modul numerasi guru tahun 3

Download Modul Numerasi Guru Tahun 3

Post on 05-Apr-2018

287 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    1/377

    NKRA

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    2/377

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    3/377

    i

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

    LINUSNUMERASI

    MODUL GURU

    TAHUN 3

    Terbitan

    Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum

    2012

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    4/377

    ii

    Cetakan Pertama 2011

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara

    apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

    sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

    Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

    Dicetak oleh:

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    5/377

    iii

    PENGENALAN

    National Key Result Areas (NKRAs) Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai

    literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahunmengikuti pendidikan di sekolah rendah.

    Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid

    sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi.

    Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin

    disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk

    menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh

    sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi

    masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS).

    Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa

    konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep

    yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara

    pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.

    Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran.

    Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi

    membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi.

    Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai

    kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini

    boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga

    boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang

    dicadangkan.

    Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima

    kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian

    di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan

    kepakaran untuk menghasilkan modul ini.

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    6/377

    iv

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    7/377

    v

    1.0 DEFINISI NUMERASI

    Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas

    matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta

    mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalamkehidupan harian.

    2.0 MATLAMAT

    Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang

    mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan

    numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti

    program LINUS.

    3.0 OBJEKTIF

    Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya:

    i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit

    dan tempat bagi nombor hingga 1000

    ii. menguasai fakta asas tambah

    iii. menguasai fakta asas tolak

    iv. menguasai fakta asas darab

    v. menguasai fakta asas bahagi

    vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah

    dalam wang, menyatakan masa dan waktu, ukuran panjang, jisim

    dan isi padu cecair.

    4.0 ORGANISASI KANDUNGAN

    Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat sepuluhunit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang

    merangkumi nombor bulat hingga 100, tambah dan tolak dalam

    lingkungan 1000, darab dan bahagi dalam lingkungan sifir dua, lima,

    sepuluh dan empat, wang hingga RM100, masa dan waktu, ukuran

    panjang, jisim dan isi padu cecair.

    Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS (Numerasi) ini ialah

    pendekatan pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan

    penggabungjalinan.

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    8/377

    vi

    Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 3

    1. Nombor bulat hingga 1000

    2. Tambah dalam lingkungan 1000

    3. Tolak dalam lingkungan 1000

    4. Darab5. Bahagi

    6. Wang hingga RM1000

    7. Masa dan waktu

    8. Ukuran panjang

    9. Jisim

    10. Isi padu cecair

    Hasil Pembelajaran Tahun 3

    Pada akhir Tahun 3 murid berupaya:

    1. Menyebut nombor hingga 1000.

    2. Mengenal pasti angka hingga 1000.

    3. Membilang hingga 1000 objek dengan membuat kumpulan

    seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh.

    4. Menulis angka hingga 1000.

    5. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seribu'.

    6. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seribu'.

    7. Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga

    1000.

    8. Menyusun nombor hingga 1000:

    a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun.

    b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun.

    c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun.

    d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertibmenurun.

    e) membilang seratus-ratus secara tertib menaik dan tertib

    menurun.

    9. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih

    atau kurang.

    10. Meletakkan nombor mengikut urutan pada garis nombor.

    11. Menganggarkan kuantiti objek hingga 1000.

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    9/377

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    10/377

    viii

    27. Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir 3, 6, 7,

    8, 9, 100 dan 1000.

    28. Menyatakan secara spontan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000

    mengikut:

    a) tertib menaik

    b) rawak

    c) salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi

    hasil darab tertentu.

    29. Mengkelaskan kepada kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-

    tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan dengan

    menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan:

    a) objek

    b) gambar

    c) garis nombor

    30. Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti:

    a) pengumpulan

    b) pengongsian

    c) tolak berturut-turut

    d) songsangan operasi darab

    31. Membina ayat matematik yang melibatkan pembahagian

    dengan 3, 6, 7, 8 dan 9 berpandukan:

    a)objek konkrit

    b)gambar

    c)garis nombor

    32. Melengkapkan ayat matematik bahagi yang melibatkan sifir 3, 6,

    7, 8, 9, 100 dan 1000.

    33. Menyatakan secara spontan pembahagian dengan dua, lima,

    sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut:

    a) tertib menaik.

    b) rawak.salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk

    memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila

    disoal.

    34. Menggunakan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000

    bagi:

    a)mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik bahagi yang

    diberi.

    b)menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian

    dua nombor.

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    11/377

    ix

    35. Menyatakan nilai wang dalam RM dan 'sen'.

    36. Menukarkan

    a) duit syiling sehingga RM10

    b) wang kertas sehingga RM100.

    37. Menukarkan ringgit kepada sen dan sebaliknya.

    38. Menambah wang sehingga RM1000.

    39. Menolak wang sehingga RM1000.

    40. Mendarab wang jawapannya tidak lebih daripada RM1000.

    41. Membahagi wang yang jumlahnya tidak lebih daripada RM1000.

    42. Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang dalam situasi

    harian.

    43. Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit.

    44. Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit.

    45. Membaca jadual waktu yang mudah

    46. Membaca kalender

    47. Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di

    antara:

    a) tahun dan bulan

    b) minggu dan hari

    Menukarkan minggu kepada hari dan sebaliknya.

    48. Menambah unit bagi waktu dalam:

    a) jam

    b) minit

    49. Menolak unit bagi waktu dalam:

    a) jam

    b) minit

    50. Mendarab unit bagi waktu dalam:

    a) jam

    b) minit

    51. Membahagi unit bagi waktu dalam:

    a) jam

    b) minit

    52. Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi

    harian.

  • 7/31/2019 Modul Numerasi Guru Tahun 3

    12/377

    x

    53. Mengukur dan mencatat panjang objek menggunakan unit

    piawai:

    a) meter

    b) sentimeter

    54. Membandingkan panjang dua objek menggunakan unit piawai.

    a) meter

    b) sentimeter

    55. Menganggarkan panjang objek dalam:

    a) meter

    b) sentimeter

    56. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara meter dan

    sentimeter.

    57. Menambah unit panjang dalam:

    a) meter

    b) sentimeter

    58. Menolak unit panjang dalam:

    a) meter

    b) sentimeter

    59. Mendarab unit panjang dalam:

    a) meter

    b) sentimeter

    60. Membahagi unit panjang dalam:

    a) meter

    b) sentimeter

    61. Menyelesaikan