modul 5 non-current asset
DESCRIPTION
Modul 5 Non-Current Asset. M205K1 ASET BUKAN SEMASA (HARTANAH, LOJI & PERALATAN). M205K1.1 E1 Menerangkan definisi bagi Aset Bukan Semasa. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
NAMA MODUL STANDARD KOMPETENSI
M205
ASET BUKAN SEMASA
M205K1 ASET BUKAN SEMASA (HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN)
M205K2 MENGEMASKINI DAFTAR ASET BUKAN SEMASA
M205K3 PENYELARASAN ASET BUKAN SEMASA
M205K4 MENGESAHKAN DAFTAR ASET BUKAN SEMASA YANG TELAH DIKEMASKINI (TERLARAS)
M205K5 MENGESAHKAN SUSUT NILAI ASET BUKAN SEMASA
M205K1 ASET BUKAN SEMASA (HARTANAH, LOJI & PERALATAN)
PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI EVIDEN KOMPETENSI
M205K1.1 Mendefinisi Aset Bukan Semasa.
M205K1.1 E1 Menerangkan definisi bagi Aset Bukan Semasa.
M205K1.1 E2 Menerangkan sebab-sebab Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai.
M205K1.2Tujuan menyediakan Daftar Aset
Bukan Semasa.
M205K1.2 E1
Menerangkan 4 tujuan menyediakan Daftar Aset Bukan Semasa.
M205K1.3 Kepentingan menyediakan Susut
Nilai Aset BukanSemasa.
M205K1.3 E1 Menerangkan maksud Susut Nilai dan Peruntukan Susut Nilai.
M205K1.3 E2 Menyenaraikan 3 kaedah menghitung Susut Nilai.
M205K1.3 E3 Menerangkan 3 kaedah Susut Nilai.
M205K1.3 E4 Menghitung Susut Nilai mengikut kaedah :i) Garis Lurus
ii) Baki Berkuranganiii) Penilaian Semula
M205K1.1 E1Menerangkan definisi bagi Aset Bukan Semasa
Harta /aset yang dibeli bukan untuk dijual semula tetapi digunakan untuk membantu menjalankan perniagaan dan penggunaannya lebih daripada
satu tempoh perakaunan.
ASET BUKAN SEMASA
Kenderaan
Alatan Pejabat
Mesin
Perabot
Lengkapan
Premis
M205K1.1 E2Menerangkan sebab-sebab Aset Bukan Semasa mengalami
susut nilai.• Haus & keusangan : Kemerosotan atau kerosakan fizikal akibat pendedahan kepada unsur semula jadi seperti hujan, cahaya matahari, dan angin yang mengakibatkan aset berkarat, usang, pudar, buruk atau reput.
• Berteknologi lama : Model lama akan menjejaskan produktiviti dan pertambahan kos. Oleh itu, ia perlu diganti dengan model dan teknologi yang terkini.
• Susutan akibat penggunaan yang berterusan : Sumber semula jadi seperti gas, petroleum, kuari, emas, bijih timah dan sebagainya akan menjadi semakin susut/berkurangan apabila ia dikeluarkan.
• Faktor peredaran masa :Aset yang usia gunanya ditetapkan oleh undang-undang seperti pajakan, paten dan hak cipta. Nilai aset akan berkurang apabila aset semakin menghampiri tempoh tamat penggunaannya.
M205K1.2Tujuan menyediakan Daftar Aset Bukan Semasa
(a) Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat
dan kemaskini.
(b) Memudahkan pengesanan dan pemantauan.
(c) Membolehkan keadaan aset diketahui.
(d) Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan
penggantian aset.
M205K1.3 E1Menerangkan maksud Susut Nilai dan
Peruntukan Susut Nilai
SUSUT NILAI PERUNTUKAN SUSUT NILAI
Definisi Merupakan kejatuhan nilai Aset Bukan Semasa dan dianggap sebagai belanja perniagaan.
Jumlah susut nilai yang terkumpul dan dianggap liabiliti kerana tanggungan kepada perniagaan.
Kategori Belanja . Liabiliti.
Tutup akaun dan pindahkan ke
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (Penyata Pendapatan).
Kunci Kira-kira
Rekod di sebelah
Debit (Dr.) Kredit (Kt.)
M205K1.3 E2Menyenaraikan 3 kaedah menghitung Susut Nilai
KAEDAH PENILAIAN SEMULA
KAEDAH BAKI BERKURANGAN
KAEDAH GARIS LURUS @
ANSURAN TETAP
M205K1.3 E3Menerangkan 3 kaedah Susut Nilai
GARIS LURUS BAKI BERKURANGAN PENILAIAN SEMULASusut nilai tetap sama setiap
tahun tetapi perlu mengetahui usia guna aset dan nilai skrap Aset Bukan
Semasa berkenaan.
Susut nilai semakin berkurangan pada setiap
tahun.
