mudul gimnastik word

33
1 TAJUK 1 Pengenalan Kepada Gimnastik 1.0 Definisi dan Konsep Kemahiran Asas Gimnastik Apakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ? Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempatempat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan. Sinopsis Dalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang definisi dan konsep kemahiran asas gimnastik. Pola-pola yang menjadi asas perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Seterusnya bagaimana konsep kognitif diterapkan di samping beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan supaya gimnastik artistik ini lebih realistik. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat : i. Menerangkan pola-pola pergerakan yang terdapat dalam gimnastik artistik. ii. Membiasakan diri dengan pola-pola gimnastik pada pelbagai peringkat asas dan lanjutan. iii. Melakukan gimnastik artistik menurut kebolehan dan potensi individu masing-masing. iv. Menerangkan butiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran gimnastik artistik. 2 1.1 Pola-pola pergerakan gimnastik Pola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai

Upload: kamarzaman-mahmud

Post on 26-Nov-2015

282 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1TAJUK 1 Pengenalan Kepada Gimnastik1.0 Definisi dan Konsep Kemahiran Asas GimnastikApakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ?Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empataktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempatempataktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola pergerakan yangdominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.SinopsisDalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang definisi dan konsepkemahiran asas gimnastik. Pola-pola yang menjadi asas perkembangankemahiran gimnastik artistik. Seterusnya bagaimana konsep kognitif diterapkandi samping beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan supaya gimnastikartistik ini lebih realistik.Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. Menerangkan pola-pola pergerakan yang terdapat dalam gimnastikartistik.ii. Membiasakan diri dengan pola-pola gimnastik pada pelbagai peringkatasas dan lanjutan.iii. Melakukan gimnastik artistik menurut kebolehan dan potensi individumasing-masing.iv. Menerangkan butiran mengajar dalam proses pengajaran danpembelajaran gimnastik artistik.21.1 Pola-pola pergerakan gimnastikPola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan kemahirangimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagaiasas persediaan pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih sukardalam gimnastik artistik. Pendekatan Pola-Pola Pergerakan (DominantMovement Pattern) dalam pengajaran gimnastik mengklasifikasikan kemahirankemahiranyang diaplikasikan dalam gimnastik. Pola-pola pergerakan inimerupakan asas pergerakan yang membawa kepada kemahiran-kemahiranyang lebih kompleks. Memahami pola-pola ini dapat membantu para guru untukmenyediakan;· ansur maju yang sesuai· persediaan fizikal yang diperlukan oleh pelajar· pemindahan kemahiran· program pembelajaran yang seimbang· aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pertumbuhan dan tahapkemahiran pelajarBagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu :1.1.1 PendaratanIanya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya akanlebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti di manalutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.Kawalan badan semasa mendarat sangat penting kerana kemahiran inidilakukan dengan menggunakan alatan termasuk semasa senaman lantai.· mendarat dengan kaki

· mendarat dengan tangan· mendarat melalui pergerakan putaranRajah 1 : Pendaratan31.1.2 Statik / kestabilanKestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir dalam keadaanstatik bermaksud keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbangselepas ianya dipindahkan / digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukanpusat graviti :· Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebihstabil.· Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapakadalah lebih stabil.· Semakin luas tapak adalah lebih stabil.Statik adalah pergerakan atau posisi pegun yang mana gimnas beradadalam posisi keseimbangan (equilibrium) Pusat graviti gimnas berada dalamkeadaan rehat (tidak bergerak).· Sokongan· gantung· imbanganRajah 2 : Menyokong badan dengan kedua tangan1.1.3 Gerak edarPergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan pemindahanpusat graviti akan mengakhibatkan pergerakan. Bagi setiap pergerakan badanakan dipengaruhi oleh masa, daya, aliran dan ruang. Gerak edar adalahpergerakan merentas ruang di mana berlakunya pemindahan pusat gravitigimnas.Pergerakan;· pada tangan· pada kaki· pada tangan dan kaki· semasa sokongan· semasa gantungRajah 3 : Berlari41.1.4 PutaranSetiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari akanmengakhibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin besar jejari akanmenyebabkan semakin perlahan putarannya. Putaran adalah putaran tubuhpada paksi internal tubuh.· paksi longitudinal- putar ke kiri/kanan (pivot)· paksi transverse- guling depan / belakang· paksi anterior dan posterior- roda keretaRajah 4 : Guling belakang1.1.5 HamburanUntuk menggerakkan sesuatu objek daya diperlukan. Dengan

mengaplikasikan daya objek tersebut akan bergerak mengikut arah daya itubertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam menghasilkan hamburan dimana setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya.Contohnya Hambur Arab. Hamburan adalah aktiviti yang menghasilkanpergerakan.· ke atas· ke belakang· ke hadapan· ke sisidengan sokongan atau tanpa sokongan.5Rajah 5 : Hambur arab1.1.6 HayunanDaya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan lagidengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun hujung kaki.Contohnya hayunan pada palang. Hayunan adalah pergerakan tubuh kehadapan, ke belakang atau `pivot’ mengelilingi bahagian tubuh.Kemahiran hayunan menggalakan pelajar membina kesedaran ruang (spatial),ketegangan badan (body tension) dan kekuatan genggaman.Rajah 6 : Hayunan pada palang62.0 Permainan gimnastik untuk kanak-kanak2.1 Aktiviti memanaskan badan dan regangan2.1.1 Permainan BerpasanganDengan pasangan cuba mengimbangkan diri dalam pelbagai aksiseperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.Rajah 7 : Imbangan berpasangan72.1.2 Dalam kedudukan `juak leding’ pelajar mengadap antara satu samalain. Pelajar akan cuba mengawal dan menggelunsurkan bola diatas badan mereka.Rajah 8 : Lunsur Bola2.1.3 Dalam kedudukan sama ada melentang atau meniarap, pelajarcuba mengimbang badan dan menggerakan bola ke hadapan danke belakang.Rajah 9 : Imbangan kaki atas bola2.1.4 Pelajar dalam kedudukan mengadap antara satu sama lain dansalang memegang tangan. Pelajar A akan cuba melangkah kakikirinya melepasi tangan kanannya manakala pelajar B akanmelangkah kaki kanan melepasi tangan kirinya.Rajah 10 : Langkah ke dalam dan ke luar82.1.5 Permainan BerkumpulanAlatan: Gelong rotanKeterangan Aktiviti:Gelong-gelong rotan diletakan di tengah-tengah gelanggang.Semua pelajar berada di dalam gelong rotan. Apabila guru beriisyarat `tepi’ semua pelajar akan berlari dan menyentuh didingdewan. Bila guru beri isyarat `tengah’ semua pelajar berlari ke

