minit mesyuarat panitia bahasa malaysia tahun 2014

18
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2014 KALI PERTAMA SJK (T) LADANG PERTANG Tarikh : 21 November 2013 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Perpustakaan Kehadiran : 1. En. P. Gunasekaran (GB) 2. Pn. Siva Umah (Gpk 1) 3. En. S. Sekar (GPK HEM) 4. Pn. Chitra (Gpk 3) 5. En . Mohd Fuad b Abdul Rahman 6. Cik. Ratha 7. Pn . S. Kanagamma 8. Pn. S. Abirani 9. En. Vinod Kumar Agenda mesyuarat : 1. Perutusan pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat 3. Perkara berbangkit 4. Perbentangan kertas kerja

Upload: mages-supramaniam

Post on 08-Feb-2016

1.174 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2014

KALI PERTAMA

SJK (T) LADANG PERTANG

Tarikh : 21 November 2013

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Perpustakaan

Kehadiran :

1. En. P. Gunasekaran (GB)

2. Pn. Siva Umah (Gpk 1)

3. En. S. Sekar (GPK HEM)

4. Pn. Chitra (Gpk 3)

5. En . Mohd Fuad b Abdul Rahman

6. Cik. Ratha

7. Pn . S. Kanagamma

8. Pn. S. Abirani

9. En. Vinod Kumar

Agenda mesyuarat : 1. Perutusan pengerusi

2. Pengesahan minit mesyuarat

3. Perkara berbangkit

4. Perbentangan kertas kerja

5. Hal-hal lain

6. Penutup

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

1. Perutusan pengerusi1.1 Guru besar mengalu-alukan kedatangan guru.1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas sumbangan,

kerjasama dan usaha yang dilakukan sepanjang sesi persekolahan 2013 dengan pencapaian terbaik UPSR sekolah dengan seorang murid mendapat 7A.

1.3 Beliau juga memberitahu bahawa pentingnya guru menjaga atau melindungi masa instruksional (MMI) dan buktinya pencapaian UPSR 2013 sangat menakjubkan kerana guru mengamalkan MMI.

1.4 Beliau juga memberitahu bahawa guru harus sentiasa memeriksa buku tulis, buku latihan dan sentiasa menggunakan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai dengan murid.

1.5 Sekiranya ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan beliau.Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat2.1 Encik Mohd Fuad selaku ketua panitia membacakan minit mesyuarat lepas.2.2 Pn. Abirani mengesahkan minit mesyuarat lepas.2.3 Cik Ratha menyokong.

Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit3.1 Pada mesyuarat ini tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman4. Perbentangan kertas kerja

4.1 Penubuhan jawatankuasa panitia 20144.1.1 Semua guru yang akan mengajar subjek Bahasa Malaysia akan dilantik

menganggotai jawatankuasa panitia sesi 2014.Tindakan : Makluman

4.2 Pengagihan tugas4.2.1 Semua guru Bahasa Malaysia telah maklum akan tugas yang akan

dijalankan.4.2.2 GPK 1 berharap tugas yang telah diamanahkan dapat dijalankan dengan

penuh komitmen.Tindakan : Makluman

4.3 Melindungi Masa Instruksional (MMI)4.3.1 GPK 1 menerangkan kepada semua guru mengenai makna MMI sekali lagi

dan bagaimana ia berfungsi.4.3.2 Beliau menjelaskan bahawa semua guru perlu mematuhi masa yang telah

ditetapkan seperti yang disarankan oleh guru besar.

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.3.3 Pembelajaran dan pengajaran (PdP) perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan keberkesanannya.

4.3.4 Selain itu, GPK 1 menerangkan jika ada aktiviti atau program yang bertembung dengan masa belajar murid, pihak pentadbir akan merancang strategi berkesan bagi menggantikan masa tersebut supaya murid dapat belajar.

4.3.5 Beliau juga menekankan bahawa semua ini adalah untuk memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang lebih kreatif dan inovatif dengan penggunaan masa yang baik.

4.3.6 Jika seseorang guru itu menghadiri kursus atau bercuti rehat, guru boleh menyediakan lembaran kerja/ modul/ jual waktu bagi memastikan murid terus belajar.

