minit mesyuarat jawatankuasa pemandu ict bil...

21
Mukasurat 1 / 21 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 02/2017 Tarikh : 15 Mei 2017 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Laut Malaysia Kehadiran : 1. Dato’ Hj. Rossid Bin Musa Timbalan Ketua Pengarah Laut (Pengerusi) 2. Dato’ Hazman Bin Hussein Pengarah Bahagian Kawalan Industri 3. Tn. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan 4. En. Nordin Bin Mohamadin Pengarah ILPL 5. En. Abdul Nasar Bin Abdul Hadi Pengarah Laut Wilayah Sabah 6. En. Benjamin Bernard Bijion Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan 7. Tn. Hj. Khairudin Bin Abbas KPP UPSM 8. En. Mohammad Marzuki Bin Brahim Pengarah Laut Wilayah Sarawak 9. En. Hairizam Bin Albukhari Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran 10. En. Abdul Rahim Bin Mohamad Akhir Wakil Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan 11. En. Shahlan Bin Md Shukur@Kadari KPP Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah 12. Pn. Nasra Binti Zainuddin KPP UTMKE 13. En. Mohd Nazri Bin Armar Ketua Unit Perolehan 14. En. Shah Habidin Arib Bin Jaafar Wakil Pengarah Laut Wilayah Selatan 15. En. Norazihan Bin Mohd Daud Wakil pengarah laut Wilayah Timur 16. En. Maurice Juliee Ansim Wakil Pengarah Laut Wilayah Sabah 17. Pn. Azlina Binti Johar Wakil Pengarah Laut Wilayah Utara 18. En. Subramaniam A/L Kannan Ketua Unit Pengurusan Aset 19. Pn. Derwina Anak Asen Pegawai Teknologi Maklumat JLW Sarawak 20. En. Carlos Remonza Anak Sullong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL 21. Pn. Jennifer I.Mojiol Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JLW Sabah 22. En. Valerian Shem Donggot Pegawai Teknologi Maklumat 23. En. Azizul Halimi Bin Husain Pegawai Teknologi Maklumat 24. Pn. Farah Needra Binti Hashibullah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Urusetia 25. Pn. Shaira Binti Hashim Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Turut Hadir : 1. Tuan Haji Mohd Hafiz Bin Abdul Majid Ketua Penolong Pengarah, Unit Akreditasi Kapal Tidak Hadir Dengan Maaf: 1. En. Roslee Bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran 2. Dato’ Kapt. Jailani Bin Jalal Pengarah Bahagian HEPP 3. Tn. Hj. Wan Endok Bin Wan Salleh Pengarah Laut Wilayah Timur 4. Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman Pengarah Laut Wilayah Utara 5. Tn. Hj. Dickson Anak Dollah Pengarah Laut Wilayah Sarawak 6. En. Norjipin Bin Saidi Pengarah Laut Wilayah Sabah 7. En. Azhan Bin Abdullah KPP Unit Perancangan Dasar & Pembangunan 8. Pn. Fazleen Binti Said Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL

Upload: truongdiep

Post on 02-May-2019

324 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Mukasurat 1 / 21

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 02/2017

Tarikh : 15 Mei 2017 (Isnin) Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Laut Malaysia

Kehadiran :

1. Dato’ Hj. Rossid Bin Musa Timbalan Ketua Pengarah Laut (Pengerusi)

2. Dato’ Hazman Bin Hussein Pengarah Bahagian Kawalan Industri

3. Tn. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

4. En. Nordin Bin Mohamadin Pengarah ILPL

5. En. Abdul Nasar Bin Abdul Hadi Pengarah Laut Wilayah Sabah

6. En. Benjamin Bernard Bijion Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan

7. Tn. Hj. Khairudin Bin Abbas KPP UPSM

8. En. Mohammad Marzuki Bin Brahim Pengarah Laut Wilayah Sarawak

9. En. Hairizam Bin Albukhari Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran

10. En. Abdul Rahim Bin Mohamad Akhir Wakil Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan

11. En. Shahlan Bin Md Shukur@Kadari KPP Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah

12. Pn. Nasra Binti Zainuddin KPP UTMKE

13. En. Mohd Nazri Bin Armar Ketua Unit Perolehan

14. En. Shah Habidin Arib Bin Jaafar Wakil Pengarah Laut Wilayah Selatan

15. En. Norazihan Bin Mohd Daud Wakil pengarah laut Wilayah Timur

16. En. Maurice Juliee Ansim Wakil Pengarah Laut Wilayah Sabah

17. Pn. Azlina Binti Johar Wakil Pengarah Laut Wilayah Utara

18. En. Subramaniam A/L Kannan Ketua Unit Pengurusan Aset

19. Pn. Derwina Anak Asen Pegawai Teknologi Maklumat JLW Sarawak

20. En. Carlos Remonza Anak Sullong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL

21. Pn. Jennifer I.Mojiol Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JLW Sabah

22. En. Valerian Shem Donggot Pegawai Teknologi Maklumat

23. En. Azizul Halimi Bin Husain Pegawai Teknologi Maklumat

24. Pn. Farah Needra Binti Hashibullah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Urusetia

25. Pn. Shaira Binti Hashim Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Turut Hadir :

1. Tuan Haji Mohd Hafiz Bin Abdul Majid Ketua Penolong Pengarah, Unit Akreditasi Kapal

Tidak Hadir Dengan Maaf:

1. En. Roslee Bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran

2. Dato’ Kapt. Jailani Bin Jalal Pengarah Bahagian HEPP

3. Tn. Hj. Wan Endok Bin Wan Salleh Pengarah Laut Wilayah Timur

4. Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman Pengarah Laut Wilayah Utara

5. Tn. Hj. Dickson Anak Dollah Pengarah Laut Wilayah Sarawak

6. En. Norjipin Bin Saidi Pengarah Laut Wilayah Sabah

7. En. Azhan Bin Abdullah KPP Unit Perancangan Dasar & Pembangunan

8. Pn. Fazleen Binti Said Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL

Mukasurat 2 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 YBhg. Dato’ Pengerusi mengingatkan bahawa JPICT adalah satu

mesyuarat penting dalam Jabatan kerana semua bertujuan ke arah meningkatkan penyampaian kerja sementelah lagi sedang dalam

pelaksanaan MMDIS. Beliau berharap MMDIS akan berjaya menukar kaedah kerja ke arah yang lebih efisien.