tengah dewan dan masuk dalam gelong rotan. Pelajar yang palinglambat sekali dikenakan denda spt; tekan tubi, imbangan dekamdan lain-lain.Rajah 11 : Gerak pantasAlatan: Tali SkippingKeterangan Aktiviti:Dalam keddukan mencangkung (memandang keluar) pelajarberada dalam formasi bulatan. Seorang pelajar akan berdiri ditengah bulatan sambil memegang tali skipping. Apabila tali skippingdiputar, pelajar-pelajar yang mencangkung akan mengangkat kaki,mengelak dari terkena tali skipping tersebut. Pelajar yang terkenatali skipping akan didenda (cth:dirian tangan dll) dan dikehendakimengambil peranan sebagai pemutar tali.Rajah 12 : Sapu kaki9Alatan: TiadaKeterangan Aktiviti:Berlapan. Dalam posisi merangkak dan bertindan (tandem), pelajarcuba bergerak ke hadapan.Rajah 13 : Ulat gonggokAlatan; Gelong rotanKeterangan Aktiviti:Berlapan. Dengan hanya menggunakan hujung kaki danmengimbangkan badan, pelajar dikehendaki menghantar ke semuagelong ke dalam skital. Kumpulan yang paling cepat menghantarke semua gelong ke dalam skital dikira menang.Rajah 14 : Hantar gelung102.2 Aktiviti komponen kecergasan fizikalRajah 15 : Litar Gimnastik113.0 Aspek keselamatan murid dan alatan dalam gimnastik· Persediaan tubuh badan sebelum dan selepas gerak kerja(memanaskan badan dan gerak kendur)· Prinsip ansur maju dalam gimnastik· Persediaan alatan, penggunaan alatan, penyimpananalatan, penyelenggaraan alatan, modifikasi dan alat rekaganti· Penyokong dan kedudukan penyokong.3.1 Prosedur Keselamatan Dalam GimnastikSentiasa bersediaSeperti aktiviti fizikal yang lain, kecederaan berlaku lebih kerap apabilamurid letih atau penat. Pastikan murid-murid tidur malam yangsecukupnya sebelum kelas atau melakukan sebarang aktiviti gimnastik.Jika murid-murid tidak mendapat tidur yang cukup pastikan mereka tidursekejap sebelum kelas atau sebarang aktiviti gimnastik. Pastikan tubuhmurid-murid mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan sebarangaktiviti yang lasak.Latihan yang sistematikAktiviti gimnastik memerlukan latihan yang dilakukan secara sistematik. Ini

kerana gimnastik merupakan satu aktiviti fizikal yang agak sukar danmemerlukan satu latihan dalam jangka masa yang lama. Latihan mestidimulakan secara ansur maju iaitu dari perlakuan yang mudah kepadaperlakuan yang sukar secara perlahan-lahan. Latihan yang tidaksistematik akan meningkatkan risiko berlakunya kecederaan sewaktumelakukan aktiviti gimnastik.Mengenalpast i tahap kecergasan dan kemampuan murid sewaktumenjalankan aktivitiSetiap kanak-kanak mempunyai tahap kemampuan diri masing-masing.Seseorang murid tidak boleh dipaksa jika murid tersebut tidakberkemampuan dalam melakukan sebarang aktiviti gimnastik. Jika muridtersebut dipaksa melakukan sebarang aktiviti yang melebihi hadkemampuannya, risiko kecederaan akan meningkat dan mungkin muridtersebut berisiko mendapat kecederaan yang serius. Guru hanyabertindak sebagai pendorong bagi membolehkan murid mendapatkeyakinan untuk melakukan sebarang aktiviti gimnastik tersebut.Cari maklumat dan sediakan nota ringkas mengenai perkara-perkara berikut:12Kesesuaian PakaianPastikan pakaian yang dipakai bersesuaian untuk melakukan aktivitigimnastik. Murid-murid dilarang sama sekali memakai sebarang hiasanbadan yang mampu mengakibatkan kecederaan seperti anting-anting,rantai leher dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan kecederaan danmemastikan perkakas-perkakas gimnastik tidak mengalami sebarangkerosakan seperti calar, koyak dan sebagainya. Pakaian yang dipakaimestilah ketat atau sederhana ketat bagi mengelakkan sebaranggelinciran dan memudahkan pergerakan.Persekitaran atau tempat aktivitiPersekitaran atau tempat aktiviti mestilah selamat dan bebas darisebarang ancaman risiko yang boleh mendatangkan kecederaan. Aktivitigimnastik selalunya dilakukan di dalam gimnasium atau di padangsekolah. Segala aktiviti gimnastik mestilah dilakukan dengan pengawasanguru atau pakar dalam bidang gimnastik bagi mengelakkan sebarangkejadian yang tidak diingini.Penyeliaan arahan dan bimbinganSebarang aktiviti gimnastik mestilah di bawah seliaan guru bagimengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Guru yangmelakukan pengawasan mestilah membantu murid-murid melakukansebarang perlakuan gimnastik. Ini kerana jika murid-murid tidak mampumelakukan sebarang perlakuan, guru dapat menolong atau membantumurid tersebut sehingga berjaya melakukan perlakuan gimnastik. Gurujuga perlu memberi arahan yang betul bagi mengelakkan berlakunyakekeliruan sewaktu melakukan aktiviti gimnastik. Jika ada murid yangtidak mengikut arahan perlakuan yang betul, guru hendaklah memberibimbingan dan membetulkan kesalahan perlakuan.Serta bahan bacaan dari laman web. Huraikan hasil pembacaan dalambentuk penulisan.134.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran gimnastik4.1 Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam prdagogi bestari

