modul bab 4
DESCRIPTION
ppTRANSCRIPT
KEMAHIRAN PENGURUSAN
PENGAJIAN PERNIAGAAN 1BAB 4: KEMAHIRAN PENGURUSAN
JENIS KEMAHIRAN
JENIS-JENIS KEMAHIRAN PENGURUSAN
Kemahiran teknikal kebolehan aplikasi kaedah,prosedur,teknik,alatan dalam membuat atau memasang sesuatu terlibat di peringkat operasi cth: kemahiran komputer,pengendalian mesin,perakaunan dll
CONTOH KEMAHIRAN TEKNIKHURAIAN
Mengendalikan mesin dan peralatanMeningkatkan kemahiran pekerja tentang pelaksanaan tugas melalui latihan/tunjuk ajar oleh pengurus
Penjadualan tugasJelaskan tugas ahli melalui jadual
Membentuk prosedur kerjaBuat manual prosedur kerja
Kefahaman tentang teknologiKenalpasti latihan yang perlu supaya ahli dapat menguasai
Agihan sumberKenalpasti agihan berdasarkan keutamaan
Pengetahuan tentang kerja seperti perkeranian/perakauananLatihan dan bimbingan/ berikan manual prosedur kerja.
Kemahiran pengurusan masa keupayaan menggunakan masa dalam melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kualiti piawai kecekapan menentukan keutamaan setiap tugas cth:menyiapkan kerja mengikut keutamaan/kesegeraan
Kemahiran konsep kebolehan melihat perkaitan antara bahagian/perubahan persekitaran organisasi keupayaan berfikir secara abstrak mengenalpasti & menganalisis masalah dalam pelbagai situasi dapat melihat jauh kehadapan. Contoh kemahiran : daya kreativiti yg tinggi, mempunyai inisiatif
Kemahiran perhubungan manusia
kebolehan bekerja dengan orang lain/secara berpasukan kebolehan berkomunikasi dengan baik & berkesan penting dalam memimpin, memberi motivasi , memberi arahan & menguruskan konflik CTH: Hasil pengeluaran mesti mencapai tahap kuantiti dan kualiti mengikut tempoh masa yang dirancang
Kemahiran membuat keputusan keupayaan memilih alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira perubahan persekitaran dll CTH: Pengurus kewangan mempunyai pengalaman dan tahu menguruskan belanjawan pembelian bahan mentah untuk mengeluarkan sesuatu produk
KAITAN JENIS KEMAHAIRAN DAN TAHAP PENGURUSAN
KONSEP MANUSIA MASA BUAT KEPUTUSAN
ATA
PERTEN
BAWAAPHub.antara bghn Anal.swotSAN prcgn orgnKeputusan P RcgnGAHAN Jabatan
KPHAN
P
Hub.pihak luar/Pengurus bawah
PHub.atasan/Rakan/bawahan/Pihak luar
PBerhubgung DgnPekerja Bawahan& Peng.Pertghan
P
Rcgn j/pjgTercapai
PRancang/SediaJadualUtk Jabatan
PIkut/Patuh JadualUtk Proses Pengeluaran
AP StrategiKP Dasar/Utg/Rugi Peluang Niaga P PSelia/latih PgunaanNilai Prestasi Sumber/Kawal/Elak StrategiDitipu/Dihormat Jabtn
AP KPFahami aturanProsedur kerja/Aplikasi kaedah/Teknikal kerja
KONSEP
PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN
DEFINISI Proses yang logikal dan konsisten dalam mengenal pasti alternatif yang mampu memberikan keputusan yang paling baik dan memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
LANGKAH2PROSESPEMBUATAN KEPUTUSAN RASIONALFAKTADEFINISI/HURAIANCONTOH/KAITAN
L1: Mengenal pasti masalah Pengurus sedar tentang kewujudan masalah dengan memerhati persekitaran, mentafsir keadaan yang berlaku dan mengaitkan keadaan dengan masalah Kenalpasti masalah dan peluang perniagaan yang ada Perlu mahir dalam memerhati/ mentafsir/hubungkait masalah Kenalpasti sebab organisasi gagal mencapai sesuatu sasaran/objektif Takrifkan masalah dengan jelas/tepat & khusus Dan punca utama sama ada dari dalaman/ luaran
Pengarah mengenal pasti kemerosotan jumlah jualan bagi produknya. Pengarah berusaha mengenal pasti punca sebenar kemerosotan tersebut disebabkan oleh perubahan cita rasa pengguna atau kualiti barangan yang tidak menepati kehendak pengguna
L2: Mengutip dan menganalisis data dan maklumat Pengurus memperolehi maklumat berkaitan masalah dari sumber dalaman dan luaran organisasi bagi tujuan menganalisis setiap maklumat bagi mencari punca masalah. Maklumat dari sumber luaran seperti keadaan ekonomi, dasar kerajaan, peluang pasaran dan lain-lain. Kutip data berkaitan masalah dari sumber dalaman/luaran Perlu bagi mengetahui ketepatan dan keseriusan masalah tersebut Maklumat itu mestilah boleh dipercayai dan boleh diukur secara kuantitatif/kualitatif Maklumat yang berkaitan dikutip dan dianalisis untuk mengesahkan masalah sebenar Kualiti maklumat perlu dititik beratkan Skop masalah dapat diperkecilkan dan membolehkan sumber terhad dalam organisasi digunakan Sumber dalaman melibatkan kuantiti pekerja, kemahiran, peralatan organisasi dan lain-lain.