1.2 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan Sesi User Requirement Specification (URS) MMDIS telah selesai dan Sesi Document Review

sedang dalam pelaksanaan.

1.3 YBhg. Dato’ Pengerusi mohon agar semua yang hadir mesyuarat agar

dapat memikirkan projek yang besar melibatkan penggunaan ICT dan memberikan impak kepada perkhidmatan JLM serta mengelakkan

projek-projek kecil di bawah nilai RM50,000

1.4 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan sambungan kontrak dengan

pihak TM selama setahun lagi dan berharap boleh diteruskan dengan kemudahan 1GovNet.

1.5 YBhg. Dato’ Pengerusi turut memaklumkan bahawa kerajaan

menganjurkan konsep open data supaya data dapat diberi secara

percuma ( contoh : maklumat kapal). Oleh yang demikian, beliau berharap agar ahli mesyuarat hari ini dapat selalu menghadiri taklimat

yang dianjurkan oleh pihak MAMPU.

1.6 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan tentang peruntukan yang perlu

disediakan bagi perkara yang disebut di dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) JLM nanti.

1.7 Cadangan : YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan apa yang dirancang

untuk disediakan dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM)

JLM perlu ada perancangan peruntukan.

1.8 YBhg. Dato’ Pengerusi memohon Encik Abdul Rahim Bin Mohd Akhir

untuk menyediakan video promosi kepada pelaut-pelaut baru.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

BHEPP

2.0

PENETAPAN AGENDA MESYUARAT BIL 02/2017

Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan cadangan agenda yang dibentangkan

tanpa sebarang pindaan.

Makluman

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 01/2017

Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan Minit Mesyuarat JPICT Bil. 01/2017

bertarikh 08 Februari 2017 tanpa sebarang pindaan.

Makluman

4.0

PERKARA BERBANGKIT

Mukasurat 3 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

4.1 PERUTUSAN PENGERUSI – PENGUMPULAN MAKLUMAT

AKTIVITI JABATAN

4.1.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengumpulan Maklumat Aktiviti Jabatan Laut Malaysia bagi Sesi 2017/2018 telah dibuat melalui

surat lantikan bertarikh 27 Februari 2017 dengan Rujukan IPL

2498 Jld 15 (94) bagi tujuan pengumpulan maklumat aktiviti dan program JLM bermula pada bulan Januari 2017, PRO

sebagai urusetia dan Pusat Sumber ILPL sebagai focal point.

Makluman

4.2 JAWATANKUASA SDPX

4.2.1 Mesyuarat Penambahbaikan SDPX telah diadakan pada 21

Februari 2017 yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah BHEPP. Mesyuarat berkala antara pihak JLM dan kontraktor

iaitu Janasys Sdn. Bhd telah diadakan setiap 2 minggu.

Makluman

4.3 PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JLM

4.3.1 Satu pembentangan draf oleh pihak konsultan kepada UTMKE

telah diadakan pada 15 Mac 2017. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, UTMKE telah memberikan beberapa

komen dan cadangan penambahbaikan sebelum ianya dapat

dibentangkan di dalam Mesyuarat JPICT.

4.3.2 KPP UTMKE memaklumkan mesyuarat bahawa pembentangan PSTM masih belum dapat dibuat kerana ada masalah dengan

konsultan dan perkara ini akan dimajukan kepada pihak MDEC

untuk penyelesaian.

Makluman

UTMKE

4.4 KAJIAN SEMULA PENEMPATAN DRC DI ILPL

4.4.1 Satu mesyuarat bersama dengan pihak MAMPU telah diadakan

pada 03 Mei 2017. Lokasi Penempatan DRC adalah di PDSA

Putrajaya dan dijangka dilaksanakan pada bulan November 2017.

Makluman

4.5 CADANGAN PEMASANGAN SISTEM KEDATANGAN BIOMETRIK

DI BAHAGIAN KESELAMATAN PELAYARAN (BKP) IBU PEJABAT

LAUT (IPL)

4.5.1 Selesai. Proses cetakan kad dan agihan telah selesai dilaksanakan.

Makluman

5.0

LAPORAN PROJEK MALAYSIA MARINE DEPARTMENT INFORMATION SYSTEM (MMDIS)

Mukasurat 4 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang Maklumat Projek sepertimana berikut

: 5.1.1 Nama Projek : Merangka, Membangun, Membekal, Memasang,

Menguji, Memperluas, Mentauliah & Mengintegrasi Sistem Aplikasi Dan Pengkomputeran Jabatan Laut Malaysia

5.1.2 Tempoh kontrak : 2 tahun ( 18 November 2016 – 17 November 2018.

5.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang Status Projek secara keseluruhan

sehingga tarikh 05 Mei 2017 adalah sebanyak 20.52 % berbanding sasaran iaitu 19 %.

5.3 Sesi URS bagi kesemua 65 modul berserta dengan URS bagi Business Inteligent(BI) telah disiapkan pada 28 Februari 2017.

5.4 Pada peringkat ini, projek telah memasuki Fasa URS Document Review

yang telah bermula pada 17 April 2017. Sesi ini dijalankan bagi

mendapatkan pengesahan akhir (Document Sign Off) bagi URS.