4.1.1 Pengajaran Direktif· Bertujuan membantu murid-murid memahami danmenguasai maklumat sebagai asas untuk membacadan menaakul secara kritis.· Murid akan meniru tingkah laku guru / tunjuk carayang disampaikan.· Pendekatan ini bercorak autoritarian – guru sebagaipunca maklumat dan murid adalah pasif.· Pengajaran secara langsung yang dilaksanakanmelihatkan penyampaian maklumat secara aktif.· Pengajaran ini dijalankan mengikut langkah demilangkah dari segi topik demi topik.· Penggunaan bahan visual, tunjuk cara untukmenerangkan konsep digalakkan dalam kaedah ini.· Pentaksiran berterusan terhadap pemahaman muridsebelum, semasa dan selepas pengajaran amatpenting untuk mengubah kadar pengajaran.· Pembelajaran ini berdasarkan strategi berpusatkanguru.4.1.2 Penjaran Mediatif· Murid belajar menilai pandangan berbeza terhadapisu-isu kontroversi, menghormati pandangan oranglain dan menggunakan proses-proses alternatif.· Guru merupakan pengantara yang mengemukakansoalan yang meransang naluri ingin tahu murid danmeminta murid menemukan keputusan.· Guru harus menyokong dan melatih murid untukmenaakul dan menguji idea dengan sendiri.· Murid digalakkan menaakul secara induktif dandeduktif.· Murid dilatih menggunakan kemahiran yang telahdikuasai bagi menyelesaikan masalah dengan sendiri.· Strategi mediatif melalui inkuiri berdasarkan langkahberikut:Ø mengenalpasti masalahØ membuat hipotesisØ mengumpul dataØ menganilis dataØ membuat generalisasi144.1.3 Pengajaran Generatif· Satu pendekatan yang membantu murid mereka ciptapengetahuan dan membentuk cara baru untukmenyelesaikan masalah.· Membantu murid bertindak dalam situasi tertentumenggunakan kecerdasan pelbagai.· Pengajaran generatif digunakan untuk penulisanekspresif serta membentuk penyelesaian masalahbukan rutin dan inkuiri.· Perancangan pengajaran generatif melibatkan

langkah-langkah berikut:Ø membentuk standard/kriteria bersama murid.Ø membina kriteria eksplisit dan beri muridpeluang mengaplikasikan.Ø meneroka pendekatan alternatif dan strategiuntuk mana-mana tugasan.(contoh: model synectics sebagai alatsumbang saran – di mana guru memimpinmurid mengembangkan pemikiran kreatifdalam menyelesaikan masalah.· Langkah-langkah model synectics:Ø sediakan maklumatØ kemukakan analogiØ gunakan analogi peribadi untuk menciptakonflik bertentangan.Ø bandingkan konflik bertentangan dengansubjek.Ø kenalpasti perbezaan.Ø semak semula subjek asal.Ø reka analisis langsung yang baru.Ø buat penilaian.4.1.4 Pengajaran Melalui Pemerhatian.· Pembelajaran berlaku dengan memerhati tingkah lakuorang lain.· Murid belajar secara kognitif dan mengalami akibat –tingkah laku seseorang pemerhati berubah selepasmemerhati tingkah laku.· Menurut Bandur 1977, terdapat empat proses dalampembelajaran secara pemerhatian.Ø proses memberi pemerhatianØ proses ingatanØ proses reproduksi motorØ proses motivasi154.1.5 Pengajaran Kontekstual· Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isikandungan dengan pengalaman harian individu,masyarakat dan alam pekerjaan.· Menurut Kolb 1984, pengajaran kontekstualmerupakan situasi pembelajaran yang melibatkanpelbagai pengalaman yang mungkin dalam kontekssosial, budaya, fizikal dan psikologi.· Pembelajaran secara kontekstual menyediakansecara konkrit yang melibatkan hands on dan mindson.· Kaedah pembelajaran kontekstual boleh disimpulkandalam satu model yang dinamakan REACT (Relating,Experiencing, Applying, Cooperating dan Transfering)Ø Relating (Menghubung kait)Murid belajar dalam konteks menghubungkai t

pengetahuan atau konsep baru denganpengalaman hidup mereka.Ø Experiencing (Mengalami)Murid belajar dengan cara meneroka,penemuan dan reka cipta.Ø Applying (Mengaplikasikan)Konsep yang dipelajari boleh digunakan dalamsituasi lain. Membuat projek atau demonstrasidi mana konsep ini dapat diaplikasikan dalamkehidupan harian.Ø Cooperating (Bekerjasama)Bekerjasama, memberi maklum balas,berinteraksi dan berkomunikasi.Ø Transfering (Memindahkan)Pemindahan pengetahuan yang sedia adakepada pengetahuan baru4.1.6 Pengajaran Metakognitif· Pengajaran tentang proses pemikiran terhadap ”apayang kita tahu” dan ”apa yang kita tidak tahu”.· Flavel 1976, menyatakan pengajaran metakognitifsebagai pengetahuan terhadap proses kognitif seperticiri-ciri relevan maklumat atau data.· Metakognitif melibatkan pemantauan aktif danpengawalan proses kognitif.· Metakognitif meransang kesedaran murid tentangperkara yang perlu diketahui dan tidak diketahuimereka.16· Strategi asas metakognitifØ menghubungkai tkan maklumat baru denganlama.Ø memilih strategi berfikir.Ø merancang, memantau dan menilai prosesberfikir.· Strategi membina tingkah laku metakognitif.Ø penggunaan log atau jurnal muridØ membuat refleksi4.1.7 Pengajaran berasaskan kajian masa depan· Strategi secara saintifik yang dibina untukmenambahkan keupyaan murid menghadapi cabaranhidup dan membuat keputusan.· Kauffman 1976, memberi murid sesuatu pemahamantentang isu, masalah dan peluang yang akan dihadapiserta mengajar mereka kemahiran yang perlu untuksentiasa pandang ke hadapan.· Empat prinsip dalam kajian masa depan:Ø prinsip perubahanØ prinsip pandang jauh- dapat membuat keputusan dengan bijak.Ø prinsip perancangan strategik

