modul pembelajaran ipg edu3108

33
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: http://www.researchgate.net/publication/260187046 Modul Pembelajaran IPG EDU3108 BOOK · OCTOBER 2013 DOWNLOADS 8,963 VIEWS 1,514 3 AUTHORS, INCLUDING: Muhammad Shamsul Naim Mohd S… Institut Pendidikan Guru Malaysia 5 PUBLICATIONS 0 CITATIONS SEE PROFILE Available from: Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri Retrieved on: 22 June 2015

Upload: arman-azlan

Post on 04-Sep-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

  • Seediscussions,stats,andauthorprofilesforthispublicationat:http://www.researchgate.net/publication/260187046

    ModulPembelajaranIPGEDU3108BOOKOCTOBER2013

    DOWNLOADS8,963

    VIEWS1,514

    3AUTHORS,INCLUDING:

    MuhammadShamsulNaimMohdSInstitutPendidikanGuruMalaysia5PUBLICATIONS0CITATIONS

    SEEPROFILE

    Availablefrom:MuhammadShamsulNaimMohdSukriRetrievedon:22June2015

  • 1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    1

    1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

    Profesion

    Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,

    profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran

    intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,

    menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan

    sebagainya.

    Profesional

    Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut

    Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:

    Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.

    Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

    Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.

    Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

    Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion

    kerana:

    1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.

    2. Berpengetahuan mengenai pelajar.

    3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.

    1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

    Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan

    bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan

    berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam

    BAB 1 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

    GURU

  • 2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    2

    pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh

    diteladani pelajar.

    Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras

    dengan amalan profesional guru termasuklah:

    Bersikap profesional.

    Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

    Kaya dengan ilmu.

    Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.

    Bermoral teguh.

    Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

    Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.

    Hal ini termasuklah:

    a) Dorongan oleh misi dan passionate guru didorong oleh misi seolah-olah

    mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.

    b) Positif dan benar hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.

    c) Guru sebagai pemimpin mempengaruhi pelajar untuk berubah.

    d) With-it-ness guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk

    mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan

    pelajar dan sebagainya.

    e) Gaya menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.

    f) Kepakaran dalam motivasi percaya dirinya mampu mengubah kehidupan

    pelajar.

    g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) guru

    mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.

    h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) punyai pengetahuan

    yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.

    i) Pintar (street smarts) mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah

    dan komuniti.

    j) Celik minda (mental life) fokus terhadap kerja yang dilakukan.

  • 3 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    3

    2.1 KOD ETIKA KEGURUAN

    2.1.1 Maksud Etika

    Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama

    lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal

    daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilai-

    nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.

    American College Dictionary,1964

    Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.

    Nikki, 2009

    Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam

    bahagian tertentu.

    Bascom, 2007

    Ilmu mengenai sesuatu kewajipan

    2.1.2 Kod Etika Profesion

    Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang

    termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika

    Profesion:

    a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme

    yang dirangkakan.

    b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat

    dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.

    c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar

    organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

    BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

  • 4 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    4

    2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia

    Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah

    berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,

    yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya

    usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan

    yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip

    Rukun Negara.

    Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

    kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman

    berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.

    Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing

    anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima

    tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan

    profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

    1. Tanggungjawab terhadap pelajar

    - Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.

    - Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.

    - Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar

    kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

    - Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau

    mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

    - Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang

    dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

    - Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,

    lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.

    2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa

    - Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak

    mereka.

    - Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat

    antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

  • 5 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    5

    - Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai

    keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.

    - Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak

    mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu

    bapa secara teliti dan bijaksana.

    - Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh

    kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

    - Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan

    sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa

    atau penjaga mereka.

    3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

    - Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh

    merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang

    bertentangan dengan Rukun Negara.

    - Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu

    dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

    bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan

    kebudayaan, keturunan dan agama.

    - Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi

    segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa

    sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

    - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu

    bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

    - Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,

    kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

    - Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh

    masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

    4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

    - Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan

    yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar

    atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah

    seseorang guru.

  • 6 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    6

    - Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri

    dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai

    seorang guru.

    - Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami

    dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya

    sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

    - Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang

    baru dalam profesion keguruan.

    - Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik

    profesion keguruan.

    - Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

    2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru

    Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau

    terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan

    dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah

    tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.

    Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:

    a) Akauntabiliti terhadap pelajar guru mendidik pelajar ke tahap yang

    cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi

    mereka secara mnyeluruh.

    b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri guru harus berpengetahuan luas dan

    berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.

    c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa guru melaksanakan tugas dengan

    memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada

    msayarakat dan negara.

    d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara guru mempunyai

    tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia

    berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.

    e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan guru perlu

    menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab

    sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.

  • 7 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    7

    2.1.3 Integriti guru

    Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.

    Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang

    merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).

    Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.

    Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang

    dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

    Integriti guru merangkumi:

    a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh

    keikhlasan dan kejujuran.

    b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta

    penuh kasih sayang.

    c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan

    pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

  • 8 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    8

    Maksud etika :

    cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

    Maksud Etika Guru :

    Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru

    saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya

    serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

    Etika perlu dalam profesion perguruan :

    Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat

    yang berhubung dengan mereka

    Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan

    tidak bertentangan dengan hak asasi umum.

    Guru dikawal oleh etika perguruan.

    ISU KESANTUNAN GURU

    Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam

    masyarakat.

    Fokus kesantunan guru

    Perlakuan dalam percakapan

    - Kawalan suara

    - Memonopoli sidang perbualan

    - Cakap banyak

    - Puji diri secara langsung dan tidak

    Tatacara berkomunikasi

    - Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

    BAB 3 ISU-ISU ETIKA GURU

  • 9 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    9

    ISU KEPEDULIAN GURU

    Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan

    kepada sesuatu isu/tugas

    Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau

    tugasnya.

    Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru

    terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

    Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses

    perubahan (Havelock 1995)

    Guru perlu :

    a) Sedar atas perubahan

    b) Minat pada perubahan

    c) Mengenali pembawa perubahan

    d) Mengurus perubahan

    e) Menilai kesan perubahan

    f) Bekerjasama dengan rakan

    g) Membuat penambahbaikan

    Kepedulian dari segi penyempurnaan diri

    urus hal kehidupan seharian

    jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

    Kepedulian terhadap tugas pengajaran

    ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP

    bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

    Kepedulian terhadap impak pengajaran

    yakin terhadap kebolehan pelajar

    guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

  • 10 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    10

    Fokus Etika Guru

    Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut

    norma budaya setempat

    Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh

    guru terhadap isu atau tugasnya

    Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk

    perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.

    Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah

    Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa

    Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika

    mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah

    Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang

    keluarga.

  • 11 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    11

    Teori Keprihatinan (Fuller 1969)

    - Peringkat Keprihatinan Diri/kemandirian diri- guru berasa bimbang tentang

    kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh

    ibu bapa serta guru lain

    - Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas-memperbaiki pengajaran serta

    menguasai isi kandungan mata pelajaran

    - Peringkat Impak- guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai

    pelbagai keperluan

    Prihatin Diri

    - Apakah pelajar suka saya?

    - Bolehkah saya mengajar apabila diselia?

    - Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.

    - Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

    Peringkat Impak

    - Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?

    - Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?

    - Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

    Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru

    - Peringkat novis

    - Peringkat novis lanjutan

    - Peringkat cekap

    - Peringkat mahir

    - Peringkat pakar

    BAB 4 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

  • 12 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    12

    Ciri guru berkesan :

    - Profesional

    - Mempamerkan kekuatan teori

    - Kaya ilmu

    - Bertindak atas landasan etika kerja

    - Morality yang teguh

    - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

    - Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa

    - Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah

    - Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa

    - Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan

    - Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya

    - Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian

    - Professional dengan PNP di sekolah

    - Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu,

    berpersonaliti sihat dan serba boleh.