5.5 18 modul MMDIS Fasa 1 dijangka akan go-live pada 1 Januari 2018 :

5.5.1 KPL-Pendaftaran Kapal 5.5.2 KPL-Modul Pendaftaran Perlesenan Bot

5.5.3 PLT-Modul Permohonan Dokumen Pelaut

5.5.4 PLB-Modul Pendaftaran Shipper 5.5.5 PLT-Modul Pengeluaran Perakuan Kekompetenan

5.5.6 PLT-Modul Permohonan Perakuan Pengiktirafan dan Pemakluman Bertulis

5.5.7 PLT-Modul Pengurusan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan

5.5.8 PLT-Modul Pengeluaran Sijil Kursus Modular 5.5.9 PLT-Modul Perjanjian Anak Kapal (Sign-On/Sign-Off)

5.5.10 PLT-Modul Pencarian Pekerjaan (Jobseekers) 5.5.11 PLT-Modul Pengeluaran Dokumen Keanggotaan Selamat

5.5.12 PLT-Modul Pengeluaran Kelasi Pengawasan

5.5.13 PLT-Modul Pengeluaran Endorsan Latihan Khas 5.5.14 PLT-Modul Audit Institut Latihan Maritim

5.5.15 PBY-Pembayaran Online 5.5.16 PGR-Modul Permohonan Katalaluan

5.5.17 PGR-Modul Maklumat Perjawatan 5.5.18 PGR-Modul Pengurusan Sistem MMDIS

5.6 Projek MMDIS terlibat dengan integrasi dalaman dengan empat belas (14) sistem seperti berikut :

5.6.1 Automatic Identification System (AIS)

5.6.2 Dredging Monitoring System

5.6.3 Sabah Telemetric System (SCADA) 5.6.4 Telemetric System (SCADA)

5.6.5 Long Range Identification & Tracking System (LRIT) 5.6.6 Marine Electronic Highway System (MEH)

5.6.7 Differential Global Positional System Monitoring (DGPS) 5.6.8 Oil Spill Monitoring System

5.6.9 Differential Global Navigation Satellite System (DGNSS)

5.6.10 Weather Monitoring System 5.6.11 Remote Monitoring System (RMS)

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Mukasurat 5 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.6.12 AIS Based Remote Monitoring System (ARMS)

5.6.13 Vessel Traffic Management Information System (VTMIS)

5.6.14 Wreck Management System (MyWEMS)

5.7 Projek MMDIS juga terlibat dengan integrasi luaran dengan enam (6) agensi seperti berikut :

5.7.1 Jabatan Perdana Menteri – Business Licensing Electronic Support System

5.7.2 Kementerian Pengangkutan Malaysia – Sistem Data Raya Pengangkutan

5.7.3 Jabatan Kastam Diraja Malaysia – uCustoms (Ubiquitous Customs)

5.7.4 Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Sistem Suruhanjaya Syarikat

Malaysia 5.7.5 Jabatan Akauntan Negara Malaysia - Government Financial

Management Accounting System (1GFMAS) 5.7.6 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia – Human Resource

Management & Information System (HRMIS)

Makluman

6.0

STATUS PELAKSANAAN PROJEK ICT

6.1 CENTRALIZED SDPX

5.7.7 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek MMDIS.

Makluman

6.2 BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS)

5.8.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek

MMDIS.

Makluman

6.3 SINGLE WINDOW SHIP CLEARANCE SYSTEM (SWSCS)

5.9.1 Mesyuarat Status Pelaksanaan Sistem uCUSTOMS telah

diadakan pada 19 April 2017 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Pengarah BHEPP dan telah dihadiri oleh JKDM, MOT,

Lembaga-Lembaga Pelabuhan dan JLM. Mesyuarat ini

membincangkan status semasa pelaksanaan uCUSTOMS dan perubahan FAL Convention di dalam sistem uCUSTOMS. Pilot

Test uCustoms dijangka bermula pada 30 Jun 2017.

5.9.2 Jabatan juga telah memohon peruntukan daripada pihak LDA

bagi membiayai kontrak penyelenggaraan integrasi. Kertas cadangan telah dikemukakan kepada LDA pada 24 Mac 2017.

Makluman

Makluman

6.4 PENYELENGGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM

APLIKASI BAGI SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX)

6.4.1 Sedang menunggu keputusan daripada Jawatankuasa

Unit Perolehan

Mukasurat 6 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Sebutharga Jabatan.

6.5 SEAFARER KIOSK – SISTEM DOKUMENTASI PELAUT PADA

KIOSK KOMPUTER JLM

6.5.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek

MMDIS.

Makluman

6.6 BUSINESS INTELLIGENCE (ILPL)

6.6.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek

MMDIS.

Makluman

6.7 CADANGAN VESSEL TRAFFIC SERVICE (VTS) OPERATOR SIMULATOR TRAININGS ILPL

6.7.1 Kerja-kerja pemasangan VTS Simulator telah siap sepenuhnya

dipasang oleh JRC di ILPL pada 30 Mac 2017 dan satu

demostrasi telah dibuat semasa 2nd Expert Group Meeting on

Asean Regional Training Center for VTS pada 19 April 2017 di Bangunan Simulator ILPL.

Makluman

6.8 PEMBANGUNAN VESSEL TRAFFIC MANAGEMENT &

INFORMATION SYSTEM (VTMIS) DI JABATAN LAUT WILAYAH SELATAN

6.8.1 SELESAI.

6.8.2 Projek telah selesai dilaksanakan sepenuhnya pada 22 Februari

2017.

Makluman

Makluman

6.9 CADANGAN PEROLEHAN MANAGED INTERNET SERVICES –

DIRECT OVER METRO ETHERNET (DOME) UNTUK ILPL

6.9.1 SELESAI.

6.9.2 Kerja-kerja pemasangan semua indoor dan outdoor AP di ILPL

telah selesai sepenuhnya pada 1 Mac 2017 dan kini ILPL telah menggunakan talian POC bagi wifi di ILPL.

Makluman

ILPL

6.10 CADANGAN MEMBANGUNKAN SISTEM PERKHIDMATAN

TRAFIK MARITIM (VTS) UNTUK KESELAMATAN PELAYARAN DI

PULAU PISANG , JOHOR

6.10.1 Perbincangan bersama SUK Johor telah diadakan pada 3 April 2017 dan pihak SUK Johor sedang menetapkan tarikh untuk

mengadap DYMM.