- mencapai masa depan yang dingini.Ø prinsip pengupayaan· Faedah kajian masa depanØ merangsang pemikiran murid secara kritis dankreatifØ dapat menangani cabaranØ semai keyakinan diriØ peluang murid merancang dan membuatkeputusanØ peluang mengemukakan ideaØ guru berperanan sebagai fasilitatorØ bilik darjah menarik dan kondusifØ pelbagai gaya pembelajaranSenaraikan lima kebaikan sertakepentingan setiap strategi dalamkonteks pengajaran dan pembelajarangimnastik.175.0 Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti gimnastik5.1 Peranan guru gimnastikGuru tidak perlu tunjuk cara melakukan sesuatu kemahiran. Denganarahan dan fokus pembelajaran yang jelas dan betul, guru boleh gunakanseorang murid untuk tunjuk cara atau demonstrasi.Masalah disiplin akan timbul jika murid dibahagikan kepada kumpulanyang terlalu besar atau barisan panjang dan alat tidak mencukupi. Ini akanmenyebabkan masa menunggu yang lama dan murid-murid akan menjadi bosan.Jika semua murid selalu terlibat dalam aktiviti atau gerakerja, masalah disiplinboleh dielakkan.Seorang guru gimnastik akan berdiri di tempat dari mana ia dapatmemerhatikan semua murid dalam kelas. Jika ada beberapa aktiviti atau gerakkerja, guru dikehendaki berdiri berhampiran dengan gerakerja yang sukardilakukan.5.2 KeselamatanKeselamatan merupakan satu perkara yang penting dalam pengajarandan pembelajaran gimnastik artistik. Berikut adalah perkara-perkara yang perludiberi perhatian:5.2.1 PeralatanPastikan semua peralatan yang digunakan sesuai danselamat. Gunakan tilam atau kawasan berumput.5.2.2 ArahanArahan guru perlu ringkas, jelas dan tepat.5.2.3 Prinsip LatihanPrinsip ansur maju perlu dilakukan untuk setiap pecahankemahiran yang sukar.5.2.4 Organisasi KelasGuru harus mengelolakan kelas gimnastik artistik denganpenuh disiplin. Pelajar mesti melakukan aktiviti setelahmendapat arahan dari guru. Kedudukan guru mesti dapatmelihat keseluruhan kelasnya.Pengelolaan peralatan dan susunan peralatan mestilah

sesuai dengan ruang yang disediakan.5.3 Pentingnya penyokongPenyokong sentiasa bersedia membantu pergerakan yang sukar.Guru perlu menunjuk cara caramenyokong, kedudukan penyokong yang betulketika membantu kawan membuat lakuan.185.4 Alat reka gantiUntuk mendapatkan permukaan yang condong, beberapa carapenyusunan alat reka ganti boleh dilakukan seperti:· Tilam besar diletakkan atas bangku panjang· Tilam atas bangku panjang yang dicangkuk pada palang didinding.· Tilam atas papan anjal· Tilam atas tilam-tilam lain5.5 Pertimbangan penting5.5.1 PergerakanPergerakan yang sempurna adalah hasil daripada teknikyang betul. Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan secara ansurmaju, kemudian kepada pergerakan yang khusus.5.5.2 RangkaianGabungan kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiranimbangan, ketangkasan dan lombol. Sesuatu rangkaian yang dilakukanhendaklah licin dan berterusan.5.5.3 KecergasanKecergasan adalah penting untuk membantu pelaku menghasilkangerakan-gerakan dalam gimnastik artistik. Aktiviti regangan, kelenturan,kekuatan serta daya tahan seharusnya dibuat terlebih dahulu sebelummemulakan kemahiran gimnastik artistik.5.5.4 Nilai kinestetik dan estetikMemahami gerakan-gerakan otot dan anggota badan sertadapat menghayati keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan denganbetul.5.5.5 Postur dan keyakinan diriPostur yang betul perlulah ditegaskan dari awal sepertidirian semasa mahu memulakan aktiviti, semasa melakukan aktiviti dan ketikamendarat. Ansur maju kepada aktiviti yang kompleks akan memberi keyakinankepada diri pelaku.5.5.6 Pusat gravitiPusat graviti sebagai pusat berat badan (’weight centre’)yang akan tukar kedudukannya berdasarkan bentuk badan dalam sesuatupergerakan.· Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebihstabil.· Semakin jauh pusat graviti, semakin tidak stabil keadaan.· Kestabilan yang maksimum berlaku apabila garisan graviti,pusat graviti dan titik tengah dasar sokongan berada dalamsatu garisan tegak. Dalam keadaan ini, badan dikatakanberimbang.· Putaran berlaku apabila pusat graviti ditolak ’off-centre’ daridasar sokongan.

195.6 Pengetahuan5.6.1 Guru gimnastik perlukan pengetahuan tentang:· Pengetahuan teori dan praktikal dalam gimnastik.· Mengetahui tahap kebolehan motor, perkembangan sosial,kognitif, emosi dan latar belakang, norma dan nilai individu.· Menentu dan melaksanakan objektif pengajaran.· Interaksi sosial.· Motovasi· Kepimpinan5.7 Perancangan pengajaran dan pembelajaran5.7.1 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:· Bilangan kemahiran· Bilangan latih tubi semasa sesi P & P· Jarak umur, tahap kemahiran dan pengalaman murid· Peralatan yang ada dan kesesuaiannya· Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran· Faktor-faktor lain yang mungkin menjejaskan danmenghalang pengajaran dan pembelajaran.5.8 Prinsip ansur maju· Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus(coarse to refine)· Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks(simple to complex)· Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah.(easy to difficult)Dapatkan maklumat lanjut mengenai pengurusan peralatan,pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran sertapengurusan kelas.20TAJUK 2 Kemahiran Asas Senam Lantai Dan Batang Titian/Alang ImbangSinopsisTajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti senam lantai dan batangtitian/alang imbang. Fokus dalam modul ini bertumpu kepada gulingan depan,imbangan skala depan, dirian kepala dan batang titian/alang imbang. Denganmaklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalamaktiviti tersebut dengan lebih sistematik.Hasil pembelajaranPada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. melakukan ansur maju dalam aktiviti guling depan, imbangan skaladepan, dirian kepala dan batang titian/alang imbang dengan teknikyang betul.ii. mereka cipta rutin pergerakan senam lantai yang merangkumiguling depan, imbangan skala depan dan dirian kepala serta rutinpergerakan batang titian/alang imbang.6.0 Kemahiran asas aktiviti senam lantai (Floor Exercise)Aktiviti dalam senaman lantai ini sebenarnya merupakan aktiviti yangbiasa dan selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti senaman lantaidengan mudah dapat dikuasai oleh kanak-kanak sekiranya latihan pergerakan

