minit mesyuarat jawatankuasa pemandu ict bil...

35
Mukasurat 1 / 35 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018 Tarikh : 19 Februari 2018 (Isnin) Masa : 09.00 pagi – 01.00 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Laut Kuah, Langkawi Kehadiran : 1. Dato’ Hj. Rossid Bin Musa Timbalan Ketua Pengarah Laut (Pengerusi) 2. Tn. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan 3. En. Roslee Bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran 4. Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman Pengarah Laut Wilayah Utara 5. Tn. Hj. Khairudin Bin Abbas KPP UPSM 6. Pn. Rozidah Binti Mohd Yusof KPP Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah 7. Pn. Nasra Binti Zainuddin KPP UTMKE 8. En. Mohd Fadzil Bin Mohd Azami Wakil Pengarah Laut Wilayah Tengah 9. En. Harry Anak Jingkau Wakil Pengarah Laut Wilayah Sarawak 10. En. Mohamad Khairul Rizal Bin Muni Wakil Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan 11. Pn. Salini Binti Seeni Mohd Wakil Unit Perancangan Dasar & Pembangunan 12. En. Muhammad Shahir Bin Abdul Aziz Wakil Unit Perolehan 13. Pn. Aslidah Binti Tumin Wakil Pengarah Laut Wilayah Selatan 14. Pn. Tengku Farah Nadiana Wakil Pengarah Laut Wilayah Timur 15. Pn. Nor Haslinda bt Bashir Wakil Unit Bahagian Kawalan Industri 16. Pn. Hafizah Binti Meor Osman Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran 17. En. Mohamad Hafeez Bin Abdul Mait Wakil Pengarah JLW Sabah 18. Pn. Derwina Anak Asen Pegawai Teknologi Maklumat JLW Sarawak 19. En. Carlos Remonza Anak Sullong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL 20. En. Subramaniam A/L Kannan Ketua Unit Pengurusan Aset 21. En. Valerian Shem Donggot Pegawai Teknologi Maklumat 22. En. Azizul Halimi Bin Husain Pegawai Teknologi Maklumat Urusetia 23. En. Zairul Mustakim Bin Badrolhisam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Tidak Hadir Dengan Maaf: 1. Dato’ Hazman Bin Hussein Pengarah Bahagian Kawalan Industri 2. Dato’ Kapt. Jailani Bin Jalal Pengarah Bahagian HEPP 3. En. Nordin Bin Mohamadin Pengarah ILPL 4. En. Abdul Nasar Bin Abdul Hadi Pengarah Laut Wilayah Tengah 5. Tn. Hj. Dickson Anak Dollah Pengarah Laut Wilayah Selatan 6. Tn. Hj. Wan Endok Bin Wan Salleh Pengarah Laut Wilayah Timur 7. En. Norjipin Bin Saidi Pengarah Laut Wilayah Sabah 8. En. Mohammad Marzuki Bin Brahim Pengarah Laut Wilayah Sarawak 9. En. Benjamin Bernard Bijion Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan 10. En. Azhan Bin Abdullah KPP Unit Perancangan Dasar & Pembangunan 11. En. Mohd Nazri Bin Armar Ketua Unit Perolehan 12. Pn. Jennifer I.Mojiol Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JLW Sabah

Upload: phungtram

Post on 29-Mar-2019

398 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 1 / 35

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018

Tarikh : 19 Februari 2018 (Isnin) Masa : 09.00 pagi – 01.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Laut Kuah, Langkawi

Kehadiran :

1. Dato’ Hj. Rossid Bin Musa Timbalan Ketua Pengarah Laut (Pengerusi)

2. Tn. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

3. En. Roslee Bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran

4. Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman Pengarah Laut Wilayah Utara