Kemerosotan volum jualan adalah disebabkan oleh kualiti barangan yang rendah maka tindakan perlu diambil untuk meningkatkan kualiti barangan tersebut
L3: Mencari alternatif Selepas punca masalah dikenal pasti, pengurus akan menyenaraikan semua alternatif penyelesaian masalah berdasarkan maklumat yang diperolehi. Alternatif-alternatif ini mungkin disumbangkan oleh pemikiran yang kreatif, penyelidikan ataupun sumbangan pakar-pakar. Perlu mendapatkan pelbagai alternatif yang boleh menyelesaikan masalah Ianya bergantung kepada masa,amaun dan kualiti data yang diperolehi Kualiti maklumat akan menentukan kualiti alternatif yang dibentuk Perlu berfikiran kreatif dan dapatkan nasihat pakar/penyelidikan Kumpul/sediakan senarai alternatif penyelesaian yang lengkap Pengurus memperolehi maklumat berkaitan masalah dari sumber dalaman dan luaran organisasi bagi tujuan menganalisis setiap maklumat bagi mencari punca masalah. Maklumat dari sumber luaran seperti keadaan ekonomi, dasar kerajaan, peluang pasaran dan lain-lain. Sumber dalaman melibatkan kuantiti pekerja, kemahiran, peralatan organisasi dan lain-lain.
Alternatif penyelesaian bagi kemerosotan volum jualan dapat diatasi dengan cara membuat penyelidikan kualiti produk tersebut ataupun mengubah reka bentuk produk tersebut supaya lebih menarik.
L4: Menilai alternatif Pengurus akan menilai setiap alternatif dengan membandingkan alternatif tersebut dari segi kekuatan dan kelemahannya. Tindakan ini bertujuan mengasingkan alternatif yang berkesan dan kurang berkesan. Melalui analisa kos dll Perbandingan alternatif akan dibuat berdasarkan kecukupan, kesauran & realistik
Pengurus membuat kajian secara terperinci tentang kebaikan dan keburukan kualiti produk. Pengurus juga mengkaji kebaikan dan keburukan mengubah suai produk.
L5: Memilih alternatif terbaik Pengurus akan memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut bagi penyelesaian masalah. Alternatif yang terpilih mesti berdasarkan keupayaan organisasi dan persekitaran organisasi. Buat pertimbangan secara terperinci tentang kelebihan dan kelemahan setiap alternatif Pengalaman pembuat keputusan/penyelidikan dapat membantu memilih alternatif yang tepat dan berkesan Alternatif terbaik dipilih di mana ianya akan mendatangkan kebaikan/ keuntungan sama ada j/masa pendek & panjang Ianya perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah.
Pengurus akan memilih penyelesaian yang terbaik iaitu membuat penyelidikan peningkatan kualiti produknya supaya boleh meningkatkan volum jualan.
