modul pelaksanaan pgm guru penyayang

33
MODUL SEKOLAH PENYAYANG 1.0 PELAKSANAAN Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. 3.1 Persekitaran 3.1.1 Program : “Happy School Campus” Matlamat : Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep “Sekolah Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), “Happy School Campus” bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar. Objektif : 1. Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. 2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.

Upload: nurul-norul-aisya

Post on 16-Apr-2015

290 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

MODUL SEKOLAH PENYAYANG

1.0 PELAKSANAAN

Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran,

pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti

setempat.

3.1 Persekitaran

3.1.1 Program : “Happy School Campus”

Matlamat :

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan

konsep “Sekolah Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), “Happy School Campus” bermatlamat untuk

menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng

sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid

mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.

Objektif :

1. Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.

3. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap

persekitaran sekolah.

4. Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S.

5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar

murid.

Aktiviti 1 : Segar Minda

Page 2: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

1.1 Sasaran : Semua murid sekolah

1.2 Cara Pelaksanaan :

* Pihak sekolah memilih sebuah lokasi strategik untuk mewujudkan sebuah

tempat untuk murid merehatkan minda sewaktu murid rehat.

* Menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja guru dengan dibantu oleh Pembimbing

Rakan Sebaya (PRS).

* Jawatankuasa menyediakan bahan bacaan ringan seperti komik, novel, atau

bahan-bahan permainan dalam seperti dam, catur, karom, congkak dan

sebagainya.

Aktiviti 2 : Maya Bestari

2.1 Sasaran : Semua murid, guru, staf/kakitangan sekolah

2.2 Cara Pelaksanaan :

* Sekolah mewujudkan jalur lebar untuk kemudahan warga sekolah mengakses

internet di kawasan sekolah.

* Murid-murid dapat menggunakan kemudahan internet di bilik akses, makmal

komputer atau menggunakan komputer riba 1 Malaysia yang disumbangkan oleh

kerajaan.

* Murid-murid dapat mencari bahan rujukan dan bacaan melalui melayari internet

di sekolah.

* kemudahan ICT yang menyeluruh untuk semua murid satu sekolah satu wifi –

1S1W ( mudah akses internet )

*menyediakan kios internet

* membenarkan murid-murid membawa komputer riba mengikut syarat-syarat

yang ditetapkan oleh sekolah.

Aktiviti 3 : Kami Ambil Tahu

3.1 Sasaran : Murid ponteng

3.2 Tempat : Sekitar kawasan sekolah

Page 3: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

3.2 Cara Pelaksanaan :

* Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-murid

seperti taman botani, taman orkid, taman anggur, taman bunga atau sangkar haiwan

peliharaan.

* Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat.

* Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

* Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.

* Pertandingan boleh diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

3.1.2 Program : “Satu Untuk Semua”

Matlamat :

Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program

bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara

guru ,staf dan murid.

Objektif :

1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu selera

bersama guru bertugas mingguan.

2. Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid.

3. Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid.

Aktiviti 1 : Serasa Bersama

1.1 Sasaran : Semua murid, guru dan staf sekolah

1.2 Tempat : Kantin sekolah

1.3 Cara Pelaksanaan :

- Guru dan staf digalakkan makan bersama dengan murid pada waktu rehat.

Page 4: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

5.1.3 Program : Indahnya Sekolahku

Matlamat :

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.”Indahnya sekolahku”

bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan

gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa

tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah.

Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.

Objektif :

1. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.

2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah.

3. Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid.

Aktiviti 1 : Kelasku Rumahku

1.1 Sasaran : Semua murid sekolah

1.2 Tempat : Semua bilik kelas dan bilik-bilik khas

1.3 Cara Pelaksanaan :

* Kelas dinilai seminggu sekali oleh guru bertugas.

* kelas yang berjaya melepasi tahap indeks kebersihan akan diberi ‘token’.

*‘Token’ tersebut akan dipamerkan sehingga hujung tahun.

* Kelas yang banyak menerima ‘token’ akan diberi hadiah atau ganjaran pada

hujung tahun seperti lawatan, wang tunai, jamuan makan kelas dan sebagainya.

Aktiviti 2 : Lestari Alam

2.1 Sasaran : Semua guru, staf dan murid sekolah

2.2 Tempat : Kawasan sekolah

2.3 Cara Pelaksanaan :

* Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan bahan-bahan menarik

daripada bahan-bahan terbuang.

* Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan.

Page 5: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

* Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan bahan

yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.

5.3 Program : Kem “Lestarikan Kehijauan Alamku”

Matlamat :

Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa

tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi.