4.3.7 Beliau juga memberitahu guru bahawa satu jadual ketidakhadiran guru samada cuti sakit, cuti rehat mahupun kursus setiap bulan akan dibuat dan akan dibentangkan dalam mesyuarat.

4.3.8 Guru ganti boleh membawa murid ke perpustakaan untuk jalankan program nilam.

Tindakan : Makluman4.4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

4.4.1 GPK 1 menerangkan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mana semua guru harus mengetahui mengenainya. Terdapat 5 aspirasi dalam pelan ini iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Sejajar dengan itu hasrat dalam pelan ini adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama bagi bersaing pada peringkat global.

4.4.2 Antara cirinya ialah murid itu berkebolehan dan mempunyai kemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identity nasional, kemahiran berfikir dan mempunyai pengetahuan.

4.4.3 Bagi merealisasikan impian pelan ini, terdapat 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan Malaysia. Ia berlaku dalam 3 gelombang yang dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun 2013 hingga 2025.

Tindakan : Makluman4.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.5.1 GPK 1 memberitahu kepada semua guru bahawa KSSR telah masuk tahun keempat perlaksanaannya.

4.5.2 Oleh itu, beliau berharap guru-guru yang mengajar KSSR BM dari tahun 1 hingga 4 agar bersungguh-sungguh dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.5.3 Beliau juga sarankan agar guru pelbagaikan teknik mengajar dan gunakan bahan bantu belajar.

4.5.4 Elemen merentas kurikulum (EMK) dan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) harus diterapkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Tindakan : Makluman4.6 Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

4.6.1 GPK 1 memberitahu bahawa mulai tahun 2014 terdapat dua versi sistem pentaksiran.

4.6.2 Tahap 1 masih menggunakan kaedah sedia ada dan perlu masukkan pretasi atau band melalui sistem online.

4.6.3 Manakala bagi tahun 4 pula, kaedah berbeza digunakan. Guru hanya perlu memasukkan standard prestasi murid dalam sistem excel yang disediakan oleh pihak Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) secara offline.

Tindakan : Makluman4.7 Program I-Think

4.7.1 GPK 1 memberitahu bahawa program ini perlu diteruskan dan disemarakkan lagi penggunaannya.

4.7.2 Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan oleh guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.

4.7.3 Pada tahun 2014, seluruh sekolah di Malaysia akan mengunapakai program ini.

Tindakan : Makluman

4.8 Peperiksaan dan Ujian 2014

4.8.1 GPK 1 memberitahu bahawa bagi tahun 2014, untuk tahun 5 dan 6 ujian hanya dijalanakan pada bulan Febuari dan bulan September sahaja. Peperiksaan semester pula seperti biasa.

4.8.2 Kemudian bagi tahun 1 hingga 4 tiada ujian bulanan tetapi peperiksaan semester akan diadakan.

Tindakan : Makluman

4.9 Penetapan TOV, ETR dan target UPSR 2014

4.9.1 GPK 1 memberitahu bahawa panitia perlu menetapkan TOV dan ETR bagi tahun 5 dan 6 2014. Ini penting bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat.

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.9.2 Selain itu, guru besar menyatakan bahawa target UPSR 2014 ialah dua orang murid disasarkan untuk mendapat 7A dalam UPSR dengan 12 orang murid akan lulus semua matapelajaran. Peratusan kelulusan UPSR 2014 ialah 67%.

Tindakan : Makluman

4.10 Modul latihan topikal 2014

4.10.1 En. Mohd Fuad memberitahu bahawa pada suku tahun keempat 2013, panitia telah menyediakan satu modul latihan topikal untuk digunakan oleh murid tahun 6 2014.

4.10.2 Ia adalah hasrat guru besar yang mahukan satu modul khas yang boleh digunakan oleh murid semasa pembelajaran dan pengajaran ataupun masa kelas tambahan.

4.10.3 Guru besar juga menyatakan hasrat supaya modul itu digunakan secara maksimum.

Tindakan : Makluman

4.11 Koleksi soalan

4.11.1 GPK 1 memberitahu bahawa unit peperiksaan mempunyai banyak soalan-soalan tahun lepas yang boleh guru gunakan semasa pembelajaran dan pengajaran kelas.

4.11.2 Ini akan membantu murid lebih yakin dan tahu bentuk soalan-soalan yang bakal disoal dalam kertas ujian mahupun peperiksaan.

