mustapa karmin skill learning.doc

16
1.0 Pengenalan Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan l justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya 200! "alaysia, 200#$%& 'leh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan kompetensi tenaga kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kompetensi tenaga kerj dihasilkan oleh institusi latihan kemahiran a am& 'leh itu, kajian telah dibuat baha a pelaburan terhadap latihan kemahiran terus meningkat pesat berba dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan,pembangunan teknologi, peningkatan produkti)iti dan daya sain 'ng, 200+! ', 200! "alaysia, 200#a, 200#b, 200#$! Kraak #...! e in #../! C #../! a)ies 1 uppy #..3! 4te ard #..+%&Kerajaan("alaysia, 200#a,b,$% dan penyelidikan lalu (seperti earden et al 2002! 5sa$haropoulos #..3! e #..+! 6orld 7ank #..8! e in, #..% menyarankan agar institusi latihan kemahiran dinilai selalu untuk mempastikan ke$ekapan dan keberkesanan program latihannya t 1.1 Definisi Kompetensi Tenaga Kerja efinisi kompetensi boleh ditafsirkan dari berbagai dimensi& engan melalui pres falsafah seperti Canto-4perber dan upy, kompetensi diperlukan untuk kehidupan s bagi ahli antropologi pula seperti oody, kompetensi memba a maksud kualiti umu diperlukan untuk kehidupan modern dan ahli sosiologi seperti 5errenoud, menyatakan kompetensi membolehkan indi)idu melaksanakan autonominya dalam berbagai situasi (dalam 9y$hen dan 4alganik 2000%& Apabila dilihat dalam konteks kajian ini tafsiran kompetensi dan komponen kompetensi lebih terfokus kepada peranan indi)idu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi atau pekerjaannya& engan bersandarkan teori modal manusia (7e$ker #..:% indi)idu yang memiliki pendidikan dan latihan leb berbanding tenaga kerja yang tidak berpendidikan dan menerima latihan& 4etersny pendidikan dan latihan kompetensi tenaga kerja boleh ditingkatkan& eng kompeten merujuk kepada keupayaan indi)idu melakukan tanggungja ab kerja, manaka kompetensi merujuk kepada prestasi sebenar indi)idu dalam situasi terten 200#%& Apa yang pasti definisi kompetensi merangkumi aspek bukan sahaja kemahira akademik, tetapi meliputi berbagai tingkahlaku dan sikap (4aterfiel dan 7o les dan intis (2002% dalam teori reproduksi sosialnya menjelaskan kejayaan

Upload: asgettunsally72yahoo

Post on 06-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0Pengenalan

Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya (NEAC, 2003; Malaysia, 2001c). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan kompetensi tenaga kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kompetensi tenaga kerja yang dihasilkan oleh institusi latihan kemahiran awam. Oleh itu, kajian telah dibuat dan didapati bahawa pelaburan terhadap latihan kemahiran terus meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan,pembangunan teknologi, peningkatan produktiviti dan daya saing (Fong Chan Ong, 2006; ILO, 2003; Malaysia, 2001a, 2001b, 2001c; Kraak 1999; Lewin 1998; Carnoy, 1998; Davies & Guppy 1997; Steward 1996). Kerajaan (Malaysia, 2001a,b,c) dan penyelidikan lalu (seperti Dearden et al 2002; Psacharopoulos 1997; Decker & Campbell 1996; World Bank 1995;Lewin, 1993) menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai.

