modul sukan berpasukan
DESCRIPTION
sukan berpasukanTRANSCRIPT
-
1 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
UNIT 1
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SUKAN BERPASUKAN: TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGfU)
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti sejarah dan konsep asas yang diterapkan dalam TGfU.
2. Mengenal pasti dan menguasai kategori permainan dalam pendekatan TGfU.
3. Mengetahui dan menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam kaedah TGfU.
4. Mengaplikasikan dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti bagi setiap kategori permainan
dalam TGfU.
PENGENALAN DAN SEJARAH
Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat ditakrifkan apabila guru mengajar
memahami permainan kepada pelajar terlebih dahulu dengan konsep permainan sambil
bermain. TGfU diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) yang menyatakan pendekatan
tersebut bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individu
berpandukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan oleh pelajar semasa
permainan. Menurut (Bunker & Thorpe, 1982; Griffin, Mitchell, & Oslin, 1997), TGfU
menekankan kepada pemahaman taktikal dan strategi bermain terlebih dahulu sebelum
pelajar menguasai teknik kemahiran dalam sesuatu permainan. Sebelum menguasai
sesuatu kemahiran dalam permainan tertentu, pelajar perlu memahami mengapa, bila dan di
mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi bergantung kepada situasi permainan. .
Konsep apresiasi dalam permainan ditekankan dalam konsep TGfU kerana ia
melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa dalam situasi
permainan. Oleh yang demikian, strategi sesuatu permainan perlu difahami oleh pelajar
sebelum menguasai sesuatu permainan seterusnya mewujudkan kesedaran kepada pelajar
mengapa kemahiran diperlukan semasa dalam permainan.
-
2 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Perkara yang perlu dititikberatkan dalam TGfU adalah memahami falsafah yang
mana pelajar perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu permainan terlebih dahulu serta
berkebolehan mengaplikasikan kemahiran sesuatu permainan sambil menguasai untuk
membuat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi permainan semasa bermain. Semasa
bermainan perlu disertai dengan beberapa soalan berbimbimg agar pelajar dapat
menguasai permainan melalui kaedah penyelesaian masalah. Pendekatan pengajaran
berpusatkan kepada stategi bermain secara kumpulan perlu dititikberatkan dalam konsep
TGfU.
Terdapat beberapa kepentingan TGfU yang perlu dihayati oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tersebut. Antara kepentingan
TGfU adalah seperti berikut:-
Apresiasi dalam permainan yang melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas dalam
membuat keputusan semasa situasi permainan perlu ditekankan secara serius.
TGfU perlu berfokus kepada pemusatan pelajar berdasarkan permainan bagi
membantu pelajar dalam membentuk perkembangan dan penghasilan kemahiran
dalam sesuatu permainan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana dan menguasai pembelajaran
melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain serta mewujudkan kemahiran
bersosial dengan nilai-nilai positif yang dapat ditunjukkan. Dengan ini, pelajar dapat
mengaplikasikan pengalaman hasil penerokaan sendiri melalui pergerakan kognitif.
Pelajar perlu digalakkan dengan menglibatkan diri dalam pelbagai permainan agar
dapat mewujudkan peluang dan ruang penerokaan sesuatu permainan sekaligus
membantu perkembangan pelakuan kognitif, psikomor dan afektif semasa situasi
permainan. Secara tidak langsung, pelajar dapat membina keseronokan melalui
daya usaha dan kesungguhan belajar bagi meningkatkan teknik kemahiran dalam
sesuatu permainan.
Persekitaran pembelajaran yang lebih holistik dan kondusif perlu diutamakan dengan
meningkatkan aras pelakuan kognitif melalui pertanyaan beberapa soalan bagi
menyokong proses pembelajaran pelajar semasa permainan. Dengan demikian,
-
3 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
pelajar akan lebih mengetahui mengapa keputusan perlu dibuat berdasarkan situasi
permainan sekaligus menyumbang ke arah permainan yang dinamik dan pelbagai.
Rajah 1.1: Model Teaching Games for Understanding (Bunker dan Thorpe, 1982)
Berdasarkan Rajah 1.1 di atas, berikut adalah maklumat keseluruhan berkaitan langkah dan
prosedur model TGfU yang telah dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982).
Prosedur 1 : Permainan
Guru perlu memperkenalkan sesuatu permainan yang diubah suai dalam bentuk yang lebih
mudah agar dapat memenuhi tahap perkembangan dan kebolehan pelajar seperti
permainan kecil yang menyerupai permainan sebenar.
(1) Permainan
(2) Apresiasi Permainan
(3) Kesedaran Taktikal
Pelajar
(6) Prestasi
(4) Kesesuaian Membuat Keputusan (5) Perlaksanaan
Kemahiran
Apa nak buat?
Bagaimana
nak buat?
Apakah yang anda faham dengan TGfU dan nyatakan secara ringkas
kepentingan TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
-
4 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Prosedur 2 : Apresiasi Permainan
Peraturan dan undang-undang permainan yang diubah suai perlu difahami dan dikuasai
oleh pelajar kerana permainan tersebut akan mempengaruhi strategi dan taktikal dalam
permainan tersebut.
Prosedur 3 : Kesedaran Taktikal
Kretiviti pelajar dalam menentukan sebarang taktikal dan strategi yang digunakan dalam
permainan amat diharapkan. Pelajar perlu kreatif dalam membuat keputusan untuk mencipta
peluang mendapatkan mata dan menghalang pihak lawan daripada masuk ke kawasan
ketika berada dalam posisi bertahan. Dengan demikian akan mewujudkan kesedaran
kepada pelajar untuk menguasai dan memahami konsep dan prinsip permainan melalui
strategi dan taktikal yang dipersembahkan.
Prosedur 4 : Kesesuaian Membuat Keputusan
Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar adalah seperti berikut:-
i. Pelajar perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu (kesedaran
taktikal). Kesedaran taktikal akan dapat diwujudkan apabila pelajar menguasai
peraturan dan undang-undang permainan sekaligus memudahkan keputusan yang
perlu diambil dalam situasi tertentu sama ada ketika berada diposisi penyerang atau
bertahan. Sebagai contoh isyarat-isyarat dan peraturan dalam bola sepak perlu
dikuasai agar pemilihan perlakuan yang tepat dapat dipersembahkan.
ii. Bagi memastikan pelajar dapat melakukan sesuatu pergerakan, pemilihan pelakuan
kognitif untuk diterjemahkan amat dititikberatkan agar keputusan yang dilakukan
bertepatan dengan situasi tertentu ketika permainan. Sebagai contoh untuk
memastikan pelajar mendapatkan mata dalam permainan badminton dengan
menghantar bulu tangkis ke kawasan yang kosong agar pihak lawan tidak dapat
kembalikan semula bulu tangkis tersebut.
-
5 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Prosedur 5 : Pelaksanaan Kemahiran
Kemahiran yang digunapakai ketika permainan menggambarkan pergerakan dan kemahiran
yang khusus semasa permainan sebenar. Sebagai contoh, dalam permainan bola baling,
pelajar dapat mewujudkan seberapa banyak peluang dan ruang untuk menyerang bagi
mendapatkan mata. Ketepatan pelakuan kemahiran yang ditunjukan dapat dilihat dan dinilai
dalam situasi tersebut untuk memperoleh seberapa banyak mata.
Prosedur 6 : Prestasi
Tahap prestasi pelajar dapat diukur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam
sesuatu permainan sesuai dengan tujuan permainan tersebut. Pencapaian tahap prestasi
pelajar dapat dinilai dengan melihat kepada tahap pencapaian pembelajaran kognitif,
psikomotor dan afektif selari dengan kehendak dan tujuan sesuatu permainan yang
diubahsuai.
KATEGORI PERMAINAN TGfU
Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat dikategorikan kepada empat jenis
permainan iaitu jaring dan dinding, serangan, memukul dan memadang serta sasaran.
Kesemua kategori tersebut mempunyai fokus dan matlamat yang tersendiri dalam
membentuk pembangunan pelakuan kognitif pelajar. Prosedur pendekatan TGfU bagi
kesemua kategori permainan adalah sama seperti yang telah dihuraikan dalam Model TGfU
yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982).