    Guru Permulaan

    Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan

    di IPG atau universiti

    Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara

    individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.

    Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

    Guru baru sering menghadapi masalah :

    o guru besar dan guru

    o mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar

    o masalah pembelajaran dan disiplin murid

    Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :

    - Kurang mahir urus Koku

    - Kurang mahir urus aktiviti sukan

    - Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah

    - Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah

    - Kurang teori dan amalan latihan

  • 13 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    13

    - Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber

    - Kurang kemahiran sosial

    Cabaran Guru Permulaan

    - Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative

    - Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah

    - Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.

    - Mula mengaplikasikan kaedah mengajar

    - Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran

    - Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru

    - Kurang berupaya menangani tugas harian guru

    Guru Cekap

    - Ada kecekapan pada tahap minimum

    - Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi

    khusus.

    - Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

    Guru Cekap

    Menjadi guru cekap :

    - Kecekapan profesionalisme

    - Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip

    - Keutuhan peribadi

    - Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

    Ciri-ciri guru cekap :

    1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar

    2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi

    3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar,

    mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

    Prinsip Guru Cekap :

    - Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

  • 14 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    14

    - Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid

    semangat belajar bersungguh-sungguh

    - Berkongsi visi yang sama

    - Bakti disemai bukti dituai

    - Penambahbaikan berterusan

    - Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu

    proaktif

    Guru Mahir

    - Terbaik dalam bidang

    - Menjadi teladan profesionalisme

    - Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

    Guru Pakar

    - Menyerlahkan diri secara profesionalisme

    - Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

    - Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang

    profesionalnya.

    Guru Mahir

    Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang

    keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru

    dengan kemampuan maksimum

    Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

    Guru Berintelek

    Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri

    mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering

    berubah-ubah (up to date)

    Guru mahir perlulah :

    Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak

    muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik.

    Dapat memberikan motivasi yang berkesan.

  • 15 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    15

    Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.

    Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti

    dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi

    komputer.

    Kesimpulan :

    Kemahiran guru yang perlu ada :

    - Kemahiran penyampaian

    - Kemahiran penilaian

    - Kemahiran merangsang

    - Kemahiran pengurusan bilik darjah

    Guru Pakar

    Definisi Guru Pakar :

    - Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan

    kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

    Sahsiah guru pakar :

    - Sahsiah terpuji

    - Berketrampilan

    - Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam

    - Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar

    - role model kepada warga pendidikan

    Pengetahuan guru pakar :

    - Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran

    - Menjadi pakar rujuk PNP

    - Bijak mengurus masa, bahan dan sumber

    - Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

    Hasil kerja :

    - Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)

    - Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan

    mesej yang berkesan.

  • 16 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    16

    Potensi :

    - Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas

    sebagai pendidik.

    Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara

    - Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan

    dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

  • 17 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    17

    Peranan Guru

    Pengamal Ilmu dan Kemahiran

    Pembimbing

    Penyelidik

    Agen Sosial

    Agen Perubahan

    Pengganti Ibu Bapa

    Pembentuk Tingkah Laku

    Pengurus Pembelajaran

    Pengamal Ilmu dan Kemahiran

    Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.

    Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan

    nilai.

    Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.

    Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan &

    mencari idea baru.

    Pembimbing

    Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.

    Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

    Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan &

    amalan seharian.

    Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,

    sosioemosi & kesihatan.

    BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

  • 18 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    18

    Pengamal Reflektif

    Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek

    kandungan pengetahuan.

    Meningkatkan tahap profesional guru.

    Menambah baik aktiviti P&P.

    Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh

    kemahiran berfikir kritis & kreatif.

    Penyelidik

    Dapat meningkatkan kualiti P&P.

    Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.

    Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian

    penyelidikan tindakan.

    Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,

    soal selidik, pemerhatian & temu bual.