JENIS KEPUTUSANKeputusan rutin Bergantung kepada polisi/peraturan/prosedur dalam organisasi Digunakan untuk masalah berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori jatuh Dianggar 90% keputusan dalam organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat bawah organisasi
Keputusan tak rutin
Perantaraan antara keputusan yang dirancang dan tidak dirancang Keputusan yang diambil mestilah diberi pertimbangan tentang kepentingan dan kesesuaiannya Merujuk kepada penemuan/pengenalpastian/penentuan masalah yang tidak berstruktur Perlu alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif Melibatkan kumpulan profesional yang memiliki pengalaman/kemahiran/pengetahuan yang cukup luas Untuk membangunkan sesuatu yang tidak dijangka Mengurangkan kesan buruk kepada organisasi Contoh perubahan dasar kerajaan berkaitan sektor industri tertentu maka keputusan adaptif perlu dibuat untuk sesuaikan dengan situasi
Keputusan adaptif Perantaraan keputusan yang dirancang dan tidak dirancang Perlukan pertimbangan tertentu dari segi kepentingan dan kesesuaian dengan keadaan semasa Contoh : keputusan setelah berlaku perubahan dasar kerajaan dll
Keputusan inovatif
Keputusan yang tidak dirancang Untuk menyelesaikan masalah yg tidak berstruktur Perlukan alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif Biasanya melibatkan pengurusan atasan
SITUASI PEMBUATAN KEPUTUSANKeadaan kepastian Pembuat keputusan ada maklumat lengkap & boleh dipercayai Punca masalah diketahui dengan tepat Pembuat keputusan tahu langkah penyelesaian dan kesannya dgn tepat Pembuat keputusan pasti dan tahu dengan tepat tindakan yang perlu diambil serta kesan tindakan berkenaan Jarang berlaku kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tetapi luar kawalan pembuat keputusan
Keadaan Risiko Mungkin mempunyai maklumat tetapi tahap pengetahuan berkaitan sesuatu perkara belum mencukupi Jangkaan kemungkinan sesuatu keadaan berlaku dapat ditentukan melalui kebarangkalian objektif Dibantu dengan model matematik bersama pengalaman/pertimbangan Tindakan dan hasil keputusan yang tidak dapat dipastikan akan berlaku
Keadaan Ketidakpastian Jangkaan keadaan masa depan tidak diketahui dan sukar ditentukan Tiada data/maklumat yang boleh dirujuk Mesti menggunakan pengalaman/pertimbangan untuk membuat penilaian & keputusan yang subjektif Wujud apabila kebarangkalian bagi sesuatu keadaan yang berlaku pada masa hadapan tidak dapat diketahui/sukar ditentukan Contoh: kesan sampingan penggunaan ubat baru
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSANSifat Masalah Dihadapi Masalah berstruktur perlukan keputusan rutin Masalah tak berstruktur keputusan adaptif dan inovasi Keputusan rutin hanya sesuai untuk masalah berstruktur
Masa Diperuntukkan Membuat Keputusan Masa yang lama mungkin hasilkan keputusan lebih berkualiti Ia mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpul Jumlah masa akan mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpulkan Masa yang diperuntukkan akan menentukan kualiti keputusan yang dibuat
Sikap Organisasi Dasar yang tentukan siapa membuat keputusan/penglibatan pekerja /tidak
Pengalaman Pengurus Sekiranya pengurus pernah menyelesaikan sesuatu masalah, maka dengan pengalaman yang ada padanya, keputusan yang dibuat akan lebih baik
Pekerja Dan Pihak Pengurusan Dipengaruhi penerimaan /komitmen/keupayaan pekerja dan pengurusan Komitmen tinggi membolehkan keputusan baik diperolehi
Pembuat Keputusan
Bergantung kepada keupayaan /pengalaman/pengetahuan/sikap keterbukaan pembuat keputusan. Pembuat keputusan berpengalaman mengetahui teknik/ kaedah paling berkesan
Tekanan/ Kekangan Dari Luar
Tekanan dari dasar/ undang/ peraturan yang digubal kerajaan Perubahan polisi kerajaan/peraturan kerajaan menyebabkan pengurus terpaksa berdepan dengan tekanan untuk membuat keputusan
Maklumat Dan Data Yang Diperolehi
Maklumat dan data yang mencukupi dan lengkap maka keputusan yang dibuat lebih sempurna
PEMBUATAN KEPUTUSAN KUMPULANSUMBANGSARAN
Kaedah penjanaan idea dari ahli-ahli kumpulan secara bebas Ahli mengeluarkan seberapa banyak idea secara bergilir Semua idea akan diterima sama ada baik/tidak Sesuai jika ingin mendapatkan banyak idea dan idea itu idea baru Berkesan dengan syarat: Kritikan tidak dibenarkan Wujud saling hormat di antara ahli Wujud kerjasama.bersinergi
KUMPULAN NOMINAL Digunakan jika inginkan idea/pendapat yang terhad dan persetujuan majoriti Dalam masa yang lebih singkat. Ahli akan berkumpul dan mengeluarkan idea Idea setiap ahli adalah sulit Idea terbaik akan dipilih melalui pengundian
TEKNIK DELPHI Merupakan proses pembuatan keputusan kreatif dan memakan masa lama Ahli tidak bertemu dan ahli kumpulan berubah serta identitinya dirahsiakan Melibatkan tinjauan idea melalui beberapa pusingan penyiasatan Sesuai untuk membuat keputusan berisiko tinggi/sensitif/sulit
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBUATAN KEPUTUSAN KUMPULANKELEBIHANKELEMAHAN
Lebih banyak pengetahuan & maklumat dapat digabungkan. Jadi lebih alternatif
Ambil masa lama untuk mencapai persetujuan/keputusan
Idea lebih bernas/baik kerana ahli menganalisa masalah dari pelbagai aspek Berdasarkan pengalaman,kemahiran dll yang berbeza
Wujud ahli yang akan menguasai sesi perbincangan & keputusan cenderung kepada kumpulan ini Wujud sikap tolak ansur dikalangan sebilangan ahli menyebabkan keputusan kurang baik diterima.
