mist is files_ 16_kata alu-aluan dari srikandi

9
MistisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi MistisFiles metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit ,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra terrestrial,mindcont rol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar, john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny, kalendar maya,albielek,cydonia,666, mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlant is,vatican assasin,majestic 12,big bang... Wednesday, January 13, 2010 Kata Alu-al uan Dari S rikandi Budak-budak mendayung perahu, Sambil berdayung sambil bermain; Macam mana bunga tak layu, Embun menitis di tempat lain  Burung jelatik sarang kedidi, Sarang tempua sarang berjuntai; Sungguhpun cantik sutera dipuji, Belacu juga tahan dipakai.  Angkut-angkut membuat sarang Jatuh berderai diatas peti http://mistisfile s.blogspot.com/20 10/01/kata-al u-aluan-dari-srikandi.ht ml(1 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Upload: hamidwahab

Post on 30-May-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 1/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

MistisFiles 

metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra

terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,

john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,

kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Wednesday, January 13, 2010

Kata Alu-aluan Dari Srikandi 

Budak-budak mendayung perahu,

Sambil berdayung sambil bermain;

Macam mana bunga tak layu,

Embun menitis di tempat lain 

Burung jelatik sarang kedidi,

Sarang tempua sarang berjuntai;

Sungguhpun cantik sutera dipuji,

Belacu juga tahan dipakai.

 

Angkut-angkut membuat sarang

Jatuh berderai diatas peti

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(1 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 2: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 2/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

Apa ditakut harimau yang garang

Sebelum ajal berpantang mati

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kepada semua pembaca dan pemikir,kepada peminat sejarah dan warisan

bangsa,kepada penjejak misteri bangsa yang hilang,kepada pencantum

teka-teki akhir zaman,kepada anak-anak Melayu,kepada warisan Bani Jawi

di Timur Jauh,

 

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

 

Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih

Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi

Ismail a.s di kawasan tandus di Tanah Arab,baginda tidak pulang ke Tanah

Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.

Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja

dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak

diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur

dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi'

atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.

 

Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:

 

"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan

narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan

ditaruh ke dalam batil emas merah murni"

 

Pada halaman yang lain,

 "....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran

atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir

dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah

mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di

telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"

 

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(2 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 3: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 3/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita

bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya

dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada

identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu

mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya

bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa

yang ada.Lihatlah apa yang terjadi kepada penduduk Filipina.Mereka

bukanlah orang Sepanyol yang berpindah beramai-ramai dari Amerika

Latin ke Kepulauan Melayu itu namun mereka adalah mangsa penjajahan

beratus tahun sehingga kehilangan jejak warisan bangsa sendiri.Misteri

asal-usul mereka mampu dikesan melalui sebutan nombor-nombor dalam

bahasa Tagalog yang masih berbekas bahasa Melayu Nusantara yang

digunakan oleh empayar-empayar purba bangsa Mala sehingga ke Empayar

Srivijaya dan Majapahit.Bagaimana seorang dari Filipina mengaku

'berbangsa' Filipino namun menyebut angka-angka yang dari segi

linguistiknya sama dengan bahasa-bahasa Malayo-Polinesia?

 

Mengapa Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki persamaan?

Mengapakah maharaja-maharaja Srivijaya dan Majapahit menggunakan

Bahasa Melayu sebagai lingua franca,bahasa kesusasteraan dan

perdagangan?Kita akan sentuh misteri ini dalam artikel pengiring 'Melayu:

Bahasa atau Bangsa?"

 

Dalam artikel itu,kita akan menyedari bahawa mengapa orang Samoa

mempunyai angka dalam sebutan 'lima' dan 'sepuluh' sama seperti Bahasa

Melayu dan anehnya sebutan nombor-nombor kaum-kaum Polinesia dan

Pasifik ini mirip bahasa Melayu-Jawa.Nampaknya ada satu bangsa yang

menggunakan Bahasa Melayu telah memimpin semua kaum-kaum

Austronesia dan Polinesia dalam ketamadunan,sistem angka,sukatan dan

ilmu-ilmu sains,atau adakah semua kaum-kaum seperti Samoa,Maori dan

Hawaii serta kaum-kaum misteri sejauh di Pulau Easter melangkaui pulau-

pulau Pasifik dan mencapai Tamadun Inca dan Maya adalah berasal dari

satu induk yang sama?Ini akan disentuh dalam artikel ATBM V3.0

'Austronesia dan Polinesia'

 

Kita akan memahami betapa sesuatu bangsa itu pada suatu ketika telah

mencapai ketamadunan yang tinggi atau klimaks ketamadunan,kemudian

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(3 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 4: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 4/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

mereka akan mengalami masa-masa kejatuhan dan ada yang pupus atau

lenyap atau sekurang-kurangnya terserap ke budaya dan tamadun lain

sehingga hilang identiti dan jatidiri mereka.Ini yang terjadi kepada bangsa

Maya,Aztek dan Inca yang diketahui mempunyai pengetahuan astronomi

dan arkitek yang tinggi,walaupun berimej seperti kaum aborigine di dalam

hutan rimba di Amerika Tengah,namun mereka telah mencapai kemuncak

ketamadunan,mampu mencerap pergerakan bintang dan galaksi dan

menghasilkan sistem kalendar sendiri yang berkali ganda lebih hebat dari

bangsa-bangsa Eropah yang ketika itu membersihkan diri dengan air

kencing sendiri!