Objektif :

1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

2. Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di kawasan

persekitaran sekolah sendiri.

1.1 Sasaran : Semua murid sekolah berisiko

1.2 Tempat : Pantai rekreasi, rekreasi air terjun, hutan lipur, hutan

simpanan, taman negara atau pulau-pulau pelancongan.

1.3 Cara Pelaksanaan :

* Program perkhemahan diadakan di salah satu lokasi yang dipilih selama 3 hari 2 malam.

*Guru boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah seperti

bergotong royong membersihkan pantai, rekreasi air terjun atau menanam pokok sebagai

simbolik mengekalkan kehijauan alam sekitar.

4.0 Pengurusan

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya

sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000: Sharifah Md.

Nor, 2000: Deal & Peterson, 1999)

1. Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)

MATLAMAT: Mengubah tingkahlaku murid bermasalah

OBJEKTIF : 1. Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid.

Page 6: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

2 Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka

sangat disayangi dan dihargai.

3. Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid.

4. Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil

berat,menyayangi dan membimbing mereka.(Caring)

PROSEDUR PELAKSANAAN

Sasaran : Murid bermasalah

1. Mengenalpasti murid-murid berisiko tinggi (high risk).

2. Mengenalpasti guru angkat yang bersesuaian .

3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah

Bersama waris murid dengan kerjasama agensi luar yang berkaitan.

4. Pengisian :

I. ‘Kenali Diri ’ - Hubungan /Kejelikitan

II. Destinasi Diri - Akademik

III. Budaya Hidup - Keluarga

IV. Kemenjadian Murid

V. Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll)

2,0 TITIAN KASIH

Matlamat : Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid

Objektif : 1. Merapatkan hubungan sekolah dengan waris

VI. Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah

VII. Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah.

Prosedur Pelaksanaan:

I Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM.

II Surat amaran pertama, kedua, ketiga.

III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri)

IV Program pengurusan sek / PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan)

Page 7: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

V Tabung kebajikan / Derma

2.0 Guru dan Staf (kakitangan sekolah)

2.1 Salam Sayang.

Matlamat

Melahirkan warga sekolah yang penyayang

Objektif

1. Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja.

2. Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah.

3. Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka.

4. Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.

Perlaksanaan

- Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas.

- Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat.

3.0 Identiti Sekolahku

Matlamat

Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.

Objektif

1. Mempamerkan pemuafakatan antara guru .

2. Meningkatkan ketrampilan guru.

3. Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah.

Pelaksanaan

Page 8: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

- Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting seperti Hari

Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-wakil sekolah dalam

sesuatu majlis.

4.0 Santapan Minda

Matlamat

Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi

Objektif:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru.

2. Saling mengingati sesama rakan sejawat

Perlaksanaan

- Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada ketetapan

pihak sekolah

3. Sudut CAKNA

Matlamat

Warga sekolah merasa diri mereka dihargai dan disayangi

Objektif

1. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa bagi

kakitangan sekolah.

2. Menggalakkan warga sekolah memberi penghargaan kepada guru dan kakitangan.

Pelaksanaan

*.AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir, anugerah

pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna kepada seseorang)

Page 9: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

* AJK Majlis Staf bertindak bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini.

* Format sudut seperti di bawah:

SUDUT PENGHARGAAN

1. Tarikh Ulang tahun

Kreativiti terpulang kepada sekolah

2. Info semasa

*Kematian

*Haji

*Kelahiran

5.0 Pelajar

1. PROGRAM SANTUN (SAYANG DAN TUNTUN)

Matlamat

Melahirkan golongan murid yang suka menolong murid lain dalam pelbagai situasi.

Objektif

i. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid.

ii. Berkongsi kebolehan dan pengalaman.

iii. Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu

sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri.

Prosedur

i. Memilih PRS dan kelompok murid senior sebagai mentor.

ii. Murid yang terpilih sebagai mentor diberi pendedahan dan taklimat berkaitan

program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling.

iii. Guru-guru memilih murid-murid sebagai mentee; satu mentor

mempunyai 4 orang mentee.

Page 10: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

iv. Melancarkan penyerahan mentee kepada mentor dalam satu majlis khusus dan

seorang guru penyelia bagi beberapa mentor.

v. Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan setiap 2 minggu sekali

berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan &

Kaunseling.

vi. Laporan perjumpaan mentor dan mentee dihantar kepada penyelia untuk

semakan pada setiap hujung bulan.

2. KEMPEN SAYANGI DAKU

Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara

warga sekolah dan murid-murid.