1.1Definisi Kompetensi Tenaga Kerja

Definisi kompetensi boleh ditafsirkan dari berbagai dimensi. Dengan melalui prespektif ahli falsafah seperti Canto-Sperber dan Dupy, kompetensi diperlukan untuk kehidupan sempurna, bagi ahli antropologi pula seperti Goody, kompetensi membawa maksud kualiti umum yang diperlukan untuk kehidupan modern dan ahli sosiologi seperti Perrenoud, menyatakan kompetensi membolehkan individu melaksanakan autonominya dalam berbagai situasi sosial (dalam Rychen dan Salganik 2000). Apabila dilihat dalam konteks kajian ini tafsiran kompetensi dan komponen kompetensi lebih terfokus kepada peranan individu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi atau pekerjaannya. Dengan bersandarkan teori modal manusia (Becker 1994) individu yang memiliki pendidikan dan latihan lebih produktif berbanding tenaga kerja yang tidak berpendidikan dan menerima latihan. Setersnya, dengan pendidikan dan latihan kompetensi tenaga kerja boleh ditingkatkan. Dengan ini bermakna kompeten merujuk kepada keupayaan individu melakukan tanggungjawab kerja, manakala kompetensi merujuk kepada prestasi sebenar individu dalam situasi tertentu (McConnell 2001). Apa yang pasti definisi kompetensi merangkumi aspek bukan sahaja kemahiran asas akademik, tetapi meliputi berbagai tingkahlaku dan sikap (Saterfiel dan McLarty 1995). Bowles dan Gintis (2002) dalam teori reproduksi sosialnya menjelaskan kejayaan individu di pasaran buruh bergantung kepada ciri-ciri personaliti berbanding kemahiran spesifik kerana majikan lebih mengutamakan etika serta nilai murni yang dimiliki oleh tenaga kerja.

Jika menurut Sherer and Eadie (dalam Cotton 1999) pula kompetensi bukannya kemahiran kerja spesifik, tetapi kemahiran yang merentasi tanpa mengira jenis industri dan hiraki pekerjaan dari peringkat rendah hinggalah ketua eksekutif. Resnick dan Wirt (dalam Leon dan Borchers, 1998) juga merumuskan kompetensi bukan hanya tertumpu kepada pekerjaan tertentu atau kluster sesuatu pekerjaan. Neill (1999) turut menyatakan kompetensi sebagai kemahiran yang penting di tempat kerja yang merentasi semua jenis pekerjaan dan bidang akademik. Sedangkan Hurd (2004) memberikan tafsiran kompetensi sebagai kemahiran, pengetahuan dan tingkahlaku yang diperlukan untuk cemerlang dalam melaksanakan pekerjaan. Clagett (dalam Imel, 1999) pula memberikan tafsiran kompetensi ini amat perlu kepada individu di semua peringkat pekerjaan. Lantas dengan itu, Australian Council for Education Research atau ACER (2002) merumuskan kompetensi sebagai kualiti tenaga kerja yang diperlukan bukan sahaja untuk berjaya dalam dunia pekerjaan malah dalam kehidupan. Kualiti tenaga kerja yang dimaksudkan termasuklah pintar, berkebolehan menyesuaikan diri dan fleksibel. Cotton (1999) pula menyatakan kompetensi sebagai kemahiran generik dan majikan mengutamakan kemahiran ini berbanding kemahiran spesifik pekerjaan berkenaan. Sedangkan Leon dan Borchers (1998) menegaskan majikan lebih mengutamakan pekerja yang memiliki nilai ketrampilan dalaman berbanding kebolehan akademik mahu pun teknikal. Bagi Zargari (1997) pula majikan inginkan pekerja yang mampu serta cemerlang dalam menampilkan kombinasi kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan antara manusia. Kesimpulannya kompetensi kerja merupakan kebolehan bersifat umum dan diperlukan dalam apa juga jenis dan peringkat pekerjaan.

1.2Komponen Kompetensi

Jika dilihat Teori Kesepadanan Kerja (Arrow & Spencer 1979) menjelaskan kesepadanan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh pasaran (majikan) dan apa yang dimiliki oleh tenaga kerja akan menentukan pulangan ekonomi dari pasaran buruh dan kemungkinan memperolehi pekerjaan. Beberapa negara berikut menyenaraikan komponen kompetensi yang perlu ada bagi setiap tenaga kerja, agar negara dan firma memiliki tenaga kerja yang berkualiti selari dengan tuntutan pasaran di era globalisasi. Di Amerika, Laporan SCANS (1991,1994) menyatakan pekerja yang kompeten mestilah memiliki tiga komponen kompetensi asas, kemahiran asas, kemahiran berfikir dan kualiti peribadi serta memiliki ketrampilan apabila berada di tempat kerja dengan menggunakan sumbersumber, hubungan interpersonal, sistem maklumat dan teknologi. Sedangkan kajian Leon dan Borchers (1998) di Texas, Amerika, pula menyatakan sembilan komponen kompetensi yang diperlukan iaitu membaca, menulis, dan mengira, berkomunikasi, berfikiran kritis, berinteraksi dalam kumpulan, sentiasa memajukan diri, menguasai kemahiran komputer, sistem teknikal dan kepimpinan. Menurut kajian oleh Moraine Park Technical College (dalam Neil, 1999) pula menyatakan kompetensi mengandungi tujuh kebolehan utama iaitu, bekerja dengan produktif, belajar dengan berkesan, berkomunikasi dengan jelas, berkerjasama, bertindak dengan penuh tanggungjawab, menilai diri secara positif, berfikir secara kritis dan kreatif.Jadual 1: Komponen Utama Kompetensi Mengikut Negara