5. Tn. Hj. Khairudin Bin Abbas KPP UPSM

6. Pn. Rozidah Binti Mohd Yusof KPP Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah

7. Pn. Nasra Binti Zainuddin KPP UTMKE

8. En. Mohd Fadzil Bin Mohd Azami Wakil Pengarah Laut Wilayah Tengah

9. En. Harry Anak Jingkau Wakil Pengarah Laut Wilayah Sarawak

10. En. Mohamad Khairul Rizal Bin Muni Wakil Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan

11. Pn. Salini Binti Seeni Mohd Wakil Unit Perancangan Dasar & Pembangunan

12. En. Muhammad Shahir Bin Abdul Aziz Wakil Unit Perolehan

13. Pn. Aslidah Binti Tumin Wakil Pengarah Laut Wilayah Selatan

14. Pn. Tengku Farah Nadiana Wakil Pengarah Laut Wilayah Timur

15. Pn. Nor Haslinda bt Bashir Wakil Unit Bahagian Kawalan Industri

16. Pn. Hafizah Binti Meor Osman Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran

17. En. Mohamad Hafeez Bin Abdul Mait Wakil Pengarah JLW Sabah

18. Pn. Derwina Anak Asen Pegawai Teknologi Maklumat JLW Sarawak

19. En. Carlos Remonza Anak Sullong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL

20. En. Subramaniam A/L Kannan Ketua Unit Pengurusan Aset

21. En. Valerian Shem Donggot Pegawai Teknologi Maklumat

22. En. Azizul Halimi Bin Husain Pegawai Teknologi Maklumat Urusetia

23. En. Zairul Mustakim Bin Badrolhisam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Tidak Hadir Dengan Maaf:

1. Dato’ Hazman Bin Hussein Pengarah Bahagian Kawalan Industri

2. Dato’ Kapt. Jailani Bin Jalal Pengarah Bahagian HEPP

3. En. Nordin Bin Mohamadin Pengarah ILPL

4. En. Abdul Nasar Bin Abdul Hadi Pengarah Laut Wilayah Tengah

5. Tn. Hj. Dickson Anak Dollah Pengarah Laut Wilayah Selatan

6. Tn. Hj. Wan Endok Bin Wan Salleh Pengarah Laut Wilayah Timur

7. En. Norjipin Bin Saidi Pengarah Laut Wilayah Sabah

8. En. Mohammad Marzuki Bin Brahim Pengarah Laut Wilayah Sarawak

9. En. Benjamin Bernard Bijion Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan

10. En. Azhan Bin Abdullah KPP Unit Perancangan Dasar & Pembangunan

11. En. Mohd Nazri Bin Armar Ketua Unit Perolehan

12. Pn. Jennifer I.Mojiol Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JLW Sabah

Page 2: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 2 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 YBhg. Dato’ Pengerusi mengucapkan salam serta ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat JPICT JLM Bil

1/2018 ini.

1.2 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat

bahawa beliau akan bersara pada bulan Julai 2018.

1.3 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat

bahawa terdapat surat daripada MKN yang menyatakan tentang

pengeluaran pindaan dan semakan Arahan Keselamatan; di antaranya

adalah berkenaan keselamatan siber dan business continuity. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Pengerusi memohon agar satu cara bagi

menangani masalah tersebut diwujudkan atau ditambahbaik secara teliti agar dapat memenuhi keperluan Arahan Keselamatan.

1.4 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa e-Navigation bukan

hanya terhad kepada satu unit sahaja tetapi melibatkan semua di

dalam jabatan. Oleh itu, YBhg. Dato’ Pengerusi memohon agar pihak UPSM dapat melihat perkara tersebut secara menyeluruh dalam

membantu meningkatkan kepakaran pegawai dalam pelbagai bidang

dan tidak terhad kepada unitnya sendiri sahaja.

1.5 YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan sesi pengkongsian ilmu diadakan

agar ilmu yang ada dapat disebarkan kepada semua dalam membantu membangunkan kepakaran dalam jabatan.

1.6 YBhg. Dato’ Pengerusi juga memohon agar penempatan kiosk MMDIS

dapat diteliti semula agar dapat memberikan lebih manfaat kepada

pengguna.

1.7 YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa penggunaan online

ticketing bagi feri hanya pada kadar 3% dan memohon untuk mencari

jalan penyelesaian dalam meningkatkan penggunaan online ticketing.

1.8 YBhg. Dato’ Pengerusi memohon agar SDD bagi modul yang masih

belum disign-off untuk disegerakan kerana projek MMDIS lewat jadual.

1.9 e-Certificate di dalam MMDIS

i. En. Azizul memaklumkan bahawa semua sijil boleh disemak

melalui e-Certificate.

ii. YBhg. Dato’ Pengerusi bertanya sama ada perbincangan

dengan classification society untuk e-Certificate telah diadakan atau belum.

En. Azizul memaklumkan, setakat ini tiada perbincangan diadakan dan sijil yang dikeluarkan adalah untuk yang dikeluarkan oleh jabatan sahaja. Perbincangan

dengan classification society akan diadakan dalam projek MMDIS Versi 2.0.

Makluman

Makluman

Makluman

UPSM

UPSM

UTMKE, Pengarah

Wilayah

UTMKE , Pengarah Laut

JLWU

BKI

Makluman

Makluman

Makluman

Page 3: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 3 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

2.0

PENETAPAN AGENDA MESYUARAT BIL 01/2018

Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan cadangan agenda yang dibentangkan

tanpa sebarang pindaan.