Huraikan dengan ringkas prosedur yang terkandung dalam Teaching
Games for Understanding (TGfU) yang dipelopori oleh Bunker dan
Thorpe (1982)?
-
6 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
1. Kategori Permainan Jaring Dan Dinding
Matlamat utama dalam permainan kategori jaring dan dinding adalah bertujuan menghantar
bola/bulu tangkis ke gelanggang pihak lawan supaya bola/bulu tangkis tersebut tidak dapat
dikembalikan atau dimainkan semula dalam kawasan gelanggang. Bagi pihak yang berada
di posisi pertahanan perlu memastikan bola yang dihantar oleh pihak lawan dapat
dikembalikan semula mengikut kawasan dan situasi tertentu semasa bermain. Oleh yang
demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat
utama yang telah ditetapkan. Antara permainan kategori jarring dan dinding seperti bola
tampar, sepak takraw, badminton, tenis, ping pong dan squash. kesemua permainan
tersebut melibatkan jaring atau dinding. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi
kategori jaring dan dinding mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian
dalam Model TGfU.
AKTIVITI 1
DETECTIVE BALL
Objektif
i Pelajar dapat merebut bola hoki daripada pihak lawan ketika pihak lawan membawa
bola.
ii Pelajar dapat menahan hantaran pihak lawan semasa pihak lawan melakukan
hantaran.
iii Pelajar dapat menghalang pihak lawan daripada melakukan jaringan.
iv Pelajar dapat mengeluarkan bola hoki daripada kawasan permainan.
Prosedur Permainan
i Bentuk 2 pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B dengan 5 orang sepasukan.
ii Pasukan menyerang akan cuba melakukan jaringan iaitu garisan antara 2 biji kon.
iii Pasukan bertahan akan cuba menghalang atau merebut bola hoki daripada pihak
lawan menjaringkan gol dan mengeluarkan bola hoki ke garisan AB.
iv Pihak bertahan yang berjaya mengeluarkan bola daripada kawasan AB akan
bertukar menjadi pihak menyerang dan sebaliknya.
v Kiraan mata hanya diberikan apabila pasukan yang menyerang menjaringkan gol
vi Undang-undang asas permainan hoki dilaksanakan dalam permainan ini.
-
7 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Peralatan
i Kon
ii Kayu hoki
iii Bola hoki
iv Bip
Organisasi Permainan
Petunjuk :
X Pasukan A
O Pasukan B
AB - Garisan
- Kon
-
8 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 2
FROM WALL TO WIN
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 kali percubaan servis dalam
permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul
ii. Pelajar dapat mnyatakan secara lisan fasa-fasa untuk melakukan servis dalam
permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul.
iii. Pelajar dapat menunjukkan nilai semangat kesukanan sewaktu melakukan aktiviti
berkumpulan.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
ii. Gunakan raket skuash untuk bermain. Sediakan bola skuash yang digunakan untuk
permainan skuash. Gunakan gelanggang skuash atau tempat yang mempunyai
dinding untuk bermain.
iii. Gunakan dinding sebagai target dengan memukul bola skuash ke arah dinding
seterusnya akan melantun semula ke gelanggang pihak lawan.
iv. Pelajar yang sudah melakukan hantaran perlulah berlari ke belakang. Pelajar
seterusnya mengambil giliran untuk melakukan hantaran.
v. Mata dikira mengikut jumlah pelajar yang boleh mengembalikan hantaran pihak
lawan.
vi. Semakin kurang pelajar dalan sebuah kumpulan, kumpulan itu dikira tewas.
vii. Masa permainan adalah 10 minit.
Peralatan
i. Bola skuash
ii. Raket skuash
iii. Kon/maker
-
9 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk :
-
10 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 3
BOUNCING-BOUNCING
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan kemahiran menyangga sekurang-kurangnya 5 kali
percubaan delam permainan bola tampar dengan teknik dan gaya yang betul.
ii. Pelajar dapat merancang strategi yang perlu digunakan untuk mendapatkan mata.
iii. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa permainan
berlangsung.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B yang mempunyai 6 orang ahli
setiap kumpulan.
ii. Undian akan dibuat untuk memulakan permainan.
iii. Bola perlu melantun terdahulu sebelum pelajar menyangga sebanyak 3 kali dengan
pelajar yang belainan.
iv. Mata akan diperoleh pihak lawan jika lantunan melebihi 1 kali, bola keluar dari
kawasan permainan.
v. Pasukan yang memperoleh 10 mata dahulu akan menjadi pemenang.
Peralatan
i. Bola tampar
ii. Jaring bola tampar
-
11 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
2. Kategori Permainan Serangan
Matlamat utama dalam permainan kategori serangan adalah bertujuan menyerang seberapa
kerap bagi mendapatkan mata ketika berada diposisi penyerang dan menyekat atau
menghalang pergerakan pihak lawan apabila berada di posisi pertahanan. Oleh yang
demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat
utama yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori serangan ialah Bola Sepak,
Ragbi, Hoki, Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Keranjang. Berikut adalah contoh modifikasi
permainan bagi kategori serangan mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana
huraian dalam Model TGfU.
-
12 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 1
BLOCK ME IF U CAN!
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan pelbagai hantaran dalam permainan bola jaring dengan
gaya dan teknik yang betul.
ii. Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan dalam permainan bola jaring.
iii. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama semasa melakukan
aktiviti.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii. Kumpulan pertama hendaklah melakukan sebarang jenis hantaran dalam bola jaring
sebanyak 10 kali.
iii. Kumpulan kedua pula perlu menghalang pihak lawan daripada melakukan hantaran
kepada ahli kumpulan mereka.
iv. Sekiranya hantaran berjaya dilakukan sebanyak 10 kali maka kumpulan tersebut
bejaya mengutip 1 mata.
v. Manakala kumpulan yang tidak berjaya menghalang akan menerima hukuman.
vi. Jika kumpulan tersebut dapat menghalang hantaran yang dilakukan, kumpulan
tersebut akan mendapat 1 mata.
vii. Waktu permainan adalah 10 minit.
Peralatan
i. Bola jaring 6 biji
ii. Kon 4 buah
-
13 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk :
Kon
Guru
-
14 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 2
TEMBAK RUSA
Objektif
i. Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik.
ii. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama
yang tinggi.
iii. Dapat meneroka kreativiti pelajar dalam merancang strategi permainan.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
ii. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran lantunan sahaja untuk mematikan ahli
kumpulan B.
iii. Pelajar kumpulan B hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan
sahaja dan sekiranya ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan
maka pelajar tersebut akan terkeluar daripada permainan.
iv. Kumpulan A akan diberikan masa selama 5 minit untuk mematikan ahli kumpulan B
dan sekiranya gagal maka kumpulan B akan dianggap sebagai pemenang.
peralatan
i. Kon
ii. Bola jaring
iii. Jam randik
-
15 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk:
- kumpulan A
- kumpulan B
- kon (kawasan permainan)
-
16 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 3
QUEEN CONTROL
Objektif
i. Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik.
ii. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama
yang tinggi.
iii. Dapat meneroka kreativiti pelajar dalam merancang strategi permainan.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
ii. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran hantaran atas bahu sahaja untuk
mematikan ahli kumpulan B.
iii. Pelajar kumpulan B perlu melantikan seorang ketua yang perlu dilindungi oleh ahli
kumpulan mereka.
iv. Pelajar yang terkena balingan perlu keluar daripada kawasan permainan sehingga
terdapat 2 orang pemain dalam kawasan tersebut.
v. Pelajar terakhir yang melindungi ketua mereka boleh menghalang hantaran
sebanyak yang mungkin walaupun sudah terkena banyak kali hantaran.
vi. Hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan sahaja dan sekiranya
ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan maka pelajar tersebut
akan terkeluar daripada permainan
vii. Permainan akan ditamatkan sekiranya ketua kumpulan B terkena hantaran.
viii. Ulangan boleh dilakukan kepada kumpulan A untuk melakukan aktiviti.