Susut nilai tidak tetap bergantung kepada penambahan dan
pengurangan nilai aset awal dan ia sesuai untuk alat-alat
kecil.Kos Aset (asal) – Nilai Skrap _______________________
Usia Guna Aset
@
Kos Aset (asal) X Kadar % susut nilai
Kadar peratusan susut nilai X
Nilai buku bersih (net book value) aset
Nilai aset pada awal tahun + Belian aset tahun semasa – Nilai aset pada akhir tahun
M205K1.3 E4Menghitung Susut Nilai mengikut kaedah :
(i) Garis Lurus
Perniagaan Natasha membeli sebuah mesin bernilai RM50,000 dan dijangka dapat digunakan selama 5 tahun. Pada akhir tahun ke-5, mesin ini dijangka dapat dijual sebagai besi buruk bernilai RM5,000. Hitung susut nilai tahunan bagi aset tersebut.
Jawapan :Susut nilai = Kos Asal – Nilai Skrap Usia Guna Aset
= RM50,000 – RM5,000 5 tahun = RM9,000
Catatan Jurnal : Dt. Belanja Susut Nilai Mesin RM9,000 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin RM9,000
Lejar :
Akaun Belanja Susut Nilai Mesin
31/12/12 Peruntukan susut nilai mesin RM9,000
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
31/12/12 Belanja Susut Nilai Mesin RM9,000
Perniagaan Natasha membeli sebuah mesin bernilai RM20, 000. Susut nilai ditetapkan pada kadar 10% setahun daripada kos asalnya. Hitung susut nilai tahunan aset itu.
Jawapan :Susut nilai = Kos Asal x Peratus Susut Nilai = RM20, 000 x 10% = RM2,000
Catatan Jurnal : Dt. Belanja Susut Nilai Mesin RM2,000 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin RM2,000
Lejar :
Akaun Belanja Susut Nilai Mesin
31/12/12 Peruntukan susut nilai mesin RM2,000
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
31/12/12 Belanja Susut Nilai Mesin RM2,000
M205K1.3 E4Menghitung Susut Nilai mengikut kaedah :
(ii) Baki Berkurangan
Kedai Malik membeli sebuah mesin fotostat dengan harga RM20,000. Kadar peratus susut nilai dianggar sebanyak 20% setahun. Susut nilai tahunan dikira mengikut kaedah baki berkurangan selama tiga tahun. Kira susut nilai tahunan.
Jawapan :Pengiraan Susut Nilai = Kadar peratusan susut nilai X Nilai buku bersih (net book value) aset
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
Belanja Susut Nilai (BSN)
RM20,000 x 20% = RM4,000
RM16,000 x 20%= RM3,200
RM12,800 X 20%= RM2,560
Peruntukan Susut Nilai (PSN)
RM4,000 RM4,000 + RM3,200= RM7,200
RM7,200 + RM2,560= RM9,760
Nilai Buku Bersih
RM20,000 – RM4,000
= RM16,000
RM16,000 – RM3,200= RM12,800
RM12,800 – RM2,560= RM10,240
Catatan Jurnal :
Tahun 1 Dt. Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat RM4,000 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat RM4,000
Lejar :Akaun Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat
31/12/12 Peruntukan susut nilai mesin RM4,000
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat
31/12/12 Belanja Susut Nilai Mesin RM4,000
Catatan Jurnal :
Tahun 2 Dt. Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat RM3,200 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat RM3,200
Lejar :Akaun Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat
31/12/12 Peruntukan susut nilai mesin RM3,200
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat
01/01/13 Baki b/b RM4,00031/12/13 Belanja Susut Nilai Mesin RM3,200
Catatan Jurnal :
Tahun 3 Dt. Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat RM2,560 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat RM2,560
Lejar :Akaun Belanja Susut Nilai Mesin Fotostat
31/12/12 Peruntukan susut nilai mesin RM2,560
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin Fotostat
01/01/14 Baki b/b RM7,20031/12/14 Belanja Susut Nilai Mesin RM2,560
M205K1.3 E4Menghitung Susut Nilai mengikut kaedah :
(iii) Penilaian Semula
Pada 1 Januari 2011, baki awal mesin bagi Kedai Natasha ialah RM2,000. Sepanjang tempoh perakaunan, pemilik telah membeli mesin bernilai RM5,000. Pada akhir tempoh perakaunan iaitu 31 Disember 2011, nilai semasa mesin ialah RM 6,500. Hitung susut nilai tersebut.
Jawapan :
Pengiraan Susut Nilai = Nilai aset pada awal tahun + Belian aset tahun semasa – Nilai aset pada akhir tahun= RM2,000 + 5,000 – RM6,500=RM 500
Catatan Jurnal :
Dt. Belanja Susut Nilai Mesin RM500 Kt. Peruntukan Susut Nilai Mesin RM500
Lejar :Akaun Belanja Susut Nilai Mesin
31/12/11 Peruntukan susut nilai mesin RM500
Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
31/12/11 Belanja Susut Nilai Mesin RM500
M205K1 MENGEMASKINI DAFTAR ASET BUKAN SEMASA
PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI EVIDEN KOMPETENSI
M205K2.1 Mendapatkan Daftar Aset
Bukan Semasa.
