minit mesy agung ke 40

8
CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 SESI 2015/2016 TARIKH: 26 MAC 2015 TEMPAT: DEWAN SMK TUN SRI LANANG KEHADIRAN IBU BAPA:113 ORANG BIL PERKARA 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 bagi Sesi 2015/2016. Mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh (Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh) selaku perasmi majlis. Mengucapkan kesyukuran kerana dapat sama-sama menjayakan majlis ini. Mengharapkan pihak ibu bapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk mencapai misi dan visi sekolah. Mengingatkan ibu bapa agar memberi peluang kepada anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Menyeru ibu bapa supaya prihatin terhadap anak-anak masing-masing. Memohon maaf atas segala kekurangan. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 Ucapan Pemangku Pengetua SMK Tun Sri Lanang, Pn. Hjh. Mariam binti Mohd Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Sri Lanang kali ke-40 ini. Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Majlis Graduasi Pelajar-pelajar SPM 2014 telah dijalankan dengan jayanya pada 3 Mac 2015. Mengulas peningkatan keputusan GPS dan peratus SPM 2014. Beliau turut memaklumkan mata pelajaran yang

Upload: amenudin

Post on 18-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat agung pibg

TRANSCRIPT

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBGKALI KE-40 SESI 2015/2016TARIKH: 26 MAC 2015TEMPAT: DEWAN SMK TUN SRI LANANGKEHADIRAN IBU BAPA:113 ORANG

BILPERKARA

1.0

1.1

1.2

1.3

1.4

1.51.6

Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah

Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 bagi Sesi 2015/2016.Mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh (Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh) selaku perasmi majlis.Mengucapkan kesyukuran kerana dapat sama-sama menjayakan majlis ini. Mengharapkan pihak ibu bapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk mencapai misi dan visi sekolah.Mengingatkan ibu bapa agar memberi peluang kepada anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.Menyeru ibu bapa supaya prihatin terhadap anak-anak masing-masing. Memohon maaf atas segala kekurangan.

2.0

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9Ucapan Pemangku Pengetua SMK Tun Sri Lanang, Pn. Hjh. Mariam binti Mohd

Mengucapkan salam dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Sri Lanang kali ke-40 ini.Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Majlis Graduasi Pelajar-pelajar SPM 2014 telah dijalankan dengan jayanya pada 3 Mac 2015.Mengulas peningkatan keputusan GPS dan peratus SPM 2014. Beliau turut memaklumkan mata pelajaran yang menyumbang kepada peningkatan tersebut.Memaklumkan bahawa keputusan SPM tersebut sebenarnya belum mencapai sasaran sekolah iaitu GPS sekolah ialah 5.00 manakala dari segi peratus adalah 90%. Beliau mengharapkan sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk sama-sama meneingkatkan kecemerlangan sekolah dan seterusnya mencapai target sekolah.Mengulas pencapaian sekolah. Antaranya:2.5.1 Pelajar-pelajar telah menyertai kejohanan MSSD Ledang di Kolej Matrikulasi Johor pada 9.3.2015 hingga 12.3.2015. Atlit-atlit sekolah berjaya memperoleh 3 pingat emas dan 1 pingat perak.2.5.2 Pelajar-pelajar juga telah menyertai Karnival Pendidikan Islam di SMA Lughatul Quran. Seorang pelajar telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan syarahan.Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru, misi dan visi baru Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengulas serba sedikit mengenai PPPM.Memaklumkan bahawa SMK Tun Sri Lanang telah terpilih sebagai sekolah abad ke-21 di Parlimen Pagoh yang memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan murid serta pembelajaran berasaskan teknologi.Program Kelas tambahan akan dimulakan pada 29.3.2015. Beliau mengharapkan sokongan dan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak hadir ke kelas tuisyen mengikut jadual yang telah diedarkan. Ibu bapa digalakkan untuk menghantar bekalan makanan jika perlu kepada anak-anak kerana para pelajar tidak dibenarkan balik sehingga kelas tambahan tamat.Mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu pihak sekolah dalam segala aspek.

