menjaga aurat

20
Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Jajahan Wanita sempurnakan Dirimu Wanita sempurnakan Dirimu Ustaz Nik Nizam Nasir

Upload: ustaz-niknizam-nasir

Post on 15-Apr-2017

704 views

Category:

Spiritual


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menjaga aurat

Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir Pegawai Hal Ehwal IslamPejabat Agama Jajahan

Wanita sempurnakan DirimuWanita sempurnakan Dirimu

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 2: Menjaga aurat

Ustaz Nik Nizam Nasir

Page 3: Menjaga aurat

Apa itu Aurat?Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang

bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak boleh terlihat darinya

selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”(Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 4: Menjaga aurat

Apa itu Aurat?

"Perempuan - perempuan yang keji untuk lelaki - lelaki yang keji dan lelaki - lelaki yang keji untu perempuan -perempuan keji (pula), sedangkan perempuan - perempuan baik untuk lelaki - lelaki yang baik dan lelaki - lelaki yang baik untuk

perempuan - perempuan yang baik pula, mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperoleh

ampunan dan rezeki yang mulai (syurga)".Q.s.An-nur:26

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 5: Menjaga aurat

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada

dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya

itu:Perempuan-perempuan yang

berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan

maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar

bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak

dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan

demikian. (Riwayat Muslim)

Page 6: Menjaga aurat

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 7: Menjaga aurat

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 8: Menjaga aurat

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 9: Menjaga aurat

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 10: Menjaga aurat

Ustaz Nik Nizam Nasir

Page 11: Menjaga aurat

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

AURAT DAN MARUAH

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 12: Menjaga aurat

Aurat di Khalayak RamaiAurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

Aurat dengan Ahli KeluargaBagi lelaki, antara pusat dan lutut Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

Aurat Sesama JantinaAurat lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut ** Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan

Aurat ketika berseoranganAurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 13: Menjaga aurat

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 14: Menjaga aurat

1. Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.

2. Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

3. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan.

4. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

5. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan sama jantina di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 15: Menjaga aurat

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Kesempurnaan dalam menutup AURAT

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 16: Menjaga aurat

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.

MENJADI FITNAH???

Page 17: Menjaga aurat

1. Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.2. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu

memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.4. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul

dan hujung rambutnya.5. Bertudung tetapi hanya memakainya di tempat kerja

sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.6. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,

maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.7. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga

boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

KESILAPAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT

Ust

az N

ik N

izam

Nas

ir

Page 18: Menjaga aurat
Page 19: Menjaga aurat

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.Hana Ali

Page 20: Menjaga aurat

Sekian…Sekian…Semoga menjadi Semoga menjadi peringatan kita peringatan kita bersamabersama