Tindakan : Makluman

4.12 Post Mortem UPSR 2013

4.12.1 Analisa UPSR 2013 adalah seperti dibawah :-

Matapelajaran Gred A Gred B Gred C Gred ABD Peratus

Bahasa Malaysia Pemahaman

2 2 2 6 66.7%

Bahasa Malaysia Penulisan

1 5 2 8 88.9%

Page 6: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

Kekuatan :

Pada UPSR kali ini bagi kertas pemahaman, dilihat satu peningkatan yang baik berbanding dengan Pra UPSR 2013 dimana dua orang murid berjaya mendapat A dalam kertas ini. Ini menunjukkan murid telah berjaya memahami kehendak soalan. Peratusan lulus juga baik dimana 6 orang daripada 9 calon berjaya lulus bagi kertas pemahaman. Manakala bagi kertas penulisan yang memerlukan murid menunjukkan kemahiran menulis telah berjaya mendapat peratusan kelulusan yang tinggi dengan 88.9%. Seorang murid mendapat A manakala 7 orang mendapat gred B dan C.

Kelemahan

Pada UPSR 2013 hanya kertas pemahaman sahaja yang ketara mempunyai kelemahan. 3 orang murid mendapat gred D. Ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami kehendak soalan.

Cadangan

Pada tahun 2014, dengan adanya modul yang telah disediakan dan koleksi soalan-soalan tahun lepas, guru digalakkan menggunakannya dengan lebih kerap supaya ia dapat membantu murid memahami soalan dan seterusnya membina keyakinan mereka.

Tindakan : Makluman

4.13 Peranan Panitia

4.13.1 Guru besar memberitahu panitia bahawa peranan panitia perlulah mantap. Panitia bertanggungjawab merancang program bagi meningkatkan prestasi guru.

4.13.2 Selain itu panitia juga perlu sentiasa berbincang bagi mencari kaedah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan prestasi murid. Panitia juga perlu sentiasa membuat analisis dan post mortem bagi setiap ujian atau peperiksaan untuk menilai dimana ruang atau lopak yang boleh diperbaiki.

4.13.3 Panitia juga perlu memastikan segala keperluan murid seperti buku teks, latihan dan sebagainya ada dan perlu menghadiri segala kursus yang diadakan.

Page 7: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.13.4 Selepas menghadiri kursus, guru tersebut perlu mengadakan latihan dalaman untuk panitia.

4.13.5 Fail panitia juga perlu sentiasa dikemaskini dan panitia perlu standardkan rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan.

Tindakan : Makluman

4.14 Program jangka masa panjang dan pendek

4.14.1 En Mohd Fuad memberitahu mesyuarat, panitia telah merangka satu perancangan strategik pada tahun 2013 bagi meningkatkan mutu dan prestasi guru dan murid.

4.14.2 Oleh itu bagi program jangka masa panjang, panitia telah membina satu modul latihan topikal yang boleh digunakan setiap tahun dengan hasrat prestasi murid meningkat dari tahun ke tahun.

4.14.3 Program jangka pendek pula, panitia telah merancang beberapa bengkel dan program yang akan dijalankan mulai bulan Januari 2014.

Tindakan : Makluman

4.15 Penetapan buku latihan dan jumlah latihan

4.15.1 Panitia telah menetapkan jumlah buku latihan bagi setiap tahun bagi 2014.

Kelas Jumlah buku

Tahun 1 3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 2 3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 3 3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 4 2 buku single line dan 2 buku karangan

Tahun 5 2 buku single line dan 2 buku karangan

Tahun 6 2 buku single line dan 2 buku karangan

Page 8: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.15.2 Jumlah latihan adalah bagi tahap 1dan 2 ialah minimum 3 latihan seminggu dan tahap 2 karangan minimum 2 latihan seminggu.