BKP, UPDP

Mukasurat 7 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

6.11 SEWAAN PENCETAK DILLETA UNTUK KUMPULAN WANG PUSAT

PERDAGANGAN LAUT (KWPPL) JABATAN LAUT MALAYSIA

6.11.1 Selesai.

6.11.2 SST telah ditandatangani oleh pihak syarikat pada 3 Februari

2017. Tempoh mula kontrak sewaan sebenar adalah 60 hari dari tarikh SST ditandatangani (3 Februari 2017) iaitu pada 4

April 2017. Kontrak akan bermula pada 4 April 2017 dan

berakhir pada 3 April 2019.

6.11.3 Pemasangan bagi keseluruhan 4 pejabat wilayah telah selesai dipasang iaitu Pejabat Laut Pulau Pinang (26 April 2017), Ibu

Pejabat Laut Wilayah Timur (2 Mei 2017), Pejabat Laut Johor Bahru (3 Mei 2017) dan Jabatan Laut Laut Wilayah Labuan (8

Mei 2017).

6.11.4 Kelewatan pemasangan pencetak di semua pejabat adalah

disebabkan oleh kerosakan part purge unit pada 3 unit pencetak Diletta sedia ada iaitu 2 unit di IPL dan 1 unit di

Wisma Pelabuhan Klang serta kerosakan 1 set print head bagi 1

unit diletta di IPL pada penghujung Mac 2017.

6.11.5 Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pengeluaran COC di Ibu Pejabat Laut dan Wisma Pelabuhan Klang tergendala bagi

tempoh yang lama, UTMKE mencadangkan agar part purge unit

bagi pencetak diletta sewaan digunakan dahulu bagi tujuan penyelenggaraan 3 unit Diletta yang rosak.

6.11.6 Pihak Vendor seterusnya perlu melaksanakan ordering semula

kepada Diletta Germany bagi 3 unit Part Purge Unit dan 1 set print head pencetak yang telah digunapakai dan mengambil

masa selama 20 hari untuk selesaikan proses pembelian dan

tiba di Malaysia.

6.11.7 Selain itu, kelewatan ini juga berpunca daripada sistem sedia ada yang tidak compatible terhadap 2 pencetak COC iaitu Tally

Printer dan Diletta dipasang pada 1 unit workstation. UTMKE

bersama pihak kontraktor hanya dapat menyelesaikan masalah ini pada 7 April 2017 setelah melaksanakan beberapa ujian dan

kaedah.

6.11.8 34 hari kelewatan pemasangan disebabkan keperluan bagi penyelenggaraan 3 unit pencetak Diletta di IPL dan Wisma

Pelaut Pelabuhan Klang serta masalah compatibility sistem

sedia ada.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

6.12 PROGRAM SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK

6.12.1 Kerja-kerja penghantaran dan pemasangan sedang dijalankan

di seluruh negara. Dijangka selesai pada hujung bulan Mei

2017.

6.12.2 Pengarah JLW Tengah memaklumkan tentang sewaan

UTMKE

Makluman

Mukasurat 8 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

komputer lama di JLW Tengah yang sepatutnya berakhir pada

31 Disember 2017 dan telah terjadi pertindihan sewaan dengan

adanya kontrak sewaan yang baharu. Oleh yang demikian beliau memohon agar kontrak sewaan yang terdahulu dapat

ditamatkan.

6.12.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkara berkenaan

penamatan kontrak ini telah pun dipersetujui di dalam mesyuarat JPICT Bil 01/2017 yang lalu.

Makluman

6.13 LANGGANAN SISTEM OIL SPILL TRAJECTORY DAN CHEMICAL SPILL (MALACCA HAZMAT) TRAJECTORY KEPADA SYARIKAT

RPS APASA, AUSTRALIA

6.13.1 Kontrak penghantaran bermula pada 10 Mei 2017 dan tamat

pada 07 Ogos 2017 ( 3 bulan).

Makluman

6.14 PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE

6.14.1 Selesai.

6.14.2 Hebahan aplikasi mobile telah dibuat pada 2 Mei 2017 melalui

emel dan banner di dalam JALIN.

Makluman

Makluman

6.15 PEMBELIAN PERKAKASAN ICT UNTUK LDA

6.15.1 Kertas permohononan telah dihantar ke LDA tetapi belum

dibincangkan.

UPSM

6.16 PEMBELIAN KOMPUTER BESERTA PERISIAN UNTUK MAKMAL

KOMPUTER ILPL

6.16.1 Iklan sebutharga telah dikeluarkan pada 06 Mac 2017 dan

ditutup pada 20 Mac 2017. Status terkini penilaian bagi sebutharga tersebut telah siap namun masih belum ditawarkan

kepada mana-mana syarikat yang berjaya.

ILPL

6.17 CADANGAN MENYELENGGARA DAN MENAIKTARAF SISTEM RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) CAT6A BAGI ILPL

6.17.1 Syarikat Sofal Synergy Sdn Bhd telah ditawarkan sebutharga

berkenaan dan surat setuju terima telah dikeluarkan pada 22 Februari 2017 dan kerja-kerja penyelenggaraan ini bermula dari

08 Mac 2017-17 Mei 2017. Status semasa sebutharga ini ialah semua kerja-kerja pemasangan kabel telah siap dan hanya

kerja-kerja termination port sahaja yang tinggal.

ILPL

6.18 CADANGAN PROJEK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,

MENGUJI DAN MENTAULIAH PINTU AUTOGATE UNTUK KAWALAN PENUMPANG DI TERMINAL KUAH DAN KUALA

PERLIS

Mukasurat 9 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

6.18.1 Tender dijangka diiklankan semula pada akhir bulan Mei 2017.

6.18.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa lokasi masih belum

diputuskan.

