model assure

18
MODEL ASSURE PENSYARAH ENCIK AHMAD PATAKON AHLI KUMPULAN: CHOO SUEH PING TEE LEE TENG

Upload: sueh-ping-choo

Post on 15-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assure

TRANSCRIPT

Model Assure

Model AssurePensyarahEncik Ahmad PatakonAhli Kumpulan:Choo Sueh PingTee Lee TengModel ASSUREAplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. 1.Analyse Learners (Analisis Pelajar)2.State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)3.Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)4.Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)5.Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)6.Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)1. Analisis PelajarMenganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

1.Ciri-ciri umum pelajar.2.Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.3.Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/ daerah/ kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada

Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian pra unit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu sebelum mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.Gaya Pembelajaran Pelajar

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil PembelajaranObjektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

1.Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)2.Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)3.Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)4.Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialahmelakarmenamakanmeramalmembacamenjawabmelukismenilaimelabelmenjelas

Situasi dan Syarat PerlakuanApakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapatmelabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberSetiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.Adakah bahan ini menepati kurikulum?Adakah isi pelajaran menepati kurikulum?Adakah laras bahasanya jelas?Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?Adakah bahan ini berkualiti?Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.4. Gunakan Media dan Bahan SumberLangkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut bemar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran.Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaranSesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak SemulaDua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.TERIMA KASIH!