migrasi (migrasi dalaman)

Download Migrasi (Migrasi Dalaman)

Post on 03-Jan-2016

533 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Geografi STPM

TRANSCRIPT

  • PRA-U PENGGAL 1GEOGRAFI MANUSIAGEOGRAFI MANUSIATEMA 1 : PENDUDUKTopik : Migrasi Dalaman

  • MIGRASI DALAMANKonsep Migrasi Dalaman :Perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat lain yang melibatkan sempadan di dalam negara itu sahaja. Cth: sempadan antara daerah, sempadan antara luar bandar dengan bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara bandar dan sebagainya.

  • MIGRASI DALAMANTerdapat 4 pola atau aliran utama Migrasi Dalaman di Malaysia iaitu ;Migrasi luar bandar ke bandarMigrasi bandar ke luar bandarMigrasi luar bandar ke luar bandarMigrasi bandar ke bandar

  • MIGRASI DALAMANMigrasi Luar bandar ke bandar ;Aliran utama Migrasi Dalaman di Malaysia.Melibatkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar-bandar besar terutamanya untuk mencari peluang pekerjaan.Ini kerana bandar-bandar besar mempunyai banyak peluang terutama kepada golongan muda.Cth : penduduk dari luar bandar Sabah berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

  • MIGRASI DALAMANMigrasi luar bandar ke luar bandar ;Merujuk perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar yang mundur dan tidak membangun ke kawasan rancangan-rancangan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.Penduduk ingin mencari sumber ekonomi yang lebih baik.

  • MIGRASI DALAMANMigrasi bandar ke luar bandar ;Terdapat juga penduduk yang berpindah dari bandar ke luar bandar.Ini biasanya dilakukan oleh golongan pesara yang bekerja di bandar dan balik ke desa/kampung selepas bersara.Ini kerana golongan pesara ingin kehidupan yang nyaman dan selesa di luar bandar.Golongan pesara inginkan kos hidup yang rendah disebabkan pendapatan mereka yang telah berkurangan.

  • MIGRASI DALAMANMigrasi bandar ke bandar ;Juga dikenali sebagai migrasi berperingkat kerana berlaku secara berperingkat-peringkat.Migran mula berpindah ke bandar kecil yang berhampiran tempat asalnya sebagai permulaan dan kemudian berpindah ke bandar lebih besar untuk mencari peluang yang lebih baik.Faktor2 yang menyebabkan Migrasi ini ialah :Mengembangkan perniagaanPertukaran tempat kerjaPembukaan cawangan baru oleh sesebuah syarikatMelanjutkan pelajaran

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANTerdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi Migrasi Dalaman di Malaysia :Faktor ekonomiFaktor sosialFaktor dasar kerajaan / Governan

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANFAKTOR EKONOMI ;Peluang pekerjaan yang luas dan pendapatan lumayan terutama di bandar besar akan dapat menarik para migran.Migran berpindah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu kerana pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang.Pembangunan ini akan dapat menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dari luar bandar.

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANFAKTOR EKONOMI ;Penawaran gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak menjadi daya tarikan utama penduduk dari luar bandar berpindah ke bandar.Sebaliknya, keadaan sektor pertanian di luar bandar yang tida begitu memberangsangkan menjadi faktor penolak untuk berlakunya migrasi luar bandar ke bandar.

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANFAKTOR SOSIAL ;Kemudahan pembandaran yang baik di bandar juga dapat menarik para migran dari luar bandar.Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru mempunyai pusat hiburan, pendidikan perkhidmatan telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya. Ini dapat menarik golongan muda berpindah ke bandar.

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANFAKTOR SOSIAL ;Sistem pengangkutan yang cekap antara luar bandar dengan bandar juga menggalakkan berlakunya migrasi.Cth : migran dari negeri Perak dan Melaka yang ingin berpindah ke Kuala Lumpur boleh bergerak dengan cepat menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan.Cth : migran dari Sabah dan Sarawak yang ingin berpindah ke Kuala Lumpur boleh menaiki kapal terbang.

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMANFAKTOR KERAJAAN / GOVERNAN ;Dasar dan galakan dari kerajaan sama ada secara langsung atau tidak menyebabkan berlakunya migrasi luar bandar ke luar bandar dan migrasi bandar ke bandar.Cth : pembangunan tanah & program pembangunan wilayah oleh kerajaan seperti di JENGKA, DARA,KETENGAH menyebabkan penduduk berpindah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan-kesan Migrasi Dalaman dapat dibahagikan kepada ;

    Kesan positif & kesan negatif terhadap kawasan asal.Kesan positif & kesan negatif terhadap kawasan yang dituju.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan Positif Terhadap Kawasan Asal;Masalah pengangguran di kawasan asal dapat dikurangkan.Cth: perpindahan penduduk dari negeri2 seperti Kelantan, Terangganu ke Pantai Barat Semenanjung telah mengurangkan kadar pengangguran di negeri tersebut.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan Positif Terhadap Kawasan Asal;Perpindahan penduduk dari kawasan padat juga telah mengurangkan beban kerajaan dalam membantu golongan yang menganggur dan berpendapatan rendah.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan Negatif Terhadap Kawasan Asal;Kehilangan tenaga mahir di kawasan asal.Kekurangan penduduk terutama golongan muda/belia.Kurang tenaga buruh dalam pertanian.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan Positif Terhadap Kawasan di Tuju;Tenaga buruh mudah diperolehi.Pasaran luas.

  • KESAN-KESAN MIGRASI DALAMANKesan Negatif Terhadap Kawasan di Tuju;Berlaku kesesakan penduduk.Masalah petempatan setinggan.Pertambahan penduduk yang pesat membuatkan masalah pengangguran cth.di bandar.Kadar jenayah meningkat.cth.di bandar.Pencemaran alam sekitar.

  • LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MIGRASI DALAMAN

  • LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MIGRASI DALAMANBeberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan Migrasi Dalaman iaitu ;Memajukan kawasan luar bandar.Memajukan sektor pertanian di luar bandar.Memberi latihan kemahiran kepada golongan muda/belia.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH

    ****