muzik masyarakat portugis melaka

28
Muzik masyarakat Portugis Melaka Disediakan oleh, (G5.8) Chong Chia Bin Nur Fatihah Binti Adnan Tan Xue Ann

Upload: chong-chia-ming

Post on 13-Dec-2014

346 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Protugis Melaka

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Muzik masyarakat

Portugis Melaka

Disediakan oleh, (G5.8)Chong Chia Bin

Nur Fatihah Binti AdnanTan Xue Ann

Page 2: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Pengenalan

•Muzik dan tarian Portugis muncul di Melaka pada tahun 1952.

•Namun begitu, masyarakat Portugis telah wujud di Melaka sejak abad keenam belas.

•Pada tahun 1952, seorang paderi, Fr. Manuel Joachim Pintado telah memperkenalkan tarian dan muzik rakyat Portugis kepada sekumpulan orang Serani kelas tinggi di gerajanya di Melaka.

Page 3: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Penari-penari wanita memakai pakaian gaun labuh, blous yang berenda.

•Penari lelaki memakai pakaian yang dipanggil Bolero iaitu "waist-coat" berenda dan bersusun dengan motif-motif bunga. Bentuk seluarnya kelihatan ketat dan berwarna hitam, bergaris panjang ditepinya.

•Selain itu ia dilengkapi dengan kain "skaf" yang dipakai di leher serta memakai topi kecil di kepala.

Page 4: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Tarian-tarian yang dipelajari telah dipersembahkan pada sebuah majlis untuk menyambut Commander Manuel Maria Samento Rodrigues dari Portugal yang melawat Melaka pada masa itu.

•Tarian-tarian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh Fr.Pintado telah diperturunkan secara lisan kepada para remaja dan kanak-kanak masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis Melaka.

Page 5: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Tarian dan lagu sinkretik baru yang menggabungkan ciri-ciri muzik Portugal, Melayu, Baba dan negara barat lain diciptakan.

•Kebanyakan lagu baru menggunakan bahasa Kristang (bahasa Kreol orang Portugis Melaka) dan bukan bahasa Portugis moden.

•Tarian Branyo (bahasa Kristang untuk tarian sosial joget) diperkenalkan sebagai tarian terakhir pada setiap persembahan.

Page 6: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Tarian ini mempunyai empat tempo, iaitu: Serampa, Bintanya, Chikoti yang dinyanyikan dengan iringan rebana,’flute gong’, biola, dan ‘Jingli Nona Yo Kere Kaza’, iaitu sebuah persembahan di majlis perkahwinan, parti-parti, dan konsert.

Page 7: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Seperti dalam sesi joget, para penonton dijemput menari dengan penari-penari branyo.

•Lagu-lagu popular dari Portugal dan negara-negara Barat lain juga diubahsuaikan dan dipentaskan oleh masyarakat Portugis Melaka.

•Pada waktu sekarang, fungsi tarian dan lagu dipentaskan untuk menghiburkan para pelancong dan membuat persembahan bagi majlis-majlis perayaan.

Page 8: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Pesta San Pedro•Pesta San Pedro atau dikenali sebagai Hari Nelayan yang diadakan setiap tahun.

•Pesta ini diraikan selama seminggu setiap kali menjelangnya akhir bulan Jun setiap tahun.

•Pesta ini mula disambut di Melaka pada tahun 1994 dan dijadikan pesta tradisi di mana sepanjang seminggu pesta ini disambut.

Page 9: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

• Semasa Pesta San Pedro diadakan, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah.

• Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan.

• Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.

Page 10: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan, tarian akan menjadi lebih menarik'.

•Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri.

Page 11: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Ensembel

Page 12: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Ensembel

•Ensembel muzik Portugis Melaka terdiri daripada biola, akordion, gitar, rebana, tamborin dan kerincing (triangle).

•Penyanyi akan diiringi oleh pemain biola dan akordion yang bermain secara heterofoni.

•Pemain-pemain gitar menghasilkan kod-kod asas dan pemain-pemain rebana, tamburin serta kerincing bagi melengkapkan rentak lagu.

Page 13: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Biola

KerincingTamborin

RebanaAkordion

Page 14: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

•Persembahan yang berlainan akan menggunakan bilangan dan jenis alat muzik yang berbeza.

•Contohnya beberapa gitar boleh digunakan pada waktu yang sama, sebuah sintesizer boleh digunakan untuk mengiringi seorang penyanyi khasnya untuk pertunjukan-pertunjukan malam.

Page 15: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Muzik dan Teks

Page 16: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

• Dua lagu yang biasa dipentaskan adalah Jingli Nona dan Ti’Anika.

• Kedua-dua lagu telah menjadi lambang kebudayaan masyarakat Portugis Melaka dan dikenali sebagai lagu tradisional.

Page 17: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Lagu Ti’Anika

• Merupakan lagu Portugis yang diimport dari Portugal pada tahun 1950an.

• Masih dinyanyikan dalam Bahasa Portugis kuno yang tidak lagi digunakan oleh masyarakat Portugis Melaka sebagai bahasa pertuturan.

Page 18: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Lagu Jingli Nona

•Sejenis lagu branyo yang dinyanyikan dalam Bahasa Kristang.

•Mencantumkan ciri-ciri muzik Portugis, Melayu dan Baba.

•Seperti dalam lagu joget, branyo menekankan kegunaan tiga not dan dua not yang dimain oleh dram, violin dan akordion.

•Ciri ini juga didapti dalam muzik Portugal dan Sepanyol.

Page 19: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Contoh: Jingli Nona (iringan biola)

Page 20: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

• Seperti dalam Dondang Sayang, suasana menarik ditimbulkan bila seorang penyanyi wanita dan seorang penyanyi lelaki jawab-menjawab puisi.

• Proses jawab-menjawab puisi juga didapati dalam lagu Jingli Nona.

Page 21: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Empat rangkap teks Jingli Nona (dinyanyikan oleh Rosil de Costa dan Stephen Theseira)m/s 431, 432

Page 22: Muzik Masyarakat Portugis Melaka
Page 23: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

• Melodi setiap rangkap dibahagikan kepada dua kuplet yang diulangi (AABA).

• Korus dinyanyikan oleh semua orang yang hadir pada waktu persembahan (CC).

Bentuk

Page 24: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Contoh: Jingli Nona

Page 25: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

• Masa kini, ramai penyanyi tidak jawab-menjawab puisi lagi tetapi menyanyi rangkap-rangkap yang dihafalkan.

• Akhirnya, tarian-tarian dan lagu-lagu Portugis yang telah wujud sejak 40 tahun dahulu telah diterima sebagai kebudayaan masyarakat Portugis Melaka tulen.

• Persamaan (joget, dondang sayang dan branyo) menunjukkan interaksi muzikal di antara masyarakat Portugis, Melayu dan Baba Melaka.

• Tarian-tarian dan lagu-lagu diperturunkan kepada generasi mudah secara lisan.

Page 26: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Tayangan Video

Page 27: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Rujukan

Matusky, P. (1997). Muzik Malaysia:Tradisi Klasik, Rakyat Dan Sinkretik. Pulau

Pinang: The Asian Centre.Youtube.(n.d.).Dilayari pada Januari 20, 2013

daripada http://youtu.be/19jgcJweJBU.Youtube.(n.d.).Dilayari pada Januari 20, 2013

daripada http://youtu.be/DKmrWjxeFCQ.

Page 28: Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Sekian, Terima Kasih.