 

Ini juga telah menimpa bangsa Assyria,Mesir Purba,Babilon Kuno,Chaldea

dan Akkadia.Mereka telah mencapai tahap ketamadunan yang

menggerunkan pada masa-masa keemasan mereka,namun dimanakah

bangsa-bangsa ini pada hari ini?Mengapa bangsa Yahudi masih wujud

walaupun pernah sezaman dengan mereka?

 

Ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada bangsa Melayu Funan dan

Champa,di mana seorang profesor tanahair telah melakukan kajian

intensif perihal sistem metrik Tamadun Champa,angka dan teknologi dan

betapa beliau terkejut dengan penemuan beliau dari manuskrip-manuskrip

purba Champa yang sebahagian besarnya kini disimpan oleh bangsa

Vietnam yang menakluk mereka kemudiannya.Kemuncak tamadun Funan-

Champa adalah selari dengan lingkungan garis masa antara klimaks

ketamadunan Aztek,Maya dan Inca.Apakah sebenarnya di sebalik misteri

ini?Benarkah terdapat pertukaran atau komunikasi teknologi di antara

kedua bangsa misteri ini melalui Lautan Pasifik yang luas itu?Mungkin,jika

kita memahami sifat dan kelebihan bangsa misteri sebagai pelayar yang

gigih,pelaut yang berani bermain dengan lautan dan ombak sehingga kaum-

kaum di Kepulauan Pasifik mengenang legenda nenek moyang mereka yang

belayar dari Kepulauan Melayu hingga ke pulau-pulau sepi di tengah-

tengah Lautan Pasifik.Mungkinkah mereka mencapai Benua Amerika?

 

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(4 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 5: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 5/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

 

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal

oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka

teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti

beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan

bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.

Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan

Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines'

yang dikatakan terletak di Timur Jauh.Hanya satu cara sahaja untuk

menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan

para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad

dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk

menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut

Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai

Selat Melaka.

 

Hasad dengki dan tamakkan kekuasaan adalah kelemahan bangsa Melayu

tipikal yang pernah memimpin seluruh Bani Jawi dalam empayar mereka.

Seperti kaum Benjamin,Reuben,Gad dan Manasseh yang menjadi

pemimpin bagi seluruh kaum Bani Israel (The House of Israel),membina

kerajaan dan meluaskan wilayah jajahan,begitu juga raja-raja Melayu

yang dipandang oleh Bani Jawi sebagai layak dan lebih bijak dari mereka

untuk membina tamadun.Sepertimana Bani Quraisy dan Bani Hasyim yang

dipandang lebih 'moden',bijak dan berkelayakan dari seluruh Bani Ismail

(The House of Ishmael),begitulah kaum-kaum Melayu-Jawa yang membina

empayar dan menakluk Nusantara dan Bani Jawi (The Hidden House of 

Jeavi).Bani Quraisy adalah kaum 'urban' elit yang tinggal di kawasan

bandar.Terdapat juga kaum-kaum Bani Ismail (bangsa Arab) yang lain

bersifat seperti aborigine sebagai contoh Arab Badwi dan suku Jurhum.Ini

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(5 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 6: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 6/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

sama lah seperti karakter Orang Asli,Jakun dan Dayak.Mereka tinggal di

pedalaman dan kepada merekalah bayi-bayi dari penduduk kota

diserahkan untuk disusui dan ini adalah budaya biasa pada masa itu

dimana Nabi Muhammad s.a.w juga turut diserahkan kepada penduduk

Arab pedalaman ini.

 

Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of 

Melati & Maya':

 

"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga

oleh para leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang

berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja

yang pernah memerintah satu tanah yang dit inggalkan..."

 

pada m/s 188:

 

"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik

sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah

pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason

yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang

hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam

ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan

pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari sejarah

bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang

memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah

seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika

terjadinya Banjir Besar..."

 

Catatan pengembara,tentera dan panglima 'warlords' Tamadun China telah

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(6 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 7: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 7/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

menjumpai kota-kota yang berbumbungkan emas dan bertembokkan batu

tebal ketika meninjau keadaan di Benua Siam (Indochina).Penulis mereka

telah mencatatkan bahawa kaum lelaki mereka tidak berpakaian dan

berperawakan kasar namun mereka makan di atas pinggan-pingan emas.