6.18.3 YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Laut minta agar posisi autogate

dikekalkan di lokasi asal.

Unit Task

Force Perolehan

Makluman

Makluman

6.19 INTEGRASI SISTEM e-COR DENGAN SISTEM SDPX

6.19.1 Sebutharga telah dianugerahkan kepada syarikat Janasys Sdn.

Bhd. SST dijangka dikeluarkan pada 18 Mei 2017.

Makluman

6.20 PELAKSANAAN KONTRAK PENYELENGGARAAN BAGI SISTEM-

SISTEM APLIKASI UNTUK TAHUN 2017

6.20.1 Berikut adalah status terkini pelaksanaan kontrak bagi sistem-

sistem aplikasi bagi tahun 2017 :

BIL SEBUTHARGA TARIKH IKLAN/ TARIKH TUTUP

STATUS

1. Sebutharga Penyelenggaraan SCS

6 Januari 2017 / 16 Januari 2017

Selesai. Sebutharga telah dianugerahkan kepada

syarikat Nazrol Tech Sdn. Bhd. Mesyuarat Pra-Pelaksanaan telah dilaksanakan pada 28 April 2017.

2. Sebutharga Penyelenggaraan SDPX

16 Januari 2017 / 23 Januari 2017

Tiada Penyebut Harga yang berjaya. Sebutharga dijangka diiklankan semula pada Jun 2017.

3. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem Biometrik

08 Februari 2017 / 20 Februari 2017

Hanya satu (1) penyebutharga yang menyertai sebutharga ini. Sebutharga dijangka diiklankan semula pada Jun 2017.

4. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem LAYAR

14 Februari 2017 / 21 Februari 2017

Tiada Penyebut Harga yang berjaya. Sebutharga dijangka diiklankan semula pada Jun 2017.

5. Sebutharga Pembangunan Integrasi Sistem e-COR-SDPX

10 Februari 2017 / 21 Februari 2017

Selesai. Sebutharga telah dianugerahkan kepada syarikat Janasys Sdn. Bhd. SST dijangka dikeluarkan

Unit Perolehan

Mukasurat 10 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

pada 18 Mei 2017.

6. Sebutharga Ujian Penembusan Keselamatan (SPA)

10 Februari 2017 / 21 Februari 2017

Sedang menunggu keputusan Jawatankuasa Sebutharga.

7. Sebutharga Penyelenggaraan Laman Web

Perancangan untuk diiklankan pada Mei 2017

Dokumen sebutharga telah dimajukan kepada Unit Task Force Perolehan pada 5 Mei 2017 untuk diiklankan.

8. Sebutharga Penyelenggaraan Online Payment

Perancangan untuk diiklankan pada Ogos 2017

Dokumen sebutharga telah dimajukan kepada Unit Task Force Perolehan pada 10 Mei 2017 untuk diiklankan.

6.21 MAINTENANCE DATA CENTER

6.21.1 Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada 20 Mac 2017. Penyelenggaraan pertama dijangka dilaksanakan pada bulan

Jun 2017.

UTMKE

6.22 CADANGAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN TM BAGI KONTRAK SEWAAN PERKHIDMATAN TALIAN

SERAGAM (1 NETWORK) MERANGKUMI RANGKAIAN DAN

KESELAMATAN KOMUNIKASI JABATAN LAUT MALAYSIA BAGI TEMPOH JUN 2017 HINGGA MEI 2022

6.22.1 Kertas cadangan ini telah dibincangkan semula pada Mesyuarat

LDA Ke-194 pada 14 Mac 2017 dan mesyuarat memutuskan

bahawa LDA tidak bersetuju untuk permohonan rundingan terus dengan pihak TM Berhad dan memutuskan dilaksanakan

secara tender terbuka. Rayuan semula telah dikemukakan dan dibincangkan pada Mesyuarat LDA Ke-195 pada 13 April 2017

namun mesyuarat kekal dengan keputusan sebelum ini iaitu dilaksanakan secara tender terbuka.

6.22.2 Surat permohonan lanjutan tempoh kontrak sedia ada telah dikemukakan kepada JLM dan dijangka akan diputuskan

semasa Mesyuarat Lembaga Perolehan 'A' Kementerian Pengangkutan akan datang.

Makluman

Unit Perolehan

6.23 PEROLEHAN PEMBELIAN LAPTOP DAN SISTEM CHEMICAL

SPILL TRAJECTORY DIBAWAH PEROLEHAN PERALATAN

MELAWAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA & HAZARDOUS NOXIOUS SUBASTANCES (HNS)

6.23.1 Surat Setuju Terima telah dikeluarkan kepada KAJ pada 27 April 2017.

6.23.2 Mesyuarat Pra-Pelaksanaan Projek akan diadakan pada 12 Mei

Makluman

BKP

Mukasurat 11 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

2017.

6.24 CADANGAN PEROLEHAN SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN LAUT DAN PENGURUSAN WREK DI JLW SARAWAK

6.24.1 Sistem SKLW ini mula digunapakai sepenuhnya Mac 2017.

6.24.2 Setakat Mei 2017 terdapat 3 kes pelanggaran telah dimasukkan pada sistem SKLW.

6.24.3 Modul SKLW yang sedia ada telah dibincangkan pada MMDIS Modul Siasatan Kemalangan Kapal pada sesi Document review

yang telah diadakan 9 Mei 2017.

Makluman

Makluman

Makluman

6.25 SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK BAGI IBU PEJABAT DAN PEJABAT KAWASAN JLW SARAWAK

6.25.1 Sebutharga dilaksanakan semula disebabkan kesemua penyebutharga yang dinilai melebihi anggaran Jabatan.

6.25.2 Notis Sebutharga telah diiklankan pada 08 Mei 2017. Lawatan

Tapak pada 11 Mei 2017 dan iklan bagi notis sebutharga

dijangka tutup bertarikh 18 Mei 2017.

