mineral yang terdapat di dalam kerak bumi

3
Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian(compound) yang terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust). Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat (silicate). Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur- unsur lain bagi membentuk sebatian tertentu. Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic). Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi. Unsur % mengikut berat Oksigen 46.6 Silikon 27.7 Aluminium 8.1 Besi / Ferum 5.0 Kalsium 3.6 Sodium 2.8 Potassium 2.6 Magnesium 2.1 Titanium 0.4 Hidrogen / Karbon 0.14 Peratusan unsur di dalam kerak bumi. Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi oksigen dan unsur- unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral silikat adalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat. Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat (non-silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite). Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides) dankarbonat (carbonates).

Upload: ismail-zue

Post on 07-Sep-2015

150 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Topik ini merupakan tajuk tingkatan 3. Mineral wujud dalam bentuk unsur atau sebatian semula jadi yang ditemui di dalam kerak bumi

TRANSCRIPT

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi

Mineraladalahunsur semulajadi(natural element) atausebatian(compound) yang terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat(silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain bagimembentuk sebatian tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi.

Unsur% mengikut berat

Oksigen46.6

Silikon27.7

Aluminium8.1

Besi / Ferum5.0

Kalsium3.6

Sodium2.8

Potassium2.6

Magnesium2.1

Titanium0.4

Hidrogen / Karbon0.14

Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yangmengandungioksigendan unsur-unsursilikonmembentuk jumlah yang terbesar. Contohmineral silikatadalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagaimineral bukan silikat(non-silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit(dolomite), magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam bentuk sebatian sepertioksida(oxides),sulfida(sulphides) dankarbonat(carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk oksida dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan besisulfida.

Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam(metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Jenis mineralContohNama kimiaUnsur

Oksida(oxide)Bauksit(bauxite)Aluminium oksidaAluminium dan oksigen

Hematit(hematite)Besi oksidaBesi dan oksigen

Magnetit(magnetite)Magnesium oksidaMagnesium dan oksigen

CassiteriteTimah oksidaTimah dan oksigen

Sulfida(sulphide)GalenaPlumbum sulfidaPlumbum dan sulfur

Pirit(pyrite)Besi sulfidaBesi dan sulfur

ChalcociteKuprum sulfidaKuprum dan sulfur

BlendeZink sulfidaZink dan sulfur

Karbonat(carbonate)Marmar(calcite)Kalsium karbonatKalsium, karbon dan oksigen

Magnesit(magnesite)Magnesium karbonatMagnesium, karbon dan oksigen

Dolomit(dolomite)Magnesium karbonatMagnesium, karbon dan oksigen

MalachiteKuprum karbonatKuprum, karbon dan oksigen

Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang berbeza dari segi:1. Kekerasan(hardness).2. Keterlarutan dalam air(solubility in water).3. Reaksi kepada haba dan kesannya(reaction to heat and its effect).

Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemuidi dalam batu-batan di seluruh dunia.