mida bk 1 bm · − modal berbayar mestilah mengenai saham-saham keutamaan dan saham-saham biasa...

Click here to load reader

Post on 18-Sep-2019

17 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • LLEEMMBBAAGGAA KKEEMMAAJJUUAANN PPEERRIINNDDUUSSTTRRIIAANN MMAALLAAYYSSIIAA ((MMIIDDAA))

    11.. KKEELLUULLUUSSAANN PPRROOJJEEKK PPEERRKKIILLAANNGGAANN1.1 Akta Penyelarasan Perindustrian 19751.2 Garis Panduan bagi Kelulusan Projek Perindustrian

    22.. PPEEMMEERRBBAADDAANNAANN SSEEBBUUAAHH SSYYAARRIIKKAATT2.1 Kaedah Menjalankan Perniagaan2.2 Prosedur Pemerbadanan

    33.. GGAARRIISS PPAANNDDUUAANN DDAASSAARR EEKKUUIITTII

    MMeemmuullaakkaann PPeerrnniiaaggaaaann

    Buku 1

    Panduan BagiPPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg

    MMaallaayyssiiaa

  • Panduan Bagi PPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg MMaallaayyssiiaaBBuukkuu 11 MMeemmuullaakkaann PPeerrnniiaaggaaaann

    Buku 2 Kelulusan dan Pelesenan

    Buku 3 Insentif untuk Pelaburan

    Buku 4 Percukaian

    Buku 5 Geran Kerajaan & Kemudahan Pembiayaan Kredit

    Buku 6 Kemudahan Infrastruktur

    Buku 7 Dasar dan Perundangan Pekerjaan

    Buku 8 Pembangunan Sumber Manusia dan Kemudahan Latihan

    Buku 9 Penyelidikan dan Pembangunan

  • 1

    Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

    Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah agensi utama kerajaan bagi menggalak dan menyelaraskan pembangunan perindustrian di Malaysia. MIDA membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor perkhidmatan berkaitan serta memudahkan pelaksanaan dan operasi projek-projek mereka. Perkhidmatan-perkhidmatan yang luas disediakan MIDA termasuk membekalkan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan serta membantu syarikat-syarikat yang mencari rakan-rakan usaha sama.

    Bagi meningkatkan lagi peranan MIDA membantu para pelabur, wakil kanan dari agensi-agensi penting kerajaan ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk memberi nasihat kepada para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan. Mereka termasuk pegawai dari Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

    MIDA juga menilai permohonan berikut bagi projek-projek dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor perkhidmatan berkaitan:

    • Lesen pengilang• Insentif cukai• Jawatan-jawatan asing• Pengecualian cukai atas bahan mentah, komponen, mesin dan peralatan.

    Para pelabur digalakkan berbincang mengenai projek-projek yang diminati dengan pegawai MIDA di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur atau di pejabat-pejabat MIDA negeri terdekat. Untuk mendapatkan senarai pejabat negeri dan pejabat seberang laut MIDA, sila rujuk muka surat 8 dan 9.

    Maklumat mengenai cara melabur boleh didapati dari laman web MIDA www.mida.gov.my. Pelabur juga dipelawa melawat Pusat Maklumat Bisnes MIDA di mana tersedia bahan bercetak mengenai pelaburan, perdagangan, pembiayaan dan produktivi yang berkaitan sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan.

    Pusat Maklumat Bisnes MIDA terletak di:

    Lembaga Kemajuan Perindustrian MalaysiaTingkat Bawah, Blok 4, Plaza SentralJalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurTel : 03-2267 3663Faks : 03-2274 7970

    Waktu dibuka:

    Isnin hingga Jumaat - 8.30 pagi – 5 petang

  • 2

    1. KELULUSAN PROJEK PERKILANGAN

    1.1 Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975

    Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) diperkenalkan bertujuan untuk mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan yang teratur dalam sektor perkilangan negara. Akta ini memerlukan syarikat-syarikat perkilangan yang mempunyai dana pemegang saham RM2.5 juta ke atas atau menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa memohon lesen pengilang untuk kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Permohonan bagi lesen pengilang hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), sebuah agensi di bawah MITI yang beri tugasan menggalak dan menyelaraskan pembangunan perindustrian di Malaysia.

    ICA mentakrifkan:

    • “Aktiviti Perkilangan” bermaksud membuat, mengubah, mengadun, menghias, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan dengan maksud penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyampaian atau pelupusannya dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian dan pembaikan kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang lazimnya dikaitkan dengan perniagaan jual runcit atau borong.

    • “Dana Pemegang Saham” bermaksud amaun agregat modal berbayar sebuah syarikat, rizab-rizab, imbangan akaun premium saham dan imbangan akaun pengasingan untung rugi, yang mana:

    − Modal berbayar mestilah mengenai saham-saham keutamaan dan saham-saham biasa dan tidak termasuk sebarang amaun mengenai saham-saham bonus setakat saham-saham itu dikeluarkan daripada rizab modal yang diwujudkan dengan cara penilaian semula aset-aset tetap.

    − Rizab-rizab mestilah rizab yang selain daripada sebarang rizab modal yang diwujudkan dengan cara penilaian semula aset-aset tetap dan peruntukan-peruntukan bagi susut nilai, pembaharuan-pembaharuan atau penggantian-penggantian dan pengecilan nilai aset-aset.

    − Imbangan akaun premium saham mestilah tidak termasuk sebarang amaun yang dikreditkan ke dalamnya ketika menerbitkan saham-saham bonus pada premium daripada rizab modal yang diwujudkan dengan cara penilaian semula aset-aset tetap.

    • “Pekerja-pekerja sepenuh masa” bermaksud semua orang yang biasanya bekerja dalam sebuah syarikat selama sekurang-kurangnya enam jam sehari dan sekurang-kurangnya 20 hari sebulan untuk 12 bulan dalam satu tahun dan menerima gaji.

    Ini termasuk kakitangan jualan kembara, kejuruteraan, senggaraan dan pembaikan yang dibayar gaji dan di bawah kawalan syarikat berkenaan.

    Ia juga termasuk pengarah-pengarah syarikat yang diperbadankan kecuali mereka yang dibayar hanya untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah. Takrif ini juga meliputi pekerja-pekerja ahli keluarga yang menerima gaji atau elaun berkala dan menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau tabung pesaraan lain.

  • 3

    1.2 Garispanduan bagi Kelulusan Projek Perindustrian

    Pembangunan perindustrian Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang satu dekad lalu. Ini telah mewujudkan permintaan yang tinggi bagi pekerja-pekerja dalam sektor perkilangan, yang mana pula telah menyebabkan berlakunya keadaan pasaran pekerja yang agak menyukarkan.

    Memandangkan demikian, garispanduan kerajaan bagi kelulusan projek-projek perindustrian di Malaysia adalah berdasarkan Nisbah Pelaburan Modal Sepekerja. Projek yang mana nisbahnya kurang daripada RM55,000 dikategorikan sebagai projek berintensifkan pekerja dan dengan itu tidak layak diluluskan lesen pengilang atau insentif cukai. Bagaimanapun, sebuah projek itu akan dikecualikan daripada garis panduan di atas sekiranya memenuhi salah satu kriteria berikut:

    • Nilai tambah sebanyak 20% atau lebih• Indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan sebanyak 15% atau lebih• Projek mengusahakan aktiviti digalakkan atau mengeluarkan produk seperti tersenarai

    dalam Senarai Aktiviti dan Produk untuk Syarikat Teknologi Tinggi• Ia terletak di kawasan digalakkan, iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah dan Sarawak dan

    kawasan ditetapkan di Koridor Timur Semenanjung Malaysia (negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di negeri Johor).

    • Syarikat sedia ada (dahulu dikecualikan) yang memohon lesen pengilang

    Pembesaran Kapasiti dan Pempelbagaian Produk

    Sebuah syarikat berlesen yang bercadang untuk membesarkan kapasiti atau mempelbagaikan produk dengan mengeluarkan produk-produk tambahan perlu memohon kepada MIDA.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    Ketua PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian MalaysiaBlok 4, Plaza SentralJalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurTel : 03-2267 3663Faks : 03-2274 7970Laman web : www.mida.gov.myE-mel : [email protected]

    2. PEMERBADANAN SEBUAH SYARIKAT

    2.1 Kaedah Menjalankan Perniagaan

    Di Malaysia, sebuah syarikat boleh diusahakan:

    i. Oleh seorang individu selaku pemilik tunggal, atauii. Oleh dua orang atau lebih (tetapi tidak melebihi 20 orang) dalam perkongsian,

    atauiii. Oleh sebuah syarikat pemerbadanan tempatan atau oleh syarikat asing yang

    berdaftar di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965.

  • 4

    Semua pemilik tunggal dan perkongsian di Malaysia mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Bagi perkongsian, rakan-rakan kongsi bersesama dan berasingan menanggung hutang-piutang dan obligasi perkongsian seandainya asetnya tidak mencukupi. Satu surat ikatan perkongsian boleh disediakan untuk mengawal hak dan obligasi setiap rakan kongsi tetapi ini tidak diwajibkan.

    2.1.1 Struktur Syarikat

    Akta Syarikat, 1965 mentadbir semua syarikat di Malaysia. Akta itu mensyaratkan seorang itu mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan. Ia memperuntukkan tiga jenis syarikat:

    i. Sebuah syarikat berhad dengan saham yang mana liabiliti peribadi ahli-ahlinya terhad kepada nilai par saham mereka dan bilangan saham yang dipegang atau dipersetujui dipegang oleh mereka

    ii. Sebuah syarikat berhad dengan jaminan yang mana ahli-ahlinya memberi jaminan untuk memenuhi liabiliti setakat amaun disebut dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan seandainya syarikat gulung tikar.

    iii. Sebuah syarikat tidak berhad, di mana tiada had liabiliti ahli-ahlinya.

    2.1.2 Syarikat Berhad Dengan Saham

    Struktur syarikat yang lazim di Malaysia adalah sebuah syarikat berhad dengan saham. Syarikat-syarikat berkenaan boleh dalam bentuk syarikat-syarikat persendirian (Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.) atau awam (Berhad atau Bhd.).