Makluman

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 04/2017

Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan Minit Mesyuarat JPICT Bil. 04/2017 bertarikh 17 November 2017 tanpa sebarang pindaan.

Makluman

4.0

PERKARA BERBANGKIT

4.1 e-Certificate di dalam MMDIS

4.1.1 Mesyuarat Pelarasan Persijilan Elektronik Dibawah MMDIS telah

diadakan pada 24 November 2017 yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Bahagian Kawalan Industri. Berikut adalah

keputusan mesyuarat tersebut:

i. Mengikut garis panduan IMO Guidelines

ii. Cetakan secara online & cetakan semula (caj)

iii. Cetakan tiada watermark perkataan ’ASAL’ dan

’SALINAN’. Watermark menggunakan Logo Jata Negara

atau Jabatan. Mesyuarat telah bersetuju untuk menggunakan Logo Jata Negara sebagai Watermark.

iv. Security Code seperti tracking no. dan QR code dicetak

di dalam sijil bagi tujuan pengesahan kesahihan sijil.

v. Penggunaan Digital Signature dan Nama pada semua

sijil.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

4.2 PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JLM

4.2.1 YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan agar satu retreat

bersama Bahagian Pengurusan diadakan untuk menentukan pelan strategik jabatan. Ini adalah supaya Pelan Strategik

Teknologi Maklumat (PSTM) yang akan dibuat selari dengan

halatuju jabatan.

BKhP

4.3 KERTAS CADANGAN SEWAAN KOMPUTER, NOTEBOOK DAN

PENCETAK UNTUK JABATAN LAUT MALAYSIA

4.3.1 Kertas Kerja Permohonan Sewaan Peralatan ICT untuk tempoh

empat (4) tahun telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat JPICT MOT Bil. 4/2017 pada 22 Disember

2017.

Makluman

Page 4: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 4 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

4.3.2 Mesyuarat JPICT MOT Bil. 4/2017 bersetuju meluluskan

cadangan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT untuk JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

(termasuk GST) dengan bersyarat iaitu :

a) Perolehan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT

bagi Semenanjung Malaysia dibiayai oleh Wang Amanah Dius Api.

b) Perolehan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT

bagi Sabah dan Sarawak dibiayai oleh Peruntukan Dasar Baru Belanja Mengurus OS 24000.

4.3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah Bil. 4/2017 pada 22 Januari 2018 telah bersetuju

dengan keputusan ini.

4.3.4 Sehubungan itu, UTMKE sedang memuktamadkan keperluan

sewaan bersama-sama dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak. Perolehan ini juga akan mengambilkira

keperluan penggantian komputer AIS yang telah usang seperti yang telah disarankan di dalam Mesyuarat JPKA JLM Bil.

4/2017.

4.3.5 Untuk sewaan perkakasan dan perisian ICT bagi Semenanjung

Malaysia yang akan dibiayai oleh Wang Amanah Dius Api, pihak UTMKE akan memajukan permohonan tersebut kepada

Lembaga Dius Api dengan kadar segera.

Makluman

Makluman

Makluman

UTMKE

4.4 ISU WIFI DI IPL

4.4.1 Satu lawatan tapak oleh pihak TM telah diadakan di Ibu Pejabat

Laut pada 28 Disember 2017 untuk meninjau dan

mengenalpasti kesesuaian lokasi pemasangan peralatan Wi-Fi tersebut termasuk bilangan unit peralatan Wi-Fi yang perlu

dipasang.

4.4.2 Surat permohonan rasmi kepada pihak TM telah dimajukan

pada 06 Februari 2018 untuk pertimbangan pihak TM.

Makluman

UTMKE

5.0

LAPORAN PROJEK MALAYSIA MARINE DEPARTMENT INFORMATION SYSTEM (MMDIS)

5.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang status terkini pencapaian projek MMDIS sehingga 14 Februari 2018 adalah seperti berikut :

Status Pelaksanaan Jadual : 66.00%

Status Pelaksanaan Sebenar : 62.01% (lewat jadual 3.99%)

Status Pembayaran Jadual : 63.75%

Status Pembayaran Sebenar : 47.77%

Makluman

Page 5: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 5 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.2 Laporan Pembangunan, Migrasi Data & Integrasi Sistem MMDIS