Kaum wanita mereka memakai perhiasan dari emas dan seluruh kehidupan

mereka kaya dengan emas dan perhiasan-perhiasan.Ini adalah catatan

beberapa ratus tahun sebelum Masehi...lama sebelum kemunculan

Empayar Melayu Srivijaya dan jauh sebelum masa kelahiran Patih Gajah

Mada,negarawan alam Melayu dari Empayar Majapahit-Nusantara.Ini

adalah kerajaan Funan Purba dan mungkin satu empayar sebelum Funan

dan ia bukanlah kaum Khmer ataupun kerajaan orang-orang Mon.Di dalam

Sejarah Melayu ada diceritakan Raja Cempa (Champa) seperti Pau Gelang

dan anak cucunya seperti Pau Bania,Pau Tari dan Pau Gama.Pau Gama

inilah yang mahu menyerang Majapahit tetapi kelicikan Betara Majapahit

menawarkan puterinya kepada Raja Champa Pau Gama dan hasil dari

perkahwinan mereka lahirlah Raja Jakanak yang kemudian ditemukan

jodoh dengan seorang puteri (dari mana?Puteri Mon atau Khmer?) bernama

Pau Ji Yan Bi.Perhatikan gelaran yang mempunyai nama kemelayuan dan

kecinaan.Disebutkan juga tentang raja Kuci (mungkin salah seorang raja

Dai-Viet) yang membuat helah untuk menembusi kota Champa yang ketika

itu diperintah oleh Pau Kubah keturunan dari Pau Gama itu. 

Raja Kuci menjanjikan harta yang banyak kepada Bendahari Champa dan

akibat termakan umpan itu,maka pintu kota Champa yang amat teguh dan

terkenal dikalangan kaum-kaum Indochina seperti Mon,Khmer,Dai-Viet dan

lain-lain telah dibuka untuk membenarkan kemasukan segala persembahan

harta kekayaan dari Raja Kuci.Namun setelah dibuka pintu kota bukan

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(7 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 8: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 8/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

harta persembahan yang masuk tetapi tentera Raja Kuci yang banyak

telah merempuh masuk ke dalam kota Bal dan membumihanguskan

kerajaan Champa.Ini adalah taktik kotor yang biasa dipraktikkan oleh

pihak yang tidak mampu untuk menyerang sebuah kota yang amat kukuh,

misalnya dalam peperangan Troy.Dua anak raja Champa itu telah berjaya

lari;seorang bernama Syah Indera Berma dan beliau inilah yang singgah ke

Melaka dan dijadikan menteri Melaka kerana kehalusan pekerti dan

kebijaksanaannya.Seorang lagi bernama Syah Pau Ling,telah belayar ke

Aceh dan menjadi raja di sana,dan yang menariknya ini adalah tepat dari

kajian sejarah dan linguistik pakar-pakar budaya pada hari ini yang

berusaha bertahun-tahun menyelesaikan misteri mengapa bahasa Aceh

memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Champa.

Kita juga mesti mengkaji warisan raja-raja Melayu di Timor sebelum di

'portugiskan' dan raja-raja Sulu sebelum di'sepanyolkan'.Kita juga kita akan

mengkaji apakah pendirian dalam Sumpah Pemuda ketika Indonesia masih

dalam bahang kemerdekaan,mempertahankan Bahasa Melayu bersama-

sama keturunan House of Bni Jawi di Tanah Melayu, tetap sebagai bahasa

penyatuan seluruh Bani Jawi.

 

Seperti satu kota purba yang berjaya digali di Jordan,penduduk Arab

memanggil tempat itu sebagai Jawa dan kaum kuno yang pernah tinggal di

situ sebagai kaum Jawa.Adakah ini ada kaitan dengan perjalanan kaum-

kaum Bani Jawi untuk menjejak tanah kelahiran ibu mereka di Timur Jauh?

 

Agak banyak rasanya saya berceloteh,nanti akan mengurangkan kejutan

dalam artikel sebenar pula nanti.Apa boleh buat...bidang sejarah adalah

'nirvana' saya.

 

Perlu diingat,pencarian rahsia bangsa misteri bukanlah semudah yang

disangka.Ia bukan dicatat di dalam buku-buku akademik yang sudah

tersusun rapi di rak-rak perpustakaan.Tetapi ia adalah seperti menjelajah

seluruh dunia,mencantumkan seluruh 'puzzles' yang berselerakan.

Sebahagiannya adalah dari kajian saya bertahun-tahun sejak dibangku

sekolah lagi dan apabila dewasa saya mampu melakukan 'channeling'

secara sendirian setelah mempelajarinya sekian lama di universiti.

ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/kata-alu-aluan-dari-srikandi.html(8 of 9) [16-Feb-10 1:16:12 PM]

Page 9: Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

8/14/2019 Mist is Files_ 16_Kata Alu-Aluan Dari Srikandi

http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-16kata-alu-aluan-dari-srikandi 9/9

istisFiles: Kata Alu-aluan Dari Srikandi

Jika anda setia bersama saya menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan

bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.

Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,

mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk

menjalankan upacara-upacara sulit mereka.

 

Pengetahuan rahsia itu,hanya untuk orang yang mahu memahaminya

sahaja.Tidak lebih dari itu.

 

Sebagai mengakhiri kata alu-aluan ini saya,Srikandi

...dengan penuh takzim,tulus dan ikhlas membawakan kepada anda...

 

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3 "THE RESURRECTION OF BANI

JAWI"

 

srikandi 

 

Posted by Mistis

Organization

at 8:44 

AM