    Sebuah syarikat yang mempunyai modal saham boleh diperbadankan sebagai sebuah syarikat persendirian sekiranya Memorandum dan Tataurusan Persatuannya:

    i. Membatas hak memindah milik saham-sahamnya.ii. Mengehad bilangan ahlinya setakat 50, tidak termasuk pekerja yang sedang

    berkhidmat dengan syarikat berkenaan atau anak syarikatnya, dan beberapa bekas pekerja syarikat berkenaan atau anak syarikatnya.

    iii. Melarang sebarang tawaran kepada pihak awam untuk melanggan saham dan debenturnya

    iv. Melarang sebarang tawaran kepada pihak awam untuk mendeposit wang dengan syarikat berkenaan.

    Sebuah syarikat awam boleh dibentuk atau, sebagai alternatif, sebuah syarikat persendirian boleh ditukar menjadi sebuah syarikat awam tertakluk kepada Seksyen 26 Akta Syarikat, 1965. Syarikat sedemikian boleh menawarkan sahamnya kepada pihak awam dengan syarat:

    i. Ia telah mendaftarkan satu prospektus dengan Suruhanjaya Sekuriti ii. Ia telah serah simpan satu salinan prospektus berkenaan dengan Suruhanjaya

    Syarikat pada atau sebelum tarikh terbitannya.

    Sebuah syarikat awam boleh memohon supaya saham-sahamnya disebut di Bursa Malaysia dengan syarat ia mematuhi keperluan ditetapkan oleh Bursa tersebut. Sebarang terbitan sekuriti berikutnya (misalnya terbitan secara hak atau bonus, atau terbitan berpunca daripada pengambilalihan, dll.) memerlukan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

  • 5

    2.2 Prosedur Pemerbadanan

    Bagi menubuhkan sebuah syarikat, seorang itu perlu memohon kepada Suruhanjaya Syarikat dengan menggunakan Borang 13A dan disertakan bayaran sebanyak RM30 untuk menentukan sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat berkenaan boleh digunakan. Permohonan akan diluluskan sekiranya nama berkenaan boleh digunakan dan nama yang dicadangkan akan disimpan untuk pemohon selama tiga bulan.

    Dokumen-dokumen berikut hendaklah di kemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat dalam tempoh tiga bulan untuk menjamin penggunaan nama yang dicadangkan:

    • Memorandum dan Tataurusan Persatuan• Pengisytiharaan Kepatuhan (Borang 6)• Pengisytiharaan Berkanun oleh seorang sebelum dilantik sebagai pengarah, atau oleh

    seorang penaja sebelum pemerbadanan syarikat (Borang 48A).

    Memorandum Persatuan mendokumenkan nama syarikat, objektif, jumlah modal dibenarkan (jika ada) yang dicadangkan untuk pendaftaran dan pembahagian-pembahagiannya kepada saham-saham amaun tetap.

    Tataurusan Persatuan menghuraikan peraturan-peraturan yang mengawal pengurusan dalaman hal ehwal syarikat dan penjalanan perniagaannya.

    Sebaik saja Sijil Pemerbadanan dikeluarkan, ahli-ahli kepada Memorandum itu serta mereka yang berkemungkinan dari masa ke semasa menjadi ahli kepada syarikat berkenaan akan menjadi sebuah badan korporat, berupaya melaksanakan fungsi-fungsi sebuah badan diperbadankan dan boleh mendakwa dan didakwa. Ia adalah kekal turun temurun di bawah meterai biasa dengan kuasa untuk memiliki tanah, tetapi ahli-ahlinya mempunyai liabiliti untuk menyumbang kepada aset-aset sekiranya syarikat gulung tikar, seperti diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 1965.

    2.2.1 Keperluan bagi Syarikat Pemerbadanan Tempatan

    Sebuah syarikat mestilah menyenggara sebuah pejabat berdaftar di Malaysia di mana semua buku dan dokumen yang diperlukan di bawah peruntukan Akta disimpan. Nama syarikat hendaklah diperagakan dalam huruf abjad Roman yang mudah dibaca, bersama-sama nombor syarikat, pada meterai dan dokumen syarikat.

    Sebuah syarikat tidak dibenarkan berurus niaga dalam saham-saham sendiri atau memegang saham-saham dalam syarikat induknya. Setiap saham ekuiti sebuah syarikat awam membawa hanya satu undi dalam pengundian pada mana-mana mesyuarat agung syarikat. Bagaimanapun, sebuah syarikat persendirian mungkin memperuntukkan hak undi berbeza bagi pemegang-pemegang sahamnya.

    Setiausaha sebuah syarikat mestilah seorang tabii cukup umur yang mempunyai tempat kediaman utama atau tempat kediaman hanya di Malaysia. Beliau mestilah menjadi ahli kepada sebuah badan ditetapkan atau dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat. Syarikat juga mestilah melantik seorang juruaudit syarikat diluluskan untuk menjadi juruaudit syarikat di Malaysia.

  • 6

    Selain itu, syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang mana setiap seorang mempunyai tempat kediaman utama atau tempat kediaman hanya di Malaysia. Pengarah-pengarah syarikat awam atau anak-anak syarikat kepada syarikat awam lazimnya mestilah tidak melebihi usia 70 tahun. Seorang pengarah tidak semestinya juga menjadi pemegang saham.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    Ketua Pegawai EksekutifSuruhanjaya Syarikat MalaysiaTingkat 2, 10-18, Putra Place100 Jalan Putra50622 Kuala LumpurTel : 03-4047 6000 / 4047 6111 (Hotline)Faks : 03-4047 6317Laman web : www.ssm.com.myE-mel : [email protected]

    3. GARISPANDUAN DASAR EKUITI

    3.1 Dasar Ekuiti dalam Sektor Perkilangan

    Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perkilangan. Dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam aktiviti berkenaan, kerajaan menggalakkan usaha sama antara pelabur Malaysia dan asing.

    Dasar Ekuiti untuk Projek Baru, Pembesaran atau Pempelbagaian

    Paras eksport digunakan untuk menentukan ekuiti penyertaan asing dalam projek-projek perkilangan. Bagaimanapun, sejak 31 Julai 1998, Kerajaan Malaysia telah melonggarkan garispanduan dasar ekuiti bagi semua permohonan untuk pelaburan dalam projek-projek baru serta projek-projek pembesaran/pempelbagaian dalam sektor perkilangan. Di bawah kelonggaran ini, para pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti tidak kira paras eksport.

    Bagaimanapun, kelonggaran ini adalah untuk permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2003. Selain itu, ia tidak digunapakai bagi aktiviti-aktiviti dan produk-produk spesifik yang mana syarikat-syarikat Malaysia mempunyai keupayaan dan kepakaran. Aktiviti dan produk berkenaan termasuk pembungkusan kertas, pembungkusan plastik (botol, filem, helaian dan beg), komponen acuan suntikan plastik, pengecapan logam dan fabrikasi logam, abah-abah wayar, percetakan dan pusat-pusat servis keluli. Bagi kes-kes sedemikian, garispanduan ekuiti spesifik digunapakai.

    Bagi meningkatkan lagi iklim pelaburan Malaysia, pemegangan ekuiti dalam semua projek perkilangan diberi kelonggaran sepenuhnya berkuat kuasa mulai 17 Jun 2003. Para pelabur asing kini boleh memegang 100% ekuiti bagi semua pelaburan dalam projek baru serta pelaburan dalam projek-projek pembesaran/pempelbagaian syarikat-syarikat sedia ada, tidak kira paras eksport dan tanpa mengecualikan mana-mana produk/aktiviti.

  • 7

    Dasar ekuiti baru ini juga digunapakai untuk:

    i) Syarikat-syarikat yang dahulunya dikecualikan daripada mendapatkan lesen pengilang tetapi dana pemegang-pemegang sahamnya kini telah mencecah RM2.5 juta atau kini menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan demikian perlu dilesenkan.

    ii) Syarikat-syarikat berlesen yang sedia ada yang dahulunya dikecualikan daripada mematuhi syarat-syarat ekuiti, tetapi kini perlu mematuhinya kerana dana pemegang-pemegang sahamya mencecah RM2.5 juta.

    Dasar Ekuiti untuk Syarikat Sedia Ada

    Syarat-syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat sebelum 17 Jun 2003 akan dikekalkan.

    Bagaimanapun, syarikat-syarikat itu boleh memohon supaya syarat-syarat ini dimansuhkan. Kerajaan akan berpendirian fleksibel dalam menimbangkan permohonan sedemikian dan kelulusan akan diberi berdasarkan merit setiap kes. Syarikat-syarikat yang mempunyai syarat eksport boleh memohon kelulusan daripada MIDA untuk menjual dalam pasaran tempatan berdasarkan garis panduan berikut:

    • Sehingga 100% daripada pengeluaran bagi produk-produk tiada duti atau tidak dikeluarkan dalam negara

    • Sehingga 80% daripada pengeluaran sekiranya bekalan tempatan tidak mencukupi atau terdapat import yang bertambah dari ASEAN bagi produk-produk berduti Tarif Keistimewaan Efektif Bersama (CEPT) sebanyak 5% atau kurang.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    Lembaga Kemajuan Perindustrian MalaysiaBlok 4, Plaza SentralJalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurTel : 03-2267 3663Faks : 03-2274 7970Laman web : www.mida.gov.myE-mel : [email protected]

  • 8

    KEDAH & PERLIS PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian MalaysiaAras 4, East WingNo. 88, Menara Bina Darulaman BerhadLabuhraya Darulaman05100 Alor Setar Kedah Darul Aman Tel : 604-731 3978Faks : 604-731 2439E-mel : [email protected]

    PULAU PINANG PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia 4.03, Tingkat 4, Menara PSCI39, Jalan Sultan Ahmad Shah10050 Pulau PinangPulau Pinang Tel : 604-228 0575Faks : 604-228 0327E-mel : [email protected]

    PERAK PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Tingkat 4, Perak Techno Trade Centre (PTTC)Bandar Meru JayaOff Jalan JelapangPeti Surat 21030720 Ipoh Perak Darul Ridzuan Tel : 605-526 9962/526 9961Faks : 605-527 9960E-mel : [email protected]

    MELAKA PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Tingkat 3, Menara MITCKompleks MITC Jalan Konvensyen75450 KerohMelakaTel : 606-232 2876/78Faks : 606-232 2875E-mel : [email protected]

