meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan gsp

33
1 MENINGKATKAN TAHAP INTERAKSI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DENGAN MENGINTEGRASIKAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD. Oleh Nurul Shafiqah Binti Hashim D 20091035062 [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) disamping melihat komunikasi pelajar dengan guru apabila menggunakan teknologi bagi memudahkan pelajar faham dalam sesuatu topik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah yang terletak di Manjung, Perak. Data dikumpul melalui pemerhatian interaksi pelajar apabila guru menggunakan kaedah tradisional dan kaedah menggunakan GSP dalam proses P & P. Kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti permasalahan pelajar apabila tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional. Data-data yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Hasil analisis kajian mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan interaksi yang positif terhadap penintegrasian perisian GSP dalam P & P Matematik. Kata kunci: Interaksi pelajar, kaedah tradisional, komunikasi pelajar dengan guru, perisian GSP, permasalahan pelajar. PENGENALAN Pendahuluan Pendidikan adalah suatu proses P & P yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi diantara individu

Upload: nurul-sha

Post on 29-Dec-2014

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pENGGUNAAN GSP DALAM TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI

TRANSCRIPT

Page 1: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

1

MENINGKATKAN TAHAP INTERAKSI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

DENGAN MENGINTEGRASIKAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD.

Oleh

Nurul Shafiqah Binti HashimD 20091035062

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) disamping melihat komunikasi pelajar dengan guru apabila menggunakan teknologi bagi memudahkan pelajar faham dalam sesuatu topik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah yang terletak di Manjung, Perak. Data dikumpul melalui pemerhatian interaksi pelajar apabila guru menggunakan kaedah tradisional dan kaedah menggunakan GSP dalam proses P & P. Kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti permasalahan pelajar apabila tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional. Data-data yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Hasil analisis kajian mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan interaksi yang positif terhadap penintegrasian perisian GSP dalam P & P Matematik.

Kata kunci: Interaksi pelajar, kaedah tradisional, komunikasi pelajar dengan guru, perisian GSP, permasalahan pelajar.

PENGENALAN

PendahuluanPendidikan adalah suatu proses P & P yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi diantara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang guru dengan anak muridnya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi diantara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.

Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan.

Page 2: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

2

Interaksi dalam P & P sangat penting bagi memastikan proses penyampaian ilmu berjalan dengan lancar. Interaksi melibatkan guru dan murid adalah sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert & Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah P & P secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-aktif dan peringkat interaktif. Peringkat pra-aktif adalah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran manakala peringkat interaktif adalah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), pringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran disamping menyediakan aktiviti atau langkah pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan seperti media dan keaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi.

Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan P & P dalam bilik darjah.

Latar Belakang KajianKemahiran berinteraksi merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan manusia. Interaksi adalah proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Dalam konteks pendidikan, interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Mengikut kamus A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Interaksi mempunyai pelbagai jenis iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Interaksi antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberi arahan manakala murid-murid mendengar dan mengikut sahaja. Interaksi sehala dan pasif membawa suasana sosio-emosi yang tegang menyebabkan murid-murid tidak berani memberi pendapat mereka. Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah interaksi dua hala. murid-murid akan bertindakbalas terhadap segala aktiviti pengajaran guru. Interaksi pelbagai hala pula merupakan komunikasi diantara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan guru.

Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berinteraksi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak lain. Kita berinteraksi kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki.

Proses komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim, 2001). Proses komunikasi mempunyai fungsi yang sangat luas dalam kehidupan manusia, terutamanya dalam interaksi sosial sesama manusia. Menurut Hashim (2001), antara fungsi komunikasi adalah untuk memberi maklumat, mendidik, memujuk dan menghibur.

Page 3: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

3

Dalam konteks pendidikan dalam bilik darjah, keempat-empat fungsi tersebut memainkan peranan yang sangat penting di mana tanpa komunikasi antara guru dan pelajar, matlamat proses P & P tidak akan tercapai.

Pernyataan MasalahDalam sesuatu pengajaran tradisi, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan, namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Melalui pengajaran tradisional, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatat nota yang diberikan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang sukar difahami.

Kaedah pengajaran tradisional adalah lebih berpusat kepada guru. Menurut Mohd. Nazaruddin (2002), pembelajaran berpusatkan guru kurang memberi kesempatan kepada pelajar untuk meneroka sesuatu konsep. Oleh yang demikian, strategi pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses P & P, guru akan melibatkan pelajar secara aktif. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Razak et al. (2010) bahawa guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah semasa proses P & P. Interaksi antara guru dengan pelajar amat penting bagi menggalakkan pelajar untuk menjalankan penyiasatan, penerokaan dan membina konsep sendiri.

Jumlah pelajar yang ramai bagi sesebuah kelas juga adakalanya akan menyebabkan kurangnya interaksi di antara pelajar dan guru. Ini seterusnya akan menyebabkan seseorang pelajar yang kurang aktif akan menjadi pasif. Ini menjadikan seseorang guru agak sukar untuk mengajar mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan pembelajaran setiap pelajar di bawah bimbingannya.

Kehadiran teknologi di dalam bidang pendidikan mampu mengatasi masalah pengajaran secara tradisional. Dalam proses P & P, penggunaan teknologi adalah tertumpu kepada carta dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Guru berperanan menjadikan P & P menarik dan tidak membosankan supaya pelajar lebih berinteraksi dalam bilik darjah. Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar amat penting bagi memberikan suasana yang kondusif semasa P & P sedang dijalankan.

Justeru itu, kajian tindakan ini dijalankan bagi mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika menggunakan kaedah tradisional. Pelajar akan lebih berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru apabila proses P & P diselitkan dengan penggunaan teknologi terkini. Khalid, Rosadah & Abdul Razak (1999) menyatakan sesetengah topik dalam mata pelajaran Matematik seperti geometri koordinat algebra, penjelmaan, kalkulus dan sebagainya amat memerlukan penerangan dan demonstrasi. Oleh yang demikian, guru seharusnya lebih bersikap proaktif dan mengambil inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran yang lebih berkesan menggunakan perisian yang sedia ada seperti GSP. Nuranira (2005) mengatakan dalam

Page 4: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

4

kajian beliau bahawa masih ramai guru yang masih kurang menggunakan alat bantu mengajar yang canggih seperti komputer dalam P & P, walhal seperti yang telah diketahui ramai P & P dalam kaedah konvensional boleh menyukarkan para guru untuk menerangkan sesuatu konsep yang agak sukar.

