minit mesyuarat mtaqpk lms 16 kali pertama

6
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA 2016. TARIKH : 22 MAC 2016 HARI : SELASA TEMPAT : BILIK SRI GADING, SK LONG JAAFAR KEHADIRAN : RUJUK SENARAI KEHADIRAN AGENDA : 1) UCAPAN PENOLONG PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN KHAS PPD LMS 1.1En. Mohd. Redzuan B. Hj. Abu Hassan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Long Jaafar atas kesudian memberikan ruang untuk mengadakan mesyuarat MTAQ P.Khas LMS di sini. 1.2Menyampaikan beberapa maklumat terkini untuk diambil tindakan dan diberi perhatian. 1.2.1 APDM – mohon semua sekolah agar dapat menyemak dan mengemaskini data dalam APDM dengan betul. 1.2.2 Laporan Status – mohon juga untuk disemak dan diperbetulkan beberapa bahagian terutamanya kategori murid dan data guru serta PPM 1.2.3 E-Operasi – mohon untuk dikemaskini data guru terutama ‘tagging’ guru pendidikan khas yang betul. Sila dapatkan kerjasama daripada PK Pentadbiran sekolah masing-masing. 1 MTAQ PENDIDIKAN KHAS LMS 2016

Upload: cikgu-nor-ummu-iman

Post on 10-Jul-2016

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MTAQ PKHAS

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Mtaqpk Lms 16 Kali Pertama

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMAMAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS

DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA2016.

TARIKH : 22 MAC 2016HARI : SELASATEMPAT : BILIK SRI GADING, SK LONG JAAFARKEHADIRAN : RUJUK SENARAI KEHADIRAN

AGENDA :

1) UCAPAN PENOLONG PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN KHAS PPD LMS1.1 En. Mohd. Redzuan B. Hj. Abu Hassan mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pihak SK Long Jaafar atas kesudian memberikan ruang untuk mengadakan

mesyuarat MTAQ P.Khas LMS di sini.

1.2 Menyampaikan beberapa maklumat terkini untuk diambil tindakan dan diberi

perhatian.

1.2.1 APDM – mohon semua sekolah agar dapat menyemak dan

mengemaskini data dalam APDM dengan betul.

1.2.2 Laporan Status – mohon juga untuk disemak dan diperbetulkan beberapa

bahagian terutamanya kategori murid dan data guru serta PPM

1.2.3 E-Operasi – mohon untuk dikemaskini data guru terutama ‘tagging’ guru

pendidikan khas yang betul. Sila dapatkan kerjasama daripada PK

Pentadbiran sekolah masing-masing.

1.2.4 Murid LINUS – senarai murid LINUs yang sepatutnya berada di PPKI.

Mohon semak bagi sekolah yang berkenaan.

1.2.5 Audit Pengurusan – Mohon semua program bersedia dan kemaskini

segala fail-fail pengurusan dan fail-fail yang berkenaan bagi memastikan

audit yang akan dijalankan nanti berjalan dengan lancer. Sekiranya perlu,

En. Redzuan akan datang untuk membantu mengikut zon-zon dalam

daerah.

1.2.6 Pembangunan – mohon setiap program terlibat mengemukakan surat

permohonan kelulusan untuk projek pembangunan. Rujuk gmail info.

1 MTAQ PENDIDIKAN KHAS LMS 2016

Page 2: Minit Mesyuarat Mtaqpk Lms 16 Kali Pertama

2) PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MTAQ P.KHAS DAERAH LMS 2016.2.1 Pn. Nor Shakiah Bt. Hussain membentangkan kertas kerja Majlis Tilawah Al-Quran

Pendidikan Khas Daerah Larut Matang & Selama bagi tahun 2016. Butiran

pertandingan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 5 April 2016Hari : SelasaTempat : SMK Dato’ Hj. Hussein, Selama

2.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membayar yuran penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Daerah Larut Matang dan Selama bagi tahun 2016, sebanyak RM100.00 bagi setiap Program Pendidikan Khas daerah dan RM 10.00 bagi yuran penyertaan setiap murid yang mengambil bahagian.

Disokong oleh En. Azaini Sham dan En. Zulkifli

2.3 Bayaran perlu dibuat kepada SK Rantau Panjang sebelum atau pada 4 April 2016.

2.4 Semua cek perlu dikeluarkan atas penama GURU BESAR SK RANTAU PANJANG dan dihantar ke sekolah.

2.5 Semua borang penyertaan pertandingan hendaklah dihantar kepada pihak pengelola

bagi tujuan penyusunan. Borang penyertaan hendaklah di email ke alamat

[email protected] selewat-lewatnta pada 29 Mac 2016.

