mensyukuri nikmat keamanan melalui tarbiyyah … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan...

8
1 MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH RAMADHAN(11 Mei 2018M / 25 Sya’ban 1439H) الح م ل د ل ه ال ذ ي ج ر ه ش ل ع ات ك ر ب ال و ات ر ي خ ال ر ه ش ان ض م ر، ام ي الص ر ه ش و ام ي ق ال، و أ ش ه د أ ن ل إ ل ه إ ل ا و ح د ه ل ش ر ي ك ل ه ة ي ان د ح و ال ب د ر ف ن م ال ا و ر و ه الش ض ع ب ل ض يف ذ ال ة ر د ق ال و ل ان ض م ر ر ه ش ل ع ج و ض ع ىب ل ع ام ي ن م ا ن م ه ام ي ا و ام ظ ع ال ر و ه الش ل ام ر ك ال ام ي، و أ ش ه د أ ن س ي د ن او ن ب ي ن ام ح م اع د ب ه د و ر س و ل ه ن ي م ال ع ل ل ة م ح ر ه ل ال ه ل س ر يا ذ ال، ك د ب ىع ل ع م ل س و ل ص م ه ل ل ا ا س ح إ ب م ه ع ب ت ن م و ه ب ح ص و ه ى آل ل ع و د م ح ام ن د ي س ك ل و س ر و اء ق ل م و ىي ل إ ن م ه ب ر. أ م اب ع د: ات ه ل ال اد ب اع ي ف و اا و ق ل م ك ن ر غ ت ا ه ر ي ص م ن إ اف ي ن الد اة ي ح ال ال و ى الز ل إ. ق ال ا ت ع ال ى: ﴿ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱSIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: Mensyukuri Nikmat Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadhan”.

Upload: doantuyen

Post on 06-Jun-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

1

“MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI

TARBIYYAH RAMADHAN” (11 Mei 2018M / 25 Sya’ban 1439H)

ل م الح ر ج يذ ال ه ل د ش ه و ال ب ر ك ات ع ل ر ات ي ال خ ر ش ه ،ر م ض ان الصي ام ر ش ه ال ق ي ام و ان ي ة هل ك ي ر ش ل هد ح و اللل إ ه ل إ ل ن أ ده ش أ و ، د ب ال و ح ف ر د ال من

و ا الشهو ر ر ة ال ذ يف ض ل ب ع ض ر م ض ان ل و ال قد ر ع ل ىب ع ضو ج ع ل ش ه ي ام م ن ا و ا ي ام هم ن ال ع ظ ام ر ال ك ر ام ل الشهو دهب داع م ح امن ي ب ن او ن د يس ن أ ده ش أ و ،ي ام

ل ل ع ال م ي ن هلو سر و ة م ر ح الل ه ا ر س ل ه ال ذ ي ، ع ب د ك ع ل ى و س لم ص ل ا لل هم س ا ب إ ح ت ب ع هم و م ن ب ه و ص ح و ع لىآل ه مح م د س يد ن ا ل ك ل ق اء و ر سو م إ ل ىي و ن

ات :دع اب م أ .ر به م الل ه االل و ف ي اع ب اد ر ه ات غر ن كمل قو ي م ص ن ي اف إ ن ي اة الد ال ح : ىال ع ت اللال ق .إ ل ىالز و ال

ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿

﴾ڦ ڦ ڦ

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi

sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT

dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan

meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat

keberkatan di dunia dan di akhirat. Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang

mulia, khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: “Mensyukuri Nikmat

Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadhan”.

Page 2: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

2

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Alhamdulillah, negara baru sahaja selesai melalui proses pemilihan barisan

kepimpinan yang baharu. Tahniah kepada yang berjaya dan ingat bahawa ini

adalah satu amanah besar ke arah mensejahterakan ummah dan negara. Namun

paling penting kita sebagai rakyat perlu menerima keputusan dengan hati

terbuka dan bersama-sama menumpahkan taat setia. Sesungguhnya memilih

pemimpin menjadi suatu kewajipan yang dituntut oleh agama Islam. Oleh itu,

kita perlu bijak dan teliti kerana pemimpin menjadi penentu dasar negara dan

pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang sejahtera. Bahkan

pemimpin adil menjadi sumber keberkatan.

Dalam konteks ini, utamakanlah pemimpin yang memiliki ciri-ciri keunggulan.

Akhirat menjadi wawasan, berilmu penuh wibawa, integriti menjulang agama,

cakna rakyat jelata, bertaqwa menjauhi dosa, Al-Quran dan al-sunnah jadi

dasarnya, jawatannya adalah amanah dan keredhaan Allah jadi matlamat.

Gemar mencurah kebaikan dan khidmat memastikan rakyat selamat, negara

berkat dan mendapat rahmat. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW kepada

Saidina Abu Zarr r.a.

ق ذخأن مل إ ة امدنوى ز خ ة اميالق وميهان إ وة انمأهان إ ا)رواهمسلم(يهف ال ذ ىىد أوهاب Mafhumnya: “Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi

punca kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan

haknya dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya”.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang Ramadhan yang diwajibkan

padanya kita berpuasa. Ramadhan saban tahun menjelang tiba dan berlalu pergi.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang berfikir bahawa Ramadhan hanyalah

tentang puasa, atau tentang menahan diri dari segala perbuatan yang

membatalkan puasa sahaja, lebih parah lagi ada di kalangan kita yang sebelum

memasuki Ramadhan sudah memikirkan baju raya yang ingin dipakai ketika 1

syawal nanti. Sepatutnya kedatangan Ramadhan perlu dilihat dari kerangka

yang lebih luas. Apa yang Ramadhan tawarkan kepada kita umat manusia.

Page 3: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

3

Apakah maqasid (objektif) yang ingin dicapai melalui Ramadhan, apakah

hikmah pensyariatan puasa di bulan Ramadhan. Inilah sebenarnya tujuan dan

matlamat puasa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah,

ayat:183;

ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿

﴾ڦ ڦ ڦ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya

kamu bertakwa.”

Imam Ibn Kathir menyebut bahawa firman Allah ini ditujukan kepada orang-

orang yang beriman dari kalangan umat manusia dan ini merupakan perintah

untuk melaksanakan ibadah puasa. Imam At-Tobari pula menafsirkan ayat ini :

“Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang

membenarkan kedua-duanya dan berikrar kepada keduanya”. Dari dua tafsiran

ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan rapat antara ibadah puasa dengan ciri-

ciri orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT hanya

memerintahkan puasa ini kepada mereka yang beriman dan Allah SWT juga

hanya menerima ibadah puasa dari jiwa-jiwa mereka yang beriman sahaja.

Demikianlah jelas tujuan pensyariatan ibadah puasa di bulan Ramadhan, iaitu

bertaqwa kepada Allah. Imam As-Syahid Said Qutb menyimpulkan dalam

tafsirnya bahawa taqwa inilah yang membangkitkan kesedaran dalam hati

sehingga mahu menunaikan kewajipan ini. Taqwa inilah yang menjaga hati

sehingga tidak rosak puasanya dengan maksiat. Taqwa merupakan puncak

ketinggian rohani orang-orang yang beriman, dan puasa ini merupakan salah

satu alatnya dan jalan untuk mencapai taqwa.

Justeru, bagi kita mencapai manifestasi taqwa melalui ibadah puasa,sewajarnya

kita melaksanakan prasyarat berikut:-

Page 4: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

4

Pertama, seorang yang berpuasa haruslah meninggalkan apa yang diharamkan

(perkara yang membatalkan puasa) serta segala bentuk larangan Allah SWT

(perkara-perkara maksiat yang lain). Dia meninggalkan semua perkara ini demi

mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengharapkan redha-Nya. Kedua,

seorang yang berpuasa bermaksud individu muslim tersebut sedang melatih

jiwanya untuk sentiasa muraqabatullah (merasakan diri sentiasa diawasi oleh

Allah SWT). Dia meninggalkan segala kehendak hawa nafsunya (makan,

minum dan segala perkara yang membatalkan puasa) padahal dia mampu untuk

melakukannya tanpa diketahui oleh orang lain. Ketiga, ibadah puasa

sebenarnya telah menyempitkan pergerakan syaitan dalam tubuh badan manusia

melalui saluran darah. Seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih,

م رى:ف قالس ب حانالل ه يارس ولالل ه .قال ن سان ناإل الش ي طاني ر ىم إ ن ق ل وب ك ماس وءا ي ق ذ فف أن يت خش ،وإ ن قال–الد م .شي ئا–أو

Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan menyusup

dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya syaitan itu

menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (Sahih al-Bukhari)

Keempat, ibadah puasa dapat menambahkan ketaatan kepada Allah SWT.

Amal ibadah ditingkatkan, masjid-masjid dipenuhi masyarakat, dihidupkan

masjid dengan qiamullail jamai’e,

Antara ciri ketaqwaan yg diharapkan sempena kedatangan Ramadhan apalagi

selepas pasca Pilihan Raya Umum 14 untuk kita hidup bersatu padu, saling

bermaafan, hormat menghormati dan melupakan perselisihan sepanjang kempen

Pilihan Raya serta menghormati mandat yang telah diberi oleh rakyat bagi

memilih kerajaan. Marilah kita rapatkan ukhuwah dan persaudaraan antara kita

sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat: 103,

ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ﴿

ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ

﴾ک ک ک ک گ گ گ

Page 5: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

5

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah

(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat

Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),

lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu

dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang

Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka

(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu

dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah

menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat

petunjuk hidayah-Nya”.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menekankan beberapa

intipati penting yang boleh diambil;

Pertama: Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan

negatif dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman,

penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain.

Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk melatih diri menjadi

hamba Allah SWT yang bertaqwa.

Ketiga: Islam telah berjaya menghapuskan perkara negatif bukan sahaja

dengan undang-undang yang dikuatkuasakan, tetapi lebih

daripadanya ialah jati diri seseorang dengan sifat taqwa.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ﴿

﴾ڦ ڦ ڦ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah; dan

hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan

untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat

Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-

Hasyr ayat 18)

Page 6: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

6

Page 7: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

7

KHUTBAH KEDUA

Page 8: MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang ... pemimpin adil menjadi sumber ... ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara

kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.