    PEJABAT-PEJABAT MIDA NEGERI

    JOHORPengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Bilik 15.03Aras 15, Wisma LKN 49, Jalan Wong Ah Fook 80000 Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Tel : 607- 224 2550 / 5500Faks : 607- 224 2360E-mel : [email protected]

    PAHANG PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Suite 3, Tingkat 11 Kompleks Teruntum Peti Surat 178 25720 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel : 609- 513 7334Faks : 609- 513 7333E-mel : [email protected]

    KELANTANPengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Tingkat 5, Bangunan PKINK Jalan Tengku Maharani Puteri 15000 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tel : 609-748 3151Faks : 609- 744 7294E-mel : [email protected]

    TERENGGANUPengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Tingkat 5, Menara Yayasan Islam TerengganuJalan Sultan Omar 20300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Tel : 609- 622 7200Faks : 609- 623 2260E-mel : [email protected]

    SABAH PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Lot D9.4 & 9.5 Tingkat 9, Blok D, Bangunan KWSPKaramunsing88100 Kota Kinabalu Sabah Tel : 6088-211 411Faks : 6088-211 412E-mel : [email protected]

    SARAWAK PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Bilik 404, Tingkat 4 Bangunan Bank Negara No. 147, Jalan Satok Peti Surat 716 93714 Kuching Sarawak Tel : 6082- 254 251 / 237 484Faks : 6082- 252 375E-mel : [email protected]

    8

  • 9

    ASIA-PASIFIK

    AUSTRALIADirectorMalaysian Industrial Development Authority Level 3, MAS Building16 Spring StreetSydney NSW 2000AustraliaTel : (612) 9251 1933Faks : (612) 9251 4333E-mel : [email protected]

    JEPUNDirectorMalaysian Industrial Development Authority 4th Floor, Aoyama 246 Building5-6-26, Minami-aoyama, Minato-kuTokyo 107-0062JapanTel : (813) 3409 3680/3681Faks : (813) 3409 3460E-mel : [email protected] web : www.midajapan.or.jp

    DirectorMalaysian Industrial Development Authority 3rd Floor, Takahashi Building 5-9-3, Nishi-tenma, Kita-kuOsaka 530-0047JapanTel : (816) 6313 3121/3221Faks : (816) 6313 3321E-mel : [email protected]

    REPUBLIK KOREACounsellor (Investment)Embassy of Malaysia(Investment Section)17th Floor, SC First Bank Building100, Gongpyung-DongJongro-gu, Seoul 110-702Republic of KoreaTel : (822) 733 6130/6131Faks : (822) 733 6132E-mel : [email protected]

    REPUBLIK RAKYAT CHINAConsul (Investment)Consulate General of Malaysia(Investment Section)Units 807-809, Level 8Shanghai Kerry CentreNo. 1515, Nanjing Road (West) Shanghai, 200040People’s Republic of ChinaTel : (8621) 6289 4547/5298 6335Faks : (8621) 6279 4009E-mel : [email protected]

    TAIWANDirector (Investment)Malaysian Friendship & Trade Centre8th Floor, San Ho Plastics Building102, Tun Hua North Road, Taipei 105TaiwanTel : (8862) 2713 2626Faks : 886(2) 2514 7581E-mel : [email protected]

    PEJABAT SEBERANG LAUT MIDA

    EROPAH

    PERANCISDirectorMalaysian Industrial Development Authority 42, Avenue Kleber75116 ParisFranceTel : (331) 4727 3689/6696Faks : (331) 4755 6375E-mel : [email protected]

    REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMANDirectorMalaysian Industrial Development Authority6th Floor, Rolex HausDompropst-ketzer Str. 1-950667 CologneFederal Republic of GermanyTel : (49221) 124 008/009Faks : (49221) 136 198E-mel : [email protected]

    ITALIConsul (Investment)Consulate of Malaysia(Investment Section)4th Floor, Via Vittor Pisani, 3120124 Milan, ItalyTel : (3902) 3046 521Faks : (3902) 3046 5242E-mel : [email protected]

    SWEDENEconomic Counsellor Embassy of MalaysiaKarlavagen 37, P.O. Box 26053S-10041 Stockholm, SwedenTel : (468) 791 7942 / 4408 400Faks : (468) 791 8761E-mel : [email protected]

    UNITED KINGDOMDirectorMalaysian Industrial Development Authority17 Curzon StreetLondon WIJ 5HR, United KingdomTel : (4420) 7493 0616Faks : (4420) 7493 8804E-mel : [email protected]

    AMERIKA UTARA

    LOS ANGELESConsul (Investment)Consulate General of Malaysia(Investment Section) 550, South Hope Street, Suite 400Los Angeles, California 90071United States of AmericaTel : (1213) 955 9183Faks : (1213) 955 9878E-mel : [email protected] SAN JOSEDirectorMalaysian Industrial Development Authority 226, Airport Parkway, Suite 480San Jose, California 95110United States of AmericaTel : (1408) 392 0617/8Faks : (1408) 392 0619E-mel : [email protected]

    CHICAGODirectorMalaysian Industrial Development AuthorityJohn Hancock Centre, Suite 1515875, North Michigan AvenueChicago, Illinois 60611United States of AmericaTel : (1312) 787 4532Faks : (1312) 787 4769E-mel : [email protected]

    NEW YORKConsulConsulate General of Malaysia(Investment Section)313 East, 43rd Street, New York,New York 10017United States of AmericaTel : (1212) 687 2491Faks : (1212) 490 8450E-mel : [email protected]

    BOSTONDirectorMalaysian Industrial Development AuthorityOne International Place, Floor 8 Boston, MA 02110United States of AmericaTel : (1617) 338 1128/338 1129Faks : (1617) 338 6667E-mel : [email protected]

    9

  • 10

    Nota

  • 11

    Nota

  • 12

    Nota

  • LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)Blok 4, Plaza Sentral

    Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral

    50470 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03 2267 3633

    Faks: 03 2274 7970Laman web: www.mida.gov.myE-mel: [email protected]

    Julai 2007

  • 11.. LLEESSEENN PPEENNGGIILLAANNGG

    22.. SSUURRAATT TTIIAADDAA HHAALLAANNGGAANN BBAAGGII PPEENNEEMMPPAATTAANN PPRROOJJEEKK

    33.. KKEELLUULLUUSSAANN BBAAGGII KKEEBBEENNAARRAANN PPEERRAANNCCAANNGGAANN

    44.. KKEELLUULLUUSSAANN BBAAGGII PPEELLAANN BBAANNGGUUNNAANN

    55.. KKEELLUULLUUSSAANN BBAAGGII SSIIJJIILL KKEELLAAYYAAKKAANN MMEENNDDUUDDUUKKII

    66.. KKEELLUULLUUSSAANN BBAAGGII LLEESSEENN--LLEESSEENN BBEERRKKAAIITTAANN PPEERRNNIIAAGGAAAANN

    77.. KKEELLUULLUUSSAANN DDAARRIIPPAADDAA JJAABBAATTAANN AALLAAMM SSEEKKIITTAARR

    88.. KKEELLUULLUUSSAANN DDAARRIIPPAADDAA JJAABBAATTAANN KKEESSEELLAAMMAATTAANN DDAANNKKEESSIIHHAATTAANN PPEEKKEERRJJAAAANN

    99.. LLEESSEENN EEKKSSAAIISS DDAANN LLEESSEENN CCUUKKAAII JJUUAALLAANN

    1100.. LLEESSEENN KKEENNDDEERRAAAANN KKIILLAANNGG

    1111.. KKEELLUULLUUSSAANN--KKEELLUULLUUSSAANN LLAAIINN

    KKeelluulluussaann ddaannPPeelleesseennaann

    Buku 2

    Panduan BagiPPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg

    MMaallaayyssiiaa

  • Panduan Bagi PPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg MMaallaayyssiiaa

    Buku 1 Memulakan Perniagaan

    BBuukkuu 22 KKeelluulluussaann ddaann PPeelleesseennaann

    Buku 3 Insentif untuk Pelaburan

    Buku 4 Percukaian

    Buku 5 Geran Kerajaan & Kemudahan Pembiayaan Kredit

    Buku 6 Kemudahan Infrastruktur

    Buku 7 Dasar dan Perundangan Pekerjaan

    Buku 8 Pembangunan Sumber Manusia dan Kemudahan Latihan

    Buku 9 Penyelidikan dan Pembangunan

  • 1

    Seksyen ini menghuraikan kelulusan-kelulusan biasa yang diperlukan oleh para pelabur bagi menubuhkan projek-projek perkilangan. Bergantung kepada jenis produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang terbabit, para pelabur mungkin perlu mendapatkan kelulusan-kelulusan atau lesen-lesen lain daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.

    1. LESEN PENGILANG

    Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA), 1975, memerlukan seorang (mereka) yang terbabit dalam sebarang aktiviti perkilangan agar mendapatkan satu lesen daripada Pegawai Pelesen* bagi aktiviti perkilangan berkenaan. Objektif Akta ini adalah untuk memastikan pembangunan dan pertumbuhan teratur dalam sektor perkilangan. Hanya syarikat-syarikat perkilangan yang mempunyai dana pemegang saham RM2.5 juta atau lebih atau menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa perlu memohon lesen di bawah ICA. Sehubungan itu, ‘aktiviti perkilangan’ ditakrifkan sebagai membuat, mengubah, mengadun, menghias, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan dengan maksud penggunaan, pengangkutan, penyampaian atau pelupusannya dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian dan pembaikan kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang lazimnya dikaitkan dengan perniagaan runcit atau borong.