Tindakan : PKPK/Penyelaras Daerah LMS

2.6 Mesyuarat juga bersetuju untuk menambah acara pertandingan iaitu Acara Azan

Subuh untuk Kategori BP Menengah dan Rendah dan Acara Khat Jawi untuk

Kategori BD Menengah dan Rendah. Borang penyertaan untuk dua acara tambahan

ini akan dimuatnaik dalam gmail [email protected]

2.7 Perasmi untuk MTAQ PK LMS 2016 ialah Tuan PPD Daerah Larut Matang dan

Selama. Sekiranya Tuan PPD tidak dapat hadir, majlis akan menjemput salah

seorang pegawai pendidikan khas di Jabatan Pendidikan Perak.

2.8 Undian peserta – mesyuarat bersetuju untuk membuat cabutan undian pada hari ini.

Rujuk Lampiran - Senarai Undian Giliran Peserta.

2.7 Perincian AJK Pelaksana MTAQ P.Khas LMS 2016

Rujuk Lampiran Kertas Kerja

2 MTAQ PENDIDIKAN KHAS LMS 2016

Page 3: Minit Mesyuarat Mtaqpk Lms 16 Kali Pertama

3) HAL-HAL LAIN3.1 En. Redzuan memaklumkan mesyuarat MTAQ P.Khas Peringkat Negeri akan

diadakan pada 24/4/2016 di Daerah Hulu Perak

3.2 Untuk peruntukan bagi mendapatkan sijil untuk peserta dan urusetia, mohon

dimasukkan kos dalam senarai perbelanjaan aktiviti.

Tindakan : Setiuasaha MTAQ3.3 Mohon Ustaz Fadzimi berbincang lebih lanjut dengan pihak pentadbiran SMK Dato’

Hj. Hussein bagi menetapkan tempat-tempat acara yang akan digunakan pada hari

pertandingan.

Tindakan : Naib Setiausaha MTAQ

4) PENUTUPEn. Redzuan mengharapkan agar majlis yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan

sempurna mengikut perancangan yang ditetapkan. Kerjasama semua pihak amat

diharapkan bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………… ……………………………..

NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN RUSLAN BIN HAMIDON

Setiausaha Pengerusi 1

MTAQ P.Khas 2016 MTAQ P.Khas 2016

Daerah Larut Matang & Selama Daerah Larut Matang & Selama

3 MTAQ PENDIDIKAN KHAS LMS 2016

Page 4: Minit Mesyuarat Mtaqpk Lms 16 Kali Pertama

LAMPIRAN

Senarai Undian Giliran Peserta MTAQ P.Khas LMS 2016

Sekolah Menengah

Nombor Giliran Sekolah1 SMK Tat Beng2 SMK Dato’ Kamaruddin3 SMK Dato’ Hj. Hussein4 SMK Pengkalan Aur5 SMK Simpang6 SMK Jelai7 SMK Bukit Jana8 SMK Redang Panjang9 SMK Dr. Burhanuddin

Sekolah Rendah

Nombor Giliran Sekolah1 SK Bukit Jana2 SK Batu Kurau3 SK Dato’ Panglima Bukit Gantang4 SK Long Jaafar5 SK Kg. Gudang6 SK Seri Aman7 SK Kg. Perak8 SK Rantau Panjang9 SK Sri Selama

10 SK Changkat Larut11 SK Sultan Idris (II)12 SK Hj. Wan Jaafar13 SK Matang14 SK Kg. Boyan15 SK Taman Palma16 SK Bukit Bertam

Disebabkan hanya 15 buah sekolah sahaja yang mengambil undian peserta bagi sekolah rendah, maka terdapat sedikit perubahan pada nombor giliran bagi sekolah-sekolah berikut :

SK Hj. Wan Jaafar – Dari nombor giliran 14 menjadi 12SK Matang – Dari nombor giliran 15 menjadi 13SK Kg. Boyan – Dari nombor giliran 16 menjadi 14SK Taman Palma – Dari nombor giliran 17 menjadi 15

Harap maklum. Terima Kasih.

4 MTAQ PENDIDIKAN KHAS LMS 2016