Tujuan, objektif dan soalan kajianKajian ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional dalam proses P & P. Selain itu, kajian ini juga bertujuan bagi melihat komunikasi pelajar dengan guru apabila menggunakan teknologi bagi memudahkan pelajar faham dalam sesuatu topik.

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah untuk : i. Mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika guru

menggunakan kaedah tradisional dalam P & P matematik.ii. Mengkaji komunikasi pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar apabila

mengintegrasikan perisian GSP dalam P & P matematik.

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah masalah segelintir pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional?

ii. Bagaimana komunikasi pelajar dengan guru apabila menggunakan teknologi pendidikan terkini dalam P & P?

Kepentingan KajianKajian ini dijalankan supaya interaksi antara para pelajar meningkat sewaktu P & P dijalankan menggunakan kaedah GSP. Hal ini kerana tahap kemahiran komunikasi pelajar sangat lemah sekiranya P & P dijalankan menggunakan kaedah tradisional. Dengan adanya kajian ini, diharapkan guru dapat mengenalpasti faktor yang menghalang komunikasi yang berkesan serta dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga penting untuk menggalakkan pelajar berbincang dan bertanya kepada guru serta rakan-rakan mereka sewaktu sesi pembelajaran dijalankan memandangkan GSP merupakan perkara baru bagi mereka. Oleh itu, mereka akan cuba meneroka kaedah pengajaran menggunakan GSP dengan lebih mendalam lagi. Penyelidik berharap dapatan kajian ini akan memberi faedah kepada guru dan para pelajar dalam usaha meningkatkan tahap komunikasi antara para pelajar.

Definisi Istilah Bahagian ini menerangkan definisi beberapa istilah penting yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut ini adalah definisi istilah-istilah berkenaan.

Pembinaan Geometri Pembinaan Geometri adalah topik bab tujuh melibatkan pelajar tingkatan dua. Subtopik bagi bab ini adalah Pembinaan Menggunakan Tepi Lurus dan Jangka Lukis. Bab ini secara keseluruhannya merujuk kepada pembinaan lukisan geometri yang tepat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, menggunakan hanya tepi lurus dan jangka lukis. Pengetahuan

Page 5: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

5

pembinaan geometri ini penting dan digunakan dalam kehidupan seharian bagi melukis logo, pelan bangunan, pelan rekaan kereta dan sebagainya.

The Geometer’s Sketchpad (GSP)GSP adalah satu perisian komputer yang boleh digunakan untuk membantu P & P geometri. GSP dapat membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman konsep geometri iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan, membuat analisis dan membuat deduksi. Dalam topik pembinaan geometri, GSP digunakan sebagai menggantikan alatan pembinaan yang biasa digunakan oleh pelajar untuk tajuk ini seperti pembaris, jangka lukis dan set geometri. Hal ini bermakna, pembelajaran untuk tajuk ini menggunakan aplikasi GSP sepenuhnya. Pembinaan yang dilakukan dengan menggunakan GSP adalah tepat dan mudah diperbetulkan sekiranya terdapat kesilapan-kesilapan atau pembaharuan. Perisian ini dapat menambahkan lagi kefahaman pelajar dan menarik minat pelajar terhadap keindahan matematik.

TINJAUAN LITERATUR

PengenalanBab dua ini membincangkan mengenai GSP dalam P & P matematik. Hal ini dimulai dengan melihat sejarah kemunculan topik Pembinaan Geometri serta sejarah perkembangan GSP daripada awal sehinggalah sekarang. Seterusnya, bab ini membincangkan teori pembelajaran yang sesuai untuk kajian ini. Teori pembelajaran konstruktivis telah dipilih kerana pembelajaran menggunakan perisian GSP merupakan salah satu teknik pembelajaran yang membolehkan pelajar menggunakan teknologi untuk memahamkan sesuatu konsep dalam matematik. Akhir sekali, bab ini juga menghuraikan kajian-kajian terdahulu yang dilakukan berkenaan GSP. Hal ini merangkumi kajian yang telah dilakukan di luar negara dan juga di dalam Malaysia sendiri. Pemerhatian dilakukan berkenaan apakah yang telah dikaji, sampel yang telah digunakan, apakah masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian tersebut serta analisis kekurangan dalam setiap kajian yang dilakukan.

Latar Belakang Sejarah

Sejarah Topik Pembinaan GeometriPembinaan Geometri telah digunakan selama bertahun-tahun dan salah seorang lelaki pertama bekerjasama dengan mereka adalah Euclid. Beliau menciptakan postulat yang telah lama ditafsirkan sebagai kaedah-kaedah pembinaan. Penjumlahan tiga postulat adalah garis lurus boleh dilukis daripada mana-mana titik ke titik yang lain, garis yang berterusan boleh diwakili dan sebuah bulatan dengan mana-mana pusat dan jarak boleh dihuraikan (Coolidge, 1963). Peraturan ini pada asasnya dibenarkan untuk ahli matematik dengan menggunakan tepi yang lurus panjang yang tidak tetap dan kompas yang mampu dibuka tanpa had. Postulat ini jelas mencipta beberapa masalah kerana ia seolah-olah hampir mustahil untuk menggunakan hanya alat tersebut untuk mewujudkan semua angka. Pada masa Euclid, beliau dan orang lain tidak mampu untuk melakukan bermacam-macam pembinaan termasuk membina satu segitiga sama sisi, garis serenjang kepada garis diberikan dan titik tengah garis segmen.

Page 6: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

6

Sepanjang sejarah, ahli matematik mampu untuk membina hampir semua rajah geometri berpandukan postulat yang telah ditetapkan oleh Euclid (Greg, 1999).

