bersuara dan memperjuangkan hak mereka. Perbuatan Napoleon ini telah menyebabkan

motivasi dan produktiviti pekerja semakin merosot sekaligus memberi kesan kepada Negara

Perancis.

58Qasim Ahmad, Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 76.

59 Ibid., hlm. 76.

Page 26: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

26

Bagi golongan petani pula, walaupun pada awalnya dapat dilihat bahawa Napoleon

cuba menjaga kebajikan mereka dengan mengahpuskan beberapa jenis cukai,tetapi ianya

hanya bersifat sementara. Apabila melihatkan Negara perlukan lebih wang untuk meluaskan

pengaruhnya lagi diseluruh eropah, beliau telah memperkenalkan kembali system cukai yang

membebankan kepada golongan petani dan cukai ini juga dikenakan disetiap Negara jajahan

takluk perancis. Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati bagi golongan petani dan

merasakan bahawa Napoleon sudah tidak ubah seperti raja dizaman sebelum revolusi

perancis bermula.60

4.2.3Pengagihan sumber kekayaan yang tidak sama rata

Satu lagi faktor penting yang membawa kepada kejatuhan empayar Napoleon Bonarparte di

Perancis ialah pengagihan sumber kekayaan yang tidak sama rata. Walaupun ketika ekonomi

di perancis berjalan dengan agak rancak dan Negara mempunyai kewangan yang agak kukuh,

ttapi kekayaan tersebut tidak begitu dapat dirasai oleh golongan bawahan terutamanya petani.

Hasil dari proses penaklukan dibahagian eropah sememangnya telah menyumbang kepada

kekayaan kepada Perancis kerana pasaran barangan yang semakin meluas.

Walaubagaimanapun, kekayaan itu tidak sampai kepada golongan petani kerana kekayaan

lebih dirasai oleh golongan borjouis dan juga orang tengah yang memasarkan barangan

pertanian tersebut kepada dunia luar. Sedangkan bagi petani, nasib mereka hanya seperti

biasa, malah mereka terpaksa bekerja lebih keras bagi memenuhi permintaan yang semakin

besar tetapi hasilny tidak sepadan dengan usaha yang dilakukan.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan pengkajian penulisan yang telah dilakukan, dapat dilihat disini bahawa

peranan Napoleon sebagai pejuang revolusi adalah lebih nyata dan signifikan berbanding

dakwaannya sebagai pengkhianat revolusi. Napoleon dilihat banyak membawa pembaharuan

dari segi politik dengan menyingkirkan banyak prinsip-prinsip dan undang-undang yang

remeh, membebankan dan tidak dapat membantu kerajaan perancis menjadi lebih kehadapan.

Beliau juga dilihat lebih focus dalam dalam hal memajukan pentadbiran dan ekonomi

diseluruh wilayah jajahannya secar amnya dan Negara Perancis secara khasnya. Segala

jurisdiksi yang sebelum ini ditentukan oleh mulut raja telah digantikan dengan undang-

60 Ibid., hlm. 70.

Page 27: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

27

undang yang baru dirangka oleh badan legislative secara lebih telus berdasarkan keperluan

semasa.61

Walaupun Napoleon dilihat sebagai seorang yang sukakan peperangan dan melakukan

pembaziran diatas perkara itu, tetapi niat disebalik semua perkara itu bukanlah seperti apa

yang kita lihat. Beliau ada mengatakan bahawa, semua peperangan yang beliau lakukan

adalah untuk meletakkan eropah dibawah satu kuasa pusat yang seragam yang mengangkat

system republic dan menghapuskan system monarki. Beliau secara dasarnya mengatakan

mahukan cita-citbeliau tersebut dilaksanakan secara aman tanpa peperangan tetapi

peperangan timbul disebabkan oleh keengganan setiap Negara tersebut untuk bersama-sama

beliau merealisasikan impiannya itu hanya mahukan suatu bangsa eropah yang baru, bersatu

dan maju dalam satu rumpun yang sama.62 Secara konklusinya, sememangnya tidak dapat

dinafikan Napoleon seorang yang enigmatik, walaubagaimanapun sekiranya dilihat pengaruh

mana yang lebih signifikan, dapatlah dipilih disini bahawa beliau lebih layak untuk digelar

sebagai pejuang revolusi berbanding pengkhianat revolusi.

6.0 RUJUKAN

Alan Axelrod, 2011, Napoleon, Ceo, Sterling Publishing, New York.

Blanning, T.C.W. 1987, The French revolution: Aristocrats vs bourgouis? London:

Macmillan

Education.

Carlton, J. H. Hayes., 1953, Modern Europe to 1870, The MacMillan Company, America.

61 John Weiss, Conservatism in Europe(1770-1945): Traditionalism, reaction & counter-revolution, 1977, Norwich: Jarrold & Sons ltd, hlm 27.

62 Paul Dukes, A History of Europe 1648-1948: The Arrival, The Rise, The Fall, London: Macmillan Education ltd, 1985, hlm 201.

Page 28: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

28

David Thomphson, 1970, Europe since Napoleon, Great Britain: Hazell Watson & Viney ltd.

Franklin L. Ford, 1970, Europe: 1780-1830, London: Longmas, Green and Co ltd.

2002,Ensiklopedia bebas (free encyclopedia) Indonesia “tokoh-tokoh yang berpengaruh

besar

di dunia”.Erlangga.

George W. Southgate, 1964, A text book of Modern European History: 1789-1960, London:

J.M.Dent and Sons Ltd,

Helbert L. Peacock, 1976, Sejarah Eropah Moden, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

John Markoff, 1996, Abolition Of Feudalism: Peasants, Lords, And Legislators In The

French

Revolution, The Pennysylvania State University, US.

Jack Richard Censer& Lynn Avery Hunt, 2004, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring The

French Revolution, The Pennsylvania State University, US.

John Weiss, 1977, Conservatism in Europe(1770-1945): Traditionalism, reaction & counter-

revolution, Norwich: Jarrold & Sons ltd.

Leonard W. Cowie, 1966, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son, Ltd.

Michael H. Hart, 1993, The 100: A Ranking On The Most Influential Person In History, Carol

Publishing Group Edition: New York.

Marcel Reinhard, Dlm, Peter Amann, 1963,The eighteen century revolution: France or

western, USA: D.C Heath & co.

Page 29: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

29

M. E. Barlen, 1968, The Foundations of Modern Europe 1789-1871, G. Bell and Sons, Ltd.

Nur Allya Sufian, 2006, Struktur Pentadbiran Malaysia, Penerbit Era Didik, Kuala Lumpur.

Paul A Gagnon, 1964,France A Since 1789, Harper & Row Publishers, London.

Paul Dukes, 1985, A History of Europe 1648-1948: The Arrival, The Rise, The Fall, London:

Macmillan Education ltd.

Paul Kennedy (Terj.), 1994, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar, Dewan Bahasa

dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Qasim Ahmad, 1985, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, Dewan Bahasa

Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Qasim Ahmad, Pemikiran Kesedaran: Satu Garis Pemisah Revolusioner, Dlm Karya

Sejarah:

Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. R. Palmer, 1971, The World Of The French Revolution, George Allen & Unwin Ltd,

London.

Robert Ergang, 1967, Europe : From the Renaissance to Waterloo, D.C. Health and

Company,

America.

Sivachandralingam Sundara Raja, 2002, Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributors,

Kuala Lumpur.

Page 30: napoleon: penerus atau pembantut revolusi

30