modul microsoft power point 2007

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 05-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    1/62

    MODUL MICROSOFT POWER POINT 2007MODUL MICROSOFT POWER POINT 2007MODUL MICROSOFT POWER POINT 2007MODUL MICROSOFT POWER POINT 2007

    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDARKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDARKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDARKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR

    DAN WILAYAHDAN WILAYAHDAN WILAYAHDAN WILAYAH

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    2/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

    BAB 1: PENGENALAN KEPADA MICROSOFT POWER POINT

    1.1 Pengenalan 2

    1.2 Istilah-istilah dalam Power Point 2

    1.3 Memulakan Program Microsoft Power point 7

    BAB 2: MENGHASILKAN PERSEMBAHAN POWER POINT

    2.1 Memulakan Persembahan 16

    2.2 Memasukkan rekabentuk slaid 17

    2.3 Mencipta slaid baru 19

    2.4 Opsyen Penyimpanan Fail 21

    BAB 3: MENYUNTING TEKS

    3.1 Menyunting Teks 23

    BAB 4: BULLETS DAN NUMBERING

    4.1 Bullet dan Numbering 26

    BAB 5: MEMASUKKAN GAMBAR

    5.1 Memasukkan Gambar 31

    BAB 6: MEMASUKKAN JADUAL

    6.1 Membina Jadual 36

    BAB 7: PENGGUNAAN GRAF

    7.1 Memasukkan Graf 39

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    3/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    BAB 8: DIAGRAM

    8.1 Memasukkan Diagram 44

    BAB 9: PERSEMBAHAN HELAIAN9.1 Persembahan Helaian 50

    9.2 Menambah Animasi 50

    9.3 Menambah Transisi 52

    BAB 10: MENCETAK HELAIAN

    10.1 Mencetak Halaman 55

    10.2 Mencetak Slaid 55

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    4/62

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    5/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    2

    1.1 Pengenalan

    Program Microsoft PowerPoint adalah sebahagian dari komponen Microsoft Office yang

    digunakan untuk menyampaikan taklimat dengan membina persembahan slaid yang jelas dan teratur. Selain memaparkan slaid dengan berwarna, program ini boleh

    dimuatkan dengan grafik dari Clip Art yang sedia ada, gambar foto yang

    diimbas( Scan ),gambar dari File Movie, carta, jadual, animasi dan juga suara yang

    disediakan, bagi memantapkan lagi persembahan supaya dapat menarik minat

    penonton.

    1.2 Istilah-istilah dalam PowerPoint

    Persembahan

    Satu himpunan slaid (slides), handouts, speaker notes dan outline, semuanya di

    dalam satu fail.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    6/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    3

    Slaid

    Merupakan satu mukasurat individu dalam persembahan, yang mengandungi samada

    tajuk, teks, graf, gambar, jadual atau apa-apa sahaja bentuk maklumat yang ingin

    disampaikan atau dipersembahkan.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    7/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    4

    Handouts

    Slaid-slaid (saiznya lebih kecil) yang bercetak sama ada 2, 3 atau 6 slaid dalam satu

    muka untuk diberi kepada pendengar/penonton.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    8/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    5

    Notes

    Saiz imej slaid yang lebih kecil dicetak bersama-sama nota penceramah.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    9/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    6

    Outlines

    Format di mana hanya tajuk dan teks utama dipaparkan, tetapi tidak termasuk lukisan

    (gambar) atau yang ditaip menggunakan Text tool.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    10/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    7

    1.3 Memulakan Program Microsoft PowerPoint

    Klik Start All Programs Microsoft PowerPoint (seperti paparan dibawah):

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    11/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    8

    Fungsi Asas Dalam PowerPoint

    Persekitaran dalam Microsoft PowerPoint

    Secara umumnya persekitaran yang bakal peserta perolehi adalah seperti rajah yang

    ditunjukkan di bawah.

    Palang Tajuk

    Menunjukkan nama aplikasi dan nama persembahan yang dibuka pada satu-satu

    masa. Apabila persembahan baru dibuka, ianya akan dinamakan sebagai

    Presentation1 , Presentation2 , Presentation3 dan sebagainya. Nama persembahan

    akan bertukar sebaik sahaja peserta menyimpan persembahan dengan satu nama lain.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    12/62

    Kementerian Kemajuan Luar Ba

    Microsoft Office Button (Bu

    Bebutang Microsoft Office

    (membuka dokumen baru), S

    Contoh-contoh arahan asas y

    Jadual 1: Keterangan pada

    Bil Elemen

    1 New

    ndar dan Wilayah

    tang Microsoft Office)

    ini digunakan untuk arahan asas

    ve (simpan dokumen) dan Print (menceta

    ang lain adalah seperti berikut:

    elemen dalam bebutang Microsoft Offic

    eterangan

    ntuk membuka persembahan slaid Power

    aru

    9

    seperti Open

    dokumen)

    oint yang

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    13/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    10

    2 Open Untuk membuka persembahan slaid PowerPoint yang

    telah disimpan sebelum ini

    3 Save Untuk kemaskini penyimpanan persembahan slaid

    PowerPoint

    4 Save As Untuk menyimpan persembahan slaid PowerPoint

    dengan nama yang diingini

    5 Print Untuk memaparkan dan mencetak persembahan slaid

    PowerPoint

    6 Prepare Menyediakan persembahan slaid untuk pengagihan.

    Contohnya mengedit maklumat hak milik dan

    memasukkan kata laluan untuk tujuan keselamatan.

    7 Send Menghantar salinan kepada orang lain melalui emel atau

    fax

    8 Publish Pengagihan slaid kepada orang lain, contohnya dengan

    mempakejkan slaid supaya dapat burn

    9 Close Untuk menutup persembahan slaid

    10 PowerPoint Option Untuk mengubah opsyen pada program PowerPoint

    11 Exit PowerPoint Untuk menutup program

    Quick Access Toolbar (Palang Capaian Pantas)

    Palang Capaian Pantas merupakan palang yang mengandungi himpunan arahan yang

    tidak berkaitan dengan paparan tab semasa untuk memudahkan pengguna

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    14/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    11

    menggunakan arahan dengan pantas. Pengguna boleh membuat penambahan

    bebutang yang mewakili arahan pada palang ini. Contohnya seperti berikut:

    Ribbon

    Ribbon ini direkabentuk untuk memudahkan pengguna mencari arahan yang diperlukan

    untuk menyiapkan tugasan. Arahan-arahan ini dihimpunkan dibawah tab seperti Home,

    Insert, Design dan sebagainya.

    - Tab-tab ini adalah berorientasikan tugasan/aktiviti,

    - Terdapat sub-tugasan di dalam tab

    - Pada setiap sub-tugasan mengandungi arahan atau memaparkan menu arahan

    Klik pada arahan untukmemaparkan pada palang

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    15/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    12

    Jadual 2: Elemen-elemen yang terdapat pada Ribbon

    Bil Tab Keterangan

    1. Home Himpunan arahan untuk manipulasi pada slaid seperti

    memasukkan slaid baru, menukar tulisan dan sebagainya.

    2. Insert Himpunan arahan untuk memasukkan jadual, ilustrasi,

    gambar, bunyi dan sebagainya.

    3. Design Himpunan arahan untuk mengaplikasikan latarbelakang,

    tema dan sebagainya

    4. Animation Himpunan arahan untuk mengaplikasikan animasi pada

    slaid

    5. Slide Show Himpunan arahan untuk persembahan slaid

    6. Review Himpunan arahan menyemak tatabahasa dan

    menterjemah tulisan

    7. View Himpunan arahan untuk melihat paparan slaid

    persembahan

    8. Add-Ins Himpunan arahan untuk aplikasi tambahan seperti

    thesaurus dan sebagainya.

    Tab

    Sub-tugasanButang Arahan

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    16/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    13

    Memahami Struktur Skrin

    Jadual 3: Elemen-elemen yang terdapat pada skrin

    Bil Elemen Keterangan

    1. Ruler Digunakan sebagai alat pengukuran bagi pelarasan

    objek di dalam slaid

    2. Slides Tab Untuk paparan slaid-slaid (teks dan ilustrasi) di dalam

    persembaha. Klik pada slaid untuk paparan

    3. Outline Tab Untuk paparan teks sahaja di dalam persembahan

    Ruler

    Outline TabSlides Tab

    Placeholder

    Slaid

    Notes Zoom

    Status Bar

    Placeholder

    View Button

    Minimize

    Maximize Close

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    17/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    14

    4. Status Bar Paparan bilangan slaid dari keseluruhan slaid, jumlah

    slaid dan tema atau latarbelakang yang digunakan

    5. Placeholder Digunakan untuk meletakkan objek sperti tulisan,

    gambar, jadual dan sebagainya di dalam slaid

    6. Notes Memaparkan nota sebagai rujukan ketika

    menyampaikan persembahan slaid

    7. Zoom Untuk zoom in dan zoom out. Zoom in untuk besarkan

    paparan slaid pada tetingkap bagi memudahkan focus

    pada slaid dan zoom out untuk melihat keseluruhan

    slaid di dalam tetingkap.

    8. View Button Untuk menukar jenis paparan slaid:

    Normal View Paparan biasa

    Slide Sorter Paparan keseluruhan slaid.

    Memudahkan penambahan, pembuangan dan

    pengeditan slaid dilakukan

    Slide Show Paparan keseluruhan persembahan

    slaid

    9. Minimize Menutup paparan skrin supaya palang tugasan

    10. Maximize Membesarkan paparan skrin pada tetingkap

    11. Close Menutup paparan slaid

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    18/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    15

    Bab 2

    Menghasilkan Persembahan Microsoft Power Point

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Mengetahui cara menghasilkan persembahan Microsoft

    PowerPoint

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    19/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    16

    2.1 Memulakan Persembahan

    i. Dalam persekitaran Microsoft Power Point, klik pada ruang [ Click to add title ]

    dalam slaid dan taipkan tajuk untuk persembahan.

    ii. Kemudian klik pada [ Click to add subtitle ] dan masukkan teks seperti berikut.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    20/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    17

    2.2 Memasukkan Rekabentuk Slaid

    i. Klik pada tab Design dan pilih rekabentuk yang sesuai pada sub-tugasan

    Themes .

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    21/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    18

    ii. Perhatikan bahawa apabila penunding tetikus digerakkan ke atas tema, reka

    bentuk slaid persembahan akan berubah.

    iii. Warna grafik juga boleh ditukar dengan mengklik butang Colors

    iv. Kemudian klik kombinasi warna yang digemari.

    v. Selain itu, kombinasi tulisan yang digunakan juga boleh diubah dengan mengklik

    butang Fonts

    vi. Untuk menukar kesan tema, klik butang Effects untuk mempamerkan

    pilihan kesan tema.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    22/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    19

    2.3 Mencipta Slaid Baru

    i. Pada tab Home New Slide Pilih [ Title and Content]

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    23/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    20

    ii. Slaid baru seperti gambarajah di bawah akan terpapar.

    iii. Rupa slaid baru berbeza dari slaid pertama. Slaid pertama hanya mengandungi

    kotak tajuk dan sub-tajuk manakala slaid baru mengandungi kotak tajuk dan

    kotak senarai.

    iv. Untuk menyimpan persembahan:

    Klik butang Microsoft Office

    Pilih Save atau Save As.

    Pilih PowerPoint Presentation.

    Kotak dialog Save As akan terpapar dan simpan seperti biasa.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    24/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    21

    Bagi menyimpan fail yang telah dikemaskini dengan cepat, klik pada

    butang pada Palang Capaian Cepat

    2.4 Opsyen Penyimpanan Fail

    PowerPoint Presentation Merupakan format biasa bagi Ms PowerPoint

    Presentation.

    PowerPoint Show Menyimpan sebagai fail persembahan.

    PowerPoint 97-2003 Presentation Boleh dibuka dengan menggunakan

    versi lama.

    Find add-ins for other file formats Boleh diterbitkan dalam format XPS

    atau PDF.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    25/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    22

    Bab 3

    Menyunting Teks

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Dapat menghasilkan persembahan slaid yang memuaskan

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    26/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    23

    3.1 Menyunting Teks

    Cara untuk memformat tulisan atau teks:

    i. Ubah kedudukan [ Click to add title] di atas dan [ Click to add text] di

    bawah.

    ii. Taip Senarai Medan Infodesa pada [ Click to add title]

    iii. Highlight pada tulisan dan pilih suntingan teks berikut yang terletak pada tab

    Insert Font :

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    27/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    24

    Jadual 4: Keterangan pada butang dalam tab Insert, sub-tugasan Font

    Butang Nama Butang Keterangan

    Bold Untuk menggelapkan teks

    Italics Untuk menyondongkan tulisan

    Underline Untuk menggaris bawah teks

    Strikethrough Untuk garis di tengah teks

    Subscript Untuk menulis perkataan kecil di

    hujung bawah perkataan

    Superscript Untuk menulis perkataan kecil di

    hujung atas perkataan

    Change Case Untuk Mengubah Teks Kepada:

    - Sentence case

    - lowercase

    - UPPERCASE

    - Capitalize Each Word

    - tOOGLE cASE

    Text Highlight Color Untuk highlight pada perkataan

    dengan warna-warna terang

    Font Color Untuk menukar warna tulisan

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    28/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    25

    Bab 4

    Bullets dan Numbering

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Dapat memasukkan Bullet dan Numbering ke dalam

    persembahan yang dihasilkan

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    29/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    26

    4.1 Bullet dan Numbering

    Untuk memasukkan Bullet, langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

    i. Klik pada ruang yang hendak dimasukkan Bullet

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    30/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    27

    ii. Taip teks dan dan tekan Enter untuk ke barisan bawah seperti berikut:

    iii. Untuk menukar bentuk Bullet, highlight pada teks dan klik pada butang

    iv. Pilih jenis Bullet yang diingini:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    31/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    28

    v. Contoh slaid yang telah diubah:

    vi. Untuk Numbering , highlight teks dan klik pada butang

    vii. Pilih jenis Numbering yang diingini:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    32/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    29

    viii. Contoh slaid yang telah diubah:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    33/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    30

    Bab 5

    Memasukkan Gambar

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Dapat mengetahui cara memasukkan gambar yang sesuai ke

    dalam persembahan

    2. Mengetahui cara menggunakan ikon-ikon Picture dengan betul

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    34/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    31

    5.1 Memasukkan Gambar

    Untuk memasukkan gambar ke dalam slaid, ikuti langkah-langkah berikut:

    i. Pada tab Home Slides, klik pada New Slide

    ii. Pilih slaid berbentuk Title and Content

    iii. Seterusnya, klik pada simbol Clip Art . Satu kotak Clip Art akan

    dipaparkan di bahagian tepi skrin. Klik butang Go untuk memaparkan semua

    gambar.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    35/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    32

    iv. Pilih gambar yang dikehendaki dan klik pada gambar tersebut.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    36/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    33

    v. Slaid seperti di bawah akan dipaparkan:

    vi. Apabila gambar diklik, satu tab Picture Tools akan dipaparkan bagi pengguna

    untuk mengubah gambar.

    Klik dan seret untuk

    mengubah saiz gambar

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    37/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    34

    Jadual 5: Keterangan mengenai butang-butang di dalam tab Picture Tools

    Sub-Tugasan Keterangan

    Adjust Untuk mengubah warna, kekuatan warna dan sebagainya

    Arrange Untuk setkan posisi gambar

    Size Untuk setkan saiz gambar

    Picture Styles Untuk mengubah gaya persembahan gambar

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    38/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    35

    Bab 6

    Memasukkan Jadual

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Mengetahui cara membina jadual dengan betul

    2. Mengetahui fungsi jadual, lajur dan baris

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    39/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    36

    6.1 Membina Jadual

    Untuk memasukkan jadual ke dalam slaid, ikuti langkah-langkah berikut:

    i. Pada tab Home Slides , klik New Slide

    ii. Pilih slaid berbentuk [ Title and Content ]

    iii. Seterusnya pada tab Insert Tables, klik Table

    Seret dengan memilih lajur dan baris yang ingin dimasukkan

    iv. Atau klik pada slaid, ikon . Kemudian isi maklumat berikut:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    40/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    37

    v. Klik OK dan masukkan maklumat seperti berikut:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    41/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    38

    Bab 7

    Penggunaan Graf

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Mengetahui cara membina graf

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    42/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    39

    7.1 Memasukkan Graf

    Untuk memasukkan graf ke dalam slaid, ikuti langkah-langkah berikut:

    i. Pada tab Home Slides, klik New Slide

    ii. Pilih slaid berbentuk [Title and Content]

    iii. Pada slaid, klik butang Chart

    iv. Pilih graf yang diingini dan klik OK:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    43/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    40

    v. Skrin berikut akan dipaparkan:

    vi. Masukkan maklumat dalam jadual seperti berikut:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    44/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    41

    vii. Graf akan berubah mengikut data yang dimasukkan dalam jadual:

    viii. Apabila graf diklik, satu tab Chart Tools akan dipaparkan.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    45/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    42

    Jadual 6: Keterangan mengenai sub-tugasan pada tab Chart Tools

    Sub-Tugasan Keterangan

    Type Untuk mengubah jenis carta/graf dan menyimpannya sebagai

    templat

    Data Untuk mengedit data pada carta/graf

    Chart Layouts Untuk mengubah layouts carta/graf

    Chart Styles Untuk mengubah gaya persembahan carta/graf

    ix. Carta/Graf yang telah diubahsuai:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    46/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    43

    Bab 8

    Diagram

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Mengetahui cara untuk membuat carta organisasi

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    47/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    44

    8.1 Memasukkan Diagram

    Untuk memasukkan graf/carta ke dalam slaid, ikuti langkah-langkah berikut:

    i. Pada tab Home Slides , klik New Slide

    ii. Pilih slaid berbentuk [Title and Content]

    iii. Pada slaid, klik butang

    iv. Kotak SmartArt Graphic akan dipaparkan:

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    48/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    45

    v. Pilih Hierarchy :

    vi. Terdapat 7 jenis diagram di dalam Hierarchy:

    Organization Chart

    Hierarchy

    Labelled Hierarchy

    Table Hierarchy

    Horizontal Hierarchy

    Horizontal Labelled Hierarchy

    Hierarchy List

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    49/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    46

    vii. Klik pada Organization Chart . Skrin berikut akan dipaparkan:

    viii. Taip pada Text dan untuk padam kotak, klik pada kotak dan tekan butang

    Delete pada keyboard.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    50/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    47

    ix. Taip tajuk dan ubah kedudukan teks dengan kaedah klik dan heret.

    x. Apabila pengguna klik pada diagram, SmartArtTools tab akan dipaparkan

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    51/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    48

    Jadual 7: Keterangan mengenai sub-tugasan pada SmartArtTools

    Sub-Tugasan Keterangan

    Create Graphics Untuk menambah kotak baru dan mengubah layout

    Layouts Untuk mengubah paparan diagram

    SmartArt Styles Untuk mengubah warna diagram dan kesan efek pada

    diagram

    Reset Untuk membuang format yang telah diaplikasikan

    xi. Untuk menambah kotak baru, klik kanan pada sebelah kotak yang ingin

    ditambah, klik Add Shape Add Shape After

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    52/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    49

    Bab 9

    Persembahan Helaian

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Menghasilkan persembahan beserta dengan animasi

    2. Memahami cara untuk menjadikan slaid kelihatan menarik

    3. Menggunakan ikon animasi dengan betul

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    53/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    50

    9.1 Persembahan Helaian

    Kekuatan utama yang terdapat pada perisian Microsoft PowerPoint adalah unsur

    multimedia dan animasi. Animasi mengawal pergerakan objek di dalam slaid. Manakala

    transisi mengawal persembahan dari satu slaid ke slaid lain. Dalam bahagian ini, kita

    akan belajar bagaimana untuk memasukkan kesan animasi dan transisi dalam slaid

    persembahan.

    9.2 Menambah Animasi

    Terdapat 4 jenis animasi yang boleh diaplikasikan pada objek:

    Bil Jenis Animasi Keterangan

    1. Entrance Untuk menentukan bagaimana objek muncul ke

    dalam slaid

    2. Emphasis Untuk member focus pada objek

    3. Exit Untuk menentukan bagaimana objek

    meninggalkan slaid

    4. Motion Paths Untuk menentukan bagaimana objek bergerak di

    dalam slaid

    Cara mengaplikasi animasi pada objek

    i. Klik pada objek

    ii. Pilih tab Animation

    iii. Klik pada butang Tetingkap Custom Animation akan

    dipaparkan pada sebelah kanan skrin

    iv. Klik pada butang untuk memilih animasi yang diingini

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    54/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    51

    v. Sebagai contoh, pilih Entrance Blinds

    vi. Contoh tetingkap Custom Animation yang telah diubahsuai:

    Untuk aplikasi animasi pada objek

    Untuk memilih cara bagaimanaanimasi akan mula dipaparkan,arah dan kelajuan

    Untuk melihat bagaimana animasidiaplikasikan pada objek

    Untuk melihat seluruh persembahan

    Senarai animasi yang telah dipilih

    Untuk membuang animasi pada objek

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    55/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    52

    9.3 Menambah Transisi

    Cara untuk menambah transisi pada slaid:

    i. Klik pada slaid

    ii. Pada tab Animation Transition , pilih transisi yang diingini:

    Memasukkan Bunyi

    i. Klik butang Transition Sound untuk mempamerkan senarai bunyi.

    ii. Pilih bunyi yang dikehendaki.

    Kelajuan Transisi

    i. Klik butang Transition Speed untuk pamerkan senarai kelajuan transisi.

    ii. Klik kelajuan yang dikehendaki.

    iii. Untuk mengaplikasikan transisi pada semua slaid, klik pada butang

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    56/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    53

    Menetapkan Masa

    i. Dalam sub-tugasan Advance Slide , klik Automatically After

    ii. Masa yang disetkan ialah 0 saat. Setkan masa yang sesuai mengikut

    kehendak anda.

    iii. Klik butang panah atas untuk tambah masa slaid dipamerkan.

    iv. Klik butang panah bawah untuk kurangkan masa slaid yang

    dipamerkan.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    57/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    54

    Bab 10

    Mencetak Helaian

    Objektif:

    Di akhir bab ini, peserta akan:

    1. Mengetahui bagaimana untuk mencetak persembahan padahelaian

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    58/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    55

    10.1 Mencetak Halaman

    Proses mencetak adalah sama dengan cetakan dokumen yang lain, Cuma dalam

    PowerPoint ada beberapa perkara yang boleh dicetak. Sama ada ingin mencetak slaid,

    handouts, notes atau outlines.

    10.2 Mencetak Slaid

    i. Klik butang Microsoft Office

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    59/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    56

    ii. Klik Print untuk memaparkan kotak dialog Print

    iii. Dalam opsyen Print what pilih Slides .

    iv. Dalam opsyen Color/Grayscale pilih opsyen yang dikehendaki. Jika ingin

    mencetak tanpa warna pilih Grayscale .

    v. Dalam ruang Printer pada bahagian Name pilih jenis pencetak yang

    disambung ke komputer.

    vi. Jika ingin mencetak dalam bentuk landskap, pilih butang Properties

    vii. Kotak dialog Properties dipamerkan.

    viii. Dalam ruang Orientation pilih Landscape dan pilih Portrait untuk

    mencetak dalam bentuk Portrait.

    ix. Klik butang OK untuk teruskan.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    60/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    57

    Mencetak Kertas Edaran (Handouts)

    i. Kertas edaran (handouts) biasanya dicetak untuk diagihkan kepada

    penonton ketika membuat persembahan.

    ii. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mencetak kertas edaran.

    o Klik butang Microsoft Office

    o Pilih opsyen Print untuk pamerkan kotak dialog P rint.

    o Dalam ruang Print what , klik Handsout

    o Dalam ruang Color/grayscale , klik Grayscale .

    o Dalam ruang Slides per page , pilih 4 untuk mencetak empat slaid

    dalam satu muka surat.

    o Pastikan pilih opsyen Frame slides supaya bingkai slaid kelihatan

    dalam cetakan.

    o Klik butang Preview untuk melihat apa yang akan dicetak terlebih

    dahulu.

    o Jika berpuas hati dengan rupa cetakan, klik butang Print untuk

    mencetak.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    61/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    58

    Mencetak Halaman Nota (Notes)

    i. Jika banyak nota dimasukkan ke dalam ruang Notes, anda mungkin ingin

    mencetak nota tersebut.

    ii. Nota digunakan sebagai panduan ketika membuat persembahan.

    iii. Untuk mencetak nota, ikuti langkah-langkah berikut:

    o Dalam ruang Printer Name , pilih jenis pencetak.

    o Dalam ruang Print what , klik Notes Pages .

    o Dalam ruang Color/grayscale , pilih Grayscale .

    o Klik butang Preview untuk melihat rupa cetakan.

    o Jika berpuas hati, klik butang Print untuk membuat cetakan.

    Membuat Cetakan Garis Panduan (Outline)

    Kadangkala anda ingin membuat cetakan hanya teks tanpa slide . Untuk berbuat

    demikian, ikuti langkah berikut:

    o Dalam ruang Print what , klik [Outline view ].

    o Dalam ruang Color/grayscale , pilih Grayscale .

    o Klik butang Preview untuk melihat rupa cetakan.

    o Jika berpuas hati, klik butang Print untuk membuat cetakan

    o Jika ingin membuat perubahan, klik butang Options .

    o Pastikan kertas dimuat ke dalam pencetak dan pencetak

    terpasang.

    o Pencetak mencetak kertas edaran sebagaimana yang diarahkan.

  • 7/31/2019 Modul Microsoft Power Point 2007

    62/62

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    Latihan

    Bina satu persembahan.

    Untuk tujuan ini peserta akan menyediakan slaid persembahan menggunakan

    maklumat di bawah.Peserta dikehendaki memillih layout yang bersesuaian untuk

    membuat jadual dan graf bagi slaid-slaid di bawah ini.

    Slaid 1

    Slaid 2

    Slaid 3

    Diabetes Mellitus AtauKencing Manis

    Disediakan oleh:Unit Pencegahan PenyakitHospital Serdang

    Apa itu Penyakit Diabetes Mellitus1. Dikenali sebagai penyakit kencing manis2. Pesakit mempunyai kandungan gula yang

    tinggi3. Salah satu penyakit kronik4. Tidak boleh sembuh sepenuhnya, tapi boleh

    dikawal5. Tanda-tanda penyakit ialah dahaga yang

    melampau dan kerap kencin

    Peratus Pesakit Diebetes di Negara Asean2001 2002 2003 2004 2005