Dalam kompetensi 2000 yang digariskan oleh The Conference Board of Canada, (1998) pula merangkumi kompetensi yang diperlukan untuk memasuki, kekal dan maju dalam dunia perkerjaan sama ada bekerja sendiri mahu pun bekerja makan gaji. Komponen kompetensi yang dimaksudkan termasuklah komunikasi, penyelesaian masalah, tingkahlaku dan sikap positif, adaptasi, berkerjasama dengan orang lain, dan penguasaan kemahiran sains, teknologi dan matematik. Di Australia pula, Kilpatrick dan Allen (2001) meramalkan kompetensi yang bertambah permintaannya dan perlu diterapkan dalam latihan vokasional ialah kemahiran untuk bekerja (idea, rekabentuk, innovasi, pemasaran, pemantauan dan pengurusan), soft skills (penyelesaian konflik, kepimpinan, pembinaan kumpulan dan komunikasi tempatkerja) celik huruf dan kemahiran mengira. ACER (2001), ACCI (2002) dan NCVER (2002a,b) merumuskan tenaga kerja yang diperlukan perlu memiliki kompetensi yang meliputi kemahiran asas, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir, kefahaman perhubungan, kemahiran organisasi, pembelajaran berterusan, personaliti dan kemahiran interpersonal.

Berpandukan kajian yang dibuat oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der Velden (2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan perlulah menguasai teori, keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu, pelatih juga hendaklah berkebolehan menggunakan teknologi maklumat, berkebolehan berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan. Skills Task Force Group di United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck & Vignoles (2002) pula mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan pembelajaran, bekerja bersama, aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai teknologi maklumat & bahasa asing moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada tenaga kerja yang akan memasuki pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut menyenaraikan lapan komponen kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran kreatif, perancangan hidup, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002).

Berikut ialah Kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) telah mendapati majikan meletakan ketepatan untuk hadir bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al (2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Melalui hasil penelitian beliau dari segi kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Kajian oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der Velden (2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan perlulah menguasai teori, keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Selain itu, pelatih juga hendaklah berkebolehan menggunakan teknologi maklumat, berkebolehan berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan.

Berpandukan Skills Task Force Group di United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck & Vignoles (2002) pula mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan pembelajaran, bekerja bersama, aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai teknologi maklumat & bahasa asing moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada tenaga kerja yang akan memasuki pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut menyenaraikan lapan komponen kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran kreatif, perancangan hidup, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002). Sekali lagi , berpandukan kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) mendapati majikan meletakan ketepatan hadir bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al (2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil penelitian beliau, di samping kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.2.0Badan Laporan PendidikanDidapati para graduan yang telah menerima ijazah masing-masing akan mendapat kegembiraan yang tidak terkira di saat menerima segulung ijazah yang diimpikan selama ini dengan pengorbanan selama 4 atau 5 tahun akhirnya samapai ke puncaknya. Jika diimbas kembali kenangan ketika menjejakkan kaki ke menara gading, ianya juga memberi kegembiraan dan satu lonjakan paradigma kepada mahasiswa dalam erti kata mencari fungsi diri dalam dunia pendidikan.

Setelah bertahun-tahun mengejar impian maka sudah pastinya pelbagai cabaran datang tanpa diduga. Banyak dugaan belajar, membuat tugasan, karenah rakan dan pensyarah, penglibatan dalam program-program universiti serta kolej acapkali mewarnai kehidupan universiti. Setelah itu graduan sudah menjadi gelaran, satu persoalan berlegar-berlegar dalam minda. Apa hala tuju selepas ijazah diperoleh? Saban tahun dan ketika setiap kali mahasiswa bergraduan pasti akan wujud persoalan ke mana hala tuju mahasiswa selepas memegang segulung ijazah.