5.2.1 Laporan Pembangunan Sistem MMDIS (Perkapalan)

5.2.2 Laporan Pembangunan Sistem MMDIS (Pelaut)

5.2.3 Laporan Pembangunan Sistem MMDIS (Pelabuhan)

5.2.4 Laporan Pembangunan Sistem MMDIS (Pengurusan/Pelayaran)

Makluman

Page 6: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 6 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.2.5 Laporan Pembangunan Sistem MMDIS (Pembayaran/Kursus &

Latihan)

5.3 Laporan Pembangunan “INTEGRATION”

5.4 Laporan Pembangunan “DATA MIGRATION”

Makluman

Page 7: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 7 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.5 JADUAL PELAKSANAAN (ANJAKAN) PENGHANTARAN &

PEMASANGAN OA MMDIS

Implementasi OA terpaksa dibahagikan kepada beberapa fasa

penghantaran & pemasangan: 1. Fasa 1 – untuk perkakasan OA yang tidak melibatkan sebarang

perubahan Jenama/Model

2. Fasa 2 – perkakasan OA (Kiosk)

3. Fasa 3 – untuk perkakasan OA yang terlibat dengan perubahan Jenama/Model. Pembelian hanya akan dibuat setelah mendapat

kelulusan Jawatankuasa Pemandu Projek MMDIS

Makluman

Makluman

Makluman

Page 8: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 8 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.6 JADUAL PELAKSANAAN (ANJAKAN) PENGHANTARAN &

PEMASANGAN OA MMDIS – FASA 1

5.7 SENARAI PERMOHONAN PERUBAHAN OFFICE AUTOMATION

(OA)

Makluman

PASUKAN

PROJEK MMDIS

Page 9: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 9 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.7.1 OA Change No. 1 (CR-010): PENCETAK PASSBOOK

WARNA

Berdasarkan LOA bersyarat projek MMDIS bertarikh 3 Nov 2016, Pihak

BIT perlu membekalkan Passbook Printer Berwarna (tidak ditentukan Jenama dan Model) yang memenuhi spesifikasi keperluan Teknikal.

Oleh itu pihak BIT menawarkan Jenama: Surys Model: HiPrint P2000 bagi menggantikan EPSON PLQ-22CS

5.7.2 OA Change No. 2 (CR-011): BARCODE DAN MRZ READER

Spesifikasi tender yang dijawab mempunyai ralat ‘typo’ di mana

Proposed Model yang sebenar adalah ARH Kiosk Scan (sila rujuk brosur yang disertakan dalam tender).

Akan tetapi model Kiosk Scan tersebut merupakan internal unit dan tidak sesuai untuk diletakkan di atas kaunter JLM. Ia lebih sesuai

dipasang ke dalam sesuatu mesin seperti kiosk.

Tambahan pula, Jenama ARH ini tidak mempunyai pasukan sokongan

tempatan di Malaysia dan akan menyebabkan kos senggaraan yang lebih tinggi untuk kerajaan di masa hadapan.

Oleh itu pihak BIT mencadangkan Jenama 3M model AT9000 MK2

untuk item OA – Barcode dan MRZ Reader, yang mempunyai spesifikasi yang setara dan memenuhi spesifikasi keperluan tender projek MMDIS

ini.

5.7.3 OA Change No. 3 (CR-012): PENGIMBAS

Pengimbas HP ScanJet 8270 telah EOL. BIT telah terima surat bertarikh

21 Nov 2017 dari pengeluar HP mengenai perkara ini akan tetapi tidak

dimaklumkan model gantian. Surat kedua dari HP bertarikh 3 Jan 2018 telah menamakan model gantian pengimbas kepada HP ScanJet Pro

2500 f1Flatbed akan Tetapi semakan teknikal membuktikan ia tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan.

Semakan teknikal kedua telah berjaya mengesan model yang PALING HAMPIR ATAU SETARA dengan

Keperluan spesifikasi iaitu Jenama: HP Model: Scanjet Enterprise Flow

Page 10: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 10 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

4500 FN 1

Pihak HP telah mengeluarkan surat terkini bertarikh 26 Januari 2018 mengumumkan model gantian kepada HP Scanjet 8270 adalah HP

Scanjet Enterprise Flow 4500 FN 1

5.7.4 OA Change No. 4 (CR-013): KAMERA DIGITAL

Kamera Digital Canon PowerShot SX 410 IS telah EOL dan tiada di

pasaran. Ia digantikan dengan kamera Digital Jenama: Canon Model: PowerShot SX 430 IS.

Pihak BIT telah menerima surat pemakluman EOL dan model gantian

dari pengeluar Canon pada 9 Februari 2018.

