modul movie maker

16
MODUL PENGENALAN MOVIE MAKER/ SJK(T) SUNGAI GETAH/2014 BENGKEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MODUL : PENGENALAN KEPADA WINDOWS MOVIE MAKER 1/16

Upload: mala18

Post on 24-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Windows Movie Maker adalah software video editing gratis yang dibuat oleh Microsoft

MODUL PENGENALAN MOVIE MAKER/ SJK(T) SUNGAI GETAH/2014

BENGKEL

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MODUL :PENGENALAN KEPADAWINDOWS MOVIE MAKER2.1Pengenalan

Windows Movie Maker adalah perisian pengeditan video (software video editing) yang dibuat oleh Microsoft. Program ini telah terkandung dalam sistem operasi Windows XP. Pada versi awalnya (versi 1.0) tools ini belum mempunyai ciri-ciri yang lengkap, tetapi setelah mengalami penambahbaikan dan dilancarkan dalam versi terbaru (versi 2.0) tools ini mengandungi banyak ciri-ciri tambahan yang disertakan didalamnya.

Gambar 3.1 Logo Windows Movie Maker

Anda dapat menggunakan Windows Movie Maker untuk mengambil capture audio dan video dari kamera video, web camera atau dari sumber video lainnya, kemudian mengedit hasil capture tersebut menjadi sebuah movie. Selain itu anda dapat melakukan import audio, video ataupun gambar ke dalam Windows Movie Maker untuk dipakai bersama movie yang dibuat. Dalam proses edit audio dan video menggunakan Windows Movie Maker anda dapat pula menambahkan tajuk title, transisi dan efek visual sesuai dengan cita rasa sendiri, kemudian menyimpan hasil akhir berupa movie ke dalam berbagai format video.

Windows Movie Maker memang bukan pilihan di kalangan profesional, tetapi kehadirannya sangat membantu mereka yang tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli sebuah perisian pengeditan video. Kemudahan yang disediakan di dalam program ini boleh dikatakan lengkap, ia mempunyai kemudahan capture, import, timeline (walaupun dengan jumlah layer yang terbatas), storyboard, beraneka kesan transisi dan kesan/efek video, serta kemudahan render menggambarkan bahawa program ini bukanlah program permainan, walaupun mempunyai ciri-ciri yang terhad..

Bagi membuat video dokumentasi tentang koperasi, montaj, seminar, filem dokumentari, majlis pernikahan dan filem ringkas adalah memadai dengan menggunakan perisian ini. Apa yang paling penting dalam membuat video adalah dengan menggunakan kaedah garbage in garbage out, ertinya input video akan menentukan hasil akhir video. Jadi sumber video yang akan diedit haruslah elok dari sudut pandangan teknik dan seni perfileman (sinematografi), sehingga hasil akhir yang memuaskan tercapai.2.2Konsep Asas Windows Movie Maker Terdapat beberapa konsep asas yang harus difahami sebelum mengedit video menggunakan Windows Movie Maker. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman berkenaan istilah-istilah yang akan digunakan dalam perisian ini.

2.2.1Memahami Koleksi Collections, Projek Projects dan Filem Movies

Berikut ini merupakan pengertian mengenai Collections, Projects dan Movies :

Collections adalah sekumpulan yang mengandungi klip audio, klip video atau gambar yang kita import atau capture dalam Windows Movie Maker. Sebuah Collection berperanan sebagai container klip (sebagai kumpulan terkecil dari video dan audio) yang kita miliki. Collection membantu dalam menyusun hasil import dan capture. Collections berada dalam panel Collections dalam Windows Movie Maker.

Projects, mengandungi susunan dan maklumat berkaitan masa yang digunakan dari audio dan klip video, transisi video, efek video dan tajuk yang telah ditambahkan ke dalam storyboard ataupun timeline. Fail projek disimpan dengan jenis fail *.wswmm. Dengan menyimpan project maka ianya boleh dibuka dan digunakan kembali, dan akan tersimpan pada keadaan terakhir ianya digunakan.

Movie, adalah projek akhir yang disimpan menggunakan Save Movie Wizard. Kita dapat menyimpan movie ke dalam komputer atau CDR, atau mengirimkan sebagai sangkutan (attachment) email, juga boleh menyimpannya ke dalam Web. Movie yang telah disimpan dapat dimainkan dalam Windows Media Player serta pelayar web. Movie juga dapat disimpan dalam DV camera menggunakan sambungan yang bersesuaian.

2.2.2Fail Sumber (Source Files)

Source file adalah fail digital (misalnya fail audio dan video serta gambar) yang diimport ke dalam Projek (Project). Ketika Anda mengimport fail video, audio atau gambar maka fail-fail tersebut akan tampil dalam Windows Movie Maker sebagai wakil dari fail sumber. Fail-fail yang diimport tersebut tidak akan disalin/digandakan tetapi hanya namanya saja yang digunakan oleh Windows Movie Maker. Ketika anda mengadakan perubahan pada fail yang telah diimport dalam Windows Movie Maker maka paparan fail dalam Windows Movie Maker akan ikut berubah sesuai dengan perubahan yang anda buat. Jika anda menghapus nama fail yang telah diimport dalam Windows Movie Maker maka fail sumber tidak akan ikut terhapus.

2.2.3Perkakasan Capture Video dan Audio

Dalam Windows Movie Maker anda dapat menggunakan berbagai perkakasan capture untuk memindahkan rakaman audio dan video ke dalam komputer. Terdapat dua kategori asas perkakasan capture iaitu alatan capture video dan alatan capture audio. Alatan capture video memiliki fungsi memindahkan rakaman video ke dalam komputer, dalam Windows Movie Maker anda dapat menggunakan berbagai alatan capture seperti di bawah : Alatan video analog seperti kamera video analog (Beta, VHS, SVHS dan Hi8) dan Video Cassette Recorder (VCR) yang terhubung dengan video capture analog.

Web camera

Digital video seperti DV camera atau VCR yang bersambung menggunakan port IEEE 1394

TV Tuner Card Alatan capture audio berfungsi untuk memindahkan audio dari sumber luar ke dalam komputer. Alatan capture audio yang paling dikenali adalah microphone (mic). Berikut ini alatan capture audio yang dapat digunakan dalam Windows Movie Maker Audio Card (sound card)

Microphone yang standalone Builtin microphone dalam perkakasan camera video (analog atau digital) 2.2.4Menyimpan MovieSetelah selesai membuat pengeditan pada project dalam Windows Movie Maker maka anda dapat menyimpannya sebagai movie (proses untuk menghasilkan movie disebut rendering). Anda dapat menyimpan movie ke dalam CD untuk disebarkan kepada teman, menyimpan dan mengirim movie sebagai attachment dalam email, atau mengirimnya ke video hosting di web, atau dapat pula disimpan kembali dalam DV camera. Movie yang telah tersimpan merupakan media digital yang telah ditambahkan dalam timeline/storyboard, yang di dalamnya terdapat klip audio, klip video, gambar, transisi video, efek video, tajuk dan penghargaan credit.2.2.5Jenis Fail yang disokong oleh Windows Movie Maker

Dibawah ini beberapa jenis file yang dapat digunakan (diimport) di dalam Windows Movie Maker :

File audio, berupa file dengan extension *..aif, .aifc, .aiff .asf, .au, .mp2, .mp3, .mpa, .snd, .wav, and .wma

File gambar, berupa file dengan extension *.bmp, .dib, .emf, .gif, .jfif, .jpe, .jpeg, .jpg, .png, .tif, .tiff, and .wmf

File video, berupa file dengan extension *.asf, .avi, .m1v, .mp2, .mp2v, .mpe, .mpeg, .mpg, .mpv2, .wm, and .wmv

2.3Antara Muka Windows Movie Maker Setelah Windows XP telah dipasang, maka Windows Movie Maker boleh digunakan. Untuk memulakan Windows Movie Maker, pilih Start > All Programs > Windows Movie Maker.

Gambar 2.1 Skrin program Windows Movie MakerKawasan kerja Windows Movie Maker terdiri dari beberapa bahagian.

Gambar 2.2 Kawasan kerja Windows Movie Maker2.3.1Menu Bar dan Toolbar

Pada skrin kerja Windows Movie Maker di skrin atas terdapat bahagian yang bernama Menu Bar dan dibawahnya dinamakan Toolbar.

Gambar 2.3 paparan menu bar dan toolbar

Pada Menu Bar terdapat beberapa pilihan menu, iaitu File, Edit, View, Task, Klip, Play dan Help. Dalam menu-menu inilah terdapat berbagai arahan dalam pengoperasian Windows Movie Maker. Toolbar mempunyai ikon-ikon arahan, yang serupa dengan pilihan arahan yang ada dalam Menu Bar. Dalam Toolbar arahan-arahan tersebut dipaparkan dalam bentuk ikon-ikon sedangkan dalam Menu Bar arahan dipaparkan dalam bentuk teks. 2.3.2Movie Task Pane

Di sebelah kiri kawasan kerja Windows Movie Maker terdapat kawasan yang dinamakan Movie Task Pane. Task Pane mengandungi butang-butang arahan, apa yang berbeza dalam Movie Task Pane arahan-arahan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori sesuai dengan urutan/susunan pembuatan video. Movie Task Pane terdiri dari kategori Capture Video, Edit Movie, Finish Movie dan tambahan Movie Making Tips. Untuk menampilkan Movie Task Pane, pada Menu Bar pilih View > Task Pane, atau klik butang Task yang berada pada Toolbar.

Gambar 2.4 Butang Task Pane dalam Toolbar

Gambar 2.5 Movie Task Pane

2.3.3Collections Pane dan Content Pane

Collections Pane terletak pada kawasan yang sama dengan Movie Task Pane. Untuk menampilkan Collections Pane caranya pada Menu Bar pilih View > Collections, atau klik butang Collections yang ada pada Toolbar.

Gambar 3.6 Butang Collection dalam Toolbar

Gambar 2.7 Paparan Collections Pane

Dalam paparan Collections Pane terdapat 3 jenis kategori, iaitu Video Effects, Video Transitions dan Collections. Kategori-kategori tersebut memiliki kandungannya masing-masing, kandungan dari setiap kategori akan dipaparkan dalam Content Pane. Apabila salah satu kategori dalam Collections Pane di klik maka dalam Contents Pane akan terpapar kandungan dari kategori tersebut.

Gambar 2.8 Paparan Collections Pane dan Contents Pane

Kategori Video Effects mengandungi efek-efek visual yang dimiliki Windows Movie Maker. Pelbagai efek visual yang dimiliki dipaparkan dalam Panel Contents.

Gambar 2.9 Paparan Video Effects dalam Collections Pane

Pilihan Video Transitions mengandungi efek-efek transisi yang dimiliki oleh Windows Movie Maker.

Gambar 2.10 Paparan Video Transitions dalam Collections Pane

Pilihan Collections mengandungi koleksi-koleksi klip video, audio dan gambar yang terdapat dalam Windows Movie Maker.

Gambar 2.11 Paparan Collections dalam Collections Pane

2.3.4Monitor

Monitor berada di sebelah kanan kawasan kerja Windows Movie Maker, berfungsi menampilkan preview video dan audio.

Gambar 2.12 Paparan Monitor

Di bawah Monitor terdapat sekumpulan butang playback yang biasa disebut dengan Playback controls, berfungsi untuk memainkan klip video dan audio.

2.3.5Timeline

Di bahagian bawah kawasan kerja Windows Movie Maker terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Timeline. Timeline berfungsi sebagai tempat meletakkan dan menyusun koleksi file video, audio, transisi, tajuk dan muzik. Susunan dalam Timeline akan dipaparkan pada Monitor sebagai preview. Di dalam Timeline, anda dapat melakukan penyusunan jarak masa "durationklip, pemotongan klip, penambahan efek transisi dan efek video. Timeline terdiri dari beberapa bahagian yang biasa disebut sebagai Trek. Terdapat 5 buah Trek dalam Timeline, iaitu:

Video, tempat menyusun klip video dan gambar

Transition, mengandungi efekefek transisi

Audio, mengandungi audio yang dimainkan bersama klip video yang disusun dalam Trek Video

Audio/Muzic, mengandungi klip audio tambahan berupa naration (penceritaan) dan muzik

Title Overlay, mengandungi Title dan Credit Title yang ditambahkan dalam Timeline

Untuk menambahkan dan menyusun klip ke dalam Timeline, anda hanya perlu melakukan drag and drop saja, sama caranya ketika ingin menambahkan efek transisi dan efek video.

Gambar 2.13 Paparan Timeline2.3.6Papan Cerita / Storyboard Storyboard terletak pada kawasan yang sama dengan Timeline. Storyboard merupakan paparan default ketika Windows Movie Maker dibuka. Storyboard menampilkan susunan klip secara garis besar. Dalam Storyboard terdapat berbagai maklumat susunan klip meliputi duration, transisi dan efek video. Dengan menggunakan paparan Storyboard, anda dengan mudah boleh mengubah susunan/urutan klip, mengubah efek transisi antara klip dan mengubah efek video yang digunakan. Untuk menyusun duration klip (audio, video dan gambar), anda boleh menggunakan paparan Timeline.

Gambar 2.14 Paparan Storyboard

4/12