Inilah persoalan yang selalu membelenggu mahasiswa yang sedia ada dan bakal mahasiswa adalah untuk cuba mengelakkan persoalan ini ke arah yang negatif iaitu hala tuju yang tiada penghujung. Lantas, satu inisiatif perlu difikirkan bersama bagi menilai kemampuan diri seorang graduan untuk penetapan hala tuju yang diimpikan selama ini. Sering kali kedengaran isu-isu graduan menganggur seperti tiada jalan penyelesaian masalah ini. Ini adalah usaha kerajaan dan pelbagai pihak lain untuk menangani masalah graduan menganggur bukan setakat janji malahan kalau dikaji semula masalah pengangguran juga berbalik kepada mahasiswa itu sendiri sebagai puncanya.

Kajian ini penting untuk menilai sejauh mana bakal graduan yang ada sekarang ini memanipulasi segala aspek yang disediakan di universiti dan juga memanfaatkan isu-isu ke arah perkembangan diri sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keintelektualan tinggi. Persoalan ini menumpukan kepada hala tuju mahasiswa selepas bergraduan selain persoalan yang timbul tentang kerelevanan hubungan program pengajian yang dipelajari dengan alam pekerjaan. Selain itu, personaliti mahasiswa dikenal pasti yang merujuk kepada kemahiran insaniah dalam pelbagai bidang.

Maka apa yang boleh diperkatakan ialah secara umumnya seringkali mahasiswa menyatakan hala tuju sebagai mahasiswa selepas bergelar graduan adalah untuk menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Itulah cabaran yang terpaksa dihadapi dan sejajar cabaran selepas bergraduan adalah amat getir jika aspek-aspek penting semasa di universiti ataupun sebelum memasuki alam universiti tidak diambil kira.

Berlainan pula kisahnya dengan persoalan relevansi program pengajian yang dipelajari dengan alam pekerjaan adakalanya dipandang remeh oleh kebanyakan pelajar yang hendak memasuki universiti. kedengarannya, pelajar dikatakan hanya memenuhi syarat ataupun sekadar mengharapkan mereka dapat masuk universiti. Justeru itu, program pengajian yang dipilih dan pihak Kementerian secara tidak langsung akan menawarkan mereka dengan program pengajian tersebut. Inilah permasalahan yang kadang kala menjadi antara penyebab alam pekerjaan sukar diperolehi.

Jika boleh dikatakan pelajar seolah-olah tidak menghiraukan segala masalah dan tidak memikirkan lebih jauh tentang keadaan di universiti kelak dengan kata lain asalkan dapat masuk universiti.Perkara paling penting dalam alam pekerjaan adalah tentang personaliti diri manusia. Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan kepelbagaian bidang dan jenis alam pekerjaan yang memungkinkan mahasiswa bersedia lebih awal. Kemahiran insaniah yang baru sahaja diterapkan dalam universiti walaupun sebelum ini kemahiran insaniah secara tidak langsung sebagai bekalan sebagai mahasiswa berkterampilan.Namun pendekatan untuk tumpuan lebih kepada kemahiran insaniah ini agar tidak diabaikan oleh mahasiswa.

Oleh itu, setiap kursus pengajian diselitkan dengan tahap-tahap dan penilaian kemahiran insaniah kepada diri seorang mahasiswa. Tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mencungkil kepelbagaian sikap, bakat dan kemahiran yang ada dalam diri mahasiswa. Setiap mahasiswa mempunyai kemahiran insaniah tersendiri namun ianya juga perlu ditonjolkan dalam universiti bagi memudahkan penilaian dan membiasakan diri terutamanya melibatkan aspek komunikasi.