Makluman

JLW

Sarawak

7.0

INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)

7.1 Laporan Aktiviti bermula 09 Februari 2017 – 14 Mei 2017 :

BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH

1. Bengkel Penggunaan Sistem MyRAM

Melaksanakan bengkel bersama konsultan yang dilantik iaitu Ofisgate Sdn. Bhd. Berkaitan dengan Risk Assessment menggunakan Sistem MyRAM yang dicadangkan oleh MAMPU

13-14 Mac 2017

7.2 Laporan Audit Pemantuan Pertama (SIRIM QAS) :

BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH

1. 9.2 Internal Audit Audit dalam telah dilaksanakan pada 23-24 Jun 2016 yang lepas. Proses pengendalian audit dalam boleh ditambahbaik lagi dari segi mewujudkan nota audit dan senarai semak di mana dapat menjelaskan rangkuman

Jabatan akan menghantar Internal Auditor mengikuti kursus Lead Auditor Assessment pada Julai 2017. Calon yang dikenalpasti adalah

Selesai pada 13-17 Julai 2017

Makluman

Makluman

Mukasurat 12 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

audit.

En. Nurrul Faiz dari BKI

2. 6.1.2 Information Security Risk Assessment Risk Assessment Report telah dibangunkan, namun begitu, laporan ini perlu disemak semula supaya selaras dengan Inventori Aset (contoh: Hardware)

Semakan inventori

aset dan Risk Assessment dalam pelaksanaan. Semakan dijangka selesai pada 17 Februari 2017.

Selesai pada 12

Mei 2017

3. A.9.2.4 Management of Secret Authentication Information of Users Katalaluan untuk capaian telah ditetapkan kepada minimum (8) aksara (alphanumeric) untuk capaian sistem (contoh: Ship Clearance System (SCS)). Walaubagaimanapun pelaksanaan koordinasi katalaluan di peringkat pengguna boleh ditambahbaik selaras dengan Password Policy v2.0 klausa 6.6

Katalaluan telah ditambahbaik kepada 8 aksara. Emel pemakluman berkaitan dengan polisi katalaluan telah dikeluarkan pada 6hb Februari 2017.

Selesai pada 6 Februari 2017

4. A.9.2.5 Review of User Access Rights Organisasi boleh menambahbaik semakan semula ke atas capaian

pengguna untuk memastikan hanya pengguna Ship Clearance System (SCS) yang disahkan boleh mencapai sistem SCS.

Semua akaun pengguna SCS sedang disemak pada 6-15 Februari 2017.

Selesai pada 15 Februari 2017

5. A.12.4.4 Clock Synchronization Kawalan fizikal di Pusat Data dikawal oleh CCTV dan sistem akses pintu. Walaubagaimanapun, masa untuk sistem berkaitan boleh diselaraskan kepada sumber masa rujukan tunggal.

Masa pada peralatan CCTV dan Sistem Akses pintu telah diselaraskan pada 6 Februari 2017.

6 Februari 2017

7.3 Pengarah BKI bertanya tentang bilangan Certified Auditor serta

memberi cadangan agar bilangan auditor ditambah.

7.4 UTMKE memaklumkan bahawa JLM mempunyai dua (2) orang Global Certified Auditor iaitu En. Khairin Azmi Bin Zaaba (Unit Integriti) dan

Puan Julizah Binti Aliusus@Abdul Aziz (JLW Sarawak). Manakala En Mohd Nurrul Faiz Bin Mohd Taib (BKI) pula sedang menunggu untuk

pergi berkursus.

Makluman

Makluman

Mukasurat 13 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.5 Isu-isu dalaman dan luaran (Risk Treatment Plan) :

BIL PERKARA CADANGAN

TINDAKAN JANGKAAN

PELAKSANAAN

1. Personal Kebanyakkan kakitangan UTMKE terlibat di dalam pelaksanaan MMDIS.

Perlu mempunyai kakitangan kontrak atau pekerja sambilan harian (PSH) untuk menguruskan pelaksanaan ISMS Jabatan. En. Carlos Remonza dicadangkan dilantik sebagai person in charge

bagi ISMS Jabatan.

Selesai. Encik Zairul Mustakim telah melapor diri pada 21 Feb 2017. 1 Julai 2017

2. Sistem SCS Kontrak Penyelenggaraan Telah Tamat pada 26 Oktober 2016. Tiada sokongan teknikal oleh kontraktor sejak 1 Januari 2017.

Sebutharga telah diiklankan pada 6 Januari 2017 dan telah ditutup pada 16 Januari 2017. Sebutharga di dalam proses penilaian.

Sebutharga telah dianugerahkan kepada Nazrol Tech Sdn. Bhd. Kontrak bermula pada 1 Mei 2017

7.6 Mesyuarat dimaklumkan, Sistem Malaysia Public Sector Information Security Risk Assessment Method (MyRAM) adalah System Risk

Management yang dibuat oleh pihak MAMPU bertujuan untuk menyimpan semua aset ICT dan risiko-risiko yang berkaitan.

Makluman

Makluman

8.0

LAMAN WEB JLM

8.1 Status Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan yang dimuat naik ke Laman Web JLM adalah seperti berikut :

8.2 Manakala, status Laporan Statistik yang dimuatnaik ke laman web JLM adalah seperti berikut :

Makluman

Makluman

Mukasurat 14 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

8.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa laman web telah tidak mempunyai maklumat ketibaan dan pelepasan feri (sebelumnya diperolehi daripada

sistem AIS melalui pembekal Green Finder).

8.4 YBhg. Dato’ Pengerusi memohon agar Jawatankuasa Laman Web JLM

dapat mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk dipaparkan di dalam Laman Web JLM.

8.5 Mesyuarat dimaklumkan bahawa paparan ketibaan dan pelepasan feri

dibuat sewaktu Encik Roslee Bin Mat Yusof sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKhP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa

Laman Web JLM.