Tindakan : Makluman

4.16 Buku Rekod

4.16.1 GPK 1 memberitahu supaya rancangan pengajaran harian (RPH) ditulis mengikut standard yang telah ditetapkan.

4.16.2 Pada 31 Disember 2013, guru perlu menghantar buku rekod yang telah siap kepada guru besar untuk disemak.

4.16.3 Format penulisan rancangan pengajaran harian bagi sesi 2014 ialah seperti berikut :-

Tahun 5 dan 6

Tema :Tajuk:FU:FS:Obj:Aktivitii:Sistem bahasa:Nilai:KBT:Refleksi:

Tahun 1 hingga 4

Tema :Tajuk:S.K-SP:Kem. Literasi :Obj:Obj(LINUS):Nilai:KBT:EMK:Aktiviti:Aktiviti (LINUS):Refleksi:Refleksi (LINUS):

Tindakan : Makluman

4.17 Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)

4.17.1 GPK 1 memaklumkan bahawa guru perlu merancang dengan baik aktiviti pembelajaran dan pengajaran mengikut tahap kesesuaian murid.

4.17.2 Guru harus menggunakan pelbagai teknik dan kaedah dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

Page 9: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

Tindakan : Makluman

4.18 Impak dan refleksi

4.18.1 GPK 1 juga memberitahu bahawa guru perlu menulis impak dan refleksi pada setiap rancangan pengajaran harian selepas aktiviti berlangsung.

4.18.2 Guru perlu menulis dalam bentuk bilangan murid kuasai dan apakah tindakan bagi murid yang tidak kuasai.

Tindakan : Makluman

4.19 MBMMBI

4.19.1 GPK 1 menyatakan bahawa di bawah dasar MBMMBI, terdapat penambahan masa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 iaitu 90 minit.

4.19.2 Selain itu En Fuad menambah bahawa diperbanyakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian.

4.19.3 Beliau juga menambah bahawa satu perisian pembelajaran di bawah program MBMMBI telah diedarkan ke sekolah oleh penolong pegawai daerah Tuan Haji Razak. Ia boleh digunakan dalam subjek BM dan BI mengikut kesesuaian tajuk.

4.19.4 Cik Ratha memberitahu program satu hari satu perkataan akan diperkasakan dan diperhebatkan.

Tindakan : Makluman

4.20 Program pemulihan dan LINUS

4.20.1 Pada tahun 2013, data murid yang telah melepasi atau kuasai konstruk meningkat. Kini hanya murid tahun satu sahaja yang mempunyai murid tidak kuasai konstruk literasi.

4.20.2 Selain itu guru harus jalankan pemulihan dalam kelas. Guru pemulihan sedia membantu.

4.20.3 Berikut adalah data terkini murid tidak kuasai :

Tahun Literasi BM Numerasi Literasi BI

Tahun 1 4 - 6

Page 10: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

Tahun 2 - - -

Tahun 3 - - -

4.21 PLBS

4.21.1 En Mohd Fuad memberitahu mesyuarat bahawa sepanjang tahun ini, semua tahun telah dijalankan ujian lisan terutamanya murid tahap 2.

4.21.2 Ujian lisan atau lebih dikenali sebagai PLBS dijalankan dengan menggunakan modul yang disediakan. Malah markah PLBS untuk murid tahun 6 juga telah dihantar ke pihak PPD.

Tindakan : Makluman

4.22 PROTIM

4.22.1 Pada tahun ini murid tahap 2 telah menjalani PROTIM. Data terbaharu

adalah seperti berikut :

Tahun Bil murid PROTIM4 45 86 3

Tindakan : Makluman

4.23 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

4.23.1 Guru harus membiasakan murid dengan soalan-soalan bercirikan aras tinggi supaya merangsang daya pemikiran murid.

4.23.2 Guru harus membudayakan perkara ini kerana kemungkinan besar pada masa hadapan, soalan-soalan peperiksaan awam bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi.

Tindakan : Makluman

4.24 Lesson Study

Page 11: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.24.1 GPK 1 mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah menjalankan lesson study pada tahun 2013.