    Permohonan bagi lesen pengilang hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) salinan kepada:

    Ketua PengarahLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 550470 Kuala LumpurTel : 03-2267 3633Faks : 03-2274 7970Laman web : www.mida.gov.myE-mel : [email protected]

    Para pelabur yang berhasrat untuk menubuhkan projek-projek perkilangan di negeri Sabah atau Sarawak diperlukan juga menyerahkan tiga (3) salinan permohonan mereka masing-masing kepada pejabat MIDA berkenaan di negeri-negeri tersebut. Alamat pejabat-pejabat ini adalah seperti berikut:

    Pengarah PengarahMIDA Sabah MIDA SarawakLot D9.4 & 9.5, Tingkat 9 Bilik 404, Tingkat 4,Blok D, Bangunan KWSP Bangunan Bank NegaraKaramunsing No. 147, Jalan Satok88100 Kota Kinabalu Peti Surat 716Sabah 93714 KuchingTel : 088-211 411 SarawakFaks : 088-211 412 Tel : 082-254 251 / 082-237 484E-mel : [email protected] Faks : 082-252 375 E-mel : [email protected]

    *Pegawai Pelesen adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti diwartakan di bawah Pemberitahu Warta P.U. (B) 31/78

  • 2

    2. SURAT TIADA HALANGAN BAGI PENEMPATAN PROJEK

    Semua projek perkilangan (kecuali projek pembesaran di lokasi yang sama) perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri bagi penempatan sebuah projek. Kelulusan dalam bentuk surat tiada halangan daripada Kerajaan Negeri bagi mengesahkan penempatan projek itu berada dalam zon ditetapkan boleh diperolehi dengan memohon kepada Negeri masing-masing. Surat tiada halangan itu kemudiannya mestilah diserahkan kepada MIDA bagi pengeluaran lesen pengilang.

    Untuk mendapatkan senarai agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi pengeluaran surat tiada halangan, sila rujuk muka surat 9.

    3. KELULUSAN BAGI KEBENARAN PERANCANGAN

    Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), permohonan bagi kebenaran perancangan mengenai sebuah pembangunan dan penggunaan semua tanah dan bangunan hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancangan tempatan.

    Untuk mendapatkan senarai pihak berkuasa tempatan di setiap negeri, sila rujuk muka surat 10.

    4. KELULUSAN BAGI PELAN BANGUNAN

    Di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974) (Akta 133), pembinaan bangunan-bangunan termasuk kilang-kilang hanya boleh dilakukan dengan kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa tempatan. Pengilang-pengilang yang berhasrat untuk membina sebarang bangunan hendaklah menyerahkan pelan-pelan yang diperlukan kepada pihak berkuasa tempatan seperti yang diperlukan oleh Akta 133 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

    Setiap pelan, lakaran atau pengiraan mengenai bangunan itu mestilah dikemukakan oleh ‘orang berkelayakan’ yang ditakrifkan sebagai arkitek, pelukis pelan berdaftar atau jurutera. Permohonan bagi kelulusan pelan bangunan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Sehenti (OSC), yang ditubuhkan di setiap pihak berkuasa tempatan.

    Untuk mendapatkan senarai pihak berkuasa tempatan di setiap negeri, sila rujuk muka surat 10.

    5. KELULUSAN BAGI SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI

    Di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, semua bangunan yang telah siap perlu disahkan sebagai sesuai untuk diduduki oleh pihak berkuasa tempatan. Permohonan-permohonan untuk kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki hendaklah dikemukakan kepada Pusat Sehenti (OSC) yang ditubuhkan di setiap pihak berkuasa tempatan.

    Untuk mendapatkan senarai pihak berkuasa tempatan di setiap negeri, sila rujuk muka surat 10.

  • 3

    6. KELULUSAN BAGI LESEN-LESEN BERKAITAN PERNIAGAAN

    Para pelabur diperlukan memohon kepada pihak-pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan empat lesen utama, iaitu bagi premis kilang, papan tanda pengiklanan, stor simpanan dan kantin.

    Untuk mendapatkan senarai pihak berkuasa tempatan di setiap negeri, sila rujuk muka surat 10.

    7. KELULUSAN DARIPADA JABATAN ALAM SEKITAR

    Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, aktiviti-aktiviti perindustrian perlu mendapatkan kelulusan-kelulusan berikut daripada Jabatan Alam Sekitar:

    • Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (bagi aktiviti-aktiviti ditetapkan);• Penilaian kesesuaian tapak (bagi aktiviti-aktiviti tidak ditetapkan);• Kebenaran bertulis untuk membina sebarang bangunan atau menjalankan sebarang

    kerja yang boleh menghasilkan sumber baru efluen atau pelepasan;• Kelulusan bertulis bagi pemasangan insinerator, peralatan membakar bahan api dan

    cerobong; dan• Lesen untuk mengguna dan menduduki premis ditetapkan dan kenderaan

    ditetapkan.

    Sebuah buku panduan mengenai ‘Keperluan Alam Sekitar: Panduan bagi Pelabur’ boleh diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar. Pertanyaan dan permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

    Ketua PengarahJabatan Alam SekitarKementerian Sumber Asli dan Alam SekitarAras 1-4, Podium 2&3Lot 4G3, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62574 PutrajayaTel : 03-8871 2000 / 2200Faks : 03-8889 1973 / 75Laman web : www.jas.sains.myE-mel : [email protected]

    8. KELULUSAN DARIPADA JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

    Di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, pengilang-pengilang diperlukan untuk:

    i. mendapatkan kelulusan reka bentuk bagi ‘mesin diperakukan’, iaitu dandang stim, kebuk tekanan tak berapi dan mesin pengangkut seperti kren dan lif

    ii. mendapatkan ‘Sijil Kelayakan’ yang ditetapkan bagi ‘mesin diperakukan’iii. menyerahkan notis bertulis kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera yang terdekat

    mengenai hasrat untuk menduduki kilang dan mengendalikan mesin-mesin.

  • 4

    Pertanyaan dan permohonan bagi kelulusan hendaklah dikemukakan kepada:

    Ketua PengarahJabatan Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanAras 2, 3 dan 4, Blok D3, Parcel DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaTel : 03-8886 5000Faks : 03-8889 2349Laman web : http//dosh.mohr.gov.myE-mel : [email protected]

    9. LESEN EKSAIS DAN LESEN CUKAI JUALAN

    Duti eksais adalah duti yang dikenakan ke atas barangan buatan tempatan. Di Malaysia, duti eksais adalah duti yang dikenakan oleh Kementerian Kewangan di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976. Perintah Duti Eksais 1981 menyenaraikan barangan yang dikenakan duti eksais. Lesen eksais diperlukan untuk mengeluarkan barangan yang tertakluk kepada duti eksais. Bayaran lesen bagi mengeluarkan barangan yang dikenakan eksais berbeza dan digazetkan dalam Peraturan Eksais 1977.

    Cukai jualan adalah cukai satu peringkat kerana cukai jualan dikenakan hanya sekali, sama ada di peringkat bahan mentah ataupun di peringkat keluaran. Cukai jualan ke atas barangan import dinilai dan dibayar pada masa barangan dibebaskan daripada kawalan Kastam (cukai jualan import). Bagi barangan buatan tempatan, cukai jualan dikenakan dan dilevi tatkala barangan dijual atau dilupuskan.

    Semua barangan adalah tertakluk kepada cukai jualan melainkan yang dikecualikan secara spesifik oleh Menteri Kewangan di bawah:

    a. Jadual A Perintah (Pengecualian) Cukai Jualan 1980b. Perintah (Pengecualian Pelesenan) Cukai Jualan 1977c. Pengecualian khusus oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 10 Akta Cukai

    Jualan 1972.

    Syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan bercukai dengan jualan di bawah RM100,000 setahun boleh memohon sijil pengecualian. Pengecualian juga diberikan, dengan perintah, kepada orang, pengilang dan firma di bawah Jadual B dan C Perintah (Pengecualian) Cukai Jualan 1980.

    Insentif dan kemudahan diberikan kepada pengilang-pengilang berlesen untuk memperoleh bahan mentah, komponen dan bahan-bahan pembungkusan bebas cukai melalui sistem gegelang (penggunaan CJ5, CJ5A, CJ5B – Seksyen 9); sistem bayar balik (penggunaan JKED 2 – Seksyen 31); sistem kredit (penggunaan CJ10 – Seksyen 31A) dan pulangan duti (Seksyen 29).

    Seksyen 10 Akta Cukai Jualan juga menyediakan peruntukan bagi Menteri Kewangan membayar balik cukai jualan dan denda yang telah dibayar oleh seorang atau kumpulan orang.

    Gudang-gudang berlesen dan gudang-gudang pengilangan berlesen dianggap sebagai tempat-tempat di luar Malaysia. Oleh itu, mereka tidak dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan, dan barangan siap yang dijual dalam negara dianggap seperti barangan import.

  • 5

    Kuala LumpurPengarah Kastam NegeriWilayah Persekutuan Kuala LumpurJabatan Kastam DirajaNo. 22, Jalan 6/3 Kelana Jaya47301 Petaling JayaTel : 03-7884 0800Faks : 03-7804 5116

    TerengganuPengarah Kastam Negeri, TerengganuJabatan Kastam DirajaJalan Balik Bukit20300 Kuala TerengganuTerengganuTel: 09-622 1077Faks : 09-622 3828

    SelangorPengarah Kastam Negeri, SelangorWisma Kastam42007 Pelabuhan KelangSelangorTel : 03-3176 1016Faks : 03-3176 1203

    PahangPengarah Kastam Negeri, PahangJabatan Kastam DirajaWisma Kastam, Jalan BankPeti Surat 2025700 KuantanPahangTel : 09-513 6515Faks : 09-516 3513

    Negeri SembilanPengarah Kastam NegeriNegeri Sembilan Jabatan Kastam DirajaWisma Kastam Jalan Paroi SenawangKarung Berkunci No. 1670450 SerembanNegeri SembilanTel : 06-679 3700Faks : 06-679 3666

    PerlisPengarah Kastam Negeri, PerlisJabatan Kastam DirajaKompleks Kastam NegeriJalan Kampong Pondok01000 Kangar, PerlisTel : 04-976 1420/421Faks : 04-976 0242

    KedahPengarah Kastam Negeri, KedahJabatan Kastam DirajaKompleks Kastam Negeri Persiaran Sultan Abdul Hamid05050 Alor Setar, KedahTel : 04-772 1212Faks : 04-772 0004

    Pulau PinangPengarah Kastam NegeriPulau Pinang / Seberang PraiJabatan Kastam DirajaWisma KastamGat Leboh China10300 Pulau PinangTel : 04-262 2300Faks : 03-262 2637

    KelantanJabatan Kastam Diraja, KelantanJalan Sultan15000 Kota BharuTel : 09-748 1508Faks : 09-747 7002

    PerakPengarah Kastam Negeri, PerakJabatan Kastam DirajaNo. 1, Jalan KintaOff Jalan Tun Ab. Razak30100 IpohPerakTel : 05-527 2667Faks : 05-527 5884

    Lesen-lesen yang tersebut di atas diproses oleh Jabatan Kastam Negeri dan permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kastam Negeri (pusat pelesenan sehenti).