8.6 Wakil Jabatan Laut Sabah mencadangkan agar gred jawatan di dalam

direktori Laman Web JLM dibuang kerana pengguna yang melayari Laman Web tidak memahami gred jawatan. Beliau mencadangkan

dipaparkan fungsi tugas bagi setiap warga JLM bagi memudahkan

orang awam untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.

8.7 Mesyuarat dimaklumkan bahawa penilaian ProBE 2017 tidak akan dilaksanakan dan penilaian kendiri secara bulanan juga tidak perlu

dibuat oleh agensi.

Makluman

Makluman

Makluman

Jawatankuasa

Pengurusan Laman Web

JLM

Makluman

9.0

PEMBENTANGAN KERTAS

9.1 LANGGANAN SISTEM LAWNET.COM.MY DARIPADA

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)

9.1.1 Objektif langganan Sistem Lawnet adalah :

i. Ia adalah komprehensif dan mudah untuk digunakan.

ii. Ia disediakan kepada pengamal undang-undang, penasihat undang-undang, ahli akademik, pelajar undang-

undang serta orang-orang yang mempunyai keperluan harian untuk merujuk kepada Undang-Undang Malaysia.

iii. Ia adalah salah satu cara penyampaian yang paling mudah, melibatkan kos yang rendah dan penyelesaian

Makluman

Mukasurat 15 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

berkesan untuk pengguna melalui rangkaian terus serta

capaian akses yang cepat dan mudah kepada pangkalan

data tanpa batasan masa dan kedudukan. iv. Pelanggan mempunyai kelebihan dalam mendapatkan

undang-undang yang terkini dalam masa yang singkat melalui sistem Lawnet ini.

v. Akses segera kepada Bahagian yang berkaitan dalam Akta

Parlimen. vi. Pautan yang relevan daripada Akta Parlimen kepada Akta

Parlimen yang lain. vii. Akta Parlimen yang terkini yang masih belum dicetak.

viii. Menjimatkan ruang pejabat.

9.1.2 Lawnet.com.my adalah sebuah laman web daripada PNMB-

Lawnet, Bahagian Internet daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad yang menyediakan Perpustakaan Undang-

Undang Malaysia secara talian yang mengandungi teks sahih daripada Undang-Undang Malaysia.

9.1.3 Lawnet telah mula beroperasi sejak tahun 1998 di mana termasuk Akta Parlimen (Pindaan), Akta Prinsipal (Asal),

Pindaan Akta, Ordinan, Bil Tambahan, Kaedah-Kaedah & Peraturan-Peraturan yang dikemaskini, Perundangan

Tambahan (A), Perundangan Tambahan (B), Perlembagaan Persekutuan, Tatacara Kanun Jenayah, Kanun Keseksaan,

Kanun Tanah Negara, Kaedah-Kaedah Mahkamah, Borang

Mahkamah, Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan.

9.1.4 Lawnet melancarkan warta secara elektronik (e-warta), versi elektronik Warta Malaysia yang dicetak oleh PNMB iaitu

pencetak rasmi yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia sejak

tahun 2001.

9.1.5 Maklumat pakej langganan Lawnet adalah seperti berikut :

No Package

Name

Package Description Price * (RM)

1. Package A Acts Supplement, Legislative Supplement

A&B, Court Rules, Codes,

Constitution, Court Form, Procedures, Ordinances,

Bills Supplement, Perintah-perintah Am, Gazette

Notification (Main Gazette),(HDA),

(ID),(Patents),

(Trademark), Istilah, Latin Dictionary, & all States.

1,100.00

2. Package B This package consists of

everything except for the

State governments’ gazettes. For any

individually added state gazette, the customers will

1,000.00

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Mukasurat 16 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

need to pay an extra RM 100.

3. Package C Acts supplement, Legislative supplement A&B

(Federal)

800.00

4. Package D Gazette Notification (Main Gazette), (HDA), (ID),

(Patents), (Trademark)

800.00

9.1.6 Cadangan langganan Lawnet adalah seperti berikut :

i. Melibatkan enam (6) ID yang terdiri daripada:

o Bahagian Kawalan Industri, Ibu Pejabat Laut o Wilayah Utara

o Wilayah Tengah

o Wilayah Selatan o Wilayah Timur

o Wilayah Persekutuan Labuan ii. Tempoh langganan adalah selama tiga (3) tahun bagi

semua ID.

iii. Pakej langganan yang dipilih ialah Pakej A.

9.1.7 Anggaran harga belian bagi sistem ini: Pakej A = RM 1,100.00 x 6 ID x 3 tahun

= RM 19,800.00

9.1.8 Mesyuarat dimaklumkan bahawa peruntukan bagi pembelian

sistem ini adalah menggunakan peruntukan daripada Bahagian Kawalan Industri, Ibu Pejabat Laut.

9.1.9 Jadual pelaksanaan sistem ini adalah 36 bulan daripada tarikh

pembelian langganan.

9.1.10 Mesyuarat dimaklumkan bahawa implikasi sekiranya sistem ini

tidak dilanggan:

i. Ibu Pejabat Laut, Bahagian dan Wilayah-Wilayah

mengalami kesukaran dalam mendapatkan rujukan undang-undang Malaysia yang terkini bagi menjalankan

penguatkuasaan dan pelaksanaan tugas yang berkaitan terutama undang-undang atau peraturan baru yang

berkaitan dengan Maritim Negara. Maritim Negara. ii. Menambahkan kos kepada Jabatan Laut Malaysia jika buku-

buku rujukan dibeli dan dibekalkan kepada pegawai-

pegawai di Ibu Pejabat Laut dan Wilayah-Wilayah. iii. Jika sistem ini dilanggan, Jabatan Laut Malaysia dapat

mengurangkan kes-kes kehilangan buku-buku rujukan terutama jika terdapat pertukaran pegawai atau pegawai

telah tamat perkhidmatan.