    Agen Sosial

    Guru agen sosialisasi.

    Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk

    sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.

    Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

    Agen Perubahan

    Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab

    guru.

    Guru berperanan mengawal kepincangan ini.

    Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan

    nilai kepada murid.

    Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.

    Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi

    Menggunakan strategi pemusatan murid

    Mengawal sikap penyayang

    Bersikap proaktif

  • 19 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    19

    Bersedia menghadapi perubahan

    Pengganti Ibu Bapa

    Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.

    Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap &

    tingkah laku murid.

    Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,

    prejudis atau diskriminasi.

    Pembentuk Tingkah Laku

    Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai

    instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.

    Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku

    (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan

    kesabaran).

    Pengurus Pembelajaran

    Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik

    dan sosial.

    Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.

    Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada

    pelajar.

    Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.

    Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.

    Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.

    Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP,

    BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.

    Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

  • 20 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    20

    6.1 ASAS KEPIMPINAN

    Kamus Dewan (2002) Robbins (2003)

    -kepimpinan ialah keupayaan untuk

    memimpin

    -kepimpinan ialah kebolehan untuk

    mempengaruhi ahli kumpulan untuk

    capai matlamat

    Kim & Maubourgne (1992) Leithwood &Janti (1999)

    -kepimpinan ialah kebolehan seseorang

    untuk menginspirasikan keyakinan &

    sokongan dalam kalangan sekumpulan

    manusia yang diperlukan untuk capai

    matlamat organiosasi

    -kepimpian ialah keupayaan untyuk

    mempengaruhi sistem kepercayaan,

    tindakan & pegangan nilai ahli dalam

    kumpulan

    6.2 JENIS-JENIS KEPIMPINAN

    Semula Jadi Teragih

    -Berpengaruh sebagai ketua

    -Tidak dilantik secara formal

    -Anggota kumpulan tertua

    -Paling berpengalaman

    -Kemahiran interpersonal yang tinggi

    -aktiviti kepimpinan digihkan

    -timbulkan semangat kerjasama &

    keakraban rakan sekerja

    -keputusan yang dibuat adalah

    keputusan bersama berdasarkan

    maklumat menyeluruh

    Karisma Birokratik

    -ketua ada kualiti istimewa/luar biasa

    -mampu selesai maslah dengan

    jayanya.

    Tret Personaliti

    -berorientasikan pencapaian, kreativiti

    & inovasi

    -konfiden, energetik & aktif

    -mampu pengaruhi orang lain

    -sanggup tanggung risiko

    -membina, bertimbang rasa & sensitif

    -pemimpin guna kuasa rasmi yang

    diberi melalui pelantikan jawatan

    -tujuan kepimpinan ini untuk

    maksimakan kecekapan melalui

    pengurusan guna pendekatan rasional

    -GB ketuai struktur organisasi sekolah

    -Guru pakar dalam bidang masing-

    masing

    -ada peraturan sekolah & jadual waktu

    -ketua bidang/panitia pastikan aktiviti

    kurikulum mengikut garis panduan &

    sukatan

    BAB 6 KEPIMPINAN GURU

  • 21 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    21

    6.3 TEORI KEPIMPINAN GURU

    6.3.1 Teori Tradisional

    Teori Tret

    -Pemimpin dikenali berdasarkan tret yang dimilikinya -Manusia miliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu sahaja sesuai untuk menjadi pemimpin yang berkesan -Fokus kepada kenal pasti tret-tret seorang pemimpin yang berkesan -Contoh tret: 1. Sesuaikan diri dalam pelbagai situasi 2. Peka kepada persekitaran sosial 3. Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian 4. Asertif 5. Bekerjasama -3 kategori kemahiran am: 1. interpersonal 2. kognitif 3. teknikal -kerangka untuk bina 1 set ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan: 1. keperluan untuk kejayaan dan kuasa 2. keyakinan diri 3. kematangan emosi. 4. kemihiran teknikal, konseptual dan interpersonal