Peralatan
i. Kon
ii. Bola jaring
iii. Jam randik
-
17 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk:
- kumpulan A
- kumpulan B
- ketua kumpulan B
- kon (kawasan permainan)
-
18 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
3. Kategori Permainan Sasaran
Matlamat utama dalam permainan kategori sasaran menempatkan objek pada sasaran atau
mendekati sasaran untuk mendapatkan seberapa banyak mata. Oleh yang demikian,
modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat utama yang
telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori sasaran ialah bowling, memanah, golf,
menembak, lawn bowl, petanque dan dart. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi
kategori sasaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam
Model TGfU.
AKTIVITI 1
PIN BALL
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan hantaran lantun dengan gaya dan teknik yang betul dalam
permainan Petanque.
ii. Pelajar dapat memikir teknik untuk menuju kon yang diberikan.
iii. Pelajar dapat bekerjasama dalam melakukan aktiviti pin ball.
Prosedur Permainan
i. Pelajar akan diberikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B
ii. Setiap kumpulan mestilah diberi sama rata iaitu seramai 8 orang.
iii. Kumpulan A akan berada pada kon yang berwarna hitam.
iv. Manakala kumpulan B akan berada pada kon berwarna biru.
v. Bola akan diberikan dahulu kepada setiap ahli kumpulan A.
vi. Masa yang diberikan adalah 5 minit.
vii. Ahli kumpulan A haruslah menuju kon yang berada di tengah dengan menggunakan
teknik hantaran lantunan.
viii. Kumpulan B juga haruslah menuju kon yang berada di tengah-tengah.
ix. Jika kon banyak masuk kekawasan sendiri kumpulan itu dikira kalah.
-
19 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Peralatan :
i. Kon
ii. Bola Petanque
Organisasi Permainan
Petunjuk:
Kumpulan A
Kumpulan B
Kon
B B B B B B B B
B
-
20 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 2
THROW AND WIN
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran leret dalam permainan Petanque
dengan gaya dan teknik yang betul untuk mendekatkan sasaran.
ii. Pelajar dapat memikirkan cara untuk mendekatkan sasaran dengan
menggunakan lontaran leret dalam permainan Petanque.
Prosedur Pemainan
i. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang sama banyak bilangannya.
ii. Pelajar perlu berdiri di belakang garisan yang ditetapkan oleh guru
iii. Pelajar dikehendaki meleretkan bola Petanque ke sasaran sebanyak 3 kali
percubaan.
iv. Mata dikira berdasarkan berapa banyak bola petanque yang masuk dalam kon
dengan jarak yang berlainan.
v. Kumpulan yang memperolehi mata yang banyak akan dikira pemenang.
Peralatan
i. Kon
ii. Bola Petanque
-
21 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk :
- - pelajar
- - kon
-
22 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 3
STRIKE IT
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran dalam permainan Petanque gaya dan
teknik yang betul.
ii. Pelajar memikirakan strategi dan taktikal bagi memastikan bola Petanque menepati
kepada sasaran dengan menggunakan pelbagai teknik lontaran dalam permainan
Petanque.
iii. Pelajar dapat menunjukkan sikap semangat berpasukan sepanjang aktiviti
dijalankan.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan yang sama banyak bilanganya.
ii. Pelajar perlu melontar bola Petanque memasuki kawasan dalam gelung yang telah
disediakan.
iii. Pelajar seterusnya perlu menunggu pelajar pertama menghabiskan membuat
lontaran dahulu.
iv. Setiap pelajar diberi perlu membuat percubaan bagi setiap gelung yang disediakan.
Peralatan
i. Bola Petanque
ii. Kon
iii. Gelung
-
23 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk :
- Kon
- Pelajar
- Gelung
-
24 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
4. Kategori Permainan Memukul Dan Memadang
Matlamat utama bagi kategori permainan memukul dan memadang adalah bertujuan
mengumpul mata dengan menamatkan larian selepas pukulan dalam masa atau pusingan
yang ditetapkan. Dalam permainan memukul dan memadang melibatkan dua pihak iaitu
pasukan memukul dan pasukan memadang. Oleh yang demikian, modifikasi permainan
perlu berpandukan kepada matlamat yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan dalam
kategori ialah baseball, sofbol dan kriket. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi
kategori memukul dan memadang mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana
huraian dalam Model TGfU.
AKTIVITI 1
RUN BATTING
Objektif
i. Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran memukul dan memadang dalam
permainan sofbol dengan gaya dan teknik yang betul.
ii. Pelajar dapat merancang strategi yang lebih bekesan untuk mendapat mata
permainan.
iii. Pelajar menunjukkan kesungguhan semasa bermain permainan ini.
Prosedur Permainan
i. Dua pasukan iaitu pihak memukul dan memadang dibentuk untuk bermain
permainan ini.
ii. Pasukan yang memukul harus memukul bola yang telah dihantar oleh pitcher.
iii. Pemukul perlu melakukan seberapa larian yang boleh sebelum bola diterima oleh
pemain pasukan memadang yang berada di garisan larian pemukul.
iv. Satu larian yang berjaya dilakukan akan dikira sebagai satu mata. Pasukan yang
mendapat banyak mata akan dikira sebagai pemenang.
v. Pertukaran posisi akan berlaku apabila semua pihak pemukul telah kehilangan
giliran.
-
25 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
PERALATAN
i. Kayu pemukul
ii. Sofbol
iii. Home plate
iv. Pitcher plate
Organisasi Permainan
Petunjuk:
X pemadang
AA Pitcher
O Pemukul
-
26 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 2
GET THE SCORE
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan kemahiran memukul dalam permainan get the score
dengan teknik dan gaya yang betul.
ii. Pelajar dapat melakukan kemahiran memadang dalam permainan get the score
dengan teknik dan gaya yang betul.
iii. Pelajar dapat memikirkan cara menahan bola daripada bolos secara kreatif supaya
pihak lawan tidak dapat sampai ke home awal dari bola.
iv. Pelajar dapat bekerjasama, memupuk keyakinan diri dan bertanggungjawab ketika
permainan berlangsung.
Prosedur Permainan
i. Bahagikan kepada 5 kumpulan (A, B, C, D dan E). Setiap kumpulan terdapat 4 orang
ahli.
ii. Permainan ini akan dimulakan dengan kumpulan A akan memukul terlebih dahulu.
iii. Kumpulan B, C, D dan E akan bergabung menjadi pemadang. Terdapat pelajar yang
akan duduk di setiap base iaitu 1st base, 2nd base, 3rd base dan juga home.
iv. Apabila bola dipukul, pemadang hendaklah menangkap bola dan membaling ke 1st
dan 1st akan membaling ke 2nd, 3rd dan seterusnya ke home, manakala pemukul
hendaklah berlari melengkapkan satu pusingan (home run) sebelum bola yang
dibaling oleh pemadang sampai ke home.
v. Jika pelari sampai terlebih dahulu atau sama sampai bersama bola, kumpulan
tersebut akan mendapat satu mata.
vi. Sesudah kesemua ahli kumpulan A membuat pukulan dan larian, kumpulan B pula
akan membuat pukulan dan begitulah seterusnya.
vii. Kumpulan yang banyak mengumpul mata akan dikira sebagai pemenang.
Peralatan
i. 2 kayu pemukul (bet)
ii. 5 biji bola softball
iii. 5 base
iv. 20 glove
-
27 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
Petunjuk :
Kump A Kump B Kump C Kump D Kump E
Arah larian
Arah balingan
Bola Sofbol
-
28 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
AKTIVITI 3
LARI DAN MENANG
Objektif
i. Pelajar dapat melakukan teknik pukulan ban dan larian dalam permainan sofbol bagi
mendapatkan mata.
ii. Pelajar dapat merancang strategi yang akan digunakan.
iii. Pelajar menunjukkan semangat berkerjasama dalam melakukan aktiviti permainan
kecil.
Prosedur Permainan
i. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan 10 orang satu kumpulan.
ii. Kumpulan A akan berada dalam kedudukan bulatan dan kumpulan B pula
membentuk barisan lurus.
iii. Seorang ahli kumpulan A berada di tengah bulatan dan akan membaling bola kearah
rakan dan dikembalikan mengunakan kemahiran teknik pukulan ban secara bergilir-
gilir.
iv. Kumpulan B akan berlari secara bergilir-gilir mengelilingi bulatan kumpulan A
sehingga kumpulan A selesai melakukan teknik pukulan ban.
v. Kedua-dua kumpulan akan bertukar peranan.
vi. Pemenang dikira berdasarkan jumlah larian yang terkumpul bagi setiap kumpulan.
Peralatan
i. Bat sofbol
ii. Bola sofbal
iii. Kon
-
29 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Organisasi Permainan
RUMUSAN
Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan, maka kaedah
pengajaran juga perlu diberikan perhatian. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah
rendah dan menengah di Malaysia tidak terkecuali dalam proses transformasi tersebut.
Penerapan budaya berfikir secara kreatif dan kritis perlu diterapkan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani melalui pendekatan Teaching
Huraikan dengan ringkas matlamat bagi setiap kategori permainan
dalam TGfU beserta dengan contoh permainan.
-
30 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Games for Understanding (TGfU). Semua guru Pendidikan Jasmani perlu peka terhadap
perubahan tersebut dan memahami dengan teliti konsep yang perlu diterapkan dalam TGfU
agar guru sentiasa kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah TGfU?
2. Apakah kategori permainan dalam TGfU dan berikan contoh bagi setiap kategori
permainan tersebut?
3. Bincangkan Kepentingan TGfU dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani?
4. Apakah matlamat utama bagi kesemua kategori permainan dalam TGfU?
5. Huraikan secara ringkas Model TGfU yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982)?
6. Bincangan dengan ringkas proses pembinaan modifikasi permainan dalam TGfU?
RUJUKAN
Bunker, D., & Thorpe, R. (1982). A Model For The Teaching Of Games In Secondary Schools. Bulletin Of Physical Education, 18(1), 5-8.
Griffin, L., Mitchell, S., & Oslin, J. (1997). Teaching Sport Concepts And Skills: A Tactical
Games Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
-
31 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
UNIT 2
HOKI
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan hoki;
2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan hoki;
3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan hoki; dan
4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan hoki;
Tahukan anda kedudukan ranking pertama dunia bagi permainan hoki
lelaki adalah dikuasai oleh pasukan Jerman, diikuti oleh Australia dan
ketiga adalah Negara Belanda manakala pasukan dari negara Belanda
berada di ranking pertama dunia bagi kategori wanita diikuti oleh Argentina dan ketiga
adalah dari Negara New Zealand. Kedudukan pasukan lelaki Malaysia pula menghuni
tangga ke 13 manakala pasukan wanita negara pula menduduki rangking ke 22.
(Sumber: http://www.fih.ch/en/fih/events/worldranking jun 2013)
PENGENALAN
Hoki merupakan sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh
dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis sukan yang dimainkan di atas padang rumput
atau astrotuf, dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di sesetengah
Negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam
padang rumput atau astrotuf. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet
yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi hockey. Di Malaysia,
sukan hoki begitu terkenal dan dimainkan hampir di semua sekolah. Pihak Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan hoki setiap tahun
melibatkan kategori umur bawah 12 tahun dan 18 tahun. Perkembangan sukan hoki di
Malaysia begitu membanggakan dan negara mampu bersaing dengan pasukan terhebat
dunia dalam kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).
-
32 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.1: Faizal Shaari merupakan pemain hebat yang lahir dari Kejohanan MSSM
SEJARAH
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana sukan hoki dimainkan
pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang
lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang
sekitar 2000 S. M. (Rajah 2.2). Ia menunjukkan satu lukisan yang menggambarkan dua
orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan
ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada
bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan
dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula
berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga
wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di
Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.
Rajah 2.2: Bukti lukisan pada Makam Bani Hasan, Mesir
-
33 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak
dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang
berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola
berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan
yang berat.
Kehadiran permainan hoki di England telah menarik minat masyarakat di negara
tersebut. Disebabkan permainan ini tiada peraturan dan undang-undang yang khusus,
pelbagai cara dan teknik telah digunakan. Cara permainan yang tidak teratur pada waktu itu
telah mengundang risiko pergaduhan dan pertumpahan darah di antara pemain. Oleh itu,
pihak kerajaan Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan permainan hoki di
negara tersebut.
Dalam pada masa yang sama, permainan hoki mula dimainkan dan diterima oleh
kebanyakan negara di seluruh pelusuk dunia. Kemudian, undang-undang dan peraturan
permainan hoki mula digubal. Walaupun usaha ini mengambil masa yang lama, namun ia
mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada permainan ini. Maka, wujudnya undang-
undang dan peraturan dalam sukan hoki untuk memudahkan permainan ini dimainkan
dengan lebih tersusun serta memudahkan mereka yang mahu mempelajarinya.
Pada mulanya sukan hoki di Ireland dikenali sebagai hurley, Wales dikenali dengan
nama banty atau bandy manakala di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan
hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang
Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak
terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock
sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an
permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.
Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima
oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun
1886 pula Persatuan Hoki British (BHA) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu
(bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh
England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih
terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang
berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan.
Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-
-
34 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
peraturan yang telah disusun oleh BHA dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di
antara England dengan Ireland telah diadakan.
Sukan hoki mula dipertandingakan di Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan 1920.
Walau bagaimanapun, sukan ini telah digugurkan pada tahun 1924. Situasi ini telah
menyebabkan penubuhan Fdration Internationale de Hockey sur Gazon (FIH) sebagai
badan induk antarabangsa dianggotai tujuh negara dari Eropah iaitu Austria, Belgium,
Czechoslovakia, Hungary, Perancis,Sepanyol dan Switzerland. Tindakan ini membolehkan
sukan hoki dipertandingkan semula pada tahun 1928. Dengan itu, permainan hoki kini
mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat
antarabangsa. Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang
serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan
menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti
Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara
Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang
sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India, Korea Selatan, Pakistan dan Malaysia
negara dari Asia, Belanda, Jerman , Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta
Australia dan New Zealand dari Oceana.
Rajah 2.3: Pertemuan Jerman menentang Scotland dalam Sukan Olimpik London 1908
-
35 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang
bertugas di negara kita pada sekitar tahun 1892 dan perlawanan pertama secara rasmi
dimainkan adalah antara Harris dan XI XI Whitley pada Nov 30, 1898 di Kuala Lumpur. Pada
peringkat awal, permainan hoki hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan
Eropah yang bertugas di Tanah Melayu sahaja kerana penduduk tempatan masih tidak
dapat menerima permainan ini lagi. Namun, pada tahun 1904, perlawanan hoki antara
negeri telah diadakan di antara pasukan Selangor dan pasukan Singapura. Selain itu, kelab
yang dikuasai British di Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang juga mempunyai pertandingan
mereka sendiri. Menjelang tahun 1920-an, terdapat lebih Malaya bermain permainan.
Persekutuan Tanah Melayu berbanding siri Colony telah dimulakan pada tahun 1925.
Bermula pada sekitar tahun 1920, permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan dan bilangan mereka yang mempelajari dan bermain hoki semakin meningkat dari
sehari ke sehari sehinggalah sukan ini menjadi salah satu acara sukan yang paling
digemari. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki
mahupun wanita. Perlawanan hoki pertama telah diadakan di antara Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1926.
Negara kita berjaya menubuhkan pasukan hoki pada tahun 1932 hasil daripada
usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India dalam
lawatan mereka ke negara kita dengan keputusan 7 - 0 berpihak kepada India. Pada ketika
itu, pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Perlawanan
tersebut juga telah mendorong dan memberi semangat kepada pasukan hoki negara untuk
mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun kemudian, pasukan hoki negara telah
mengadakan lawatan persahabatan ke Hong Kong dan Macau di mana pasukan negara
berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan tersebut. Pasukan hoki Macau pula
telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan
persahabatan yang juga membawa kemenangan kepada pasukan Malaysia.
Pada tahun 1946 di Taiping, Liga Hoki Malaysia telah dimulakan di negara kita untuk
pertama kalinya. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (PHM) telah
ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953,
Persatuan Hoki Dunia (FIH) telah menerima PHM sebagai ahli gabungannya. Oleh itu, ia
telah memberi dan membuka peluang kepada pasukan hoki negara mengambil bahagian
-
36 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Tidak berapa lama selepas
itu, PHM bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan yang bertangungjawab dalam menyelaraskan pertandingan-pertandingan di
peringkat antarabangsa.
Perseketuan Hoki Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1954 dengan Herman Marie
De Souza dipilih sebagai presiden dan Kandiah Aryaduray setiausaha. Sir Gerald Templer
dan Sir Donald MacGillivray di Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu juga telah
turut membantu dalam sebagai penasihat. Bermula pada tahun 1951, kejohanan hoki
pertama telah dianjurkan oleh PHM dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Allahyarham
Tun Abdul Razak adalah tokoh pertama yang dilantik sebagai Presiden PHM pada tahun
1957. Pada tahun tersebut, beliau telah menyumbangkan sebuah piala sebagai rebutan
untuk pertandingan di antara negeri. Piala tersebut dinamakan Piala Razak bersempena
dengan nama beliau. Bagaimanapun, pertandingan ini hanya berjaya dianjurkan pada tahun
1963. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden PHM telah memberi perangsang dan
galakan serta semangat baru kepada PHM serta orang ramai untuk memperbaiki mutu
sukan ini di negara kita. Buktinya, sehingga kini terdapat berbagai-bagai pertandingan
peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh PHM pada setiap tahun. Setelah itu, PHM telah
diterajui oleh DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dari tahun 1976
hingga 2004. Mulai tahun 2004 hingga 2006, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Presiden
PHM diikuti Tan Sri Dato Seri Mohammad Anwar Mohammad Nor dari tahun 2006 hingga
2008 dan KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 2008 sehingga
sekarang.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi pasukan hoki negara kerana pada
tahun tersebut, pasukan negara telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang
diadakan di Melbourne, Australia. Negara kita berjaya menduduki tempat ke sembilan
daripada dua belas pasukan yang bertanding. Selain itu, pasukan hoki negara juga turut
mengambil bahagian dalam pertandingan Hoki Piala Dunia.
Sejarah Pencapaian
Malaysia telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Piala Dunia Hoki pada 1975, di mana
penganjuran tersebut mendapat sokongan penuh Almarhum Tun Abdul Razak, yang ketika
itu memegang jawatan sebagai Presiden PHM. Ketua pasukan hoki kebangsaan ketika itu
ialah Poon Fook Loke. Beliau telah menjaringkan gol awal Malaysia sewaktu tumpas 2-3
pada peringkat Separuh Akhir kepada India. Beliau juga pernah beraksi dalam Kejohanan
-
37 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Hoki Liga A England. Malaysia seri 0-0 dengan New Zealand, Sepanyol dan Belanda, di
mana negara-negara tersebut merupakan jaguh hoki dunia dan Eropah ketika itu. Meskipun
menang 3-1 ke atas Poland, Malaysia tumpas 0-1 kepada Pakistan. Namun, Malaysia
berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Belanda.
Pada 13hb Mac 1975, Malaysia telah dijadualkan bertemu India dan berjaya
mengikat jaguh hoki Asia tersebut 0-0 sehingga tamat perlawanan. Selepas 7 minit masa
tambahan berlangsung, hujan lebat memaksa perlawanan ditangguhkan ke keesokan
harinya. Pada 14hb Mac 1975, penyokong tempatan seramai 50,000 orang membanjiri
Stadium Merdeka, seterusnya mencatat rekod dunia sebagai kehadiran paling ramai untuk
perlawanan hoki. Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan yang berhempas-pulas gagal
mengekang India apabila tewas 2-3.
Sewaktu penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan kebangsaan yang dilanda
keletihan dan kekecewaan, dikalahkan oleh Jerman Barat dengan keputusan 0-4. Selain
Pingat Perak Sukan Komanwel 1998, pencapaian Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 1975 ini
dianggap sebagai antara pencapaian terbaik sepanjang sejarah sukan hoki negara.
Penyertaan Pasukan Malaysia dalam Sukan Olimpik
1956 - Melbourne: tempat 9 daripada 12 pasukan.
1960 - Rome: tidak layak.
1964 - Tokyo: layak.
1968 - Mexico: tempat 15 daripada 16 pasukan.
1972 - Munich: layak.
1976 - Montreal: tempat ke 9.
1980 - Moscow: layak (pemulauan).
1984 - Los Angeles: tempat ke 11 daripada 12 pasukan.
1988 - Soul: tidak layak.
1992 - Barcelona: layak.
1996 - Atlanta: layak.
2000 - Syedney: layak.
2004 - Athens: tidak layak.
2008 - Beijing: tidak layak.
2012 - London: tidak layak.
-
38 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Pencapaian Malaysia di dalam pertandingan hoki di dalam Sukan Asia:
2010 Naib Juara (Guangzhou)
2006 - Tempat ke-6
2002 - Gangsa
1998 - Tempat ke-5
1994 - Tempat ke-5
1990 - Gangsa
1986 - Tempat ke-4
1982 - Gangsa
1978 - Gangsa
1974 - Gangsa
1970 - Gangsa
1966 - Tempat ke-4
1962 - Gangsa
1958 - Tempat ke-4
Pencapaian Malaysia di dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia:
1987 - Kedudukan ke-4/7
1992 - Naib Johan/10 (tewas kepada Pakistan di Final)
1996 - Kedudukan ke-5/10
2000 - Kedudukan ke-3/11
2004 - Kedudukan ke-4/10
2008 - Kedudukan ke-5/8
2012 - Juara/8 (Melaka)
-
39 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Struktur Organisasi Persatuan
Rajah 2.4: Logo Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
Berikut adalah visi dan misi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
1. Visi
(a) Untuk menjadi pasukan yang terunggul bukan hanya di peringkat Asia tetapi juga
di mata dunia.
2. Misi
(a) Mencari bakat-bakat baru dalam permainan hoki.
(b) Mencari pemain yang bukan sahaja hebat dalam teknik-teknik permainan hoki
tetapi juga sifat fizikal.
3. Objektif
(a) Menambah baik teknik-teknik permainan.
(b) Untuk memperbaiki mutu persembahan para pemain.
4. Struktur Organisasi
Presiden:
KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Timbalan Presiden:
YM Raja Puan Sri Dato 'Noora Ashikin bte Raja Abdullah
Naib Presiden Kanan:
Y Bhg Dato 'Nur Azmi Ahmad
Dr Shamala Subramaniam
Naib Presiden:
Y Bhg. Dato 'Sri Che Khalib Mohammad Noh
Y Bhg Dato 'Hj Abdul Rahim Mohd Ariff
Encik M. Gobinathan
Encik Majid Manjit Abdullah
Y Bhg. Datuk Hj. Md Yusop Hj. Mansor
-
40 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Puan Jenniffer Williams
Puan Maheswari Kanniah
Y Bhg Dato 'Mary Ritchie
Puan Nagula Sivasothy
Puan Jeyadhevi Subramaniam
Setiausaha:
Mohd. Johari B. Abd. Aziz
Bendahari:
Y.Bhg Dato 'Mohd Aini Anuarul Perai
Penolong Setiausaha:
Cik Nurfaraha Hashim
Penolong Bendahari:
Cik Juriah Abdul Wahab Fenner
Perwakilan Bebas:
Y Bhg Dato ' Dr S. S. Cheema
Y Bhg Dato 'Radhakrishnan Nair
Y Bhg Datin Noraini Jaafar
Puan Siti Patimah Hassan
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
1. Peraturan Bola Keluar Kawasan (Ball Out of Play)
Ketika anda menggolek bola hoki anda perlu tahu apakah tindakan anda apabila situasi bola
keluar kawasan atau ball out of play berlaku. Bola hoki dikira keluar padang apabila
keseluruhan bola keluar dari garisan tepi atau garisan belakang gelanggang. Tindakan yang
perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan tepi ialah:
a) Dari kayu hoki pemain pasukan anda, pihak lawan memukul atau menolak untuk
meneruskan permainan.
b) Dari kayu pihak lawan, menolak atau memukul oleh pasukan anda.
Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian hoki negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu sukan hoki tanah air sekarang ini.
-
41 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
c) Dari badan pemain, pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempat di mana bola
terkena badan pemain pasukan anda.
d) Peraturan tolak gerak (autoplay) diaplikasikan.
Tindakan yang perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan belakang ialah:
a) Dari kayu penyerang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan (defender) dari
tempat bertentangan di mana bola melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela
daripada garisan itu.
b) Dari kayu penahan yang lebih daripada 22.9m (25 ela) dari garisan belakang tolakan
atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas.
c) Dari kayu pemain pertahanan dalam jarak 22.9m (25 ela) dari garisan belakang.
Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan
belakang dalam 4.6m (5 ela) daripada sudut bendera.
d) Dari kayu pemain pertahanan dalam 22.9m (25 ela) dari garisan belakang (bola
dikeluarkan dengan sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada pemain pasukan
penyerang.
e) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bola dikeluarkan tanpa sengaja).
Sudut penalti akan diberikan kepada penyerang.
f) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bulatan D) (bola dikeluarkan
dengan sengaja). Strok penalti diberikan kepada pasukan penyerang.
g) Peraturan baharu melibatkan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan semasa
memulakan semula permainan apabila bola keluar kawasan.
2. Kesalahan
Terdapat beberapa tindakan atau perkara yang tidak boleh dilakukan oleh anda semasa
permainan. Tindakan atau perkara ini dipanggil faul yang boleh dikenakan tindakan penalti
tertentu.
Senarai kesalahan adalah seperti berikut:
a) Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick)
b) Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki.
c) Mengangkat kayu hoki (Rajah 2.5) untuk menakutkan atau mengancam keselamatan
pihak lawan semasa mereka menghampiri bola atau menggelecek bola.
-
42 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.5: Situasi mengangkat kayu hoki yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain lain
d) Mengangkat kayu hoki untuk bermain bola melebihi paras bahu (Rajah 2.6).
Rajah 2.6: Seorang pemain hoki mengangkat kayu hoki melebihi paras bahu
e) Bermain bola dengan menggunakan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain
(Rajah 2.7).
Rajah 2.7: Bola terkena bahagian kaki
-
43 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
f) Menyungkit bola ke arah pemain lain atau ke dalam bulatan yang mungkin akan
mengundang bahaya kepada mereka (Rajah 2.8).
Rajah 2.8: Seorang pemain hoki menyungkit ke arah pemain lawan
g) Memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan bertujuan
untuk mengganggu permainan mereka (Rajah 2.9).
Rajah 2.9: Pemain cuba memintas pemain lawan menggunakan kayu hoki
h) Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan
pihak lawan (Rajah 2.10).
-
44 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.10: Seorang pemain hoki sedang merebahkan diri untuk menghalang pemain lawan
3. Penalti-penalti untuk Kesalahan yang Dilakukan
Tindakan penalti untuk setiap kesalahan adalah seperti berikut:
a) Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan D.
Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma.
Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat mana-
mana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan
mendapat pukulan sudut penalti.
b) Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan D.
Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma.
Oleh pemain pertahanan secara tidak sengaja, pasukan menyerang mendapat
pukulan sudut penalti.
Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat
penalti stroke.
4. Pukulan percuma, sudut penalti dan penalti stroke
a) Pukulan Percuma
Pukulan atau tolakan boleh digunakan.
Peraturan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan.
Diambil dari tempat di mana faul berlaku, kecuali di dalam kawasan D.
Apabila penyerang melakukan faul di dalam kawasan D, penahan boleh
mengambil pukulan percuma di mana-mana tempat di dalam kawasan D.
-
45 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Apabila pukulan percuma diambil, bola mesti tidak bergerak (pegun).
Bola boleh dimainkan atau dinaikkan jika tiada bahaya.
Tiada sesiapa pun daripada pihak lawan dibenarkan berada di dalam kawasan
5 ela dari bola.
b) Penalti sudut diberikan kepada pemain penyerang apabila pemain daripada pasukan
pertahanan melanggar peraturan-peraturan berikut:
Dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan
terdahulu di bawah tajuk kesalahan, di dalam 25 ela kawasan pertahanan
tetapi di luar bulatan D.
Tidak sengaja melakukan kesalahan di dalam kawasan D.
Penalti sudut diambil dengan bola ditolak dari garisan gol oleh seorang pemain
penyerang. Tolakan boleh diambil dari kedua-dua belah gol tetapi sekurang-
kurangnya 9m (10 ela) dari tiang yang paling dekat sekali dan tidak melepasi
bulatan.
c) Penalti Strok
Penalti stroke diberikan kepada penyerang berdasarkan syarat-syarat berikut:
Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara sengaja di dalam
bulatan.
Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara tidak sengaja di
dalam bulatan tetapi melalui tindakannya mungkin menghalang penyerang
daripada berjaya menjaringkan gol.
Apabila pemain pertahanan sekali lagi melanggar peraturan sudut penalti
semasa pasukan penyerang cuba melakukan pukulan sudut penalti yang
diberikan kepada mereka.
-
46 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
5. Padang Hoki
Rajah 2.11: Ukuran padang permainan hoki
Padang hoki berbentuk segi empat tepat dengan 91.40m (100 ela) panjang dan 58m (60
ela) lebar (Rajah 2.11). Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan-
garisan pendek dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol.
-
47 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap
bahagian tersebut dibahagikan kepada dua oleh garisan 22.9m (25 ela). Oleh itu, padang
telah dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan
garisan tengah terdapat garisan putus-putus yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi
kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.
Selain itu, terdapat juga satu garisan di atas padang untuk menunjukkan jarak 16 ela
dari garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang pada setiap
garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. Garisan 16 ela ini diukur dari bahagian
dalam garisan belakang.
Rajah 5.12: Padang hoki yang digunakan semasa Sukan Olimpik 2012 London
Di atas garisan belakang terdapat garisan khas yang digunakan untuk sudut penalti.
Garisan ini panjangnya 12 inci bermula dari garisan belakang ke dalam kawasan bermain.
Garisan ini diletakkan 4.5m (5 ela) dan 9m (10 ela) di luar tiang gol. Satu titik untuk strok
penalti ditandakan di hadapan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan
berjarak 7 ela dari garisan pintu gol.
d) Tiang Bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap penjuru padang. Tinggi tiang bendera ialah
di antara 4 kaki hingga 5 kaki dan diletakkan di luar sudut.
-
48 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
e) Bulatan Jaring
Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 14.63m (16 ela) dari
pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur dari sudut dalam bahagian depan tiang gol ke luar
kawasan garisan 4 ela. Kawasan ini juga dipanggil kawasan D.
f) Pintu Gol
Setiap pasukan mempunyai pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki dari tanah. Semua ukuran diambil dari
dalam gol. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Rajah 5.13: Ukuran pintu gol hoki
Tiang-tiang tegak dan mendatar yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai
ketebalan yang tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol
juga mesti dicat dengan warna putih.
Jaring-jaring diikat dengan kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar,
dengan jarak dekat tidak melebihi 6 inci dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di
belakang gol. Jaring daripada mesh 1 inci dicadangkan.
6. Kayu Hoki
Kayu hoki berbentuk rata di bahagian hadapan manakala di sebelah belakangnya berbentuk
bulat. Bahagian rata adalah di sebelah kiri kayu. Bahagian rata dipanggil muka kayu (face of
-
49 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
stick). Bahagian bulat kayu dipanggil belakang kayu. Pemain hanya boleh bermain dan
memukul menggunakan dengan bahagian yang rata atau muka kayu sahaja. Bahagian
lengkok kayu pula dipanggil kepala kayu. Seperti bola hoki, kayu hoki juga mempunyai
spesifikasi tertentu iaitu berat kayu di antara 340g minimum hingga 794g maksimum (Rajah
5.14).
Rajah 5.14: Kayu hoki
7. Pemain
Dalam permainan hoki, terdapat 11 orang pemain dalam sesuatu pasukan. Manakala lima
orang lagi diperlukan sebagai pemain simpanan dan boleh memasuki padang pada bila-bila
masa untuk melakukan pertukaran pemain jika dibenarkan oleh pengadil.
