mm panitia sn 2 2015 padmini
DESCRIPTION
panitia snsTRANSCRIPT
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : STLV: 30/007/4(2) Tarikh : 07 MEI 2015
Untuk perhatian kepada semua guru sains,
MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SAINS KALI KE – 2/2015 Berhubung dengan perkara di atas, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan maklumat berikut :
Tarikh : 14.05.2015 ( KHAMIS) Masa : 1.45 p.m. Tempat : Bilik Sains
2. AgendaI. Perutusan pengerusiII. Ucapan PenasihatIII. Pengesahan Minit Mesyuarat LaluIV. Perkara berbangkitV. HeadcountVI. Analisis Keputusan Ujian Bulanan MacVII. Laporan Program dan Kertas Kerja AktivitiVIII. Kaedah Pembelajaran dan PengajaranIX. Kelemahan dan cadangan penambahbaikanX. Semakan stok panitiaXI. Hal – Hal Lain
3. Kerjasama anda menghadiri mesyuarat ini terlebih dahulu didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian . Terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
........................................................
SJK(TAMIL) LADANG VICTORIA,09400 PADANG SERAI, TEL: 04 - 5000016KEDAH DARUL AMAN. Fax :04- 4002053 E-mail : [email protected] SEKOLAH : KBD5047
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : STLV: 30/007/4(2) Tarikh : 07 MEI 2015
MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE – 2/2015 Tarikh :..........................................................
Hari :..........................................................
Masa :..........................................................
Tempat :..........................................................
Sila tandatangan penerimaan panggilan mesyuarat panitia sains kali ke-2
Bil Nama Guru Jawatan Tandatangan
SJK(TAMIL) LADANG VICTORIA,09400 PADANG SERAI, TEL: 04 - 5000016KEDAH DARUL AMAN. Fax :04- 4002053 E-mail : [email protected] SEKOLAH : KBD5047
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : STLV: 30/007/4(2) Tarikh : 14 MEI 2015
KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE – 2/2015 Tarikh :..........................................................
Hari :..........................................................
Masa :..........................................................
Tempat :..........................................................
Bil Nama Guru Jawatan Tandatangan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Turut Hadir
11.
12.
13.
14.
SJK(TAMIL) LADANG VICTORIA,09400 PADANG SERAI, TEL: 04 - 5000016KEDAH DARUL AMAN. Fax :04- 4002053 E-mail : [email protected] SEKOLAH : KBD5047
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : STLV: 30/007/4(2) Tarikh : 14 MEI 2015
MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE – 2/2015 Tarikh :..........................................................
Hari :..........................................................
Masa :..........................................................
Tempat :..........................................................
Sila tandatangan penerimaan minit mesyuarat panitia Sains kali ke-1
Bil Nama Guru Jawatan Tandatangan
SJK(TAMIL) LADANG VICTORIA,09400 PADANG SERAI, TEL: 04 - 5000016KEDAH DARUL AMAN. Fax :04- 4002053 E-mail : [email protected] SEKOLAH : KBD5047
LAPORAN MAKLUM BALAS MESYUARAT
Tajuk Mesyuarat :.................................................................................. Tarikh:......................
Muka
surat.
Para Perkara Tindakan Maklum balas
Disediakan Oleh:
.............................................................................
( )
SJK(TAMIL) LADANG VICTORIA,09400 PADANG SERAI, TEL: 04 - 5000016KEDAH DARUL AMAN. Fax :04- 4002053 E-mail : [email protected] SEKOLAH : KBD5047
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
SJK(T) LADANG VICTORIA, PADANG SERAI.
Bil 1 Tahun 2015
Tarikh: 28 Januari 2015
Masa: 1.45pm – 3.30 pm
Tempat: Bilik Sains
Hadir :
1. En. D.Asokumar (GB) 2. Pn. Danaletchumi (PK 1) 3. En. Manoring (PKHEM) 4. Pn. Sarathamani (PKKK & Guru Sains Tahun 6S) 5. Pn.S. Letchumy (Guru Sains Tahun 6V) 6. En. Sri Murugan (Guru Sains Tahun 4 & 5) 7. Pn.Ambika (Guru Sains Tahun 3S) 4. Pn.P.Padmini (Ketua panitia Sains & Guru Sains Tahun 3V) 5. Pn. Subashini (Guru Sains Tahun 2S) 6. Pn.Kaliani ( Guru Sains Tahun 2V) 7. Pn. Sabeena (Guru Sains Tahun 1S)
Tidak Hadir Bersebab :-
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan para guru ke
mesyuarat Panitia Sains pertama bagi tahun 2015.
2. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat ini.
3. Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama untuk memberi idea-idea baru dan
memberikan kerjasama kepada ketua panitia yang baru dilantik untuk menjayakan semua
aktiviti yang telah dicadangkan bagi tahun 2015.
4. Beliau menyatakan fokus panitia Sains bagi tahun 2015 adalah untuk meningkatkan
pencapaian murid dalam matapelajaran Sains dari segi peratus lulus,gred purata
matapelajaran dalam peperiksaan,bilangan murid memperoleh Gred A dan memastikan
tidak ada murid yang gagal.
5. Beliau seterusnya menerangkan mengenai tugas-tugas guru matapelajaran Sains iaitu
seperti yang berikut:-
a. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan iaitu setiap hari Ahad .
b. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan kurikulum
mata pelajaran yang berkenaan.
c. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap
penggal bagi tiap tahun.
d. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran Sains dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.
e. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku
latihan murid kepada Guru Besar/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
f. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada murid serta merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
g. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan aktiviti pemulihan/ bimbingan.
h. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
i. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
j. Memastikan keselamatan murid di Bilik Sains serta mengawasi penggunaan peralatan.
k. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD
serta menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran
yang sama.
l. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
m. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
n. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas serta
bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber Sekolah.
o. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
p. Membantu menguruskan Bank Soalan.
Makluman Semua Guru Sains
II. UCAPAN PENASIHAT
6. Guru Besar memberitahu bahawa segala perancangan yang dirancang bagi tahun ini
haruslah lebih terperinci dan efektif agar murid bermanfaat darinya.
7. Beliau berharap guru-guru memberi perhatian lebih kepada teknik-teknik menjawab
soalan Bahagian B Tahap 2 yang lebih berbentuk soalan KBAT kerana murid lemah
dalam menguasainya.
8. Guru besar menyeru guru-guru agar mempraktikkan lapan peta i-think mengikut
kesesuaian topik pelajaran Sains supaya murid lebih memahami dan menguasai topik yang
dipelajari.
Tindakan : Guru-guru Sains Tahun 4,5 dan 6
III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
AHLI JAWATANKUASA
PN.M.SABEENA GURU SN TAHUN 1SPN.K.SUBASHINI GURU SN TAHUN 2SPN.S.KALIANI GURU SN TAHUN 2VPN.S.AMBIKA GURU SN TAHUN 3SPN.P.PADMINI GURU SN TAHUN 3VEN.P.SRI MURUGAN GURU SN TAHUN 4SEN.P.SRI MURUGAN GURU SN TAHUN 4VEN.P.SRI MURUGAN GURU SN TAHUN 5SEN.P.SRI MURUGAN GURU SN TAHUN 5VPN.SARATHAMANI GURU SN TAHUN 6SEN.S.LETCHUMI GURU SN TAHUN 6V
9. Minit mesyuarat yang lalu telah dibentang oleh Pn. K. Devahi selaku Ketua Panitia Tahun 2014. Minit tersebut telah dicadangkan oleh Pn.Ambika dan disokong oleh Pn.S.Letchumy.
Makluman Semua Guru Sains
IV. PERKARA BERBANGKIT
10. Guru-guru menyatakan masalah dalam penggunaan ICT semasa pengajaran dan
pembelajaran.
11. Guru menghadapi masalah semasa mengajar bahagian teknologi maklumat dalam pdp
Sains kerana komputer di makmal tidak mencukupi dan LCD tidak dapat ditayangkan
untuk paparan semua murid bagi memudahkan pangajaran.
12. Guru Sains Tahun 6 Pn. Sarathamani menyatakan murid-murid mendapat peratus
pencapaian yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya kerana terdapat banyak
soalan berbentuk KBAT dan guru perlu lebih memberi fokus kepada soalan berbentuk
KBAT semasa pdp.
13. En. Sri Murugan menyatakan rasa kurang puas hati dengan peralatan Sains yang sedia ada
di bilik Sains kerana tidak mencukupi dan yang sedia ada seperti mikroskop, termometer
dan beberapa model Sains yang lain tidak dapat digunakan.
