minit1 20142015

7
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH TUN SRI LANANG BUKIT SERAMPANG LEDANG 85210 MUAR JOHOR. MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-1 SESI 2014/2015 TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Tun Sri Lanang TARIKH : 21 Jun 2014 MASA : 2.00 ptg AGENDA : a) Ucapan aluan YDP PIBG En. Abd Mutalib B. Md Diah b) Laporan Sekolah Pengetua/Ex-Officio, Tn. Hj. As’ed B. Dato’ Hj. Shamsudin c) Susulan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 39 d) Perkara- perkara berbangkit e) Laporan Kewangan f) Sarana PIBG dan Perancangan Program PIBG g) Hal-hal lain Kehadiran : GPK HEM En Hanafi B. Saat YDP – En. Abdul Mutalib B. Md Diah AJK – En Amenudin bin Ahmad AJK –Tn Hj Fakhrul Arifin B. Kambali AJK –Pn Nor Zawani Bt Abd Halim AJK –Pn. Norhusna Bt. Mohamed AJK –En. Abd Ghani B. Molok AJK –En. Mohd Naim B. Sukirman AJK –Pn. Rohani Bt. Ahmad AJK –Pn. Harlina Bt. Zaman AJK –Pn. Zanitah Bt Kamaludin AJK –Pn. Zainon Bt. Osman AJK –Pn. Rohani Bt. Asmuni AJK –En. Zakaria B. Omar AJK –En. Abdullah B. Umar AJK –En. Mohd Fhadli B Jaafar Kaunselor –En. Mohd Yamin B. Tawil Tak hadir bersebab : Pengetua – Tn. Hj Mohd As’ed B. Dato’ Hj Shamsudin

Upload: amenudin

Post on 26-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat ajk pibg

TRANSCRIPT

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURUSEKOLAH MENENGAH TUN SRI LANANG

BUKIT SERAMPANG LEDANG 85210

MUAR JOHOR.MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-1 SESI 2014/2015TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Tun Sri LanangTARIKH : 21 Jun 2014MASA

: 2.00 ptgAGENDA :

a) Ucapan aluan YDP PIBG En. Abd Mutalib B. Md Diahb) Laporan Sekolah Pengetua/Ex-Officio, Tn. Hj. Ased B. Dato Hj. Shamsudinc) Susulan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 39d) Perkara- perkara berbangkit

e) Laporan Kewangan

f) Sarana PIBG dan Perancangan Program PIBG

g) Hal-hal lainKehadiran : GPK HEM En Hanafi B. Saat

YDP

En. Abdul Mutalib B. Md Diah AJK

En Amenudin bin AhmadAJK

Tn Hj Fakhrul Arifin B. Kambali

AJK

Pn Nor Zawani Bt Abd HalimAJK

Pn. Norhusna Bt. MohamedAJK

En. Abd Ghani B. MolokAJK

En. Mohd Naim B. SukirmanAJK

Pn. Rohani Bt. Ahmad

AJK

Pn. Harlina Bt. Zaman

AJK

Pn. Zanitah Bt KamaludinAJK

Pn. Zainon Bt. Osman

AJK

Pn. Rohani Bt. AsmuniAJK

En. Zakaria B. OmarAJK

En. Abdullah B. Umar AJK

En. Mohd Fhadli B Jaafar

Kaunselor En. Mohd Yamin B. Tawil

Tak hadir bersebab :Pengetua Tn. Hj Mohd Ased B. Dato Hj Shamsudin

NYDP

En Mohd Rashid B Md YasinGPK 1

Pn. Hjh Mariam Bte Mohammad

AJK

En Mohd Norsatar b IsmailAJK

En. Shahma B. Mohd Ahwan

AJK

Pn. Rohana Bt. Abd Razak

AJK

En. Nordin B. Jamal

AJK

En. Tajudin B. Mohd Rosdi

BILPERKARATINDAKAN

1.01.1

1.2

Ucapan Pengerusi

Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua ke mesyuarat PIBG kali 1 bagi sesi 2014/2015 ini. Memohon maaf kerana lambat untuk mengadakan mesyuarat disebabkan oleh pelbagai aktiviti sekolah dan kesibukan tugas lain.Mengucapkan terima kasih kpd AJK yang hadir untuk kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap kemajuan anak bangsa khususnya dan sekolah amnya.