Sebagai mahasiswa yang merasakan diri mereka perlu untuk menyahut cabaran selepas bergelar graduan inilah masanya untuk bersiap sedia. Paling penting adalah hala tuju sebagai mahasiswa akan berakhir dengan apa yang diimpikan terutamanya mendapat pekerjaan yang membuatkan diri mahasiswa bergembira dan bukannya berduka menunggu panggilan kerja. Setiap dalam diri mahasiswa sudah dibekalkan kemahiran semula jadi dan ianya hanya perlu diasah untuk digunapakai bagi kepentingan diri sendiri dan juga pihak lain. Apa yang penting untuk segala persoalan ini bukan setakat kerjasama mahasiswa dan pihak universiti bahkan kesedaran dalam diri mahasiswa itu yang paling utama bagi menjayakan hasrat diri ke arah kejayaan diri sendiri, keluarga, pihak universiti dan negara.

2.1Lima Kemahiran Perlu Dikemukakan

2.1.1Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritisialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahandan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dankelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan bukti.

2.1.1.2

Senarai kemahiran berfikir secara kritis:i. membanding dan membezaii. membuat kategoriiii. meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhaniv. menerangkan sebabv. membuat sekuen atau urutan.vi. menentukan sumber yang dipercayaivii. membuat ramalanviii. mengusul periksa andaianix. membuat inferens

2.1.1.3

Membanding dan membeza:

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

2.1.1.4

Membuat Kategori

Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label atau tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

2.1.1.5

Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

Melalui kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.2.1.2

Kemahiran Kerja Berpasukan

Melalui kajian ini maka secara ringkasnya, kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri-ciri sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRIPASUKAN KERJA

KetuaKetua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan

Membuat keputusanPersetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai

MatlamatMatlamat ditentukan oleh pasukan

Penentuan kerjaPasukan merangcang penugasan kerja secara bersama

KomunikasiKomunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus

KerjasamaAnggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain

Hasil kerjaHasil kerja berpasukan

PenilaianPrestasi di nilai secara kolektif

Jadual Ciri-ciri Sebuah PasukanApabila kerja berpasukan maka organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

i. Matlamat samaii. Kerjasamaiii. Bertolak ansur

iv. Musyawarah

v. Saling percaya mempercayai

vi. Berkongsi idea

vii. Tanggungjawab bersama

viii. Saling bantu membantu

Setiap kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan

Oleh itu, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai sebahagian daripada kita tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai bukan daripada kita.

2.1.3Kemahiran Kepimpinan

Berlandaskan pengetahuan mengenai teknik dan kemahiran kepimpinan amat penting dalam menentukan pimpinan organisasi ialah kepimpinan yang berkesan. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan kemahiran-kemahiran berikut perlu ada kepada seseorang pemimpin.Antara kemahiran yang perlu bagi seseorang pemimpin ialah Kemahiran Pengurusan ataupun Pentadbiran. Robert L Katz telah menyenaraikan tiga aspek penting dalam kemahiran yang perlu dimahiri oleh seseorang pemimpin iaitu Kemahiran Konsep, Kemahiran Teknik dan Kemahiran Manusia.

2.1.3.1

Kemahiran Konsep

Didefinisikan kemahiran konsep ialah kemahiran pengalaman dan boleh menentukan keberkesanan kepimpinan. Kemahiran ini maka seseorang pemimpin akan mempunyai kebolehan mental untuk menyelaras dan menyatukan kepentingan dan aktiviti organisasi. Ia akan menentukan bagaimana bahagian-bahagian dalam sesuatu organisasi saling bergantungan antara satu sama lain. Hal ini penting kerana pengetahuan ini akan membantu seseorang pemimpin mengawal dan menyelia serta dapat bertindak dengan pantas untuk mencari penyelesaian jika terdapat sesuatu perkara yang perlu diambil tindakan segera. Hal ini dapat menyelamatkan organisasinya daripada terancam dan dapat melihat kekesanan sesuatu faktor yang boleh menjejaskan faktor lain dalam organisasi.2.1.3.2

Kemahiran Teknik.

Kemahiran ini dapat menjadikan seseorang pemimpin akan dapat memimpin sesuatu organisasi dengan lebih cemerlang jika mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik atau cara mengendalikan sesuatu lapangan pentadbiran. Sebagai contohnya, seseorang pempimpin dalam bidang pendidikan perlu mengetahui akan teknik dan kaedah pengajaran, psikologi pelajar serta persekitaran yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan, pelajar dan guru. Tanpa kemahiran ini kepimpinan yang ditonjolkan tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan.