yang betul diperkenalkan secara beransur maju. Sekiranya kanak-kanak dapatberguling di atas belakang dengan bulat, dengan mudah mereka bolehmenguasai atau mempelajari kemahiran guling hadapan atau guling belakang.Jika mereka dapat menghayunkan tangan dengan baik untuk membuat diriantangan, dengan mudah mereka dapat belajar untuk melakuklaan hambur tangandan lentang lenting (flic flac). Begitu juga dengan aktiviti senaman lantai yanglain.Bagi melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran, organisasi kumpulanatau kelas perlulah ditetapkan agar pelajar dapat melakukan aktiviti serentak dansentiasa dalam pemerhatian jurulatih.21Contoh beberapa bentuk organisasiRajah 16 : Organisasi kelas6.1 GulinganAktiviti gulingan adalah kemahiran-kemahiran mengguling yang merangkumiaktiviti seperti guling depan, guling belakang, guling sisi dan guling bahu.6.1.1 Guling DepanTeknik Lakuan· Berdiri tegak· Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak keduabelah tangan di atas lantai· Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikanbahagian punggung· Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depandengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu.· Selepas gulingan, berdiri tegak.22Butiran Mengajar· Mencangkung di hujung kaki· Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke hadapan.· Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untukmembulatkan badan· Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripadabahagian kepala· Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskanRajah 17 : Guling depanPengajaran ansurmaju ( cadangan )Lakuan membuaikan badan· Duduk dengan kedua tangan memaut lutut· Kedua peha dirapatkan ke dada.· Bulatkan badan· Membuai badanRajah 18 : Membuaikan badanBerguling dari atas peti lombol· Gunakan peti lombol pada aras dua tingkat· Meniarap di atas peti lombol dengan kedua tangan mencecahlantai· Mengensot ke depan dengan membulatkan badan· Berguling ke depan23

Rajah 19 : Berguling dari atas peti lombolMengguling dengan bantuan rakan· Pelaku dalam posisi ‘kereta sorong’· Rakan memegang kedua-dua pergelangan kaki pelaku· Rakan mengangkat dan menolak pelaku ke depan· Pelaku menggulingMengguling dengan bantuan sudut· Gunakan papan anjal untuk mencipta sudut· Lonjak, bulatkan badan· Mengguling bersudutRajah 20 : Berguling dari kedudukan berdiriMengguling dari atas bangku· Ketinggian bangku lebih kurang 0.5 meter· Mencangkung di atas bangku· Naik dan luruskan kaki sedikit, tangan mencecah lantai· Bulatkan badan dan menggulingRajah 21 : Melonjak dan berguling ke depan246.1.2 Aktiviti-aktiviti yang berkaitanBerguling atas belakang dengan tangan memegang kaki· Baring dan bulatkan badan· Dagu dan lutut ke dada, tangan memegang kaki· Berguling ke hadapan dan ke belakangRajah 22 : Membuaikan badanTekan bola/belon· Duduk mencangkung· Belon diletakkan di antara peha dan perut· Guling ke belakang sambil mengekalkan kedudukan bola/belonRajah 23 : Membuaikan badan256.2 ImbanganTerdapat berbagai jenis aktiviti yang boleh dikelaskan sebagai imbangan.Ianya adalah lakuan dimana pelaku dapat mengimbangkan keseluruhanbadannya dengan menggunakan tangan atau kepala sebagai tapak / paksi.Konsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri, di mana unsur keluasantapak dan kedudukan pusat graviti memainkan peranan yang utama. Jenis-jenisaktiviti imbangan adalah seperti imbangan skala ( skala depan, skala sisi ),imbangan Y, imbangan dekam, imbangan bangau, dirian kepala, dirian tangandan dirian harimau,6.2.1 Imbangan Skala DepanTeknik Lakuan· Berdiri tegak· Kaki rapat dan kedua tangan lurus di sisi badan.· Bengkokkan badan ke depan di paras pinggang perlahanlahan.· Serentak sebelah kaki diangkat lurus ke belakang dan sebelahtangan lurus ke depan.· Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan lantai.Butiran Mengajar· Berdiri tegak dan pandang ke depan.· Badan dibengkokkan ke depada serentak dengan sebelah

tangan dan kaki diluruskan.· Tangan, badan dan kaki lurus dan sedikit melengkung dibahagian pinggang.· Imbangi badan di atas sebelah kaki· Muka pandang ke depan.Rajah 24 : Imbangan skala depan26Pengajaran Ansur maju : Imbangan skala depan berdua.Rajah 25 : Imbangan skala depan berdua6.2.2 Dirian kepalaKonsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri, di mana unsurkeluasan tapak dan kedudukan pusat gravity memainkan peranan yang utama.Berikut adalah di antara butiran-butiran mengajar yang dapat membantu pelajarmelakukan kemahiran dirian kepala.· Kekuatan tangan harus seimbang.· Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan dahi.· Kedua kaki sentiasa lurus dan rapat.Teknik Lakuan· Duduk melutut, lakuan imbangan dekam· Jari tangan dibuka luas, menapak di lantai· Sujud, kedudukan tangan dan dahi berbentuk segi tiga sama· Lurus dan rapatkan kedua kaki, naikkan punggung ke atas.· Gerak ke lakuan ulat bulu sehingga kaki terangkat dengansendiri.· Apabila kaki terangkat, imbangkan sehingga ianya lurusmenegak ke atas.· Kedua hujung kaki lentik dan dirapatkanButiran Mengajar· Kekuatan tangan harus seimbang· Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan dahi· Kedua kaki sentiasa lurus dan rapat27Rajah 26 : Dirian KepalaPengajaran Ansurmaju ( Cadangan )· Dirian kepala berpenyokongRajah 27 :Dirian KepalaRajah 28 : Dirian KepalaBerpenyokong· Berpasangan : Lakuan dirian kepala bersudut· Berpasangan : Lakuan dirian kepalaRajah 29 : Dirian Kepala Bersudut286.2.3 Aktiviti-aktiviti yang berkaitan· Berpasangan dengan 1 biji bola· Pelajar A dalam kedudukan dekam di mana bola diletakkan didalam kawalannya cuba mengawal bola tersebut dari direbutoleh pelajar BRajah 30 : Mengawal bola· Berpasangan