Makluman

2.0

2.12.22.32.4

2.5

2.62.72.8

2.9

2.10

2.11

Ucapan Wakil Pengetua ; En. Hanafi b. SaatMengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua demi kemajuan anak-anak pelajar kita di STSL. Diantara tujuan utama PIBG adalah sebagai penyambung diantara anak-anak dan guru dan bersama mengembleng tenaga untuk memajukan pendidikan dan akhlak anak-anak.

Untuk makluman AJK, Sekolah ini mempunyai seramai 340 pelajar (190 lelaki dan 160 perempuan) dan tenaga guru ketika ini adalah seramai 34 orang dan 2 diantaranya cuti bersalin, walaubagaimanapun bilangan guru sediada mencukupi untuk memenuhi keperluan mengajar semua subjek matapelajaran.Calon Penilaian Tingkatan 3 (PT3) adalah seramai 69 pelajar dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah 65 pelajar. Untuk pengetahuan AJK, Ujian PT3 utk subjek Sejarah dan Geografi telah pun dijalankan dalam kaedah pelbagai instrumen yang akan ditaksir oleh pentaksir sekolah dan kawasan. Terdapat banyak set soalan yang perlu di muat turun dari pengkalan data Lembaga peperiksaan dalam kaedah ini. Terdapat juga elemen Psikometri dan Pendidikan Jasmani/Kesihatan yang juga perlu dijalani oleh setiap pelajar.

Ujian bertulis PT3 bagi subjek teras iaitu BM,BI,Matematik dan Sains akan berlangsung pada 13 17 Oktober 2014 nanti. SPM pula akan bermula pada 10 November 2014.Berhubung Disiplin Sekolah keseluruhannya memuaskan, Setakat ini hanya terdapat satu kes bergaduh dan pelajar tersebut telah digantung persekolahan selama 10 hari. Pelajar ini Mohd Ismail Md Dom, juga mempunyai pelbagai masalah disiplin ringan yang lain. Diantara kelainan pendekatan pihak sekolah terhadap pelajar pada tahun ini ialah Solat Zohor berjemaah. Pelajar akan berhimpun di Surau setiap hari pada pukul 1:25 ptg untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Dengan kaedah ini sekurang-kurangnya pelajar dapat sekali bersolat jemaah dalam sehari. Selain itu ia dapat menerapkan asas dan membina sahsiah diri. Ia memerlukan kerjasama dan penglibatan seluruh warga sekolah terutamanya Hal Ehwal Murid dan disiplin. Dalam memenuhi aspirasi KPM, kelas P&P abad ke 21 telah diwujudkan khas untuk pelajar Aliran Sains Tingkatan 4. Kelas ini menggunakan pendekatan ICT dalam P&P terutamanya dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah. Guru memberikan input utama dlm 10 minit dan setelah itu pelajar melengkap dan menyelesaikan masalah menggunakan capaian internet yang telah disediakan didalam kelas. Walaubagaimanapun semua aktiviti pelajar adalah dalam pemantauan guru yang mengajar pada masa itu.Pada 2 Oktober 2014, Wakil sekolah dan Pengusaha Kantin dijemput Shah Alam Convention Centre untuk menerima Anugerah Kantin Cemerlang anjuran Kem. Kesihatan Malaysia. Mohon sekiranya PIBG dapat menyumbang untuk tambang perjalanan. AJK bersetuju menyumbang RM150.

Dicadangkan Solat Hajat sebelum PT3 dan SPM diadakan pada 13 Oktober 2014 dan sambutan Awal Muharram dan As-syura akan diadakan pada 30 oktober 2014. Bagi Majlis Solat Hajat Pihak Sekolah memohon sumbangan RM500 bagi majlis tersebut. AJK bersetuju menyumbang RM500. Bagi Majlis Maal Hijrah dan As-syura pula sumbangan ibubapa dan pelajar dalam bentuk wang atau barangan membuat bubur sangat dialu-alukan.

Pn.Hjh Mariam berkata Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula pada 11 ogos sehingga 7 sept 2014. Setelah pelajar mendapat keputusan tersebut, pihak sekolah akan melakukan dialog prestasi antara pentadbir-guru dan pentadbir-murid bagi membantu, memperbaiki dan mengatasi masalah pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam SPM sebenar. Dalam masa sebulan setengah sebelum menjelang SPM, Program Pecutan Akhir akan berlangsung dimana akan ada jadual anjal mengikut matapelajaran supaya ulangkaji dan latih tubi dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Unit Beruniform Sekolah akan diadakan pada bulan September dan tarikh belum dapat dipastikan, walaubagaimanapun Semua unit sedang giat berlatih.