4.24.2 Pada tahun 2014, guru lain pula akan terlibat dan lesson study ini berlangsung dalam dua kitaran.

4.24.3 Ia sangat berguna dan membantu guru menambahbaik corak pembelajaran dan pengajaran.

Tindakan : Makluman

4.25 SKPM

4.25.1 Pn Kanagamma menjelaskan bahawa SKPM adalah dibawah Jemaah Nazir.

4.25.2 Markah prestasi guru akan dimasukkan pada awal tahun dan juga akhir tahun.

4.25.3 Terdapat unsur baru dalam SKPM iaitu pentaksiran.

Tindakan : Makluman

4.26 Bacaan pagi

4.26.1 Guru besar meminta agar guru menyenaraikan nama murid mengikut tahap penguasaan mereka.

4.26.2 Ini kerana kaedah baharu dapat dirancang dan digunakan pada program bacaan pagi.

Tindakan : Makluman

4.27 Bahan ICT

4.27.1 En Mohd Fuad memberitahu bahawa sekolah telah mempunyai bilik komputer.

4.27.2 Malah pelbagai bahan dan alatan ICT telah diterima sekolah.

4.27.3 Beliau menggalakkan guru membawa murid menggunakan kemudahan sedia ada.

Tindakan : Makluman

4.28 PSS dan Perpusatakaan Sekolah

Page 12: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.28.1 GPK 1 memberitahu agar guru memaksimumkan penggunaan perpusatakaan sekolah dan pss kerana banyak bahan berguna ada didalamnya.

4.28.2 Program NILAM juga harus diperhebatkan lagi pada tahun 2014.

Tindakan : Makluman

4.29 Bilik Khas

4.29.1 Guru besar memberitahu bahawa terdapat banyak bilik khas disekolah seperti makmal Sains, bilik atau makmal komputer dan sebagainya.

4.29.2 Beliau berharap guru dapat menggunakannya dengan maksimum dan dicatat penggunaannya.

Tindakan : Makluman

4.30 Buku Teks dan Buku Latihan

4.30.1 Guru besar memberitahu bahawa buku teks dan buku latihan yang dibekalkan oleh pihak kementerian harus digunakan dengan maksimum.

4.30.2 Segala kandungan yang ada didalam buku teks harus diajar kepada murid.

Tindakan : Makluman

4.31 Program UPSR 2014

4.31.1 Pada tahun 2014, gpk 1 memaklumkan bahawa terdapat beberapa program UPSR akan dijalankan.

4.31.2 Antara program yang dirancang ialah program mento-mentee, kelas tambahan, bengkel kecemerlangan dan program motivasi.

Tindakan : Makluman

4.32 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi

4.32.1 En Mohd Fuad memberitahu bahawa pada awal tahun 2013, panitia telah sediakan satu perancangan strategik bagi memperbaiki dan meningkatkan pretasi semasa matapelajaran Bahasa Malaysia.

4.32.2 Pada tahun 2014, beliau memberitahu terdapat beberapa program telah dirancang dan telah dimasukkan ke dalam pelan taktikal dan operasi.

Page 13: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

4.32.3 Antara program yang dirancang ialah bengkel teknik bercerita dan bengkel penandaan kertas 2 Bahasa Malaysia.

4.32.4 Laporan perlu disediakan selepas sesuatu program dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.33 Jadual waktu dan ganti

4.33.1 GPK 1 memberitahu bahawa mulai tahun 2014, guru harus mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan.

4.33.2 Jika guru mengganti guru yang tidak hadir, satu buku rekod pengajaran ganti akan diberi. Guru harus menulis rancangan pengajaran ganti dalam buku berkenaan.

Tindakan : Makluman

4.34 Program Transisi

4.34.1 Program transisi akan diadakan pada 31 Disember 2013. Semua guru diminta hadir pada jam 7.30 pagi.

Tindakan : Makluman

4.35 VLE-frog

4.35.1 Guru besar memaklumkan bahawa pihak kementerian telah memperkenalkan satu program khas dinamakan VLE-frog. Guru-guru diminta menggunakannya.

Tindakan : Makluman

5. Hal –hal lain

5.1 GPK 1 meminta guru memastikan kelas, bilik khas, makmal dan perpustakaan perlu diceriakan dan dicatatkan penggunannya.

5.2 Beliau juga meminta agar penggunaan ICT diperluaskan, begitu juga dengan penggunaan perpustakaan. Bahan bantu mengajar dan kamus harus digunakan dengan lebih kerap pada tahun hadapan.

Tindakan : Makluman

6. Penutup

Page 14: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Tahun 2014

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................... .......................

(MOHD FUAD ABD RAHMAN) ( PN. SIVA UMAH A/P NAGALINGAM)

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU GPK AKADEMIK

SJK(T) LDG PERTANG SJK (T) LDG PERTANG