minggu 3: bab 2 pandangan semesta melayu: warisan … 2 terbaik.pdf · pandangan semesta mereka....
TRANSCRIPT
Minggu 3: BAB 2 PANDANGAN SEMESTA MELAYU:
WARISAN PRA ISLAM DAN ISLAM – Dr. Amini Amir
• Alamat website nota on-line:
http://lms.upm.edu.my/i3learn_s2s1011/www/tutor
• 1. DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW/WELTANSCHAUUNG)
• Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dopengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.
• Menurut pendapat
seorang sarjana Barat,
Albert Schweitzer,
pandangan semesta
bolehlah ditafsirkan
sebagai “the some total of
thought which a
community or individual
think about the nature
and purposed of the
universe and about the
place and destiny of
mankind within the
world.”
Pandangan Semesta Melayu
Praagama Hindu dan Buddha Animisme: setiap objek
mempunyai roh, jiwa dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri dan kepercayaan ini melahirkan peraturan dan pantang larang tertentu.
Dinamisme: Percaya tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan benda boleh memberi kesan kepada manusia. Ini melahirkan magis.
Magis ialah
penguasaan
penguasaan tenaga
ghaib melalui upacara
tertentu oleh pawang
dan tenaga itu dapat
menguntungkan diri,
seseorang atau
kemudharatan kepada
orang lain.
Pandangan Semesta Melayu
Praagama Hindu dan Buddha • Kepercayaan kepada roh
nenek moyang “hyang”
(sinonimnya poyang atau
moyang)
• Mempunyai tenaga kuat
yang boleh pengaruhi
kehidupan. Perlu
ditenangkan melalui
pemujaan atau penyajian
• Hyang-jelmaan Tuhan
perlu dipuja dan
disembah lalu jadilah
istilah sembahyang.
• Penghubung: Dalang, Pawang, Bomoh, Dukun,Tabib, Guru, dll.
• Upacara: jampi, mentera, serapah, penyajian, penyembelihan, penyumbangan, pewayangan, penurunan (menurun), perdukunan, mujarrabat, penyembuhan, perbomohan dan lain-lain.
Pandangan Semesta Melayu
Praagama Hindu dan Buddha • Ada pendapat: Sistem
kepercayaan Tuhan
yang satu.
• Istilah Tuhan: “Tuha-
an”.
• Tuha: Tua dan
akhiran “an”. Tuha
bermakna yang paling
tua dan yang tiada
permulaan.
DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD
VIEW/WELTANSCHAUUNG)
Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT
MELAYU
• Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;
•
• i) sebelum
kedatangan agama
Hindu dan Buddha
ii) kedatang
an agama Hindu dan
Buddha
SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN
BUDDHA
• Pada ketika ini dikatakan
masyarakat Melayu
mempunyai sistem
kepercayaan primitif iaitu
animisme dan
dinamisme: yang
mempercayai bahawa
setiap benda ada jiwa,
roh atau semangat yang
mempunyai perwatakan
sendiri, sama ada dapat
membawa kesan baik
atau buruk.
• Roh nenek moyang yang
dinamakan “hyang”
(seerti “poyang”/
“moyang”) dipercayai
masih berada di kalangan
mereka dan mempunyai
tenaga yang kuat yang
boleh mempengaruhi
mereka. Oleh itu ia perlu
ditenangkan melalui
upacara pemujaan dan
penyembahan.
SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN
BUDDHA
• Pawang, Bomoh dan
Dalang merupakan
peribadi perantara
yang boleh
menghubungi “hyang”
melalui pembacaan
jampi, serapah,
penyajian dan
sebagainya.
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
• Dengan kedatangan
agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama.
• Di samping itu, ajaran
Hindu-Buddha ini juga
membesar-besarkan
keagongan dewa-
dewa dan ini telah
mempengaruhi
kepercayaan
masyarakat Melayu.
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
• Pandangan semesta
yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.
• Oleh itu aspek-aspek
yang dipentingkan ialah
kesenian, keindahan,
keromantisan, kesedihan,
keagongan dan
ketakjuban. Aspek-aspek
falsafah dan
penghujahan yang
rasional tidak ditekankan.
Ini telahmempengaruhi
pemikiran masyarakat
Melayu khususnya
golongan bangsawan.
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
• Menurut pendapat Syed
Naquibb, kedatangan
agama Hindu tidak
merubah pandangan
semesta masyarakat
Melayu secara mutlak.
Apa yang jelas terlihat
ialah kesan pengaruh
Hindu-Buddha hanya
pada lapisan di atas
sahaja (golongan
bangsawan), tidak
menyerap ke segenap
lapisan masyarakat
Melayu.
• Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem ‘feudal’ yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.
Pandangan Semesta Melayu:
Pengaruh Hindu-Budhha • Upacara kegamaan lebih
tersusun dan rasmi
• Hindu-Buddha mengalami sinkritisme iaitu penyerapan kepercayaan tempatan membentuk kepercayaan baru yang saling melengkapi.
• Hindu-Buddha mempengaruhi layer atas tetapi bukan rakyat jelata.
• Dikatakan rakyat masih amal animisme-dinamisme.
• Membesarkan dewa-dewa seperti dalam konsep “dewaraja”. Raja sebagai penjelmaan dewa.
• Raja dianggap sebagai luhur, suci dan kudus justeru kedudukannya semakin kukuh dari aspek spiritual dan peranan fizikal, kuasa dll.