· Penyokong pegang bahagian peha pelaku· Berjalan ke depanRajah 31 : Kereta sorongRajah 32 : Berjalan ulat bulu (caterpillar)29Rajah 33 : ’Balancing stunt’Rajah 34 : ’Long hexapede’6.3 KeselamatanDalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik, aspekkeselamatan hendaklah diutamakan. Keselamatan dari aspek keupayaanpelajar, pakaian, alatan yang digunakan dan ruang atau persekitaran perluditentukan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan. Tidaklupa disiplin pelajar perlu ditegaskan sepanjang masa.Rajah 35 : Rangkaian senaman lantai307.0 Kemahiran asas aktiviti batang titian/alang imbang (Balance Beam)7.1 Batang Titian / Alang ImbangImbangan bermaksud mengekalkan keadaan “equilibrium” terhadaptarikan graviti sama ada secara statik atau semasa melakukan sesuatupergerakan (contoh memutar badan atas alang imbang di atas satu kaki) atau iajuga bermaksud mengekalkan kestabilan selepas melakukan sesuatupergerakan (mendarat). Keadaan ini akan bertambah sukar jika tapaksokongannya lebih kecil atau kurang stabil. Imbangan menekan koordinasi danequilibrium. Darin aspek kecergasan, secara khususnya penggunaan otot kakiadalah menjadi tumpuan. Akhirnya, tonus badan yang baik bertambah pentingapabila latihan-latihan bertambah sukar.Berdasarkan prinsip metodologi umum yang bermula dari mudah kesukar, prosedur yang dihuraikan di bawah hendaklah diikuti semasa melatih diatas permukaan yang stabil atau tidak stabil.· Mulakan dengan memeriksa sama ada pelajar sudah biasa denganelemen gimnastik / akrobatik tersebut di atas lantai. Kemudian,elemen-elemen ini dilatih di atas garisan, dalam mana “contexttechnical” berkaitan ciri-ciri “beam gymnastics” diberikan· Untuk permulaan, gunakan permukaan yang lebar (kotak, bangku,alang yang lebar) dan kemudian lebar permukaan dikurangkan(bangku gimnastik yang diterbalikkan, alang) atau permukaan yanglebih kecil (alang selari, tali)· Pada peringkat awal, alatan hendaklah pada paras rendahberhampiran lantai (alang latihan, bangku) dan kemudianditinggikan ke paras pinggang (bangku diletakkan di ataspermukaan kotak yang rendah, alang pada ketinggian 80cm) danakhirnya berlatih pada ketinggian yang standard (bangku di ataskotak yang tinggi, alang pada ketinggian 1.20 cm)· Akhirnya, deria equilibrium boleh dilatih dengan mengimbang diatas satah yang cerun (inclined plane)Rajah 36 : Sebahagian daripada peralatan imbangan31Rajah 37 : Beberapa contoh teknik untuk meningkatkan deria “equilibrium”Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian serta laksanakan

sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas anda.32TAJUK 3 Kemahiran Asas Palang Sejajar, Palang Tak Sejajar DanMelomolSinopsisTajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti palang sejajar, palangtak sejajar dan melombol. Aktiviti palang sejajar dan palang tak sejajar adalahmerupakan aktiviti yang bergantung kepada kekuatan tangan, hayunan badandan lungsuran kaki serta ‘grip’. Sewaktu lakuan, daya lungsuran biasanyadibantu dengan kedudukan badan yang menegak lurus ke atas. Hayunan yangdiaplikasikan adalah dari jenis hayunan hadapan, belakang dan menegak keatas.Lombolan merupakan aktiviti yang dilakukan dengan menggunakanperalatan seperti peti lombol, ‘buck’ dan ‘horse’. Teknik perlakuannya melibatkanlima fasa iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan, fasa pendaratan danfasa pemulihan. Setiap fasa tersebut mempunyai perkaitan di antara satu samalain dan teknik lakuan setiap fasa harus betul bagi menjamin hasil lakuan yangsempurna.Hasil pembelajaranPada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. melakukan ansur maju dalam aktiviti palang sejajar, palang taksejajar dan melombol dengan teknik yang betul.ii. mereka cipta disiplin pergerakan palang sejajar, palang tak sejajardan melombol.Perhatian· Untuk memastikan berat tidak membebankan cengkamanpergelangan tangan. Kedua-dua tangan sentiasa lurus danmembentuk seolah-olah satu garisan lurus – ekstensi padabahagian bawah lengan· Jarak antara palang sejajar haruslah melebihi dari ukuran lenganbawah gimnas· Bagi pemula (gimnas awal) palang haruslah ditinggikan untukmembolehkan gimnas menghayun dengan sempurna. Dalamsituasi tertentu adalah lebih baik meletakkan tilam di atas lantai diantara palang (aspek keselamatan)338.0 Kemahiran asas palang sejajar, palang tak sejajar dan melombol8.1 Pola pergerakan hayunan8.2 Pola pergerakan statik8.3 Pola pergerakan pendaratanRajah 38 : Beberapa contoh teknik untuk meningkatkan deria “equilibrium”349.0 Melombol9.1 Ansur Maju Lombolan (Cadangan);Lompat dan MendaratRajah 39: Lompat Dalam Gelung Rajah 40 : Lompat DakapRajah 41 : Lompat 1½ Pusingan Rajah 42 : Lompat BintangRajah 43 : Lompat ke papan anjal dan mendarat.35

Rajah 44 : Hambur tangan melalui bangkuRajah 45 : Hambur tangan melalui peti lombol satu tingkatRajah 46 : Hambur tangan melalui peti-peti lombolRajah 47 : Lompat, mendarat atas kekuda dan mendarat.369.2 Fasa-Fasa MelombolFasa Larian· Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan larianke peti lombol.· Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluanpelaku.· Arah larian lurus.Fasa Lonjakan· Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol.· Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.Fasa Layangan· Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas pelepasandari papan anjal dan sebelum mendarat.Fasa Mendarat· Pendaratan ke atas lantai.· Mendarat dengan kedua kaki.· Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuanmengelakkan kecederaan.Fasa Pemulihan· Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula.· Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini.· Berakhir dengan berdiri tegak lurus jengketkan bahagianhujung kaki, mendada. Mendepakan tangan dan menapaksebelum beredar.Jenis-jenis aktiviti yang dikelompokkan dalam kumpulan ini adalahlombol lalu, lombol kangkang, lombol pencuri dan lombol sisi.379.3 Lombol KangkangTeknik Lakuan· Berdiri tegak di tempat mula.· Angkat tangan kanan lurus ke atas menandakan bersediauntuk memulakan aktiviti.· Lari ke arah papan anjal / papan lonjak.· Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua belah kaki.· Kedua-dua tangan menapak di atas peti lombol.· Melombol dengan kedua-dua kaki di buka / kangkang luas danlurus ke sisi sewaktu layangan.· Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti lombol supayalaluan layangan licin dan sempurna.· Mendarat dengan merapatkan kedua kaki.Butiran Mengajar· Berlari pantas dan lurus· Kaki kangkang dan lurus.· Kepala mendongak pandang ke depan atas, hujung kaki lurus(point-toe).

· Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang di atas peti.· Mendarat tegak, mendada dan kaki dijengketkan.Rajah 48 : Lombol Kangkang38TAJUK 4 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran GimnastikSinopsisTajuk ini menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajarangimnastik. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkankemahiran dan pengetahuan murid dalam melaksanakan aktiviti gimnastikDengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajaranda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.Hasil pembelajaranPada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran gimnastik denganlebih berkesan.ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan aktiviti-aktivitigimnastik dengan jelas.iii. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti secara individudan berpasukan dengan menggunakan teori dan strategi yangsesuaiKejayaan sesuatu pengajaran dalam Gimnastik bergantung kepadakeupayaan guru menyesuaikan rancangan pengajarannya terhadap kemahirandan minat pelajarnya. Untuk itu beberapa persoalan perlu dijawab oleh gurusebelum merancang pengajarannya.Apakah objektif dan motif sya bila melatih gimnastik?Apakah gaya pengajaran yang bakal saya gunakan untukmencapai objektif pengajaran saya?Untuk mencapai objektif pengajaran guru perlukan pengetahuan tentang· Pengetahuan teori dan praktikal dalam gimnastik· Tahap kebolehan motor, perkembangan social, kognitif, emosidan fasa-fasa pertumbuhan dan perkembangan individutermasuklah latar belakang, norma dan nilai individu tersebut· Bagaimana menentukan dan melaksanakan objektifpengajaran.· Interaksi sosial (dalam kumpulan yang dinamik)· Motivasi (bagaimana mencipta dan mengekalkan motivasi)· Kepimpinan3910.0 Penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH)Beberapa persoalan perlu dijawab oleh para guru bagi memboleh-kanmereka mendapat maklumat untuk merancang program atau rancanganpengajaran. Sebagai contoh· Bilangan kemahiran atau latih tubi semasa sesi latihan· Jumlah pelajar· Jarak umur, tahap kemahiran dan pengalaman pelajar· Peralatan yang ada serta sesuai untuk melaksanakan latihan· Sumber-sumber pengajaran· Bantuan daripada guru lain· Faktor-faktor yang mungkin menghalang serta menjejaskanpengajaran

10.1 Prinsip ansur majuGuru yang melaksanakan pengajaran gimnastik perlulah menekan prinsiplatihan. Ansur maju adalah amat penting dalam meningkatkan kemahiran pelajarmempelajari gimnastik.Strategi pengajaran perlulah daripada:· pergerakan kasar kepada pergerakan halus· pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks· pergerakan mudah kepada pergerakan susah10.2 PenilaianPenilaian merupakan factor penting dalam usaha untuk mengekalkantahap kualiti pengajaran yang tinggi. Guru dapat menilai tahap pencapaianpengajaran dan pembelajaran pelajarnya.10.3 KeselamatanProses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijalankan dalamsuasana persekitaran yang selamat. Langkah-langkah keselamatan sebelum,semasa dan selepas proses pengajaran perlu diberi perhatian. Antara aspekaspekkeselamatan yang perlu diberi perhatian ialah· Penyeliaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan dankemudahan· Tahap kesukaran aktiviti· Penyokong· Aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan dan aktivitipulihan.· Kawalan kelas dan organisasi kelas· Faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan keselamatansebelum, semasa dan selepas proses pengajaran danpembelajaran.40Rajah 49 : Contoh Kad Pengajaran Gimnastik ArtistikSila berbincang dengan pensyarah anda untuk membina kad pengajarangimnastik ini.Fikir dan bincangkan aspek-aspek dalam perancangan pengajaran danpembelajaran gimnastik.41Contoh Format Rancangan Pengajaran Harian Pembelajaran KBSRMata Pelajaran : Pendidikan JasmaniTunjang :Tajuk :Sub tajuk/Kemahiran :Tarikh :Masa :Tahun :Bil. Murid : LPHasil Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:a)Psikomotor1.2.b)Kognitif1.

2.c)Afektif1.2.Penerapan Nilai :Kemahiran Berfikir :Strategi Utama :Bahan SumberPengajaran danPembelajaran :BIL. Bahan Sumber P & P Jumlah42Bahagian/Masa Aktiviti Ciri StrategiFokusPembelajarandan OrganisasiKelasBSPP /CatatanMemanaskanbadan(5 minit)Perkembangan(10 minit)Kemuncak(10 minit)Penutup(5 minit)Contoh Format Rancangan Pengajaran Harian Pembelajaran KSSRMata Pelajaran : Pendidikan JasmaniModul/Aspek : 1 - Kemahiran PergerakanStandard Kandungan : Gimnastik AsasTajuk : Kawalan Badan dan SokonganFokus : 1.7 – Berkebolehan melakukan pergerakanyang memerlukan imbangan dan sokonganbadan.Standard Pembelajaran : 1.7.2 Melakukan imbangan dengan tiga, duadan satu tapak sokongan menggunakanbahagian badan.2.7.2 Mengenal pasti kedudukan anggotabadan semasa melakukan imbangan dansokongan badan.5.1.3 Mematuhi arahan guru semasamelakukan aktiviti imbangan dan sokonganbadan.43Tarikh :Masa :Tahun :Bil. Murid : L : P :

