minit mesyuarat kecemerlangan upsr kali kedua 2013

3
MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR KALI KEDUA 2013 SK JALAN BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG TARIKH : 21 Februari 2013 HARI : Khamis MASA : 1.20 petang TEMPAT : Bilik Gerakan SKJB KEHADIRAN : Seperti di dalam lampiran AGENDA : 1. Ucapan Guru Besar 1.1. Mengucapkan salam dan terim kasih kepada semua guru- guru Tahun 6 yang hadir pada hari ini. 1.2. Mesyuarat kali ini untuk membincangkan pelaksanaan Program Mentor-Mentee di dalam Program Kecemerlangan UPSR 2013 . 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1. Pencadang : Pn. Norizan binti Mohamed Ariffin 2.2. Penyokong : Pn. Hjh. Zaliha binti Abu Hassan 3. Perkara berbangkit 3.1 Latihan sukan/pertandingan/Kokuria : Guru Besar membenarkan guru-guru menggunakan waktu mata pelajaran elektif untuk mengadakan latihan dan elakkan semasa waktu mata pelajaran teras. Hanya latihan intensif sahaja dibenarkan sehari atau dua hari sebelum pertandingan. Sekiranya bekeperluan, latihan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad Pagi. 4. Program Mentor Mentee

Upload: rill-hairill

Post on 27-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Kecemerlangan Upsr Kali Kedua 2013

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR KALI KEDUA 2013SK JALAN BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG

TARIKH : 21 Februari 2013

HARI : Khamis

MASA : 1.20 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SKJB

KEHADIRAN : Seperti di dalam lampiran

AGENDA :

1. Ucapan Guru Besar

1.1. Mengucapkan salam dan terim kasih kepada semua guru-guru Tahun 6 yang hadir pada hari ini.

1.2. Mesyuarat kali ini untuk membincangkan pelaksanaan Program Mentor-Mentee di dalam Program Kecemerlangan UPSR 2013 .

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1. Pencadang : Pn. Norizan binti Mohamed Ariffin2.2. Penyokong : Pn. Hjh. Zaliha binti Abu Hassan

3. Perkara berbangkit

3.1 Latihan sukan/pertandingan/Kokuria : Guru Besar membenarkan guru-guru menggunakan waktu mata pelajaran elektif untuk mengadakan latihan dan elakkan semasa waktu mata pelajaran teras. Hanya latihan intensif sahaja dibenarkan sehari atau dua hari sebelum pertandingan. Sekiranya bekeperluan, latihan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad Pagi.

4. Program Mentor Mentee

4.1 Pn. Noraida menerangkan program ini berfokus kepada kelas 6 Excellent dan 6 Progressive sahaja dan melibatkan semua guru yang mengajar Tahun 6.

4.2 Beliau akan menyediakan sebuah modul untuk kegunaan guru-guru.

4.3 Guru Besar meminta guru kelas bersama-sama penyelaras menyusun dan menentukan murid mengikut kumpulan Mentor-Mentee.

4.4 Pemilihan murid berdasarkan masalah murid dan pencapaian mereka. Murid-murid 6 Progressive dihantar ke program kerohanian yang dibimbing oleh guru (GPI).

4.6 Program Mentor-Mentee untuk Tahun 6 Brilliant dan 6 Smart akan disusun secara berperingkat-peringkat.

Page 2: Minit Mesyuarat Kecemerlangan Upsr Kali Kedua 2013

5. Hal-hal lain

5.1 Pn. Zurina telah mengumumkan tarikh peperiksaan P1 2013 ialah pada 11, 12 dan 13 Mac 2013 dan diadakan serentak bersama-sama Tahun 4 dan 5 dan soalan disediakan oleh MGB Temerloh untuk mata pelajaran teras.

5.2 Pn. Norlailah, Penyelaras Tahun 6 menyatakan Seminar Teknik Menjawab Soalan untuk Matematik akan diadakan pada 26 Februari 2013 di Makmal Bestari SK Jalan Bahagia. Penceramah yang dijemput khas ialah Guru Cemerlang Matematik, En. Nasaruddin bin Abdullah dari SMK Seri Bentong, Pahang.

5.3 Pn. Norlailah juga meminta semua guru mengelakkan daripada menyuruh murid membuat fotokopi di luar. Guru perlu menyediakan sendiri bahan fotokopi untuk edaran kepada murid-murid.

5.4 En. Shahril mencadangkan kecukupan latihan Matematik perlu merujuk kepada edaran di dalam Bahasa Inggeris yang pernah dikeluarkan oleh JPN Pahang.

5.5 Pn. Normah, Setiausaha Peperiksaan menerangkan tarikh akhir pendaftaran UPSR 2013 adalah pada 28 Februari 2013.

5.6 Pn. Sy. Noorkhairiah, meminta jasa baik semua guru agar mengelakkan daripada memanggil atau berjumpa murid semasa PDP berlangsung. Beliau mencadangkan agar semua guru memanggil murid pada waktu rehat atau di awal pagi semasa datang ke sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN. SHAHRIL BIN MAHUSIN) (PN. ZURINA BT ARSHAD)Setiausaha Kecemerlangan UPSR Guru Penolong Kanan 1