3.0

3.13.23.3

3.4

3.5

YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh Selaku Perasmi Majlis

Mengucapkan salam kepada semua hadirin. Mengucapkan syabas atas pencapaian sekolah. Walau bagaimanapun beliau Mengingatkan hadirin bahawa masih terlalu banyak ruang yang harus diperbaiki untuk menjadikan SMK Tun Sri Lanang sekolah yang cemerlang dari semua aspek.Menekankan kunci kecemerlangan pelajar iaitu:3.4.1 Hubungan kekeluargaan yang rapat. Beliau menerangkan perbezaan senario kehidupan seorang pelajar pada zaman dahulu dan sekarang. Beliau mencadangkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi agar dapat menggunakan ruang waktu itu untuk menyelitkan nasihat kepada anak-anak.3.4.2 Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak-anak agar mereka menyedari bahawa setiap perlakuan yang dilakukan termasuk belajar, merupakan ibadah. Pelajar-pelajar juga perlu diingatkan bahawa belajar adalah suatu jihad.3.4.3 Kepentingan menghargai masa. Beliau menggesa ibu bapa supaya mengingatkan anak-anak supaya mengambil peluang keemasan ini untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Para pelajar perlu sedar bahawa SPM hanya sekali seumur hidup mereka.Merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40

4.04.1Persembahan pelajarPenyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan 2014Penyampaian cenderahati AJK PIBG sesi 2014/2015

5.0

5.1Mesyuarat Agung dimulakan

Kata-kata aluan YDP PIBG Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah selaku pengerusi majlis

6.0Pembentangan minit mesyuarat agung PIBG yang lepas

Dibentangkan oleh En Amenudin bin Ahmad selaku setiausaha PIBG. Beliau membuat beberapa pembetulan. Dicadang untuk disahkan oleh En. Amir Hamzah bin Yunos dan disokong sebulat suara. En Amenudin bin Ahmad membentangkan penyata perjalanan 2014/2015 beserta pembetulan. Dicadang untuk disahkan oleh En. Amir Hamzah bin Yunos dan disokong sebulat suara.

7.0 Pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Dibentangkan oleh Tn. Hj. Fakhrul Arifin bin Kambali selaku bendahari PIBG. Dicadang untuk disahkan oleh En Jelani bin Samsuri dan disokong sebulat suara.

8.0

8.0

8.2

8.3

8.4

8.5

8.6

8.7

8.8

Pembubaran AJK PIBG 2014/2015 dan perlantikan pengerusi sementara

Sebagai YDP PIBG sesi 2014/2015, Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah membubarkan AJK PIBG sesi 2014/2015.Tn. Hj. Abd Mutalib bin Md Diah sebagai pengerusi sementara mencadangkan AJK PIBG sesi 2014/2015 dikekalkan pada sesi 2015/2016 . Bagaimanapun, AJK yang tidak lagi mempunyai anak yang bersekolah di sini digantikan dengan AJK baru. En. Mohd Rasid bin Md Yassin tidak bersetuju .Beliau mencadangkan En.Abd Ghani bin Molok menggantikan beliau sebagai NYDP. Disokong sebulat suara.Mesyuarat sebulat suara memutuskan YDP dikekalkan.

JAWATAN KUASA IBUBAPA PIBG 2013/2014:

Yang DiPertua PIBG : Tn. Hj. Mutalib b. Md DiahNaib YDP PIBG : En. Abd. Ghani bin Molok

AJK Felda Sri Jaya:1) En. Mohd Naim bin Sukirman2) Pn. Harlina bte Zaman3) Pn Salmah binti Minggin 4) Pn Zarinah binti Husein

AJK Felda Sri Ledang:1) En.Tajudin b. Md Rosdi2) En. Damanhuri bin Muslimin3) Zakaria bin Ahmad dan

Kg. Durian Chondong1) Pn. Zainon bte Osman2) Pn Rohani bt Asmuni 3) Pn. Halimah binti Hitam

Pemeriksa kira-kira:1) En Jailani bin Samsuri2) En. Mohd. Fadli bin Jaafar

AJK Kg Felda Sri JayaPn Rohani binti Ahmad mencadangkan Pn Salmah binti Minggin dan Pn Zarinah binti Husein sebagai AJK baru Kg Felda Sri Jaya menggantikan Pn Rohani binti Ahmad dan En. Abd Ghani bin Molok. En. Mohd Naim bin Sukirman dan Pn. Harlina binti Zaman dikekalkan. Disokong sebulat suara. AJK Kg Felda Sri LedangEn. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan En. Zakaria bin Ahmad dan En. Damanhuri bin Muslimin sebagai AJK baru Kg Felda Sri Ledang menggantikan En. Nordin bin Jamal dan Pn Zanitah binti Kamaludin. En Rajudin bin Md Rosdi dikekalkan. Disokong sebulat suara.

