nayanbmpsasir.upm.edu.my/49411/1/graduan mesti cemerlang secara...cemerlang secara holistik dan...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Oktober 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Graduan mesti cemerlang secara holistik: Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Nayan Oleh Azman Zakaria Foto oleh Marina Ismail and Noor Azreen Awang SERDANG, 22 Okt: Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu memiliki peribadi unggul dan cemerlang bukan sahaja dalam pencapaian akademik tetapi juga cemerlang secara holistik dan seimbang dalam segenap aspek kehidupan sebagaimana dihasratkan oleh kerajaan, kata Pro Canselor UPM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Nayan Ariffin. Beliau berkata, graduan yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab adalah amat penting ke arah melahirkan insan yang luhur. Ia juga bertepatan dengan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM yang menekankan soal kualiti, kesempurnaan dan kecemerlangan. Saya percaya, jika universiti ini dapat melahirkan graduan bukan semata-mata sebagai modal insan, tetapi juga sebagai insan bertakwa, berintegriti dan berakhlak mulia, maka itu merupakan sumbangan terbesar UPM kepada pembangunan dan peradaban bangsa dan negara,katanya ketika berucap pada Sesi 2, Majlis Konvokesyen ke-40 UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di sini. Beliau juga mengingatkan graduan bahawa proses pembelajaran tidak terhenti apabila mendapat kerja. Katanya, graduan perlu terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri dengan menjadikan kejayaan yang dicapai itu sebagai landasan untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada pembentukan masyarakat dan pembinaan tamadun manusia yang lebih berkualiti, berintegriti dan sinergi dengan alam persekitaran. Beliau juga berharap graduan selaku alumni UPM akan sentiasa menyokong usaha memperkukuhkan hubungan antara alumni dan UPM kerana alumni adalah komponen penting dalam melonjakkan kecemerlangan universiti pada peringkat serantau dan antarabangsa. Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Nayan juga berharap para graduan tidak melupakan pengorbanan ibu bapa serta keluarga masing-masing yang menjadi tonggak kepada kejayaan yang dimiliki. Katanya, beliau juga percaya kejayaan itu boleh menjadi pemangkin untuk graduan memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara dalam apa juga bidang yang diceburi. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 28/10/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/nayanbm

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

    .CARI .

    Jumaat, Oktober 28, 2016

    | A- | A | A+| EN | RU | AR

    BERITA »

    Graduan mesti cemerlang secara holistik: Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Nayan

    Oleh Azman ZakariaFoto oleh Marina Ismail and Noor Azreen Awang

    SERDANG, 22 Okt: Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu memiliki peribadi unggul dan cemerlang bukan sahaja dalam pencapaian akademik tetapi juga cemerlang secara holistik dan seimbang dalam segenap aspek kehidupan sebagaimana dihasratkan oleh kerajaan, kata Pro Canselor UPM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Nayan Ariffin.

    Beliau berkata, graduan yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab adalah amat penting ke arah melahirkan insan yang luhur.

    “Ia juga bertepatan dengan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM yang menekankan soal kualiti, kesempurnaan dan kecemerlangan.

    “Saya percaya, jika universiti ini dapat melahirkan graduan bukan semata-mata sebagai modal insan, tetapi juga sebagai insan bertakwa, berintegriti dan berakhlak mulia, maka

    itu merupakan sumbangan terbesar UPM kepada pembangunan dan peradaban bangsa dan negara,” katanya ketika berucap pada Sesi 2, Majlis Konvokesyen ke-40 UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di sini.

    Beliau juga mengingatkan graduan bahawa proses pembelajaran tidak terhenti apabila mendapat kerja.

    Katanya, graduan perlu terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri dengan menjadikan kejayaan yang dicapai itu sebagai landasan untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada pembentukan masyarakat dan pembinaan tamadun manusia yang lebih berkualiti, berintegriti dan sinergi dengan alam persekitaran.

    Beliau juga berharap graduan selaku alumni UPM akan sentiasa menyokong usaha memperkukuhkan hubungan antara alumni dan UPM kerana alumni adalah komponen penting dalam melonjakkan kecemerlangan universiti pada peringkat serantau dan antarabangsa.

    Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Nayan juga berharap para graduan tidak melupakan pengorbanan ibu bapa serta keluarga masing-masing yang menjadi tonggak kepada kejayaan yang dimiliki.

    Katanya, beliau juga percaya kejayaan itu boleh menjadi pemangkin untuk graduan memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara dalam apa juga bidang yang diceburi. - UPM

    RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016

    MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

    Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

    28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/nayanbm