Perkembangan GSPAsal-usul GSP adalah bermula dari tahun 1980-an di bawah Visual Geometry Project iaitu sebuah projek penelitian di Kolej Swarthmore di bawah kelolaan Drs. Eugene Klotz dan Schattshneider Doris. Projek ini memperoleh dana dari National Science Foundation yang bertujuan untuk mengembangkan bahan berteknologi baru untuk digunakan dalam pengajaran geometri. Di bawah naungannya, Nicholas Jackiw mempelopori perkembangan versi pertama The Geometer’s Sketchpad.

Hari ini GSP adalah salah satu teknologi yang paling banyak digunakan dalam pendidikan matematik sekolah di dunia. Banyak buku-buku teks dan aktiviti tambahan telah dirancang untuk mengambil keuntungan dari GSP. Key Curriculum Press juga telah menerbitkan pelbagai buku GSP yang mengandungi aktiviti khusus GSP. Hasil kajian akademik mendapati bahawa penggunaan GSP memberikan kesan positif terhadap pencapaian pelajar (Battista, 2002 ; Hollebrands, 2007), pemahaman konsep (Frekering, 1994), motivasi dan penglibatan (Sinclair, 2006). Suatu penelitian skala besar trend teknologi dalam pendidikan Amerika dilakukan oleh para peneliti di Universiti California melaporkan bahawa guru matematik di seluruh negara mendapati GSP menjadi perisian yang paling berharga bagi pelajar (Becker, 1999). Dewan Nasional Standard Guru Matematik jelas mengesyorkan penggunaan Geometri Dinamik di dalam kelas. (NCTM, 2000). Setiap tahun puluhan juta pelajar di seluruh dunia mempelajari matematik melalui Geometri Dinamik Sketchpad.

Teori Pembelajaran Konstruktivis

Pengenalan KonstruktivismKonstruktivism bukan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviourism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang diberikan” (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Page 7: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

7

Brooks dan Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivis adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif.

Prinsip-prinsip Pembelajaran KonstruktivisMenurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi pendekatan konstruktivism yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukan guru.

Prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan pelajar mempunyai ciri-ciri iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya.

Yang kedua ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.

Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek / kajian (contoh; menguji hipotesis) dan membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudah carakan ekstrapolasi dan memenuhi ruang (“going beyond the information given”).

Page 8: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

8

Dalam teori konstruktivism, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan.

Kajian yang berkaitan dengan interaksi pelajar dalam proses P & PKajian mengenai interaksi pelajar telah banyak dilakukan dalam bilik darjah pengajaran bahasa tetapi kurang dalam bilik darjah pengajaran sains dan matematik kerana ramai yang beranggapan bahawa interaksi itu adalah bercorak bahasa (Galton et al., 1999). Kajian lebih tertumpu kepada sebahagian daripada interaksi yang berlaku didalam bilik darjah iaitu sama ada ke atas penyoalan oleh guru atau pelajar atas tujuan tertentu. Ini termasuklah mengkaji keadaan senyap dalam memperuntukkan masa tunggu atau keadaan mengadakan aktiviti kumpulan pelajar di samping pernyataan atau penyoalan oleh guru atau pelajar. Interaksi di antara guru dan pelajar yang merupakan inti pati komunikasi bilik darjah dalam mempengaruhi pembelajaran (Tobin, 1983), dan ini merupakan fokus utama bagi kajian ini.

Interaksi P & P dapat ditinjau dari segi percakapan/perbualan guru atau pelajar sama ada dari segi pernyataan atau penyoalannya bersama aktiviti guru atau pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa dua per tiga (Flanders, 1970) dan tiga per empat (Galton et al., 1999) daripada aktiviti kelas masing-masing yang dijalankan merupakan percakapan/perbualan guru atau pelajar iaitu juga merupakan aktiviti utama dalam bilik darjah sekolah rendah. Tambahan pula, pengajaran guru yang berlaku di sekolah dilaporkan adalah lebih kepada pengamalan kaedah yang berpusatkan kepada guru iaitu guru lebih banyak bercakap dan pelajar pula mendengar (Galton et al., 1999). Dapatan Ng dan Siow (2003) juga menunjukkan bahawa guru pakar sains sekolah menengah masih mendominasi sebanyak 74% daripada interaksi verbal bilik darjah, dan interaksi verbal bilik darjah dalam mata pelajaran sains didominasikan oleh guru juga telah dilaporkan (Jegede & Olajide, 1995; Newton, et al., 1999) khasnya di sekolah rendah (Myhill, 2006).

Dari segi percakapan atau perbualan guru, Galton et al. (1999) mendapati dalam kalangan aktiviti guru, pernyataan guru meliputi 59% dan penyoalan guru ialah 16%. Dapatan ini adalah hampir sama dengan keputusan yang diperolehi oleh Mohd. Najib dan Mohd. Yusof (1995) iaitu masa guru adalah 82% (70% untuk syarahan guru dan 12% untuk soalan guru). Jegede dan Olajide (1995) dalam kajiannya di Nigeria mendapati bahawa tiga kategori interaksi verbal utama dalam bilik darjah iaitu syarahan, keadaan sunyi dan renungan, dan penyoalan guru sementara Newton et al. (1999) pula mendapati bahawa penjelasan guru dalam bentuk arahan dan penerangan bersama sesi soal jawab ke arah jawapan yang ditetapkan oleh guru juga berlaku di United Kingdom. Kesemua ini masih menunjukkan bahawa pengajaran yang berlaku adalah lebih menjurus kepada dominasi guru dalam interaksi bilik darjah. Bagaimana pula dengan keadaan di Malaysia. Oleh itu, kajian mengenai interaksi pelajar ini dijalankan bagi mengetahui amalan kontruktivisme yang berlaku dalam bilik darjah.