Objektif

i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.

ii. Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.

iii. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang

lain.

iv. Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan

yang memerlukan.

Prosedur

i. PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan

bantuan (murid miskin).

ii. Mengedarkan pamplet, brosur atau kain rentang kempen untuk memberi

penjelasan kepada murid dan seluruh warga sekolah.

Page 11: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

iii. Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari

semasa ke semasa.

iv. Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang

keperluan yang ingin dikutip daripada murid-murid (pakaian, makanan, kasut,

beg,kasut dll)

v. Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam

satu majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar.

3. TEA WITH PRINCIPAL

Matlamat

Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi antara guru dan murid.

Objektif

i. Mewujudkan rasa disayangi dan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang

terpilih.

ii. Meningkatkan hubungan mesra antara pentadbiran dan murid- murid yang

membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb)

iii. Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untuk kesejahteraan dan

kecemerlangan diri seperti mana yang terkandung dalam slogan XPLUS.

Prosedur

i. Ahli PRS dan Ketua tingkatan bertindak sebagai mata dan telinga sekolah

mengenal pasti murid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa

sebarang sebab munasabah.

ii. Mengenalpasti punca dan sebab mengapa masalah tersebut timbul.

iii. Menyerahkan senarai nama murid ponteng tegar kepada kaunselor untuk sesi

kaunseling/bimbingan kelompok.

Page 12: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

iv. Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan

kehadiran murid terbabit mengikut kelas; laporan diserahkan kepada ahli PRS

yang bertindak sebagai penyelaras pada setiap hujung minggu.

v. Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod.

vi. Murid - murid yang mengalami perubahan dari segi kehadiran akan diberi

pengiktirafan minum petang atau minum pagi dan sebagainya bersama Guru Besar

@ Pengetua di suatu tempat yang dipilih oleh badan disiplin sekolah.

4. Guruku sayang.

Matlamat

Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap

CAKNA dalam kalangan murid dan guru.

Objektif

i. Melahirkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid.

ii. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing dan sensitif untuk membina

kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah.

iii. Memupuk budaya cemerlang dalam kalangan murid.

Prosedur

i. Guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target

lulus dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama.

ii. Guru menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk meningkatkan

pencapaian murid - murid tersebut.

iii. Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 – 10) yang

dijalankan.

iv. Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi

peningkatan pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut.

v. Membawa murid - murid terbabit ‘bercuti’ @ ‘bersiar-siar’ bersama-sama guru mata

Page 13: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

pelajaran

5. PROGRAM RIANG RIA SUKANEKA

Matlamat

i. Menanam sikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi

pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru.

ii. Mengeratkan hubungan mesra antara murid dan guru agar wujud rasa ‘kekitaan’.

Objektif

i. Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3B (bingkas, bangun,

buat).

ii. Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara

mereka.

iii. Menanam sikap ingin mencuba dan persaingan antara pasukan.

iv. Mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.

Prosedur

i. Mengenalpasti kumpulan murid (hard-core).

ii. Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh

4 orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4

orang guru kanan bagi setiap kumpulan.

iii. Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @Kelab

persatuan) merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian.

iv. Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah)

Page 14: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

v. Melaksanakan aktiviti.

vi. Post-mortem aktiviti.

6. PROGRAM HARGAI KAMI.

Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara

warga sekolah dan murid.

Objektif

i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.

ii. Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan

dan guru-guru.

iii. Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.

Prosedur

i. Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info.

ii. Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum

untuk meraikan murid - murid tersebut.

iii. Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama.

iv. Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur.

v. Nyanyian lagu “selamat hari lahir” oleh seluruh warga sekolah.

vi. Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada

yang terlibat.

Page 15: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

7. PROGRAM “WELCOME TO SCHOOL”

Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara

warga sekolah dan murid.

Objektif

i. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untuk ke sekolah pada

setiap hari.

ii. Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah.

iii. Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang.

Prosedur

i. Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang

boleh untuk menyambut kedatangan murid yang lain.

ii. Memberi ucapan selamat datang, ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.

iii. Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.

8. PROGRAM ‘SINAR PAGI’

Matlamat

i. Melahirkan rasa dihargai murid-murid RMT/asrama

ii. Makan bersama dengan pihak pentdbiran

iii. Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid – sekolah.

Objektif

i. Meransang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal.

Page 16: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

ii. Memberi pengiktirafan kepada murid.

Prosedur

i. Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT/sarapan pagi di asrama.

ii. Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program

RMT/sarapan pagi asrama (1hari seorang pihak pentadbir)

iii. Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru

RMT/warden asrama.