Tindakan : Semua Guru SainsV. PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA
14. JAWATANKUASA PANITIA SAINS / 2015
PENASIHATEN.D.ASOKUMAR
GURU BESAR
PENGERUSIPN. P.PADMINI
KETUA PANITIA
NAIB PENGERUSIPN.S.AMBIKA
PENOLONG KETUA PANITIA
SETIAUSAHAPN.K.SUBASHINI
VI.BUKU REKOD15. Ketua Panitia mengingatkan guru-guru agar sentiasa memastikan penyediaan rancangan
pelajaran harian adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang
diluluskan dan senarai nama murid di bawah tanggungjawabnya disimpan dalam buku
rekod mengajar.
16. Rancangan pelajaran tahunan yang disediakan mestilah meliputi sepanjang tahun
mengikut minggu. Rancangan pelajaran harian sentiasa dirujuk pada Rancangan pelajaran
tahunan.
17. Buku rekod pengajaran haruslah disimpan dan diselenggara dari semasa ke semasa .
Objektif dan refleksi pengajaran guru mestilah lebih terperinci dan berfokus. Refleksi
mestilah sentiasa dirujuk kepada objektif pelajaran dan dinyatakan dalam bentuk yang
boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid.
18. Ketua Panitia juga menyeru agar aktiviti pelajaran yang dirancang terarah untuk mencapai
objektif pelajaran.
Tindakan : Semua Guru Sains
VII. DSKP, RPT,PPPM,MODUL OFFLINE,BUKU RUJUKAN
19. Ketua panitia menyatakan bahawa setiap guru tahun 1-5 mesti mempunyai Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran dalam bentuk ’Hardcopy’ atau ’Softcopy’.
Manakala guru Tahun 6 perlu mempunyai Huraian Sukatan Pelajaran yang diluluskan.
20. Rancangan pelajaran tahunan yang disediakan mengikut DSKP perlulah diambil satu
salinan dan diserahkan kepada ketua panitia secepat yang mungkin.
21. Ketua Panitia memberitahu bahawa Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
menggantikan Dokumen Standard Prestasi adalah suatu penambahbaikan dalam PBS di
mana ia hanya mengandungi deskriptor sahaja dan evidens dimansuhkan.
22. Beliau menambah PPPM ini dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik
pentaksiran sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. PRS
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat
atau telah kuasai apa yang dipelajari mengikut tahap pencapaiann yang dihasratkan oleh
kurikulum matapelajaran itu.
23. Mengikut perkongsian maklumat beliau PPPM ini juga dapat memberi maklumat yang
lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
24. Ketua panitia menyeru guru-guru agar merujuk PPPM semasa pengisian band dalam
modul offline yang akan dijalankan 3 kali sepanjang tahun iaitu sekali dalam masa 3
bulan.
25. Ketua panitia juga menyatakan guru-guru boleh mendapatkan salinan ’softcopy’ semua
dokumen berkaitan pdp sains darinya jika memerlukannya.
26. Beliau menambah guru-guru mestilah lebih bijak dalam memilih buku rujukan tambahan
dan buku latihan yang boleh membantu dalam pengajaran dan meningkatkan tahap
penguasaan murid. Buku-buku di pasaran ada juga yang kurang menepati kriteria KSSR.
Tindakan : Semua Guru Sains
VIII. PERUNTUKAN KEWANGAN
27. Ketua Panitia memaklumkan bahawa Peruntukan kewangan yang sedia ada bagi tahun
2015 adalah sebanyak RM934.08. Sehingga Jun 7% iaitu sebanyak RM66 haruslah
disimpan.
28. Ketua Panitia meminta guru-guru Sains menyenaraikan alat dan radas sains yang
diperlukan mengikut topik pelajaran masing-masing. Pihak sekolah akan membeli alat dan
radas dari semasa ke semasa mengikut keutamaan bagi pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.
29. Beliau juga menambah memandangkan peruntukan sedia ada tidak mencukupi bagi
membeli semua alat dan radas mengikut bilangan murid yang sedia ada maka guru-guru
mestilah sentiasa cari alternatif lain bagi memastikan pdp adalah efektif dan berkesan
mengikut objektif yang ingin dicapai.