    Alamat-alamat berkenaan adalah seperti berikut:

  • 6

    MelakaPengarah Kastam Negeri, MelakaJabatan Kastam DirajaWisma Kastam, Peti Surat 92Lebuh Ayer Keroh74550 MelakaTel : 06-231 2355Faks : 06-231 1823

    JohorPengarah Kastam Negeri, JohorJabatan Kastam DirajaJalan Tun Abd. RazakLarkin80200 Johor BahruJohorTel : 07-223 0441Faks : 07-227 7655

    SarawakPengarah Kastam Negeri, SarawakJabatan Kastam DirajaJalan Gedung, Tanah Putih93596 KuchingSarawakTel : 082-333 133/196/604Faks : 082-332 204

    SabahPengarah Kastam Negeri, SabahJabatan Kastam DirajaJalan Haji Saman88000 Kota KinabaluSabahTel : 088-231 411Faks : 088-214 160

    10. LESEN KENDERAAN KILANG

    Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk mengendalikan kenderaan mereka sendiri bagi pengangkutan pekerja-pekerja dan barang-barang sendiri perlu memohon lesen.

    Pertanyaan-pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

    SetiausahaLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 4, Blok PodiumLot 2G6, Precint 262100 PutrajayaTel : 03-8880 5000Faks : 03-8880 5621

    Bagaimanapun, permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat wilayah LPKP yang terdekat. Alamat-alamatnya adalah seperti berikut:

    Penolong Setiausaha KananLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Wilayah Tengah)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 3, Podium BlokLot 2G6, Precint 262100 PutrajayaTel : 03-8880 5000Faks : 03-8880 5784

  • 7

    Penolong Setiausaha KananLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Wilayah Selatan)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiLot 391, Km 7.2Parit Bunga, Jalan Tangkak84000 MuarJohor Darul Ta’zimTel : 06-955 6000Faks : 06-955 6008

    Penolong Setiausaha KananLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Wilayah Timur)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 2, Bangunan Wisma MajuJalan Sultan Ismail20200 Kuala TerengganuTerengganu Darul ImanTel : 09-955 6000Faks : 09-995 6008

    SetiausahaLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Sabah)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 3, Blok EKompleks KUWASA49, Jalan Karamunsing88000 Kota KinabaluSabahTel : 088-238 245/ 244/ 246Faks : 088-238 144

    Ketua, Cawangan TawauLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 4, Wisma PersekutuanPeti Surat 6212491031 TawauSabahTel : 089-759 978/ 987Faks : 089-759 976

    Ketua, Cawangan SandakanLembaga Pelesenan Kenderaan PerdaganganKementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat Bawah & 1, Blok 14Lot 3, Lorong Bandar Indah 4Bandar IndahKm 6.4, Jalan Utara90740 SandakanSabahTel : 089-238 244/ 246Faks : 089-238 245

  • 8

    SetiausahaLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Sarawak)Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiLot 421 & 422, Seksyen 10, Jalan Nanas93400 KuchingSarawakTel : 082-412 033/ 413 303/ 414 303Faks : 082-256 757

    Ketua, Cawangan MiriLembaga Pelesenan Kenderaan PerdaganganKementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 3, Blok AWisma Persekutuan Fasa 2Jalan Cahaya Lopeng98000 MiriSarawakTel : 085-419 876/ 420 641Faks : 085-426 285

    Ketua, Cawangan SibuLembaga Pelesenan Kenderaan PerdaganganKementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiTingkat 2, Blok 1, Wisma PersekutuanJalan Awang Ramli Amit96000 SibuSarawakTel : 084-343 103Faks : 084-343 940.

    11. KELULUSAN-KELULUSAN LAIN

    Pengilang-pengilang bagi jenis-jenis produk tertentu perlu mendapatkan lesen-lesen khusus daripada jabatan / agensi kerajaan yang berkenaan. Ini termasuk produk-produk farmaseutikal dan makanan serta penggunaan perkakas elektrik bertenaga nuklear.

    Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai kelulusan dan pelesenan bagi industri-industri khusus, para pengilang diminta berhubung dengan Bahagian Industri berkenaan di MIDA.

    Mana-mana pengilang yang menghadapi kesukaran atau kelewatan dalam mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada agensi-agensi Persekutuan atau Negeri dinasihatkan agar membincangkan masalah mereka dengan pegawai-pegawai projek khas di Bahagian Sokongan Industri di ibu pejabat MIDA atau di pejabat-pejabat negeri MIDA.

  • 9

    AGENSI-AGENSI KERAJAAN NEGERI BAGI KELULUSAN MENGENAI PENEMPATAN PROJEK

    JOHORPerbadanan JohorBahagian Pembangunan PerindustrianTingkat 9, KOMTARJalan Wong Ah Fook80000 Johor Bahru, JohorTel : 07- 222 6922Faks : 07- 224 2221(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh Perbadanan Johor)

    Lembaga Pelabuhan JohorPeti Surat 6681707 Pasir Gudang, JohorTel : 07-251 7721/ 251 7694Faks : 07-276 1642/ 251 7684(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh Pelabuhan Johor)

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri JohorTingkat 4, Bangunan Sultan IbrahimJalan Bukit Timbalan80000 Johor Bahru, JohorTel : 07-224 3366/ 69Faks : 07-223 8464(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian selain dibangunkan oleh Perbadanan Johor dan Pelabuhan Johor)

    PERAKPerbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)Aras 5, Bangunan Perak Techno Trade CentreBandar Meru JayaOff Jalan Jelapang30020 Ipoh, PerakTel : 05-220 5002/5015/5006Faks : 05-220 5003/5017

    KEDAHPerbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)Tingkat 14, Wisma PKNKJalan Sultan Badlishah05000 Alor Setar, KedahTel : 04-775 2455Faks : 04-731 2957(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh PKNK)

    Unit Perancang Ekonomi Negeri KedahPejabat UPENAras 3, Blok B, Wisma Darul AmanJalan Tunku Bendahara05503 Alor Setar, KedahTel : 04-730 1957Faks : 04-733 0908 (Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian selain dibangunkan oleh PKNK)

    Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech ParkTaman Perindustrian Hi-Tech ParkLot 01/02, Pentadbiran KHTPKulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahTel: 04-403 2266Faks: 04-403 2277(Bagi projek bertempat di kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh PBT KHTP)

    PERLISUnit Perancang Ekonomi Negeri Perlis (UPEN)Tingkat 3, Blok BBangunan Dato’ Mahmud Mat01000 Kangar, PerlisTel : 04-976 1957Faks : 04-976 2951(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh UPEN)

    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)No. 172-191, Taman KemajuanJalan Raja Syed Alwi01000 Kangar, PerlisTel : 04-976 1088Faks : 04-976 2181(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh PKENPs)

    KELANTANPerbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)Tingkat 11, Bangunan PKINKJalan Tengku Maharani Puteri15000 Kota Bharu, KelantanTel : 09-741 4141/ 4040Faks : 09-741 4140(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh PKINK)

    Unit Perancang Ekonomi NegeriTingkat 1, Blok 6Kota Darul Naim15503 Kota Bharu, KelantanTel : 09-748 1957/ 6853Faks : 09-744 3411(Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian selain dibangunkan oleh PKINK)

    Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)Jalan Doktor15000 Kota BahruKelatan Darul NaimTel : 09-748 3344/748 3333Faks : 09-743 9258(Bagi projek dalam kawasan di bawah bidang kuasa MPKB-BRI, sebagai alternatif kepada UPEN)

    SABAHJabatan Pembangunan Perindustrian dan PenyelidikanTingkat 7&8, Blok CWisma Tun Fuad Stephens88300 Kota Kinabalu, SabahTel : 088-225 443Faks : 088-216 698

    MELAKAInvest MelakaAras 3, Menara MITCJalan KonvensyenKompleks MITCPeti Surat 22175450 Ayer Keroh, MelakaTel : 06-231 2226Faks : 06-231 2227

    SARAWAKKementerian Pembangunan Perindustrian SarawakTingkat 13, Wisma Sumber AlamJalan Stadium, Petra Jaya93500 Kuching, SarawakTel : 082-313 212Faks : 082-445 337

    NEGERI SEMBILANUnit Perancangan Ekonomi NegeriPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SembilanBlok D, Tingkat 5Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek70503 Seremban, Negeri SemblanTel : 06-765 9900/765 9967Faks : 06-763 1397

    SELANGORSSIC BerhadTingkat 24, Wisma MBSAPersiaran Perbandaran40000 Shah AlamSelangorTel : 03-5510 2005/6Faks : 03-5519 6403/ 5511 2008

    PAHANGPerbadanan Kemajuan Negeri Pahang Tingkat 16, Kompleks TeruntumJalan Mahkota25000 KuantanPahangTel : 09-513 5566Faks : 09-513 0510E-mel : [email protected]

    TERENGGANUUnit Perancangan Ekonomi Negeri Tingkat 12-13, Wisma Darul Iman20503 Kuala TerengganuTel : 09-623 1957Faks : 09-624 6989Website : www.terengganu.gov.myE-mel : [email protected]

    PULAU PINANGPerbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)No. 1, Persiaran MahsuriBandar Bayan Baru11909 Bayan LepasPulau PinangTel : 04-634 0111Faks : 04-642 3616 (Bagi projek yang akan ditempatkan di kawasan perindustrian dibangunkan oleh PDC)

    Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)Perancangan Bandar dan Pembangunan Tingkat 16, KOMTAR10675 Pulau PinangTel : 04-268 2165Faks : 04-262 3405(Bagi projek yang akan ditempatkan di pulau dan di kawasan perindustrian selain dibangunkan oleh PDC)

    Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)Perancangan Bandar dan PengindahanJalan Perda Utama, Bandar Perda14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangTel : 04-549 7555Faks : 04-539 5588(Bagi projek yang akan ditempatkan di ‘tanah besar’ dan kawasan perindustrian lain dibangunkan oleh PDC)