Penerapan Nilai : Usaha ...................Kemahiran berfikir : Memberi sebab ........................Strategi Utama : KontekstualBahan SumberPengajaran danPembelajaran :BIL. Bahan Sumber P & P JumlahBahagian/Masa Aktiviti Ciri StrategiFokusPembelajarandan OrganisasiKelasBSPP /CatatanMemanaskanbadan(5 minit)Perkembangan(10 minit)Kemuncak(10 minit)Penutup(5 minit)Sila berbincang dengan pensyarah anda untuk menyedia Rancangan PengajaranHarian (RPH) gimnastik.44TAJUK 5 Pengurusan Dan Pelaksanaan Rangkaian Aktiviti GimnastikSinopsisTajuk ini menampilkan aksi-aksi serta huraian berkaitan acara gimnastik.Acara-acara gimnastik diurus dan dilaksanakan. Melalui pengurusan yang baik,guru dengan mudah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalamaktiviti gimnastik. Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantuanda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.Hasil pembelajaranPada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. Mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajarangimnastik dengan lebih berkesan.ii. Merancang, mengurus dan melaksanakan rangkaian aktivitigimnastik secara individu dan berpasukan dengan menggunakantatacara yang berkesan.11.0 Senam LantaiSenam lantai telah dianggap sebagai nadi pergerakan dalam sukangimnastik. Ini disebabkan setiap kemahiran mula dipelajari dari senaman lantaiyang kemudiannya mempengaruhi pergerakan di alatan-alatan lain. Pergerakanseperti dirian tangan dan kuang hadapan boleh dijadikan salah satu pergerakandi palang bertingkat, kekuda lombol, batabg titian, palang sejajar, gelang danpalang tunggal.Acara senaman lantai lelaki dan wanita dipersembahkan di atas tilamketangkasan berukuran 12 X 12 meter. Keseluruhan kawasan persembahanhendaklah digunakan, tetapi setiap langkah pergerakan yang dilakukan di luar

kawasan ini akan didenda dengan menolak satu per sepuluh dari markah yangdiperolehi. Oleh kerana persembahan senaman lantai yang dipamerkan secaraterbuka tanpa alatan akan menjadikan lebih menarik untuk ditonton.45Rajah 50 : Contoh pola imbangan dalam senam lantai11.1 Rangakaian pergerakanSemua pergerakan gimnastik dalam pertandingan bertarafantarabangsa mestilah mengikuti kod undang-undang permarkahan. Kod inimenyenaraikan pergerakan dari segi kesukaran (mudah, pertengahan atausukar) yang tidak disenaraikan ialah penyambung rangkaian pergerakan di manapeserta bergerak dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain.Dalam senaman lantai sangatlah mustahak bagi gimnas lelaki danwanita agar semua pergerakan mempunyai rangkaian penyambung licin, kemasdan sepadan.11.2 MuzikKesemua pergerakan dalam persembahan senaman lantai wanitamestilah sesuai dengan rentak muzik yang dipilih. Jika tidak gimnas akankehilangan markah. Peseta boleh menggunakan muzik yang dimainkan olehpancaragam tanpa nyanyian, piano atau alat-alat muzik lain. Muzik daripancaragam mestilah dirakam terlebih dahulu, tetapi bagi iringan piano bolehlahdirakam dahulu atau secara langsung dimainkan di tempat pertandingan.Gimnas seharusnya boleh memilih rentak atau irama muzik yang boleh memikathati dan beranekaragam.Senaraikan sekurang-kurangnya sepuluh jenis buku rujukan mengenai prosedurmenjalani aktiviti senam lantai.46Rajah 51 : Contoh kemahiran dalam senam lantai4712.0 Acara LombolKekuda lombol merupakan salah satu daripada alatan yang direka olehLudwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Walaupun sebelumJahn, kuda kayu telah digunakan oleh orang Roman purba dan kesatriaan adatpertengahan untuk mempelajari bagaimana menggunakan kuda sebenar.Kekuda lombol telah menjadi satu alatan untuk dilompat dan melepasinya, bukanuntuk ditunggangi.Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papananjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enamfasa iaitu lantaian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbanganakhir dan pendaratan.Para gimnas akan melakukan larian ke arah kuda, kemudianmenghambur dari papan anjal, diikuti dengan layangan badan ke atas kekudadan tolakkan dengan tangan untuk memperolehi lebih ketinggian dan jarakdalam penerbangan akhir sebelum membuat pendaratan yang kemas. Gimnaslelaki dan wanita akan melakukan pergerakan lombol yang sama.13.0 Batang Titian / Alang ImbangBatang titian/alang imbang merupakan satu alatan gimnastik yang unikkerana ia dicipta khas untuk wanita. Versi alatan yang lama telah dibina sejaktahun 1980, ia digunakan untuk membantu perkembangan pembentukkan diriantubuh, kordinasi dan gaya yang baik. Bermula dari sini, ahli-ahli gimnastik wanitaini dianggap lebih maju dan dapat melakukan beberapa pergerakan tungganglanggang.

Dahulunya mereka melakukan senaman lantai sahaja.13.1 Pergerakan ansur majuApakah yang patut dilakukan oleh seseorang gimnas untukmembiasakan dirinya dalam melakukan persembahan di atas batang titian?Pertama, gimnas mestilah berlatih agar boleh berjalan tenang dengan imbanganyang baik. Kemudian secara beransur-ansur gimnas akan melakukan aktivitiaktivitiyang lebih sukar seperti berlari, berputar dan melonjak. Biasanyakesemua latihan ini memerlukan masa yang panjang untuk diperolehi kerana iamenghendaki pengawalan imbangan yang tinggi di atas batang titian yangberukuran 10 cm lebar.Tidak hairanlah kalau gimnas yang berpengalaman pun tergelincirsemasa mempamerkan persembahan dalam pertandingan. Oleh itu setiapgimnas mestilah belajar bergerak dengan penuh keyakinan, pengawalan,ketangkasan dan sentiasa memastikan kepalanya tegak serta badannya lurus.Setelah menguasai keadaan-keadaan ini, gimnas bolehlah menumpukansepenuh perhatiannya kepada melakukan pergerakan yang lebih menarik danelok serta dalam keadaan yang tenang dan riang.48Berdasarkan kepada rajah 52, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:1. Melaksanakan aktiviti litar gimnastik terhadap murid-murid di sekolahanda.2. Aktiviti divideokan serta membuat catatan refleksi.Rajah 52 : Litar gimnastikFikir dan bincangkan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai, serta buatlatihan amali.Tugasan