minit mesyuarat pkg 2 smk baling

4
MINIT MESYUARAT PANITIA KURANG GURU KALI KE-2 BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL TAHUN 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING Tarikh : 1 Januari 2011 Tempat : Bilik Ketua Bidang Teknik & Vokasional Masa : 1.30 Petang Kehadiran : 1. Mat Zaini bin Abdullah (Ketua Bidang Teknik & Vokasional) 2. Hj. Salahudin bin Aziz (Lukisan Kejuruteraan) 3. Nik Huzaiman bin Nik Ismail (Prinsip Perakaunan) 4. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff (Perdagangan) 5. Badrul Nizam bin Ahmad (Ekonomi Asas) Perbutiran mesyuarat sebagaimana berikut : I. ALU-ALUAN PENGERUSI 1. Ketua Bidang Teknik & Vokasional mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali ke-2, Panitia Kurang Guru di bawah bidang teknik dan vokasional. 2. Beliau mencadangkan agar En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff dilantik sebagai setiausaha mesyuarat, cadangan beliau disetujui oleh En. Nik Huzaiman bin Nik Ismail. Perlantikan setiausaha akan dibuat secara giliran bagi setiap kali mesyuarat panitia kurang guru. Minit mesyuarat ditetapkan satu dengan agihan untuk setiap panitia bagi tujuan fail panitia. Tidak perlu penulisan minit mesyuarat secara berasingan mengikut panitia. 3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan guru dalam meningkat prestasi akademik panitia masing-masing. Diharap momentum kecemerlangan diteruskan bagi tujuan membantu murid meningkatkan prestasi dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Selain itu, beliau juga menegaskan prinsip kerja bidang teknik dan vokasional ialah “Apa yang perlu ada, diadakan. Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan”. Guru-guru juga diminta peka dengan maklumat semasa sebagai panduan dalam mengurus kerja-kerja sebagai seorang guru agar tidak menyalahi dengan kehendak stakeholder bidang pendidikan. TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS 5. Nik Huzaiman bin Nik Aziz diminta membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Hj. Salahudin bin Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En. Badrul Nizam bin Ahmad menyokong. TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Upload: mat-zaini-abdullah

Post on 20-Jun-2015

2.898 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat pkg 2 smk baling

MINIT MESYUARAT PANITIA KURANG GURU KALI KE-2BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL TAHUN 2011SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING

Tarikh : 1 Januari 2011Tempat : Bilik Ketua Bidang Teknik & VokasionalMasa : 1.30 Petang

Kehadiran :

1. Mat Zaini bin Abdullah (Ketua Bidang Teknik & Vokasional)2. Hj. Salahudin bin Aziz (Lukisan Kejuruteraan)3. Nik Huzaiman bin Nik Ismail (Prinsip Perakaunan)4. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff (Perdagangan)5. Badrul Nizam bin Ahmad (Ekonomi Asas)

Perbutiran mesyuarat sebagaimana berikut :

I. ALU-ALUAN PENGERUSI

1. Ketua Bidang Teknik & Vokasional mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali ke-2, Panitia Kurang Guru di bawah bidang teknik dan vokasional.

2. Beliau mencadangkan agar En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff dilantik sebagai setiausaha mesyuarat, cadangan beliau disetujui oleh En. Nik Huzaiman bin Nik Ismail. Perlantikan setiausaha akan dibuat secara giliran bagi setiap kali mesyuarat panitia kurang guru. Minit mesyuarat ditetapkan satu dengan agihan untuk setiap panitia bagi tujuan fail panitia. Tidak perlu penulisan minit mesyuarat secara berasingan mengikut panitia.

3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan guru dalam meningkat prestasi akademik panitia masing-masing. Diharap momentum kecemerlangan diteruskan bagi tujuan membantu murid meningkatkan prestasi dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Selain itu, beliau juga menegaskan prinsip kerja bidang teknik dan vokasional ialah “Apa yang perlu ada, diadakan. Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan”. Guru-guru juga diminta peka dengan maklumat semasa sebagai panduan dalam mengurus kerja-kerja sebagai seorang guru agar tidak menyalahi dengan kehendak “stakeholder” bidang pendidikan.

TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS

5. Nik Huzaiman bin Nik Aziz diminta membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Hj. Salahudin bin Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En. Badrul Nizam bin Ahmad menyokong.

TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT

Page 2: Minit mesyuarat pkg 2 smk baling

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6. Tiada perkara dibangkitkan mengenai minit mesyuarat lepas

TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT

IV. PERANCANGAN STRATEGIK SPM TAHUN 2012

7. Pengerusi meminta agar setiap panitia menyediakan perancangan strategik bagi tahun 2012 sebagaimana format yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Kedah.

8. Hj. Salahudin bin Aziz memaklumkan bahawa perancangan strategik telah disediakan sehingga tahun 2013. Dalam hal ini, pengerusi memaklumkan agar perancangan bagi tahun 2012 dcabut keluar bagi tujuan pelaksanaan. Beliau meminta agar setiap program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan perlulah “landing” sesuai dengan perbelanjaan yang ditanggung.

9. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu melihat perancangan yang telah dibuat adakah realistik dan memenuhi keperluan murid. Beliau menyarankan setiap program bersifat menyokong pembelajaran murid dalam bilik darjah. Misalnya, murid prinsip perakaunan boleh melawat Jabatan Audit Negeri Kedah bagi memperolehi maklumat proses audit yang dijalankan oleh pihak berkenaan yang bersangkut dengan proses pembelajaran perakaunan dalam kelas.

10. Dalam pada itu, penekanan perlu diberikan kepada kualiti program dan bukan kuantitinya. Guru sebelum merancang sesuatu program perlu membuat justifikasi sejauhmanakah keberkesanan program kepada pencapaian akademik murid? Sehubungan itu, program perlu dilaksanakan lebih awal supaya keputusan peperiksaan atau ujian boleh dijadikan KPI (Key Perfomance Index) bagi tujuan penambaikan program sedia ada atau membina program baru.

TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA

V. PERANCANGAN STRATEGIK TINGKATAN EMPAT 2012

11. Pengerusi juga memaklumkan supaya perancangan strategik tingkatan 4 bagi setiap mata pelajaran dibuat berdasarkan format Jabatan Pelajaran Kedah yang diedarkan pada tahun 2010.

12. En. Badrul Nizam bin Ahmad bertanyakan perancangan strategik bagi mata pelajaran ekonomi asas kerana mata pelajaran berkenaan tidak dimuktamadkan samada sekolah akan menawarkan ataupun tidak. Perkara yang sama juga dikemukakan oleh En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff berkaitan mata pelajaran perdagangan.

13. Respon pengerusi, secara dasarnya pengetua telah memberi kebenaran untuk mata pelajaran berkenaan ditawarkan. Hal ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah. Sekiranya pengurusan sekolah memutuskan kedua-dua mata pelajaran berkenaan tidak akan ditawarkan maka perancangan strategik bagi tingkatan 4 tidak perlu dibuat. Jika sebaliknya, maka ia perlu dibuat.

14. Hj. Salahudin bin Aziz bertanyakan tarikh penghantaran perancangan strategik kepada pihak pengurusan.

Page 3: Minit mesyuarat pkg 2 smk baling

15. Pengerusi menetapkan pada minggu ke-2 persekolahan (selewat-lewatnya hari Khamis) dihantar kepada beliau dan beliau akan memanjangkan kepada pengetua serta penolong kanan pentadbiran mengikut keperluan.

TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA

VI. ANGGARAN BELANJAWAN PANITIA 2012

16. Semua panitia dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan panitia bagi tahun 2012 untuk tujuan perbelanjaan. Tarikh serahan kepada beliau telah ditetapkan pada minggu pertama persekolahan (selewat-lewatnya pada Khamis).

17. Nik Huzaiman bin Nik Ismail bertanyakan tentang penggunaan wang PCG mata pelajaran. Pengerusi meminta beliau rujuk kepada Surat Pekeliling Kewangan bil.8 tahun 2010 dan dibaca bersekali dengan Akta Acara Kewangan 1957.

18. Hj. Salahudin bin Aziz membangkitkan soal pembelian harta modal dengan menggunakan wang PCG mata pelajaran. Pengerusi memaklumkan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.8(2010) pembelian harta modal dengan wang PCG mata pelajaran adalah dibenarkan dengan syarat diputuskan oleh Jawatankuasa Khas peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua sahaja. Laporan dan salinan resit pembelian perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Kedah melalui Pejabat Pelajaran Daerah.

19. Pengerusi juga mengingatkan agar pembelian dilakukan dengan mengikut prosedur kewangan yang betul. Guru diminta mengisi borang prapesanan atau nota minta, setelah pengetua meluluskan maka pembelian barang boleh dilaksanakan. Jika berlaku pembelian barang tanpa melalui prosedur bagi tahun 2012, beban pembayaran akan menjadi tanggungjawab guru berkenaan.

TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA

VII. HAL-HAL LAIN

20. Semua guru diminta mengemaskini fail-fail panitia, urusan berkaitan panitia, buku rekod pengajaran, kemasukan markah ke dalam SAPS dan teacher assit sebelum bercuti. Semua buku latihan murid (jika ada) perlu dipulang semula kepada murid. Kemaskini stok panitia perlu dilaksanakan supaya memberi kesenangan untuk pengurusan panitia pada tahun hadapan.

TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA

21. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-as.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 Petang

Dicatat oleh : Disemak oleh :

............................................................... ................................................MOHD MUZHAR BIN MOHD YUSOFF MAT ZAINI BIN ABDULLAHSetiausaha Mesyuarat PengerusiTarikh : 02 Januari 2011 Tarikh : 02 Januari 2011

Page 4: Minit mesyuarat pkg 2 smk baling