Page 9: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

9

METODOLOGI KAJIAN

PengenalanDalam bab ini, penyelidik menghuraikan bagaimana kajian ini dijalankan secara ringkas. Penyelidik menerangkan mengenai sampel kajian, prosedur pemilihan sampel dan instrumen kajian. Prosedur kajian diterangkan untuk menjelaskan proses kajian dan langkah-langkah yang diambil semasa kajian ini dijalankan dan akhirnya kaedah analisis data untuk menjelaskan bagaimana data yang diperolehi analisa.

Reka Bentuk KajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti Model Taggart dan Kemmis (1988). Model ini berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin yang seterusnya diubahsuai dan digunakan dalam kajian pendidikan. Model ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Melalui model ini, kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan asal.

Rajah 1Model Mc Taggart dan Stephen Kemmis (1988)

Perancangan

Refleksi

KITARAN 1Pemerhatian

Tindakan

Refleksi

Penambahbaikan Perancangan

KITARAN 2Pemerhatian

Tindakan

Page 10: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

10

Melalui model kajian tindakan ini, proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu P & P yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan (Abd Ghafar, 2000) . 

Populasi dan SampelSampel kajian adalah terdiri daripada pelajar di sebuah sekolah yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Sekolah ini dipilih kerana penyelidik menjalankan praktikal di sekolah ini. Sampel kajian pula tidak dipilih secara rawak. Temu bual akan dijalankan sehingga penyelidik memperoleh corak atau pola yang sama. Tidak ada peraturan tetap berkenaan saiz sampel. Saiz sampel yang sesuai bergantung pada perkara yang yang ingin diketahui penyelidik, tujuan penyelidikannya, mengapa penyelidik ingin mengetahuinya, dapatan penyelidikannya digunakan untuk apa dan apakah sumber yang ada padanya, termasuk masa. Berasaskan pada tempoh masa yang sama dan dengan menggunakan sumber yang tetap, penyelidik yang memilih saiz sampel yang kecil berupaya memungut data yang lebih mendalam berkenaan setiap kes berbanding dengan penyelidik yang memilih saiz sampel yang lebih besar (Lim, 2007).

Instrumen KajianInstrumen kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah protokol temu bual. Protokol ini digunakan untuk melihat tahap komunikasi pelajar apabila menggunakan teknologi pendidikan terkini dalam P & P. Temu bual yang dijalankan adalah jenis semi-berstruktur. Pada asasnya temu bual semi berstruktur menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temu bual berbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temu bual berstruktur. Soalan-soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka,boleh dikembangkan mengikut budi bicara penemu bual dan partisipan (Othman, 2007). Temu bual semi berstruktur adalah yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor (Schensul et al., 1999). Soalan-soalan yang diajukan adalah untuk melihat pandangan pelajar dan terdapat lapan soalan yang akan ditanya oleh penyelidik. Contoh soalan yang akan ditanya adalah:

1. “Adakah anda merasakan anda aktif berinteraksi sewaktu guru mengajar menggunakan kaedah tradisional?’.

Protokol temu bual boleh dirujuk dalam lampiran A.

Prosedur pengumpulan dataBagi mengenal pasti masalah ini, penyelidik telah memerhati interaksi pelajar apabila guru menggunakan kaedah tradisional dalam proses P & P. Seterusnya adalah penyelidik

Page 11: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

11

menjalankan proses P & P menggunakan modul yang telah dibuat iaitu mengintegrasikan GSP dalam tajuk Pembinaan Geometri Tingkatan Dua. Semasa penyelidik menjalankan modul tersebut, penyelidik membuat pemerhatian ke atas pelajar dengan melihat interaksi mereka apabila menggunakan teknologi terkini dalam proses P & P. Setelah itu, penyelidik akan menemubual beberapa orang pelajar bagi mengenalpasti permasalahan pelajar apabila tidak menunjukkan interaksi ketika guru menggunakan kaedah tradisional. Setelah itu, proses analisis data dijalankan bagi mendapatkan hasil kajian.

Prosedur Analisis dataKajian ini mengaplikasikan analisis data secara kualitatif. Penyelidik memilih untuk menemu bual pelajar bagi mendapatkan permasalahan pelajar apabila tidak menunjukkan interaksi ketika menggunakan kedah tradisional. Pada asasnya prosedur analisis data terbahagi kepada enam fasa : a) menyusun atur data; b) menjana kategori, tema dan pola; c) mengkod data; d) menguji kefahaman yang timbul; e) mencari penerangan alternatif; f) menulis laporan. Bagi Merriam (2000) pula, peringkat analisis terbahagi kepada tiga peringkat utama iaitu pernyataan deskriptif, pembinaan kategori dan pembinaan teori. Penyelidik memilih Othman Lebar (2007) bagi menganalisis data kualitatif.

Peringkat pertama : Mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpul

- Penyelidik mengumpul data melalui temu bual yang dijalankan ke atas responden

Peringkat kedua : Mengtranskripsi data yang telah dikumpul - Penyelidik menganalisis temubual melalui transkripsi temu bual.

Data temu bual ditranskripsikan kemudian ditaip dan diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan kosong di sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data.

Peringkat ketiga : Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan mengenalpasti data

- Penyelidik membuat indeks ke atas data mengikut jantina dan pencapaian pelajar tersebut samada cemerlang, sederhana atau lemah. Contoh indeks ialah L1/C bermaksud pelajar lelaki cemerlang yang pertama ditemubual.

Peringkat keempat : Melindungi data-data yang sensitif- Penyelidik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data-data yang

diterima daripada responden. Penyelidik akan melindungi data-data sensitif bagi mengelakkan tiada salah faham berlaku.

Peringkat kelima : Pengkodan dan pengkodan semula- Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan

ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini akan memudahkan penyelidik mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan temu bual berkenaan.

Page 12: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

12

Peringkat keenam : Pengenalpastian tema-tema- Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti bagi memudahkan

penyelidik menginterpret data.

Peringkat ketujuh : Interpret data- Penyelidik menginterpret data

KesimpulanBab ini menjelaskan tentang reka bentuk kajian, kaedah analisis ada yangdigunakan dalam menjalankan penyelidikan ini. Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti Model Mc Taggart dan Stephen Kemmis (1988). Model ini berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin yang seterusnya diubahsuai dan digunakan dalam kajian pendidikan. Analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan gambaran awal tentang latar belakang responden.