30. Ketua panitia juga menyeru guru-guru memberi anggaran perbelanjaan dahulu jika ingin
menjalankan sesuatu aktiviti bagi memudahkan mengagihkan wang terlebih dahulu.
Tindakan : Semua Guru Sains
IX. PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN (2016-2020)
31. (RUJUK LAMPIRAN)
X. PERANCANGAN STRATEGIK 1 TAHUN /2015
32.VISI PANITIA SAINS
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
33.MISI PANITIA SAINS
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
34.MATLAMAT PANITIA SAINS
a. Memperbaik dan meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
b. Berusaha untuk mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong
serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
c. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pelajar dalam peperiksaan UPSR
berasaskan target yang ditetapkan.
d. Melahirkan murid yang inovatif,kreatif, berketrampilan dan celik sains.
e. Melahirkan keyakinan positif terhadap matapelajaran sains.
35.OBJEKTIF PANITIA SAINS
Berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti serta keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
36. Pelan strategik bagi tahun 6 telah siap dan dihantar kepada penyelaras tahun 6 Pn.K.Devahi.
37. Pelan strategik bagi kelas-kelas lain adalah dalam proses.
Tindakan : Semua Guru Sains
XI. KEPUTUSAN UPSR 2014 DAN PENGUNJURAN 2015
38. POST MORTEM PEPERIKSAAN UPSR 2014.a. Bekas Ketua Panitia telah membentangkan analisa keputusan UPSR tahun 2014.b. Puan K.Devahi selaku bekas Ketua Panitia mengucapkan tahniah kepada semua
guru di atas kerjasama yang telah diberikan untuk peningkatan prestasi UPSR tahun 2014.
MP TOV % ETR GP BIL A BIL B BIL C BIL D
SN 83.9 100 1.96 15 19 13 -
39. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun/ Tahun 6 adalah seperti berikut:
MP TAHUN TOV %
ETR
GP BIL
A
BIL
B
BIL
C
BIL
D
SN 6 61.7 100 1.94 17 16 14 -
SN 5 93.0 93.0 2.16 14 24 15 4
SN 4 75.0 91.7 2.47 14 14 15 3
Makluman Semua Guru Sains
XII. DASAR-DASAR PELAJARAN
40. KSSR
a. KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik
kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.
b. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
c. - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator)
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
d. Perbezaan antara KBSR DAN KSSR
KSSR KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: • Komunikasi • Kerohanian, Sikap & Nilai • Kemanusiaan • Perkembangan Fizikal & Estetika • Sains dan Teknologi • Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: • Komunikasi • Manusia dan Alam Kelilingnya • Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum: • Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum: • Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum: • Modular
Reka bentuk kurikulum: • Linear
Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) • Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Kreatif
Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus: 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
e. Elemen merentas Kurikulum (EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi
pdp tetapi ia perlu diaplikasikan dalam pdp yang bersesuaian.
f. Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahap 1 dan
dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh
juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat
dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum
dalam disiplin ilmu lain.
Makluman Semua Guru Sains
41. PBS
a. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
b. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh
pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
c. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
d. Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara
berterusan.
e. Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
f. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016,
mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
g. PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani,
emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi
penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan
produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian
akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan
dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan
kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir
murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
h. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu
tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal
pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan
dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
i. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan
• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan
pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
j. Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid
daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).
k. Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana
perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan
l. Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana
mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran
murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi
Makluman Semua Guru Sains
XIII. HAL-HAL LAIN
42.Jadual penggunaan bilik sains akan diedarkan untuk semua guru supaya semua guru sains
dapat peluang untuk menggunakannya.
43.Guru-guru yang ingin menggunakan ICT dalam P&P boleh meminjam LCD dari pejabat
sekolah.
44.Semua guru diminta kerjasama untuk menjayakan ’School Level science Fair’ yang diadakan
kelak.
45.Guru-guru diminta agar merekod penggunaan dan peminjaman bahan di bilik sains dalam
buku yang disediakan.
Tindakan : Semua Guru Sains
XIV. UCAPAN PENANGGUHAN
46. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi hadir ke mesyuarat ini dan
meminta jasa baik para guru untuk menjayakan idea-idea yang dicadangkan untuk tahun 2015.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…….……………
(PN.K.SUBASHINI)
SU PANITIA SAINS