nama jabatan/agensi pejabat pengarah tanah dan...

12
TAJUK/NAMA INOVASI iPad PTG Online GERBANG APLIKASI DAN MAKLUMAT PTG PULAU PINANG NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG PENGENALAN iPadPTG Online PTGPP merupakan satu Gerbang Aplikasi dan Maklumat yang memudahkan penyampaian dan perkongsian maklumat serta memudahkan capaian kepada sistem-sistem dan aplikasi aplikasi dalaman dan luaran kepada semua pegawai dan kakitangan PTG Pulau Pinang. Ia dilancarkan pada Isnin, 16 Januari 2012 yang lalu. iPadPTG Online PTGPP ini juga merupakan inovasi ICT yang menggabungkan penyampaian maklumat dan capaian aplikasi jabatan melalui satu aplikasi dalam bentuk Single Window Access Gate - SWAG. Pengguna tidak perlu lagi untuk menyediakan pelbagai shortcut di desktop komputer, bookmark favourite di web browser dan mengingat pelbagai alamat URL pelbagai sistem. Capaian ke aplikasi sistem menjadi mudah hanya klik pada ikon & aplikasi akan dipaparkan. Pengemaskinian juga menjadi mudah sama ada untuk menambah capaian ke aplikasi lain lagi melalui satu saluran pengemaskinian sahaja. Pelbagai maklumat jabatan juga disalurkan melalui iPadPTG ini selain media lain yang di sediakan. LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan) Tujuan Inovasi Memberi kemudahan dalam penyampaian, perkongsian maklumat, pengurusan ICT jabatan. Proses Pelaksanaan Inovasi - Di bangunkan secara in-house oleh Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTGPP) Proses sebelum dan selepas SEBELUM i. Kakitangan IT perlu sediakan shortcut ikon (sistem dan aplikasi) di PC setiap user di jabatan ini menyukarkan tugas dan pengemaskinian, pelarasan dan penyeragaman semua PC di jabatan. ii. Pengumuman maklumat dan berita jabatan selalunya tidak segera kesampaian kepada pengetahuan pegawai dan kakitangan jabatan dan ini menyukarkan pemberitahuan dan pemakluman sesuatu perkara aktiviti jabatan.

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

TAJUK/NAMA INOVASI iPad PTG Online – GERBANG APLIKASI DAN MAKLUMAT PTG PULAU PINANG

NAMA JABATAN/AGENSI

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG PENGENALAN

iPadPTG Online PTGPP merupakan satu Gerbang Aplikasi dan Maklumat yang memudahkan penyampaian dan perkongsian maklumat serta memudahkan capaian kepada sistem-sistem dan aplikasi –aplikasi dalaman dan luaran kepada semua pegawai dan kakitangan PTG Pulau Pinang. Ia dilancarkan pada Isnin, 16 Januari 2012 yang lalu.

iPadPTG Online PTGPP ini juga merupakan inovasi ICT yang menggabungkan

penyampaian maklumat dan capaian aplikasi jabatan melalui satu aplikasi dalam bentuk Single Window Access Gate - SWAG. Pengguna tidak perlu lagi untuk menyediakan pelbagai shortcut di desktop komputer, bookmark favourite di web browser dan mengingat pelbagai alamat URL pelbagai sistem. Capaian ke aplikasi sistem menjadi mudah hanya klik pada ikon & aplikasi akan dipaparkan. Pengemaskinian juga menjadi mudah sama ada untuk menambah capaian ke aplikasi lain lagi melalui satu saluran pengemaskinian sahaja. Pelbagai maklumat jabatan juga disalurkan melalui iPadPTG ini selain media lain yang di sediakan.

LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

Tujuan Inovasi Memberi kemudahan dalam penyampaian, perkongsian maklumat, pengurusan

ICT jabatan.

Proses Pelaksanaan Inovasi - Di bangunkan secara in-house oleh Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTGPP)

Proses sebelum dan selepas SEBELUM

i. Kakitangan IT perlu sediakan shortcut ikon (sistem dan aplikasi) di PC setiap user di jabatan ini menyukarkan tugas dan pengemaskinian, pelarasan dan penyeragaman semua PC di jabatan.

ii. Pengumuman maklumat dan berita jabatan selalunya tidak segera kesampaian kepada pengetahuan pegawai dan kakitangan jabatan dan ini menyukarkan pemberitahuan dan pemakluman sesuatu perkara aktiviti jabatan.

Page 2: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

iii. Perkongsian maklumat dari pegawai dan kakitangan di jabatan tiada ruang dan saluran untuk memberi ucapan, luahan hati, tazkirah, nasihat, berkongsi maklumat dan sebagainya bagi merapatkan jurang antara tingkat dan jurang digital antara kakitangan jabatan.

SELEPAS i. Memudahkan proses menyediakan dan mengemaskini link/shortcut hanya

pada satu kawasan (iPadPTG) dan semua pengguna sistem/aplikasi dapat akses daripadanya.

ii. Pengumuman dan berita dapat disampaikan dengan segera kepada

pengguna.

iii. Perkongsian maklumat dan dokumen yang lebih baik dan mudah.

Elemen penurunan kuasa (jika ada) – Tiada -

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:

- Meningkat produktiviti jabatan dalam urusan berkaitan meningkatkan kecekapan pengurusan ICT serta penyampaian maklumat kepada pegawai dan kakitangan jabatan.