9.1.11 Mesyuarat bersetuju melulus dan memperaku kertas cadangan

Langganan Sistem Lawnet.com.my daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk enam (6) ID dengan

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

BKI

Mukasurat 17 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

kos sebanyak RM 19,800.00 untuk tempoh 3 tahun.

9.2 SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK UNTUK LEMBAGA DIUS

API JABATAN LAUT MALAYSIA

9.2.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang butiran ringkas kontrak

sewaan sedia ada sepertimana berikut :

9.2.2 Berikut adalah keperluan kontrak baru mengikut lokasi :

9.2.3 Berikut adalah skop sewaan baru dan anggaran harga :

Makluman

Makluman

Makluman

Mukasurat 18 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

9.2.4 Mesyuarat bersetuju melulus dan memperaku kertas cadangan Sewaan Komputer Dan Pencetak Untuk Lembaga Dius Api

Jabatan Laut Malaysia dengan kos sebanyak RM 496,560.00 untuk tempoh dua (2) tahun. Namun, YBhg. Dato’ Pengerusi

menyarankan agar perkara berhubung kaedah perolehan sama

ada secara sewaan atau pembelian terus dapat diangkat kepada pihak LDA dahulu.

UTMKE

9.3 KR-CON

9.3.1 Langganan sistem KR CON Electronic Publication System

daripada syarikat Korean Register of Shipping selaras dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7/2013.

9.3.2 Jabatan Laut Malaysia melalui Notis Perkapalan Malaysia (NPM

06/2013) yang telah berkuatkuasa pada 31 Julai 2013, memaklumkan masyarakat perkapalan awam bahawa Malaysia

mengikhtiraf KR-CON sebagai media elektronik bagi alternatif

penerbitan asal IMO di atas kapal berdaftar Malaysia.

9.3.3 KR-CON merupakan satu pengkalan data yang komprehensif dan mudah dicapai. Antara maklumat-maklumat yang

terkandung dalam USB KR-CON termasuk; Konvensyen IMO,

Kod, Resolusi dan Pekeliling. Data yang dibekalkan terdiri daripada 3 bahasa utama seperti Bahasa Inggeris, Korea dan

China.

9.3.4 Pengguna dapat mencari maklumat kapal dengan hanya

memasukkan butiran kapal seterusnya pengguna dapat mengetahui peraturan-peraturan yang terpakai dalam masa

yang singkat dan mudah.

9.3.5 Berikut adalah kelebihan penggunaan KR-CON :

a. Memudahkan pencarian makluman dengan terperinci;

b. Berguna kepada PSCO, Pelaut, Syarikat Kapal, Badan Organisasi yang diiktiraf, Syarikat pembinaan

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Mukasurat 19 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

kapal, Institut Latihan Maritim dan Institusi

Pendidikan;

c. Boleh digunakan semasa membuat pemeriksaan di atas kapal

d. Diiktiraf oleh 29 Agensi Maritim termasuk Panama, Marshall, Liberia, Cyprus, Australia, etc.

e. Pencarian mudah dengan “word search”

f. Dokumen IMO : Notis, Konvensyen dan status konvensyen, Senarai semak dan Buletin Maritim

9.3.6 Belian sebanyak 9 unit USB KR-CON adalah bagi :

a. Unit Akreditasi

b. Unit ISM

c. Wilayah Utara d. Wilayah Tengah

e. Wilayah Selatan f. Wilayah Timur

g. Wilayah Sabah

h. Wilayah Sarawak i. Wilayah Persekutuan Labuan

9.3.7 Maklumat angggaran harga belian adalah seperti berikut :

a. USD225 x 1 ID (RM1,012.50)*(Ex. Rate 4.5)

b. RM1,012.50 x 9 ID = RM 9,112.50 (setahun)

9.3.8 Mesyuarat bersetuju meluluskan kertas cadangan ini untuk 9

akses ID dengan jumlah langganan sebanyak RM 9,112.50 untuk tempoh setahun.

Makluman

Makluman

BKI

10.0

HAL-HAL LAIN

10.1 PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BIL.1/2017 :: PELAKSANAAN ANALITIS DATA RAYA SEKTOR

AWAM (aDRSA)

10.1.1 Pekeliling telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat pada

15 Mei 2017 iaitu sejurus selepas mesyuarat berlangsung untuk tujuan edaran serta pelaksanaan bagi yang berkaitan.

UTMKE

10.2 PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM

BIL.2/2017 :: PENGURUSAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN TELEKOMUNIKASI BERSEPADU KERAJAAN (1GOV*NET)

10.2.1 Pekeliling telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat pada

15 Mei 2017 iaitu sejurus selepas mesyuarat berlangsung untuk

tujuan edaran serta pelaksanaan bagi yang berkaitan.

UTMKE

Mukasurat 20 / 21

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

10.3 PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM

BIL.3/2017 :: PENGURUSAN PERKHIDMATAN BERSEPADU

KERAJAAN (1GOVUC)

10.3.1 Pekeliling telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat pada 15 Mei 2017 iaitu sejurus selepas mesyuarat berlangsung untuk

tujuan edaran serta pelaksanaan bagi yang berkaitan.

UTMKE

11.0

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. YBhg. Dato’ Pengerusi

berpesan agar apa yang dirancang, perlu ambil kira permohonan peruntukan

dan bajet. YBhg. Dato’ turut mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Mukasurat 21 / 21

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 2/2017

15 MEI 2017 (ISNIN)

Disediakan Oleh,

………………………………………………….. (FARAH NEEDRA BINTI HASHIBULLAH)

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Unit Teknologi Maklumat Dan Kerajaan Elektronik

Jabatan Laut Malaysia

Disemak Oleh,

.............................................

(NASRA BINTI ZAINUDDIN)

Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat Dan Kerajaan Elektronik

Jabatan Laut Malaysia

Diluluskan,

............................................

(DATO’ ROSSID BIN MUSA) Timbalan Ketua Pengarah Laut,

Jabatan Laut Malaysia. Merangkap

Pengerusi,

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT