mohd aidil b othman

Download Mohd aidil b othman

Post on 08-Jul-2015

1.088 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Perniagaan sendirian berhad

Perniagaan Sendirian BerhadNama : Mohd Aidil Bin OthmanPensyrah : En Vespanathan A/L Suppramaniyam Garis Panduan Pendaftaran Perniagaan Pendaftaran Perniagaan Baru

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut: Pendaftaran Perniagaan BaruPerniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.

Prosedur Pendaftaran Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butir butir maklumat seperti berikut :

a) Nama perniagaan b) Jenis perniagaan c) Tarikh permulaan perniagaan d) Alamat dan tempat perniagaan e) Cawangan perniagaan f) Maklumat pemilik g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).

SyaratWarganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos. Sertakan dokumen berikut:

- Salinan Kad Pengenalan - Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada) - Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada)

Bayaran PendaftaranPerniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan RM30.00 Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00 Pendaftaran Cawangan RM5.00 setiap cawangan Salinan Maklumat Perniagaan RM10.00

Panduan AmKemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.

Keputusan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam.

Strategi Memulakan Perniagaan

Idea memulakan perniagaan saya adalah seperti berikut:Perniagaan baru yang belum ada dalam pasaranTeknologi baru, iaitu proses baru dalam pasaranKaedah baru untuk menggantikan kaedah lama yang sedang digunakanJenis da nbentuk perniagaan, iaitu sama ada perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikatMengenal pasti pembiayaan atau sumber kewanganPemilian lokasi terbaik

KebaikanBebas untuk membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luarPeluang untuk membangunkan imej perniagaanBebas memilih lokasi yang diinginiBebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan

KelemahanTiada rekod perniagaan terdahulu yang dapat dijadikan panduanPerlu mencari pelanggan baruUsaha memakan masa yang panjangKesukaran untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan pembiayaan

Mengambilalih Perniagaan Sedia Ada

Seseorang pemilik perniagaan mungkin membenarkan pihak lain mengambil alih perniagaannya atas sebab yang berikut:Usia tuaBerpindah ke tempat lainMenerima tawaran jawatan lainPerniagaan yang dijalankan tidak menguntungkanPerniagaan telah mencapai tahap kematangan

Factor-faktor yang perlu saya ambil kira sebelum mengambil alih sesebuah perniagaan adalah seperti yang berikutPersaingan

Tahap persaingan perlu dikaji dan diamati sebelum membeli sesebuah perniagaan. Lokasi perniagaan yang akan dibeli dengan lokasi pesaing perlu dipertimbangkan. Hanya perniagaan yang mempu berhadapan dengan pesaing akan terus berada di pasaran.

Keadaan pasaran

Melakukan bancian, kajian, pemerhatian dan soal selidik ke atas perniagaan pesaing. Memastikan potensi perniagaan untuk terus berkembang atau sebaliknya.

Pembanggunan masyarakat pada masa akan hadapan

Pembangunan mesyarakat akan memberikan kesan secara tidak lansung kepada perniagaan. Pembangunan keadaan setempat seperti pembinaan taman perumahan dan kawasan perindustrian akan member kesan yang positif. Sebaliknya jika perubahan seperti laluan jalan raya daripada dua hala kepada sehala mungkin akan member kesan yang negative kepada perniagaan.

Komitmen undang-undang

Bakal pembeli perniagaan hendaklah menyelidik terlebih dahulu liabiliti yang masih ditanggung oleh perniagaan. Liabiliti seperti cukai belum dibayar, sewa tertunggak, gaji pekerja yang belum dijelaskan, hutang kepada pembekal dan sebagainya.

Bangunan dan kemudahan fizikal perniagaan

Keadaan dan kualiti bangunan serta kemudahan fizikal hendaklah dinilai sebelum membeli perniagaan. Penyelenggaraan dan keselamatan bangunan serta kemudahan fizikal perlulah dalam keadaan yang baik.

Harga keluaran

Harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan hendaklah dibandingkan dengan harga pesaing. Harga daripada pembekal dan pemborong perlu dikaji terlebih dahulu supaya perletakkan harga yang sesuai boleh dibuat.

Kebaikan Mengambil Alih Perniagaan Sedia AdaRekod perniagaan sudah terbuktiMempunyai pelanggan sedia adaLokasi yang strategikMempunyai pekerja yang terlatihDapat menikmati harga pembelian yang rendahMempunyai perhubungan yang baik dengan pembekal

Keburukan Mengambil Alih Perniagaan Sedia AdaRekod perniagaan terdahulu yang kurang baik mungkin akan menjejaskan imej perniagaanNama buruk perniagaan terdahulu sukar dipulihkan Lokasi mungkin kurang strategikKemudahan fizikal yang tidak mencukupi

Langkah-langkah Memulakan Perniagaan

Pada peringkat awal saya perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM untuk mengiktiraf perniagaan saya. SSM ditubuhkan bertujuan untuk mengawal penubuhan perniagaan di Malaysia. Dalam borang SSM maklumat pemilik perniagaan haruslah diisi dengan lengkap kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan permohonan gagal. Antara maklumat yang harus diberi perhatian ialah maklumat diri, jenis perniagaan dan lokasi perniagaan.

Pengurusan Tapak Lokasi PerniagaanBatu Pahat Mall merupakan pusat membeli belah yang baru ditubuhkan di Batu Pahat. Oleh itu, terdapat banyak kedai-kedai yang masih kosong di sana. Untuk membuka kedai di dalam Batu Pahat Mall saya perlu mendapatkan kelulusan daripada pejabat daerah Batu Pahat. Jika tidak saya akan di saman kerana membuka perniagaan tanpa kelulusan daripada pejabat daerah.

Sumber Pembiayaan Dan Modal

Semasa mahu memulakan perniagaan saya haruslah mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi memastikan perniagaan saya tidak mengalami sebarang masalah. Oleh itu, institusi kewangan menjadi pilihan saya untuk mendapatkan sumber kewangan. Selain itu, saya telah mencari khidmat nasihat daripada peguam untuk memberi sedikit tunjuk ajar bagi saya memulakan perniagaan sendirian berhad.Pelan Lokasi Tapak Perniagaan

Pelan Lokasi Tapak Perniagaan

Batu Pahat Town Centre

Perniagaan Multimedia Sdn. Bhd

Perniagaan yang saya akan jalankan ialah perniagaan menjual komputer dan alat-alat ganti. Saya sebagai ketua dan terdapat 50 orang pekerja di bawah saya. Saya memilih perniagaan ini untuk di buka di Batu Pahat Mall kerana di sana kurang perniagaan menjual komputer dan alat-alat ganti. Hal ini akan menyebabkan persaingan kurang berlaku dan perniagaan saya akan mudah untuk berkembang maju.

Sekian Terima Kasih

Recommended

View more >