2.1.3.3

Kemahiran Manusia.

Dalam setiap pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran manusia atau pengetahuan mengenai hubungan manusia boleh memberikan kelebihan kepada seseorang pemimpin. Kelebihan ini akan dapat membantu pemimpin menentukan pembentukan pengaruh dan mengenakan kuasa ke atas pengikut dengan lebih berkesan dan berdiplomasi. Kemahiran ini juga akan membolehkan pemimpin memberikan dorongan serta memahami kehendak pengikut untuk bekerja dalam satu kumpulan. Selain itu, ia juga membolehkan pemimpin dapat diterima oleh pengikut dalam sesuatu organisasi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengurus dan memimpin organiasi. Sehubungan dengan itu, kemahiran ini lebih memberikan manfaat jika para pemimpin mempunyai gaya kepimpinan yang baik. Begitu juga melalui kemahiran ini pemimpin boleh memanipulasi manusia untuk memimpin organisasi dengan baik. Hal ini kerana manipulasi ialah satu unsure pengaruh yang amat penting dalam organisasi. Kemahiran ini juga memerlukan penguasaan dalam aspek Teori Motivasi seperti Teori Motivasi Maslow, Porter, dan Herberg.2.1.3.4

Kemahiran Komunikasi

Pendapat James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) menjelaskan bahawa komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.

Communication involves humans to understand and share meanings through mutual agreement via symbols, signals, alphabets, numbers and words that resembles their idea.Pendapat S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

Communication is exchanging of ideas, thought, information and social interaction either for personal or non-personal, through symbols or signals towards achieving organization mission.Menurut Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.2.1.3.5

Kemahiran Keusahawanan

Van Gelderen (2007) menakrifkan kemahiran keusahawanan sebagai kebolehan yang diterjemahkan dalam kelakuan atau tindakan seseorang usahawan. Kemahiran ini merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru, mengurus perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti peluang, mengurus masa, berkomunikasi dengan baik, menyelesai masalah secara kreatif dan mengurus stress yang semuanya dianggap sebagai kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan. Madura (2007) dan Zimmerer & Scarborough (2005) pula telah menggariskan kemahiran asas dalam perniagaan yang meliputi tiga domain utama iaitu kemahiran pembuatan keputusan pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan. Menurut pandangan mereka, kemahiran pembuatan keputusan pengurusan perniagaan melibatkan hal ehwal pengurusan keseluruhan perniagaan, pemasaran melibatkan kos pemasaran dan yang berkaitan dengannya manakala kewangan pula merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pengendalian sumber kewangan perniagaan. Di samping itu, Zaidatol Akmaliah (2007) telah menerangkan lebih 15 perkara asas yang perlu ditanya oleh bakal usahawan dengan menjalankan analisis kemahiran keusahawanan. Secara ringkasnya, kemahiran-kemahiran asas ini perlu dimanifestasikan dalam aktiviti seharian seseorang usahawan untuk menjamin sustainability perniagaan yang dijalankan.3.0Cadangan Perunding

(i) Kemudahan bersesuaian perlu diperluaskan di kawasan luar bandar seperti kemudahan

teknologi dan maklumat, program outreach kepada graduan-garaduan luar bandar.

(ii) Kursus kemahiran teknikal disediakan agar graduan mempunyai kemahiran lain selain daripada kemahiran sedia ada.

(iii) Graduan digalakkan bekerja sendiri terutamanya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.

(iv) Latihan industri diberikan kepada semua pelajar agar mereka mendapat pendedahan sebenar kepada alam pekerjaan.