    W.P. KUALA LUMPURDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Jabatan Perancangan BangunanTingkat 8, Bangunan DBKLJalan Raja Laut50350 Kuala LumpurTel : 03-2617 9716Faks : 03-2691 0442

  • 10

    PULAU PINANG• Majlis Perbandaran Pulau Pinang• Majlis Perbandaran Seberang Perai

    KEDAH DARUL AMAN• Majlis Bandaraya Alor Setar• Majlis Perbandaran Sungai Petani• Majlis Perbandaran Kulim• Majlis Perbandaran Langkawi• Pihak Berkuasa Tempatan bagi Taman

    Perindustrian Hi-Tech Kulim• Majlis Daerah Baling • Majlis Daerah Bandar Baharu• Majlis Daerah Kubang Pasu• Majlis Daerah Padang Terap• Majlis Daerah Pendang• Majlis Daerah Sik• Majlis Daerah Yan

    SELANGOR DARUL EHSAN• Majlis Bandaraya Shah Alam• Majlis Bandaraya Petaling Jaya• Majlis Perbandaran Ampang Jaya• Majlis Perbandaran Kajang• Majlis Perbandaran Klang• Majlis Perbandaran Selayang• Majlis Perbandaran Subang Jaya• Majlis Daerah Hulu Selangor• Majlis Daerah Kuala Langat• Majlis Daerah Kuala Selangor• Majlis Daerah Sabak Bernam• Majlis Daerah Sepang

    WILAYAH PERSEKUTUAN• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

    WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN• Perbadanan Labuan

    SABAH• Dewan Bandaraya Kota Kinabalu• Majlis Perbandaran Sandakan• Majlis Perbandaran Tawau• Pihak Berkuasa Tempatan Kudat• Majlis Daerah Beaufort• Majlis Daerah Beluran• Majlis Daerah Keningau• Majlis Daerah Kinabatangan• Majlis Daerah Kota Belud• Majlis Daerah Kota Marudu• Majlis Daerah Kuala Penyu• Majlis Daerah Kunak• Majlis Daerah Lahad Datu• Majlis Daerah Nabawan• Majlis Daerah Papar• Majlis Daerah Penampang• Majlis Daerah Ranau• Majlis Daerah Semporna• Majlis Daerah Sipitang• Majlis Daerah Tambunan• Majlis Daerah Tenom• Majlis Daerah Tuaran

    PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS• Majlis Perbandaran Nilai• Majlis Perbandaran Port Dickson• Majlis Perbandaran Seremban• Majlis Daerah Jelebu• Majlis Daerah Jempol• Majlis Daerah Kuala Pilah• Majlis Daerah Rembau• Majlis Daerah Tampin

    PERLIS INDERA KAYANGAN• Majlis Perbandaran Kangar

    JOHOR DARUL TA’ZIM• Majlis Bandaraya Johor Bahru• Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah • Majlis Perbandaran Muar• Majlis Perbandaran Kluang• Majlis Perbandaran Batu Pahat• Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Penawar,

    Kota Tinggi • Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang• Majlis Daerah Yong Peng• Majlis Daerah Labis• Majlis Daerah Kota Tinggi• Majlis Daerah Pontian• Majlis Daerah Mersing• Majlis Daerah Kulai• Majlis Daerah Simpang Renggam• Majlis Daerah Segamat• Majlis Daerah Tangkak

    MELAKA• Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka• Majlis Perbandaran Alor Gajah • Majlis Daerah Jasin

    KELANTAN DARUL NAIM• Majlis Bandaraya Islam Kota Bharu• Majlis Daerah Bachok• Majlis Daerah Gua Musang• Majlis Daerah Jeli• Majlis Daerah Ketereh• Majlis Daerah Machang• Majlis Daerah Kuala Krai• Majlis Daerah Pasir Mas• Majlis Daerah Pasir Puteh• Majlis Daerah Dabong• Majlis Daerah Tanah Merah• Majlis Daerah Tumpat

    TERENGGANU DARUL IMAN• Majlis Bandaraya Kuala Terengganu• Majlis Perbandaran Kemaman• Majlis Daerah Besut• Majlis Daerah Dungun• Majlis Daerah Hulu Terengganu• Majlis Daerah Marang• Majlis Daerah Setiu

    SARAWAK• Dewan Bandaraya Kuching Utara• Majlis Perbandaran Kuching Selatan• Majlis Perbandaran Miri• Majlis Perbandaran Padawan• Majlis Perbandaran Sibu• Perbadanan Pembangunan Bintulu• Majlis Daerah Bau• Majlis Daerah Betong• Majlis Daerah Dalat & Mukah• Majlis Daerah Kanowit• Majlis Daerah Kapit• Majlis Daerah Lawas• Majlis Daerah Limbang• Majlis Daerah Luar Bandar Sibu• Majlis Daerah Lubok Antu• Majlis Daerah Lundu• Majlis Daerah Maradong & Julau• Majlis Daerah Marudi• Majlis Daerah Matu dan Daro• Majlis Daerah Samarahan• Majlis Daerah Saratok• Majlis Daerah Sarikei• Majlis Daerah Serian• Majlis Daerah Simunjan• Majlis Daerah Sri Aman• Majlis Daerah Subis

    PERAK DARUL RIDZUAN• Majlis Bandaraya Ipoh• Majlis Perbandaran Kuala Kangsar• Majlis Perbandaran Manjung• Majlis Perbandaran Taiping• Majlis Daerah Gerik• Majlis Daerah Hilir Perak• Majlis Daerah Kerian• Majlis Daerah Kinta Barat• Majlis Daerah Kinta Selatan• Majlis Daerah Lenggong• Majlis Daerah Perak Tengah• Majlis Daerah Pengkalan Hulu• Majlis Daerah Selama• Majlis Daerah Tapah• Majlis Daerah Tanjung Malim

    PAHANG DARUL MAKMUR• Majlis Bandaraya Kuantan• Majlis Bandaraya Temerloh• Majlis Daerah Bentong• Majlis Daerah Bera• Majlis Daerah Cameron Highlands• Majlis Daerah Jerantut• Majlis Daerah Lipis• Majlis Daerah Maran• Majlis Daerah Pekan• Majlis Daerah Raub• Majlis Daerah Rompin.

  • 11

    Nota

  • 12

    Nota

  • LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)Blok 4, Plaza Sentral

    Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral

    50470 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03 2267 3633

    Faks: 03 2274 7970Laman web: www.mida.gov.myE-mel: [email protected]

    Julai 2007

  • 11.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII SSEEKKTTOORR PPEERRKKIILLAANNGGAANN

    22.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII SSEEKKTTOORR PPEERRTTAANNIIAANN

    33.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII IINNDDUUSSTTRRII BBIIOOTTEEKKNNOOLLOOGGII

    44.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII IINNDDUUSSTTRRII PPEELLAANNCCOONNGGAANN

    55.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII PPEENNGGUURRUUSSAANN AALLAAMM SSEEKKIITTAARR

    66.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII PPEENNYYEELLIIDDIIKKAANN DDAANN PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN

    77.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII LLAATTIIHHAANN

    88.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAAKKLLUUMMAATT DDAANN KKOOMMUUNNIIKKAASSII

    99.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII PPRROOJJEEKK PPEERRKKHHIIDDMMAATTAANN DDIILLUULLUUSSKKAANN

    1100.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII IINNDDUUSSTTRRII PPEERRKKAAPPAALLAANN DDAANN PPEENNGGAANNGGKKUUTTAANN

    1111.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII KKOORRIIDDOORR RRAAYYAA MMUULLTTIIMMEEDDIIAA

    1122.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII SSEEBBUUAAHH EEKKOONNOOMMII BBEERRAASSAASSKKAANN PPEENNGGEETTAAHHUUAANN

    1133.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII PPEERRKKHHIIDDMMAATTAANN BBEERRKKAAIITTAANN PPEERRKKIILLAANNGGAANN

    1144.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII IIBBUU PPEEJJAABBAATT OOPPEERRAASSII

    1155.. IINNSSEENNTTIIFF BBAAGGII PPUUSSAATT PPEEMMEERROOLLEEHHAANN AANNTTAARRAABBAANNGGSSAA//PPUUSSAATT PPEENNGGEEDDAARRAANN SSEERRAANNTTAAUU

    1166.. PPEEJJAABBAATT PPEERRWWAAKKIILLAANN DDAANN PPEEJJAABBAATT SSEERRAANNTTAAUU

    1177.. IINNSSEENNTTIIFF AAMM

    LLAAMMPPIIRRAANN II •• SSeennaarraaii AAkkttiivviittii ddaann PPrroodduukk DDiiggaallaakkkkaann –– AAmmLLAAMMPPIIRRAANN IIII •• SSeennaarraaii AAkkttiivviittii DDiiggaallaakkkkaann –– PPeerrkkhhiiddmmaattaann BBeerrkkaaiittaann PPeerrkkiillaannggaannLLAAMMPPIIRRAANN IIIIII •• SSeennaarraaii AAkkttiivviittii ddaann PPrroodduukk DDiiggaallaakkkkaann –– SSyyaarriikkaatt TTeekknnoollooggii TTiinnggggiiLLAAMMPPIIRRAANN IIVV •• SSeennaarraaii AAkkttiivviittii ddaann PPrroodduukk DDiiggaallaakkkkaann –– PPrrooggrraamm RRaannggkkaaiiaann PPeerriinndduussttrriiaann

    ((IILLPP))LLAAMMPPIIRRAANN VV •• SSeennaarraaii AAkkttiivviittii ddaann PPrroodduukk DDiiggaallaakkkkaann –– SSyyaarriikkaatt KKeecciill

    IInnsseennttiiff uunnttuukkPPeellaabbuurraann Buku 3

    Panduan BagiPPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg

    MMaallaayyssiiaa

  • Panduan Bagi PPeekkiillaanngg--PPeekkiillaanngg MMaallaayyssiiaaBuku 1 Memulakan Perniagaan

    Buku 2 Kelulusan dan Pelesenan

    BBuukkuu 33 IInnsseennttiiff uunnttuukk PPeellaabbuurraann

    Buku 4 Percukaian

    Buku 5 Geran Kerajaan & Kemudahan Pembiayaan Kredit

    Buku 6 Kemudahan Infrastruktur

    Buku 7 Dasar dan Perundangan Pekerjaan

    Buku 8 Pembangunan Sumber Manusia dan Kemudahan Latihan

    Buku 9 Penyelidikan dan Pembangunan

  • 1

    Di Malaysia, insentif cukai, sama ada langsung atau tidak langsung, diperuntukkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Eksais 1976 dan Akta Zon Bebas 1990. Akta-akta ini merangkumi pelaburan dalam sektor-sektor perkilangan, pertanian, pelancongan (termasuk perhotelan) dan perkhidmatan diluluskan serta aktiviti-aktiviti R&D, latihan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Insentif cukai langsung memberikan pelepasan sebahagian atau penuh daripada pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu, manakala insentif cukai tidak langsung adalah dalam bentuk pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais.