Pandangan Semesta Melayu:
Pengaruh Hindu-Budhha • Dalam kesusasteraan dan
estetika aspek rasional dan intelek, falsafah dan metafizik, tidak ditekankan.
• Penekanan adalah dalam soal ketakjuban, keagungan, kesenian, keindahan, keromantisan dan keharuan.
• Ini adalah kerana pengajaran kita suci Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad-Gita dab Baratayudha tidak mementingkan per se falsafah dan penghujahan metafizik dan rasionaliti.
• Epik, roman, mitos, dan sastera keperwiraan Hindu mempangaruhi bangsawan istana dan kraton Alam Melayu.
• Muncul Hikayat Sri Rama (Ramayana), Hikayat Maharaja Rawana (Ramayana), Hikayat Pendawa (Mahabrata) dan lain-lain.
• Sistem penglapisan masyarakat (kasta) menular ke dalam sistem sosial Melayu.
KEDATANGAN ISLAM
• Selewatnya-lewatnya pada
awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya.
• Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah
• i. Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta. ii. Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
KEDATANGAN ISLAM
• iii. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya. iv. Menghormati maruah dan martabat manusia. v. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan i. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.
• Lantaran itu, masyarakat
Melayu menyedari bahawa
seluruh hidup mereka terfokus
kepada Tuhan (God-centered).
Oleh itu masyarakat Melayu
menyedari dan meyakini
bahawa Allah S.W.T. Maha
Berkuasa. Sebagai kesannya,
pandangan semesta Melayu
telah dibentuk berasaskan
habluminallah (berbuat baik
kepada Allah) dan
habluminannas (berbuat baik
kepada manusia).
KEDATANGAN ISLAM
• Namun satu perkara penting
yang perlu diambil kira ialah
walaupun Islam telah bertapak
kuat, ini tidak
bermaknakepercayaan
animisme dan Hindu-Buddha
berjaya dikikis habis dalam
kehidupan masyarakat
Melayu. Masih banyak tanda-
tanda yang menunjukkan
masyarakat Melayu
terpengaruh dengan unsur-
unsur sebelum kedatangan
Islam tanpa merosakkan
aqidah mereka.
• Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta pandangan semesta Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;
• a) arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya (main stream) b) arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal stream)
KONSEP KETUHANAN
• Allahlah yang mencipta
apa yang ada di langit
dan di bumi. Dialah yang
Maha Berkuasa,
Pencipta Alam Semesta
ini.
KONSEP IBADAH
• Allah sahaja yang berhak disembah (Al-
Baqarah:21) dan tujuan penciptaan manusia
adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. (Al-
Zariyat:56). Beribadah kepada Allah s.w.t.
bermaksud mematuhi segala sifat perintah Allah
s.w.t. dan menjauhi larangannya dan mati tauhid
kerana Allah. Orang yang menyembah Allah dan
tunduk patuh kepada Allah s.w.t. menerima
balasan baik daripada Allah s.w.t. [Al-
Baqarah:112].
PERANAN RASULALLAH
1. Ajaran Allah s.w.t. dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. untuk disampaikan
kepada umat manusia. Apa yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
mestilah diterima dan apa yang dilarang
hendaklah dijauhi dan ditinggalkan
KONSEP KEIKHLASAN
• Rasa cinta kepada Allah dizahirkan
dengan ketundukan dan kepatuhan
kepada Allah s.w.t. dan disertai dengan
harapan kepadaNya (raja’). Ibadah
diterima Allah dengan keikhlasan dan
tidak disertai unsur-unsur kesyirikan.
NAMA DAN SIFAT ALLAH
1. Allah mempunyai nama-nama dan
sifatnya yang tersendiri. Sesungguhnya
tiada ada sesuatu pun yang berada di
langit atau di bumi yang menyerupai
nama-nama dan sifat-sifat Allah dan
Allah jauh sekali menyerupai makhluk
dari segi nama-nama dan sifat-sifatnya.
KONSEP BERIMAN DENGAN
ALLAH 1. Beriman dengan Allah s.w.t. mendapat
pembalasan Allah dari segala perancangan dan tipudaya musuh (Al-Haj:38), kebahagiaan di dunia dan akhirat (surah Al-Nahl:97), membebaskan minda daripada kebekuan akal, keselamatan, keharmonian dan ketenangan, petunjuk Allah (Al-Baqarah:15) dan keredhaan serta balasan yang abadi dengan syurga Allah s.w.t.
BERIMAN DENGAN MALAIKAT
1. Konsep iman juga mencakupi beriman
dengan para malaikat iaitu yakin dan
percaya tentang kewujudan mereka,
nama dan tugas mereka, sifat-sifat
mereka, dan yang tidak ketahui nama
mereka. (Al-Baqarah: 285)
BERIMAN DENGAN KITAB-
KITAB ALLAH 1. Konsep iman juga berkaitan dengan
keimanan kepada kitab-kitab Allah, iaitu
beriman bahawa Al-Quran, Taurat, Zabur
dan Injil diturunkan kepada Allah s.w.t.
termasuklah beriman dengan nama-
nama kitab tersebut dan kepada nabi
yang dikhususkan baginya,
mempercayai kebenaran kandungan
kitab-kitab itu dan perkhabarannya. (Al-
Nisa:136).