5.7.5 OA Change No. 5 (CR-014): SMART CARD READER

Gemalto Prox-PU telah ‘End-of-Sales’, pilihan yang ada dari Gemalto

adalah seperti di bawah:

Perbandingan antara :

IDBridge CT30 IDBridge CT40 (selected), no docking & single with dual model status

LED (stay – ON, Blinking – Read) IDBridge CT700/710

· IDBridge CT510 tidak dimasukkan kerana Power supply thru ExpressCard port & connection menggunakan PCMCIA/Express

5.7.6 Mesyuarat dimaklumkan kesemua permohonan

perubahan ini telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MMDIS Bil 1/2018 dan akan

dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MMDIS Bil 1/2018.

5.8 JADUAL PERPINDAHAN DRC DARI DC JLM KE PDSA

PUTRAJAYA

Pasukan

Projek MMDIS

Makluman

Page 11: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 11 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.9 PERANCANGAN AKTIVITI PROJEK MASA HADAPAN

5.10 PENGURUSAN ISU & RISIKO PROJEK

5.11 MMDIS Interactive Kiosks

5.11.1 Normal Kiosk

Makluman

Makluman

Makluman

Page 12: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 12 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.11.2 Special Kiosk

5.12 LOKASI PENEMPATAN & BILANGAN KIOSK MMDIS

Makluman

Makluman

Page 13: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 13 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

5.13 KEPERLUAN KESEDIAAN TAPAK YANG PERLU DISEDIAKAN

OLEH PIHAK JLM DI SETIAP PENEMPATAN KIOSK MMDIS SEBELUM PEMASANGAN

5.14 SKOP TRANSAKSI YANG DAPAT DIBUAT OLEH PENGGUNA

KIOSK MMDIS

5.15 ONLINE PAYMENT

5.15.1 Sehubungan pertanyaan Lembaga Boya dan Api Sarawak yang memerlukan pengesahan bahawa sistem online payment

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Page 14: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 14 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

MMDIS merangkumi kutipan Lembaga Boya dan Api Sarawak,

Pn. Nasra mengesahkan bahawa sistem online payment yang

berada di bawah projek MMDIS sudah mengambil kira Sabah dan Sarawak bagi pembayaran dius api, port dius dan

petroleum permit. Bagi kutipan hasil yang lain sekiranya tidak terdapat dalam MMDIS, pihak Lembaga Boya Dan Api Sarawak

boleh memajukan cadangan untuk membangunkan sistem

kutipan tersebut.

5.15.2 Lanjutan dari pertanyaan YBhg. Dato’ Pengerusi berkenaan hasil Online Payment bagi pelesenan, UPKAA dan UTMKE telah

dimohon untuk menyemak semula dokumen bagi menentukan ke manakah hasil yang diperolehi disalurkan.

UPKAA, UTMKE

6.0

STATUS PELAKSANAAN PROJEK ICT

6.1 CENTRALIZED SDPX

6.1.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek

MMDIS.

Makluman

6.2 BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS)

6.2.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek MMDIS.

Makluman

6.4 SINGLE WINDOW SHIP CLEARANCE SYSTEM (SWSCS)

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama JLM Pelaksanaan Go-live

Release 3 Modul Ship Clearance Projek uCustoms telah diadakan pada

11 Januari 2018 yang turut dihadiri oleh Dato’ Pengarah BHEPP. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sesi pengujian bagi uCustoms

sebelum Release 3 Modul Ship clearance go live.

JLM telah melaksanakan pengujian sistem uCustoms pada 18-19 Januari 2018. Hasil pengujian tersebut terdapat perkara yang masih

belum selesai iaitu

Paparan caj Port Dues di dalam sistem uCustoms

Format resit pembayaran Dius Api

Akaun terimaan hasil bagi akaun Persekutuan dan Tabung

Amanah

JKDM turut mengadakan sesi Demo bagi Modul Ship Clearance di

dalam uCustoms kepada Dato’ Pengarah BHEPP pada 29 Januari 2018 bagi memberi gambaran dan status semasa pelaksanaan uCustoms.

JLM dan JKDM akan mengadakan sesi simulasi modul SCS dan latihan

kepada pengguna yang akan melibatkan wilayah, agensi lain dan ejen perkapalan selepas semua isu yang berbangkit diselesaikan.

Makluman

Page 15: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 15 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Tarikh go live untuk sistem uCustoms adalah bergantung kepada tahap

ketersediaan sistem uCustoms.

6.5 PENYELENGGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM APLIKASI BAGI SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX)

SST bertarikh 28 Ogos 2017 telah dikeluarkan kepada syarikat RSA Khidmat & Teknologi Sdn. Bhd.