    1. INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN

    1.1 Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan

    Insentif cukai utama bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan ialah Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

    Kelayakan bagi mendapatkan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan keutamaan tertentu, termasuk paras nilai tambah, teknologi digunakan dan rangkaian perindustrian. Projek-projek sedemikian diistilahkan sebagai “aktiviti digalakkan” atau “produk digalakkan” (lihat Lampiran I : Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan- Am, muka surat 54).

    (i) Taraf Perintis

    Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian daripada pembayaran cukai pendapatan. Ia membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya*, dan tempoh pengecualian bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari paras pengeluaran mencecah 30% daripada kapasitinya).

    Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama.

    Bagi menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri ** Perlis, Sabah dan Sarawak dan kawasan diisytiharkan “Koridor Timur”+ Semenanjung Malaysia, permohonan-permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat bertempat di kawasan-kawasan ini akan menikmati 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan

    * Pendapatan berkanun diperoleh setelah ditolak perbelanjaan hasil dan elaun modal daripada pendapatan kasar.

    + “Koridor Timur” Semenanjung Malaysia meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, dan daerah Mersing di negeri Johor.

    ** Negeri Perlis telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan digalakkan berkuat kuasa 2 September 2006 dan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan di negeri ini layak untuk mendapat insentif yang ketika ini diberikan kepada kawasan seumpamanya.

  • 2

    berkanun masing-masing semasa tempoh pengecualian 5-tahun mereka. Semua permohonan projek diterima menjelang 31 Disember 2010 layak mendapat insentif dipertingkatkan ini.

    Permohonan bagi Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

    (ii) Elaun Cukai Pelaburan

    Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA). Syarikat yang diberikan ITA menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, loji, mesin dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) dan dikeluarkan dalam 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan.

    Syarikat boleh menimbalbalik elaun ini dengan 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dicukai pada kadar cukai syarikat ketika itu.

    Bagi kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah dan Sarawak dan kawasan diisytiharkan “Koridor Timur” Semenanjung Malaysia, permohonan-permohonan yang diterima daripada syarkat-syarikat bertempat di kawasan-kawasan ini akan menikmati elaun 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanunnya untuk setiap tahun taksiran. Semua permohonan projek yang diterima menjelang 31 Disember 2010 akan layak mendapat insentif dipertingkatkan ini.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.2 Insentif bagi Menempatkan Semula Aktiviti Perkilangan ke Kawasan-Kawasan Digalakkan

    Bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang berdaya saing, syarikat-syarikat sedia ada yang menempatkan semula aktiviti-aktiviti perkilangan mereka ke kawasan-kawasn digalakkan, layak mendapat insentif berikut bagi pusingan kedua:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama, atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga semua digunakan.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  • 3

    1.3 Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

    Sebuah syarikat teknologi tinggi adalah sebuah syarikat yang terbabit dalam aktiviti digalakkan atau pengeluaran produk digalakkan dalam bidang teknologi baru dan sedang muncul, (sila lihat Lampiran III: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Syarikat Teknologi Tinggi, muka surat 66). Sebuah syarikat teknologi tinggi layak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA. Syarikat teknologi tinggi mestilah memenuhi kriteria berikut:

    i. Peratusan perbelanjaan R&D tempatan berbanding jualan kasar hendaklah sekurang-kurangnya 1% mengikut asas tahunan. Syarikat mempunyai 3 tahun dari tarikh operasi atau memulakan perniagaan untuk memenuhi keperluan ini.

    ii. Staf sains dan teknikal yang berijazah atau berdiploma dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun hendaklah sekurang-kurangnya 7% daripada jumlah tenaga pekerja syarikat.

    1.4 Insentif bagi Projek Strategik

    Projek strategik membabitkan produk atau aktiviti berkepentingan negara. Lazimnya, ia membabitkan pelaburan yang besar dengan tempoh membuat keuntungan yang lama, berparas teknologi yang tinggi, bersepadu, menjana rangkaian yang luas, dan mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi. Projek sedemikian layak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanunnya untuk tempoh 10 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  • 4

    1.5 Insentif bagi Syarikat Kecil dan Sederhana

    Sebelum ini, syarikat-syarikat kecil dan sederhana dengan modal berbayar RM2.5 juta ke bawah layak mendapat 20% pengurangan cukai syarikat ke atas pendapatan bercukai sehingga RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatan bercukai kekal pada 28%. Dividen yang diagih akan diberikan kredit cukai 20% di tangan pemegang-pemegang saham.

    Bagaimanapun, berkuat kuasa dari tahun taksiran 2007, kadar cukai syarikat telah dikurangkan kepada 27% dan pengurangan ini telah diperluaskan kepada EKS.

    Syarikat-syarikat perkilangan saiz kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang-pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti rakyat Malaysia layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Sebuah pemilik tunggal atau perkongsian layak untuk memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad /syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambilalih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada. Untuk layak mendapatkan insentif ini, sebuah syarikat kecil hendaklah memenuhi salah satu kriteria berikut:

    i. Nilai tambah mestilah sekurang-kurangnya 15%; atau

    ii. Projek menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

    Syarikat hendaklah menjalankan pembuatan produk atau menyertai aktiviti yang disenaraikan sebagai produk dan aktiviti yang digalakkan bagi syarikat-syarikat kecil (sila lihat Lampiran V: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Syarikat Kecil, muka surat 71).

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.6 Insentif bagi Memperkukuhkan Rangkaian Perindustrian

    Bagi menggalakkan syarikat-syarikat besar menyertai Program Rangkaian Perindustrian (ILP), perbelanjaan yang ditanggung bagi melatih pekerja-pekerja, pembangunan dan pengujian produk, dan pengauditan kilang untuk memastikan kualiti produk vendor-vendor, akan dibenarkan sebagai potongan dalam penggiraan cukai pendapatan.

    Vendor-vendor, termasuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang bercadang mengeluarkan produk digalakkan atau menyertai dalam aktiviti digalakkan dalam sesuatu

  • 5

    ILP ( sila lihat Lampiran IV: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Program Rangkaian Perindustrian, muka surat 69) layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditangggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Bagi menggalakkan vendor-vendor menggeluarkan produk atau menyertai aktiviti digalakkan untuk pasaran antarabangsa, vendor-vendor dalam ILP diluluskan yang mampu mencapai piawaian taraf dunia dari segi harga, kualiti dan kapasiti, akan layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditangggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun, yang mana syarikat boleh menimbalbaliknya dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.7 Insentif bagi Industri Mesin dan Peralatan

    1.7.1 Insentif bagi Pengeluaran Mesin dan Peralatan Khusus

    Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti bagi mengeluarkan mesin dan peralatan khusus, iaitu perkakas mesin, mesin suntikan plastik, jentera penyemperitan plastik, kelengkapan pengendalian bahan, mesin pembungkusan, robotik dan kelengkapan automasi kilang, mesin atau peralatan khusus/proses bagi industri-industri tertentu dan bahagian dan komponen mesin dan peralatan berkenaan, layak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditangggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

  • 6

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.7.2 Insentif Tambahan bagi Pengeluaran Jentera Berat

    Permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat milik tempatan sedia ada yang melabur semula dalam pengeluaran jentera berat seperti kren, jentera kuari, loji memancuh secara kumpulan dan peralatan pengendalian bahan untuk pelabuhan, layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas pendapatan berkanun tambahan yang berpunca daripada pelaburan semula untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak tambahan dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 70% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    1.7.3 Insentif Tambahan bagi Pengeluaran Mesin dan Peralatan

    Permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat milik tempatan sedia ada yang melabur semula dalam pengeluaran mesin dan peralatan, termasuk mesin dan peralatan khusus serta perkakas mesin, layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas pendapatan berkanun tambahan yang berpunca daripada pelaburan semula untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak tambahan dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 70% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

  • 7

    1.8 Insentif bagi Modul Komponen Automotif

    Syarikat-syarikat baru dan sedia ada yang menjalankan kerja reka bentuk, R&D dan pengeluaran modul-modul atau sistem-sistem komponen automotif yang memenuhi syarat layak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Modul atau sistem yang layak adalah modul penjuru depan, modul penjuru belakang, modul panel instrumen, topang dan penyerap dan modul pemasangan sepering, modul bamper, modul anggota silang, modul pintu fungsi bersepadu, modul tangki minyak, modul tempat duduk, modul injak, modul perapian pintu, modul konsol lantai, modul tayar dan roda, sistem brek, sistem pengelap cermin, sistem beg angin, sistem ekzos, sistem audio, sistem pengalihudaraan pemanas penyaman udara, sistem pengedaran kuasa dan isyarat, sistem penggera, sistem tali pinggang keledar, sistem lampu luar, modul badan berwarna putih, sistem pengurusan enjin, sistem keselamatan, telematik, sistem navigasi, sistem pencucukan bahan bakar enjin, dan sistem kecerdasan kenderaan.

    1.9 Insentif Dipertingkatkan bagi Penggunaan Biomass Kelapa Sawit

    Permohonan daripada syarikat-syarikat yang menggunakan biomass kelapa sawit bagi menggeluarkan produk nilai tambah seperti papan partikel, papan gentian berketumpatan sederhana, papan lapis, pulpa dan kertas layak mendapat insentif berikut:

    (i) Syarikat Baru

    (a) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    (b) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

  • 8

    (ii) Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula

    (a) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun tambahan yang berpunca daripada pelaburan semula untuk tempoh 10 tahun. Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama; atau

    (b) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak tambahan yang dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    1.10 Insentif Tambahan bagi Sektor Perkilangan

    (i) Elaun Pelaburan Semula

    Sebuah syarikat perkilangan yang sudah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan mengeluarkan perbelanjaan modal yang layak bagi mengembang, memoden atau mengautomasi perniagaan yang sedia ada atau mempelbagai kepada sebarang produk berkaitan dalam industri yang sama boleh memohon Elaun Pelaburan Semula (RA).