BERIMAN DENGAN PARA
RASUL • Beriman kepada Rasul termasuk dalam
keimanan kepada Allah s.w.t. dan rukun
iman. Manusia perlukan kepada kerasulan
dan pembawakannya agar manusia dapat
hidup dengan baik dan sempurna. (Al-
Syura:52). Tidak boleh dibezakan
keimanan kepada semua 25 Rasul yang
wajib dipercayai.
PERANAN PARA RASUL
• Para Rasul diutuskan untuk membawa manusia
kepada sistem ibadah yang haq yang tidak menyimpang daripada kehendak Allah s.w.t., tidak menyengutukannya, menegakkan ajaran-ajaran Allah dan larangan bertelingkah dalam soal agama itu (Al-Syura:13), pembawa basyir (khabar gembira) dan inzar (khabar peringatan) [Al-Kahf:56] dan memberi ingatan kepada manusia tentang balasan buruk dan siksaan terhadap mereka yang melanggar titah Tuhan (surah Fussilat:13), habar gembira tentang syurga bagi mereka yang soleh [Al-Nisa’:13].
BERIMAN DENGAN AKHIRAT
• Beriman kepada hari akhirat juga terangkum dalam
erti keimanan kepada Allah dan beriman dengan
rukun-rukun iman. Maksud beriman dengan hari
akhirat ialah percaya dan yakin akan
kedatangannya, tanda-tanda hampir kiamat,
kematian manusia dan fitrah kubur, siksa kubur dan
kenikmatan dalam kubur, tiupan sengkala, buku
catatan amal, titian sirat dan timbangan mizan,
siksan neraka dan nikmat syurga bagi mereka yang
diizinkan Allah.
2.4 Asas Tamadun Islam –
2.10 Kesimpulan
Minggu Ketiga Bab 2.4
2.4.1 Akidah
akidah
• Asas tamadun Islam
syariah
akhlak
Ketiga-tiganya
tidak boleh
diabaikan sama
sekali.
Maksud Akidah
“Akidah ialah hal-hal ang berhubung dengan
kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan
jiwa itu menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan bimbang, bersih dan murni daripada segala syak
wasangka”.
Akidah Dalam Islam
• Ia merupakan:
• i. kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat dan nilai-nilai mutlak.
• ii. Tetap dan kukuh dlaam jiwa.
• iii. Perjanjian yang diikat antara makhluk
dengan Allah (Maha Pencipta)
Implikasi Pegangan Akidah Yang
Kuat
• i. Membebaskan diri manusia daripada
tunduk dan patuh kepada sesuatu yang
bersifat makhluk.
• ii. Pematuhan total kepada Allah.
• iii. Taat kepada pemimpin yang adil juga
bermakna patuh kepada Allah.
Kegagalan Ideologi dan Isme-isme
Ciptaan Manusia • Ideologi ciptaan manusia: sekularisme, kapitalisme, marxisme,
liberalisme, fasisme, komunisme dan yang berkaitan dengannya.
• 1. gagal membawa ketenteraman dan
menyelesaikan krisis kehidupan manusia.
• 2. bersandarkan falsafah material yang hanya
mempercayai benda dan menolak sesuatu yang
di luar pancaindera.
• 3. menafikan kewujudan Allah
• 4. memesongkan hakikat iman yang sebenar.
• 5. merelatifkan nilai-nilai moral/akhlak.
Kegagalan Ideologi dan Isme-isme
Ciptaan Manusia (2)
• 6. manusia adalah pusat pemujaan.
• 7. meletakkan kepatuhan kepada
fahaman-fahaman sempit seperti bangsa,
kaum, kelas, negeri dan warna kulit.
• 8. mengasingkan agama daripada hakikat
ilmu dan akal fikiran.
Impak Akidah Terhadap Tamadun
Islam
• 1. Melahirkan tamadun yang
mantap dan bebas daripada
sebarang penyelewengan.
• 2. Akidah membentuk personaliti
yang unggul dalam diri manusia
yang menjadi penggerak kepada
pembinaan tamadun Islam.
2.4.1.1 Aspek 6 Kepercayaan
(Rukun Iman)
• i. Beriman kepada Allah:
• A. asas atau intipati kepercayaan
• B. Allah adalah Tuhan yang selayaknya
disembah dan Maha Esa.
• C. Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan
Pentadbir seluruh alam.
• D. Allah itu bukan makhluk,
• E. Maha Sempurna, Maha Hebat dan
Maha Menentukan segalanya.
ii. Beriman Kepada Malaikat
• A. Percaya wujudnya ciptaan Allah yang
tidak menyalahi sesuatu perintah Allah
dan melaksanakan segala perintah.
• B. Tugas Malaikat: Melaksanakan perintah
Allah ke atas manusia dan alam.
• C. Ada antara mereka tidak pernah
berpisah daripada manusia kerana
memberikan kesaksian atas segala gerak-
geri manusia.
iii. Beriman Kepada Rasul
• A. Mempercayai wujudnya
manusia yang diangkat oleh Allah
sebagai utusanNya.
• B. Mereka menyampaikan dan
menjelaskan kepada manusia
apa yang diperintah dan dilarang
oleh Allah bagi mendapatkan
kebaikan di dunia dan Akhirat.
iv. Beriman Kepada Kitab-kitab
Allah • A. Mempercayai bahawa Al-Quran
adalah kitab yang diturunkan untuk
panduan hidup manusia.
