model karangan 1.doc

2

Click here to load reader

Upload: sk-zhong

Post on 05-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Karangan UPSR Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Penulisan Tahun 6

Model Karangan Aku sebuah kereta

Penulisan Tahun 4- Model Karangan

Badan aku berbentuk segi empat. Aku terdiri daripada empat biji roda yang moden, lampu, enjin berkuasa tinggi dan pelbagai komponen yang canggih. Aku ialah sebuah kereta dan aku dinamakan Toyota Camry. Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang yang tersohor di dunia iaitu Syarikat Camry.

Sejurus aku dilahirkan aku diedarkan ke sebuah kedai menjual kereta yang terletak di Pulau Pinang. Di situ, aku dilabelkan dengan harga RM 144,000.80 di dalam sebuah bilik pameran. Di dalam kedai itu, Aku amat berbesar hati kerana tuan kedai itu melayan aku dengan teliti. Aku selalu dibersihkan oleh tuan kedai itu sehingga berkilat-kilat.

Selain itu, aku juga berkenalan dengan banyak rakan-rakan seperjuangan yang mesra di dalam kedai itu. Misalnya, Vios, Avanza dan sebagainya. Kami bermain dengan seronok sepanjang hari di situ. Hubungan kami rapat bagaikan isi dengan kuku. Akan tetapi, sehari demi sehari, rakan-rakan kesayanganku aku meninggalkan aku kerana mereka telah dibeli oleh manusia. Hatiku sangat pedih.

Pada suatu hari, seorang gadis yang ayu mengunjung ke kedai aku. Selepas satu jam memilih, gadis itu membuat keputusan untuk membeli aku. Aku berasa sangat gembira. Sesampai di rumah tuan baru aku, baru aku menyedari bahawa tuan aku bernama Susan. Beliau melayan aku bagai menatang minyak yang penuh. Beliau selalu memandu aku untuk ke tempat bekerja.

Pada bulan yang lepas, semasa Susan memandu aku ke tempat bekerja, aku dilanggar oleh sebuah lori yang besar. Aku cedera parah dan keadaan aku bagaikan nyawa-nyawa ikan. Susan berasa gelisah bagaikan cacing kepanasan. Kemudian, beliau segera menghantar aku ke bengkel untuk diperbaiki. Akhirnya, aku bersyukur kepada tuhan yang mahaesa kerana aku berjaya diselamatkan oleh juruteknik yang mahir.

Aku sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada Susan. Susan ialah tuan yang paling murah hati dan berkasih sayang di dalam dunia yang istimewa ini. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku dengan taat dan setia sepanjang hayat aku.

SK Cheng B.A. (Hons) Ed. (USM) Tel: 012-4138225