Makluman

3.03.1Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke 2 sesi 2013/2014En.Hanafi b. Saat - Mencadangkan Minit sahkan.

En. Amenudin B. Ahmad - Menyokong cadangan.

MAKLUMAN

4.04.14.24.3

Perkara Berbangkit dari Minit Mesyuarat Agung Kali ke- 39 laluSesi persekolahan 2014 bermula pada hari Ahad hingga Khamis setiap mingguPermohonan untuk menyediakan air minuman bertapis percuma dari pembekal tertentu gagal dan cuba utk memohon semula bagi tahun ini.En. Amenudin mencadangkan untuk mendapatkan persetujuan semua ibubapa dalam Mesyuarat Agung akan datang supaya kutipan Bayaran Tambahan setiap pelajar dibuat semasa pendaftaran pelajar diawal tahun.

MAKLUMAN

5.05.15.25.3

Laporan Kewangan Laporan kewangan seperti dalam lampiran yang disediakan.

Baki semasa tabungan PIBG berjumlah RM 3975.25 sehingga 18.8.2014Kutipan bayaran tambahan agak perlahan selepas Mesyuarat Agung Mei lalu iaitu tarikh kuatkuasa pungutan yang dibenarkan. Kemungkinan penjaga kurang mempunyai peruntukan untuk membayar di pertengahan tahun. Kutipan akan terus dijalankan sehinggalah awal tahun persekolahan 2014.

Resit akan diberikan melalui pelajar walaupun bayaran penuh belum dijelaskan.

BENDHRI PIBG

6.06.16.26.3

Sarana PIBG dan Perancangan Program PIBGEn. Abd Ghani mencadangkan supaya semua aktiviti kokurikulum dapat diadakan diawal tahun utk memberi tumpuan Akademik pada setengah tahun kemudiannya. Pihak sekolah perlu mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Kem.Pend.Msia, sebagai contoh program 1Murid1Sukan perlu dijalankan selepas Jun setiap tahun.

Sarana PIBG dipacu oleh Biro Maklumat dan Biro KSIB yang telah pun ditubuhkan dengan objektif mengenalpasti, merancang dan melaksanakan program sarana dengan lebih tersusun dan berkesan.

Berikut adalah cadangan penglibatan IbuBapa,Komuniti, Sektor Swasta dalam aktiviti sekolah :

Bil

Bidang

Aktiviti

1

Akademik

-Tiusyen oleh penjaga (bekas guru)

- Kelas Tambahan Malam (kawalan penjaga

2

Kokurikulum-Jurulatih Kawad-Jurulatih sukan dan permainan

-Gelanggang guna sama Komuniti dan sekolah

3Bimbingan Kerjaya-Bimbingan Usahawan belajar berniaga-Ceramah kerjaya

44K (kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kesihatan-Gotong Royong-Sumbangan pokok bunga

-Sumbangan peralatan dan jentera

5Penyelenggaraan sekolah-Membaiki prasarana sekolah seperti pagar dan kerusi meja pelajar6Motivasi-Perlu jaga tepi kain orang demi kebaikan anak-Aduan salah laku pelajar dluar sekolah

-Lawatan AJK PIBG ke rumah pelajar bermasalah.

En. Ghani mencadangkan pada tahun ini PIBG dapat mengadakan Gotong Royong Perdana melibatkan ibubapa dan agensi berdekatan.

Makluman

7.07.1

7.2

7.3Hal-hal lain

En. Hanafi b. Saat dan En. Yamin b.Tawil menerangkan berhubung Penilaian Tingkatan 3 yang melibatkan Peperiksaan Pusat bagi 4 mata pelajaran, Ujian Lisan, Ujian Pelbagai intrumen dan Kerja Kursus PBS, Psikometri (Penilaian Minat dan Kerjaya) dan PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Semua ini akan ditaksir dan dinilai sebelum gred keputusan pelajar ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tn. Hj. Mutalib b. Md Diah mencadangkan supaya pada Hari Pertandingan Kawad Kaki nanti, mohon supaya dapat menjemput semua ibubapa yang ingin melihat usaha latihan setiap petang dan kebolehan anak2 mereka berkawad. Jika boleh diadakan juga gerai jualan supaya pertandingan lebih meriah.En. Hanafi menerangkan semua pelajar boleh memohon sekiranya pendapatan keluarga kurang dari RM1500, walaubagaimanapun keputusan muktamat bergantung kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 5.30 ptg

Disediakan oleh,_______________________

( En. Amenudin B. Ahmad )

Setiausaha PIBG STSL 2013/2014