Semua ahli faham akan proses pemilihan idea dan mereka akan komited untuk Melaksana & selesaikan masalah
Mewujudkan ahli yang tidak dapat terima keputusan menyebabkan rasa tidak puas hati & tidak komited melaksanakannya .
Sebarang keraguan dapat diatasi melalui perbincangan antara mereka Akauntabiliti terhadap perlaksanaan & kesannya adalah kurang kerana ianya keputusan kumpulan. Meningkatkan kos
ALAT-ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT KUANTITATIF Keputusan dalam bentuk angka yang membolehkan analisis secara statistik dilakukan. Contoh : pembuatan keputusan pembinaan kilang baru
STATISTIK DESKRIPTIF Kaedah dimana maklumat berangka dikumpul, disusun & dianalisis bagi dapatkan gambaran tentang masalah dihadapi. Melibatkan pengiraan min, mod, median, julat & sisihan piawai Paparan berbagai jenis carta/graf
Min Purata semua nombor dalam sampel
Median Titik tengah nombor setelah disusun menaik
Mod Nombor berulang paling kerap
Julat Perbezaan nilai terbesar dengan nilai terkecil
Sisihan Piawai Purata jarak/ sisihan setiap nombor dari nilai purata
POKOK KEPUTUSAN Satu bentuk persembahan grafik mengenai pelbagai alternatif yang boleh diambil oleh pembuat keputusan untuk menyelesaikan masalah/membuat keputusan. Menunjukkan alternatif tindakan () dan keadaan (o). Setiap alternatif & keadaan dikaitkan dengan kebarangkalian. Keputusan dibuat dengan pemilihan alternatif yang memberikan jangkaan pulangan paling tinggi.
122Pilih A1Pilih A2Keputusan awalKeadaan 1Keadaan 2Keadaan 1Keadaan 2Pilih A1Pilih A2Pilih A3Pilih A4Hasil 1Hasil 2Hasil 3Hasil 4Hasil 5Hasil 6Titik keputusanPeristiwa berkebarangkalian
ALAT KUALITATIF Tidak melibatkan maklumat berangka tetapi cenderung berbentuk idea berdasarkan pengalaman/budi bicara/gerak hati atau pengundian sahaja. Contoh : masalah kesalahan pada tiket penerbangan
ANALISIS TULANG IKAN Menganalisis situasi dan akibat masalah dengan mengenalpasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah. Dilakukan dengan pencambahan fikiran yang menunjukan sebab dan kesan daripada sesuatu peristiwa membantu kumpulan menilai dan mengkategorikan kemungkinan daripada kesan dan sebab yang timbul. Menyusun, meringkas, mengatur dan menerangkan dalam bentuk rajah seperti tulang ikan.
Kaedah: Kenalpasti masalah atau kesan masalah Kenalpasti sebab-sebab utama yang menyebabkan masalah itu wujud/terjadi Kenalpasti sebab-sebab kecil/sub-sebab kepada sebab utama Kenalpasti sebab-sebab sebenar masalah melalui sumbangsaran dan disokong dengan data.(bukannya dugaan sahaja) Rancang dan laksanakan tindakan agar sebab/punca itu dapat diatasi.