    Teori Tingkah Laku Teori SItuasi

    -Fokus kepada cara pemimpin bertingkah laku dalam proses kepimpinan -Kepimpinan yang berjaya adalah tingkah laku yang boleh dilatih secara fornal & tidak formal -2 teori tingkah laku a) Teori X dan Teori Y -mewakili perbezaan dalam cara seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam organisasi 1) Teori X -pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan elak tugas kecuali dipaksa, tidak beri kerjasama kecuali diarahkan dan dikawal -pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratikm mengarah dan kawal staf -organisasi tidak ada ruang dan peluang untuk stafnya maksimakan kebolehan 2) Teori Y

    -persekitaran organisasi yang berbeza perlukan cara kepimpinan yang berbeza jika inginkan keberkesanan -Jenis teori situasi: a) Teori Kontijensi Fiedler -tiada cara terbaik dalam memimpin organisasi -kepimpinan optimal tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekiataran yang terdiri daripada: 1) Saiz organisasi 2) Sumber dan cara pengoperasian berbeza 3) Tanggapan antara pemimpin dan staf 4) Teknologi -keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada keberkesanan antara gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran -Tingkah laku pemimpin digerakkan oleh tugasan/perhubnungan antara manusia, iaitu: 1) hubungan pemimpin-ahli -sejauh mana dia disokong oleh ahli

  • 22 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    22

    -anggap staf rajin, kerja sebagai sesuatu yang semula jadi, bercita-cita tinggi dan positif -pekerja cari dan mahu tanggungjawab kerana ia bagi kepuasan -pemimpin akan kurangkan kawalan dan upayakan mereka dalam jalankan tugas

    2) struktur tugasan -kejelasan tugas dan peranan ahli 3) kedudukan kuasa -jika dia ada kuasa rasmi yang kuat, maka situasi menyokong proses kepimpinan

    b) Grid Pengurusan -ukur jenis tingkah lakupemimpin berdasarkan 2 paksi: 1) paksi mendatar -ukur keprihatinan terhadap penghasilan 2) paksi menegak -ukur keprihatinan terhadap manusia -utamakan 5 jenis tindakan kepimpinan: 1) Kelab Rekreasi -tekankan keperluan, perhubungan manusia dan budaya kerja harmoni 2) Papa -usaha minimum terhadap kebajikan & pencapaian matlamat organisasi 3) Berpasukan -tekankan semangat saling bergantungan yang positif dan komitmen terhadap matlamat organisasi 4) Berorientasikan tugas -tekankan keefisienan kerja tanpa mengira faktor kemanusiaan 5) Di Pertengahan Jalan -seimbangkan keperluan untuk pastikan kerja sempurna dan kekalkan harga diri manusia pada aras sederhana -terdapat 1 tindakan kepimpinan yang terbaik -keberkesanan setiap gaya kepimpinan bergantung pada keadaan yang berbeza -kombinasi 2 bentuk tingkah laku kepimpinan yang membawa kepada keberkesanan prestasi kumpulan

    b) Teori Situasi Hersey dan Blanchard -keberkesanan kepimpinan berasaskan situasi -4 gaya kepimpinan: 1)memberitahu 2) menjual 3) mengambil bahagian 4) turunkan tanggungjawab -penggunaan gaya kepimpinan perlu sesuai dengan tahap kematangan yang terdiri daripada: 1) psikologikal 2) pengendalian tugas -kumpulan kematangan rendah: Motivasi rendah Kurang kemahiran Kurang kejelekitan kumpulan (Gaya sesuai ialah gaya memberitahu dan menjual) -kumpulan kematangan tinggi Sebaliknya (Gaya sesuai: gaya ambil bahagian & turun tanggungjawab) -Persamaan teori: tiada satu cara yang terbaik dalam memimpin -Perbezaan: Teori Situasi fokus kepada pelbagai gaya kepimpinan yang perlu berdasarkan faktor persekitaran manakala Teori Kontijensi fokuskan faktor penentu keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada kebolehan