• B. Al-Quran mengandungi
peraturan, ilmu pengetahuan dan
sebagainya yang lengkap lagi
sempurna serta sesuai sepanjang
zaman.
v. Beriman Kepada Hari Akhirat
• A. Meyakini kehidupan di dunia
bersifat sementara.
• B. Meyakini dunia akan musnah bila
berlakunya kiamat.
• C. Manusia tidak boleh lalai daripada
melaksanakan tanggungjawab
mereka di dunia kerana mereka akan
dipersoalkan kelak.
vi. Beriman Kepada Qadak dan
Qadar (Pre-destination) • A. Mempercayai bahawa apa
yang berlaku ke atas diri makhluk
sama ada baik atau buruk adalah
ketentuan Allah.
• B. Walau bagaimanapun,
manusia diberi keupayaan untuk
membuat pilihan ke atas tindak
tanduknya ketika hidup di dunia.
2.4.1.2 Aspek Kaedah
• Apakah kaedah
pelaksanaan akidah secara
operasional?
• Terdapat 3 kriteria asas
akidah iaitu aspek
kesatuan, rasional dan
toleransi.
i. Kesatuan
• i. Kepelbagaian manusia dapat disatukan
tanpa sebarang halangan.
• ii. Akidah meletakkan kepercayaan hanya
kepada Allah dan bersumberkan kepada
Al-Quran dan Al-Sunnah.
• iii. Kesatuan pemikiran dapat dibentuk
kerana mempunyai matlamat yang sama
iaitu untuk mencari keredaan Allah.
ii. Rasional
• 1. Akidah tidak didasarkan kepada
kepercayaan yang dogmatik sahaja.
• 2. Akidah didasarkan juga kepada akal
fikiran dan logik yang rasional.
• 3. Tujuannya adalah untuk membuktikan
kebenaran dan kesahihan akidah Islam itu
sendiri.
iii. Toleransi
• 1. Sifat toleransi dituntut
oleh Islam.
• 2. Sifat toleransi mestilah
berlandaskan prinsip-
prinsip akidah dan
syariah.
2.4.2 Syariah
• Syariah ialah “Undang-undang, aturan-
atutran dan ketetapan Allah. Ia
diperuntukkan kepada manusia bagi
mengatur hubungan manusia dengan
Penciptanya, hubungan manusia sesama
manusia dan hubungan manusia dengan
alam untuk mencapai kesejahteraan,
keamanan dan kedamaian di dunia bagi
menjamin kebahagiaan kehidupan yang
abadi di akhirat kelak.”
2.4.2.1 Keistimewaan Syariah
(1) • i. Bersifat sempurna bagi memenuhi
keperluan hidup manusia
• ii. Lengkap. Mengatur kehidupan manusia
bagi kesejahteraan hidup manusia.
• iii. Bersifat bersepadu kerana ia memiliki
prinsip-prinsip perundangan yang
mengatur urusan kehidupan dan
keagamaan.
Keistimewaan Syariah (2)
• iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk
kepada batasan kaum dan sempadan
geografi.
• v. Matlamat pelaksanaan undang-undang
syariah adalah untuk mendapat keredaan
Allah.
• vi. Bersifat tetap dan tidak mengalami
perubahan sehingga hari Kiamat.
2.4.2.2 Manifestasi Syariah
Dalam Tamadun Islam
•Untuk mengatur
kehidupan manusia
atas asas makruf
dan mengelak
kemungkaran.
Tujuan Syariah
• 1. Memelihara Agama
• 2. Memelihara Nyawa
• 3. Memelihara Akal
• 4. Memelihara Kehormatan
dan Keturunan
• 5. Menjaga Harta Benda
Tujuan Syariah: 1. Memelihara
Agama • 1. Islam adalah teras kepada tamadun
Islam.
• 2. Islam adalah agama Allah dan nikmat
yang terbesar bagi menyelamatkan
manusia daripada segala malapetaka.
• 3. Ia wajib dipertahankan oleh
penganutnya.
• 4. Orang Islam wajib menunaikan
tanggungjawab sebagai Muslim.
Sambungan…
• 5. Orang yang keluar daripada
Islam dikira sebagai murtad.
• 6. Islam telah
memperuntukkan undang-
undang dan hukuman
sewajarnya untuk orang yang
murtad.
Tujuan Syariah: 2. Memelihara
Nyawa • 1. Hak untuk hidup telah dikurniakan
oleh Allah kepada manusia.
• 2. Manusia dilarang membunuh tanpa
hak.
• 3. Mereka yang terlibat dianggap
telah melakukan jenayah dan
berdosa.
• 4. Islam juga melarang membunuh
diri.
Tujuan Syariah: 3. Memelihara
Akal • 1. Kewujudan akal membezakan manusia
daripada haiwan.
• 2. Orang yang tidak berakal tidak
dibebankan dengan sebarang
tanggungjawab agama.
• 3. Akal membolehkan manusia
menentukan mana yang baik dan mana
yang buruk.
• 4. Dadah dan arak diharamkan kerana ia
merosakkan fungsi akal.
Tujuan Syariah: 4. Memelihara
Kehormatan dan Keturunan • 1. Manusia dicipta Allah sebagai
sebaik-baik kejadian.
• 2. Maruah diri dan kehormatan
keturunan dijaga melalui sistem
perkahwinan.
• 3. Zina, seks bebas dan hubungan
luar tabii diharamkan bertujuan
memelihara kehormatan dan
kemuliaan keturunan manusia.
Tujuan Syariah: 5. Menjaga
Harta Benda • 1. Islam telah menentukan panduan
mengenai hak memiliki harta benda dan
kewajipan mempertahankannya.
• 2. Mencuri dan menyamun tidak
dibenarkan.
• 3. Mengambil hak orang lain secara tidak
sah dikenakan hukuman yang berat.
2.4.3 Akhlak
• Akhlak secara umum
adalah sistem akhlak
atau tingkahlaku
manusia yang
bersumberkan asas
wahyu atau syarak.
Definisi Moral (1)
• Moral didefinisikan sebagai ”ajaran
atau pegangan tentang buruk baik
sesuatu perbuatan (kelakuan,
kewajiban dan lain-lain), sikap atau
cara berkelakuan yang berasaskan
atau yang diukur dari segi baik atau
buruk sesuatu akhlak... berkaitan
dengan apa yang betul atau adil”.
(Kamus Dewan Edisi Empat)
Definisi Moral (2)
• Moral secara umumnya dapat dikatakan
sebagai satu cara atau berbagai-bagai
cara untuk melihat dan mempersoalkan
berbagai-bagai isu berhubung dengan
perbuatan ataupun tingkah laku. Moral itu
dikatakan subjektif sifatnya kerana ia
berbeza dalam sesuatu budaya ataupun
tamadun. G.J. Warnock, The Object of
Morality, Methuen Co. LTD., London,
1973, hal. 1-10.
Definisi Etika
• Maksud etika pula ialah sistem tingkah
laku manusia yang bersumberkan sesuatu
yang berautoriti. Kamus Dewan
mendefinisikan etika sebagai 1. Ilmu
berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau
moral. 2. Prinsip moral (atau akhlak) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan
(persatuan, pekerjaan dan lain-lain).
(Kamus Dewan Edisi Empat.)
Pengistilahan
• Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah
‘ethic’ dan akhlak adalah sama sahaja.
• Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang
dikemukakan oleh Barat mengenai etika tidaklah
sama dengan konsep akhlak Islam sama ada
daripada segi teori atau praktikalnya.
• Oleh kerana tiada perkataan yang dapat
diterjemahkan sebagai akhlak, maka
penggunaan kalimah ‘ethic’ digunakan.
Kepentingan Akhlak Dalam
Kehidupan Manusia (1)
• Akhlak memainkan peranan yang amat
penting di dalam kehidupan manusia.
Akhlak adalah sumber tindak tanduk
manusia yang membawa ke arah
kesejahteraan di dunia dan akhirat dan
menuju kepada keredaan Allah S.W.T.
• Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak
perlu dipelajari dan dipraktikkan.
Kepentingan Akhlak Dalam
Kehidupan Manusia (2) • Dengan mempelajari ilmu tersebut, ia
membuka mata setiap insan tentang
perbezaan yang besar di antara baik dan
buruk. Ianya tidak akan memberi faedah
jika kita tidak berkemahuan untuk
melaksanakan ajaran-ajarannya dan
menjauhi tegahannya.
• Lihat Abdul Jalil Hassan, Falsafah dan
Pengetahuan Islam, Dewan Pustaka Dan
Bahasa, Kuala Lumpur, 1973, hal. 34.
Kedudukan Akhlak Dalam Islam • Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali
dalam bukunya “Ihya’ Ulumuddin” :
“Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam
hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada
anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan
sesuai dengan sifat itu.”
• Islam adalah merupakan suatu ajaran yang baik
dan benar untuk memperbaiki manusia dan
membentuk akhlaknya, dan untuk mencapai
kehidupan yang baik dan sempurna.
• Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi
sesuai dengan kepentingannya.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (1)
• Rasulallah s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memperbaiki akhlaknya sedangkan baginda
tergolong di kalangan mereka yang terbaik akhlaknya.
• Di dalam doa baginda, Rasulallah s.a.w. berdoa
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a.
yang bermaksud: “Tuhanku!, tunjukkanlah aku
kepada akhlak yang paling baik kerana
Engkau sajalah yang menunjukkan kepada
akhlak yang paling baik. Jauhkanlah dariku
akhlak yang buruk kerana Engkau sajalah
yang menjauhkan dariku akhlak yang buruk.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (2)
• Allah S.W.T. telah memuji RasulNya
Muhammad s.a.w. kerana akhlaknya yang
baik. Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud: “Sesungguhnya engkau
berbudi pekerti yang agung.”
• Allah S.W.T. memuji Rasulullah s.a.w.
kerana baginda dapat memikul
penderitaan yang ditimpa ke atas baginda
oleh kaumnya sendiri lebih daripada apa
yang dipikul oleh orang lain.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (3)
• Akhlak dan sifat Rasulallah s.a.w. menjadi
pujian seperti firman Allah S.W.T. yang
bermaksud: “Sesungguhnya telah ada
pada diri Rasulallah suri tauladan yang
baik bagimu iaitu bagi mereka yang
mengharapkan rahmat Allah dan
kedatangan hari kiamat dan dia banyak
mengingati (menyebut) nama Allah.” (Al-
Quran, Surah al-Qalam, ayat 4.)
Akhlak Rasulallah s.a.w. (4)
• Tujuan risalah (misi) Islam itu sendiri untuk
menyempurnakan dan menyebarkan akhlak
yang mulia, seperti yang disabdakan oleh
Rasulallah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.”
• Islam telah ditakrifkan sebagai “Addin” dengan
akhlak yang baik. Dalam sebuah hadis telah
dinyatakan bahawa seorang lelaki telah
bertanya Rasulallah s.a.w.: yang bermaksud:
“Apakah Addin itu? Sabda Rasulallah s.a.w.,
akhlak yang baik.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (5)
• Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak
Islam tidak setakat dinyatakan prinsip dan garis
panduannya melalui al-Quran, tetapi
penghayatannya ditunjukkan secara praktikal
melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah
s.a.w.
• Sayyidatuna Aishah r.a. sewaktu ditanya tentang
peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya
yang bermaksud: “Adalah Rasulallah s.a.w.
akhlaknya ialah al-Quran.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (6)
• Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang
menyentuh persoalan akhlak, sama ada
memerintahkannya supaya berakhlak baik
atau menegah daripada akhlak yang
rendah atau keji. Di dalam al-Quran
terdapat sebanyak seribu lima ratus empat
(1054) ayat yang berkaitan dengan akhlak.
Jumlah yang sebanyak ini meliputi hampir
seperempat ayat-ayat al-Quran
keseluruhannya.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (7)
• Oleh itu tidak dapat diragukan lagi dengan
banyaknya ayat-ayat al-Quran yang menyentuh
persoalan akhlak menunjukkan betapa
pentingnya akhlak dalam Islam. Hal ini dapat
dibuktikan kerana ayat-ayat al-Quran yang
berkaitan dengan akhlak bukan sahaja
diturunkan di Mekah tetapi turut juga diturunkan
di Madinah al-Munawwarah. 85
• Imam Abi al-Hussin Muslim bin al-Hajjaj al-
Qusairi (1981), Sahih Muslim, Juz 1, Darul
Dakwah, Istanbul, 1981, hal. 512-513.
2.5 Kelahiran, Perkembangan Dan
Kemerosotan Tamadun Islam
• Lahir di kawasan padang pasir.
• 13 tahun – Rasulallah s.a.w. membentuk
personaliti unggul.
• Wajah kesempurnaan tamadun Islam bersinar di
Madinah.
• Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat (632M)–
tamadun Islam tersebar ke Afrika Utara,
sebahagian Eropah, China dan Asia Tenggara.
• Tamadun Islam mengubah kebudayaan
masyarakat bukan Arab.
Pembinaan Tamadun: Shift your
paradigm (Video clip)
Kemuncak Kegemilangan
Tamadun Islam • 1. Ketika zaman kerajaan Abbasiah
(750M).
• 2. Kepesatan kegiatan intelektual,
penterjemahan dan komentar ilmu
pengetahuan asing khususnya Greek.
• 3. Melibatkan ilmu perubatan, astronomi,
matematik, kimia, falsafah dan lain-lain.
• 4. Lahirnya ilmuan Islam terulung.
Kelahiran Ilmuan Islam
• 1. Ibnu Sina (m.1037M) – tokoh falsafah,
sains dan perubatan.
• 2. Ibn Al-Haitham (m. 1039M) – tokoh fizik
dan matematik.
• 3. Al-Ghazali (m. 1111M) – tokoh falsafah
dan tasawuf.
Pertembungan Tamadun
• Pertembungan Tamadun Islam dengan
tamadun asing memperlihatkan tamadun
Islam mampu mempertahankan
keasliannya. W.M. Watt menyatakan:
• “Berlakunya perasaan rendah diri
(inferiority) apabila Eropah Barat
bertembung dengan tamadun Islam dalam
pelbagai perkara. Pengetahuan-
pengetahuan (ilmu) Islam adalah superior
kepada orang Eropah dalam banyak
perkara.”
Tamadun Islam Di Andalusia
(1) • 1. Berkembang selama hampir 8 abad.
• 2. Faktor utama orang Islam mempelopori
dan merintis kemajuan tamadun di
Andalusia:
• i. semangat cintakan ilmu
• ii. Naungan politik pemerintah terhadap
kegiatan intelektual.
• iii. Sarjana dunia Islam dibawa masuk.
• iv. Penajaan pelajar mendalami berbagai bidang
ilmu.
Tamadun Islam Di Andalusia (2)
• 1. Khalifah Abdul Rahman Ausat
(m.788M) – amat berdedikasi dalam
bidang keilmuan.
• 2. Terlibat dalam bidang keilmuan,
membina universiti dan menaungi pelajar
dan memberi ganjaran serta elaun.
• 3. Pusat pengajian dan universiti didirikan
di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan
Cordova.
• 4. Memberi kesan kepada pemikiran
masyarakat Eropah.
Tamadun Islam Ketika Zaman
Kerajaan Uthmaniyyah Turki
• 1. Diasaskan pada 1300M.
• 2. Mencapai kemuncak apabila
Sultan Muhammad Al-Fatih
menguasai Constantinople
(1453M).
• 3. Kerajaannya berjaya
melebarkan empayarnya hingga
ke Eropah Timur.
Kemerosotan Tamadun Islam Ketika
Zaman Kerajaan Uthmaniyyah Turki
• 1. Berlaku pengakhir abad ke 18.
• 2. Wilayahnya di Eropah Timur dan utara
Afrika terlepas.
• 3. Kerajaan berusia 637 tahun runtuh
apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan
oleh The Young Turks pimpinan Mustafa
Kamal yang kemudiannya gagal
mempertahankan tamadun Islam.
• 4. Peresapan ideologi sekular membawa
kemerosotan.
Tamadun Islam Di India
• 1. Tamadun Islam bertapak dengan
tertubuhnya kerajaan Ghaznawi yang
diasaskan Sabuktigin (akhir abad 10M)
• 2. Kerajaan lain selepas itu:
• i. Ghori,
• ii. Kesultanan Delhi
• iii. Khilji
• iv. Tughluq
• v. Kerajaan Moghul.
2.6 Prinsip Tamadun Islam
• 1. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
dalam seluruh kegiatan hidup
• 2. asas akidah
• 3. keluhuran nilai kemanusiaan
• 4. nilai kesucian dan keharmonian
hidup
• 5. tugas khalifah di bumi Allah s.w.t..
Pembinaan Tamadun: Pelihara 3
Bentuk Hubungan (1)
• 1. Hubungan Manusia Dengan Allah
• - Dizahirkan melalui iktikad dan
pelaksanaan ibadah serta melaksanakan
segala suruhan dan meninggalkan
larangan.
• 2. Hubungan Manusia Dengan Manusia
• -Berlandaskan syariat
• -Saling menghormati sesama manusia
• -Saling menghormati hak-hak yang ditentukan.
Pembinaan Tamadun: Pelihara
3 Bentuk Hubungan (2) • Hubungan Manusia Dengan Alam
• -Manusia dan alam adalah makhluk
ciptaan Allah
Peranan Manusia
• Peranan khalifah Allah adalah untuk
mengurus, mentadbir dan memakmurkan
alam ini mengikut ketentuan dan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Allah s.w.t telah memberikan
pendidikan kepada Nabi Adam a.s
sebagai satu proses permulaan dengan
mengajarkan nama-nama benda. (Surah
Al-Baqarah : ayat 31 )
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
1. Islam mengajar penganutnya yang merupakan khalifah di mukabumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat dengan sewajarnya.
2. Di samping menganjurkan umatnya supaya membuat amal sebagai bekalan di akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia.
3. Cuma kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu sahaja yang membezakannya daripada sistem-sistem yang lain.
Fungsi Manusia Sebagai:
Khalifah Allah
Mengurus dan memakmur
bumi
Memelihara alam
Mendorong keamanan
Amanah Allah
Hamba Allah
Makhluk yang dicipta Allah
Akauntabiliti Kepada Allah
Ketaatan Total Kepada Allah
Makhluk Sosial
Bernegara
Bermasyarakat
Berkeluarga
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • 1. Bersifat Rabbani
• i. Tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada aspek
ketuhanan.
• ii. Allah adalah punca segala kekuasaan.
• iii. Kuasa pada manusia adalah relatif dan merupakan
amanah.
• iv. Manusia mempunyai potensi sehingga dapat mencapai
ketinggian dan kemuliaan.
• v. Wahyu bertindak sebagai panduan dan bimbingan bagi
memudahkan manusia menunaikan tanggungjawab.
• vi. Atas sifat rabbani, tamadun Islam mempunyai nilai
kebaikan, ketenangan dan kedamaian yang penuh dengan
keredaan Allah s.w.t..
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • 2. Sesuai Dengan Fitrah Dan Akal
Manusia
• i. Tamadun Islam bersandarkan kepada
ilmu wahyu dan akal.
• ii. Manusia akan mengalami kesukaran
dalam menjalankan tugasnya sebagai
khalifah tanpa ilmu wahyu dan akal.
• iii. Fitrah dan akal manusia sama sekali
tidak bertentangan dengan apa yang
diterangkan melalui sumber wahyu.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • 3. Tidak Membebankan
• i. Allah tidak mensyariatkan sesuatu
perintah yang di luar kemampuan manusia
untuk melaksanakannya.
• ii. Islam memberi keringanan kepada
manusia dalam keadaan-keadaan
tertentu.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • 4. Sempurna dan Menyeluruh
• -Diasaskan atas kerangka Al-Din
• -Lengkap dan menyeluruh
• -Islam adalah agama untuk dunia
seluruhnya.
• -Mencakupi segenap lapisan umat dan
meliputi semua zaman.
• -Merangkumi semua persoalan dunia dan
akhirat.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • v. Keseimbangan Antara Rohani
dan Jasmani
• -Manusia menjadi unsur penting
kepada pembinaan tamadun
• -Kedua-dua unsur ini tidak
dipisahkan daripada kehidupan
manusia.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • vi. Sesuai Sepanjang Zaman
• -Islam cara hidup sesuai sepanjang
zaman.
• -Prinsip Islam bersifat umum untuk
kesesuaian kehidupan manusia mengikut
zaman dan tempat.
• -Ada prinsip tersebut yang bersifat tetap
dan anjal.
• -Sebab itu tamadun Islam mampu berkembang
melampaui batasan masa dan tempat.
Ciri-ciri Keistimewaan
Tamadun Islam • vii. Terbuka dan Toleransi
• -Membolehkan tamadun Islam
diterima ramai.
• -Menggalakkan penerimaan elemen
tamadun lain dengan syarat tidak
bertentangan dengan syariat.
• -Tamadun Islam berkembang di
serata dunia.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam • viii. Kesatuan Dalam
Kepelbagaian
• -Kepelbagaian bangsa dan
bahasa bukan penghalang
kepada kesatuan umat.
• -Prinsip keadilan dan
kesaksamaan melampaui segala
batas perbezaan manusia.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
• -Sumbangan secara menyeluruh kepada
kehidupan dan keperluan hidup manusia.
• -Mencetuskan perubahan yang besar
• 1. Akidah Tauhid – Membebaskan
manusia daripada sebarang bentuk
perhambaan dan penyembahan sesama
makhluk.
• 2. Sosial – Diperkenalkan prinsip sosial
berteraskan keadilan, persamaan,
kehormatan dan kemuliaan insan.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
• 3. Ekonomi – sistem ekonomi berteraskan
keadilan, riba diharamkan dan segala
bentuk penindasan.
• 4. Politik – Diperkenalkan sistem
pemerintahan menentang kezaliman dan
menegakkan keadilan. Setiap pemimpin
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.
Rakyat wajib mentaati pemimpin.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
• 5. Ilmu pengetahuan – Diwajibkan semua
orang Islam menuntut ilmu. Ilmu mesti
digunakan untuk membangunkan tamadun
dan mendekatkan diri dengan Allah.
Tradisi kegiatan intelektual zaman
Rasulallah dan lain-lain mesti dicontohi.
Ilmu-ilmu yang bermanfaat mesti
dimanifestasikan dalam kehidupan.
• 6. Kesenian – Pengaruh besar dalam
perkembangan seni. Keunikan tersendiri.
2.9 Jihad Dalam Islam
• Jihad bermaksud:
• i. Setiap usaha yang memerlukan
pengorbanan tenaga dan pemikiran
• ii. Segala keupayaan untuk menegakkan
kebenaran
• iii. Segala keupayaan untuk
memartabatkan Islam.
• iv. Jihad mencakupi banyak aspek.
Persepsi Kita Ditentukan Oleh
Media?
Keganasan boleh membantutkan
pembangunan dan merosakkan kredibiliti dan
imej negara
• Keganasan boleh membantutkan
pembangunan dan merosakkan kredibiliti
dan imej negara. Keganasan bukanlah
trademark negara kita. YAB Perdana
Menteri ke 5 telah menjelaskan:
• ”Keganasan yang mensasarkan orang
awam sebagai mangsa perlu ditentang
secara tegas. Keganasan yang dilakukan
oleh mana-mana pihak, baik oleh negara
atau oleh mana-mana kumpulan militan
Istilah `jihad' tidak harus
disalahgunakan
• …tidak dapat diterima. Istilah `jihad' tidak harus
disalahgunakan - tidak harus diselewengkan
tafsirannya untuk menghalalkan keganasan.
Perbuatan sedemikian hanya mencemarkan
kesucian ajaran Islam. Islam sama sekali tidak
menghalalkan keganasan. Keganasan jika
dibiarkan akan membiakkan kezaliman yang
tidak akan membawa sebarang faedah.”
• ”Menuju Kecemerlangan”, Teks ucapan Presiden
UMNO, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi di
Perhimpunan Agung UMNO yang ke-55 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Semuanya digunakan atas asas yang
salah tetapi dikaitkan dengan agama
Islam • YAB. Perdana Menteri ke 5 menegaskan
bahawa dalam keghairahan umat Islam untuk
mengamalkan Islam demi menuntut keredaan
Allah, ramai yang terlibat dalam tindakan-
tindakan yang ditegah dan dikutuk oleh Islam.
• Ini termasuklah tindakan membunuh orang-
orang yang tidak bersalah dan mengebom
sasaran-sasaran yang tidak membahayakan.
Semuanya digunakan atas asas yang salah
tetapi dikaitkan dengan agama Islam. [Ucapan PM,
Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Memperjuangkan aktiviti terrorisme
atas nama Islam
• Secara terus terang YAB Perdana Menteri ke 5 telah
menyatakan bahawa orang-orang Islam yang
memperjuangkan aktiviti terrorisme atas nama Islam
adalah mereka yang melanggar ajaran Islam dan
sebenarnya tidak mendokong ajaran Islam yang
sebenar.
• Orang-orang Islam dan bukan Islam tidak patut
terpengaruh dengan dakyah yang menyatakan kegiatan
sedemikian sebagai kewajipan keagamaan dalam Islam.
YAB Perdana Menteri ke 5 mengajak semua untuk
bersatu bagi memerangi terrorisme dan
menyingkirkannya daripada kehidupan kita. [Ucapan PM,
Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Pembawa ajaran sesat.
• Mana-mana agamapun menentang
keganasan. Justeru orang yang
mendokong keganasan dalam apa jua
bentuknya adalah pembawa ajaran sesat.
Ia bertentangan dengan nilai kemanusiaan
yang ada dalam jiwa manusia. Keganasan
yang dianjurkan oleh orang-orang Islam
yang salah faham banyak mencemarkan
imej Islam.
Kalimah jihad selalunya disalahertikan
atau mengabsahkan kegiatan keganasan
• Kalimah jihad selalunya disalahertikan
atau mengabsahkan kegiatan keganasan.
• Bukankah baik jika istilah jihad digunakan
untuk meninggikan status dan pencapaian
dalam bidang pendidikan, ekonomi, sains
dan teknologi?
• Keganasan lebih banyak membawa
mudarat berbanding manfaat.