modul soalan graf
DESCRIPTION
contoh modul grafTRANSCRIPT
Skema pemarkahan Graf
Perincian markah:
Pengkelasan angkubah : 5 markah
Kesesuaian teknik : 5 markah
Ketepatan isi : 5 markah
Kejelasan : 5 markah
1. Salah media – 1/20
2. Maklumat salah – 8/20
i. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk/tiada tempat
ii. Tiada petunjuk/ petunjuk muka surat lain
iii. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/jumlah besar/tiada label/label tidak
lengkap*
3. Sumber tidak lengkap 18/20 , tiada sumber 17/20
4. Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 18/20
5. Berlorek 16/20
6. Gabung warna dan lorek 16/20
7. Jika tiada graf/carta, jawapan hanya jadual sahaja
Butiran 2m, tajuk ½m, sumber ½
Jadual tanpa tajuk/unit/nilai label yang lengkap tidak diterima
Teknik menjawab soalan graf
1. Mengenal pasti kehendak soalan
Para calon harus membaca soalan dengan teliti. Hal ini kerana soalan berkenaan akan
memberikan petunjuk pembolehubah yang akan digunakan dan jenis media yang dikehendaki
soalan.
i. Pemahaman Soalan
Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pasti
tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pembolehubah -
pembolehubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap
pembolehubah tersebut. (Tajuk)(paksi-y)
ii. Tajuk graf atau carta.
Tajuk hendaklah merujuk kepada soalan. Berikan tumpuan kepada ayat yang bertulis
italik. Diberikan contoh seperti dibawah:
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Berdasarkan soalan di atas, tajuk yang sesuai untuk carta ini ialah:
MALAYSIA: JUMLAH GUNA TENAGA DAN BURUH BAGI TAHUN 1990 HINGGA 1995
Tajuk mestilah lengkap iaitu mengandungi tempat/lokasi, perkara dan tempoh masa dan ditulis huruf besar semuanya. Perhatikan soalan di atas, didapati tempoh yang diberikan dalam soalan tidak lengkap. Oleh itu, pelajar haruslah merujuk petikan untuk mengetahui tempoh yang lengkap. Pelajar juga haruslah sentiasa berwaspada dan mesti tulis perkataan andaian atau anggaran pada tahun berkaitan dalam tajuk sekiranya ada.
iii. Label paksi-y
Kebiasaannya label paksi-y dinyatakan selepas perkataan menunjukkan di dalam soalan.
Sebagai contoh, seperti dalam soalan di bawah:
Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan pendapatan eksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 – 2003.
pendapatan eksport ( RM Juta )
tahun
Perkataan dalam kurungan (RM Juta) selepas label paksi-y dikenali sebagai unit.
Label paksi-y ini penting sebagai data/pembolehubah yang mesti ditunjukkan/diplot dalam graf atau
carta pai. Sebagai contoh,
Jenis komoditipendapatan eksport ( RM Juta )
Penentuan Media.
Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki oleh soalan.
Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang
terkandung di dalam petikan.
iv. Membuat penganalisaan
Setelah butiran dikenal pasti, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai
mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.
- sekiranya petikan menyatakan “ bertambah sebanyak” (diberikan dalam nilai mutlak atau
peratusan) ini bermakna perbezaan data bagi dua tahun yang dibandingkan, iaitu dari
tahun sebelum dengan tahun berikutnya. Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon
boleh mendapatkan nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi
dengan nilai yang diberikan sebelumnya.
- Jika kenyataan “ berkurang sebanyak” maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi
pada tahun sebelumnya.
- Seandainya kenyataan “ bertambah, berkurang kepada atau menjadi” pada sesuatu tahun,
maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.
- Jika data tidak diketahui pada satu sektor dalam jadual tahun yang sama tetapi jumlah
pada tahun tersebut diberi, maka calon boleh mendapatkan data tersebut. Hal ini
membawa maksud sesetengah jadual perlu ada jumlah pada setiap tahun untuk
memudahkan mencari nilai setiap sektor. Walaupun jumlah tersebut tidak diplot dalam
graf.
2. Penentuan Media.
Calon-calon hendaklah memilih media yang tepat seperti dikehendaki soalan. Calon-calon boleh
menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di
dalam petikan. Biasanya ada 10 graf dan carta yang keluar dalam soalan STPM P2.
Jenis media Kata kunci media Kata kunci khas/ciri-ciri
Bar
Kompaun Banding, bilangan,
kebanyakan data
geografi
-
Komponen Komposisi, komponen,
jumlah, nilai keseluruhan
Memesong / cermin Ada nilai negatif, peratus
perubahan.
Piramid 3 pembolehubah dalam
soalan, salah satu
pembolehubah
berpasangan
Garis
Kompaun Pola perubahan,
perubahan, turun
naik, trend,
kebanyakan data
ekonomi (cth: mata,
indeks...)
-
Komponen Komposisi, komponen,
jumlah
Memesong / cermin Ada nilai negatif, peratus
perubahan.
Gabung (bar dan garis) Dan, pada graf yang
sama
2 perkara/dua skala yang
mempunyai dua paksi
menegak
Carta pai banding Carta untuk
menunjukkan
perbandingan,
membanding
Terdapat
Pembolehubah/maklumat
yg boleh dibanding
(jantina, masa, ....)
Tong/silinder 2 pembolehubah yang
berbeza tetapi berkaitan
dan jumlah yang sama
*Jadual ini hanya untuk membantu memudahkan pelajar mengenalpasti jenis media yang
dikehendaki soalan.
3. Membina media.
Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai.
Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.
Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
1. Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
2. Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang
sama.
3. Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu
garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
4. Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
5. Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang
berlapis.
6. Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang
lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
7. Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada
di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, pekara dan tempoh ) * anggaran, andaian, diramal,dijangka
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah
media..