8. Pengadil
Dalam setiap permainan, dua orang pengadil akan bertugas dibantu oleh seorang atau dua
orang penjaga masa. Setiap pengadil akan menjaga separuh daripada padang dan
mengawal permainan dengan wisel ketika perlawanan berlangsung.
9. Pakaian
Baju, seluar pendek atau skirt (bagi pemain wanita), stoking dan kasut adalah pakaian asas
yang diperlukan dalam permainan hoki. Alat-alat yang berbahaya atau but yang mempunyai
tapak yang sesuai tidak dibenarkan untuk dipakai atau dibawa ke dalam gelanggang.
-
50 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 5.15: Kasut astroturf
10. Penjaga Gol
Penjaga gol haruslah memakai pakaian dan kelengkapan pelindungan khas seperti topeng
keselamatan muka, sarung tangan, lapik kaki atau ped berat yang keras (Rajah 2.16).
Rajah 2.16: Kelengkapan penjaga gol
-
51 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
11. Jangka Masa
Jangka masa permainan hoki ialah selama 35 minit bagi kedua-dua separuh masa dalam
setiap perlawanan. Setiap pasukan akan bertukar padang pada separuh masa kedua
selepas tempoh rehat selama 10 minit.
KEMAHIRAN ASAS HOKI
1. Menggelecek
Menggelecek adalah salah satu cara mengawal bola yang sedang bergerak. Ia adalah
kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dan bola daripada halangan dan kawalan
pemain lawan. Di antara kepentingan kemahiran menggelecek ialah:
(a) Mengekalkan kawalan bola.
(b) Persediaan untuk menghantar atau menjaringkan gol.
(c) Mencari ruang dan menukar arah serta menghantar bola kepada rakan sepasukan.
(d) Melengahkan masa bermain.
Cara-cara Menggelecek
Terdapat beberapa cara untuk menggelecek dalam permainan hoki. Berikut adalah cara-
cara menggelecek yang betul:
a) Gelecek Longgar
Kemahiran menggelecek longgar (open/loose dribble) boleh digunakan apabila anda
hendak menggerakkan bola dengan pantas bagi tujuan untuk melepaskan diri
dengan bola daripada pemain lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol.
b) Gelecek Rapat (Rajah 2.17)
Anda boleh menggunakan kemahiran menggelecek rapat semasa hendak mengawal
bola dengan rapi. Ia boleh digunakan apabila anda tidak dapat memastikan sama
ada keadaan atau situasi semasa bermain selamat atau tidak untuk mendedahkan
bola kepada pihak lawan.
Dalam kumpulan, anda dikehendaki membincangkan tentang aspek
keselamatan dalam sukan hoki.
-
52 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.17: Pemain sedang menggelecek dengan kemahiran menggelecek rapat
c) Menggelecek Indian
Kemahiran menggelecek Indian sangat penting jika anda hendak menukar arah
daripada kiri ke kanan atau sebaliknya. Melalui cara ini anda boleh melarikan diri
daripada pihak lawan (Rajah 2.18).
Rajah 5.18: Pemain sedang melakukan kemahiran menggelecek Indian
2. Menolak
Menolak adalah kaedah hantaran yang paling pantas kepada rakan sepasukan (Rajah
2.19). Sasaran hantaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan
pihak lawan. Dalam keadaan kritikal, tolakan merupakan kaedah yang paling selamat dan
boleh dibuat dengan mudah dan pantas. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan
yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan.
-
53 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.19: Pemain sedang melakukan kemahiran menolak bola
Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan dengan
kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan pantas tanpa disedari
oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat berguna untuk melakukan clearance cepat
atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dari kedudukan yang sukar di mana
kemahiran memukul tidak boleh digunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran
lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang berlari. Ini kerana pemain
tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat
dan menjangka bila dan ke mana hantaran akan dilakukan.
Rajah 2.20: Pemain sedang bersedia melakukan kemahiran menolak bola semasa pukulan penalti sudut
3. Menyerkap
Menyerkap bermaksud menahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling
penting dalam permainan hoki. Anda mestilah menguasai kemahiran menyerkap bola di atas
-
54 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
permukaan padang yang berbeza kerana permainan hoki boleh dimainkan di atas padang
rumput atau astroturf. Pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai
dan dapat menentukan corak permainan (Rajah 2.21). Anda juga boleh melakukan
kemahiran menyerkap dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.
Rajah 2.21: Pemain sedang melakukan kemahiran menyerkap bola ketika berhadapan dengan lawan
4. Memukul
Memukul merupakan salah satu kemahiran asas dalam sukan hoki. Kelebihan memukul
ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan pukulan adalah
penting. Teruskan untuk mempelajari mekanik memukul.
Rajah 2.22: Seorang pemain hoki sedang melakukan pukulan dengan hayunan yang kuat
5. Hantaran
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola akan
bergerak dengan pantas ke arah sasaran. Ketepatan arah boleh dicapai dengan melakukan
banyak latihan dan ini biasanya akan dititikberatkan oleh jurulatih semasa latihan.
-
55 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.23: Pukulan kilas merupakan salah satu teknik hantaran berkesan
6. Kuisan Dan Hantaran Tinggi
Kemahiran kuisan dan hantaran tinggi boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Kemahiran
menguis adalah penting kerana ia memerlukan persediaan untuk menguis bola dalam
keadaan terkawal. Kuisan boleh mengelirukan pemain lawan kerana mereka tidak tahu ke
mana bola tersebut akan dihantar. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk
menyelamatkan kubu pertahanan dari ancaman pihak lawan dan melakukan hantaran jauh
kepada rakan penyerang.
Rajah 2.24: Seorang pemain sedang bersedia untuk melakukan kuisan
7. Penjagaan Gawang Gol
Selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga perlu diberi perhatian
sewajarnya supaya para pemain didedahkan kepada teknik asas kemahiran menjaga gol.
Untuk keselamatan dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih hendaklah
menitikberatkan cara-cara latihan yang mempunyai unsur-unsur moden.
-
56 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 2.25: S. Kumar diiktiraf antara penjaga gol terbaik dunia
Pada peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan
menahan bola dengan tapak kaki. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan tidak dipukul
pada peringkat awal. Di antara kemahiran asas menjaga gol ialah:
a) Menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki.
b) Menggelongsor untuk menahan bola.
c) Menendang bola.
d) Menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.
Rajah 2.26: Seorang penjaga gol sedang mengawasi pintu gol daripada dibolosi
Dalam kumpulan, bincangkan peranan jurulatih untuk meningkatkan kemahiran pemain-pemainnya. Anda juga dikehendaki membincangkan peranan pemain bagi meningkat kemahiran individu mereka.
-
57 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan hoki di Malaysia.
2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan hoki di peringkat
sekolah.
3. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan hoki.
4. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain hoki.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan penalti stroke?
6. Senaraikan kesalahan dalam pemainan hoki yang boleh menyebabkan pasukan diberi
penalti.
RUJUKAN
Corsi, J. & Hannon, J. (2002). The hockey goalies handbook the authoritative guide for players and coaches. Chicago: Contemporary Books.
Davidson, J. & Steinbreder, J. (2000). Hockey for dummies. (2nded.). Foster City, CA: IDG
Books Worldwide, Inc. Elizabeth, A. (2008). Field hockey steps to success. Champaign, IL: Human Kinetics. Zakrajsek, B. D., Carnes, L. A. & Pettigrew, E. F. (2005). Quality lessons plans for field
hockey. Champaign, IL: Human Kinetics. www.fieldhockey.com www.planetfieldhockey.com www.fieldhockey.isport.com/fieldhockey-guides/field-hockey-rules.