DAPATAN KAJIAN

PengenalanDalam bab ini, penyelidik membincangkan tentang dapatan kajian hasil daripada penganalisisan data yang diperoleh daripada pemerhatian dan transkrip yang terhasil daripada proses temu bual antara penyelidik dan responden. Data yang diperoleh daripada hasil temu bual ditulis dalam bentuk transkripsi untuk mudah dibahagikan mengikut beberapa kategori.

Hasil dapatan daripada pemerhatianPemerhatian dibuat pada kedua-dua proses P & P iaitu dengan menggunakan kaedah tradisional dan kaedah GSP di makmal komputer. Proses P & P telah dirakan dengan menggunakan kamera video bagi mendapatkan data tentang interaksi pelajar dengan guru.

Pada minit ke 10:31, pelajar banyak bertanya kepada guru apabila proses P & P melibatkan benda yang baharu.

Page 13: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

13

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, majoriti pelajar lebih berinteraksi dengan guru apabila guru menggunakan kaedah atau strategi yang baru dalam proses P & P. pelajar lebih gemar untuk mencuba benda yang baru daripada belajar dengan menggunakan cara yang lama atau lebih dikenali dengan kaedah tradisional.

Kehadiran teknologi di dalam bidang pendidikan mampu mengatasi masalah pengajaran secara tradisional. Guru berperanan menjadikan P & P menarik dan tidak membosankan supaya pelajar lebih berinteraksi dan focus di dalam bilik darjah. Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar amat penting bagi memberikan suasana yang kondusif semasa P & P sedang dijalankan.

Hasil dapatan daripada temu bualProfil muridSeramai 2 orang pelajar Tingkatan 2 daripada Sekolah Menengah Kampung Dato’ Seri Kamarudin, Manjung Perak telah menjadi sampel dalam kajian ini. Mereka adalah terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Pemilihan responden diutamakan kepada pelajar yang hadir ke kelas yang diajar menggunakan kaedah tradisional dan kaedah GSP. Hal ini kerana pelajar yang mengikuti kelas tersebut telah mempunyai pengalaman belajar topik Pembinaan Geometri menggunakan kedua-dua kaedah berbanding pelajar yang hanya mengetahui satu kaedah sahaja.

Pengekodan dataDi bawah subtopik pengekodan ini, saya akan menghuraikan dengan lebih teliti tentang semua kod-kod yang akan digunakan semasa menganalisis data yang telah diperoleh

Pada minit ke 18:29, pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru

Pada minit ke 25:01, pelajar sangat teruja apabila belajar menggunakan benda yang baru.

Page 14: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

14

daripada hasil temu bual. Penyelidik telah mengkelaskan pelajar yang ditemubual kepada responden 1, responden 2 dan responden 3.

‘TB’ mewakili kaedah temu bual. ‘R’ mewakili responden. ‘PNDT’ mewakili pandangan sewaktu guru mengajar menggunakan kaedah tradisional dari sudut interaksi. ‘PNDG’ mewakili pandangan sewaktu guru mengajar menggunakan kaedah GSP dari sudut interaksi. ‘PBZ’ mewakili perbezaan dari sudut interaksi ketika belajar menggunakan kaedah tradisional dan kaedah GSP. Cara pengekodan bagi transkrip yang diambil adalah dengan menggunakan singkatan bagi transkrip temubual iaitu ‘TB’, diikuti dengan transkrip bagi bilangan responden yang ke berapa contohnya ‘R1’ , kemudian diikuti dengan tema yang dipilih misalnya ‘PNDT’ dan diakhiri dengan baris transkrip yang diambil.

Pandangan pelajar sewaktu guru menggunakan kaedah tradisional dari sudut interaksiPada pengalaman lepas saya, saya telah menemui pelbagai situasi dan masalah apabila guru menggunakan kaedah tradisional dalam proses P & P. Melalui pengajaran tradisional, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatat nota yang diberikan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang sukar difahami. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil temubual dengan Intan (bukan nama sebenar),

Guru : ok, soalan pertama cikgu, adakah intan merasakan yang intan ni aktif tak bercakap-cakap, berinteraksi sewaktu cikgu ajar guna kaedah tradisional dalam kelas tu?

Intan : tak aktif sangatGuru : Kenapa intan kata intan kurang aktif berinteraksi?Intan : Dah biasa macam tu. Cikgu mengajar kat depan, kami senyap dengar apa yang cikgu ajarGuru : Kenapa kamu senyap? Adakah tu bermaksud kamu faham dengan apa yang saya ajar atau

sebaliknya?Intan : Kadang-kadang faham, kadang-kadang tak. Guru : Apabila kamu tak faham, apa yang kamu buat?Intan : Bertanya kawan ataupun tunggu buat latihan banyak-banyak, baru faham.

(TB/R01/PNDT/9-18)

Murid-murid lebih selesa dengan kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusat kepada guru. Mohd. Nazaruddin (2002) juga ada menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan guru kurang memberi kesempatan kepada pelajar untuk meneroka sesuatu konsep. Pelajar juga lebih gemar untuk bertanya pada kawan-kawan berbanding bertanya pada guru. Mereka merasakan kawan-kawan mereka sudah cukup faham dengan pengajaran yang diajar dan boleh mengajar mereka jika mempunyai masalah. Kenyataan ini disokong oleh Ain (bukan nama sebenar) dalam pernyataan beliau,

Guru : Ok Hari ni cikgu nak tanya sket. Pasal yang cikgu ajar hari tu kan. Yang cikgu ajar tajuk bab 7 kan. Yang dalam kelas yang kaedah tradisional punya, dengan dalam bilik APD haritu kaedah guna GSP kan. Ingat tak ?

Ain : Ingat

Page 15: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

15

Guru : Ok, cikgu nak tanya, kalau guna kaedah tradisional haritu, ain rasa ain aktif tak untuk berinteraksi semasa cikgu mengajar ?

Ain : Tak aktif sangatGuru : Tak aktif? Macam mane maksudnya tu? Maksudnya ain kurang aktif berinteraksi dengan

guru ke dengan kawan-kawan?Ain : Dengan guru kowt.Guru : Kalau dengan kawan-kawan macam mane? Ain : Macam biasa je.

(TB/R02/PNDT/5-16)

Oleh yang demikian, strategi pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses P & P, guru akan melibatkan pelajar secara aktif.

Pandangan sewaktu guru mengajar menggunakan kaedah GSP dari sudut interaksiHasil daripada temu bual yang dijalankan, pandangan responden tentang interaksi pelajar sewaktu guru mengajar menggunakan kaedah GSP adalah positif. Pelajar lebih menunjukkan rasa minat belajar apabila guru mengajar menggunakan benda yang baru. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui temubual dengan Intan;

Guru : Kalau daripada pengajaran menggunakan GSP pulak, macam mane? Apa pendapat intan dari sudut interaksi?

Intan : Bila cikgu ajar guna GSP, macam lagi menariklah sebab belajar benda baru.Guru : maksudnya, kamu lebih berminat nak belajar?Intan : Ha’ah.Guru : Adakah Intan banyak bertanya dengan guru apabila belajar menggunakan GSP?Intan : Em, banyak lah juga tanya sebab tak pernah guna GSP sebelum ni. Lagi-lagi belajar dengan

menggunakan komputer, lagi lah saya suka.(TB/R01/PNDG/19-26)

Hasil daripada temubual yang dijalankan pada responden Ain juga turut menyatakan bahawa beliau sangat teruja apabila pembelajaran dan pengajaran diajar menggunakan GSP. Hal ini kerana, beliau tidak pernah mengetahui tentang perisian ini. Lantaran itu, wujudnya banyak interaksi antara saya dan Ain kerana banyak yang dia hendak belajar tentang penggunaan GSP. Berikut adalah hasil temubual saya dengan Ain;

Guru : Ok. Kalau gunakan GSP pulak, apa pendapat ain?Ain : Hmmm, lebih banyak cakaplah sebab banyak tak faham pasal GSP.Guru : Maksudnya?Ain : Um, GSP kan benda baru, tak pernah belajar sebelum ni, jadi banyak lah tanya dengan

cikgu.Guru : Tanya cikgu ape? Tanya apa haritu?Ain : Tanya apa yang tak fahamlah. Guru : Tanya yang tak faham. Hmm, ape lagi? Kalau dalam ajar guna GSP ni macamane? Ain

banyak cakap ke tak? Ain : Hm, banyak cakap kowt sebab excited belajar guna komputer. Sebelum ni belajar

matematik tak pernah pun guna komputer. Asyik dalam kelas je.

Page 16: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

16

(TB/R02/PNDG/17-26)

Perbezaan dari sudut interaksi ketika belajar menggunakan kaedah tradisional dan kaedah GSPApabila pelajar diajar menggunakan kaedah tradisional, pelajar lebih gemar bertanya kepada kawan-kawan daripada bertanya kepada guru. Mereka merasakan kawan-kawan mereka telah faham apa yang cikgu ajar dan boleh mengajar mereka. Oleh yang demikian, mereka malu untuk bertanya kepada guru, sedangkan kawan-kawan yang lain telah faham. Hal ini berbeza apabila guru mengajar menggunakan benda yang baru kepada pelajar seperti perisian GSP. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui kewujudan perisian ini dan tidak tahu cara untuk menggunakannya. Justeru itu, pelajar akan lebih banyak bertanya kepada guru tentang apa yang mereka tidak faham. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui hasil temubual dengan Intan;

Guru : ok. Apa bezanya interaksi ni ketika intan belajar guna dalam kelas ataupun guna GSP?Intan : Kalau dalam kelas masa cikgu ajar guna cara biasa, kurang sikit nak bertanya sebab cara

yang yang sama je digunakan untuk semua subjek. Cikgu ajar kat depan, kami salin. Kalau waktu cikgu ajar guna GSP, macam lagi menarik sebab kami belajar benda baru dan lain daripada yang lain.

Guru : owh, ok. Apa lagi ? ada tak beza lain lagi. Kalau guna GSP macamane, dalam kelas macamane?

Intan : kalau dalam makmal komputer ni macam meriah sikitlah, ramai yang boleh tanya sebab semua tak tahu guna GSP, tapi kalau belajar guna cara biasa tu macam bosan sikit.

(TB/R01/PBZ/27-34)

Responden Ain juga turut sependapat dengan Intan bahawa apabila mereka diajar menggunakan benda yang baru, mereka lebih berasa teruja untuk belajar.

Ain : hmm, GSP senang nak faham sebab kita boleh nampak apa yang cikgu ajar tu. daripada dalam kelas, macam kurang sikit la.

Guru : kalau dari segi interaksi? Macamane?Ain : Kalau dari segi interaksi tu lagi banyak tanya lah sebab guna komputerkan. Semua excited

kalau belajar guna komputer ni.(TB/R02/PBZ/29-32)

Kehadiran teknologi di dalam bidang pendidikan mampu mengatasi masalah pengajaran secara tradisional. Dalam proses P & P, penggunaan teknologi adalah tertumpu kepada carta dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Guru berperanan menjadikan P & P menarik dan tidak membosankan supaya pelajar lebih berinteraksi dalam bilik darjah. Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar amat penting bagi memberikan suasana yang kondusif semasa P & P sedang dijalankan.

Page 17: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

17

REFLEKSI

Refleksi Pengalaman P & PSelaku guru pelatih dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Ambilan Jun 2009, saya telah menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato’ Seri Kamaruddin Manjung Perak. Banyak pengalaman yang telah saya alami dan perkara yang diperhatikan terutamanya dari segi tingkah laku, kelemahan atau kekuatan dan minat murid. Sekolah ini telah menjadi tempat pelaksanaan kajian tindakan saya.

Seawal pengajaran saya di kelas Tingkatan 2A2 semasa praktikum, saya mendapati keputusan murid kelas saya adalah sederhana. Ada yang sudah boleh dikatakan berada di tahap Tingkatan Tiga, dan ada pula yang masih ketinggalan di Tingkatan Satu. Justeru itu, bolehlah saya katakana bahawa murid-murid dalam kelas Tingkatan 2A2 terdiri daripada pelbagai tahap dan tahap pemahaman mereka juga adalah berbeza. Selain itu, saya juga mendapati murid-murid kelas ini gemar bercakap. Ramai yang tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap P & P yang saya jalankan. Ada yang suka mengacau kawan mereka, suka bergerak ke sana sini, membuat kerja mereka sendiri dan sebagainya. Mereka juga kurang berinteraksi apabila saya sedang mengajar dihadapan. Mereka sebenarnya telah dibiasakan dengan kaedah syarahan dan ini menyebabkan mereka menjadi pendengar yang baik. Ini bukan bermaksud syarahan itu tidak penting kerana syarahan juga ada peranannya tetapi perlu juga interaksi dua hala sama ada antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar.

Menurut Effandi Zakaria et.al (2007), interaksi dengan rakan terutama di dalam kelas matematik jarang berlaku. Mereka menganggap guru adalah segala-galanya, jadi sudah tentu apabila ada perubahan dari segi pengajaran yang melibatkan interaksi, mereka berasa janggal dan berhati-hati. Interaksi dalam P & P sangat penting bagi memastikan proses penyampaian ilmu berjalan dengan lancar. Interaksi melibatkan guru dan murid adalah sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert & Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah P & P secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-aktif dan peringkat interaktif. Peringkat pra-aktif adalah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran manakala peringkat interaktif adalah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), pringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran disamping menyediakan aktiviti atau langkah pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan seperti media dan keaedah penilaian sebeelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan P & P dalam bilik darjah. Setelah mencuba beberapa kaedah pengajaran, akhirnya saya mendapati bahawa tumpuan

Page 18: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

18

perhatian mereka dapat saya tumpukan melalui alat bantu mengajar (ABM) dalam P & P saya.

Apa yang kita pelajari di sekolah bukan bertujuan untuk menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi ia adalah suatu kemahiran yang amat penting untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Kajian ini turut bertujuan bagi mengkaji permasalahan pelajar yang tidak menunjukkan interaksi ketika menggunakan kaedah tradisional. Pelajar akan lebih berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru apabila proses P & P diselitkan dengan penggunaan teknologi terkini. Khalid, Rosadah & Abdul Razak (1999) menyatakan sesetengah topik dalam mata pelajaran Matematik seperti geometri koordinat algebra, penjelmaan, kalkulus dan sebagainya amat memerlukan penerangan dan demonstrasi. Oleh yang demikian, guru seharusnya lebih bersikap proaktif dan mengambil inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran yang lebih berkesan menggunakan perisian yang sedia ada seperti GSP.

Nuranira (2005) mengatakan dalam kajian beliau bahawa masih ramai guru yang masih kurang menggunakan alat bantu mengajar yang canggih seperti komputer dalam P & P, walhal seperti yang telah diketahui ramai P & P dalam kaedah konvensional boleh menyukarkan para guru untuk menerangkan sesuatu konsep yang agak sukar. Memandangkan kebanyakan murid mempunyai masalah dari segi interaksi dua hala antara guru dan pelajar, saya telah membuat keputusan untuk mencari pendekatan, strategi atau kaedah pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan prestasi murid disamping meningkatkan amalan kendiri.

Refleksi PenilaianKesan ke atas peserta kajianSaya mendapati bahawa kebanyakan sikap pelajar saya berubah berbanding sebelumnya apabila saya menggunakan kaedah GSP terhadap pembelajaran Matematik. Pembelajaran GSP menunjukkan bahawa pelajar mampu untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara rakan mereka dan guru. Apabila pelajar berada di dalam kumpulan, mereka akan mudah untuk berbincang sesama mereka bagi menyelesaikan masalah. Mereka akan bertanggungjawab bagi menghasilkan kerja yang bermutu untuk mencapai matlamat kumpulan masing-masing.

Peintegrasian GSP ini juga dapat meningkatkan interaksi antara pelajar dengan pelajar serta interaksi antara saya dengan pelajar saya. Apabila interaksi antara saya dengan pelajar saya berlaku, secara tidak langsung saya dapat mengenal pasti setiap kelemahan yang dihadapi oleh pelajar saya. Maka, saya akan mencuba untuk menggunakan pendekatan yang lain mengikut kemampuan dan tahap penerimaan ilmu yang disampaikan kepada pelajar saya. Setiap pelajar saya mempunyai tahap dan kebolehan yang berbeza-beza. Oleh itu, pendekatan ini mampu untuk saya mengetahui secara terperinci tahap dan kebolehan pelajar saya.

Kesan ke atas amalan kendiriSaya menjadi lebih yakin dengan menggunakan kaedah GSP dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini, saya berasa ingin menambah baik amalan kendiri sebagai

Page 19: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

19

seorang guru Matematik. Tambahan pula, pengajaran guru yang berlaku di sekolah kini dilaporkan adalah lebih kepada pengamalan kaedah yang berpusatkan kepada guru iaitu guru lebih banyak bercakap dan pelajar pula mendengar (Galton et al., 1999). Justeru itu, interaksi antara para pelajar dapat ditingkatkan apabila P & P dijalankan menggunakan kaedah GSP. Hal ini kerana tahap kemahiran komunikasi pelajar sangat lemah sekiranya P & P dijalankan menggunakan kaedah tradisional.

Cadangan Kajian Lanjutan Untuk Kitaran SeterusnyaSecara keseluruhannya, penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan mendatangkan kesan yang positif dalam pencapaian pelajar saya dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Pelajar-pelajar saya dapat memberikan tindak balas positif terhadap kaedah pembelajaran yang dilakukan. Pelajar saya dapat mengikuti pembelajaran ini sepanjang kajian ini dilakukan. Mereka dapat melibatkan diri secara aktif semasa pembelajaran menggunakan kaedah GSP ini dilaksanakan. Dapatan kajian yang dibuat amat memuaskan dan ia menunjukkan bahawa persoalan kajian ini terjawab dan objektif bagi penyelidikan tindakan ini tercapai. Namun begitu, sebelum tindakan ini dilakukan, saya perlu menerangkan secara ringkas mengenai pembelajaran yang ingin dilakukan agar pelajar saya dapat memahami setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam hal ini, saya perlu merancang masa dengan baik agar aktiviti yang akan dilakukan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Walaupun terdapatnya peningkatan dalam pencapaian pelajar saya, namun masih ada segelintir pelajar yang masih berada pada tahap yang sama. Untuk kajian lanjutan, saya akan cuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar saya mengikut tahap penerimaan yang sesuai untuk pelajar saya. Selain daripada pembelajaran menggunakan kaedah GSP, saya juga boleh menggunakan kaedah lain bagi tujuan kajian lanjutan saya yang seterusnya seperti Geogebra, Autograph, Mathematica dan perisian-perisian yang lain.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kaedah GSP ini adalah salah satu kaedah yang berkesan bagi meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku selepas menggunakan pendekatan kaedah GSP ini.. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Matematik. Justeru itu, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan perisian GSP ini sebagai satu kaedah berkesan bagi meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Para guru Matematik juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi.

Dengan adanya kajian ini, diharapkan guru dapat mengenalpasti faktor yang menghalang komunikasi yang berkesan serta dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga penting untuk menggalakkan pelajar berbincang dan bertanya kepada guru serta rakan-rakan mereka sewaktu sesi pembelajaran dijalankan memandangkan GSP

Page 20: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

20

merupakan perkara baru bagi mereka. Oleh itu, mereka akan cuba meneroka kaedah pengajaran menggunakan GSP dengan lebih mendalam lagi.

Maka, saya dapat rumuskan bahawa peintegrasian GSP dalam P & P ini amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar saya. Penggunaan pelbagai perisian dapat mengubah amalan guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan profesion perguruan. Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa guru seharusnya lebih bersikap proaktif dan mengambil inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran yang lebih berkesan menggunakan perisian yang sedia ada seperti GSP.

Page 21: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

21

RUJUKAN

Abd Ghafar bin Mat Rippin, Muhammad Ubaidullah bin Kamaruddin dan Siti Humairah binti Hamin (2000). Model Kajian Tindakan. Diperoleh pada Mei 22, 2012 dari http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/kajian.pdf

Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Battista dan Michael T (2002). Shape Makers: A Computer Environment That Engenders Students’ Construction of Geometric Ideas and Reasoning. Computers in School, 17(1/2), 105-120.

Becker H.J, Ravitz J dan Wong Y. (1999). Teaching, Learning and Computing National Survey, University of California. Irvine: Centre for Research on Information Technology and Organisations.

Bruner, J.( 1973). Going Beyond the Information Given. New York: Norton.Coolidge, J.L. (1963). A history of geometrical methods. N.Y.: Dover Publications Inc.Flander, N. A. (1970). Analyzing teaching behavior. New York: Addison-Wesley.Frekering B.G. (1994). Conjecturing and Proof-Writing in Dynamic Geometry. Tesis Doktor

Falsafah yang diterbitkan, USA: Georgia State University. Galton, M., Hargreaves, L., Comber, C., Wall, D. & Pell, T. (1999). Changes in

patterns of teacher interaction in primary classroom: 1976-96. British Educational Research Journal, 25(1), 23-37.

Greg Funk (1999). A Compass and a Straight Edge: The History of Geometric Constructions. Diperoleh pada Mei 22, 2012 dari http://coedpages.uncc.edu/cstem/summer%20ventures/2010%20history%20of%20math/a_compass_and_a_straight_edge_final.pdf

Gilbert, L. & Moore, D. R. (1998). Building interactivity into web courses: Tools for social and instructional interaction. Educational Technology, 38, 3, 29-35.

Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.

Jegede, O. J. & Olajide, J. O. (1995). Wait-time, classroom discourse, and the influence of sociocultural factors in science teaching. Science Education, 79(3), 233-249.

Jemaah Nazir Sekolah, JNS. (2000). Laporan status pemeriksaan mata pelajaran sains sekolah rendah 1999. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khalid Abdullah, Rosadah Abdul Majid & Abd. Razak Habib. (1999). Kaedah Matematik. Bangi: Centre for Distance Education, UKM.

Lim, Chong Hin (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Tanjong Malim: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohd. Nazaruddin Bin Hassan. 2002. Pembangunan perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk pecahan. Disertasi.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Najib A.G. & Mohd. Yusof Arshad. (1995). Peningkatan kemahiran saintifik melalui interaksi di bilik darjah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru, Universiti Teknologi Malaysia, Johor pada 18-19 Disember 1995.

Myhill, D. (2006). Talk, talk, talk: Taeching and learning in whole class discourse. Research Papers in Education, 21(1), 19-41.

Page 22: meningkatkan kemahiran komunikasi menggunakan GSP

22

National Council of Teachers of Mathematics (2000). Prinsip dan Piawaian bagi Matematik Sekolah, Reston: National Council of Teachers of Mathematics.

Newton, P. , Driver, R. & Osborne J. (1999). The place of argumentation in the pedagogy of school science. International Journal of Science Education, 21(5), 553-576.

Nuranira bt Deraman (2005). Sejauh manakah penggunaan perisian ‘The Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam pengajaran dan pembelajaran matematik diterima dan diamalkan oleh bakal guru semester 7 di UPSI : Satu kajian kes. Tesis Sarjana Muda yang diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1991). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Schensul, S. L., Schensul, J. J. & LeCompte, M. D.,(1999). Essential Ethnographic Methods: Ethnographer’s Toolkit. New York: Altamira Press.

Sinclair, N. (2006). Mathematics and Beauty: Aesthetic Approaches to Teaching Children, New York: Teachers College Press.

Tobin, K. G. (1983). The influence of wait-time on classroom learning. Eur. J. Sci. Educ., 5(1), 35-48.