4.0Rumusan

Dengan mempunyai kelayakan tinggi tetapi terpaksa memilih pekerjaan tidak setimpal dengan kelulusan? Itu adalah antara dilema sebilangan graduan institusi pengajian tinggi tempatan apabila gagal memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. Biarpun mempunyai ijazah sarjana muda mahupun diploma, kerjaya yang dipilih tidak menjanjikan gaji lumayan malah ada yang terpaksa menggunakan kelayakn Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon jawatan.Bukan masalah memilih kerja tetapi persaingan dunia kerjaya yang semakin hebat memaksa graduan tidak terlalu berkira selain tidak mahu terus menyandang gelaran penggangur terhormat. Apakah faktor penyebab ramai graduan tidak memperoleh pekerjaan berdasarkan kelayakan? Adakah kursus tidak menepati kehendak pasaran kerjaya ataupun majikan bersikap pilih kasih? Mungkin juga graduan tidak mempunyai kemahiran tambahan berbentuk teknikal seperti mampu berkomunikasi dengan baik terutama dalam Bahasa Inggeris (BI) menyebabkan mereka gagal menambat hati majikan.Masalah para graduan terutama wanita sukar memperoleh pekerjaan setimpal disebabkan kesilapan memilih kursus pengajian. Kebanyakannya lebih gemar memilih bidang pengajian berbentuk akademik semata-mata sedangkan kehendak pasaran kerjaya masa kini lebih kepada teknikal. Walaupun gender bukan isu utama, kebanyakan majikan lebih gemar mengambil graduan lelaki kerana lebih berkeupayaan dalam kemahiran teknikal meskipun keputusan akademiknya sederhana.Apa yang penting, kita tidak boleh menyalahkan majikan semata-mata kerana pasaran kerjaya masa kini memang begitu. Oleh hal itu, pelajar dinasihatkan supaya bijak memilih bidang pengajian, jangan memilih bidang yang mudah tetapi kurang pasaran kerjaya. Memang ada graduan terpaksa bekerja dan menerima gaji yang lebih rendah daripada kelayakan. Ada juga yang memperoleh pekerjaan baik biarpun kelulusannya tidak setimpal, Hal ini terpulang kepada rezeki dan usaha. Selain salah membuat pilihan bidang pengajian, faktor pengalaman juga dikatakan sebagai satu penyumbang utama graduan berpuas hati dengan tawaran kerja.Sebenarnya kita tidak ada pilihan dan mereka melupakan seketika impian untuk bergelar pegawai dan menerima apa juga tawaran kerja asalkan mempunyai gaji dan boleh meneruskan hidup. Bagi graduan wanita, kurangnya kemahiran serta keupayaan jaringan pergaulan sosial menyumbang faktor kesukaran memperoleh pekerjaan. Ada majikan suka mengambil pekerja tanpa pengalaman, jadi tidak timbul rungutan hanya mahukan yang berpengalaman. Paling penting graduan perlu melengkapkan diri dengan keperluan industri. Graduan wanita perlu mengikis tanggapan sukarnya bersaing dengan lelaki sebaliknya tunjukkan mereka juga boleh melakukannya. Jangan ada tanggapan, tidak boleh dalam diri.Dunia alaf baru ini , semua ada kelebihan dan keupayaan.Memang sukar tapi kena mula langkah. Pandang secara positif di samping merangka strategi untuk masa depan. Ada graduan wanita bekerja di butik sebagai pembantu jualan biarpun memiliki segulung ijazah sarjana muda komunikasi dari sebuah universiti kerana selepas puluhan temu duga, tidak lagi sanggup menunggu pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. Malah ada graduan yang sanggup menerima pekerjaan berkelulusan lebih rendah, termasuk SPM kerana yang penting, bekerja dan mempunyai pendapatan.BibliografiAbdul Latif Samian. (2000). Hala Tuju Pengajian Umum di Alaf Baru dalam Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron (eds), Pengajian Umum Di Alaf Baru. Bangi. Pusat pengajian Umum.Hashim Fauzy Yaakob (2006, Jun 13- 14). Halatuju Pengajian Umum: Membina Kompetensi

Melalui Komunikasi Sebagai Kemahiran Asas. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).Mohamad Shah Kassim, Mohd Hassan M., O., (2006, Jun 13- 14). Keusahawanan Kerjaya Pilihan: Keberkesanan IPTA Meningkatkan Kompetensi Keusahawanan di KalanganPelajar. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).Norhani Bakri, Noor Zainab Razak, Hamidah Rahman, Ishak Mad Shah, Roziana Shaari dan Fadillah Zaini (2006, Jun 13-14). Persepsi Pensyarah Terhadap Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Umum Universiti di UTM, Skudai. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).Buku panduan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat sesi 2006/2007.