-
58 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
UNIT 3
BOLA SEPAK
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan bola sepak;
2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan bola sepak;
3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan bola sepak; dan
4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan bola sepak;
Tahukah anda bahawa permainan bola sepak yang mempunyai ciri-ciri dan
persamaan dengannya telah lama wujud di negara China sejak abad ke-3
sebelum Masihi lagi? Di Malaysia, permainan bola sepak cukup popular
dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Situasi ini dapat dilihat
dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai
strategi untuk memperkembangkan sukan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, diharapkan Malaysia akan menjadi
salah satu pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara dan peringkat Asia sesuai
dengan nama panggilannya iaitu Harimau Malaya. Oleh yang demikian, topik ini akan
membincangkan pengenalan, sejarah, perkembangan di Malaysia, struktur organisasi
persatuan, undang-undang dan peraturan serta kemahiran asas dalam permainan bola
sepak.
PENGENALAN
Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau
Harimau Muda, gelombang sokongan dalam kalangan peminat sukan bola sepak di
Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat. Pelbagai
persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak.
-
59 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi
baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia,
tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral
diberikan secara berterusan dan paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru
bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah Ultras Malaya (Rajah 3.1).
Rajah 3.1: Penyokong Malaysia dikenali sebagai Ultras Malaya
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 Sebelum Masihi. Berbagai-bagai jenis permainan
bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19,
permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang
berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga
lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan
yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England
(The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak.
Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia.
Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undang-undang Bola Sepak hari ini.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola
sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan
penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional
level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk
mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola
sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat
amatur.
-
60 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fdration Internationale de Football
Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001,
lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200
negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan
yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
SEJARAH
Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta
telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan
tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan
tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di
China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka
telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali
sebagai latihan Tsu Chu.
Rajah 3.2: Latihan Tsu Chu semasa zaman Dinasti Han
Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai
persamaan dengan permainan daripada Rom (Rajah 3.3). Cara ia dimainkan bermula
dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang
bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa
bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800
tahun.
-
61 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 3.3: Permainan episkyros di Greek
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang
ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Peranan FIFA semakin berkembang semenjak
menerima persatuan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan
Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA adalah
untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana
tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi
presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Beliau merancang untuk
mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun
1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.
Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk
mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet (Rajah 6.4).
Kongres pertama berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah
yang pertama pada 1 Mei 1929.
Rajah 3.4: Jules Rimet dan replika piala yang dipertandingkan
-
62 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay dan diadakan di tiga gelanggang di Montevideo. Pasukan dari
negara Uruguay yang menjadi tuan rumah telah muncul sebagai juara selepas menewaskan
Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang
33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila
Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah
terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia ketika itu.
Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun
kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah
memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika
Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai
Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir
Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah
menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh
dunia. Pasukan dari Sepanyol telah muncul sebagai juara pada kejohanan Piala Dunia di
Afrika Selatan pada tahun 2010 (Rajah 3.5).
Rajah 3.5: Pasukan Sepanyol muncul juara setelah mengalahkan Belanda dengan jaringan 1 - 0
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Permainan bola
sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan
penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala
Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai
-
63 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura
pada tahun 1921.
Sejarah Pencapaian Pasukan Harimau Malaya
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan
bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal
1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea
Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia
1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini
memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"),
Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.
Pasca Malaysia
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah
sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan
pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama
seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan,
Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin (ketua pasukan). Malaysia berjaya melayakkan diri ke
Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina
di sepanjang perjalanannya (Rajah 3.6). Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi
pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di
Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan
apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Rajah 3.6: Skuad Olimpik Munich tahun 1972
-
64 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Pada zaman tersebut, pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu
generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan
pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan
terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana
ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi
kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan
Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak
dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat
menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan
"overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang),
Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha
Berlin di Jerman pada tahun 1988.
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bermula pada tahun
1994 apabila berlakunya gejala rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai
tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan
Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia.
Zaman Kejatuhan
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain
percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain
untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain,
tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk
menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan
kemerosotan liga tempatan. Ramai peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada
tahun 1994 sebagai satu pemangkin tetapi populariti langganan televisyen swasta juga
menyumbang kepada kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung
perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan
minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika
dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
-
65 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah
memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas
mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia
Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf
pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan .
Kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah
kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand
pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas
membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang
membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir,
Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik
di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan
akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember
2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan
kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan
Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah
dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam
perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat
bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan
berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali
pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah
menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu
Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola
sepak' rantau Asia Tenggara. Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat
emas di Sukan Asia Tenggara 2011.
Struktur Organisasi Persatuan
Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya
menjadi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football
Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang
pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson
dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum
Peperangan Dunia Kedua meletus.
-
66 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr
C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk
pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Pada tahun 1951
pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah
dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh
Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun
1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu
Samah. Semenjak 1984, Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
menjadi Presiden FAM sehingga sekarang.
Rajah 3.7: Barisan kepimpinan FAM tahun 1933 berpengkalan di Singapura
Rajah 3.7 menunjukkan struktur organisasi Jawatankuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jawatan Presiden disandang oleh KDYMM Sultan
Haji Ahmad Shah Al- Mustain BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-
Muadzam Shah mankala jawatan Timbalan Presiden adalah KDYTM Tengku Mahkota
Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Terdapat
tiga barisan Naib Presiden yang terdiri daripada Dato' Sri Subahan Kamal, Dato' Hamidin Hj
Mohd Amin dan Dato' Afandi Hamzah. Jawatan Setiausaha Agung pula dipegang oleh Dato'
Hamidin Hj Mohd Amin menggantikan Lt Jen Dato' Azzuddin Ahmad (Bersara) dan Tan Sri
-
67 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari. Barisan Exco pula terdiri daripada
lapan orang yang dipilih dalam mesyuarat agung persatuan dan terdiri daripada Dato' Haji
Takiyuddin Haji Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim, Dato'
S.Sivasundram Sithamparam-pillai, Dato' Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, Dato' Osman
Salleh, Tn Haji Rosmadi Ismail dan Dato' Jeferey Low Han Chau.
Rajah 3.8: Struktur organisasi Jawatan Kuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014 FAM
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan
diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-
undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA).
Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian bola sepak negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu bola sepak tanah air sekarang ini
-
68 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Undang-undang Permainan
Permainan bola sepak terbahagi kepada 17 undang-undang yang diperakui oleh Lembaga
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan antaranya adalah seperti berikut.
1. Padang Permainan
a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimainkan pada permukaan padang semula jadi atau
padang tiruan dan bergantung kepada sesuatu peraturan pertandingan.
b) Ukuran Padang
Padang permainan peringkat antarabangsa mestilah berukuran segi empat tepat dan
berukuran seperti berikut (Rajah 3.9):
Panjang : Minimum 100 meter (110 ela)
Maksimum 110 meter (120 ela)
Lebar : Minimum 64 meter (70 ela)
Maksimum 75 meter (80 ela)
c) Kawasan Padang
Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan
padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan
dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan
gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.
Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di
mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).
d) Kawasan Gol
Pada setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan
garisan gol masing-masing berukuran 5.5 meter (6 ela) dari tiang gol.
e) Kawasan Penalti
Kawasan penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran
16.5 meter (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, terdapat tanda penalti
berukuran 11 meter (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan
berjejari 9.15 meter (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.
-
69 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 3.9: Ukuran kawasan padang bola sepak
f) Tiang Bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5 meter (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan
pada setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah
dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.
g) Lengkungan Sudut
Suku bulatan dengan jejari 1 meter (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang
bendera dibuat dalam padang permainan.
h) Tiang Gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak
antara tiang gol ialah 7.30 meter (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah
ialah 2.40 meter (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak
melebihi 12sm (5 inci).
2. Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang
dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm hingga 70sm dan berat bola
dalam lingkungan 410g hingga 450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah
bersaiz 5 (Rajah 3.10).
-
70 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
Rajah 3.10: Bola rasmi semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan
3. Bilangan Pemain
a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan
mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 3.11).
Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang
pemain.
Rajah 3.11: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.
b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di
bawah gabungannya, hanya tiga orang pemain gantian sahaja dibenarkan untuk
membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan
berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3
hingga 7 pemain).
-
71 QGJ3069 SUKAN BERPASUKAN
c) Nama Pemain Gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada
pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak
akan dibenarkan untuk bermain.
Rajah 3.12: Pertukaran pemain dikendalikan oleh pengadil keempat
d) Peraturan Pemain