Bahan mentahMesin Keluaran tidak berkualitiTradisional Manual pembekalTidak cukupHayat gunaKemahiran rendah sikaprosakKaedah Manusia
KREATIVITI & INOVASI Kreativiti merujuk kepada penghasilan idea-idea baru Inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaannya serta perlaksanaan idea Iaitu penjanaan, penerimaan serta perlaksanaan idea-idea yang bernas, asli & berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia melibatkan pengenalan cara baru, pemikiran baru /penghasilan produk baru.
Ciri yang perlu ada dlm teknik ini ialah: Keinginan hasilkan idea baru/konsep/persepsi baru Analisis pelbagai idea secara mendalam & menyeluruh /pelbagai sudut Idea bermiripkan masa depan/berpandangan jauh Idea itu dapat hasilkan kejutan dan dapat perhatian ramai
Langkah-langkah Proses Kreatif & Inovatif: Persediaan-Buat kajian tentang masalah & fahami dgn terperinci Konsentrasi-Fokus segala usaha & sumber sepenuhnya ke atas masalah Inkubasi-Elakkan diri dari penyelesaian lama ttg masalah & berfikir cara baru Iluminasi-Tahap penjelmaan idea-idea baru dari fikiran yang tenang Verifikasi-Kaitkan idea baru dengan masalah ,uji dan dapatkan pandangan serta pastikan ianya dapat selesaikan masalah.
Rintangan kreativiti dan inovasi : Pembuat keputusan kurang yakin dan tidak sanggup menanggung risiko Tatatertib dan peraturan organisasi yang menghadkan kebebasan berfikir dan bertindak Pembuat keputusan gagal melihat kekuatan yang ada pada diri dan sekelilingnya Sikap menganggap keputusan/penyelesaian semasa adalah cara terbaik dan tidak ingin mengubah cara semasa Terlalu mengharapkan ganjaran berbentuk hadiah/pengiktirafan
PENGURUSAN KETEGANGAN
DEFINISI KETEGANGAN Satu tekanan fizikal/fisiologi dan psikologi yang dihadapi Akibat kegagalan bertindakbalas sewajarnya dengan persekitaran dalaman iaitu jangkaan terhadap diri sendiri dan luaran seperti harapan organisasi/pihak lain
TANDA-TANDA KETEGANGANFISIOLOGIDef:
Memberi kesan kepada kesihatan badan
Cth:
Tekanan darah tinggi Lemah jantung Pening kepala /migrin Keletihan
PSIKOLOGIDef:
Memberi kesan kepada tahap emosi seseorang
Cth:
Mudah marah Ganas Mudah cemas/bimbang Rendah diri
GELAGAT
Def:
Pertukaran tingkah laku dari normal/biasa kepada luarbiasa
Cth:
Ponteng kerja Banyak / kurang makan Minum arak, s/guna dadah Produktiviti menurun Kadar lantik henti tinggi
KOGNITIF
Def:
Memberi kesan kepada keupayaan minda / pemikiran
Cth: Kualiti keputusan yg dibuat menurun Kurang cekap & efisyen
PUNCA-PUNCA KETEGANGANPUNCA BERKAITAN PEKERJAANFAKTAHURAIAN
Konflik Peranan Wujud kerana pekerja mempunyai pelbagai peranan yg perlu dijalankan seperti berperanan sebagai suami/ibi, anak, pekerja dll Gagal menentukan yg mana harus diberi keutamaan/ penting
Keperluan Kerja Sifat pekerjaan yang boleh mendatangkan ketegangan Cth : pembuatan keputusan, kerja rutin yg membosankan, keadaan tempat kerja yg kurang memuaskan.
Kekaburan Peranan Tidak pasti tentang peranan sebenar mereka, tahap kuasa yg boleh digunakan dll
Kekurangan Sokongan Sosial Tiada sokongan rakan, orang bawahan dan atasan Sering diperlekehkan/ di kutuk dll
Struktur Organisasi Terikat dengan peraturan, tiada kebebasan,terpaksa terima arahan ,birokrasi dll
Kepimpinan Organisasi Berhadapan dengan kepimpinan yg tegas, garang, diktator, tidak bertimbang rasa dll
Terlalu Banyak/Sedikit Tugas Jika terlalu banyak sehingga di luar kemampuan menimbulkan ketegangan Jika terlalu sedikit, risau kerana tidak diberi kepercayaan, bosan & rasa tidak penting
Gangguan Seksual Berhadapan gangguan sama ada komunikasi / fizikal yg berbentuk seksual tanpa kerelaan
Keadaan Tempat Kerja Dll Seperti kotor, bising, panas, kurang pengudaraan , tidak selamat dll
PUNCA INDIVIDUPersonaliti
Sifat individu yg sentiasa membuat sesuatu dgn cepat/ kalut spt berjalan & makan dgn pantas/sifat tidak sabar Tidak semua pekerja suka mengambil tanggungjawab, kreatif, dan suka bekerja pemarah, susah hati. Mempunyai lokus kawalan luaran yg menganggap faktor luaran mempengaruhi dirinya & individu itu tiada keyakinan mengawalnya
Pengalaman kerja Pengalaman banyak membantu individu bersikap tenang & tabah hadapi masalah Ianya dapat mbtk mekanisma /kaedah/panduan utk menangani pelbagai masalah Pekerja baru yang kurang pengalaman banyak menghadapi kesukaran menjalankan kerja
Tanggapan Iaitu persepsi individu terhadap sst keadaan smd sbg cabaran/ancaman/peluang Sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa tidak puashati dan tertekan
Kejadian yg mengejutkan Peristiwa yg mengejut & mengecewakan spt perceraian,kematian, sakit tenat dll
Rutin harian Melakukan perkara yg sama setiap hari & ianya membosankan Terpaksa lakukan dalam tempoh yang singkat
PUNCA-PUNCA LAINKetidaktentuan Ekonomi Kegawatan ekonomi menyebabkan kemerosotan kepada prestasi perniagaan, pengangguran dll
Ketidakstabilan Politik
Perubahan politik yang kerap menyebabkan berlaku perubahan dasar, akta & peraturan yg menimbulkan pelbagai reaksi kepada masyarakat
Perubahan Teknologi
Perubahan teknologi menyebabkan pekerja perlu menguasai ilmu yg baru /perlu belajar Tekanan kepada pekerja yg sukar menerima perubahan
Keluarga dan saudara-maraDesakan keluarga, kematian, kemalangan
Sosio-budayaPergaulan bebas, kelakuan ganas remaja, kehadiran buruh asing
KAEDAH PENGURUSAN KETEGANGAN
PENDEKATAN ORGANISASIIklim Organisasi Yg Baik Sediakan suasana tempat kerja yg baik, selamat dan kondusif Wujudkan hubungan harmoni antara pekerja & pengurusan Jaga kebajikan pekerja
Program Kaunseling Sedia khidmat kaunseling untuk bantu menyelesaikan masalah pekerja baik masalah peribadi mahupun masalah kerja
Program Sokongan Keluarga Laksanakan aktiviti yang menyenangkan pekerja menghadapi pelbagai peranannya & memudahkan urusan keluarga pekerja Cth: Sedia tempat jagaan kanak-kanak, jadual kerja anjal. Tempat penyusuan bayi, kerja di rumah.
Program Pengurusan Ketegangan Beri aktiviti/ latihan/ kursus untuk hadapi / elak ketegangan Cth: senaman beramai-ramai, latihan teknik meditasi, senam robik, kaedah buang tabiat merokok dll
Sistem Mentor Menyediakan tempat merujuk kepada pekerja seperti meletakkan pekerja yang lebih berpengalaman sebagai mentor.
Pemilihan & Penempatan Pemilihan pekerja & penempatannya di unit/jabatan/ tanggungjawabnya haruslah sesuai dengan kelulusan, kemahiran, latar belakang dan fizikal pekerja Ini akan membolehkan pekerja melaksanakannya dengan baik & penuh minat
Komunikasi Organisasi Komunikasi perlu jelas dan disebarkan untuk makluman pekerja secara rasmi agar tidak timbul kekeliruan dan elak dari khabar angin.
PENDEKATAN INDIVIDUPengurusan Masa Urus masa dgn berkesan melalui penyenaraian tugas mengikut keutamaan Laksanakan tugas utama dahulu Dapat siapkan lebih banyak kerja pd masa yg diperuntukkan
Teknik Fisiologi Buat teknik meditasi iaitu tenangkan fikiran dgn mengenepikan perkara yg mengganggu fikiran Rehat secukupnya
Senaman Penting utk kecergasan fizikal dan mental
Sokongan Sosial Sokongan dari rakan ,keluarga, sertai persatuan/kelab dll
KESAN KETEGANGANKESAN KEPADA ORGANISASI
KESAN KEPADA PEKERJAKESAN KEPADA ORGANISASI
Kadar keganasan meningkat Menyebabkan kerosakan harta benda syarikat
Bertambahnya kadar lantik henti Menyebabkan syarikat menanggung kos pengurusan sumber manusia yang tinggi
Bertambahnya kadar ponteng kerja Mengakibatkan kerja tidak siap/produk tidak dapat dihasilkan pada masa yang ditetapkan
Merosakkan input/harta organisasi/vandalisme Menyebabkan kualiti output Dihasilkan rendah
Kemalangan semasa kerja meningkat Akan menyebabkan kos penjagaan kesihatan kesihatan bertambah
Prestasi pekerja menurun Menyebabkan penurunan produktiviti syarikat
Hubungan antara pekerja dengan organisasi muram Memberi kesan kepada iklim syarikat yang tidak baik
TABII ORANG YANG BERJAYA
TABII ORANG BERKESAN(STEVEN COVEY)TABIIMAKSUDHURAIAN/CONTOH
Bersikap ProaktifBertindak tanpa diarah dan berinisiatif Kenalpasti idea-idea baru Kawal dan sesuaikan diri dengan persekitaran. Kenalpasti apa yang bakal berlaku. Keupayaan menangani perubahan.
Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat.Menetapkan matlamat sebelum bertindak. Ada arah tujuan atau garis panduan Tetapkan keutamaan kerja Selesaikan tugas ikut urutan Mempunyai senarai tugas
Lakukan perkara yang utama dahuluMelakukan sesuatu perkara yang penting dahulu Lakukan tugas ikut masa yang ditetapkan. Elakkan pembaziran masa Kenalpasti keutamaan/kepentingan aktiviti (e.g. Pengurangan kos, Kepantasan) Menentukan aktiviti/merancang aktiviti (buat keputusan tentang keutamaan setiap aktiviti) Menyusun aktiviti mengikut kepentingan Membuat penjadualan pelaksanaan Buat senarai semak tugas Lakukan pengurusan masa yang berkesan
Berfikiran menang-menangMembuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan atau manfaat kepada semua pihak. Ambil keputusan supaya tidak menjejaskan kedua-dua pihak. Keputusan positif, adil dan tidak berat sebelah. Memahami matlamat kumpulan Memahami peranan dalam kumpulan Perlu bekerjasama Kejayaan kumpulan kejayaan semua Kejayaan memberi kepuasan untuk semua Membuat keputusan/tindakan yang positif Mengutamakan faedah bersama Tidak menjejaskan pihak lain (e.g. Khianat, sabotaj)
Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami.Berusaha untuk memahami sesuatu isu. Mendengar dengan baik Memahami keadaan orang lain Empati Berkomunikasi dengan efektif Membuat orang lain faham Berfikiran dan berpersepsi yang positif Jujur dalam semua hal
BersinergiMengambil kesempatan atas apa yang berlaku dan merebut peluang yang wujud. Setiap kelemahan akan diubah menjadi kekuatan. Ancaman diubah menjadi peluang. 1.Suasana organisasi mempunyai warga yang berbeza. perbezaan ini memerlukan koordinasi dan kerjasama matlamat/objektif pengurusan adalah membawa kestabilan kepada organisasi Pengurus yang bersinergi dapat mengkordinasi, menyusun & menyelaras supaya organisasi stabil dan semua menuju ke arah objektif yang sama 3. Sifat/ gaya pengurusan yang berbeza Pengurus perlu menyedari bahawa manusia/pekerja berbeza dari segi mental, pengetahuan dan psikologi. Oleh itu pemikiran, pendapat, sikap dan tindak tanduk akan berbeza @ Menghargai pandangan orang lain Menekankan kerjasama, memahami antara satu sama lain. kerja yang sistematik/mengatur dan menyusun kerja @ Menggunakan perbezaan utk mewujudkan peluang baru/positif terhadap perbezaan
Tajamkan GergajiSentiasa meningkatkan kemahiran dan adakan perubahan pada diri sendiri. Jasmani- Fizikal sentiasa dijaga Emosi- Sentisa mengawal perasaan Rohani- Sentisa mempunyai pegangan agama yang kukuh. Intelek- Sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan memperkembangkan diri sendiri meningkatkan kemahiran, mengadakan pembaharuan kepada diri sendiri Memperbaharui/ mempertingkatkan 4 dimensi sifat semulajadi seseorang individu iaitu fizikal,mental,rohani dan sosial/emosi. Kesedaran dan kehendak untuk memperkembangkan diri sendiri seumur hidup.