AJK Kg Durian ChondongPn Zainon binti Osman mencadangkan Pn. Halimah binti Hitam menggantikan En. Zakaria bin Omar. Pn Zainon binti Osman dan Pn. Rohani binti Asmuni dikekalkan. Disokong sebulat suara.

Pemeriksa kira-kiraEn Jailani bin Samsuri menggantikan En. Abdullah bin Umar manakala En. Mohd. Fadli bin Jaafar dikekalkan. Disokong sebulat suara.

9.0

9.1

9.2

9.3

9.4

9.5

9.6Pembentangan usul-usul ibu bapa dan guru

AJK PIBG mengusulkan sumbangan ibu bapa kepada pihak sekolah dikekalkan seperti tahun lepas berdasarkan jadual pada m/s 10 bagi menampung keperluan program yang telah dirancang. Disokong sebulat suara. En. Mohd Hanafi bin Saat mengusulkan pelajar-pelajar memakai kasut hitam ke sekolah untuk memberi keseragaman semasa perhimpunan dan aktiviti kokurikulum. Kasut hitam memberikan imej kedewasaan dan kematangan pelajar seperti Sekolah Berasrama Penuh. Disokong sebulat suara.

Tn. Hj. Fakhrul Arifin bin Kambali mengusulkan persetujuan ibu bapa supaya bermula tahun 2016, bayaran tambahan boleh dibuat di awal tahun semasa pendaftaran pelajar masuk ke sekolah berbanding sekarang bayaran hanya boleh dibuat selepas Mesyuarat Agung PIBG (seperti yang disyorkan oleh KPM).En. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan bayaran dibuat semasa pembelian buku. Beliau juga mencadangkan bantuan RM100 digunakan untuk membayar sumbangan ibu bapa.YDP PIBG memaklumkan KPM mengarahkan pihak sekolah agar mengagihkan secara terus duit tersebut kepada para pelajar.En. Abd. Aziz bin Hussin mencadangkan agar senarai bayaran termasuk sumbangan ibu bapa diagihkan kepada para pelajar di awal tahun supaya memudahkan ibu bapa membuat bayaran di awal tahun. Disokong sebulat suara.

Tn. Hj. Mohd Hairee bin Othman mengusulkan supaya ibu bapa sentiasa bersama pihak sekolah secara berterusan menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa dan jawatankuasa kampung harus mengambil tindakan yang perlu jika terdapat salah laku pelajar di luar kawasan dan masa persekolahan. Jika disiplin terkawal di rumah, maka mudahlah pembelajaran di sekolah. Disokong sebulat suara

Tn. Hj. Mohd Shariff bin Omar memaklumkan terdapat sebilangan pelajar Felda Sri Jaya yang menaiki motosikal mengiringi pelajar Sri Ledang selepas waktu sekolah. Mereka akan berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya.Beliau turut memaklumkan kuasa guru hanya terhad di kawasan sekolah. Disokong sebulat suara.

En. Mohd Hanafi bin Saat memaklumkan pihak PIBG akan menubuhkan biro Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) dalam program sarana sekolah. Biro ini akan memantau pergerakan pelajar. Ini memastikan ibu bapa, masyarakat dan komuniti untuk sama-sama terlibat dalam segala permasalahan pelajar.

10.0

Hal-hal lain

11.0

11.1

11.2Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2015/2016

Ucapan alu-aluan kepada dif-dif kehormat , Tuan Pengetua, Guru Penolong kanan, guru-guru , barisan AJK PIBG , Pengurus Felda, Tuan Imam, serta ibu bapa pelajar . Beliau menyatakan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 ini. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh. Beliau berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan komitmen yang terbaik terhadap perkara atau program yang telah diatur oleh warga pendidik. Beliau turut memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kesilapan.

Dengan ini mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.05 petang.

Dicatat oleh:

........................................... ......................................(PN. MIMI SURIANI BINTI SETAPANI) (PN. SURYANA BINTI YUSOFF)

...................................... (PN. NURMALA BINTI AHMAD OSMAN)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.......................................... .......................................(EN AMENUDIN BIN AHMAD) (TN. HJ. ABD MUTALIB BIN MD DIAH)Setiausaha PIBG STSL YDP PIBG SMK Tun Sri Lanang Sesi 2015/2016 Sesi 2015/2016