    RA ini diberikan pada kadar 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan oleh syarikat, dan boleh ditimbal balik dengan 70% pendapatan berkanun bagi tahun taksiran berkenaan. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Sebuah syarikat boleh menimbalbalik RA ini dengan 100% pendapatan berkanun bagi tahun taksiran berkenaan sekiranya:

    • Syarikat menjalankan projek pelaburan semula di kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah, Sarawak dan kawasan diisytiharkan “Koridor Timur” Semenanjung Malaysia; atau

    • Syarikat mencapai tahap produktiviti melebihi yang ditetapkan Kementerian Kewangan. Untuk keterangan lanjut mengenai tahap produktiviti yang ditetapkan bagi setiap sub-sektor, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri.

    RA ini akan diberikan untuk tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahun pertama pelaburan semula dikeluarkan. Syarikat-syarikat hanya boleh membuat tuntutan RA ini setelah projek yang layak siap; iaitu setelah bangunan siap atau apabila loji/mesin telah beroperasi. Aset-aset yang diperoleh bagi pelaburan semula ini tidak boleh dilupuskan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pelaburan semula dikeluarkan.

    Syarikat-syarikat yang bercadang untuk melabur semula sebelum tamat tempoh Taraf Perintisnya boleh menyerahkan balik Taraf Perintis itu untuk tujuan pembatalan dan layak mendapat RA.

    Permohonan bagi RA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakala permohonan penyerahan balik Taraf Perintis bagi RA hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  • 9

    (ii) Elaun Modal Dipercepatkan

    Selepas tempoh 15 tahun layak mendapat RA, syarikat-syarikat yang melabur semula dalam pengeluaran produk-produk digalakkan layak memohon Elaun Modal Dipercepatkan (ACA). ACA ke atas perbelanjaan modal hendaklah digunakan dalam 3 tahun, iaitu elaun permulaan sebanyak 40% dan elaun tahunan sebanyak 20%.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN dan disertakan surat sokongan daripada MIDA yang mengesahkan syarikat mengeluarkan produk-produk digalakkan.

    (iii) Elaun Modal Dipercepatkan ke atas Peralatan bagi Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga

    Bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan disebabkan gangguan bekalan tenaga, syarikat-syarikat yang mengeluarkan perbelanjaan modal ke atas peralatan bagi memastikan kualiti bekalan tenaga, layak mendapat Elaun Modal Dipercepatkan untuk tempoh 2 tahun.

    Hanya peralatan yang ditetapkan Kementerian Kewangan layak mendapat Elaun Modal Dipercepatkan.

    Insentif ini berkuat kuasa dari tahun taksiran 2005.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    (iv) Insentif bagi Sistem Bangunan Perindustrian

    Sistem Bangunan Perindustrian (IBS) akan meningkatkan kualiti pembinaan, mewujudkan persekitaran kerja lebih selamat dan bersih serta mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan perbelanjaan bagi membeli acuan yang digunakan dalam pengeluaran komponen-komponen IBS layak mendapat Elaun Modal Dipercepatkan (ACA) untuk tempoh 3 tahun.

    Insentif ini berkuat kuasa dari tahun taksiran 2006.

    (v) Pengecualian Cukai ke atas Nilai Peningkatan Eksport

    Bagi menggalakkan eksport, syarikat-syarikat perkilangan di Malaysia layak untuk:

    a) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang bersamaan 10% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk yang dieksport mencapai nilai tambah sekurang-kurangnya 30%; atau

    b) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang bersamaan 15% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50% nilai tambah.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  • 10

    Bagi menggalakkan lagi eksport produk-produk Malaysia, sebuah syarikat perkilangan milik tempatan dengan ekuiti rakyat Malaysia sekurang-kurangnya 60% layak mendapat:

    a) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang bersamaan 30% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport yang ketara;

    b) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang bersamaan 50% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat berjaya menembusi pasaran-pasaran baru;

    c) Pengecualian penuh ke atas nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport tertinggi dalam kategorinya.

    (vi) Pelepasan Kumpulan

    Bagi meningkatkan pelaburan sektor swasta, pelepasan kumpulan di sediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada semua syarikat pemastautin pemerbadanan tempatan. Pelepasan kumpulan dihadkan kepada 50% kerugian tidak diserap bagi tahun semasa untuk ditimbal balik dengan pendapatan syarikat lain dalam kumpulan yang sama (termasuk syarikat baru yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan, peladangan hutan, bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    a) Pihak menuntut dan syarikat penyerah masing-masing mestilah mempunyai modal berbayar saham biasa melebihi RM2.5 juta;

    b) Kedua-dua pihak menuntut dan syarikat penyerah mestilah mempunyai tempoh perakaunan yang sama;

    c) Pemegangan saham, sama ada langsung atau tidak langsung, pihak menuntut dan syarikat penyerah dalam kumpulan itu mestilah tidak kurang 70%

    d) Sebanyak 70% pemegangan saham mestilah berterusan sepanjang tahun sebelumnya dan tahun yang berkenaan;

    e) Kerugian yang timbul daripada pengambilalihan hak proprietari atau syarikat milik asing tidak boleh diambil kira bagi tujuan pelepasan kumpulan; dan

    f) Syarikat yang sedang menikmati insentif berikut tidak layak untuk pelepasan kumpulan:

    - Taraf Perintis- Elaun Cukai Pelaburan/ Elaun Pelaburan- Elaun Pelaburan Semula- Pengecualian keuntungan perkapalan- Pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 127 Akta Cukai

    Pendapatan 1967; dan- Syarikat Pelaburan Insentif

  • 11

    Dengan pengenalan insentif di atas, insentif pelepasan kumpulan sedia ada bagi pengeluaran makanan, peladangan hutan, bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik akan diberhentikan. Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang diluluskan insentif pelepasan kumpulan bagi aktiviti-aktiviti di atas akan terus menimbalbalik pendapatan mereka dengan 100% kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikat mereka.

    Insentif ini berkuat kuasa dari tahun taksiran 2006.

    Nota: Sila rujuk Seksyen 17 bagi insentif lain berkaitan sektor perkilangan.

    2. INSENTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN

    Akta Penggalakan Pelaburan 1986 menyatakan bahawa istilah “syarikat” berhubung dengan pertanian termasuk:

    • Pertubuhan koperasi dan persatuan berasaskan pertanian

    • Pemilik tunggal dan perkongsian yang terbabit dalam pertanian

    Syarikat-syarikat yang menghasilkan produk digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan (lihat Lampiran 1: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Am, muka surat 54) dalam sektor pertanian layak mendapat insentif-insentif berikut:

    2.1. Insentif Utama bagi Sektor Pertanian

    (i) Taraf Perintis

    Seperti sektor perkilangan, syarikat-syarikat yang menghasilkan produk digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan layak mendapat Taraf Perintis.

    Sebuah syarikat Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukai pendapatan. Ia membayar cukai ke atas 30% pendapatan berkanunnya untuk 5 tahun, bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari jualan pertama hasil pertanian).

    Kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap yang ditanggung semasa tempoh perintis oleh syarikat-syarikat yang mana taraf perintis mereka akan berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005 dibenarkan dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis sesuatu perniagaan berkaitan aktiviti digalakkan atau produk digalakkan yang sama.

    Permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat bertempat di kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah dan Sawarak dan kawasan diisytiharkan “Koridor Timur” Semenanjung Malaysia, menikmati pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun mereka semasa tempoh pengecualian 5 tahun. Semua permohonan projek yang diterima menjelang 31 Disember 2010 akan layak mendapat insentif dipertingkatkan ini.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  • 12

    (ii) Elaun Cukai Pelaburan

    Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, syarikat-syarikat yang menghasilkan produk digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA). Sebuah syarikat yang diberikan ITA boleh mendapat elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dikeluarkan.

    Syarikat-syarikat boleh menimbalbalik elaun ini dengan 70% pendapatan berkanun mereka dalam tahun taksiran berkenaan. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% pendapatan berkanun dicukai pada kadar cukai syarikat ketika itu.

    Permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat bertempat di kawasan-kawasan digalakkan iaitu di negeri-negeri Perlis, Sabah dan Sawarak dan kawasan diisytiharkan “Koridor Timur” Semenanjung Malaysia, akan menikmati elaun 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Semua permohonan projek yang diterima menjelang 31 Disember 2010 akan layak mendapat insentif dipertingkatkan ini.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    Bagi menambahkan manfaat kepada projek-projek pertanian, kerajaan telah perluaskan takrif perbelanjaan modal yang layak untuk merangkumi perbelanjaan berikut:

    • Pembersihan dan penyiap-sediaan tanah

    • Penanaman tanaman

    • Penyediaan loji dan mesin yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman atau laut dalam, dan usaha-usaha pertanian atau penternakan seumpama yang lain.

    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal), penambahbaikan struktur ke atas tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman dan usaha-usaha pertanian dan penternakan lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman dan usaha-usaha pertanian atau penternakan seumpama yang lain.

    Memandangkan jarak masa yang jauh di antara bermulanya projek dan pemprosesan hasil produk, projek pertanian bersepadu layak untuk ITA selama 5 tahun tambahan untuk perbelanjaan yang dikeluarkan bagi operasi pemprosesan atau perkilangan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  • 13

    (iii) Insentif bagi Pengeluaran Makanan

    a) Insentif bagi Projek Baru

    Bagi menggalakkan pengeluaran makanan, sebuah syarikat yang melabur dalam sebuah anak syarikat yang terbabit dalam pengeluaran makanan, bersama-sama dengan anak syarikat, layak mendapat salah satu pakej insentif berikut:

    Insentif Pakej A:

    i. Sebuah syarikat yang menguasai sekurang-kurangnya 70% ekuiti dalam sebuah anak syarikat yang terbabit dalam pengeluaran makanan menerima potongan cukai yang bersamaan amaun pelaburan yang dilaburkan dalam anak syarikat itu; dan

    ii. Ana