- Menjimatkan kos kerana tiada kos diperlukan kerana sistem dibangunkan sendiri oleh personal IT dalaman jabatan dan menggunakan sumber-sumber peralatan ICT sedia ada.

- Memudahkan saluran komunikasi antara pegawai dan kakitangan PTG dan antara kakitangan dan pengurusan.

- Memudahkan pengguna yang tidak mempunyai akses internet. i) Elemen Inovatif/Kreativiti - Pencapaian nilai/elemen baru/tambahbaik

a) Kombinasi antara penyampaian maklumat dan aplikasi – Tagline iPadPTG Online – “Gerbang Aplikasi dan Maklumat PTG Pulau Pinang”.

b) Telah dibentangkan kepada pengurusan dan pengurusan dapat menerima penggunaan iPadPTG Online ini.

c) Maklumat, berita yang disampaikan di simpan dalam sistem dan boleh dirujuk di kemudian hari – Knowledge base untuk jabatan.

Page 3: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

d) Mempunyai kawalan akses dan capaian antara pengguna, pentadbir sistem, fungsi auto refresh setiap 5 minit, fungsi background yang sering berubah bagi mengubah mode pengguna tidak hanya pada satu gambar skrin latar sistem, kemudahan capaian dan pengasingan aplikasi secara muka surat dan pengguna boleh memilih kategori aplikasi dan kemudahan modul-modul dalam muka surat yang disediakan.

e) Akses ke pentadbir iPadPTG yang mempunyai fungsi untuk memasukan/ mengemaskini pengumuman, berita, mesej teks, upload dokumen dan fungsi SMS Broadcast di mana pentadbir atau pengguna yang dibenarkan boleh mengakses untuk menghantar SMS secara broadcast kepada pengguna lain nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi SMS gateway).

(Sila rujuk Lampiran, Manual Pengguna Xpres iPadPTG Online PTGPP)

ii) Elemen Keberkesanan

- Gambaran faedah yang nyata diperolehi – memudahkan tugas dan meningkatkan produktiviti, penjimatan masa, memudahkan proses pengemaskinian link/capaian ke sistem secara lebih bersistematik dan pantas.

- Memudahkan perkongsian dokumen dan fail tertentu kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan.

- Peningkatan produktiviti/kepuasan – pegawai dan kakitangan PTG berpuashati dengan kemudahan yang disediakan secara online dan kurang menggunakan kertas dan borang manual. - Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan) – Tidak berkaitan -

iii) Elemen Signifikan

- Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan – dengan mesranya skrin antaramuka sistem yang bagaikan iPad Sebenar tetapi dalam bentuk maya, sistem yang sentiasa memberi ingatan dan guide melalui pop up mesej dan dialog box. - Penjimatan masa/kos/sumber manusia – penjimatan masa mengingati link dan capaian, menjimatkan masa untuk mengemaskini dan menambah link baru ke sistem/aplikasi tertentu jabatan/agensi, mengurangkan kos penggunaan kertas, penjimatan kos pembangunan sistem kerana dibangunkan secara dalaman dan menggunakan sumber peralatan ICT sedia ada, pengendalian sistem yang mudah.

Page 4: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

PENUTUP

Dalam perancangan dan inspirasi masa depan, sistem ini akan di tambah dengan pelbagai modul dan fungsi baru untuk muka laman (page) seterusnya. Disediakan oleh: Nama Pegawai : NORHARDI BIN SABRI (PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT) Tel : 04-6505412 / 012-2991824 eMel: [email protected]

*Lampiran skrin shot di muka seterusnya.

Page 5: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

LAMPIRAN Skrin Shot.

1. Muka 1: Capaian kepada link/pautan aplikasi-aplikasi intranet jabatan dan agensi

luar berkaitan.

2. Muka 2: Capaian kepada link/pautan aplikasi-aplikasi internet jabatan dan agensi

luar berkaitan.

Page 6: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

3. Muka 3: Capaian kepada link/pautan Aktiviti-Aktiviti Semasa PTGPP.

4. Muka 4: Capaian kepada link/pautan Borang Khidmat Pengurusan PTG.

Page 7: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

5. Muka 5: Capaian kepada link/pautan Muat Turun Perkongsian Maklumat &

Dokumen.

Page 8: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi
Page 9: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

SKRIN SHOT PENTADBIR SISTEM

1. Log masuk bagi pentadbir sistem.

2. Menu admin iPadPTG.

Page 10: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

3. Menu Pengumuman – memasukkan pengumuman baru, carian, edit, delete dan

terbit/tidak terbit (publish/unpublished).

4. Menu Berita – memasukkan berita baru, carian, edit, delete dan terbit/tidak terbit

(publish/unpublished).

Page 11: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

5. Menu Pos Teks Mesej – Carian mesej, ban/tidak ban(block/unblock).

6. Menu Muka – Mengurus muka surat iPadPTG – edit, delete, link, tool tips text

(penerangan) dan capaian.

Page 12: NAMA JABATAN/AGENSI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/923-ipad-ptg-online-gerbang-aplikasi... · nombor nombor telefon bimbit yang dimasukan (integrasi

7. Menu Dokumen – Carian, papar, muat naik, kemaskini, tambah, delete, edit

dokumen.

8. Menu PTGPPSMS broadcast – Hantar SMS secara broadcast kepada nombor

telefon bimbit yang disenaraikan.