  • 23 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    23

    -pemimpin yang lebih berkesan cenderung: a) bina hubungan mesra dengan pekerja yang sokong pucuk pimpinan b) guna kaedah penyeliaan dan proses buat keputusan berbentuk kumpulan lebih daripada bentuk individu c) tetapkan maltamat organisasi yang lebih tinggi

    pemimpin dan faktor sokongan persekitaran lain

    6.3.2 Teori Semasa

    Teori Transformasi Kepimpinan Moral

    --1 situasi yang ideal antara pemimpin

    dan pengikut

    -pemimpin mampu gerakkan pengikut

    untuk bertindak bertindak mencapai

    matlamat berdasarkan nilai dan

    motivasi, keperluan, kehendak, aspirasi

    dan jangkaan pemimpin dan pengikut

    -pemimpin bijak guna kuasa dan

    pengaruh untuk pujuk pengikut agar

    bawa perubahan dalam organisasi

    -kepimpinan organisasi yang biasa

    diamalkan ialah kepimpinan transaksi

    -pemimpin transaksi motivasikan

    pengikut dengan ganjaran sebagai

    pertukaran

    -pemimpin inspirasikan dan beri

    pertimbangan individu, beroperasi

    berasaskan nilai dan pengaruhi

    pengikut untuk beranjak kepada aras

    motivasi dan komitmen yang tinggi

    -Pemimpin menjadi penggerak utama

    kepada kejelekitan pengikut dan

    berusaha capai matlamat bersama

    -fokus kepada nilai & etika pemimpin

    -ialah bentuk bimbingan yang

    motivasikan orang lain melalui prinsip

    dan pegangan nilai

    -pemimpin tidak cari ikhtiar untuk

    dapat manfaat diri tetapi bertindak

    untuk kebaikan sejagat

    -pemimpin perolehi kepercayaan ahli

    secara beransur-ansur dan

    inspirasikan kesetiaan terhadap gaya

    kepimpinan

    -unsur kemoralan harus disebatikan

    dalam lehidupan pemimpin

    -pemimpin harus pamer nilai etika

    yang baik

    -pemimpin lindungi hak, nilai sosial

    dan budaya pelajar serta bawa

    transformasi

    -kepimpinan ini lwngkap dan perkukuh

    gaya kepimpinan transformasi yang

    gerakkan ahli untuk bertindak melalui

    motivasi, keyakinan diri dan upayakan

    mereka untuk kembangkan potensi

    yang ada

  • 24 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    24

    -Pemimpin menjadi pemangkin kepada

    perubahan, cabar daya berfikir,

    berunding sebelum bertindak dan

    tiongkatkan kesedaran dan

    keprihatinan pengikut terhadap

    kepentingan dan nilai matlamaty

    organisasi

    -peranan pemimpin bertujuan

    membawa organisasi dan pengikut ke

    aras tindakan moral yang tinggi

    6.4 KEPIMPINAN SEKOLAH

    1. Kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan guru besar

    2. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di

    mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan

    sahaja

    3.perubahan teknologi yang pesat dan keutamaan kepada pembangunan modal

    insan, kepimpinan transformasi mula mendapat pengaruh dalam organisasi

    sekolah

    4. Sistem pendidikan yang semakin kompleks tuntut perubahan radikal kepada

    cara sesebuah sekolah sediakan perkhidmatan pendidikan

    5. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik adalah

    cabaran baru dalam kepimpinan sekolah sekarang

    6. kepimpinan sekolah adalah usaha kolaboratif, jalin keakraban rakan sejawat

    sebagai cara tingkatkan amalan profesional

  • 25 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    25

    6.5 CABARAN KEPIMPINAN

    Wawasan Pendidikan Negara PdP Sains & Matematik dalam bahasa ibunda

    -bertujuan beri hala tuju kepada pemimpin pendidikan untuk laksanakan peranan menjayakan matlamat wawasan 2020 -anjakan paradigma dalam setiap peringkat pendidikan melalui 7 aspek: 1. perpaduabn semua lapisan organisasi 2. stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti tanpa kecacatan 3. perkhidmatan penyayang untuk rapatkan hubungan dan keakraban 4. pengupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran 5.budaya ilum melalui budaya membaca, belajar, berfikir, berwacana, menulis dan berkarya 6. sekolah penyayang yang pupuk harga diri murid agar komitmen dan cintakan sekolah 7. budaya cemerlang mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan

    -Dasar PPSMI 2003 beri cabaran kepada guru untuk tingkatkan penggunaan dan penguasaan BI formal dan tidak formal -guru menjadi teladan guna BI dalam perbualan, mesyuarat dan perhimpunan dan banyakkan bahan bacaan BI --9 tahun kemudian, KPM putuskan: 1. kembalikan dasar guna BM untuk ajar Sains dan Matemati 2. martabatkan BM dan mantapkan BI -pemimpin sekolah perlu kaji dan rancang dengan rapi dalam mematikan kejayaan murid

    Transformasi kurikulum Sekolah rendah

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

    -kurikulum bersifat dinamikdan relevan ikut perkembangan masa -KBSR dikaji semnula untuk pastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan -KBSR diganti dengan KSSR (2010) -transformasi kurikulum ialah proses perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan ambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah

    -satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi 3 fasa: 1. infrastruktur 2. pengisian 3. tenaga manusia -bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua -Cabaran kepimpinan: 1. kembang potensi individu menyeluruh 2. tingkatkan kreativiti, inovasi 3. budayakan sains dan teknologi 4. sediakan sistem pendidikan yang cekap, berkesan dan bertaraf dunia 5. jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

  • 26 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    26

    SOALAN

    1. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal.

    a) Berikan empat jenis gaya kepimpinan.

    I. ___________________________________________________

    II. ___________________________________________________

    III. ___________________________________________________

    IV. ___________________________________________________

    b) Jelaskan tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru.

    I. ___________________________________________________

    II. ___________________________________________________

    III. ___________________________________________________

    IV. ___________________________________________________

    2. Teori keprihatinan Fulller (1969) cuba menjelaskan kebimbangan masalah

    atau ketidakpuasan guru pra perkhidmatan sepanjang tempoh latihan perguruan

    mereka.Senaraikan empat kebimbangan guru pelatih pada peringkat kemandirian

    diri.

  • 27 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    27

    7.1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    7.2 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH-SEKOLAH

    1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG -Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut. -Misi KPM: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti -Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara

    - KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) - Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu -PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran - PK2 bertanggungjawab dlm HEM - PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum

    7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

    7.4 JANGKAAN GURU

    - Menyebarkan ilmu - Pengamal dan pelaksana ilmu - Pengamal TMK - Role model - Penerap nilai - Educare/educere - Pakar rujuk - Pemimpin - Mentor - Penyelidik - Agen sosialisasi - Agen perubahan - Pembina Negara Bangsa

    -Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan 4 bentuk jangkaan -jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran -Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh -Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah -Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

    BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

  • 28 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    28

    Soalan esei

    1. Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata.

    Tanggungjawab guru adalah untuk membina negara bangsa yang merdeka dan

    maju.

    a. Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh

    seseorang guru. (10 markah)

    b. Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang

    masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai

    dalam membina negara bangsa. (10 markah)

  • 29 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    29

    PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

    PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI

    1. Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. 2. Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat - Bengkel - Seminar - kursus-kursus pendek - budaya membaca - penyelidikan - lawatan ke sekolah - penandaarasan - projek-projek komuniti - aktif dlm persatuan akademik 3. Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.

    1. Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. 2. Sebagai contoh: -Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. -Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan profesional guru Bahasa Inggeris Panduan Membina Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Membuat refleksi ke atas kejayaan dan cabaran daripada pengalaman lalu. 2. Sumbang saran tentang objektif PdP untuk 6 bulan akan datang. 3. Tanya diri sendiri samaada objektif yang ditetapkan membuat anda bersemangat atau tidak. 4. Semak senarai yang telah dibuat ikut keperluan dan kepentingan. 5. Aturkan pelan pembelajaran dan buat perubahan di mana yang diperlukan 6. Tetapkan tugasan khusus untuk dicapai setiap hari. 7. Pastikan peruntukan masa agar tugasan khusus dan objektif tercapai. 8. Buat semakan pelan 2 minggu sekali untuk membuat perubahan di mana perlu. 9. Guna refleksi untuk mengubah pelan jika perlu.

    BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

  • 30 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    30

    Kebaikan Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Memperkaya pengalaman akademik 2. Memberi peluang kepada penambahbaikan guru secara individu 3. Maksimumkan kekuatan individu & galakkan penggunaan potensi menyeluruh. 4. Mengenalpasti matlamat yang jelas untuk setiap guru. 5. Memastikan semua guru dicabar sewajarnya untuk terus elajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri dan pertumbuhan peribadi.

    BUDAYA MEMBACA BUDAYA MENYELIDIK

    -Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan. -Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

    Kajian Tindakan -Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia. -Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. -Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan. -Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.

    PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

    BUDAYAMUSYAWARAH/BERBINCANG

    Antaranya amalan refleksi melalui : - Penulisan reflektif/jurnal - Portfolio pengajaran - Penyelidikann tindakan, - Perkembangan professional on-line - Aktiviti Pusat Kegiatan Guru - As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching because education is a constant process of change. Every single time you teach something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).

    -Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. -Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil Elemen Kolaborasi -Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru. -Bekerja bersama-sama secara sukarela. -Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu. -Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

  • 31 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    31

    PEMBELAJARAN AUTENTIK

    (HANDS-ON)

    LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

    -Pembelajaran Berasaskan aktiviti

    dalam suasana sebenar yang

    membolehkan pelajar fokus kepada

    pengetahuan dan kemahiran

    (kemahiran berfikir & selesaikan

    masalah).

    - Bermaksud pembelajaran

    berasaskan aktiviti dalam suasana

    sebenar yang membolehkan

    seseorang pelajar menumpukan pada

    pengetahuan dan kemahiran seperti

    kemahiran berfikir dan kemahiran

    menyelesaikan masalah.

    Faktor:

    Kehilangan kemahiran

    Menggalakkan pertandingan sihat

    Peluang menyertai kursus sokongan

    Fokus kepada:

    - Peningkatan ilmu

    - Kemahiran guru dalam

    pengurusan

    - Pembestarian sekolah

    - Teknologi maklumat dan

    komunikasi

    - Pengurusan kokurikulum

    - Transformasi kurikulum

    - Pentaksiran dan penilaian

    - Pedagogi terkini

    AKSES MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER

    Program Adobe

    Program ERIC

    E- Pembelajaran

    E-Perpustakaan, E-buku dan E-Jurnal

    Almanak

    Atlas

    Internat

    Temu bual

    Surat khabar

    Buku dan majalah (media cetak)

    Televisyen, radio, cd (media elektronik

  • 32 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

    32

    SOALAN ESEI

    1. Budaya membaca dan amalan relektif memainkan peranan penting dalam

    perkembagan profesionalime guru, khususnya semasa berhadapan dengan

    cabaran dan tututan semasa bidang pendidikan.

    a. Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setipa

    individu guru supaya tidak mengabaikan amalan membaca. (10 markah)

    b. Huraikan lima kepentingan amalan relektif dalam keguruan seupaya dapat

    meningkat profesionalime guru dalam perkhidmatan. (10 markah)