9. Info Bestari

Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah penyayang

tempoh 5 minit.

- Sayangi diri sendiri

- Sekolahku syurgaku

- Seronoknya datang sekolah

- Hormati guru

- Budaya memberi salam

- Budaya terima kasih

- Senyum itu sedekah

- Tolong menolong

- Kerja itu ibadah

- Sayangi rakan

Matlamat

Memberi input sekolah konsep penyayang

Objektif

- Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah

- Sensitif dengan isu-isu kasih sayang

- Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang

Page 17: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

- Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang.

Perlaksanaan

- Program ini dijalankan sebulan sekali

- Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas

6.0 Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.

AKTIVITI 1 : Hari Bersama Permata Sekolah

Matlamat

Pencetus kepada penglibatan waris dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun dengan senyum dan

sayang.

Objektif

1. Waris dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-anak.

2. Pengisian motivasi keibubapaan kepada waris.

3. Menarik segera waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah untuk

hadir.

4. GBK sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk bimbingan atau kaunseling individu.

5. Sempurna dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani dan intelektual).

Prosedur

1. Perasmian oleh pihak pentadbiran.

2. Penglibatan: agensi luar untuk motivasi.

3. Ceramah motivasi.

4. Sesi: slot waris bersama murid diadakan semasa program.

5. Pelaksanaan: dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris.

Page 18: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

Aktiviti 2 : Waris Cemerlang, Anak Gemilang

Matlamat

Kesedaran dan pengisian dari aspek kerohanian dan penghayatan kepada nilai-nilai murni.

Objektif

1. Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni

2. Kejelekitan dalam hubungan kekeluargaan.

3. Penerapan nilai kasih sayang.

4. Penglibatan PIBG dalam program sekolah.

5. Melahirkan generasi sopan segak, dan sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Prosedur

1. Aktiviti perkhemahan waris bersama murid.

2. Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri, dan tempat berkhemah)

3. Ceramah kerohanian.

4. Solat berjemaah dan qiamullail.

5. Tidur di khemah / kelas/ dewan.

Aktiviti 3: Tautan Kasih

Matlamat :

Menarik waris untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan sayang.

Objektif

1. Menggalakkan dan menarik minat waris melibatkan diri dengan aktiviti sekolah.

2. Membina persepsi positif waris terhadap sekolah.

3. Membina semangat kekeluargaan antara pihak sekolah dan waris.

4. Memupuk rasa kepunyaan waris terhadap sekolah.

Prosedur

1. Menghargai waris dengan memberikan surat penghargaan/hadiah dan bantuan.

Page 19: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

2. AJK PIBG menyedarkan waris tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan akademik dan

sahsiah murid.

Aktiviti 4 : Merisik Khabar

Matlamat:

Mengenal pasti masalah dan bentuk sumbangan kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin

dengan tindakan segera dan sempurna.

Objektif

1. Hubungan akrab antara pihak sekolah, agensi luar dan pihak waris.

2. Mengenal pasti masalah murid dan keperluan semasa.

3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3B- Bingkas, Bangun, Buat).

4. Sensitif terhadap setiap masalah murid.

5. Berkunjung dan menyampaikan salam pihak pentadbir.

Prosedur

1. Melibatkan AJK PIBG, JKKK, JKM, dan agensi-agensi lain.

2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK bertindak

sebelum ke rumah waris.

3. Guru bersama-sama AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan mengenalpasti

lokasi dan tempat tinggal murid.

AKTIVITI 5: Hari Keluarga Sekolah

Matlamat:

Mengeratkan hubungan murid, guru, kakitangan, sekolah, PIBG dan agensi luar.

Page 20: Modul Pelaksanaan Pgm Guru Penyayang

Objektif

1. Memberikan kesedaran kepada waris berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan.

2. Menggilap budaya berketrampilan dalam diri murid-murid.

3. Waris sensitif akan perkembangan isu-isu semasa.

Prosedur

1. Program diadakan dengan penglibatan Unit Kokurikulum. Contoh: Hari Kokurikulum.

2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan, ATM dan

lain-lain.

3. Melibatkan waris dengan agensi luar dalam persediaan tempat.

4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalaui peranan alumni.

5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar.

7.0 KESIMPULAN

Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya

memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid,

ibu bapa dan komuniti setempat. Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta diperincikan melalui surat-surat

pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ia dikongsikan bersama.

Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang

cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap

individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain

peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran

Malaysia) seperti hasrat Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah

Penyayang.