Kontrak bermula pada 21 Oktober 2017 sehingga 20 Oktober 2018

berjumlah RM459,510.00.

Makluman

6.6 SEAFARER KIOSK – SISTEM DOKUMENTASI PELAUT PADA KIOSK KOMPUTER JLM

6.2.2 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek MMDIS.

Makluman

6.7 BUSINESS INTELLIGENCE (ILPL)

6.2.3 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek

MMDIS.

Makluman

6.8 CADANGAN MEMBANGUNKAN SISTEM PERKHIDMATAN TRAFIK MARITIM (VTS) UNTUK KESELAMATAN PELAYARAN DI PULAU PISANG , JOHOR

Perkara ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat lembaga dius api

pada 06 Mac 2018 bagi tujuan lantikan Juruperunding untuk melaksanakan kajian tersebut

Makluman

6.9 PEMBELIAN PERKAKASAN ICT UNTUK LDA

Akan dilaksanakan di bawah projek Sewaan Perkakasan Dan Perisian

ICT JLM menggunakan peruntukan LDA

Makluman

6.10 PEMBELIAN KOMPUTER BESERTA PERISIAN UNTUK MAKMAL KOMPUTER ILPL

6.2.4 Spesifikasi teknikal bagi sebutharga berkenaan telah

dikemaskini dan telah diserahkan semula bagi mendapatkan

kelulusan LDA sebelum sebutharga dapat dikeluarkan semula pada tahun 2018

Makluman

6.11 CADANGAN PROJEK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,

MENGUJI DAN MENTAULIAH PINTU AUTOGATE UNTUK KAWALAN PENUMPANG DI TERMINAL KUAH DAN KUALA PERLIS

6.2.5 Beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan

Makluman

Page 16: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 16 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

pada tahun 2018 iaitu pada:

Januari 2018 di Terminal Jeti Penumpang Kuah.

29 Januari 2018 di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis.

Pengujian Infra fiber sedia ada telah dilaksanakan pada 5 Februari 2018 di Terminal Jeti Penumpang Kuah dan mendapati

infra fiber sedia ada berfungsi dengan sempurna.

Mesyuarat bersama vendor Passenger Information System

(PIS) dan pihak operator feri bersama vendor bagi Projek Autogate telah dijalankan 6 dan 7 Februari 2018.

Lantikan pihak ketiga bagi kerja Penetration Test dan Stress

Test pula, pihak kontraktor telah melantk syarikat Ofisgate Sdn Bhd dan ASK Pentest dan telah dipersetujui oleh Wakil Pegawai

Penguasa Projek. Kerja-kerja Awam dan Elektrik (M&E)

dijangka akan bermula pada pertengahan Mac 2018 di kedua-dua terminal.

6.12 PELAKSANAAN KONTRAK PENYELENGGARAAN BAGI SISTEM-SISTEM APLIKASI UNTUK TAHUN 2017

6.2.6 Berikut adalah status terkini pelaksanaan kontrak bagi sistem-sistem aplikasi bagi tahun 2018 :

BIL SEBUTHARGA STATUS

1. Sebutharga Penyelenggaraan SCS

Dalam proses pelaksanaan.

2. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem Biometrik

Dalam proses pelaksanaan.

3. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem LAYAR

Dalam proses pelaksanaan.

4. Sebutharga Ujian Penembusan Keselamatan (SPA)

Dalam proses pelaksanaan.

5. Sebutharga Penyelenggaraan Laman Web

Dalam proses pelaksanaan.

6. Sebutharga Penyelenggaraan Online Payment

Sebutharga telah diiklankan semula pada 3 Oktober 2017 dan telah ditutup pada 11 Oktober 2017. Status terkini dalam proses penilaian sebutharga.

7. Sebutharga Penyelenggaraan Integrasi uCustoms untuk JLM

Dalam pelaksanaan

Unit Task Force

Perolehan

Page 17: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 17 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

6.13 MAINTENANCE DATA CENTER

6.2.7 Preventive Maintenance (PM) ke-3 telah selesai dilaksanakan

pada pertama bulan Februari 2018.

UTMKE

6.14 CADANGAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN TM BAGI KONTRAK SEWAAN PERKHIDMATAN TALIAN SERAGAM (1 NETWORK) MERANGKUMI RANGKAIAN DAN KESELAMATAN KOMUNIKASI JABATAN LAUT MALAYSIA BAGI TEMPOH JUN 2017 HINGGA MEI 2022

Masih dalam pelaksanaan.

Peratus kemajuan projek sehingga 22 Januari 2018 :

Peratus siap (sebenar) : 69.92% Peratus siap (Jadual) : 78.18%

Jangkaan siap : 15 Februari 2018

Makluman

6.15 SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK UNTUK LEMBAGA DIUS API JABATAN LAUT MALAYSIA

Akan dilaksanakan di bawah projek Sewaan Perkakasan Dan Perisian ICT JLM menggunakan peruntukan LDA

UTMKE

6.16 KERTAS CADANGAN UNTUK PEMBAHARUAN BAGI LANGGANAN SISTEM PERGERAKAN TUMPAHAN MINYAK (OIL SPILL TRAJECTORY) DAN SISTEM PERGERAKAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA (CHEMICAL SPILL TRAJECTORY) KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA

Status semasa bagi Langganan Sistem Pergerakan Tumpahan Minyak (Oil Spill Trajectory) dan Sistem Pergerakan Tumpahan Bahan Kimia

Berbahaya (Chemical Spill Trajectory) kepada Syarikat RPS APASA, Australia akan berakhir pada 30 November 2017 (tempoh 1 tahun)

merujuk kepada daripada Perolehan Kontrak IPL 19/2017, iaitu

Perolehan Peralatan Melawan Tumpahan Bahan Kimia dan Hazardous Noxious Substances (HNS) untuk Jabatan Laut Malaysia.

Manakala, langganan bagi tempoh lima (5) tahun akan bermula pada 1

Dis 2018 hingga 30 November 2023 iaitu merujuk kepada permohonan

yang telah diperakui dan diluluskan dalam mesyuarat JPICT JLM Bil 03/2017 – 18 Ogos 2018

Makluman

6.17 KERTAS CADANGAN LANGGANAN ORACLE

Permohonan kali ke 2 telah dimajukan kepada Unit Perolehan untuk

proses pengeluaran LO.

Kelewatan pengeluaran LO disebabkan perubahan tajuk dari Sewaan

Makluman

Page 18: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 18 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Aplikasi Oracle kepada Langganan Aplikasi Oracle dan pihak Kontraktor

memaklumkan bahawa harga yang ditawarkan adalah harga lump-sum

dan harga tawaran berubah jika pembayaran dibuat secara bulanan atau sukuan.

6.18 KERTAS CADANGAN SEWAAN PERALATAN ICT JLM

Kertas Kerja Permohonan Sewaan Peralatan ICT untuk tempoh empat

(4) tahun telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat JPICT MOT Bil. 4/2017 pada 22 Disember 2017.

Mesyuarat JPICT MOT Bil. 4/2017 bersetuju meluluskan cadangan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT untuk JLM dengan kos

projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12 (termasuk GST) dengan bersyarat iaitu:

Perolehan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT bagi

Semenanjung Malaysia dibiayai oleh Wang Amanah Dius Api.

Perolehan projek sewaan perkakasan dan perisian ICT bagi Sabah dan Sarawak dibiayai oleh Peruntukan Dasar Baru Belanja Mengurus OS

24000.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah Bil.

4/2017 pada 22 Januari 2018 telah bersetuju dengan keputusan ini.

Sehubungan itu, UTMKE sedang memuktamadkan keperluan sewaan bersama-sama dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak.

Perolehan ini juga akan mengambilkira keperluan penggantian komputer AIS yang telah usang seperti yang telah disarankan di dalam

Mesyuarat JPKA JLM Bil. 4/2017.

Untuk sewaan perkakasan dan perisian ICT bagi Semenanjung Malaysia

yang akan dibiayai oleh Wang Amanah Dius Api, pihak UTMKE akan memajukan permohonan tersebut kepada Lembaga Dius Api dengan

kadar segera.

Makluman

7.0

Laporan Impak Projek ICT Yang Telah Selesai Dilaksanakan

7.1 Sebanyak tujuh (7) pembentangan bagi Laporan Impak Projek-Projek ICT yang telah selesai dilaksanakan bagi tahun 2016 hingga 2017 iaitu :

7.2 Cadangan Perolehan Managed Internet Services – Direct Over Metro

Ethernet (DOME) Untuk ILPPPL

Page 19: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 19 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.3 Cadangan Vessel Traffic Service (VTS) Operator Simulator Trainings

ILPPPL

Makluman

Makluman

Page 20: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 20 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.4 Perjanjian Perkhidmatan Sewaan Bagi Membekal, Menghantar,

Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara Peralatan Dan

Perisian ICT Untuk Agensi/Jabatan Di Bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

Makluman

Page 21: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 21 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.5 Cadangan Menyelenggara Dan Menaiktaraf Sistem Rangkaian Setempat

(LAN) Cat6A Bagi ILPL

Makluman

Page 22: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 22 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.6 Membekal, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah

Rangkaian Setempat (LAN) Di Blok Pentadbiran (Pejabat Am1 Dan Pejabat Am2), ILPPPL Cawangan Kuala Baram, Miri

Makluman

Page 23: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 23 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

7.7 Sistem Pengurusan dan Penyelenggaraan Kapal - JLWSK

7.8 Sistem Pelaporan Kemalangan Laut dan Pengurusan Wrek di JLW

Sarawak

Makluman

Makluman

Page 24: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 24 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

8.0

Information Security Management System (ISMS)

Makluman

Page 25: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 25 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Page 26: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 26 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

9.0

Laman Web JLM

Makluman

Page 27: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 27 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Page 28: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 28 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Page 29: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 29 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Page 30: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 30 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

10.0

Pembentangan Kertas

10.1

KERTAS CADANGAN MEMBEKAL, MEMASANG, MEMINDAH, MENYUSUN ATUR SEMULA, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN

MENTAULIAH RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) DAN MENAIKTARAF

SISTEM IP TELEPHONY BAGI IBU PEJABAT, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK

Makluman

Page 31: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 31 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Makluman

Makluman

Makluman

Page 32: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 32 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

Makluman

Makluman

Page 33: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 33 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

10.1.1 Mesyuarat bersetuju memperaku dan meluluskan kertas cadangan

Membekal, Memasang, Memindah, Menyusun Atur Semula, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah Rangkaian Setempat

(Lan) Dan Menaiktaraf Sistem Ip Telephony Bagi Ibu Pejabat,

Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM 499,866.70.

Makluman

Makluman

JLW Sarawak

11.0

HAL-HAL LAIN

11.1 Isu Langganan KR-CON

11.1.1 Pada tahun 2017, BKI telah mendapatkan kelulusan bagi

langganan KR-CON selama dua tahun tapi terpaksa membeli langganan setahun untuk pembelian terus dan langganan

tersebut akan tamat pada Jun 2018. Isu sekarang adakah pihak

BKI memerlukan kelulusan semula untuk memperbaharui langganan atau boleh menggunakan kelulusan tahun lepas.

11.1.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa pihak BKI boleh

menggunakan kelulusan tahun lepas bagi memperbaharui langganan yang akan tamat pada Jun 2018.

Makluman

BKI

Page 34: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 34 / 35

AGENDA KETERANGAN TINDAKAN

11.2 Masalah no connection di Bilik Bencana Bangunan VTS

11.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat masalah rangkaian di

Bilik Bencana Bangunan VTS dan meminta pihak UTMKE untuk menyemak punca permasalahan tersebut kerana bilik tersebut

digunakan setiap tahun untuk tujuan latihan.

11.3 Permasalahan 1GFMAS

11.3.1 Wilayah Timur memaklumkan bahawa Sistem 1GFMAS kurang

stabil dan melambatkan urusan kewangan yang menggunakan sistem tersebut. Pihak UTMKE memaklumkan permasalahan

tersebut tidak hanya berlaku pada Jabatan Laut sahaja tetapi ia

juga berlaku pada semua agensi. Pihak UTMKE juga memaklumkan akan melihat permasalahan tersebut satu

persatu.

11.4 Penggunaan Media Sosial

11.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat permintaan bagi

penggunaan media sosial pada waktu bekerja. YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan agar capaian ke media sosial

dibenarkan untuk dibuka melalui rangkaian JLM 1Network bagi tempoh satu minggu dan melihat kesan ke atas penggunaan

bandwidth JLM 1Network.

UTMKE

UTMKE

UTMKE

12.0

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. YBhg. Dato’ Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir pada

mesyuarat kali ini.

Page 35: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 01/2018marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-3 Minit Mesy... · JLM dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM 4,675,821.12

Mukasurat 35 / 35

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 1/2018

19 FEBRUARI 2018 (ISNIN)

Disediakan Oleh,

………………………………………………….. (CARLOS REMONZA ANAK SULLONG)

Pegawai Teknologi Maklumat

Institut Latihan Pengangkutan Laut Jabatan Laut Malaysia

Disemak Oleh,

.............................................

(NASRA BINTI ZAINUDDIN)

Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat Dan Kerajaan Elektronik

Jabatan Laut Malaysia

Diluluskan,

............................................

(DATO’ ROSSID BIN MUSA) Timbalan Ketua Pengarah Laut,

Jabatan Laut Malaysia.

Merangkap Pengerusi,

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT