minit mesyuarat

5
MINIT MESYUARAT SJK (C) Chung Hua Rantau Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ke-3 Tahun 2011 Tarikh : 15 Julai 2011 Masa : 3.30 pm Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Pn. Kan Sou Fong (GB) Pn. Wong Mok Lian (GPK 1) Pn. Yong Huei Bing (KP) Pn. Liew Sau Kum (SU) Pn. Lim Geok Kien Pn. Lee Ling Sze Pn. Chin Kwee Seng Cik Kon Lee Moi Cik Tan Giok Moi Cik Tan Poh Mae En. Wong You Mun 1. Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru menghadiri mesyuarat kali ketiga . 2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Upload: crestfallen-ohioh

Post on 21-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT

SJK (C) Chung Hua Rantau

Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ke-3 Tahun 2011

Tarikh : 15 Julai 2011

Masa : 3.30 pm

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : Pn. Kan Sou Fong (GB) Pn. Wong Mok Lian (GPK 1)

Pn. Yong Huei Bing (KP) Pn. Liew Sau Kum (SU)

Pn. Lim Geok Kien Pn. Lee Ling Sze

Pn. Chin Kwee Seng Cik Kon Lee Moi

Cik Tan Giok Moi Cik Tan Poh Mae

En. Wong You Mun

1. Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru menghadiri mesyuarat

kali ketiga .

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dicadangkan oleh Pn Lee Ling Sze dan disokong oleh Cik Tan Giok Moi.

Tindakan : Maklumat

3. Keputusan Penilaian Bulan Mei & Post Mortem

3.1 Keputusan mata pelajaran Sains dalam Penilaian Mei adalah seperti berikut :

Page 2: MINIT MESYUARAT

Kelas Peratusan Kelulusan Bil. Murid Lulus Bil. Murid Gagal

1M 100% 22 0

1K 100% 22 0

2M 96.2% 26 1

2K 100% 25 0

3M 100% 30 0

3K 100% 30 0

4M 73.1% 26 7

4K 92.3% 26 2

5M 92.9% 28 2

5K 85.7% 28 4

6M 86.7% 30 4

6K 86.2% 29 4

3.2 Post Mortem

3.2.1 Kebanyakan murid yang gagal dalam mata pelajaran Sains adalah murid bangsa India

dan Melayu yang tidak dapat menguasai Bahasa Cina. Ini menyebabkan mereka tidak

memahami kehendak soalan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan.

3.2.2 Langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi murid-murid:

a) Menekankan pengurusan kemahiran proses sains (KPS) dalam P&P.

b) Melebihkan latihan terutamanya soalan Bahagian B.

c) Mengulangi isi-isi kandungan penting agar memperkukuhkan pemahaman murid.

d) Pengukuhan dan pemulihan diadakan selepas P & P.

4. KSSR Tahun 1

4.1 Guru-guru yang mengajar Dunia Sains Dan Teknologi Tahun Satu telah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dikemaskini selepas menghadiri Kursus Penataran Standard

Page 3: MINIT MESYUARAT

Dokumen Prestasi DST & TMK pada 26 Mei 2011 yang lalu dan akan meneruskan pentaksiran dari semasa ke semasa.

4.2 Bagi Modul TMK, guru-guru berkenaan telah dibekalkan thumb drive menyimpan data atau hasil kerja segala tugasan murid (Reka ciptaan daripada Program Paint dan sebagainya) yang telah dibuat dalam komputer .

4.3 Segala P&P TMK perlu dijalankan dengan 6 kali setahun.

Maklumat : Semua guru Sains

5. PEKA Sains

5.1 Keputusan PEKA murid tahun 6 perlu disiapkan pada bulan Julai .

5.2 Borang individual score perlu disiapkan sebelum November 2011 bagi Tahun 3 hingga Tahun 5 .

5.3 Borang tersebut perlu disemak dan ditandatangani oleh guru berkenaan dan Guru Besar.

Maklumat : Guru Sains Tahun 3-6

6. Pertandingan Sains dan Matematik

6.1 Cik Tan Poh Mae sedang menguruskan pertandingan ini yang akan dijalankan pada 5.8. 2011 .

6.3 Guru-guru Sains telah menyediakan 30 soalan sains dalam bentuk aneka pilihan dan telah diserahkan kepada Cik Tan .

Maklumat : Semua guru Sains & Matematik

7. Bilik Sains

7.1 Murid- murid telah mengunjungi Pameran Sains mulai 11.7. 2011 selama seminggu di bilik Sains.

7.2 Guru Besar telah membeli barangan kekurangan seperti magnet, kertas turas, kertas litmus dan bateri. Mikroskop yang baru juga dibekalkan dan disimpan di dalam bilik Sains.

Maklumat : Semua guru Sains

8. Papan Kenyataan

8.1 Guru-guru yang akan ditugaskan untuk mengemaskinikan papan kenyataan pada bulan berkenaan seperti berikut :

Bulan Nama Guru

Julai Cik Tan Poh Mae, Cik Tan Giok Moi , Pn. Liew Sau Kum

Page 4: MINIT MESYUARAT

9. Hal-hal lain

Baki Peruntukan wang kerajaan bagi Sains hanya tinggal sebanyak RM103.42 hingga 24 Jun 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ ______________________

(LIEW SAU KUM ) (YONG HUEI BING)

Setiausaha Ketua Panitia