JERIHURAIANCONTOH
Jasmani-Berkaitan kesihatan tubuh badan, kecergasan dan kecerdasan-penjagaan badan secara berkesan dengan melakukan senaman seperti aerobik, berlari-menjaga pemakanan(makanan seimbang) dan menguruskan tekanan agar sentiasa sihat, cergas
Senaman 10 minit setiap pagi
Kantin jual makanan yg berkhasiat
Emosi-tidak mudah tertekan,terlalu ikut perasaan, dll-berinteraksi dengan orang lain-berkomunikasi dan bekerjasama dengan org lain utk mencari penyelesaian-membantu orang lain secara bermakna-jangan marah
Berjumpa kaunselor
Rohani-perlu santapan,penilaian, ibadat, dan lain2-berpegang teguh kepada agama dan percaya kepada Tuhan-mendalami pengetahuan agama supaya mendapat nilai yg baik dan berkomitmen tinggi terhadap apa yg dilakukannya-memperbaharui melalui sembahyang dan meditasi tentang kitab suci, berinteraksi dengan alam semulajadi seperti meninggalkan kebisingan dan kekacauan bandaraya-menyegarkan diri utk mencapai ketenangan, ketenteraman, dan kesabaran yg tinggi
Membaca buku agama
Menyediakan surau untuk pekerja
Intelek-Berkaitan pengetahuan, kemahiran, pengalaman-memperluas dan memperkaya minda melalui membaca dan merancang-melatih minda dengan membuat pemikiran refleksi dan membuat imaginasi-mencari ilmu,menambah pengalaman, pembacaan, pengetahuan, dll (dlm apa jua bidang)-menulis intrinsic seperti menyimpan jurnal, pemikiran, pengalaman, pengertian dan pembelajaran kita
Organisasi memberi biasiswa kpd pekerja yg menyambung belajar
FAKTOR KEJAYAAN SEIMBANGCIRI-CIRI ORGANISASI CEMERLANGHURAIAN
Kepercayaan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik Sentiasa berusaha utk mendapatkan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik samada dari segi produk dan perkhidmatan yang diberikan pelanggan atau layanan kepada pekerja-pekerja organisasi itu sendiri.
Kepercayaan tentang pentingnya penjelasan yang terperinci tentang tugas yangperlu diselesaikan
Perlu memberikan penjelasan yang terpeinci kepada peherja bagi elak timbul kekaburan pekerja tentang peranan, apa yang harus dilakukan, standard yang perlu dicapai dll.
Kepercayaan tentang pentingnya perkhidmatan dan kualiti yang terbaik Berusaha mengelakkan berlakunya kesilapan dengan sedaya upaya.
Kepercayaan tentang pentingnya melayan setiap manusia sebagai individu yang berbeza
Percaya bahawa setiap manusia mempunyai sifat-sifat yang berbeza dan unik dari segi minat, pengalaman, kemahiran dll dan berusaha menyelaraskan keperluan setiap individu.
Kepercayaan bahawa setiap individu perlu membawa pembaharuan kepada organisasi.
Menggalakkan pekerja-pekerja agar mencari idea baru yang boleh diketengahkan kepada organisasi seperti penciptaan produk baru atau proses pembaikan kepada cara-cara pengurusan.
Kepercayaan bahawa setiap organisasi perlu memberi sokongan kepada pekerja-pekerja yang gagal
Beri sokongan supaya mereka boleh memperbaiki kelemahan mereka, beri peralatan yang cukup dan beri latihan.
Kepercayaan tentang pentingnya ketidakformalan utk meningkatkan komunikasi organisasi
Mengurangkan kerenah birokrasi yang tidak perlu agar sesuatu keputusan bijak dapat dilaksanakan tanpa perlu dirujuk kepada pihak yang lebih tinggi. Ini lebih menjimatkan masa dan kos.
Iklim organisasi perlu diubah daripada terlalu tegas kepada suasana yang lebih mesra dan harmoni
Bentuk peraturan rasmi perlu diminimumkan supaya pekerja-pekerja mudah utk mengeluarkan idea dan pendapat masing-masing.
www.pengajianperniagaanstpm.blogspot.com