M205K 2.1E1 Menyediakan format dan kandungan Daftar Aset Bukan Semasa dengan kaedah yang tepat.
M205K2.2Menentukan pergerakan Aset
Bukan Semasa.
M205K2.2E1
Mengenalpasti 3 jenis Aset Bukan Semasa.
M205K2.2E2
Mengenalpasti maklumat Aset Bukan Semasa daripada dokumen perniagaan.
M205K2.3 Merekod pergerakan Aset
Bukan Semasa.
M205K2.3E1 Merekod Aset Bukan Semasa ke dalam Daftar Aset Bukan Semasa mengikut jenis Aset.
M205K2.4Mendapatkan pengesahan Daftar Aset Bukan Semasa
yang telah dikemaskini.
M205K2.4E1 Menyemak Daftar Aset Bukan Semasa yang telah dikemaskini.
M205K 2.1E1Menyediakan format dan kandungan Daftar Aset Bukan Semasa
dengan kaedah yang tepat.
Jenis Aset :
Tarikh Aset Kod
No Ruj Perkara Jenama/ Model
Kuantiti Kos / Unit Jumlah Kos (RM )
Jangka Hayat
Lokasi Catatan
KEDAI BARANGAN ELEKTRONIKDAFTAR ASET BUKAN SEMASA
M205K3.3E1Menyediakan format dan kandungan jadual Susut Nilai.
BIL TARIKH
ASET KOS KADAR SUSUT NILAI
SUSUT NILAI NILAI BUKU
BERSIH BAKI AWAL
TAMBAHAN BAKI AKHIR
BAKI AWAL
TAMBAHAN BAKI AKHIR
JUMLAH
KEDAI BARANGAN ELEKTRONIKJADUAL SUSUT NILAI PADA BULAN : ________________
M205K2.2E1Mengenalpasti 3 jenis Aset Bukan Semasa.
KOMPUTER
ALATAN PEJABAT/ ALATAN KEDAI
PERABOT
M205K2.2E2Mengenalpasti maklumat Aset Bukan Semasa daripada dokumen
perniagaan.
a) Nama Asetb) Tarikh dibelic) Harga Seunit
d) Kuantitie) Jumlah
f) Jangka Hayat g) Lokasi
M205K3 PENYELARASAN ASET BUKAN SEMASA
PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI EVIDEN KOMPETENSI
M205K3.1
Mendapatkan senarai Daftar Aset Bukan Semasa.M205K3.1E1 Menyemak senarai Daftar Aset
Bukan Semasa.M205K3.2
Mendapatkan laporan fizikal Aset Bukan Semasa.
M205K3.3Mengenalpasti kaedah Susut Nilai.
M205K3.3E1 Menyediakan format dan kandungan jadual Susut Nilai.
M205K3.3E2 Merekod setiap Susut Nilai Aset Bukan Semasa mengikut kumpulan jenis aset berdasarkan format yang tepat.
M205K3.4 Mendapatkan pengesahan Susut Nilai.
M205K3.4E1 Menyemak jadual Susut Nilai dan mendapat pengesahan.
M205K3.5Menyelesaikan maklumat Susut Nilai
M205K3.5E1 Menjumlahkan semua kolum mengikut jenis aset.
M205K3.5E2 Menyediakan catatan jurnal
M205K3.5E3 Mengepos ke dalam lejar yang berkaitan
M205K3.6Menyimpan dokumen Aset Bukan Semasa
M205K3.6E1 Mengenalpasti jenis fail dan menyusun dokumen mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
M205K4 MENGESAHKAN DAFTAR ASET BUKAN SEMASA YANG TELAH
DIKEMASKINI (TERLARAS)
PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI EVIDEN KOMPETENSI
M205K4.1 Mendapatkan maklumat Daftar Aset yang telah
dikemaskini.
M205K4.1E1
Menyemak dan mengesahkan Daftar Aset Bukan Semasa.yang telah dikemaskini.
M205K4.2Melaksanakan pengesahan Aset Bukan Semasa yang
telah dikemaskini
M205K4.3 Mendapatkan kelulusan Daftar Aset Bukan Semasa.
M205K5 MENGESAHKAN SUSUT NILAI ASET BUKAN SEMASA
PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI EVIDEN KOMPETENSI
M205K5.1 Mendapatkan maklumat jadual Susut Nilai yang telah
dikemaskini.
M205K5.1E1 Menyemak dan mengesahkan Jadual Susut Nilai yang telah
dikemaskini.
M205K5.2 Melaksanakan pengesahan Susut Nilai
M205K5.3 Mendapatkan kelulusan pengesahan dalaman susut
nilai.
Disediakan oleh :Puan Dyna
Khas untuk:Pelajar Semester 2
Diploma PerakaunanKolej Vokasional Tawau
Sesi Jun-Sept. 2013